Anda di halaman 1dari 12

PRAKTIKAL 3 PEMULIHARAAN EX-SITU :ZOO DAN TAMAN BOTANI BAHAGIAN 2 Bincangkan dalam bentuk esei secara laporan kira-kira

250-300 patah perkataan isu-isu dibawah. Termasuk satu pernyataan ringkas mengenai tujuan praktikal dan menyediakan senarai rujukan diakhir laporan mengikut format yang betul.

Pengenalan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok ini telah ditubuhkan semenjak tahun 1964 di bawah pentadbiran bahagian Mergastua. Jabatan Perhutanan Sabah dan kini setetah bahagian ini dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan pada 1988, segala pengurusan dan pentadbiran hidupan liar telah dikelolakan oleh Jabatan Hidupan Liar di bawah naungan Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar. Objektif utama pusat ini ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan anak-anak orang utan yang terpisah dari ibunya supaya dapat kembali semula hidup di dalam hutan. Namun pada tahun kebelakangan ini objektif tersebut telah diperluaskan kepada pendidikan konservasi, penyelidikan dan kebajikan terhadap Jenis-jenis hidupan liar yang lain seperti pembiakan badak dalam kurungan. Pusat ini dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar yang seramai 37 orang termasuk seorang Pegawai Hidupan Liar yang bertindak sebagai Pegawai Penguasa Pusat ini, Pegawai Veterinar. Pembantu Hidupan Liar dan Pekerja Rendah Awam. Dlsamping itu, Pusat ini juga menyediakan beberapa infrastruktur untuk menyokong fungsi-fungsinya seperti bangunan Pusat Penerimaan Tetamu, Pusat informasi Sepilok. pejabat untuk kakitangan, bangunan klinik, kuarantina dan kandang-kandang untuk proses pemulihan orangutan, pembiakan badak dan hidupan liar yang lain. Pusat ini telah terkenal dengan usaha yang dilakukan untuk memulihkan dan menyelamatkan orang utan. Dengan kedudukan pusat ini yang terletak di pinggir hutan simpan Kabili-Sepilok yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kayu dipterokap dan pokok buah-buahan liar yang juga merupakan
1

sumber makanan utama kepada orang utan dan haiwan lain telah menarik minat kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk berkunjung dan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh pusat ini. Ini secara langsung menyedarkan mereka akan kepentingan perlindungan undang-undang terhadap habitat orang utan dan hidupan liar yang lain.

Pandangan atas Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok

Sejarah Projek pemulihan orang utan Sabah dicadangkan oleh P.F. Burgess Timbalan Konservator Hutan pada tahun 1961. Beliau juga bertanggungjawab dalam penubuhan bahagian mergastua dalam Jabatan Perhutanan dan merangka Ordinan Pemuliharaan Haiwan 1963. Dengan bantuan Pertubuhan Tabung Hidupan Liar Sedunia yang baru ditubuh-kan, Puan Barbara Harrisson, isteri kepada Kurator Muzium Sarawak telah melawat Sabah (pada masa itu dikenali sebagai Borneo Utara) dan melaporkan bahawa Orangutan adalah haiwan terancam dan mengalami kepupusan. Di Sabah, orangutan adalah haiwan di-lindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan Haiwan, 1963.

Waden mergastua pertama En. G.S De Silva dan ahli Botani terkenal W. Meijer

1965 - Renjer mergastua yang pertama Kapis Siridion dan Orang Utan Amit.

APAKAH DIA PROSES PEMULIHARAAN? Kemasukan Proses pemuliharaan orang utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima orangutan sama ada dirampas atau di-serahkan secara sukareia oleh pemilik-pemi!ik haram dari ladang pertanian atau kem pembalakan. Kebanyakan orang utan yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anak-anak orang utan yang kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan penuh dari ibunya untuk terus hidup. Tapi kini menjadi tanggungjawab kakitangan pusat ini pula untuk memastikan anak-anak orang utan ini terus hidup dan dapat kembali semula ke dalam hutan.

Kuarantin Apabila sahaja orangutan tiba di pusat ini, ianya akan dimasukkan ke dalam klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum menjalani tempoh kuarantina. Tempoh kuarantina anak orangutan ini sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada takat kesihatan orangutan tersebut semasa diterima. Peringkat kuarantina adalah amat penting bagi memastikan tidak ada jangkitan penyakit kepada orangutan yang lain. Bahagian Klinik akan menjalankan pemeriksaan am seperti

pemeriksaan tahi (bagi melihat kehadiran jenis cacing dan bakteria), ujian kencing, Malaria, ujian TB dan sinaran-X (pemeriksaan dada dan karpus).

Taman Asuhan Sebaik sahaja selesai menjalani pering-kat kuarantina, orangutan akan dinilai sama ada dibebaskan di kawasan taman asuhan bagi orangutan di bawah umur 3 tahun atau dibebaskan terus di pelantar A ataupun B. Bagi orangutan yang dibebaskan di taman asuhan, orangutan ini akan dilatih dengan bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat me-manjat sendiri. Mereka akan dilepaskan pada setiap pagi dan dengan ini diharap-kan agar mereka dapat mula membina kemahiran hidup di dalam hutan. Pelantar Makan A (Latihan Semangat) Setelah orang utan itu bertambah yakin dan mahir, ianya akan dibawa ke pelantar makan A di mana kehidupan di dalam hutan bermula- Pada peringkat ini, kakitangan pusat ini akan membawa makanan hanya 2 kali daiam sehari yang terdiri dari buahbuahan dan minuman susu ditambah zat galian dan vitamin.

Aksi Orang Utan di Pelantar A

Pelantar Makan B (Latihan Kehidupan) Akhir sekali setelah orang utan ini telah menunjukkan keupayaan untuk mencari makanan sendiri, iatihan kehidupan pun bermula. Bagi peringkat ini, orang utan akan dibawa ke pelantar makan B yang terletak lebih kurang 1.5 km dari pusat ini untuk dilepaskan. Biasanya pemberian makanan akan semakin dikurangkan supaya mereka dapat mencapai kehidupan berdikari yang sepenuhnya dan seterusnya berintegrasi dengan populasi orang utan liar yang terdapat di hutan simpan Sepilok. Semenjak pusat ini ditubuhkan, lebih kurang 100 ekor orangutan telah berjaya dipulihkan dan balik ke dalam hutan.

Pelantar Makan B (Orang Utan menjalani latihan kehidupan)

Jawab soalan 1. Apa yang dimaksudkan dengan in-situ dan ex-situ? Apakah kebaikan dan kelemahan pemuliharaan ex-situ. Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotika (spesies invasif). Oleh itu strategi pemuliharaan ex situ merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan (remnant population) tidak berupaya membiak di habitat semula jadi Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semula jadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Sampel atau spesies yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada diri spesies itu tetapi juga , sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Kemudahan bagi pemeliharaan ex situ binatang dan tumbuhan termasuklah zoo, akuaria, program pembiakan berkurung, ladang, taman botani, arboreta dan bank benih Pada masa lalu, zoo terutamanya memaparkan kemudahan untuk tujuan keseronokan dan pendidikan awam. Namun sekarang, ada sesetengah haiwan telah terancam dan hanya terdapat di zoo.

2. Mengapa sesetengah ahli arkeologi percaya bahawa dalam pemuliharaan in-situ, pihak pengurusan perlu berhati-hati dalam pengurusan habitat dan strategi pemuliharaan yang diberikan dan bahawa ia tidak dapat diterima untuk mengekalkan sepsis yang tidak lagi mempunyai apa-apa habitat semulajadi atau yang tidak dapat membiak dalam hutan, di zoo atau taman.

