Anda di halaman 1dari 5

AMALAN PENGAJARAN MIKRO

ROSLIZA ABD AZIZ


Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Ilmu Khas.


1.0 PENGENALAN

Guru dalam bilik darjah menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk
membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi
rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, gesture dan perlakuan
bukan lisan seperti senyum, anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya
akan menentukan keberkesanan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-
kemahiran yang sesuai dengan kriteria dan kebolehan murid serta objektif pengajaran
dan pembelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.

Elemen yang dikemukakan ini merupakan asas kepada pelaksanaan
pengajaran mikro. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan
satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah
dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran
mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran
terhadap teknik pengajaran.

2.0 KONSEP

Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran praktik yang dipermudah dari segi
skop dan organisasinya. Istilah mikro menggambarkan sesuatu yang kecil seperti
microscope dan microwave. Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz
kelas, masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Mengikut Wallace dalam Rahil
(1997), pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian
itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan
skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan
bilangan murid dikecilkan. Ia merupakan satu bentuk simulasi pengajaran yang
boleh dilaksanakan untuk latihan guru-guru pra perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan.

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh
pelajar dalam profesion perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-
kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan bersemuka di bilik
darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang
tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid.
Pengajaran mikro berfokus kepada proses melatih diri sendiri, pelajar dilatih
pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat
dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran
mikro dengan berkesan. Secara umum pengajaran mikro melibatkan proses
pengajaran, mengkaji dan membuat refleksi (teach, review and reflect)

3.0 KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro melatih guru pelatih mempraktikkan serta meningkatkan
kemahiran-kemahiran mengajar seperti:-

Set induksi
Tunjuk cara
Variasi rangsangan
Peneguhan
Penyoalan
Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
Penerangan
Apresiasi
Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Penutup

4.0 PELAKSANAAN PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro ini biasanya dilaksanakan di dalam makmal atau bilik mikro dan
mengambil masa 5 hingga 15 minit. Ia melibatkan kelas kecil (5 - 8 orang murid) di
mana guru pelatih berperanan sebagai murid dan ia tertumpu kepada satu kemahiran
sahaja. Ia boleh dilaksanakan mengikut model yang telah diperkenalkan oleh
Universiti Stanford dan Bahagian Pendidikan Guru.

Merancang Mengajar
Mengulas
Merancang
semula
Mengajar
semula
Mengulas
semula

Rajah 1: Model I Model Allen dan Bushel

Model dalam Rajah 1 di atas melibatkan proses merancang, mengajar, berbincang
tentang pengajaran tersebut, merancang semula pengajaran setelah mendapat maklum
balas dalam sesi perbincangan, kemudian mengajar semula dan setelah itu berbincang
semula tentang pengajaran yang telah dilaksanakan.


Merancang
Mengulas
Mengajar

Rajah 2: Model II Model Brown

Model II ini hanya melibatkan proses merancang, mengajar dan berbincang
tentang pengajaran tersebut. Setiap pusingan menekankan latihan satu kemahiran
seperti set induksi, penggunaaan papan tulis, variasi rangsangan dan kemahiran-
kemahiran pengajaran mikro yang dicadangkan. Dalam proses perancangan, guru
pelatih akan membuat persediaan mengajar berdasarkan kemahiran yang dipilih.
Proses pengajaran mikro akan berlangsung dan dalam masa yang sama penyelia akan
membuat penilaian dan membuat ulasan yang berkenaan.

Pengenalan
Perancangan
Pelaksanaan
Maklum balas

Rajah 3: Model III Gabungan Model Allen dan Bushel serta
Brown

Model dalam Rajah 3 ini melibatkan proses pengenalan di mana konsep
pengajaran mikro diperkenalkan, komponen kemahiran dibincang, borang bimbingan
dan senarai semak disediakan. Satu sesi tayangan video disediakan bagi menilai
pengajaran guru. Setelah itu pelajar dikehendaki membuat perancangan yang
melibatkan pemilihan guru yang akan mengajar, dan pengajaran untuk diadakan
selama 5-15 minit. Proses seterusnya adalah perlaksanaannya yang memerlukan guru
pelatih berlakon menjadi guru dan 5-8 orang menjadi murid. Pengajaran ini
dirakamkan. Proses terakhir adalah peringkat maklum balas yang dilakukan selepas
sesi pengajaran dan pembelajaran. Semua guru pelatih yang terlibat dalam
pengajaran mikro dikehendaki membuat analisis tafsiran dan rumusan terhadap hasil
penilaian yang diperolehi daripada pemerhatian mereka yang direkodkan dalam
borang bimbingan berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru. Rakaman
video perlu diulang tayang untuk rujukan.


5.0 PENUTUP

Pengajaran mikro penting dilakukan oleh guru pelatih sebelum menjalani latihan
mengajar atau praktikum kerana ia memberi peluang kepada guru mempraktik
kemahiran mengajar dalam situasi terancang dan dapat mengamalkan teori dan
konsep pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari. Latihan ini juga membolehkan
guru dapat mengusai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui pengalaman yang
menyeronokkan. Penambahbaikkan dalam kemahiran pengajaran dapat dikenalpasti
melalui rakaman video, di mana guru tersebut membuat refleksi akan kelemahan,
kekuatan pengajaran yang berfokus. Selain daripada itu guru dapat memperbaiki
kelemahan setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah penyelia atau rakan
sekelas. Latihan ini juga dapat mengurangkan ketegangan dan meningkatkan
keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang sebenar semasa latihan
mengajar atau praktikum.

RUJUKAN
Abd Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors.

Abdul Raof Dalip & Subahan Mohd Meerah. (1991). Isu- isu latihan mengajar. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Abraham P. C. A , Chambers, B. dan Poulsen, C. (1995). Classroom Connections. US
of America: HarcourtBrace and Company Canada.

Hasriana Atjeng. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan guru pelatih
dalam pengajaran Matematik. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai