Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Bidang Tajuk : : Sukatan dan Geometri Ruang : Murid dibimbing untuk : 13.3 Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D) Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : i. mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian. ii. melukis bentuk asas bagi bentuk 2D : segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan. Masa : 60 minit

Standard Kandungan

Fasa 1. Persediaan Pemerhatian dan analisis

Cadangan aktiviti a. Murid membuat pemerhatian terhadap gambar yang dipaparkan.

Cadangan komunikasi i. Apakah bentuk yang kamu lihat? ii. Nyatakan ciri-ciri bentuk tersebut.

2. Imaginasi Penjanaan idea

a. Memperkenalkan bentuk 2D melalui lagu. (Persembahan Slaid Powerpoint)

i. Mari menyanyikan lagu Bentuk Dua Dimensi dengan melodi Neneknenek Si Bongkok Tiga.

Sintesis idea

Tajuk lagu : Bentuk Dua Dimensi

Melodi : Nenek-nenek Si Bongkok Tiga

Wahai kawan ini bentuknya 4 sisi 4 bucunya semua sisi tiada bezanya itulah segiempat sama

Segiempat juga bentuknya 4 sisi 4 bucunya yang bertentangan sisinya sama Segiempat tepat namanya

Ini pula lain bentuknya 3 sisi 3 bucunya Banyak jenis banyak sifatnya Segitiga itu namanya

Bentuk ini perlu diketahui Bersisi lengkung tidak bersegi Bulatan itulah nama diberi Semua ini bentuk dua dimensi

B. Edarkan lembaran Kerja 1 kepada murid.

Minta murid melengkapkan lirik lagu dengan nama

bentuk dua dimensi yang tepat.

3. Perkembangan

a. Melakarkan bentuk-bentuk 2D berdasarkan arahan guru.

Penambahbaikan Saya ada satu garisan melengkung dan satu permukaan yang bulat.

Saya ada tiga garisan lurus yang bertemu membentuk tiga bucu.

Saya ada empat garisan lurus yang sama panjang. Apabila dicantum, akan membentuk empat bucu.

Saya ada empat garisan dan empat bucu. Kedua-dua garisan yang bertentangan mestilah sama panjang.

4. Tindakan Pelaksanaan

a. Edarkan lembaran kerja kepada murid. b. Bincangkan hasil kerja

Selesaikan tugasan yang diberi.

Amalan berterusan

murid.

Pentaksiran

Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja. Murid perlu betul kesemua soalanyang diberikan sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

Nilai dan Sikap

Terapkan sifat kerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di dalam bilik darjah dan sifat ingin cuba.

Lembaran Kerja 2
Nama : ________________________ Kelas: ________________________

Sambungkan titik-titik menjadi bentuk 2D dan namakan bentuk yang dihasilkan.

Lembaran Kerja 3
Nama : ____________________ Kelas: ____________________

Lukiskan bentuk-bentuk 2D berdasarkan kenyataan yang diberi dan namakan bentuk tersebut. Penerangan Bentuk 1. Saya ada empat garisan dan empat bucu. Kedua-dua garisan yang bertentangan mestilah sama panjang. Nama bentuk : Lukisan Bentuk

________________________ 2. Saya ada empat garisan lurus yang sama panjang. Apabila dicantum, akan membentuk empat bucu. Nama bentuk :

________________________ 3. Saya ada satu garisan melengkung dan satu permukaan yang bulat. Nama bentuk :

_________________________

4. Saya ada tiga garisan lurus yang bertemu membentuk tiga bucu. Nama bentuk :

_________________________

Anda mungkin juga menyukai