Anda di halaman 1dari 29

ISI KANDUNGAN

BORANG PENGAKUAN KEASLIAN


JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
1.0

PENGENALAN

2.0

ANALISIS PERGERAKAN TEKAN TUBI

3.0

ANALISIS PERGERAKAN NAIK TURUN BANGKU

4.0

ANALISIS PERGERAKAN MENDAGU

5.0

KESIMPULAN

6.0

BIBLIOGRAFI

PENGAKUAN KEASLIAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

Nama Penulis :
Tarikh

...

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN


NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

KUMPULAN

MATA PELAJARAN

PENSYARAH PEMBIMBING

TARIKH

SEMESTER:

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

2.10.12

Menerima soalan tugasan dan


taklimat daripada pensyarah mata
pelajaran

5.10.12

Memahami kehendak soalan


tugasan perbincangan dengan
rakan-rakan.

CATATAN
Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya 15
November 2012.

Membuat jadual kerja

Mencari maklumat dari


internet/Pusat Sumber
mendapatkan bantuan daripada
Pustakawan di bahagian redspot.

Cetakan maklumat dari laman sesawang


mengenai pergerakan tekan tubi, naik turun
bangku dan mendagu.

12.10.12

Kolaborasi bersama pensyarah


pembimbing

Pensyarah memberi komen membina bagi


penambahbaikan.

13.10.12

Menyediakan draf

Memilih maklumat yang berkaitan dengan otot


dan sendi dan menyusun maklumat.

11.10.12

Hingga

Nota ringkas.

Menganalisis pergerakan.

10.11.12

Membuat huraian sendi serta otot yang terlibat


dalam setiap pergerakan.
Menghubungkait pandangan peribadi dengan
aspek yang dibincangkan.

14.11.12

Semakan terakhir

15.11.12

Tugasan dihantar

Kemaskini maklumat
-

1.0

PENGENALAN
Bahagian tubuh badan manusia terdiri daripada kombinasi banyak komponen-komponen

asas. Dengan gabungan komponen-komponen yang hebat ini, Safee Sali dapat menendang bola
dengan cekap, Usain Bolt dapat berlari pecut 100 meter dengan sangat laju dan Datuk Nicol Ann
David dapat memukul bola squash dengan tangkas. Tanpa kehadiran komponen-komponen asas
tubuh, sudah semestinya mereka semua tidak mampu untuk melakukan aktiviti fizikal
sedemikian. Memandangkan segala aktiviti fizikal ini sangat dekat denagn kehidupan saya, saya
sangat seronok mendalami topik ini.
Bagi memenuhi kehendak tugasan Fungsi Muskuloskeletal dan Pergerakan Manusia, saya
telah meneroka dengan lebih mendalam mengenai organisasi tubuh badan manusia. Saya telah
melalukan carian maklumat di laman sesawang, ruang redspot dan juga buku-buku rujukan.
Hasilnya , saya berjaya mendalami banyak pengetahuan berguna mengenai beberapa organisasi
tubuh badan manusia seperti tisu perantara, sistem rangka, sendi, sistem otot dan otot-otot rangka
utama.
Hal ini sangat bermanfaat bagi saya memandangkan setiap kali saya melakukan aktiviti
fizikal, saya dapat mengenalpasti dengan sendiri otot, sendi serta pergerakan yang terlibat. Saya
berasa sangat seronok dan pengetahuan ini sangat berharga kerana tanpa saya sedari, setiap
aktiviti yang saya lakuakn berbantukan pelbagai jenis sendi, otot dan komponen-komponen lain.
Sebagai contoh, pergerakan rutin saya seperti berjalan ke dewan kuliah setiap pagi, berlari di
padang universiti,dan

menendang bola pada waktu riadah petang dapat dilakukan dengan

sempurna dengan berbantukan organisasi tubuh saya. Selain itu, saya juga dapati setiap
pergerakan yang saya lakukan adalh berperingkat dan terdapat tiga fasa bagi setiap pergerakan.
Oleh sebab itu, dalam skrip jawapan ini saya ingin mengupas dengan lebih mendalam
mengenai beberapa pergerakan yang rutin kita lakukan dalam kehidupan seharian iaitu
pergerakan tekan tubi, pergerakan naik turun bangku dan pergerakan mendagu. Bagi ketiga-tiga
jenis pergerakan ini, saya akan mengupas aspek pemerihalan pergerakan tersebut, satah dan
paksi rujukan bagi pergerakan yang dilakukan, sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk
pergerakan tersebut serta pergerakaan yang dihasilkan di sendi tersebutt. otot agonis yang terlibat
dalam pergerakan dan yang terakhir sekali jenis penguncupan otot agonis.

2.0

ANALISIS PERGERAKAN TEKAN TUBI


Seseorang individu perlu sentiasa menilai tahap kecergasan semasa untuk mengetahui

perkembangan kesihatan masing-masing. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan,


kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita
menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Bukti-bukti kajian
menegaskan bahawa kecergasan fizikal adalah berasaskan lima faktor seperti berikut : daya tahan
kardiovaskular, kekuatan, kelembutan, berat badan yang sesuai dan bersantai(relaxation). Disini,
saya ingin meneroka dengan lebih mendalam mengenai faktor kekuatan. Kekuatan ialah
keupayaan otot mengekalkan pergerakan melawan rintangan. Kekuatan yang dimaksudkan di
sini terbahagi kepada kekuatan atas badan, bahagian tengah badan dan bahagian bawah badan.
Bagi menguji kekuatan atas badan, pergerakan yang sesuai dilakukan ialah pergerakan
tekan tubi. Pergerakan tekan tubi sangat sinonim dan sangat dekat dengan kita semenjak kita
kecil lagi. Pada zaman sekolah rendah dahulu, saya sering didenda melakukan tekan tubi oleh
guru Matematik kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Berbalik kepada pergerakan tekan tubi,
setelah melakukan pencerapan secara terperinci mengenai pergerakan ini, saya dapati terdapat
tiga fasa yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi iaitu fasa persediaan yang diikuti dengan fasa
menurun dan seterusnya fasa pemulihan.
Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh.
Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso
dan lengan. Tekan tubi ialah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso
kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Suatu prinsip penting yang
harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah
mendatar. Berdasarkan analisis pencerapan saya dan pembacaan yang saya lakukan, aktiviti
tekan tubi ini banyak melibatkan otot-otot utama di bahagian atas badan.
Setelah saja kaji secara mendalam, terdapat tiga fasa yang dilalui oleh seseorang individu
apabila melakukan senaman tekan tubi iaitu fasa persediaan, fasa menurun dan fasa permulaan.
Berikut saya terangkan secara terperinci cara untuk melakukan tekan tubi dengan betul.

2.1

FASA PERSEDIAAN
Suatu prinsip yang penting apabila seseorang individu melakukan tekan tubi adalah

untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar. Pada fasa persediaan, individu merapatkan
kaki serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Pada posisi ini, otot fibularis (peroneus)
longus membantu sendi radiokarpus menyokong jisim badan. Pergerakan yang berlaku pada
sendi radiokarpus di sendi kondil ialah pergerakan fleksi plantar. Kemudian, individu perlu
menurunkan bahagian torso badan secara mendatar ke lantai dan .Bahagian siku berada tinggi
sedikit berbanding bahu.

Satah &

Sendi & Jenis

Pergerakan Yang

Paksi

Sendi

Dihasilkan Di

Penguncupan

Sendi

Otot Agonis

Rujukan
Satah

Radiokarpus/

transversal di

Kondil

paksi

Bahu/ Lesung

Fleksi Plantar

Otot Agonis

Fibularis

Konsentrik

(Peroneus) Longus
Ekstensi

longitudinal

Deltoid , Triseps

Konsentrik

Brakil
Siku/ Engsel

Ekstensi

Latisimus Dorsi
Dan Pektoralis
Major

2.2

Jenis

FASA MENURUN

Konsentrik

Pada fasa menurun pula, bahagian tulang-tulang di tangan digunakan untuk menahan
berat badan kita. Semasa pergerakan ke bawah, tangan dibengkokkan.Sendi siku mengalami
pergerakan ekstensi, aduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu. Pergerakan ini dibantu oleh
otot latisimus dorsi dengan menarik lengan ke bawah.

Satah & Paksi

Sendi & Jenis

Pergerakan

Otot Agonis

Jenis

Rujukan

Sendi

Yang

Penguncupan

Dihasilkan Di

Otot Agonis

Sendi
Siku/Engsel

longitudinal

Latisimus Dorsi

Konsentrik

Konsentrik

Dan Rotasi

Satah transversal
di paksi

Ekstensi, Aduksi

Radiokarpus

Fleksi Plantar

Fibularis

/Kondil

Dan Ereksi Kaki

(Peroneus)
Longus

Bahu/Lesung

Fleksi

Biseps Brakil/

Konsentrik

Deltoid

2.3

FASA PEMULIHAN
Pada fasa ini pula, individu menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian

tangan untuk menolak badan kita ke atas. Kemudian, akan berlakulah pengembangan dan

pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan. Tangan telah
dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya mengangkat
beban badan kita sendiri. Individu perlu pastikan bahagian pinggang dan kaki di kunci dan tidak
digerakkan. Semasa pergerakan ke atas, tangan diluruskan.

