Anda di halaman 1dari 20

Tajuk RBT : Penanaman dan Pengurusan Tembikai

BUAH TEMBIKAI
Nama Saintifik : Citrullus lunatus Schard
Famili : Cucurbitaceae
Asal : Benua Afrika
Nama Lain : Melikai, Timun Cina atau Semangka

Ekologi
Tembikai tumbuh dengan baiknya dalam cuaca yang panas, kering dengan
suhu harian 22-30 C dan cahaya matahari yang cukup. Suhu maksimum dan
minimum untuk pertumbuhan masing-masingnya ialah 35 C dan 18 C. Suhu
tanah yang optimum untuk pertumbuhan akar ialah dalam julat 20-35 C. Buah
yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi kandungan gula
yang tinggi iaitu 11% berbanding dengan 8% pada buah yang membesar dalam
keadaan sejuk dan lembap. Jumlah hujan yang optimum ialah 250 mm atau kurang.

Kebanyakan tanah yang bersaliran baik , sama ada tanah liat atau berpasir,
boleh diurus untuk menghasilkan pengeluaran tembikai yang baik. Tanah yang
terbaik ialah tanah lom berpasir yang tidak menakung air dengan pH 5.8 hingga 7.2.




Asal dan sejarah
Sudah berabad lamanya manusia di seluruh dunia menggemari tembikai.
Orang Mesir telah menanam tembikai 5,000 tahun yang lalu, mereka menghiasi
lukisan dinding dengan buah tembikai. Dari Mesir kepopularan tembikai berkembang.
Pedagang mula menjual biji tembikai di sepanjang laluan dagangan Mediterranean.
Pada abad ke 10 tembikai telah sampai ke negara China dan pada abad ke 13
pedagang Moor memperkenalkan tembikai ke Selatan Eropah. Kolonis Eropah dan
hamba abdi Afrika perlu diberi pujian kerana membawa tembikai ke Amerika Utara.

Varieti tembikai moden datangnya daripada tembikai semula jadi Afrika
Citrullus lanatus. Ia ditanam beratus tahun di Lembah Nil. Spesies ini masih hidup
liar di kawasan pendalaman yang kering untuk membekalkan air kepada orang asli
semasa musim kemarau. Tembikai liar atau citron di Afrika berbentuk sfera,
berjalur dan isinya putih, sedikit pahit atau tawar. Isinya yang putih rasanya seperti
kulit tembikai biasa. 'Citron juga disebut tembikai jeruk kerana kulit buah digunakan
dalam pengawet, jeli dan dibuat jeruk atau jem. Oleh sebab kandungan pektinnya
yang tinggi ia ditambah ke dalam jus buah-buahan untuk menjadikan ia seperti jel
lebih cepat. Sebatang pokok tembikai boleh menghasilkan sehingga 100 biji buah,
dan biasanya diberi makan kepada ternakan.

Di Malaysia tembikai pertama kalinya ditanam di Kelantan dalam tahun 1940.
Daripada situ, ia mula berkembang hinggalah pengenalan tembikai hibrid dari
Taiwan dan Jepun pada tahun 70-an. Tembikai biasanya ditanam di Kedah, Johor,
Terengganu dan Kelantan. Kini penanamannya berkembang hingga ke negeri
Pahang, Melaka dan Perak.

Dalam tahun 1994 keluasan penanaman tembikai meliputi 5,100 hektar
dengan pengeluaran sebanyak 214,000 tan metrik. Dalam tahun 2000 keluasan
penanaman meningkat kepada 6,500 hektar.

Di Semenanjung Malaysia tembikai di tanam di Alor Gajah, Bachok, Besut,
Gua Musang, Jasin, Jeli, Johor Bahru, Kluang, Kota Bharu, Kota Star, Kota Tinggi,
Kuala Kerai, Kuala Terengganu, Kubang Pasu, Langkawi, Macang, Marang, Melaka
Tengah, Mersing, Padang Terap, Pasir Mas, Pasir Putih, Pendang, Perlis, Pokok
Sena, Port Dickson, Rembau, Rompin, Setiu, Tanah Merah dan Tumpat.

Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan
warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti
mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau
merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya
berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.

Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan
mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping
yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.

Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima
banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang
tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.

Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di
tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia
mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport
utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia
menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1%
pasaran saham dunia.

Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga
yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji
bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang
membujur. Warna kulit dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur.
Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau kuning.

Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan
bagaimana biji benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa
biji).

Varieti pendebungaan bebas terbentuk melalui beberapa generasi pemilihan.
Pemilihan berdasarkan hasil, ciri-ciri kualiti dan kerintangan terhadap penyakit.
Varieti pendebungaan bebas mempunyai sifat sebenar akan jenisnya (biji benih
daripada satu generasi ke generasi seterusnya akan mengekalkan ciri-ciri yang
sama) dan lebih murah daripada varieti hibrid F 1.

Hibrid F 1 dibentuk daripada dua titisan seturunan yang telah menjalani
pendebungaan sendiri untuk beberapa generasi dan kemudian dikacuk, biji benih
yang dihasilkan dijual kepada penanam tembikai. Biji benih hibrid F 1 akan
menunjukkan keseragaman dan masa menuai yang lebih baik berbanding dengan
biji benih pendebungaan bebas.

Ia juga menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran hasil sebanyak 20-40%
berbanding dengan varieti pendebungaan bebas yang ditanam dalam keadaan yang
sama. Kelemahan di pihak hibrid F 1 ialah harganya yang 5-10 kali lebih tinggi
berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas dan kesediaadaan varieti hibrid
F 1 berubah dar setahun ke setahun.

Jenis yang ketiga ialah triploid atau tembikai tanpa biji. Jenis ini dibangunkan
dengan mencipta tembikai yang mempunyai bilangan nombor kromosom dua kali
ganda daripada tembikai biasa dan mengacukkannya dengan tembikai yang biasa.
Tanaman yang dihasilkan mempunyai bilangan kromosom sebanyak 1 kali ganda
daripada bilangan nombor kromosom biasa. Oleh sebab nombor kromosomnya yang
ganjil, biji benih yang berdaya hidup tidak dapat dihasilkan. Tambahan pula pokok
tembikai begini hanya dapat menghasilkan debunga yang sedikit. Dengan itu, pokok
tembikai biasa mestilah ditanam dengan tembikai triploid sebagai sumber debunga.

Sungguhpun tembikai triploid tiada biji, ia sebenarnya bukanlah tiada biji
tetapi bijinya tidak terbentuk dengan sempurna, lembut dan boleh dimakan. Biji
benih triploid lebih mahal daripada biji benih hibrid F 1 dan buahnya seharusnya
mendapat harga premium di pasaran.

Keperluan asas untuk tanaman tembikai:-

Iklim
Memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik. Suhu
antara 25-35oC pada siang hari dan 18-22oC pada sebelah malam adalah amat
sesuai. Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang. Tembikai tidak
sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC.

Tanah
Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan
yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah
pengapuran diperlukan. Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah
jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan
menakung air didapati tidak sesuai. Manakala kawasan yang paling sesuai ialah
kawasan yang rata. Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lain-lain
tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak
digalakkan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun. Ini adalah
untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah.

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New
Dragon, Super Dragon dan Flower Dragon. Kultivar tanpa biji yang ditanam di
Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang
mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat, hasil yang tinggi
dan mutu buah yang baik. Jenis baka tulen biasanya lambat matang, hasilnya
rendah dan mutu buah kurang baik.

PENANAMAN

Pokok tembikai ditanam dari biji. Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu
sistem tanam terus dan sistem mengubah dimana biji benih atau disemai dahulu
dalam beg plastik yang dipanggil kerek.

Sistem Tanam Terus
Diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar. Keperluan biji benih ialah
diantara 250-350 gram sehektar. Biji-biji benih ini direndam selama 12 jam dan
digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram biji benih).
Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembang dan
akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4 biji benih
selubang.

Sistem Semaian (kerek)
Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke
dalam beg plastik kecil (kerek). Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan
diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali
sehari. Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan
plastik hitam sehingga biji benih bercambah.

Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm
dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi
kawasan tanah berpasir. Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah
mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.

Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram. Sebanyak 1.0-
1.5 kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran)
dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah. Setiap lubang ditanam dengan
2 anak benih. Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir
musim hujan.

PENJAGAAn

Sungkupan
Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang. Ini bertujuan untuk
mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai. Antara
bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat khabar
lama dan plastik bersalut aluminium.

Pemangkasan
Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu
apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari. Ini dapat menjamin tanaman tumbuh
dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam.

Pengairan
Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok
yang baik dan pembesaran buah yang maksimum. Keperluan air adalah kritikal di
awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST)
dan semasa pembesaran buah (40-45 HST). Sistem pengairan yang digunakan
bergantung pada jenis tanah.

Merumpai
Kejayaan pengurusan rumpai amat penting bagi pengeluaran tembikai yang
berkualiti. Rumpai bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya, ruang,
nutrien dan air. Pertumbuhan rumpai menimbulkan masalah penyakit dan boleh
menjadi perumah kepada serangga perosak dan penyakit. Seperti tanaman lain,
tembikai memerlukan kawalan rumpai lebih awal bagi memastikan tanaman yang
berkualiti. Sebagai tambahan, tabiat pokok ini yang merebak menyebabkan rumpai
sukar dikawal terutamanya apabila batangnya mula menjalar.

Pengenalpastian rumpai, terutamanya pada peringkat anak benih amat
penting. Anak benih ini biasanya mudah dikawal dan dalam banyak kes kawalan
dapat dilakukan semasa peringkat anak benih lagi.

Satu lagi faktor penting ialah pertumbuhan tanaman. Pada amnya, tanaman
yang tumbuh agresif dan sihat dapat mengalahkan dan menghapuskan banyak jenis
rumpai. Pembajaan yang betul dengan pengurusan penyakit, nematod dan serangga
yang baik akan meningkatkan pertumbuhan dan membantu menghapuskan rumpai.

Beberapa orang penyelidik telah mendapati bahawa rumpai memainkan peranan
penting dalam penyebaran dan epidemiologi virus tanaman. Rumpai boleh menjadi
sumber virus tersembunyi di dalam biji benihnya.

Kaedah pengawalan
Beberapa kaedah pengawalan rumpai untuk tembikai telah pun ada. Memilih
kaedah yang terbaik dan sesuai oleh penanam bergantung pada beberapa faktor:
spesies rumpai, peringkat pertumbuhan tanaman dan rumpai dan kos buruh dan
kesediaadaannya.

Merumpai menggunakan tangan merupakan kaedah yang sangat berkesan
dan selamat kepada tanaman. Merumpai dilakukan semasa tanaman dan rumpai
masih kecil bagi mengurangkan kerosakan terhadap tanaman dan cangkul boleh
digunakan. Membuang rumpai yang sudah besar dan mempunyai sistem akar yang
ekstensif boleh merosakkan akar atau batang tanaman. Merumpai dengan tangan
kosnya tinggi dari segi penggunaan tenaga buruh.

Penanaman menggunakan jentera sangat berkesan terhadap pengawalan
rumpai tetapi terhad kepada rumpai yang kecil yang mudah tercabut atau ditutup.
Yang paling penting, penanaman menggunakan jentera tidak boleh digunakan
apabila tanaman mula menjalar. Batang tembikai yang menjalar sangat lembut dan
mudah dirosakkan oleh tayar traktor atau penggembur. Kawalan secara mekanikal
perlu ditambah dengan merumpai menggunakan bahan kimia atau menggunakan
tangan bagi membuang rumpai dalam barisan atau selepas tanaman mengeluarkan
batang jalar.

Kawalan rumpai menggunakan teknik batas semaian melibatkan pengawalan
rumpai yang bercambah menggunakan bahan kimia sebelum tanaman yang ditanam
bercambah. Bahan sentuh tidak selektif digunakan e.g. alachlor (sembur pada kadar
4 L/ha). Kaedah batas semaian biasanya berganding dengan rawatan racun herba
yang disembur sebelum menanam. Jika pokok diubah, kaedah ini digunakan untuk
mematikan rumpai yang tumbuh sebelum mengubah.
Dalam kaedah biji benih disemai terus , racun herba digunakan terhadap rumpai
yang tumbuh selepas penanaman tetapi sebelum tanaman itu tumbuh.

PEROSAK TANAMAN TEMBIKAI DAN CARA KAWALAN

Kutu Daun
Pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan
pucuk. Sembur Deltamethrin profenos, dimethoate, methamidophos.

Kumbang Daun
Menyerang bahagian daun pokok terutamanya daun muda anak benih.
Menyebabkan kerosakan kulit luar permukaan daun dan jika tidak dikawal daun
yang diserang akan menjadi nipis dan berlubang. Sembur dengan menggunakan
racun kimia yang sesuai dilakukan di kawasan yang terlibat sahaja.

Ulat Ratus
Menyerang secara berkumpulan pada peringkat kecil dengan memakan daun muda
dari bahagian tepi daun sehingga tinggal rangka sahaja. Untuk mengawal, sembur
dengan racun kimia yang disyorkan setelah dikesan.

Kutu Trips
Bukan pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah
daun dan pucuk. Sembur Deltamethrin, profenos, dimethoate, methamidophos.

Lalat Buah
Merosakkan buah muda dan masak. Sembur Deltamethrin, methamidophos.

Hamama Merah
Sepanjang pertumbuhan, menyerang di sebelah bawah daun. Sembur Docofol,
propogite, amitraz.




PENYAKIT, PENYEBAB DAN CARA KAWALAN
Lecur anak benih (Phthium spp. dan Rhizoctonia solani)
Serang anak benih dalam semaian dan baru dialih. Anak benih jadi layu kerana
pangkal batang telah melecuh dan reput. Sering berlaku pada tanah yang salirannya
tidak memuaskan. Rawat biji benih dengan racun kulat thiram atau benomyl.
Amalkan giliran tanaman dan sembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau
maneb.

Layu fusarium (Fusarium oxysproum)
Anak benih yang diserang akan reput atau terbantut. Pada pokok dewasa ialah satu
jalar menjadi layu dan akan merebak ke jalar yang lain. Akhirnya seluruh pokok
menjadi layu dan kering. Boleh musnahkan seluruh kawasan dalam masa yang
singkat. Pastikan saliran yang baik. Musnah atau bakar pokok yang diserang.
Kawal rumpai untuk mengurangkan perumah.

Antraknos (Colletotrichum lagenarium)
Bintik berwarna hitam pada daun. Rawat biji benih dengan racun kulat. Amalkan
giliran tanaman. Sembur dengan racun mancozeb, copper hyudroxide, propineb,
ziram, carbendazim, chlorothalonil atau meneb.

Mozek virus (Virus)
Daun menjadi berkerekot bertompok hijau tua dan hijau muda. Pokok menjadi
kuning dan terbantut. Menyebabkan kekurangan hasil yang banyak. Musnahkan
pokok yang berpenyakit. Guna varieti rintang dan kawal perumah yang merebakkan
penyakit.

Kulapuk Downi
Menyerang daun tua. Sembur dengan Metalaxyl dan musnah pokok yang telah
diserang.

Bintik berpusar
Menyerang batang, daun dan buah tembikai. Ia disebarkan melalui hujan dan
sistem pengairan. Sembur dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan.

Hawa batang
Menyerang daun, batang dan buah. Serangan ke atas batang menyebabkan bintik
bermula dari ruas kemudian memanjang dan pecah. Pada daun, tangkai dan batang,
bintik berwarna coklat atau kelabu terbentuk. Sembur dengan racun kulat yang
disyorkan.

GANGGUAN FISIOLOGI PADA BUAH TEMBIKAI

Buah tidak bulat bentuknya
- tanah terlalu kering dan kurang baja.
- jangkitan dan serangan perosak yang teruk.
- buah terlalu dekat atau terlalu jauh dari pangkal pokok
- kacukan tidak sempurna
- ada serangan lalat buah

Buah menjadi retak
- faktor varieti
- kelembapan tanah berubah secara mendadak
- penyiraman yang terlalu banyak semasa buah hampir masak
- serangan perosak hamama merah yang teruk

Buah tidak manis
- faktor varieti
- pembajaan yang tidak sempurna
- serangan perosak dan penyakit yang teruk
- suhu rendah ketika buah sedang masak
- buah masak ketika musim hujan

Kulit buah menjadi tebal
- faktor varieti
- buah terlalu dekat denan pangkal pokok
- suhu rendah sewaktu buah masak
- buah belum masak

Isi buah berwarna pucat
- faktor varieti
-suhu rendah sewaktu buah masak
- terlalu banyak baja P digunakan

Buah berongga
- faktor varieti
- air terlalu banyak ketika buah masak
- buah terlalu dekat dengan pangkal pokok

CANTASAN
Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih
subur dan memberikan buah yang lebih serata. Jalar utama dicantas pada ruas 6
atau 7. Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang. Hanya 2 biji buah
disimpan pada satu pokok.

PENGUTIPAN HASIL

Tembikai Wangi dipetik apabila mencapai peringkat masak tetapi masih keras
dengan kandungan pepejal larut keseluruhan pepejal larut 8-10 oBirx. Tembikai
wangi matang diantara 49-51 hari di tanah bris dan antara 58-65 hari di tanah jenis
hakisan granite.

Buah yang dipetik terlalu awal tidak semanis buah yang dipetik pada
peringkat masak. Keadaan pokok semasa buah membesar juga mempengaruhi
kemanisan buah. Pokok yang sihat sehingga buah dipetik menghasilkan buah yang
manis, tetapi sekiranya pokok tidak sihat dan daun-daun banyak yang rosak atau
mati seperti diserang oleh penyakit, walaupun pada peringkat akhir tumbesaran
buah, akan menyebabkan buah tidak manis. Ini disebabkan gula yang terdapat
dalam buah dibekalkan terus daripada daun.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan buah tembikai wangi sudah boleh
dipetik adalah seperti berikut:-

Bagi Tembikai Wangi varieti Jade Dew, buah sudah boleh dipetik pada peringkat 24
hari selepas bunga kembang. Pada ketika ini tahap kemanisan atau kandungan
pepejal larut sudah mencapai 10 oBirx.. Kemanisan buah akan bertambah sedikit
selepas disimpan beberapa hari.

Kebanyakan buah yang matang akan membentuk jejaring (netting) pada
permukaan buah.Warna buah mulai berubah dengan nyata. Jade Dew biasanya
berwarna kehijauan pada peringkat muda dan menjadi kekuningan apabila matang.
Buah juga berbentuk bulat atau leper sedikit.

Lapisan absis pada tampuk buah mulai terbentuk. Buah yang terlalu masak,
mudah tanggal daripada tampuk atau tangkainya. Buah Jade Dew mudah tercerai
daripada tampuk atau tangkainya pada umur 30 hari selepas bunga kembang.
Aroma atau bau musky mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah semakin
masak.

Tanda-tanda lain termasuklah bulu di bahagian tangkai buah mulai kering dan
gugur, sulur paut yang paling hampir dengan tangkai buah mulai layu dan kering.

Buah yang dipetik terlalu awal tidak semanis buah yang dipetik pada
peringkat masak. Keadaan pokok semasa buah membesar juga mempengaruhi
kemanisan buah. Pokok yang sihat sehingga buah dipetik menghasilkan buah yang
manis, tetapi sekiranya pokok tidak sihat dan daun-daun banyak yang rosak atau
mati seperti diserang oleh penyakit, walaupun pada peringkat akhir tumbesaran
buah, akan menyebabkan buah tidak manis. Ini disebabkan gula yang terdapat
dalam buah dibekalkan terus daripada daun.

