Anda di halaman 1dari 2

RUBRIK PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.1 Definisi
Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri dan refleksi. Hal ini bertujuan untuk
penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk
terus belajar. Tahap pencapaian pelajar dinilai daripada tiga tahap iaitu cemerlang,
baik, sederhana atau memuaskan.

Kegunaan Rubrik

Rubrik selalu digunakan sebagai kaedah alternatif untuk mentaksir kebolehan
dan pencapaian pelajar di dalam pembelajaran.
Didalam mentaksir, rubrik direka untuk memberi maklum balas kepada guru
mengenai tahap kebolehan dan pencapaian pelajar dalam satu- satu mata
pelajaran itu.
Rubrik beri fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu pelajar kuasai dimana
hasil pembelajaran ini akan digunakan untuk menghasilkan soalan ujian/tugasan
untuk dinilai setakat mana pemahaman dan pengetahuan pelajar.

Kebaikan Rubrik Pemarkahan
Guru boleh mengesan kelemahan pelajar.
Memudahkan guru memberi penilaian.
Kesalahan pelajar dapat dilihat dengan jelas.
Guru hanya perlu memeriksa sekali sahaja.

Anda mungkin juga menyukai