Anda di halaman 1dari 2

Refleksi (Ruth Yu Len Ai) Saya telah menghadiri taklimat pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan

Jasmani dan Sains Sukan pada 27 Januari 2014. Saya telah memperolehi banyak pengetahuan yang baru melalui kursus ini. Saya berasa bersyukur kerana dapat menghadiri kursus ini. Saya juga mendapati beberapa kelemahan pada diri saya menerusi kursus ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membetulkannya selepas ini. Pertama sekali, saya telah menyedari kepentingan ketepatan masa. Penceramah telah menegur para peserta kerana kebanyakan daripada kami telah hadir dengan lewat. Beliau terpaksa menunggu kehadiran semua orang dan telah membazirkan masa untuk beliau menyampaikan maklumat dan ilmu. Walaupun saya tidak lewat pada hari tersebut, saya tetap berasa kecewa terhadap sikap saya dan guru pelatih lain yang sebagai bakal pendidik yang sambil lewa ini. Saya tidak mengamalkan sikap menepati masa pada sepanjang masa. Saya telah sedar bahawa sikap suka datang lewat ini bukan sahaja memudaratkan diri saya malah orang lain. Orang lain terpaksa membazirkan masa mereka untuk menunggu saya, rerutamanya penceramah hari tersebut. Sikap ini menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri. Kami tidak menghormati hak orang lain dan datang ikut suka sahaja. Sikap ini harus diubah supaya tidak menjadi kebiasaan apabila saya menjadi guru sekolah kelak. Saya akan sentiasa ingat agar sentiasa menepati masa untuk kebaikan semua. Saya akan bersedia dan bertolak lebih awal supaya tidak lewat. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman bahawa walaupun seseorang ataupun sesuatu kumpulan telah membuat persiapan tetapi kemungkinan berlaku perubahan yang tidak tersangka masih ada. Sabagai contoh, masa taklimat pengurusan kewangan ini ditetapkan pada 10:00-11:30 a.m., semua kumpulan telah diberitahu dan berkumpul di dewan. Namun begitu, penceramah kami terpaksa menghadiri sesuatu mesyuarat dan masa taklimat terpaksa digantikan pada jam 2:30 p.m.. Di samping itu, peminjaman projector LCD juga menghadapi masalah dan melambatkan masa semua peserta. Melalui pengalaman ini, saya menyedari bahawa penganjuran

sesuatu program yang melibatkan ramai pihak harus dirancang dengan sempurna. Saya perlu membuat persiapan yang awal dan cukup untuk menghadapi masalah-masalah yang mungkin berlaku. Plan B perlu sentiasa disediakan agar aktiviti dapat dijalankan tanpa gangguan. Sebagai contoh, kami telah menggunakan masa 10:00-11:30a.m. itu untuk melantik

jawatankuasa penrtandingan permainan tradisional. Dengan adanya plan B, masa dapat dijimatkan malah aktiviti dapat dijalankan. Bagi persedian peralatan seperti projector LCD juga harus dijalankan lebih awal supaya tidak menangguhkan masa apabila menghadapi masalah semasa ingin digunakan. Saya telah mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah dan telah mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi. Saya turut menyedari kepentingan menguasai pengurusan kewangan di sekolah. Sebelum ini saya tidak mengambil tahu tentang bidang ini kerana saya menganggap bidang ini bukan urusan saya. Melalui taklimat ini saya telah membetulkan pandangan saya bahawa setiap guru harus tahu cara pengurusan kewangan di sekolah supaya dapat menjalankan tugas dengan licin. Saya telah didedahkan tentang definisi, kepentingan, konsep, aktivitiaktiviti, peranan dan tanggungjawab pegawai-pegawai dan prinsip utama pengurusan kewangan. Semua ini merupakan ilmu dan pengetahuan baru bagi saya. Saya akan cuba mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai bidang ini. Saya juga memahami prinsip utama pengurusan kewangan iaitu legaliti dan akauntabiliti. Seseorang pegawai kewangan harus mengamalkan prinsip tersebut supaya dia akan menguruskan wang dengan penuh amanah dan tidak berlaku penyelewengan. Prinsip ini juga sesuai digunakan untuk saya sebagai guru agar melaksanakan tugas saya dengan penuh tanggungjawab. Konklusinya, saya telah mendapat banyak pengajaran melalui taklimat ini. Saya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya agar menjadi seorang pendidik yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai