Anda di halaman 1dari 17

X PENGENALAN

Bersama lagi dalam Topik 4 iaitu topik yang akan mendedahkan anda kepada
satu zaman yang dikenali sebagai Zaman Barok (Baroque). Zaman Barok adalah
antara zaman yang paling awal dalam sejarah muzik klasik barat. Zaman ini
bermula pada kurun ke-17 iaitu lebih kurang dari tahun 1600 ke 1750. Muzik
dalam zaman ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting seperti bentuk
muzik yang berbeza, alat muzik, saiz orkestra dan dinamik. Ciri-ciri inilah yang
membezakan Zaman Barok dari zaman-zaman yang lain.

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada asal usul Zaman Barok. Kita
akan membincangkan ciri-ciri penting dalam Zaman Barok bermula dengan latar
belakang zaman ini. Anda juga akan mempelajari gaya komposisi zaman ini,
komposer-komposer terkenal pada zaman ini dan juga karya mereka. Pada akhir
topik ini, anda akan belajar teknik-teknik penting untuk menganalisis skor lagu
zaman ini.

Kebanyakan daripada ciri-ciri muzik zaman ini bermula sekitar tahun 1600 dan
telah mula pudar pada 1730an. Antara matlamat utama muzik pada Zaman
Barok adalah muzik harus mempunyai unsur emosi yang dapat menarik
perasaan seseorang pendengar.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
4
4

X Muzik
Apresiasi:
Zaman Barok
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan ciri-ciri Zaman Barok;
2. Membezakan antara karya dari genre vokal dan instrumental;
3. Mengenali latar belakang komposer-komposer Zaman Barok;
4. Menyenaraikan beberapa karya dari Zaman Barok; dan
5. Menganalisis karya Zaman Barok dari segi nada lagu, tekstur dan
instrumentasi.
X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK


56
4.1
LATAR BELAKANG ZAMAN BAROK

Sebelum kita teruskan dengan lebih mendalam, kita lihat dahulu sejarah Zaman
Barok. Zaman Barok bermula pada sekitar tahun 1600 dan berakhir sekitar tahun
1750. Zaman ini berlangsung selama lebih daripada satu kurun. Zaman ini telah
menghasilkan antara komposer-komposer yang paling terkenal dalam era muzik
klasik barat. Muzik zaman ini adalah merdu dan bersemangat. Muzik Zaman
Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap untuk didengar. Ciri-ciri
muzik zaman ini sering dikaitkan dengan perkataan seperti tuneful, melodious
dan lively.

Muzik pada Zaman Barok amat digemari oleh golongan bangsawan dan kerabat
diraja. Gereja pada masa itu tidak memainkan peranan yang penting dalam
budaya muzik jika dibandingkan dengan Zaman Renaissance sebelum ini.
Persembahan awam untuk golongan rakyat biasa tidak banyak diadakan
sehingga tahun 1700an. Kebanyakan daripada persembahan diadakan untuk
golongan yang kaya, bangsawan dan kerabat diraja.

Ahli-ahli muzik dan musicologist zaman sekarang telah membahagikan muzik
Zaman Barok kepada dua kategori. Jadual 4.1 menunjukkan kepada anda dua
kategori muzik pada Zaman Barok.

Jadual 4.1: Dua kategori muzik pada Zaman Barok

Kategori Pertama Kategori Kedua
Bermula sekitar tahun 1600 sehingga
1664. Muzik pada era ini dikenali sebagai
Music of the Early Baroque.
Bermula dari 1650 ke 1750. Muzik pada
era ini dikenali sebagai Music of the Late
Boroque.

Muzik dari Zaman Awal Barok dan Zaman Akhir Barok mempunyai sedikit
perbezaan dari segi penggubahan, alat muzik dan gaya muzik setiap komposer.
Pada akhir zaman Barok, ciri-ciri muzik telah berubah dan bergerak ke arah
Zaman Klasikal. Tetapi dalam topik ini, anda akan mempelajari ciri-ciri Zaman
Barok secara keseluruhan iaitu ciri-ciri Zaman Awal Barok dan Akhir Barok.

Komposer-komposer pada Zaman Barok percaya bahawa muzik seharusnya
menyentuh perasaan seseorang pendengar. Muzik haruslah mempunyai unsur
emosi yang dapat menarik perhatian pendengar. Idea ini datangnya daripada
zaman sebelum Zaman Barok iaitu dari Zaman Renaissance. Falsafah utama
Zaman Renaissance adalah muzik adalah alat komunikasi yang sangat penting
dan dapat membangkitkan sebarang jenis emosi dalam pendengar. Falsafah
yang sama telah dipraktikkan oleh komposer-komposer Zaman Barok. Antara
TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W

57
kesemua zaman dalam era klasik barat, muzik Zaman Baroklah yang
mempunyai unsur emosi yang paling tinggi.
4.1.1 Ciri-ciri Muzik Zaman Barok
Zaman Barok mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting yang membezakannya
daripada muzik dari zaman lain. Antara ciri-ciri penting ini adalah:
(i) Basso Continuo atau Figured Bass;
(ii) Bahagian irama yang menggunakan banyak not semikuaver untuk
menghasilkan perasaan berterusan;
(iii) Terraced Dynamics diperkenalkan;
(iv) Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Antara alat muzik
yang banyak digunakan adalah violin, viola dan selo. Penggunaan alat
muzik lute telah mula pudar pada tahun 1620an. Alat muzik utama dalam
keluarga woodwind adalah flut, obo dan bason. Alat muzik brass seperti
horn, trompet dan trombon digunakan dalam orkestra besar dan jarang
digunakan dalam persembahan solo. Alat muzik tuba tidak digunakan
dalam era Barok;
(v) Muzik mode diganti oleh nada major dan minor;
(vi) Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan;
(vii) Tanda masa, baluk, tanda nada dan baluk dipopularkan dan dipraktikkan
dengan lebih sistematik;
(viii) Bentuk berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera, oratorio,
cantata dan sonata;
(ix) Melodi yang panjang penuh dengan ornamentasi. Tetapi hanya mempunyai
satu motif;
(x) Tekstur polifoni banyak digunakan. Tetapi tekstur homofoni juga
digunakan; dan
(xi) Satu emosi dari permulaan lagu ke akhir lagu.

Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut
beberapa ciri-ciri penting Zaman Barok yang telah dinyatakan di atas. Kita hanya
akan membincangkan ciri-ciri yang utama yang menjadikan Zaman Barok itu unik
dan berbeza dari zaman-zaman yang lain.



X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK


58
(a) Basso Continuo
Harmoni adalah elemen muzik yang menjadi sangat popular dan banyak
digunakan dalam gubahan-gubahan Zaman Barok. Basso Continuo
merupakan bahagian bes yang dimainkan secara berterusan dan
menghasilkan bahagian harmoni untuk sesebuah komposisi. Ia merupakan
iringan bes yang konsisten. Dalam muzik Zaman Barok, Basso Continuo
selalunya diwakili oleh satu baris notasi sahaja dan bahagian harmoni
diwakili oleh nombor. Bahagian nombor ini dikenali sebagai figured bass.
Komposisi-komposisi muzik Zaman Barok hanya akan mempunyai
bahagian melodi dan bahagian bes sahaja. Pemain muzik dikehendaki untuk
memainkan bahagian bes dan memasukkan harmoni untuk lagu tersebut
dengan hanya membaca nombor-nombor di bahagian bes. Setiap nombor
melambangkan inversion atau balikkan yang berlainan. Setiap pemain alat
muzik continuo haruslah arif dengan balikkan yang dilambangkan oleh
setiap nombor. Bahagian ini biasanya dimainkan oleh alat muzik seperti
harpsichord, organ atau lute. Rajah 4.1 adalah contoh lagu 3 bar yang
menggunakan iringan figured bass.



Rajah 4.1: Skor 1 (Melodi dan bahagian bes dengan iringan figured bass)

Setiap nombor mempunyai maknanya yang tersendiri. Sebagai contoh
nombor di bawah not C diterjemahkan seperti dalam Rajah 4.2.


Rajah 4.2: Terjemahan not C

TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W

59
Setiap nombor di bawah Rajah 4.1 (skor 1) seharusnya dimainkan seperti
dalam Rajah 4.3 (skor 2) di bawah.



Rajah 4.3: (Skor 2) Melodi dalam skor 1 dengan bahagian harmoni

(b) Terraced dynamics
Terraced dynamics bermaksud bunyi kuat atau lembut yang berlangsung
untuk satu jangka masa yang lama kemudian ia akan bertukar secara
mendadak ke dinamik yang lain. Tetapi perubahan ini tidaklah sangat
mendadak seperti dari pp ke ff. Dalam muzik zaman ini, dinamik seperti
sangat kuat ff dan sangat lembut pp tidak digunakan. Jika komposisi
tersebut bermula dengan f, maka hampir keseluruhan lagu tersebut akan
berada pada dinamik yang sama. Tetapi ada ketika di mana dinamik ini
akan bertukar ke p selepas satu frasa yang lama. Inilah yang dimaksudkan
dengan terraced dynamics.

Terraced dynamics boleh dikaitkan dengan fenomena tangga. Dinamik
lagu tersebut akan menjadi lebih kuat atau lebih lembut seperti menaik
atau menurun tangga. Terraced dynamics merupakan ciri-ciri muzik
Zaman Barok yang penting.

(c) Irama
Irama dan meter tertakluk kepada emosi yang hendak ditunjukkan oleh
seseorang komposer. Dalam Zaman Barok, iramanya banyak menggunakan
not-not kuaver dan semi kuaver. Irama dalam muzik zaman ini
mempunyai kesinambungan di antara satu bar ke bar yang lain dan satu
frasa ke frasa yang lain. Irama dalam melodi zaman ini juga mempunyai
perbezaan di antara bit yang kuat dan bit yang lembut. Pengelompokan not
dalam setiap bar menjadi lebih teratur. Setiap corak irama dapat
menimbulkan perasaan yang tertentu.

(d) Harmoni
Pada permulaan Zaman Barok, chromaticism digunakan untuk tujuan
emosi dan perasaan. Tetapi pada akhir zaman ini, chromaticism digunakan
X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK


60
untuk membentuk bahagian harmoni sesebuah lagu. Nada major dan
minor digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara kord-kord yang
berlainan. Nada major digunakan untuk lagu-lagu yang bersemangat dan
patriotik, manakala nada minor sering digunakan untuk menunjukkan
perasaan sedih dan murung.

Kehadiran harmoni dalam lagu telah membantu komposer-komposer
untuk membangkitkan emosi dan perasaan yang dinyatakan. Bahagian
harmoni biasanya jelas kedengaran dalam bahagian basso continuo apabila
seseorang pemain memainkan kord-kord untuk mengisi ruang di antara
melodi dan bahagian bes.

(e) Perpaduan dalam mood lagu (Unity of Mood)
Hanya satu emosi sahaja yang diberi tumpuan dalam muzik zaman ini.
Emosi yang diperkenalkan pada permulaan lagu akan berterusan ke akhir
lagu. Lagu yang bermula riang akan berakhir dengan mood yang sama.
Dinamik lebih banyak digunakan dalam muzik Zaman Barok. Tanda p, mp,
f dan mf lebih banyak digunakan jika dibandingkan dengan Zaman
Renaissance. Beberapa corak irama dan melodi yang khusus digunakan
untuk menunjukkan emosi-emosi ini.

Sama dengan dinamik dalam lagu, mood dalam muzik Zaman Barok akan
berkekalan untuk suatu jangka masa yang lama sebelum ia berubah sedikit
ke mood yang lain bergantung kepada teks lagu atau keinginan komposer.

4.1.2 Genre Vokal dan Instrumental
Sekarang kita akan bincangkan tentang genre vokal dan juga instrumental. Genre
vokal adalah genre yang lebih terkenal dan mendapat sambutan yang lebih baik
jika dibandingkan dengan genre instrumental. Genre vokal dan instrumental
adalah dua genre yang amat berbeza. Muzik dalam kedua-dua genre ini
mempunyai bentuk yang berlainan.



SEMAK KENDIRI 4.1
1. Apakah yang anda faham tentang Basso Continuo?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Terraced Dynamics?

TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W

61
(a) Genre Vokal
Genre vokal boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
x Berunsur agama (sacred); dan
x Tidak mempunyai unsur agama (secular).
Antara genre vokal yang terkenal ditunjukkan dalam Rajah 4.4.


Rajah 4.4: Antara genre vokal terkenal

(i) Opera
Persembahan drama vokal yang mempunyai iringan muzik.
Dipersembahkan dengan kostum di atas pentas bersama iringan orkestra.
Teks dalam persembahan opera tidak mempunyai unsur agama.
Persembahan opera adalah mengenai perkara yang dialami oleh setiap
masyarakat seperti cinta, pergaduhan, perkahwinan dan komedi.

(ii) Chamber Opera
Opera yang lebih kecil daripada opera yang biasa.

(iii) Concertato Madrigal
Komposisi vokal di mana bahagian alat muzik dan vokal diberi
penekanan yang sama.

(iv) Cantata
Cantata adalah antara genre vokal yang paling terkenal dalam Zaman
Barok. Pada awal kurun ke-17, Cantata membawa maksud komposisi
vokal yang dipersembahkan oleh satu penyanyi solo diiringi oleh
bahagian basso continuo. Tetapi pada pertengahan kurun ke-17, Cantata
biasanya dipersembahkan oleh beberapa orang penyanyi diiringi oleh
sekumpulan pemuzik. Beza di antara Cantata dan opera adalah penyanyi
opera mempunyai pakaian atau kostum mereka yang khusus bersama
dengan perhiasan pentas yang terperinci. Tetapi Cantata tidak
mempunyai perhiasan pentas atau kostum.

(v) Oratorio
Komposisi muzik berskala besar yang berunsur agama untuk
penyanyi solo diiringi oleh orkestra dan kumpulan koir. Persembahan
X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK


62
Oratorio juga tidak mempunyai perhiasan pentas atau kostum. Teks
dalam persembahan Oratorio adalah berunsur agama.

(b) Genre Instrumental
Genre instrumental amat terkenal pada Zaman Barok. Dalam zaman ini,
alat muzik bertali seperti violin, viola dan selo dan alat muzik woodwind
seperti picollo, flut dan klarinet banyak digunakan. Antara genre dan
bentuk instrumental yang terkenal pada Zaman Barok ditunjukkan dalam
Rajah 4.5.



Rajah 4.5: Antara genre dan bentuk instrumental yang terkenal pada Zaman Barok

(i) Suite
Suite adalah sebuah komposisi instrumental biasanya dalam gaya
tarian. Suite adalah komposisi instrumental yang pertama yang
merangkumi beberapa pergerakan. Suite merupakan antara bentuk
instrumental yang sangat terkenal dalam era Barok.

(ii) Sonata
Perkataan Sonata digunakan untuk merujuk kepada beberapa jenis
komposisi dalam Barok. Sonata pada amnya merujuk kepada sebuah
karya muzik untuk satu atau lebih alat muzik dalam beberapa
pergerakan. Sonata biasanya dikategorikan sebagai sonatas da chiesa
(sonata untuk gereja) atau sonatas da camera (sonata untuk dewan).
Sebagai contoh, Sonata for Two Violins, Piano Sonata, Trio Sonata dan
sebagainya.


TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W

63
4.2
(iii) Theme and Variation
Komposisi di mana satu tema yang utama dimainkan dan kemudian
tema ini akan mempunyai beberapa variasi yang berlainan. Genre ini
adalah amat popular pada era Barok.

(iv) Concerto
Concerto adalah komposisi instrumental yang digubah untuk satu
alat muzik solo diiringi oleh orkestra.

