Anda di halaman 1dari 49

PERKEMBANGAN MATEMATIK DI MALAYSIA

Pengenalan Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Perkembangan kurikulum dan pengajaran selepas merdeka dibahagikan kepada beberapa tahap mengikut dekad 50-an, 60-an, 70-an,80-an,90-an,era tahun 2000 dan perkembangan kurikulum dan pengajaran terkini sebagaimana yang dinyatakan dalam dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan dengan perkembangan baru dalam pendidikan di Malaysia sehingga 2012 ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah pendidikan pada masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara, perkembangan teori pembelajaran, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik, pasaran semasa dan ekonomi sesebuah negara.

Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70'an memberi fokus kepasa matematik tradisi. Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolah-sekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Pada ketika itu objektif pengajarnnya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan ini, kemahiran asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketetapan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau orosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali,
1

1996). Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan, matematik tradisi telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika itu. Matapelajaran matematik Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70'an, telah diterapkan dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-tajuk moden seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-sekolah. pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran pula ditekankan kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan mengira.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80'an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai spenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandungannya terlampau memberi penekanan Penekanan dalam ini persediaan untuk mencapai kepincangan kecemerlangan dalam kebendaan. untuk

telah

mewujudkan

persediaan

kecemerlangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviorisme. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya. (Nik Azis Nik Pa,1992).

Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran
2

terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan perkaitan (KPM, 1988).

DEFINISI KURIKULUM Ditinjau dari asal katanya, kurikutum berasal dan bahasa Yunani yang mulamula digunakan dalam bidang olahraga, iaitu kata Currere yang bererti jarak yang ditempuh. Dalam dunia pendidikan Kurikulum dapat diertikan segala aktiviti dan kegiatan belajar yang direncanakan dan diprogramkan bagi peserta didik di bawah bimbingan sekolah, baik di dalam maupun di luar sekolah .Kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979). Kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Kurikulum berperanan untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial dengan cara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan zaman begitu juga dengan perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah. Perkembangan tersebut dapat dibahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan semasa. Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah akan dibincangkan dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Perkembangan tersebut meluputi kandungan dan jenis kurikulum yang berlaku selaras dengan tahap perkembangan pendidikan di Malaysia. Konsep kurikulum adalah merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah semua peringkat persekolahan.

Menurut Kerr J. K (1968), Hirst (1975) serta Nicholls S. H. dan Nicholls A (1978)telah mentakrifkan kurikulum adalah rancangan peringkat sekolah manakala B.O.Smith,W.D.
3

Stanley dan J. H.

Shores (1957), J. G Saylor & W. M Alexander (1974) dan K. Egan(1978) menyatakan kurikulum adalah rancangan bidang pendidikan. Selain itu, Tyler(1950) ,G.A. Beauchamp (1968) dan A.S Robinson (1971) memfokuskan kurikulum kepada objektif dan proses pengajaran

dan pembelajaran yang berlaku sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Konsep kurikulum sekolah mengandungi lima aspek iaitu sebelum merdeka, awal merdeka, selepas pembentukkan Malaysia, Laporan kabinet dan selepas 1990.

SEJARAH KURIKULUM DI MALAYSIA

Kurikulum dan pengajaran sekolah pada zaman sebelum penjajahan adalah bersifat tradisional dimana kurikulumnya adalah tidak formal formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar tetapi memberi fokus kepada kemahiran hidup seperti pelajaran dalam bidang kraf tangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Corak pendidikan yang ada ialah berasaskan pengajaran al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Peringkat kedua perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu : zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pendidikan diletakkan di bawah kuasapenjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah atau dasar pendidikan yang konkrit. Kurikulum dan pengajaran sekolah di Tanah melayu pada masa ini adalah mengikut dasar "pecah dan perintah .Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk iaitu sistem pendidikan vernakular. Sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu. Kemudiannya beberapa laporan telah dikemukakan selepas perang dunia kedua bagi tujuan menyelaras pelaksanaan kurikulum dan pengajaran sekolah iaitu laporan Cheesman 1946 , laporan Bannes 1950, laporan Fenn Wu 1951,Ordinan Pelajaran 1952 dan laporan Razak 1956. Laporan Razak telah terima dengan baik kerana penekanan kepada kurikulum dan pengajaran yang berorientasi kaum di terima olehsemua. Laporan tersebut menjadi asas bagi perkembangan pendidikan Negara. Selepas merdeka beberapa perubahan kurikulum telah berlaku berdasarkan laporan Rahman Talib 1960, laporan Kabinet 1975 dan Akta pelajaran 1996 yang menjadi asas dalam perkembangan baru kurikulum di Malaysia. Perubahan penting dalam kurikulum berlaku pada tahun 1979 melalui penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterunya membawa kepada pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 dan diikuti dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah menengah pada tahun 1988. Menjelang tahun 1990perubahan pesat dalam kurikulum dan pengajaran telah berlaku berikutan dengan perubahan teknologi yang membawa
4

kepada pengenalan kurikulum dan pengajaran Sekolah Bestari,Sekolah Wawasan. Perubahan seterunya berlaku pada tahun 2010 dengan pengenalan dasar-dasar baru bagi memenuhi keperluan pendidikan Negara

Perkembangan kurikulum sebelum merdeka

Perkembangan Kurikulum Sekolah Sebelum Zaman Penjajahan. Perkembangan kurikulum sebelum zaman penjajahan adalah bercorak pendidikan tidak formal yang berkaitan dengan aspek keagamaan serta kemahiran-kemahiran tertentu. Semasa kerajaan Melayu Melaka, pendidikan hanya diberikan kepada anak-anak pembesar oleh guruguru yang digaji khas. Kelas-kelas pengajaran diadakan di kawasan istana atau di rumah pembesar. Selain itu, kewujudan sekolah pondok juga dianggap sebagai pendidikan tidak formal. Kurikulum dan pengajaran yang berlaku di sekolah pondok adalah lebih memberikan tumpuan kepada pengajian Kitab Al-Quran serta bahasa Arab.Menurut Mohd Isa (2002), sistem pendidikan pondok adalah lanjutan sistem pendidikan rumah-rumah, surau, masjid dan istana).

Sistem pendidikan agama yang disebut sekolah pondok/madrasah.Ia ditubuhkan dan dikendalikan olehulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal dipondok yang di bina di sekelilingnya. Kurikulum yang diajar adalah berasas kurikulum agama yang diajar oleh guru-guru yang mendapat pendidikan di Timur Tengah.Kaedah pengajarannya adalah menggunakan system halagah di mana guru dikelingi oleh muridnya dengan merujuk kitab masing-masing sambil diberi penerangan dan penjelasan oleh guru. Di samping itu, pengajaran agama juga dikesan di kawasan surau dan masjid dikampung2 orang Melayu dengan mengajar huruf abjad Arab, menghafal doa dan diajar kemahiran. Menurut (Fuziah dan Ruslan, 2000). Antara ulama yang bertanggungjawab membina sekolah ondok yang teratur di Kelantan, Terengganu, dan Kedah ialah Sharif Muhammad dari Baghdad,Sheikh Daud Abdullah Al-Fatani, Sheikh Abdul Malik Abdullah dan Sheikh Abdul Kadir.

Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Semasa Zaman Awal Penjajahan

Menurut Fauziah dan Roslan (2000), sistem pendidikan yang dibentuk pada zaman penjajahan merupakan satu permulaan kepada perubahan pendidikan tradisi di Tanah Melayu bagi mencerminkan kuasa, keperluan dan kehendak pendidikan penjajah. Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah pada zaman penjajah adalah mengikut berdasarkan kepada beberapa jenis sekolah iaitu Sekolah-sekolah Melayu,sekolah-sekolah cina, sekolah-sekolah Tamil dan sekolah-sekolah Inggeris.

Terdapat beberapa ciri-ciri pemisah dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah antara sekolah-sekolah yang telah ditubuhkan pada zaman penjajahan iaitu sekolah yang dikhaskan kepada kaum-kaum tertentu dengan tujuan untuk memisahkan ketiga-tiga kaum. Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah dilaksanakan dalam bahasa pengantar ketigatiga sekolah iaitu dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Lokasi sekolah juga agak jauh antara satu sama lain.

Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di Sekolah Melayu. Perkembangan kurikulum di sekolah Melayu setelah kedatangan penjajah Inggeris adalah melalui penubuhan sekolah vernakular Melayu dengan bantuan kerajaan Inggeris. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah sekolah Melayu di Teluk Belanga dan Kampung Gelam di Singapura, Sekolah di Penaga Permatang Pauh dan Bukit Tambun serta beberapa sekolah juga dibina di Melaka. Secara keseluruhannya, jumlah sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1872 sebanyak 16 buah dengan jumlah pelajar seramai 427 orang. Sekolah Melayu hanya menerima pelajar-pelajar lelaki sahaja pada mulanya. Pada tahun 1892 pendidikan rendah diwajibkan kepada semua kanak-kanak lelaki dan diberikan percuma. Kanak-kanak Melayu lelaki yang berumur antara 7- 14 tahun dan tinggaldalam lingkungan 2 batu dari sekolah diwajibkan menghadiri sekolah sehingga mereka tamat darjah 4. Ibu bapa Melayu tidak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Walaubagaimanapun, pihak Inggeris berusaha meyakinkan para ibu bapa agar menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Hasilnya, beberapa sekolah vernakular Melayu bagi murid-murid perempuan telah ditubuhkan bagi memenuhi tujuan itu. Kurikulum yang dilaksanakan di sekolah Vernakular Melayu ialah pelajar-pelajar

diajar denganmata pelajaran asas sahaja iaitu mengira,menulis,membaca,ejaan,mengarang dan ilmu alam. Guru-guru di sekolah Vernakular Melayu mendapat latihan perguruan di maktab perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru mengajar di sekolah-sekolah vernakular Melayu iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim dan Maktab Perguruan Perempuan
6

Melayu. Perkembangan Kurikulum di Sekolah Vernakular Melayu adalah amatsederhana selaras dengan konsep penubuhan sekolah vernakular Melayu kerana penubuhannya hanyalah merupakan usaha pihak penjajah bagi mengelakkan orang Melayu daripada buta huruf.Buktinya jelas dilihat melalui niat penjajah yang berbunyi iaitu Objektif pendidikan orang Melayu di luar bandar adalah untuk menjadikan anak Nelayan atau petani itu seorang nelayan atau petani yang lebih pandai daripada bapa mereka (Radcliff,1970) dan untuk mengajar bacaan dan kira-kira kepada kanak-kanak yang lembap supaya dapat membantunya menyimpan akaun dikedai kampung (winstedt, 1931). Justeru itu tidak hairanlah mengapa kurikulum yang dilaksanakan hanyalah merupakan kurikulum asas sahaja. Kaedah pengajaranya juga bersifat tradisonal.

Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di Sekolah Cina Penubuhan sekolah Vernakular Cina ditubuhkan setelah orang cina telah dibawa masuk bagi memenuhi permintaan tenaga buruh dalam sektor perlombongan. Pada awal adab ke-20, terdapat sebilangan pendatang Cina mengangap Tanah Melayu ini sebagai negara mereka. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak mereka maka sekolah-sekolah aliran Cina telah ditubuhkan. Kurikulum dan pengajaran dalam sekolah aliran Cina ini, Kuo-Syu atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar. Manakala guru-guru dan buku teks dibawa dari negara China. Secara keseluruhannya kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Cina adalah berorientasikan cara mengajar di negara China. Kurikulum dan pengajaran di Sekolah Cina terdiri daripada beberapa jenis iaitu kurikulum dan pengajaran yang diurus dengan sempurna oleh jawatankuasa yang biasanya ditaja oleh persatuan atau suku kaum Cina. Di samping itu ada juga kurikulum dan pengajaran di sekolah separa awam di mana sekolah yang dibentuk oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru yang melantik jawatankuasanya sendiri. Selain daripada itu, ada juga kurikulum dan pengajaran di sekolah persendirian yang dikendalikan oleh guru-guru dan biasanya kecil sahaja.

Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di Sekolah Tamil Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Tamil berikutan dengan penubuhan sekolah-sekolah Tamil selepas kemasukan buruh India ke Tanah Melayu.Sekolah Tamil kebanyakannya terdapat di kawasan ladang getah. Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah Tamil dikawal dan diselia oleh masyarakat India sendiri. Kurikulum disekolah Tamil adalah selaras dengan kurikulum di negara India begitu juga dengan guru-guru dan buku teks dibawa dari India. Semua perbelanjaan bagi pengurusan kurikulum di sekolah Tamil ditanggung oleh pihak persendirian dan Mubaligh Kristian. Pada tahun 1923Ordinan Negeri-negeri
7

Melayu Bersekutu yang ditubuhkan mewajibkan majikan membina sekolah bagi anak-anak pekerja ladang. Perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolahTamil adalah terhad kepada peringkat rendah sahaja.

Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di Sekolah Inggeris Kedatangan British ke Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan sekolah-sekolah Inggeris, iaitu pada tahun 1618, penubuhan sekolah Inggeris pertama yang dikenali sebagai Penang Free Scholl. Kerajaan Inggeris memberikan peruntukan kewangan kepada sekolah Inggeris bagi membiayai perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah Inggeris. Kurikulum Grammar School of Great Britain diajar kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada anakanak pegawai Inggeris, anak-anak saudagar Cina serta anak-anak pembesar Melayu. Kurikulum dan pengajaran di sekolah Inggeris diadakan pada peingkat sekolah rendah dan menengah. Perkembangan Kurikulum Sebelum Merdeka ( 1946 1957) Pihak British telah membuat kajian tentang kurikulum dan pengajaran di sekolah-sekolah selepas perang dunia kedua selaras dengan Dasar Malayan Union (1946) yang diperkenalkan oleh Pihak British bertujuan untuk menyatukan sistem pentadbirannya di Tanah Melayu termasuklah sistem pendidikan. Oleh itu, Rancangan Cheeseman diperkenal . Rancangan tersebut mencadangkan beberapa cadangan bagi tujuan menyelaras dan menyeragamkan kurikulum dan pengajaran disekolah-sekolah, di mana Bahasa Inggeris mestilah diajar di semua sekolah. Di samping itu kurikulum dan pengajaran mesti dilaksanakan

sehingga ke peringkat sekolah menengah. Selain daripada itu pendidikan percuma diberikan kepada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Namun begitu Rancangan Cheeseman tidak dapat dilaksanakan ditolak oleh Majlis Perundangan Persekutuan kerana ahli-ahli majlis tidak bersetuju bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Pihak Inggeris juga telah membuat kajian bagi mengkaj imasalah yang terdapat dalam perkembanagan kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Melayu. Kajian tersebut dilakukan oleh Jawatankuasa dari University Oxford dan hasilnya satu laporan telah dikemukakan. Laporan tersebut dikenali sebagai laporan Barnes (1950), beberapa cadangan telah dikemukakan dalam laporan tersebut iatu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar bagi sekolah-sekolah di persekutuan Tanah Melayu. Manakala matapelajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diajar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Di samping itu, kurikulum bagi mata pelajaran Sains dirombak daripada kurikulum asalnya. Jawatankuasa tersebut juga mencadangkan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan bagi memantau perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan
8

pembelajaran di sekolah-sekolah. Selain itu, pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah diperkenalkan. Manakala kurikulum dan pengajaran di peringkat

sekolah menengah dilaksanakan dengan bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris dan terbuka kepada kanak-kanak yang tamat persekolahannya di peringkat sekolah rendah Kajian terhadap perkembanga kurikulum sekolah di Tanah Melayu juga telah

dilaksanakan pada tahun 1951 oleh Fenn dan Wu. Hasil kajian tersebut satu laporan telah dikemukan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-wu. Laporan tersebut lebih memfokuskan kepada proses perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah Cina. Antara cadangan-cadangan dalam laporan tersebut ialah satu pendidikan yang berteraskan latar belakang tempatan perlulah disediakan kepada kanak-kanak agar pendidikan tersebut sesuai dengan kehidupan mereka. Di samping itu, mereka menyatakan tiada paksaan kepada rakyat untuk mempelajari satu ataupun beberapa bahasa. Mereka juga mengesan masalah kekurangan guru, kemudahan dan kelemahan di peringkat pentadbiran dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah Cina. Mereka juga mencadangkan orang-orang cina digalakkan mempelajari 3 bahasa iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Implikasi daripada perbezaan cadangan laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu terhadap pelaksanaan kurikulum dan pengajaran sekolah di Tanah Melayu, maka pihak British telah menubuhkan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji kedua-dua laporan itu yang dikenalisebagai Ordinan Pelajaran (1952). Jawatankuasa Ordinan Pelajaran telah mengemukakanbeberapa cadangan idalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran sekolah iaitu Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib di sekolah Melayu dan sebaliknya. Di samping itu sekolah yang mempunyai lebih 15 orang murid boleh mengadakan kelas bahasa ibunda jika ada permintaan. Mereka juga mencadangkan penubuhan dua jenis sekolah iaitu sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, OrdinanPelajaran (1952) ini menghadapi banyak rintangan untuk dilaksanakan kerana masalah kekurangan guru terlatih, mendapat tentangan daripada masyarakat Cina dan India serta masalah kekurangan sumber kewangan. Seterusnya, perkembangan kurikulum di sekolah berlaku selepas pembentukan kerajaan Perikatan memerintah pada 30 September 1955 di mana satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji kurikulum dan pengajaran sekolah serta mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang boleh diterima oleh seluruh persekutuan. Jawatankuasa itu mengandungi 15 orang ahli dan dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak,Menteri Pelajaran ketika itu. Laporan Razak telah diterbitkan dalam bulan Mei 1956 yang kemudiannya dikenali sebagai Penyata Razak. Penyata tersebut telah menjadi panduan dalam perkembangan kurikulum di sekolah serta menjadi asas dalam membentuk dasar pendidikan negara sehingga kini. Laporan tersebut telah menekakan kepada kurikulum dan pengajaran kanak9

kanak di peringkat pendidikan rendah mereka di sekolah vernakular yang berasingan. Di samping itu Jawatankuasa itu berusaha meningkatkan bahasa Melayu ke tahap yang paling atas dengan mewajibkan kurikulum dan pengajaran bahasa Melayu di semua jenis sekolah. Kesan daripada cadangan ini, murid-murid Melayu akan mahir dalam dua bahasa dan murid bukan Melayu akan mahir dalam tiga bahasa. Selain daripada itu, sebagai langkah untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum dan pengajaran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan disemua peringkat sekolah maka bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah menengah dan matapelajaran Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di dalam peperiksaan, iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE) dan di peringkat Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysian Certificate of Education (MCE).

Perkembangan Kurikulum Selepas Merdeka Perkembangan kurikulum dan pengajaran selepas di awal kemerdekaan adalah berorenta sikanLaporan Razak (1956). Menjelang tahun 1959 perkembangan kurikulum bukan hanya terhad diperingkat rendah dan menengah sahaja ianya telah sampai ke peringkat universiti dengan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur yang menawarkan menawarkan kursus kejuteraan, sastera dan sains. Ini merupakan era penting dalam sejarah perkembangan kurikulum Negara. Perkembangan seterusnya berlaku pada tahun 1960 apabila satu jawatankuasa ditubuhkan yang dikenali sebagai laporan Rahman Talib bertujuan untuk mengkaji dasar

pendidikan yang telah diterima pada 1956. Jawatankuasa tersebut telah mengkaji pelaksanaannya pada masa itu dan masa akan datang serta mengkaji implikasi kewangan tentang pelaksanaan kurikulum yang dikemukakan oleh dasar penyata Razak. Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah berlaku setelah pelaksanaan Akta Pelajaran 1961 dan penubuhan sistem pendidikan aneka jurusan (1965) Di samping itu kerajaan telah memberi fokus ke arah perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial. Kurikulum dan pengajaran sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah digubal dan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Di samping itu, penubuhan Sekolah Menengah

Teknik dan Vokasional, penyelerasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan danpenubuhan Lembaga peperiksaan Malaysia telah mewujudkan scenario baru dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah yang bukan hanya terhad kepada sekolahsekolah harian biasa sahaja.

10

Perkembangan Kurikulum Selepas Laporan Kabinet Pada tahun 1974, semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran, satu jawatankuasa dibentuk bertujuan mengkaji semula pelaksanaan dan keberkesanan sistem pendidikan sebelum ini. Laporan tersebut dikenali sebagai Laporan Kabinet 1975 perkembangan penting kurikulum dan pengajaran berdasarkan laporan tersebut ialah kurikulum dan pengajaran sekolah berperanan untuk merangka sistem pendidikan yg akan mewujudkan generasi berdisiplin,patriotik dan beridentiti Malaysia. Perubahan paling penting dalam kurikulum dan pengajaran sekolah ialah pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mengantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah yang terlalu memfokuskan kepada penguasaan ilmu melalui matapelajaran yang banyak menyebabkan perkembangan pelajar hanya memfokuskan kepada perkemngan kognatif sahaja. KBSR berteraskan kemahiran 3M iaitu kemahiran

membaca,kemahiran menulis dan kemahiran mengira yang diterapkan melalui mata pelajaran teras dan elektif. Di samping pemupukan nilai etika dan estetika juga dilaksanakan dalam KBSR sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan kurikulum dan pengajaran sekolah di peringkat menengah juga telah mengalami perubahan dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum tersebut bercorak umum dan liberal apabila murid-murid boleh mengikuti pelajaran dalam komponen pelbagai komponen iaitu kompenen bahasa, sains sosial, sains dan vokasional. Perkembangan kurikulum dapat dilihat di mana Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya di peringkat menengah di semenanjung dan Sabah pada tahun 1982 dan di Sarawak pada tahun 1990 manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut diberi tumpuan. Selain daripada itu Sekolah rendah kerajaan yg menggunakan bahasa Cina dan Tamil dikekalkan. Manakala mata pelajaran Pendidikan Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Laporan tersebut juga member penekanan kepada Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pd peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Kurikulum dan pengajaran sekolah telah mengalami pengubahsuaian sesuai dengan keperluan sistem pelajaran dan latihan bagi mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja mahir selaras dengan keperluaan Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada masa itu. Kurikulum dan pengajaran sekolah juga lebih menjurus kepada peranan pendidikan dalam perpaduan sebagaimana dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dan penubuhan Rukun Negara.

11

Perkembangan Kurikulum Selepas 1990

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) Kurikulum dan pengajaran sekolah pada dekad 90-an lebih menjurus kepada peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiary iaitu selaras dengan perkembangan tenknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun1999. Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah telah ditambah baik dan dimantapkan lagi dalam sistem pendidikan melalui perundangan, dasar dan program utama. Antaranya ialah dengan pengenalan Akta Pendidikan 1996 .Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan Akta Pelajaran 1961 yang telah mengariskan beberapa aspek penting dalam kurikulum dan pengajaran sekolah. Akta ini mengugurkan beberapa peruntukan dari Akta Pelajaran 1961 yg tidak sesuai dan mengekalkan peruntukan yang sesuai sahaja. Perakuan 1996 telah

tersebut berpaksikan perakuan

utama Penyata Razak 1956.

AktaPendidikan

pindaannya pada tahun 2002. Akta tersebut bertujuan memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan supaya generasi muda dapat menjadi modal insan sejajar dengan aspirasi negara dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001- 2010 ) Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah semasa pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan . Dasar tersebut bertujuan membentuk satu sistem pendidikan yang berkualiti serta bertaraf dunia. Matlamat dalam dasar pendidkan kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yg berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera serta dapat menyediakan sumber tenaga manusia dan Menyediakan peluang pendidikan bagi warga Malaysia. Dasar tersebut dilaksanakan melalui perkembangan kurikulum dan pengajaran di semua peringkat sekolah bermula dengan pendidikan prasekolah, pendidikan rendah dan pendidikan menengah. Di samping itu kurikulum dan pengajaran sekolah dengan pengenalan Pendidikan Khas dan Pendidikan Teknik dan vokasional. politeknik dan pendidikan tinggi. Kurikulum dan pengajaran di peringkat Pendidikan prasekolah dilaksanakan bagi murid yang berumur dari 4hingga 6 tahun. Manakala kurikulum sekolah Rendah pula dilaksanakan bagi tempoh 6 tahun di sekolah kebangsaan atau Jenis kebangsaan. Pendidikan menengah pula terbahagi kepada dua iaitu pendidikan menengah rendah dan pendidikan menengah atas. Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada sekolah akademik, sekolah teknik dan vokasional, sekolah kebangsaan agama dan pendidikan
12

lepas menengah.

Selain itu SekolahPendidikan

Khas dan

Sekolah Sukan juga telah

diperkenalkan selaras

dengan keperluan semasa bagi member peluang pendidikan yang sama rata serta dapat dapat melahirkan jaguh sukan yang berwibawa. Di samping itu, dalam dekad berkenaan usaha meningkatkan pengajaran sekolah dilaksanakan dengan menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada UPSI. Di samping itu. Selain itu kurikulum dan pengajaran di Sekolah Menengah Vokasional telah dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Teknik. Perubahan kurikulum dan pengajaran juga berlaku denganpelaksanaan Program Pengajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2003 danpengenalan bayaran intensif Subjek Pendidikan pada tahun 2003. Di samping itu, kurikulum sekolah dikembangkan lagi dengan pengenalan program jQAF pada tahun 2005 bagi membantu murid Islam menguasi Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila

tamat sekolah rendah. Pengenalan Sekolah Bestari, dan Sekolah Wawasan telah mewujudkan perubahan ketara dalam Perkembagan kurikulum sekolah . Perubahan ini selaras dengan keperluan Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999. Dalam usaha kerajan untuk memperkukuhkan Sistem Pendidikan Negara maka Pelan Induk Pembangunan( 2006 2010 ) Di samping itu dasar tersebut juga dapat membentuk satu sistem pendidikan ygberkualiti serta bertaraf dunia bagi melahirkan bangsa Malaysia yg taat setia dan bersatu padu.

Kurikulum Dalam Program Sekolah Bestari Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunankan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. Di sekolah tersebut Kurikulumnya terdiri dari pelbagai perspektif dan efektif matapelajaran dengan member fokus kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat. Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke zaman maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara. Kurikulum dan pengajaran sekolah bestari bertujuan untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelaksanaan kurikulum di sekolah Bestari bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan celik teknologi serta memupuk perkembangan individu secara menyeluruh. Sekolah tersebut juga dapat memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu serta prihatin dengan kepelbagaian kebolehan, gaya dan keupayaan

13

pembelajaran. Kurikulum sekolah ini dapat memupuk Intergrasi menegak, mendatar dan multi disiplin Kurikulum Dalam Program Sekolah Wawasan Perkembangan kurikulum dan pengajaran juga wujud melalui program Sekolah Wawasan yang merupakan sekolah yg berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Pelaksanaan sekolah tersebut dapat memewujudkan perpaduan dikalangan murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang. Situasi ini dapat memupuk semangat intergrasi antara pelajar dari pelbagai aliran bagi melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatupadu. Kurikulum dan pengajaran menjadi medium dalam menggalakan interaksi yang maksimumantara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.Sekolah berlainan aliran iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Sekolah-sekolah tersebut mempunyai indentiti masing-masing dan mempunyai pentadbiran secara berasingan. Manakala kurikulum dan bahasa pengantar di sekolah wawasan adalah menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Di samping itu mata pelajaran adalah mengikut kursus-kursus pengajian mengikut jenis aliran sekolah. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan adalah mengikut jenis aliran sekolah manakala jumlah tenaga pengajar adalah mengikut norma perjawatan yg telah ditetapkan. Sekolah ini dapat mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah berkenaan. Warga sekolah wawasan boleh menggunakan kemudahan sekolah secara bersama-sama. Jawatankuasa dipengerusikan oleh salah satu daripada Guru Besar secara bergilir-gilir. Makanan yang disediakan adalah makanan yg halal dan mengira sensitiviti pelbagai kaum. Pemupukan kepelbagaian dari segi etnik dan budaya melalui bahan cetakan dan bukan cetakan. Sekolah ini juga menekankan keadilan dan kesaksamaan dari segi undang-undang dan tiada unsur kompleks superior atau inferior berasaskan kaum etnik. Sekolah wawasan menggalakan komunikasi terbuka merentasi kaum etnik dan mempunyai kakitangan akademik dan bukan akedemik yang berasal daripada pelbagai kaum etnik bagi memperkayakan interaksi sosial murid-murid.

Kurikulum Dalam Program Kelas Intervensi AsasMembaca Dan Menulis (KIA2M)

14

Kurikulum tersebut dilaksanakan bagi membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun 1. Program ini merupakan langkah segera bagi menangani isu kemahiran asas membaca dan menulis dlm kalangan murid-murid. Program ini diharapkan dapat membantu semua murid supaya boleh menguasai

2M iaitumembaca dan menulis pada tahun 1. Bagi mencapai matlamat ini, pelaksanaan kurikulum dan pengajaran dalam program tersebut berdasarkan garis panduan berikut

iaitu memberi peluangkepada murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kebolehan masing-masing. Pengajarannya dapat menyemai semangat minat belajar dalam kalangan murid-murid.Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid tahun 1 yang memerlukan pemulihan dalamkelas. Ianya terdiri daripada mereka yang lambat dan masih belum menguasai kemahiran asasmembaca dan menulis serta memerlukan pemulihan kelas. Pelaksanaan kurikulum danpengajaran tersebut dapat menjayakan konsep pendemokrasiaan pendidikan.

Perkembangan Kurikulum Dalam Program PPSMI Kurikulum dan pengajaran sekolah dalam program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah merupakan satu kaedah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar supaya dapat menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa antarabangsa itu. Kurikulum dan pengajaran dilaksanakan dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan bukubuku teks yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan Penyediaan bahan rujukan yg sesuai dalam bentuk cetakan atau perisian computer. Selain daripada itu, perkembangan kurikulum dan pengajaran dalam Pendidkan Wajib juga telah dilaksanakan bertujuan

untuk mewajibkan ibu bapa warganegara di Malaysia mendaftarkan anak yang mencapai umur 6 tahun ke sekolah. Implikasi pendidikan wajib ini ialah memberi peluang

pendidikan antara pelbagai kaum dapat dilaksanakandan hak asasi kanak-kanak terpelihara.

PERKEMBANGAN KURIKULUM SELEPAS TAHUN 2010 Pada tahun 2010 terdapat beberapa perkembangan baru dalam kurikulum dan pengajaran disekolah bagi memenuhi keperluaaan pendidikan Negara. Antaranya ialah dasar memartabatkanBahasa Malaysia memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris (MBMBI), dasar 10 matapelajaran dan program Prasekolah.

15

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMBI) Dasar MBMMBI adalah untuk melaksanakan Malaysia di Sekolah kurikulum dan pengajaran Sains Kebangsaan dan Sekolah

dan Matematik dalam Bahasa

Menengah Kebangsaan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 manakala Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebagsaan Cina danBahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Menurut Tan Sri Alimuddin, rasionalpelaksaanan dasar ini adalah kerana penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarpengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Di samping itu, Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an. Selain itu Kebanyakan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu. Dasar PPSMI telah melebarkan jurang pencapaian Sains dan Matematik antara murid bandar dan luar bandar. Penggunaan bahasa Malaysia perlu diperkukuhkan sebagai bahasa perpaduan untuk membina jati diri dan negara bangsa. Di samping pelaksanaan dasar ini juga selaras dengan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankan tentang perlunya penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan sebagai bahasa perpaduan. Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia

dilaksanakanmelalui beberapa strategi iaitu melalui pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Melayu di Tingkatan Satu hingga Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan dan SekolahKebangsaan manakala Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Di samping itu tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT. Dasar tersebut juga dapat dijayakan melalui penggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia serta menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia dan memperkenalkan seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia adalah melau ipendekatan seni bahasa seperti bercerita, drama, nyanyian, puisi, bahas, syarahan, pengucapan awam. Di samping itu beberapa pendekatan pengajaran bagi memenuhi keperluan dasar tersebutialah melalui pembelajaran menyeronokkan, Kesusasteraan Melayu, Modular dan penggunaanICT .Manaakala strategi bagi melaksanakan kurikulum bahasa Inggeris adalah dengan menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara,guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA. Dasar ini juga dapat dicapai dengan menyediakan guru Bahasa Inggeris di luar norma iaitu 2 orang gurubagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh melebihi 35 murid) dan menyediakan
16

bahan bacaandalam Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris serta menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa dengan menyediakan perisian, headphone, speaker dan mikrofon bagi menggalakan lagi proseskomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Pelaksanaan Dasar 10 Mata Pelajaran Dasar ini dilaksanakan bagi mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia mulai tahun 2010. Dasar ini bertujuan untuk membinan modal insan yang berilmu dan mengurangkan tumpuan kepada peperiksaan semata-mata dan memberi fokus kepadakumpulan mata pelajaran bagi memudahkan pemilihan dan dapat mengelakkan peperiksa ansebagai medan untuk menguji kekuatan dan persaingan. Kurikulum dan pengajaran yangdilaks anakan adalah selaras dengan keperluan dasar ini di mana pelajar diajar dengan kurikulum mengikut kumpulan yang sesuai dengan kebolehan, minat dan kecenderungan mereka. Pelaksanaan dasar tersebut adalah untuk memberi fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kumpulan mata pelajaran seperti tercatat dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996.

Pendidikan Prasekolah Penekanan kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti adalah untuk melahirkan modal insan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan meningkatkan latihan guru prasekolah berdasarkan KSPK. Usaha untuk menyebar luaskan kurikulum dan pengajaran di prasekolah dilaksanakan dengan mewujudkan pendidikan yang seiring dengan Peraturan dan AktaPendidikan dan menggalakan penubuhan institusi prasekolah yang berdaftar dengan

menambahbilangan kelas prasekolah di kawasan berpenduduk padat, kawasan kemiskinan band ar, luarbandar dan pedalaman. Di samping itu disediakan Program Latihan Guru

Prasekolah mengiku tmod LPBS/KDC/Sepenuh Masa kepada siswazah untuk ditempatkan di kelas prasekolah kerajaan. Perubahan kurikulum juga dilaksanakan dengan menambahbaik KurikulumPrasekolah Kebangsaan dengan menambah waktu pengajaran dan pembelajaran Bah asaInggeris sebanyak 50% dan menambah bilangan pembantu pengurusan murid di kelas prasekolah.

17

KSSR Prinsip KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Pendekatan Bersepadu Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

18

KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KURIKULUM DI MALAYSIA. Falsafah pendidikan Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara "


19

( PPK, 1988 ) Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap

pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ; i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan

penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum

diperkenalkan. v. vi. vii. viii. ix. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. x. xi. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari. ( Kamaruddin Haji Husin, 1994 ) Kehendak masyarakat Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan
20

kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : " It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring." Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza. Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid : - menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan. - menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis. - menguasai kemahiran mengira - menguasai Bahasa Inggeris - membina dan memupuk akhlak yang mulia - meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam - dapat bergaul dalam masyarakat
21

mengembangkan bakat dan daya kepimpinan

Faktor politik Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education" Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran

Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspekaspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

22

Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself " Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995) Faktor perubahan sosial Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan. Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan muridmurid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
23

6.0 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa.

Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat

diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam

7.0 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).

24

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

8.0 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya ke dalam

25

bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.

9.0 Pengaruh psikologi pendidikan Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992). Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap s ebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik. Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan kepada fahaman binaan (konstuktivisma) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Faktor yang mempengaruhi reformasi kurikulum matematik di Malaysia pada tempoh lima dekad
26

Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.

Laporan Razak (1956) Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu.Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

Laporan Projek Khas (1970) Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Yayasan Asia membiayai projek ini. Beberapa ahli American Peace Corps dilantik sebagai penasihat projek. Bahan-bahan pengajaran-

pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. Tiga puluh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.

Program Matematik Moden (1970)

27

Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. Dua buah buku teks; Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima; telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima . telah disatukan pada 1978. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topiktopik baru seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik. Strategi pengajaran-pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)

KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden.Perubahan utama ialah

mengurangkan kandungan(content) matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua; Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran,
28

sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira.Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang diperlukan untuk

membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993)

Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk-tajuknya ialah: 1. Nombor bulat dan operasi asas. 2. Pecahan dan operasi asas. 3. Perpuluhan dan operasi asas. 4. Wang
29

5. Ukuran panjang dan berat. 6. Ruang 7. Purata 8. Peratus 9. Graf.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dirombak menjadi Bersepadu Sekolah Rendah (1994).

Kurikulum

Senaraikanperubahan yang dilakukan terhadap Sukatan Matematik berkenaan:

Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan

menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 danenam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah

dibincangkan, ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. Di antaranya ialah Projek Imbuhan (Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.

Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980)

Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kayadan miskin. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala
30

golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar. Berikutan itu, Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib kanak- kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980. Melalui projek ini, peruntukan peruntukan khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan prasekolah yang kurang berkemampuan. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan, bantuan kewangan dan kemudahan- kemudahan lain. Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan, projek ini telah disokong oleh sumber- sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru- guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif muridmurid. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen- elemen sosio-ekonomi dan politik.

Projek InSPIRE (1977)

(Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah- sekolah rendah di luar bandar. Pelbagai set bahan-bahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah- sekolah untuk diuji. Di samping itu, objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983.

Projek Sekolah Bestari di Malaysia

Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Pada bulan Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen
31

berkaitan flagship- flagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain itu, Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk

memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari.

PENGARUH PERUBAHAN DALAM KURIKULUM MATEMATIK NEGARA LUAR TERHADAP PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA.

Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia telah berlaku akibat dari pelaksanaan beberapa projek yang penting.Pelancaran Kapal Angkasa Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union dalam tahun 1957 telah memberi kesan mendalam kepada sejarah pendidikan matematik. Di sinilah bermulanya titik perlumbaan di antara America Syarikat dan Soviet Union. Negara- negara Barat seperti Great Britain dan USA gusar dan rasa terancam ketinggalan dalam bidang sains dan
32

teknologi. Sehubungan itu berlakulah perubahan-perubahan utama khususnya dalam subjek matematik dan sains. Akibatnya, banyak projek yang telah dilancarkan oleh Negara- negara ini yang membawa perubahan dalam kurikulum matematik mereka. Perubahan dalam kurikulum matematik luar negara ini telah membawa pengaruh yang besar kepada kurikulum matematik di Malaysia. Ini disebabkan oleh hubungan Malaysia yang rapat dengan negara- negara ini dalam bidang pendidikan. Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School

Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Selain daripada pengaruh- pengaruh seperti yang telah disebut di atas, National Council of Teachers of Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.

Nuffield Mathemtics Project (NMP-1964) Projek ini telah dijalankan terhadap sekolah- sekolah rendah di Britain pada tahun 1964.Pembiayaan NMP ditaja oleh Nuffield Foundation, satu organisasi swasta dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran Britain. Dalam projek NMP ini kaedahkaedah baru dalam P&P matematik di sekolah rendah telah diperkenalkan. Penemuan kaedah- kaedah ini adalah berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Mengikut Piaget, pembelajaran yang berkesan bagi pelajar- pelajar yang berumur antara 6 hingga 12 tahun akan berlaku sekiranya ada interaksi dengan bahan- bahan konkrit. Oleh itu, objektif NMP ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit. Aplikasi strategi pemusatan pelajar dan bahan serta kaedah inkuiri penemuan mesti diutamakan dalam proses P&P. Pelajar belajar matematik melalui pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil. Kerja projek ini melibatkan penggunaan matematik dalam mencari penyelesaikan masalah. Selain itu, kandungan sukatan matematik telah disusun mengikut hiraki iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar, dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan pengalaman yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Secara asasnya falsafah yang terkandung dalam projek ini boleh diterjemahkan seperti apa yang diperkatakan oleh Confucius:

Saya dengar, saya lupa


33

Saya lihat, saya ingat Saya buat, saya faham. Projek ini telah mencapai objektifnya dan memberi impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan dalam tahun 1970.

Scottish Mathematics Group (SMG)

Pasukan SMG ini terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulissesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools. Buku- bukuini telah dicetak di antara tahun 1965 dan 1969 dengan memperkenalkan tajuktajuk baruseperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Salah satu ciri utama dalam sukatan ini ialah mengaplikasikan tajuk- tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1970.

School Mathematics Project (SMP)

Pada mulanya SMP hanyalah merupakan sebuah projek kajian yang telah dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton pada tahun 1961. Kajian ini dilakukan untuk menimbangkan perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union dan seterusnya untuk menyediakan satu sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britain. Dalam projek ini, pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu. Pendekatan ini membolehkan tajuk- tajuk yang berbeza diajar secara bersepadu. Contohnya, teori set diajar bersekali dengan tajuk algebra dan geometri. Buku teks SMP telah digunakan secara meluas di sekolah menengah di GreatBritain, tetapi dapatan menunjukkan kandungannya adalah terlalu akademik dan abstrak. Oleh itu sukatan SMP ini diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. Walaupun begitu, seperti SMG, bahan SMP
34

juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia.

School Mathematics Study Group (SMSG)

Kumpulan SMSG terdiri dari ahli fikir akademik Amerika dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union dengan pelancaran Sputnik 1. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 dengan diterajui oleh Edward G. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundation . Objektif utama projek ini ialah meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah standing dengan Russia. Kumpulan ini telah membina dan melaksanakan kurikulum matematik di sekolah rendah dan menengah di USA sehingga ia ditamatkan pada tahun 1977. Ahli kumpulan terdiri daripada ahli matematik, guru- guru, pakar psikologi and nazir sekolah. Hasil usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematics. Tajuktajuk dalam Matematik termasuklah geometri, teori set , nombor negatif, asas nombo dan trigonometri. New Mathematics menitikberatkan penjelasan struktur matematik dalam konsep yang abstrak seperti teori set dan asas nombor selain daripada asas10. Sebagai tambahan, penggunaan bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu konsep matematik juga dititikberatkan. Dalam proses pengajaran, SMSG banyak menjalankan aktiviti sebagai

pendekatannya supaya pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Sama seperti SMG and SMP, projek ini juga membekalkan idea- idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai langkah meningkatkan mutu matematik pada masa itu.

National Council of Teachers of Mathematic (NCTM)

NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran matematik. NCTM memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna
35

dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan member kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi (sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti). NCTM ialah satu pertubuhan non- profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada 100,000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada.Pada bulan April 2000, NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles and Standards for School Mathematics, iaitu satu garis panduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. Dokumen Principles and Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik akan datang. Ada empat komponen utama dalam dokumen Pinciples and Standards for School Mathematics ini. Pertama, prinsipalprinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik di sekolah. Prinsipalprinsipal ini merangkumi isu- isu seperti keadilan, kurikulum, P&P,pentaksiran dan teknologi. Kedua, standard NCTM ini mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik. Lima standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti nombor dan operasi, algebra, geometri, ukuran, analisis data dan kebarangkalian. Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian masalah, penaakulan dan bukti, perkaitan, komunikasi dan perwakilan. Standard-standard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam abad ke 21 ini.

Ketiga, NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu pengajaran guru. Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations volumes dicetak supaya guru- guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standardsfor School Mathematics di dalam kelas mereka. Kandungan dokumen Principles andStandards juga dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations. The Illuminations dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti
36

pembelajaran untuk pelajar. Ia juga menyediakan standard-based kandungan internet content untuk guru- guru K 12.