Satah & Paksi

Sendi & Jenis

Pergerakan

Otot Agonis

Jenis

Rujukan

Sendi

Yang

Penguncupan

Dihasilkan Di

Otot Agonis

Sendi

Satah transversal

Siku/Engsel

Ekstensi

Latisimus Dorsi

Konsentrik

Bahu/Lesung

Ekstensi

Triseps Brakil,

Konsentrik

Deltoid

di paksi
longitudinal

Radiokarpus/

Fleksi Plantar

Fibularis

Kondil

Dan Ereksi Kaki

(Peroneus)
Longus

2.4

GAMBAR RAJAH SENDI YANG TERLIBAT

Sendi : Sendi lesung

Konsentrik

Sendi : Sendi Kondil

Sendi : Sendi Engsel

2.5

GAMBAR RAJAH OTOT AGONIS YANG TERLIBAT

Otot
:

Biseps Brakil

Otot

:Triseps Brakil

Otot

:Latisimus Dorsi, Deltoid, Pictoralis Major

Otot

:Latisimus Dorsi, Deltoid, Pictoralis Major

3.0

ANALISIS PERGERAKAN NAIK TURUN BANGKU

Naik turun bangku juga merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan dalam latihan litar.
Aktiviti ini sering dilakukan oleh atlet sukan olahraga. Aktiviti ini boleh meningkatkan daya
tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. aktiviti ini dilakukan berperingkat dan mengikut
kemampuan individu itu sendiri. Saya telah melakukan penyelidikan secara mendalam mengenai
pergerakan naik turun bangku melalui media massa dan juga laman sesawang. Hasilnya , saya
telah mendapati bahawa terdapat beberapa tujuan seseorang individu melakukan pergerakan naik
turun bangku. Antara tujuan melakukan latihan naik turun bangku ialah meningkatkan daya
tahan otot. Otot apa yang terlibat semasa melakukan pergerakan ini, akan saya jelaskan sebentar
lagi. Selain itu, tujuan melakukan naik turun bangku juga adalah meningkat dan melatih
keupayaan aerobic dan anaerobic. Selain itu, dengan melakukan pergerakan ini juga, seseorang
individu dapat meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan. Tujuan yang terakhir
sekali ialah bagi membina daya tahan kardiovaskular.
Selain itu juga, terdapat beberapa kelebihan bagi individu yang melakukan pergerakan
tekan tubi. Antaranya ialah dengan melakukan pergerakan ini dapat meningkatkan daya tahan
kardiovaskular seseorang individu.seperti yang kita semua tahu, kardiovaskular adalah sangat
berkait rapat dengan jantung. Jadi, pada pandangan peribadi saya, fungsi meningkatkan daya
tahan kardiovaskular di sini adalah berkemungkinan besar didorong oleh pergerakan secara
berterusan yang dilakukan oleh seseorang individu. Jadi, tindakan reflek yang dikenakan ke atas
anggota badan menyebabkan jantung mengepam banyak oksigen dan hal ini meningkatkan lagi
kadar daya tahan kardiovaskular seseorang indidvidu. Dengan kata lain secara ringkasnya,
individu yang kerap melakukan latihan naik turun bangku ini mempunyai kadar daya tahan
kardiovaskular yang sangat baik yang mana hal ini sangatlah bagus untuk kesihatan. Kelebihan
seterusnya yang diperoleh apabila melakukan pergerakan ini ialah seseorang individu itu dapat
menguatkan otot kaki. Manakala bagi atlet yang berpengalaman, mereka boleh juga
menggunakan dumbel. Paling penting sekali, pergerakan naik turun bangku ini dapat
meningkatkan stamina seseorang individu. Jadi, saya dapati tiada langsung keburukan
melakukan pergerakan ini melainkan semuanya kebaikan sahaja. Oleh itu, tidak rugi untuk
melakukan pergerakan ini jika ada masa terluang. Terdapat tiga fasa ataupun peringkat bagi
melakukan pergerakan ini :
3.1

FASA PERSEDIAAN

Pada

fasa

synovial

persediaan,

memainkan

sendi

peranan penting. Hal

ini demikian kerana sendi

lesung

pergerakan

sendi

pinggul. Pada fasa ini,

dikehendaki

berdiri tegak dengan

individu

pada

membantu

kedua-dua tangan di sisi. Mata memandang ke arah hadapan di depan bangku. Semasa fasa ini,
bahu individu berada dalam keadaan lurus dan sedia untuk melangkah naik bangku. Sewaktu
posisi sebegini,

Satah &

Sendi & Jenis

Pergerakan

Paksi

Sendi

Yang

Penguncupan

Dihasilkan

Otot Agonis

Rujukan

Otot Agonis

Jenis

Di Sendi
Sendi
Satah
sagital di
paksi
transversal

Ekstensi

Hamstring

Lutut/Sendi
Kompaun
@Sendi Engsel

Biseps Femoris

ii.

Semitendinosus

iii.

Terubah Suai
Pinggul/Lesung

i.

Ekstensi

Esentrik

Semimembranosus

Gluteus Maksimus

Esentrik

3.2

FASA MELANGKAH

NAIK
Individu
kaki kanan

dikehendaki

menaikkan

ke atas bangku diikuti dengan kaki

kiri. Pergerakan sendi lutut menaikkan kaki adalah dibantu oleh otot hamstring. Otot hamstring
membantu fleksi bahagian kaki bawah di sendi lutut. Kemudian, individu berdiri tegak di atas
bangku. Pada posisi ini, otot gluteus maksimus membantu sendi pinggul mengunci lutut semasa
ekstensi bahagian kaki bawah. Apabila kaki kiri dinaikkan ke atas bangku, pergelangan kaki
kanan akan mengalami pergerakan lengkungan plantar dan kaki kiri pula mengalami pergerakan
lengkungan dorsi.
.

Satah &
Paksi

Sendi & Jenis

Pergerakan

Sendi

Yang

Penguncupan

Dihasilkan

Otot Agonis

Rujukan

Otot Agonis

Jenis

Di Sendi
Lutut/ Sendi
Satah
sagital di
paksi
transversal

Fleksi

Hamstring

Kompaun @
Sendi
Terubahsuai
Pinggul/Lesung

i.

Biseps Femoris

ii.

Semitendinosus

iii.
Ekstensi

Semimembranosus
Gluteus Maksimus

Esentrik

Esentrik

3.3

FASA PEMULIHAN
Pada fasa pemulihan, individu menurunkan kaki kanan ke lantai diikuti dengan kaki kiri.

Pergerakan sendi lutut ini adalah berbantukan otot hamstring. Manakala otot gluteus maksimus
sekali lagi memainkan peranannya membantu sendi pinggul mengunci lutut semasa ekstensi
bahagian kaki bawah.

Satah &
Paksi

Sendi & Jenis

Pergerakan

Sendi

Yang

Penguncupan

Dihasilkan

Otot Agonis

Rujukan

Otot Agonis

Jenis

Di Sendi
Lutut/ Sendi
Satah
sagital di
paksi
transversal

Fleksi

Hamstring

Kompaun @
Sendi
Terubahsuai
Pinggul/Lesung

i.

Biseps Femoris

ii.

Semitendinosus

iii.
Ekstensi

Semimembranosus
Gluteus Maksimus

Esentrik

Esentrik

3.4
GAMBAR RAJAH
SENDI YANG
TERLIBAT

Sendi : Sendi lesung

3.5

GAMBAR RAJAH OTOT AGONIS YANG TERLIBAT

Otot

: Otot Hamstring ( Biseps Femoris, Semitendinosus, Semimembranosus)

Otot

: Gluteus Maksimus

4.0

ANALISIS PERGERAKAN MENDAGU


Penguncupan otot yang melibatkan pemendekkan sarkomer dan seterusnya keseluruhan

otot hanya berlaku bagi penguncupan konsentrik. Bagaimanapun disebabkan semua otot
dianggap boleh menguncup (boleh memendek), maka perlu diklasifikasikan penguncupan ini.
oleh yang demikian, penguncupan terbahagi kepada empat bahagian iaitu penguncupan
konsentrik, penguncupan esentrik, penguncupan isometrik dan penguncupan isotonik. Pada kali
ini, saya ingin mencungkil dengan lebih mendalam mengenai jenis penguncupan isotonik.
Menurut pembacaan saya, bagi penguncupan isotonik, tegangan pada otot berkeadaan malar
walaupun panjang otot berubah. Hal ini berlaku apabila daya maksimum penguncupan otot
melebihi jumlah keseluruhan beban dikenakan kepada otot. Contoh bagi penguncupan jenis ini
adalah mengangkat sesuatu objek pada kelajuan yang malar.
Setelah mendapat beberapa sumber maklumat daripada laman sesawang, saya mendapati
bahawa pergerakan mendagu adalah tergolong dalam jenis latihan isotonik . Manakala latihan
isotonik pula merupakan salah satu jenis latihan yang dapat membina kekuatan otot. Kekuatan
otot seseorang individu dapat ditingkatkan dengan menambah beban melalui latihan kekuatan
otot. Pergerakan mendagu melibatkan pergerakan sendi yang mana menyumbang kepada
pemanjangan dan penguncupan otot. Daya maksimum dihasilkan oleh otot-otot tertentu. Hal ini
akan menyebabkan seseorang individu cepat pulih daripada lesu. Selain itu juga, saya dapati
pergerakan mendagu ini sangatlah sesuai dipraktiskan dalam kalangan murid sekolah kerana
pergerakan ini sangat baik untuk melatih imbangan.
Saya telah mengenalpasti beberapa jenis otot yang membantu seseorang individu
melakukan pergerakan mendagu. Di sini, saya ingin menerangkan secara rawak otot-otot yang
terlibat beserta peranannya. Antara otot yang terlibat ialah otot pektoralis major. Tindakan yang
dikenakan oleh otot pektoralis major ialah abduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu.
Dengan bahasa mudahnya, otot ini membantu fleksi dan ekstensi lengan di sendi bahu. Selain
itu, otot deltoid juga berperanan besar dalam membantu pergerakan mendagu. Tindakan yang
dikenakan oleh otot ini ialah abduksi, fleksi, ekstensi, dan rotasi lengan di sendi bahu. Di
samping itu, otot-otot lain yang juga terlibata dalah seperti otot biseps, triseps, deltoid dan
trapezius.

4.1 FASA PERMULAAN


Pada fasa permulaan, individu sendi
synovial memainkan peranan penting. Hal ini
demikian

kerana

sendi

lesung

membantu

pergerakan pada sendi bahu. Semasa fasa ini,


bahu individu berada dalam keadaan lurus dan
sedia

untuk

melakukan

fasa

mendagu.

Manakala kaki dalam keadaan menjinjing iaitu


berdiri di atas jari kaki.

Satah & paksi

Sendi & Jenis

Pergerakan Yang

rujukan

Sendi

Dihasilkan Di

Penguncupan

Sendi

Otot Agonis

Bahu/ Lesung
Satah transversal
di paksi

Ekstensi

Otot Agonis

Deltoid Posterior
Dan Latisimus
Dorsi

Jenis

Isotonik

longitudinal

Jari Kaki/Lesung

Fleksi Plantar

4.2

Gastroknemius

Isotonik

FASA MENDAGU
Pada

fasa

mendagu

pula,

siku

merapatkan bukaan sudut bagi memudahkan bahu merapati dagu dan pergerakan yang dihasilkan
semasa proses ini adalah dinamakan pergerakan elevasi. Dengan kata mudahnya, siku membawa
bahu ke dagu dengan serapat yang mungkin. Jari tangan pula menggengam palang dengan
kekuatan otot ekstensor digitorum. Individu dikehendaki bertahan dengan posisi sedemikian
setakat termampu dan seterusnya tempoh masa yang berjaya mendagu dicatat oleh rakan.

Satah &

Sendi & Jenis

Pergerakan

Paksi

Sendi

Yang

Penguncupan

Dihasilkan

Otot Agonis

Rujukan

Otot Agonis

Jenis

Di Sendi
Siku/Engsel

Elevasi

Triseps Brakil Dan

Isotonik

Biseps Brakil
Radiokarpus/
Satah

Oposisi

Gastroknemius

Isotonik

Fleksi

Pektoralis Major,Deltoid

Isotonik

Kondil

transversal
di paksi
longitudinal

Bahu/Lesung

Posterior Dan Latisimus


Dorsi

4.3 FASA PEMULIHAN


Semasa fasa pemulihan, kaki berdiri di
atas tapak dan bahu pula lurus. Individu dalam
keadaan bersedia untuk melakukan pergerakan
mendagu kali kedua.