(v) Tocata
Tocata merujuk kepada komposisi muzik untuk alat muzik seperti
organ dan keybord. Ia merangkumi satu pergerakan yang pendek.

(vi) Fugue
Komposisi untuk alat muzik yang mempunyai tekstur counterpoint.
Ini bermaksud komposisi ini mempunyai dua suara atau lebih yang
sama penting yang dimainkan serentak. Irama dan melodi dalam
komposisi fugue adalah lebih ceria dan rancak.




KOMPOSER

Zaman Barok telah menghasilkan antara komposer-kompoer yang paling
terkenal dalam era muzik klasik Barat. Komposer Zaman Baroklah yang menjadi
perintis di antara kesemua zaman untuk menghasilkan muzik yang masih
dimainkan dan dipersembahkan sehingga ke hari ini.
4.2.1 Kronologi Nama-nama Pencipta
Seterusnya anda akan diperkenalkan kepada beberapa komposer Zaman Barok
yang terkenal. Jadual 4.1 menunjukkan komposer-komposer terkenal pada
zaman Barok.



AKTIVITI 4.1
Berikan EMPAT jenis komposisi instrumental yang digubah dalam
genre yang telah dibincangkan di atas.
X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK


64
Jadual 4.1: Komposer-komposer terkenal pada zaman Barok

Bil. Komposer Tahun
1 Claudio Monteverdi 1567-1643
2 Henry Purcell 1659-1695
3 Johann Pachelbel 1659-1706
4 Antonio Vivaldi 1678-1741
5 Johann Sebastian Bach 1685-1750
6 George Frideric Handel 1685-1759
7 Domenico Scarlatti 1685-1787

(a) Claudio Monteverdi (1567-1643)
Monteverdi adalah seorang komposer Itali dan merupakan antara
komposer Zaman Barok yang terawal. Komposisi-komposisi beliau masih
mempunyai elemen-elemen dan ciri-ciri dari Zaman Renaissance. Beliau
sering dirujuk sebagai seorang revolusi yang menjadi komposer perintis
yang memulakan era Zaman Barok walaupun karya beliau yang awal tidak
mempunyai ciri-ciri Zaman Barok.

(b) Henry Purcell (1659-1695)
Purcell merupakan komposer Zaman Barok dari England yang paling
terkenal dari negara ini. Purcell berasal daripada keluarga yang agak
berada. Bapa beliau merupakan seorang pemuzik untuk kerabat diraja.
Purcell telah menggubah untuk hampir kesemua genre muzik dalam
zaman beliau. Beliau telah menggubah beberapa opera, choral muzik dan
lagu instrumental.

(c) Johann Pachelbel (1659-1706)
Antara karya terkenal komposer ini adalah Canon in D yang sering dirujuk
sebagai Pachelbels Canon. Pachelbel adalah seorang komposer Jerman.
Beliau juga telah menggubah untuk genre-genre lain seperti vokal,
instrumental, chamber dan orkestra.

(d) Antonio Vivaldi (1678-1741)
Vivaldi merupakan seorang komposer dari Itali. Antara karya terkenal
beliau adalah The Four Seasons yang merupakan antara karya Zaman
Barok yang paling terkenal. Beliau banyak menggubah untuk vokal dan
orkestra. Beliau juga terkenal untuk komposisi solo concerto, concerto dan
sonatas.

TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W

65
(e) Johann Sebastian Bach (1685-1750)
Bach adalah antara komposer Barok yang paling terkenal yang berasal dari
Jerman. Beliau belajar untuk bermain harpsichord dan violin dari bapanya
yang merupakan seorang pemain organ di St. George's Church. Karya-
karya beliau sering dikatakan mempunyai ciri-ciri Barok yang sangat
ketara. Komposisi-komposisi beliau sering menggunakan elemen
counterpoint yang merupakan antara teknik komposisi yang terkenal pada
era Barok. Beliau banyak menggubah untuk alat muzik organ, harpsichord
dan clavichord.

(f) George Frideric Handel (1685-1759)
Handel adalah seorang komposer Jerman yang terkenal untuk karya-karya
opera, oratorio dan concerti grossi berliau. Handel telah mendapat
pendidikan awalnya di Jerman dan Itali dan kemudian telah tinggal di
England untuk suatu jangka masa yang lama. Bapa beliau adalah seorang
doktor yang telah menentang aspirasi anaknya untuk menjadi seorang
pemuzik. Antara karya terkenal Handel adalah Messiah yang merupakan
sebuah oratorio.

(g) Domenico Scarlatti (1685-1787)
Scarlatti adalah seorang komposer Itali yang merupakan antara komposer
terakhir Zaman Barok. Karya-karya beliau banyak mempunyai pengaruh
muzik Zaman Barok dan juga muzik dari zaman selepas Zaman Barok iaitu
Zaman Klasik. Seperti karya-karya oleh komposer yang lain, kebanyakan
daripada hasil karya Scarlatti hanya mendapat tumpuan dan dicetak
selepas kematian beliau.
4.2.2 Karya-Karya
Apa kata sekarang kita pelajari karya-karya popular dari Zaman Barok.
Perbezaan yang amat ketara di antara karya Zaman Barok dengan karya dari
zaman-zaman yang lain adalah dalam penggunaan alat muzik dan warna ton
alat muzik.

Penggunaan harpsichord dan clavichord memberikan karya-karya pada zaman
ini warna ton yang amat berbeza. Berikut adalah senarai beberapa karya popular
dalam genre vokal dan instrumental dari Zaman Barok.






X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK


66
4.3
(a) Karya Instrumental
(i) Brandenburg Concerto No. 1 in F Major oleh J. S. Bach
(ii) Toccata & Fugue in D Minor oleh J. S. Bach
(iii) Air on G String dari Orchestral Suite Overture No. 3 in D Major oleh J.
S. Bach
(iv) The Four Seasons Concerto For Violin, Op. 8 oleh Antonio Vivaldi
(v) Pachelbels Canon in D oleh Johann Pachelbel

(b) Karya Vokal
(i) Messiah oleh George Frideric Handel
(ii) Jephtha oleh George Frideric Handel
(iii) Wachet Auf oleh J. S. Bach
(iv) Mass in B Minor oleh J. S. Bach


MENGANALISA KARYA-KARYA

Dalam bahagian ini, kita akan menilai beberapa karya terkenal dari Zaman
Barok. Karya-karya ini akan dianalisis dari segi nada, melodi, alat muzik, bentuk
dan tekstur.

Kita akan mulakan dengan karya oleh J. S. Bach iaitu Orchestral Suite Overture
No. 3 in D Major. Bahagian solo violin untuk karya ini telah diadaptasikan oleh
August Wilhelmj, seorang pemain violin Jerman yang amat terkenal pada kurun
ke-19. Beliau telah mengadaptasikan Overture ini untuk dimainkan oleh violin
dan piano. Beliau telah menukar nada asal lagu ini untuk memudahkan
permainannya di atas tali G dalam violin. Maka nama untuk bahagian Overture
ini adalah Air on G String.












TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W

67
(a) Analisis Lagu bagi Air on G String oleh J. S. Bach
Sekarang kita akan menganalisa lagu Air on G String oleh J.S. Bach (Sila
lihat Rajah 4.6)

Rajah 4.6: Skor lagu Air on G String oleh J. S. Bach

(i) Lagu ini adalah dalam nada D major, nada asal lagu ini.
(ii) Bahagian lagu dalam skor di atas adalah dalam bentuk A, B dan C.
x Bahagian A adalah dari bar 1 ke bar 6. Kemudian frasa ini
diulangi dan berakhir di bar 7.
x Bahagian B bermula dari bar 8 dan berakhir di bar 11.
x Bahagian C Bermula dari bar 12 dan berakhir di bar 19.
(iii) Alat muzik yang digunakan untuk lagu ini adalah violin dan piano.
Tetapi lagu ini juga telah disusun untuk dimainkan oleh alat tali
seperti violin, viola, selo dan contra bass.
X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK


68
(iv) Tekstur untuk lagu ini adalah polifonik kerana setiap alat muzik
mempunyai peranannya yang tersendiri.