Keempat,

NCTM

menyediakan

ruang

dan

peluang

untuk

peningkatan tahunan atau

profesionalisme

gurumelalui

persidangan/seminar

kepimpinan,

regional. Persatuan ini juga bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan. Selain itu, Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari untuk guru matematik. Reflections ialah satu elemen penting dalam NCTM untuk perkembangan profesionalisme guru matematik. Dalam laman web Reflections ini dimasukkan video secara online supaya guru boleh membuat analisis dan perbincangan untuk menambahbaik kemahiran pengajaran mereka. Selain dari itu guru juga boleh mengambil bahagian dalam kritik untuk lesson-study, video kerja pelajar dalam kelas, tugasan dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan guru. NCTM menerbitkan empat jurnal profesional : Teaching Children Mathematics;Mathematics Teaching in the Middle School; the Mathematics Teacher; and the Journal for Research in Mathematics Education. Penerbitan lain termasuklah monthly member newsletter, the NCTM News Bulletin, lebih 200 buah buku pendidikan, video dan lain- lain bahan. Setiap tahun dalam bulan April, persatuan ini menaja Acara Matematik Terbesar di dunia dan menerbitkan buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti menarik untuk guru gunakan dalam kelas mereka. NCTM juga bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) yang memberi kuasa kepada NCTM untuk menilai program latihan guru matematik. Melalui penilaian yang dibuat ke atas program matematik sekolah, NCTM dapat mempastikan dan menentukan guru- guru permulaan telah cukup bersedia untuk menjalankan tugas mereka. Pada tahun 1976 NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana untuk guru bagi meningkatkan P&P matematik. Selain itu, MET juga menghargai guru- guru matematik dengan pemberian annual Lifetime Achievement Award

Kurikulum Matematik Sekolah Bestari Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan
37

yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Matlamat kurikulum banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh matlamat hidup individu, masyarakat, negara, dan dunia. Manakala perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia yang bersifat universal, banyak mempengaruhi matlamat dan keperluan individu, masyarakat dan negara. Pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah telah mengambil kira pelbagai keperluan individu dan masyarakat, khususnya dalam pembinaan insan dan penghayatan budaya ilmu. Ternyata kesannya belum begitu nyata. Walau bagaimanapun usaha-usaha untuk mencapai cita-cita murni itu masih berjalan dan perlu diteruskan. Namun begitu kita harus peka kepada setiap perubahan yang melanda dunia dan masyarakat pada hari ini. Arus perubahan yang dibawa oleh kuasa teknologi maklumat menuntut kita melakukan sesuatu, agar kekuatan dan kelebihan yang dijanjikan dapat dimanfaat bersama untuk memantapkan idea dan pelaksanaan yang sedang berjalan. Di samping itu perancangan untuk merangka agenda perubahan khususnya untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada perlu dilakukan supaya selaras dengan matlamat dan dasar yang digubal. Langkah Malaysia untuk mengamalkan pendemokrasian pendidikan dibuat melalui dasar " Pendidikan untuk Semua" . Dasar ini dilaksanakan di sekolah dalam negara ini dengan menyediakan satu kurikulum yang sama untuk semua pelajar. Dengan kemajuan dalam bidang teknologi, pelaksanaan dasar pendidikan untuk semua dapat diperkemaskan lagi dengan mengambil kira keupayaan pelajar yang pelbagai. Pengguanaan teknologi dapat mengoptimumkan pengajaran pembelajaran. Pembangunan negara yang pesat memasuki era teknologi maklumat membawa bersama cabaran kepada usaha untuk membentuk masyarakat madani. Selain perlunya perkembangan minda yang sihat dan pemikiran global, penekanan yang sama harus diberikan kepada perkembangan sahsiah, akhlaq dan budaya supaya tercapai hasrat untuk menjadi sebuah negara maju secara menyeluruh. Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan

38

mencabar pemikiran. Dengan yang demikian, matematik telah menjadi satu daripada bidang ilmu yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Rangka kurikulum matematik abad ke 21 yang dicadangkan di sini mengandaikan bahawa sistem persekolahan yang diamalkan sekarang masih kekal bersama-sama dengan semua prinsip pendidikan yang sedang dan akan terus dilaksanakan.

KEKURANGAN DAN KELEBIHAN KURIKULUM YANG DIGUNAPAKAI SEKARANG SERTA PENAMBAHBAIKKAN DAN CADANGAN .

Perbezaan KBSR dengan KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang diri Individu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri

Bahan kurikulum: Sukataan pelajaran

Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum: Linear

Reka bentuk kurikulum: Modular


39

Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif

Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.

Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira)

Fokus: 4M (Membaca, menulis dan menaakul)

KELEBIHAN KURIKULUM Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan

pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
40

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. Kurikulum KSSR memberi penekanan kepada 6 elemen, iaitu: Komunikasi; Kerohanian, sikap & nilai; Kemanusiaan, Ketrampilan diri; Perkembangan Fizikal & Estetika; Sains & Teknologi;dari segi kandungan dan sistem penilaian: Isi kandungan pembelajaran memiliki standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan sistem penilaian yang juga disediakan bersama.. KSSR lebih melihat kepada kualiti pencapaian murid berdasarkan standard kandungan yang ditetapkan, berbeza dengan KBSR yang menekankan perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

dari segi tumpuan/kandungan kurikulum: KSSR memberi tumpuan kepada penguasaan 4M berbanding 3M pada KBSR. Tahap satu (tahun 1 3) perlu menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Tahap dua (tahun 4 6) member tumpuan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M juga kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Tumpuan

pembelajaran Prasekolah melibatkan perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul.

KEKURANGAN KURIKULUM

41

Tentang kelemahan .. mungkin antara kekangan yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan KSSR adalah pencapian terhadap matlamat tertentu yang digariskan. Misalnya elemen nilai tambah, iaitu Kreativiti dan Inovasi; Keusahawanan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi mungkin sukar yang cuba diterapkan kepada murid di sesetengah sekolah. Keadaan ini berlaku disebabkan jurang perbezaan pendidikan yang ketara akibat perbezaan lokasi sekolah. Perbezaan yang dimaksudkan antaranya, ekuiti pendidikan, akses pendidikan serta tenaga pengajar (boleh rujuk entri: Isu-Isu Pendidikan di Malaysia dalam blog ni). Sebagai contoh, adalah mustahil untuk menerapkan kemahiran ICT kepada murid jika sekolah berkenaan tidak memiliki kemudahan ICT. Mengajar dunia sains dan teknologi tapi peralatan/makmal sains tiada. Hendak mengajar kemahiran hidup bengkel tiada. Ringkasnya, matlamat untuk memberi peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dalam KSSR mungkin sukar dicapai. Selain itu, seperkara lagi yang mungkin boleh diberi perhatian ialah tentang perubahan pada peruntukan masa dalam KSSR. Pengurangan masa subjek tertentu, misalnya Dunia Muzik (Pendidikan Muzik) mungkin boleh menjejaskan

pengetahuan/kemahiran murid dalam bidang berkenaan. Walaupun unsur penerapan elemen muzik juga terdapat dalam m/pelajaran lain, tetapi pembelajaran melalui penggabungjalinan dan pembelajaran secara spesifik tetap mempunyai perbezaan.

Maksud KSSR sangat baik, namun pelaksanaannya lebih kepada membuat laporan. Terlalu banyak laporan tentang perkembangan murid di minta sehingga menjejaskan bagaimana cara, teknik dan kaedah untuk meningkatkan lagi prestasi anak-anak sekolah. Dalam laporan, siapa pun boleh bagi petunjuk prestasi tipu demi memenuhi kehendak laporan yang inginkan peningkatan prestasi murid, tetapi pihak yang berwajib seolah-olah lupa, apakah masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh sekolah dalam merealisasikan laporan baik tersebut. Contohnya, prasarana sekolah yang tidak mencukupi, faktor persekitaran murid dan tahap

kognitif murid (setiap murid mempunyai kematangan mental dan kognitif yg berbezabeza ,a da yg seawal 3 tahun sudah boleh membaca, namun ada juga meningkat 12 tahun baru boleh membaca lancar). Ini bukan salah sesiapa tetapi, itu adalah hasil kajian pakar-pakar kanak- kanak yang terdahulu, dimana, kanak-kanak tidak dapat
42

dipaksa untuk pandai dalam sekelip mata atau bila-bila masa yang kita mahu, namun kanak-kanak akan jadi matang bila sudah mencapai tahap umur yang tertentu.

Selain itu, permasalahan yang dihadapi adalah matlamat pendidikan matematik Malaysia tidak tercapai dengan cemerlang kerana kurikulum mata pelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana disebabkan beberapa faktor iaitu : AKSES EKUITI Kurikulum pendidikan Matematik didapati tidak diselenggara dengan baik kerana kurikulum pendidikan negara kerap berubah, dan tidak mempunyai satu kurikulum yang tetap untuk jangka waktu yang panjang. Pertukaran kurikulum Perubahan kurikulum berlaku pada sebelum tahun 70-an, di mana pada masa itu matematik tradisi dilaksanakan dengan memberi fokus terhadap tingkah laku berulang apabila terdapat ransangan dan pengiraan melibatkan empat operasi iaitu tambah,tolak, darab dan bahagi. Pada tahun 70-an, reformasi kurikulum utama menyaksikan pengenalan program matematik moden dan topik baru mengenai set, statistik, matrik dan vektor. Penekanan lebih diberi terhadap konsep dan penggiraan. Pada tahun 80-an, kurikulum matematik mengharungi perubahan lain iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Perubahan ini dikatakan sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan matematik di peringkat rendah dan menengah. Sukatan tersebut adalah bertujuan untuk mengimbangi antara kemahiran dan pemahaman, ia turut menekankan dalam penyelesaian masalah yang berkaitan kehidupan seharian. Pada akhir ini, kurikulum matematik ditukar dari bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan bagi

menperkukuhkan penggunaan bahasa tersebut maka timbullah kurikulum baru. Perubahan kurikulum ini berlaku dari semasa ke semasa mengikut perubahan kemajuan teknologi dan persekitaran kehidupan yang makin canggih. Hal ini memberi sedikit sebanyak kesan negatif kepada pelajar kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan kurikulum baru dan mengambil masa yang lama bagi pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah. Bagi guru pula,mereka perlu menghadiri pelbagai jenis kursus bagi memantapkan lagi pengajaran mereka, tapi ada kalanya, guru terpaksa meninggalkan kelas dan kelas akan ketinggalan dalam pembelajaran.
43

PENUTUP

Kurikulum Bestari Matematik diyakini mampu membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan, dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan

penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta pemikiran yang logik, kreatif, kritis dan bersistem. Penerapan nilai-nilai murni akan dapat melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Untuk mencapai matlamat pendidikan Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara kita berfikir tentang penggunaan alat teknologi di sekolah. Jika sekolah ingin mendapat faedah sepenuhnya, teknologi perlu menjadi asas dalam infrastruktur, proses pengajaran pembelajaran, pentadbiran dan bukan hanya sebagai bahan tambahan. Teknologi maklumat mesti digunakan sepenuhnya dan diberi peranan penting dalam pengajaran pembelajaran serta tugas harian sekolah. Sebagai kesimpulannya, kurikulum adalah alat untuk mencapai tujuan pendidikan. Dengan demikian kurikulum merupakan alat penting dalam proses pendidikan. Sebagai alat yang penting untuk mencapai tujuan, kurikulum hendaknya berperanan dan bersifat sensitif dan fleksible terhadap perubahan dan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagaimana yang ada di negara ini krikulum seringkali berubah-ubah misalnya dari kurikulum sebelum merdeka hingga kini.Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.

44

Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan

perkembangan

kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau

mencetuskan tamadun baru.

45

BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP. Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP. Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World. Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill Publishing Company.

46

REFLEKSI : Mohd Isa Bin Tukeman 670410015305

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dari-Nya dapat juga saya menyiapkan Tugasan Projek Kurikulum Pendidikan Matematik (MTE 3102) ini pada masa yang ditetapkan. Kerja kursus ini diagihkan secara kerja kumpulan seramai

2 orang . Setelah mendapat tugasan, kami telah diterangkan secara ringkas oleh pensyarah penasihat, En. Syed Mohd Hashim bin Syed ismail tentang spesifikasi yang diperlukan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Pada awal peringkat awal untuk menyiapkan tugasan ini,saya dan ahli kumpulan saya, telah menyediakan beberapa bahan dari sumber yang berbeza seperti buku, internet dan lain-lain sebagai persiapan untuk menyiapkan tugasan ini. Kurikulum Pendidikan Matematik(MTE 3102) merupakan satu kerja kursus yang

mencabar dan menarik kepada saya. Hal ini kerana maklumat yang dikehendaki tidak hanya bergantung kepada satu sumber sahaja. Untuk membentuk satu kerja kursus yang menarik dan lengkap hendaklah mendapatkan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai. Sewaktu membuat tugasan, banyak masalah yang terpaksa saya hadapi antaranya ialah kekurangan waktu-waktu senggang disebabkan oleh aktiviti-aktivitidan kerja kursus yang lain. Alhamdulillah, ahli kumpulans aya banyak membantu saya dari segi persiapan draf dan penambahan maklumat.Selain itu, masalah yang paling ketara ialah capaian internet sangat lambat. Seterusnya maklumat yang sahih daripada sumber internet sukar diperolehi. Namun, semua masalah ini dapat saya atasi setelah merancang jadual dan langkah kerja dengan lebih baik dan efektif. Pembahagian tugas juga dilakukan oleh kami juga memudahkan untuk kami menyelesaikan tugasan ini.

Melalui pemahaman tentang tujuan kursus wajib ini, saya dapat mengaitkan bahawa kursus ini bukan sahaja untuk melengkapkan jam kredit untuk semester ini bahkan secara tidak langsung saya dapat memahami pentingnya pengetahuan tentang

47

menghayati sejarah

perkembangan kurikulum matematik di Malaysia. Ia

membolehkan saya mendalami makna, peranan dan nilai dalam matematik serta peranan guru matematik dalam merealisasikan kehendak kurikulum . Saya dapat mendalami dan mengkaji serta meneliti perkembangan Kurikulum Matematik di

Malaysia terutamanya Kurikulum Matematik KBSR dan KSSR.

Di samping itu, kursus ini dapat menambahkan pengetahuan sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan saya. Dengan pengetahuan ini saya berharap saya mampu untuk mengintegrasi dan menimbulkan minat dan nilai dalam pendidikan matematik kepada pelajar-pelajar saya di sekolah. Saya juga dapat mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perubahan

kurikulum masa depan. Dengan kerja kursus ini saya juga berpeluang mengikuti perkembangan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011. Walaupun pada masa ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan atau pelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun amat berminat untuk mengetahui dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa dan masyarakat. Ilmu ini juga akan saya terapkan kepada pelajar sekolah kelak denganpemahaman yang sesuaisupaya proses P&P lebih bermakna dan seterusnya membentuk anakmuda yangberpengatahuan tinggi muda untuk masa hadapan tanah air yang tercinta. Akhir sekali,saya dapat simpulkan bahawa maklumat tentang

pengetahuanterhadap Kursus KurikulumPendidikan Matematik (MTE 3102) ini sangat penting bagi memastikan guru dapat merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta mencapai hasil pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza seterusnya mempengaruhi pencapaian dalam akademik.

48

49

Anda mungkin juga menyukai