Walaupun pemuliharaan In-situ mempunyai kelebihan bagi memastikan spesis dapat mengadaptasi persekitaran dengan baik kerana ekosistemnya yang lebih sesuai dengan kemandiriannya namun ianya mempunyai cabaran pada masa akandatang. Kekurangan habitat semulajadi antara satu cabaran bagi meneruskan

pemuliharaan dan pemeliharaan secara In-situ. Ketika ini, hutan di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya semakin berkurangan kerana kesan dari pembalakan dan manipulasi aktiviti manusia secara terlarang. Hal ini menjejaskan habitat-habitat bagi semua spesis hidupan flora dan fauna. Malaysia merupakan negara yang mencatatkan rekod kemusnahan hutan tertinggi dikalangan negara-negara Hutan Tropika. Walaupun malaysia masih diiktiraf sebagai negara yang mempunyai litupan hutan banyak iaitu 59% namun statistik daripada Food and Agriculture of the United Nations (FAO) menunjukkan Malaysia 86% kadar kemusnahan hutan pada tahun 1990-2000 dan 2000-2005.

Hal ini berlanjutan dengan imbasan imej satelit yang menunjukkan malaysia mempunyai kadar 3 kali lebih cepat kemusnahan di asia. Hutan-hutan tersebut digantikan dengan penanaman ladang kelapa sawit dan dibiarkan gondol. Cabaran pemuliharaan In-Situ adalah habitat yang semakin kurang dan Ex-Situ dapat digunakan bagi memastikan penjagaan spesis terancam daripada pupus. Selain itu, kepupusan spesis secara semulajadi juga akan memebri kekangan. Kesan daripada habitat berkurang, terdapat spesis sama ada flora dan fauna akan pupus. Contohnya, gajah pygmy jantan yang telah mati dan hanya tinggal dua ekor gajah betina maka jika pemuliharaan in-situ sahaja digunakan pasti pembiakan populasi tidak akan berubah. Badak tersebut terpaksa dipulihara
10

dengan cara permanian beradas (makmal) dan penggunaan gajah dari hutan lain untuk dipindahkan bagi tujuan pembiakan dan menambahkanpopulasinya.

Kemudian Pemuliharaan In-Situ tidak dapat melindungi spesis-spesis tersebut daripada penyakit dan bencana alam semulajadi sperti gempa bumi, dan rekahan bumi yang merosakkan landskap bumi kerana ianya hanya

mengekalkan kemandirian spesis haiwan dan tumbuhan tersebut serta melindunginya daripada yang disebabkan melalui penubuhan Hutan simpan dan pusat koservasi sahaja. Menurut David Murell, [pakar ekologi dari unversity College London 300 jenis penyakit baharu telah muncul dan sebanyak haiwan 60% daripada penyakit tersebut adalah jangkitan yang dilaporkan telah turun kepada manusia daripada haiwan. daripada 60% jangkitan tersebut 70% adalah haiwan liar. Ianya susulan daripada perubahan cuaca dunia yang telah mengakibatkan berbagai-bagai penyakit baharu yang berpunca daripada haiwan menjangkiti manusia. Contohnya, Penyakit HIVberpunca daripada chimpanzee di Afrika Barat. oleh itu, Ex-situ juga perlu diterapkan bagi memastikan haiwan yang dijaga dapat dibendung risiko jangkitan penyakit dan menjangkiti pada manusia. Tumbuhan juga pasti akan dapat dijaga daripada gangguan penyakit melalui parasit Tetranychus dan Thrips Palmi karnya.

11

3. Mengapa ramai orang berfikir ia tidak berhak untuk cuba membawa kembali sepsis yang pupus seperti harimau Tasmania? Apakah implikasi tindakan sebegini? Bagi sesetengah spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian, kebanyakkan berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesis tersebut. Ini kerana spesis tersebut dikatakan memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi kesan jika masih wujud. Berkemungkinan juga spesis tersebut telah pupus disebabkan perubahan cuaca dan alam yang tidak sesuai lagi bagi mereka.

RUJUKAN:
www.cheme.utm.my/.../GenTalks-...

http://www.sabah.edu.my/srm012.wcdd/BM/galeri.html
www.tasmaniatrip.com/tasmanian-wolf.html www.zoonegaramalaysia.my/

12

Anda mungkin juga menyukai