Anda di halaman 1dari 3

JAWAPAN LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN Assamualaikum.

Berikut saya paparkan jawaban/jawapan bagi Latihan Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Ejaan dan Kesalahan Imbuhan yang terdapat dalam siri 7. Jawapan ditulis semula dalam ayat yang lengkap untuk menunjukkan kedudukan kesalahan tersebut dalam ayat yang diuji sebagai panduan kita bersama.

(i) Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguat kuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral. (ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan berpendapatan rendah. (iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam. (iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di situ. (v) Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja. (vi) Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. (vii) emasa berada di peringkat prasekolah! kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan

(viii) "i samping beriadah! kita perlu mengambil makanan seimbang bagi memastikan kesihatan terjamin. (i#) $asil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisis sebelum laporan terperinci dibuat. (#) %alaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kekayaan sumber alam semula jadinya. (#i) &uru bimbingan itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang pro'esion sebagai pakar bedah. (#ii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia se-%alaysia. (#iii) yarikat pemaju perumahan akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual. (#iv) Keterampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa %elayu mestilah diperkukuh dari semasa ke semasa. (#v) (tur cara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan dalam buku program. (#vi) )awi selalu menasihati kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya! dia tidak dapat menanggungnya.

(#vii) Kebanyakan pelancong lebih gemar berkunjung ke pulaupulau yang cantik di persisiran pantai %alaysia. (#viii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat. (#i#) Ketika mereka mengadakan latihan silat! langkah sumbang anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh mahaguru itu. (##) Kemajuan dan modenisasi dalam bidang komunikasi telah menghasilkan penciptaan alat perhubungan untuk kemudahan manusia sejagat

Anda mungkin juga menyukai