Modul Kemahiran Proses Sains THN 4
Modul Kemahiran Proses Sains THN 4
PRAKATA
Pelaksanaan KSSR dalam transformasi kurikulum memberi penekanan kepada pengetahuan
dan ke mahiran. S elain dar i i tu st rategi pe ngajaran da n pe mbelajaran y ang ber kesan dan
sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan j uga tur ut di beri per hatian
dalam menghasilkan insan yang berpemikiran kritis, analitis, kreatif dan inovatif sesuai dengan
hasrat KSSR
Kurikulum Sai ns KSSR me mberi pen ekanan ke pada p enguasaan ke mahiran sai ntifik i aitu
kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Penerapan ketiga-tiga komponen ini tidak
dijalankan secar a ber asingan te tapi i anya har uslah dijalankan s ecara b eriringan. Se bagai
usaha dalam membantu guru memahami dan menerapkan kemahiran pr oses sai ns semasa
pengajaran dan pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menghasilkan modul
ini dalam mendedahkan guru strategi yang boleh digunakan.
Modul i ni boleh membantu g uru dalam mempelbagaikan ka edah pe ngajaran da n
pembelajaran y ang ber kesan d an m enyeronokkan dal am menerapkan ke mahiran pr oses
sains kepada murid mereka.
Bahagian P embangunan K urikulum merakamkan seti nggi-tinggi peng hargaan dan t erima
kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul dan juga mereka yang menguji
rintis modul ini. Semoga modul yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang
berkepentingan.
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
1
LATAR BELAKANG
Matlamat kurikulum Sains sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu
pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Adalah
diharapkan murid ini akan menjadi individu yang akan menyumbang ke arah
pwembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, bersifat ikram, dinamik,
progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
Sains di peringkat sekolah rendah menekankan pendekatan inkuiri melalui pelbagai
aktiviti bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan tentang sesuatu konsep.
Sekiranya murid dilibatkan dalam aktiviti ini secara aktif, ia akan menimbulkan minat dan
keseronokan dalam mempelajari sains. Ia juga menjuruskan murid ke arah pemikiran yang
kritis, analitis, kreatif dan inovatif sesuai dengan hasrat KSSR.
Guru yang mengamalkan pendekatan yang berorientasikan memberitahu akan
menghasilkan murid yang hanya berkemahiran mengikut arahan tanpa memahami apa
yang mereka lakukan. J ika keadaan ini berlaku, hasrat kurikulum yang menghasilkan
murid yang menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir akan gagal, kerana
murid yang dihasilkan hanya murid hanya tahu mengikut arahan tanpa boleh berfikir
secara kritis, kreatif dan inovatif.
Cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman guru itu sendiri tentang kemahiran
proses sains serta keupayaan mereka mengaplikasikannya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru sains yang terlatih faham dan tahu tentang kemahiran proses
sains tetapi mereka menghadapi masalah dalam menerapkan kemahiran ini kepada murid
mereka.
Penguasaan murid dalam kemahiran proses sains boleh diterapkan melalui pelbagai
pendekatan mengikut kesesuaian dan dirancang dengan teliti oleh guru. Salah satu
pendekatan yang baik dalam menerapkan kemahiran proses sains ini adalah pendekatan
berorientasikan proses yang mana murid itu sendiri mendapatkan pengetahuan sains
melalui proses yang mereka lalui. Murid seharusnya sedar apa yang mereka lakukan
(metakognisi) supaya mereka berupaya menggunakan kemahiran ini dalam situasi yang
lain juga.
Dokumen Standard Kurikulum Sains Tahap 2 KSSR dalam transformasi kurikulum,
mengandungi tema Pengenalan kepada Sains dalam kurikulum sains yang menjadikan
setiap kemahiran proses sains sebagai standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid secara eksplisit. Modul ini merupakan satu usaha Bahagian Pembangunan
Kurikulum dalam merealisasikan hasrat yang tersurat dalam Dokumen Standard
Kurikulum Sains. Modul ini memberi penjelasan tentang kemahiran proses sains untuk
dijadikan panduan kepada guru dalam merangka dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sains yang berorientasikan penguasaan kemahiran proses sains dan
lembaran kerja untuk murid.
2
Modul Kemahiran Proses Sains bagi Tahun 5 ini merangkumi semua kemahiran
proses sains seperti yang tersurat di dalam Dokumen Standard Kurikulum Sains Tahun 5
iaitu memerhati, mengelas, mengukur menggunakan nombor, membuat inferens,
meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir
maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan
mengeksperimen.
MATLAMAT
Modul ini digubal dengan tujuan untuk memberi penjelasan tentang kemahiran proses
sains bagi membantu guru dalam menerapkan kemahiran proses sains dengan lebih
berkesan supaya murid boleh menguasainya.
OBJ EKTIF
Selepas menggunakan modul ini:
Guru dapat:
Memahami pengertian setiap kemahiran proses sains.
Mengetahui ciri-ciri bagi setiap kemahiran proses sains
Merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan penguasaan
kemahiran proses sains supaya murid sedar kemahiran yang sedang dipelajari.
Selepas menjalankan aktiviti yang terdapat dalam modul ini:
Murid dapat
Menguasai kemahiran proses sains.
Meyedari proses yang berlaku semasa mereka menjalankan kemahiran proses
sains.
Membuat penilaian kendiri tentang pemahaman mereka kemahiran proses sains
yang mereka jalankan.
KANDUNGAN
Kandungan modul ini telah direkabentuk mengikut setiap kemahiran proses sains. Di
dalam setiap kemahiran proses sains, penulisan modul ini disusun mengikut format
berikut;
Petunjuk
- Dalam bahagian ini, dinyatakan ciri-ciri yang merupakan petunjuk kepada
kemahiran proses sains yang sedang dikuasai oleh murid. Ia juga menjadi
panduan kepada guru untuk melihat sama ada mereka menerapkan kemahiran
proses sains yang dihasratkan dengan betul. Petunjuk ini jugak boleh digunakan
oleh murid untuk membuat penilaian kendiri tentang penguasaan mereka.
3
Pelaksanaan
- Dalam bahagian ini, dikemukakan contoh rancangan pengajaran sebagai
panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai sesuatu kemahiran proses sains. Rancangan pengajaran harian ini
ditulis dalam format seperti mana yang telah dicadangkan dalam KSSR.
Penggunaan format ini akan memudahkan guru menulis rancangan pengajaran
harian mereka di dalam buku rekod mengajar. Ia juga sebagai panduan untuk
guru merangka starategi pengajaran dan pembelajaran yang lain yang
berorientasikan penguasaan kemahiran proses sains.
Lembaran
- Dalam bahagian ini, disediakan Lembaran Penyiasatan dan Lembaran Kerja.
Lembaran Penyiasatan digunakan oleh murid dalam menjalankan eksperimen
atau aktiviti. Manakala Lembaran Kerja disediakan untuk murid menguji tahap
kefahaman mereka sendiri terhadap kemahiran proses sains. Kedua-dua jenis
lembaran ini boleh digunakan sebagai instrumen untuk menjalankan pentaksiran
berasaskan sekolah kerana ianya dibina berdasarkan standard pembelajaran
yang terdapat di dalam dokumen standard kurikulum.
Penilaian Kendiri
- Dalam bahagian ini, satu pernyataan dikemukakan bagi membuat rumusan
tentang apa yang telah murid pelajari. Ia juga merupakan refleksi kepada murid
berkaitan kefahaman mereka tentang kemahiran proses sains yang mereka
jalankan pada hari itu. Di akhir aktiviti yang dijalankan, murid boleh membuat
penilaian kendiri tentang pembelajaran mereka pada hari itu.
Penilaian Kerja Amali
- Dalam bahagian ini, konstruk penilaian PEKA disediakan untuk tujuan penilaian
PEKA secara serentak selepas satu-satu kemahiran proses sains itu diajar. Ini
dapat membantu guru dalam menjalankan PEKA.
BAB 1
MEMERHATI
KEMAHIRAN PROSES SAINS
MEMERHATI
7
Menggunakan deria dengan berkesan.
Mengenal pasti ciri umum sekumpulan item.
Mengenal ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.
Memperihal perbezaan dan persamaan yang dikesan.
Memperihal perubahan yang berlaku.
Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku.
Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci.