Pengurusan Dan Penjagaan Harian.
Pengurusan Dan Penjagaan Harian.
Mengatasi masalah kesihatan hamster Sekiranya terdapat tanda dijangkiti, rawat segera. Ketika memberi rawatan, pastikan hamster tidak alah kepada ubat tersebut. Beberapa antibiotik yang sering menuimbulkan alahan ialah penisilin, linomisin, eritomisin. Untuk jaga kesihatan bulu dan tubuh, hamster diberi minyak ikan sebulan sekali.
Diarea berpunca dari kulat Tanda : lesu, susah bernafas, gatal kulit, diarea yang kronik. Segera pisahkan hamster dari kumpulannya. Sangkar tempat penyembuhan dibersihkan sekurangnya sekali sehari. Bawa berjumpa doktor kerana perlukan ubat antibiotik (baytrill), antikulat(griseofulvin). Ubat juga diberi kepada hamster lain kerana jangkitan sangat cepat. Rawatan lambat sebabkan kematian.
Diarea berpunca dari bakteria Dikenali juga sebagai wet tail. Serang hamster muda. Punca tekanan darah yang tinggi sehingga sebabkan ketidakseimbangan jumlah bakteria yang terdapat dalam usus. Mengalami diarea sangat kronik, penampilan kotor, basah, bau busuk.
tablet, tepung. Cacing boleh menjangkiti manusia melalui pencemaran telur yang melekat di bulu, najis dan larva cacing yeng boleh menembusi tapak kaki. Pemberian ubat cacing pada umur 6 minggu dan setiap 3 bulan sekali, selepas 1 tahun, beri 6 bulan sekali. Boleh beli lebih kerap begantung kepada bebanan cacing.
1. Sediakan ruang cukup besar untuk hamster. Letakkan sangkar hamster dalam kawasan ini dan buka pintu sangkar. 2. Ramas serbuk kayu dalam sangkar untuk pindahkan baunya ke tangan.Jangan memegang hamster jika baru saja memegang makanan kerana hamster mungkin menggigit kerana menyangka ia adalah makanan.
3. Ketika hamster mula keluar dari sangkar dan berjalan, mulalah berlatih mengambilnya dengan menggunakan keduadua tangan. Untuk pertama kali, hamster akan panik, tetapi lama2 akan biasa. Ketika berlatih memegang hamster, sebaiknya, tuannya dalam keadaan duduk. Ini untuk elakkan hamster melompat dan jatuh pada jarak tinggi. Jangan ambil hamster dari atas kerana ia akan menganggap sebagai serangan, ambil hamster dari bawah.
4. masalah yang mungkin terjadi ialah hamster akan terbalik, menelentang, mencakar dan memperlihatkan giginya. Jika hamster begitu, jangan pegangnya kerana ia akan menggigit, biarkan hamster berasa santai dan selesa, kemudian cuba lagi cara diatas perlahan-lahan.