Satah & Paksi

Sendi & Jenis

Pergerakan

Otot Agonis

Jenis

Rujukan

Sendi

Yang

Penguncupan

Dihasilkan Di

Otot Agonis

Sendi
Bahu/ Lesung

Ekstensi

Isotonik

Dan Latisimus

Satah transversal

Dorsi

di paksi
longitudinal

Deltoid Posterior

Jari Kaki/Lesung

Pendorsifleksan

Gastroknemius

Isotonik

4.4
GAMBAR RAJAH
SENDI YANG
TERLIBAT

Sendi : Sendi lesung

Sendi : Sendi Kondil

4.5

GAMBAR RAJAH OTOT AGONIS YANG TERLIBAT

Otot

: Biseps Brakil

Otot :Trisep
s Brakil

Otot

: Deltoid Anterior, Triseps Brakil , Biseps Brakil

Otot

: Biseps Brakil, Deltoid Anterior, Pektoralis Major

Otot

: Biseps Brakil, Ekstensor Digitorium

5.0

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, tugasan analisis pergerakan ini sangatlah bermanfaat. Hal ini

demikian kerana saya mendapati setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya telah berjaya
membuat sendiri analisis sendi serta otot yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. Pada mulanya,
saya hanya meniru kandungan daripada laman sesawang. Namun yang demikian, setelah saya
mula mengkaji modul fungsi muskoluskeletal dan pergerakan manusia, saya dapati prosesnya
tidaklah sesukar yang saya bayangkan malahan saya menjadi semakin seronok mendalami
anatomi dan fisiologi manusia.
Pada awalnya, saya mempunyai zero idea mengenai pergerakan mendagu. Saya telah
berusaha mencari maklumat daripada perpustakaan serta laman sesawang namun kebanyakan
maklumat yang saya peroleh adalah berkisarkan pergerakan tekan tubi dan juga pergerakan naik
turub bangku. Namun, kekangan ini tidak mematahkan semangat kental saya. Saya telah
membedah segala isi kandungan modul yang telad disediakan dan hasilnya, saya sangat berpuas
hati dengan analisis pergerakan mendagu yang betul-betul saya analisa sendiri. Saya sangat
bersyukur dan kagum dengan kebolehan diri sendiri.
Bukan itu sahaja, saya sangat seronok kerana saya telah dapat membezakan jenis
penguncupan otot agonis dengan jayanya. Pada mulanya, saya membuat generalisasi awal
bahawa semua pergerakan adalah melibatkan penguncupan konsentrik. Namun yang demikian,
setelah saya mengkaji pergerakan mendagu, saya dapati pergerakan ini melibatkan jenis
penguncupan isotonik. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula modul
yang telah diberi dan hasilnya, saya dapati bahawa hanya pergerakan tekan tubi sahaja yang
melibatkan penguncupan konsentrik manakala pergerakan naik turun bangku adalah melibatkan
penguncupan esentrik.
Di samping itu juga, saya sangat teruja untuk melakukan ketiga-tiga pergerakan : tekan
tubi, naik turun bnagku dan mendagu. Hal ini demikian kerana saya tidak sabar untuk membuat
pemerhatian ke atas diri saya sendiri bagaimana sendi serta otot saya bergerak semasa saya
melakukan pergerakan. Saya dapati bahwa ketiga-tiga pergerakan tersebut sangat baik untuk
saya serta rakan-rakan amalkan sebagai senaman. Hal ini demikian kerana senaman ini sanagn
menjimatkan kos kerana kita semua dapat melakukannya di rumah sahaja.

6.0

BIBLIOGRAFI

Hishamuddin Ahmad & Noor Aiwa Rosman. Modul Fungsi Muskuloskeletal dan
Pergerakan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Gan Wan Yeat, Choong Choe Hin, Sukses Biologi SPM, Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2003)
Adrian, M. J. & J. M. Cooper (2000). The Biomechanics of Human Movement (2nd
ed.). Indianapolis, USA : Benchmark Press.
Hall, S.J. (2007). Basic Biomechanics (5th ed.). New York, USA. McGraw-Hill.
http://www.bodyresults.com/E2Pushups-pullups.asp
http://www.fia.com.au/FIA_mo/fp_archive/fp10.htm
http://myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?
lang=dewasa&storymaster=1155035807767&storyid=1155035807767&substoryid
=1132459299978
http://en.wikipedia.org/wiki/Push-ups
http://adkpathcourse.blogspot.com/2007/04/muscle-anatomy.html
http://bigmuscleboss.blogspot.com/2012_05_01_archive.html

Anda mungkin juga menyukai