Aroma atau bau 'musky' mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah
semakin masak.

Tembikai mula berbuah 60-70 hari selepas menanam dan buah boleh
dipungut 20-25 hari selepas itu. Bergantung kepada keadaan cuaca. Biasanya 4-6
pusingan pengutipan hasil dilakukan. Hasil dijangka ialah 20 tan/hektar.

Tembikai Wangi dipetik apabila mencapai peringkat masak tetapi masih keras
dengan kandungan pepejal larut keseluruhan pepejal larut 8-10 oBirx. Tembikai
wangi matang diantara 49-51 hari di tanah bris dan antara 58-65 hari di tanah jenis
hakisan granite.

PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI
Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut:-

Umur Pokok
Faktor umur bergantung kepada varieti dan musim penanaman. Penanaman pada
musim panas menyebabkan buah matang lebih awal.

Warna Sulur Paut dan Daun Buah
Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Sulur paut
yang kering menandakan buah terlalu matang.

Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah
Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang.

Menjentit Buah
Buah matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat dan
nyaring.

Urat Pada Jalur
Bagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar
apabila buah matang.

Kekilatan Kulit Buah
Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada
peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.




PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Buah-buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh, diasingkan
mengikut saiz, bentuk dan varieti sebelum disusun ke dalam bakul-bakul buluh atau
rotan. Ia seterusnya dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk
diangkut ke destinasi jualan. Selepas bakul-bakul disusun bertingkat-tingkat, papan-
papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan
buah-buah menjadi rosak.

SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED TEMBIKAI

Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah tembikai (Citrullus
vulgaris Linn) yang berbentuk bulat atau bujur, kulit berwarna hijau kehitaman atau
hijau muda atau berjalur antara kedua warna ini mengikut jenisnya. Di Malaysia ia
dikenali juga sebagai Semangka, Melikai dan juga Timun Cina. Spesifikasi berikut
menerangkan keperluan-keperluan piawaian dan gred serta pengkelasan saiz untuk
buah tembikai jenis merah, meliputi tembikai tanpa biji dan tembikai berbiji seperti
varieti New Dragon yang ditanam dan dipasarkan di Malaysia.

Tidak Matang
Kematangan < 60%. Bunyi padat, tidak sesuai untuk pasaran.

Cukup Matang
Kematangan 70-80%. Tembikai berkenaan sudah mencapai tahap kemanisan yang
sewajarnya. Kandungan bahan pepejal larut mencapai 10o Brix. Warna isi
menunjukkan ciri warna varieti berkenaan iaitu lebih banyak merah daripada putih,
rangup, pejal dan berjus, serta tidak liat atau kenyal.

Terlalu Masak
Kematangan > 90%. Isi tembikai kurang / tidak pejal atau rangup, bertekstur benyek
/ lembik serta lecap (water soaked). Rasa agak tawar kemasaman, bangar dan
kurang enak. Warna merah kehitaman dan tidak cerah. Tidak sesuai untuk pasaran.


PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

Pembungkusan
Tembikai daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan
bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada
kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang
digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan
menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih
yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.

Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat
berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad
pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

PERSAMPELAN
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah
berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits, atau kaedah
statistik yang dipersetujui.

Untuk menanam tembikai di tepi rumah, kita hendaklah mengikuti tips di bawah:

1. Beli 1pek kecil benih tembikai merah dan 1 pek kecil benih tembikai kuning.
Kerana tembikai merah sebagai pokok yang menghasil buah dan bunga tembikai
kuning dalam proses pembungaan.

2. Benih ini akan direndamkan dengan sedikit racun kulat bercampur racun
serangga.Disemaikan anak benih tadi dalam bekas semaian terisi tanah medium
tanaman.

3. Manakala satu busut kecil bersaiz 3 x 4 kaki bertinggian 6 inci digembur kan,
Tanah busut hendaklah mengandungi bahan reputan organik( daun reput),dan
ditaburkan baja organik ( najis haiwan).
Pastikan busut ini tidak terlalu terlindung dengan cahaya matahari.

4. Anak benih akan tumbuh dan mengeluarkan daun muda. Kita siram ia agar
sentiasa lembap sehingga pokok mula berdaun 6 dan mula berjalar.

5.Kita ambik satu benih tembikai merah dan satu benih tembikai kuning di tanam
bersebelahan. Siramkan kedua-kedua anak pokok.

6. Tembikai kuning akan mengeluarkan bunga amat banyak. Tembikai merah masih
lagi menjalar dan mengeluarkan bunga sedikit.

7.Jika terdapat putik buah sulung tembikai merah di pangkal pokok hendakalah
dibuang. Jangan runsing , kerana apabila pokok mula menghasilkan buah sulung
sebenarnya banyak menggangu pembesaran pokok itu sendiri.

8. Apabila terdapat bunga tembikai merah, kita boleh ambil bunga tembikai kuning
tadi dan digeselkan kepada bunga tembikai merah. Lakukan dengan perlahan-lahan.

9. Pokok akan berputik dengan cepat. Putik berubah buah dengan kadar yang cepat.
Boleh di taburkan baja kimia disekeliling pokok dengan kadaran sikit demi sikit untuk
mengelak putik menjadi buruk.

10. Pokok memerlukan siraman yang lebih kerap untuk membesarkan buah tembikai.
Satu pokok tembikai mampu membesarkan 4 biji buah bersaiz 8 kilo sebiji. Yang
berlebihan hendaklah dibuang.

11. Buah akan matang apabila mencapai saiz . Kulit telah regang dan berbunyi bok-
bok menandakan ia akan masak.Ia sesuai untuk dipetik.



PENGIRAAN KOS UNTUNG DAN RUGI

Aliran wang masuk
Pendapatan Kasar = RM 500

Aliran wang keluar

A. Kos Pembangunan
i) Perparitan dan saliran = RM 120
ii) Penyediaan tanah (bajak, & batas) = RM 120
Jumlah kos Pembangunan = RM 240


B. Kos Bahan Input
1 Benih Seedles = RM 39
2 Benih Tembikai Kuning = RM 6
3 Baja (3 JENIS BAJA TEMBIKAI):
a. Kapur = RM 65
b. Baja Organik = RM 42
c. Baja foliar = RM 10
4 Semaian
a Media semaian = RM 12
5 Racun kimia
a. Racun kulat CH Benomyl = RM 7
b. Racun kulat Mancozeb = RM 5
Jumlah kos Bahan Input = RM 183

Jum. Kos Pengeluaran A+B = RM 423

ANALISA KEWANGAN

Nilai Pendapatan Bersih = RM 500 - RM 423 = RM 77





















Rujukan:

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (1975). Tembikai. Petaling Jaya:
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Mazinah, H. Y. (1997). Kebun tembikai Leman. Kuala Lumpur: Penerbit Teliti.

Salleh, H., & Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (1990).
Panduan penanaman tembikai. Kuala Lumpur: Berita Pub.

MAKLUMAT PERTANIAN - TERNAKAN, TANAMAN, PERIKANAN DAN
AGROTOURISM: PANDUAN MENANAM TEMBIKAI [Web log post]. (n.d.).
Retrieved from http://kebunwarisan.blogspot.com/2009/01/panduan-menanam-
tembikai.html

Disini dalam lingkaran ini: Tembikai di Tanah Pantai [Web log post]. (n.d.). Retrieved
from http://disinidalamlingkaranini.blogspot.com/2013/09/tembikai-di-tanah-
pantai.html

ASAM GARAM KEHIDUPAN: Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatan & Kecantikan
[Web log post]. (n.d.). Retrieved from
http://yanawanie.blogspot.com/2013/01/khasiat-buah-tembikai-untuk-kesihatan.html

Anda mungkin juga menyukai