(b) Analisis Lagu bagi Pachelbels Canon in D
Sekarang kita akan menganalisa lagu Pachelbels Canon in D (Sila lihat Rajah 4.7)

Rajah 4.7: Sebahagian daripada lagu Pachelbels Canon in D

Lagu ini mempunyai beberapa jenis penyusunan atau susunan skor untuk alat
muzik yang berlainan. Dalam bahagian ini, kita akan menganalisis skor Canon in
D yang disusun oleh Danial Dorff untuk Violin I, Violin II, Viola dan Cello.
(i) Lagu ini adalah dalam nada D Major.
(ii) Canon bermaksud melodi yang dimainkan secara contrapuntal di mana frasa
melodi yang dimainkan oleh satu alat muzik akan di imitasi oleh alat muzik
yang lain. Canon adalah antara jenis imitasi contrapuntal yang dipopularkan
pada Zaman Barok.
TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W

69
(iii) Perhatikan bahawa frasa yang dimainkan oleh Violin 1 di imitasi oleh
Violin II bermula dari bar ke 5 dan kemudian diimitasi oleh Viola
bermula dari bar ke 9. Inilah yang dimaksudkan dengan Canon.
(iv) Bahagian bes untuk keseluruhan canon ini bergerak dalam sekuan dari I
V vi iii - IV dan ke I. Jarak antara setiap kord dalam satu bar adalah
pada jeda ke 5.


AKTIVITI 4.2
1. Dalam kumpulan yang kecil, tuliskan analisa untuk lagu dalam skor
di bawah.

2. Analisa anda haruslah merangkumi, nada lagu, jenis instrumentasi,
tekstur dan harmoni.


X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK


70


x Zaman Barok bermula pada sekitar tahun 1600 dan berakhir sekitar tahun
1750.
x Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap untuk
didengar.
x Ciri-ciri muzik zaman ini sering dikaitkan dengan perkataan seperti tuneful,
melodious dan lively.
x Antara ciri-ciri penting Zaman Barok:
Basso Continuo atau Figured Bass digunakan;
Bahagian irama yang menggunakan banyak not semi kuaver untuk
menghasilkan perasaan berterusan;
Terraced Dynamics diperkenalkan;
Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Alat muzik
tuba tidak digunakan dalam era Barok;
Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan;
Tanda masa, baluk, tanda nada dan baluk dipopularkan dan
dipraktikkan dengan lebih sistematik;
Bentuk berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera,
oratorio, cantata dan sonata;
Tekstur polifoni banyak digunakan. Tetapi tekstur homofoni juga
digunakan; dan
Satu emosi dari permulaan lagu ke akhir lagu.
x Genre vokal dan instrumental menjadi popular.
x Bentuk dan genre muzik baru diperkenalkan dalam genre instrumental
seperti sonata dan theme and variation.
x Opera, Chamber Opera, Concerto Madrigal, Cantata dan Oratorio adalah
antara genre vokal pada Zaman Barok.
x Suite, Sonata, Theme and Variation, Concerto, Tocata dan Fugue adalah
antara genre instrumental pada Zaman Barok.

TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W

71
x Komposer terkenal pada Zaman Barok adalah
Claudio Monteverdi
Henry Purcell
Johann Pachelbel
Antonio Vivaldi
Johann Sebastian Bach
George Frideric Handel
Domenico Scarlatti


Basso Continuo
Canon
Cantata
Chamber Opera
Concertato Madrigal
Contrapuntal
Figured Bass
Fugue
Harpsichord
Opera
Oratorio
Sekuan
Sonata
Suite
Terraced Dynamics
Tocata
Theme and Variation




Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7
th
Ed). New York: McGraw-Hill
Companies, Inc.

Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory. London: ABRSM

Anda mungkin juga menyukai