Anda di halaman 1dari 39

Isi Kandungan

Mata Pelajaran Muzik adalah salah satu mata pelajaran yang diadakan disekolah bagi
memnabntu mencapai hasrat negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsia.
Guru merupakan orang yang memegang peranan penting dalam menentukan tahap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh yang demikian guru
adalah pemudah cara, penggalak dan pembimbing dalam proses pembelajaran Pendidikan
Muzik. Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Muzik. Dengan itu guru Pendidikan Muzik perlu mempertingkatkan
profesionalisme mereka dalam pengetahun muzik dan metadologi mata pelajaran ini dari
masa ke semasa.
Zoltan Kodaly, Carl Orff dan Delcroze adalah merupakan diantara penyumbang
kepada dunia pendidikan muzik pada masa kini. Kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran mereka telah menjadi inspirasi dan panduan. Setiap perancangan dan
pelaksanaan yang dilakukan haruslah berdasarkan kaedah dan teknik tokoh-tokoh muzik ini
dan diaplikasikan di dalam bilik darjah. Dengan adanya panduan ini sudah pasti Pendidikan
Muzik ini dapat merealisasikan impian negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari semua aspek kehidupan kita.









Pengenalan













Zolatan Kodaly merupakan salah seorang tokoh terkemuka pada abad ke-20. Beliau
lahir pada 16 Disember 1882 . Beliau hidup semala 85 tahun dan meninggal dunia pada 16
Mac 1967. Beliau berasal daripada Hungary salah satu tempat di Negara German. Beliau juga
adalah seorang pencipta dan pengubah muzik Eropah. Sebagai ethomuzikologis pula, beliau
adalah perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Ini
kerana beliau mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan mahu mengekalkan kebudayaan
dan juga identiti negara melalui lagu rakyat beliau. Melalui semangat dan kesungguhan
tersebut, beliau telah mengumpul dan mengkaji lagu-lagu rakyat seluruh Hungary. Kemudian
lagu-lagu tersebut dicipta semula menggunakan kaedah yang asal.

Dalam bidang pendidikan, Kodaly merupakan seorang pendidik muzik yang sangat
berbakti kepada rakyat Hungary kerana telah mendidik mereka supaya menjadi penggubah,
pencipta, pemimpin muzikologis dan pendidik. Selain itu, beliau juga mengambil berat
tentang Bahasa Hungary dan tidak mahu bahasa tersebut tercemar. Beliau inginkan Bahasa
Hungary tetap terpelihara. Kodaly berpendapat untuk kemajuan negara dalam pendidikan
aspek intelek, jasmani, rohani dan kebudayaan perlu ditekankan

Kodaly mempunyai seorang rakan yang berna Bela Bartok. Mereka berdua menyedari
bahawa muzik rakyat mempunyai nilai estetik yang tinggi serta memainkan peranan yang
penting dalam mengekalkan identity Negara mereka. Dengan itu, mereka berdua telah
Zoltan Kodaly
Latar Belakang Zoltan Kodaly
( 16 Disember 1882 16 Mac 1967 )

menjelajahi seluruh Negara sehingga ke tempat-tempat terpencil untuk merakamkan suara-
suara kaum petani yang masih menyanyikan lagu-lagu Hungary serta mentranskripsi irama
yang dikumpulkan.






Oleh sebab semangat cintakan negara yang kuat dan mahu muzik menjadi kehidupan
harian dikalangan rakyat Hungary, Kodaly telah menghasilkan falsafahnya sendiri. Falsafah
dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan aspek perkaedahan yang kini
digelar sebagai Kaedah Kaodaly. Antara falsafah dan prinsip-prinsip Kodaly ialah;

i. Muzik Kepunyaan Manusia
Semua lapisan masyarakat perlu diajar dan dipelajari mata pelajaran muzik untuk
menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik dalam
kurikulum adalah satu landasan supaya muzik dapat diapresiasi dan dihayati oleh
semua orang. Pendidikan muzik juga boleh mengembangkan bakat seseorang
kanak-kanak. Ia juga dapat mengembangkan aspek pendengaran, intelek, emosi,
fizikal dan kebudayaan kanak-kanak.

ii. Nyanyian adalah Asas Kemahiran Muzik





Salah satu alat muzik semula jadi yang berkesan adalah Suara. Nyanyian dalam
lapisan suara perlu diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.
Nyanyian seperti dapat mengembangkan kebolehan pendengaran muzik
berstruktur polifoni. Ianya memudahkan seseorang menghayati muzik dari sastera
muzik masterpieces tanpa mengetahui memainkan alat muzik.

Falsafah & Konsep Kodaly

If I were to try to express the essence of this education in one word, that word
would be SINGING.
Zoltan Kadaly

iii. Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi Kodaly Muzik Rakyat adalah bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sangat penting dan terbaik. Berikut adalah cirri-ciri lagu rakyat dan tradisional;
muzik rakyat adalah bahan asas kepunyaan rakyat sendiri. Manakala ia
menunjukkan identiti sesebuah negara dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.
Seterusnya bahan yang menggunakan bahasa ibunda senang dikenali oleh kanak-
kanak di tempat itu. Selain itu senikata yang pendek dan mudah dinyanyikan oleh
kanak-kanak.

iv. Nyanyian Koir
Nyanyian koir dapat menghasilkan keseronokan dan mewujudkan seseorang yang
berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia. Ahli koir perlu kemahiran membaca skor
muzik tanpa tunjuk ajar jurulatih melalui kibod. Sekiranya pengajaran
pembelajaran tersebut menggunakan kibod ia akan menyekat perkembangan
kemahiran muzik seseorang.

v. Alat Muzik Tidak Perlu Digunakan
Alat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic dan
tidak juga digunakan untuk mengiringi nyanyian koir. Ini kerana piano tidak setala
dan berbunyi sumbang.

vi. Pengajaran Pembelajaran Muzik Perlu Berlaku Awal di Pra Sekolah
Kanak-kanak berumur antara 6 hingga 16 tahun selalunya mudah dan cepat
mempelajari sesuatu serta berbakat dalam mengalami muzik yang bermutu tinggi.
Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan
fizikal kanak-kanak.Mereka perlu mempelajari membaca notasi sebelum
memainkan alat muzik.

vii. Muzik Perlu Menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikan di Sekolah.
Menurut Kodaly, muzik membantu dalam perkembangan emosi, intelek, jasmani
dan rohani kanak-kanak. Mengikut kajian The San Jose Unified School District
Project di Amerika Syarikat, tahap pencapaian murid di sekolah yang mempunyai
mata pelajaran utama ialah muzik adalah lebih baik pencapaiannya berbanding
sekolah yang mempunyai sedikit masa untuk mata pelajaran muzik.




Kaedah Kodaly merupakan kaedah yang berterusan dan berkembang. Terdapat tiga teknik
yang diperkenalkan oleh Kodly dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu;



i. Tonik Solfa
Kodaly menggunakan system do bergerak yang berasal dari Guido Arezo (Itali)
pada abad ke-11. Tonik Solfa atau Tonik Pusat dalam sesebuah lagu ialah do
dalam nada major dan ia dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian
serta merta.
TEKNIK
KODALY
Tonik Solfa
Isyarat
Tangan
Simbol,
Notasi Lidi
& Sebutan
Irama
Teknik Kaedah Kodaly


Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sistem
tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui
nyanyian, membaca dan menuis skor mereka bolehlah diperkenalkan dengan not
nama abjad.
Manakala nyanyian pic dalam jeda minor ke-3 ( so-mi ) adalah pengajaran
pembelajaran asas. Kanak-kanak yang mengenal dua not yang berpic ini boleh
membaca not ini pada baluk di mana-mana posisi. Pendapat Kodaly, skel pentaton
(5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel tersebut asas unuk lagu rakyat Hungary
yang berciri mod minor.

ii. Isyarat Tangan
Isyarat tangan digunakan sebagi respon elodi yang didengari dan dilakukan tanpa
menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Contohnya, kelas akan menyanyi
dan dengan serentak seorang murid akan menggunakan isyarat tangan tanpa
menyanyi.
Melalui isyarat tangan dapat menjadikan pembelajaran solfa mudah dan ianya
sebagai satu persediaan untuk mendengar pertukaran do. Contohnya, guru
menunjukkan beberapa siri isyarat tangan kepada murid dan murid menyanyi solfa
apabila guru berhenti pada mi dengan serentaknya ia akan menggunakan tangan
kiri untuk menunjukkan isyarat so murid kemudian akan menyanyi pada so
dalam pic sama seperti mi. Latihan ini diteruskan sehingga murid dapat
kemahiran dalam perubahan nada dan solfa.
Isyarat tangan dapat meningkatkan kemahiran intonasi dalam dua suara. Kelas
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan 1 menyanyi mengikut isyarat
tangan kanan guru sementara kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat tangan kiri
guru.
Nada
Major
d r m f s l t d'
Nada
Minor
l t d r m f s l'

iii. Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama
Berikut merupakan antara urutan irama yang digunakan dalam Kaedah Kodaly;

Simbol

Muzik bergerak dalam beat yang stabil


Meter muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan



Ikon

i. Irama


ii. Pic (Kontur melodi)



iii. Notasi Lidi dengan Pic













iv. Notasi Lidi dan Sebutan Irama
































Melalui kaedah Kodaly biasanya kegiatan nyanyian dijalankan secara berurutan iaitu
daripada prinsip bunyi sebelum symbol, mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak.










Aplikasi Pendekatan Kodaly

Kaedah Kodaly
Secara Berurutan
Komponen
Kaedah
Kodaly
Improvasi
Pendengaran
dalaman
Penghafazan
Nyanyian
Kaedah Kodaly Secara Berurutan
Konsep Irama
Irama asas yang ada pada kaedah ini adalah irama yang bersamaan dengan perherakan
harian kanak-kanak seperti berjalan (krocet- mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver-
mempunyai nilai kiraan) lain-lain pergerakan yang sesuai.
Dalam konsep irama, meter atau tanda masa yang lazim duaan dan empatan digunakan.
Selalunya lagu kanak-kanak dan permainan mempunyai meter 2. Lagu ini sesuai dijadikan
permulaan pemahaman mengikuti dan merasai meter duaan dan empatan dengan baik.





















Suara adalah alat muzik yang semula jadi yang dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak
menggunakan suara untuk menunjukkan perasaan gembira, sayang, sedih dan sebagainya.
Nyanyian adalah salah satu cara bagi kanak-kanak menimba pengalaman
muzikalnya.Nyanyian merangkumi dua elemen seni dan sains di mana keduanya memainkan
peranan penting dan setara dalam aspek mental dan fizikal. Guru perlu mengetahui terlebih
dahulu cara menggunakan kaedah nyanyian dengan berkesan.




Konsep Melodi
Konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan.Mengikut perkembangan
muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat
menghasilkan semiton dalam pic yang tepat.Oleh itu konsep melodi perlu diperkenalkan dengan
2 pic dahulu,so dan mi yang mempunyai jeda minor ke-3.
Berikut adalah cirri-ciri perkembangan muzikal kanak-kanak dala konsep melodi dan
perlu diambil kira sebelum kaedah berurutan dijalankan;
i. Renj untuk kanak-kanak menyanyi dengan selesa dan dalam pic yang tepat adalah
terhad kepada 5 atau 6 ton dalam whole tone.
ii. Ton yang menurun adalah lebih mudah dipelajari oleh kanak-kanak dan meniru
daripada ton yang menarik.
iii. Kanak-kanak lebih mudah menyanyi pic yang melompat daripada pic yang bergerak
rapat: Not G ke E lebih mudah dinyanyikan daripada G ke F#.
Nyanyian


Inner Hearing atau Pendengaran dalaman adalah kemahiran yang kompleks dan
sukar dijelaskan. Ia boleh diajar kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah
dan menyeronokkan. Berikut adalah antara beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman
yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik;




Guru memberi sehelai nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seorang murid.
Murid tersebut membaca nota itu dan menyanyikan secara berbisik.
Sebelum pengajaran guru akan meminta murid membaca latihan atau menyanyi
dengan lambat serta senyap di dalam kepala.




Guru menggunakan isyarat tangan kepada sesuatu melodi dan meminta murid-murid
menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk
murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan lagu
tersebut di hadapan kelas.





Contohnya, satu lagu rakyat yang dipilih mempunyai G sebagai do. Murid-murid
menyanyi dua bar pertama dan ia adalah not E dan apabila sampai ke bar ketiga
terdapat perubahan nada ke D = do dan secara automatisnya menyanyikan not B yang
sepatutnya mi sebagai la.


Pendengaran Dalaman
Permainan
Mesej Rahsia
Meneka Lagu
Memikir Not ke 5
( atas atau bawah)



Kebiasaannya kanak-kanak akan seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan
cara menghafaz atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam
memperkembangkan aspek ini. Ianya boleh dilakukan melalui teknik permainan.



Guru membuat isyarat tangan dan murid enghafaznya sambil berfikir melodi
tersebut. Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa.
Proses diulang-ulang dengan motif yang pendek.



Guru menggunakan skel pentatonic sebagai bahan penghafazan.
Murid diberi sehelai kertas dimana dibahagian kiri telah diisi dengan nota-nota pada
baluk. Dibahagian kanan pula dikosongkan.
Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang.
Murid digalakkan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk di seblah kanan.
Setelah selesai menulis murid menyanyi not-not yang ditulis dibaluk tadi. (Aktiviti ini
boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa.)





Ini adalah cara untuk menentukan sama ada murid dapat memahami konsep muzik
yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.

a. Boleh beri galakkan kepada murid dalam mengprovisasikan sesuatu corak irama.
Contoh: Permainan Baling Tepuk
i. Guru akan membalingbola sakti kepada murid bertuah.
Penghafazan
Contoh 1
Contoh 2
Improvasi
ii. Guru akan bertepuk atau menggerkkan anggota badannya pada detik sambil
mendengar : ta ta ta ta
iii. Murid tersebut digalkkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota
badan pada satu corak yang lain.

b. Galakkan boleh diberi kepada murid dalam mengprovisasi sesuatu corak melodi.
Contoh: Permainan Bersoal Jawab

Guru dan murid bersoal jawab tentang Sesutu tajuk yang dipelajari, contohnya nama
solfa yang dilekatkan oleh guru dipapan putih. Guru menyoal melalui nyanyian solfa,
kemudian guru memilih murid untuk menjawab soalannya.

c. Galakkan boleg diberi kepada murid dalam mengprovisasi bentuk melodi.
Contoh Permainan: Ikut Giliran

Murid akan menyanyikan satu frasa solfa mengikut giliran, muirid yang terakhir akan
menjelaskan melodi.




a) Mengaplikasikan pada Permulaan Pengajaran
i. Membuat Imitasi solfa do, mi, so dan la. Nyanyikan dahulu nama murid, contohnya
Ani so mi, Ani jawab saya dalam pic so mi, Rita do mi so dan lain-lain.
ii. Anda bertepuk pada corak ti- ti ta ta ta dan murid menepuk balik pada anda.
iii. Anda gunakan isyarat tangan pada do, mi dan so dan murid ikut sambil menyanyi.
iv. Mengaplikasikan pada langkah 1. ( Nyanyian solfa dan sebutan irama ).
Anda menyanyi lagu Tepuk Amai Amai dalam tonik solfa dan murid disuruh
mendengar.
Mereka meneka lagu tersebut.
Mereka mengikut anda menepuk dan menyebut corak irama.


Aplikasi Kaedah Kodaly Dalam P&P

b) Mengaplikasikan pada Langkah 2 - Penghafazan
i. Anda menunjukkan 2 bar lagu tersebut dan murid menyanyi pada solfa.
ii. Kali kedua corak irama 2 bar lagu tersebut ditutup. Ini melatih mereka menghafaz
sehinggalah akhir lagu tersebut.


c) Mengaplikasikan pada Penutup Pendengaran Dalaman
i. Anda menggunakan isyarat tangan ( 3 pic do mi so ) tanpa menyanyi
sepanjang 2 bar.
ii. Murid diminta melihat isyarat tangan yang anda lakukan dan menyanyikan di
dalam hati.
iii. Murid menyanyikan balik pada la atau solfa.




















































Carl Orff
Latar Belakang Carl Orff
( 1895 1982 )

Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich, Jerman.
Berasal dari keluarga Bavarian aktif dala tentera.
Mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914.
Bertugas dengab tentera pada perang dunia pertama.
Seorang composer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik
dalam pendidikan muzik.
Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun
1920-an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari.
Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk
menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada
pendidikan muzik.
Beliau kemudian menjadi Penyelia Muzik di Gunther-Schule, sebuah sekolah
tarian dan muzik.
Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal iala Musik Fur Kinder yang
diterjemahkan sebagai Muzik Untuk Kanak-kanak.




























Falsafah & Prinsip Carl Orff
Orff pernah berkata Efperience first, then intellectualize yang
bermaksud kanank-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia
muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam
bentuk notasi.
Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama
muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.
Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan
explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimproisasi
dan akhirnya mampu membaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai
literasi muzik.
Orf percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting.
Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain.
Dan muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan
latihan yang khusus.
Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama
dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling
natural untuk kanak-kanak.
Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang
kanak-kanak telah memeperkembangkan kemahiran untuk bermain alat
muzik.
Sesi
Pembelajaran
Muzik
Percakapan
Bermain Alat
Muzik
Pergerakan




Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu
1. EXPLORASI (Mencari Sendiri)
2. IMITASI (Mengajuk Balik)
3. IMPROVISASI
4. LITERASI
Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri.





Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu;













Pendekatan Orff
EKSPLORASI


Dalam eksplorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan
jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya.
Dalam kelas eksplorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya
memainkan peranan sebagai pemerhati.




Eksplorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak.
Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian eksplorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi
teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma
yang sama dan sebagainya. Dalam eksplorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan
untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk
mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan
bunyi detar.Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus
malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.




Eksplorasi bentuk berlaku secara serentak dengan eksplorasi ruang and bunyi. Dalam
eksplorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-
corak ini kemudian dijadikan tarian.Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk
menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan
dalam eksplorasi bentuk.Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau
guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak
notasi.Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras
dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.


Eksplorasi Ruang
Eksplorasi Bunyi
Eksplorasi Bentuk




Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang
didengar atau dilihat.
Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru
melalui imitasi.
Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan
muzikal seseorang kanak-kanak.
Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai Role Model kepada
murid-muridnya.
Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul
kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya.
Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk
menepuk balik ritma yang sama.







Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik.
Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas
mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai
pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor
dan not-not muzik.
Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara
sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan
bukannya usia mereka.
Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut
telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan
IMITASI
LITERASI
memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan
melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.






Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan
peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh
dalam seseorang kanak-kanak.
Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia
dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid.
Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak.
Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang
kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya.
Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk
memperkembangkan daya imaginasi mereka.









Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh
kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai
setiap detik.
Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna
(nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not
dalam irama.
IMPROVASI
Aplikasi Pendekatan Orff Dalam
Bilik Darjah
1. Sebutan Berirama
Menurut Orff, suku kata-suku kata ini adalah sebutan natural dalam percakapan
kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata
sebegini untuk mempelajari irama dan detik.





Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara.
Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-
bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama.
Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk
tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya.
Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan
muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.




Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik
yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff.
Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan
pergerakkan atau tarian.
Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan
Xylophone.
Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza.







2. Alat Perkusi Badan
3. Alat Perkusi Orff
Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable).
Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima.
Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam
skel lagu tersebut.
Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah.
Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain.





Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara
berterusan.
Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang
lain untuk menghasilkan harmoni.
Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang
mempunyai meter 4/4.





Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi
dengan menggunakan alat-alat perkusi.
Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-
corak irama dan melodi yang berlainan.
Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau
menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka
suka.
Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-
corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk
bermain improvisasi.


4. Memainkan Alat Perkusi Secara
Ostino Mengiringi Nyanyian
5. Memainkan Alat Perkusi Secara
Improvisasi


































Dalcroze
Latar Belakang Delcroze
( 1865 1950 )
Nama : Emile Jaques Dalcroze
Lahir/Mati : 1865-1950
Umur : 85 tahun
Bangsa : Swiss
Bidang : semua cabang seni
Pendekatan : eurismik, improvisasi
Dalcroze memulakan kerjayanya di Geneva Conservatory, di mana beliau mendapat
ilham mengenai harmoni & solfa
Melalui bidang solfa yang dikaji, beliau dapat mempengaruhi dan merevolusikan
banyak idea pedagogi yang lain
Jaques Dalcroze berkata;
setiap murid harus memperkembangkan kebolehan untuk melahirkan apa yang
didengarinya dengan kedamaian, berkesan dan penuh pengetahuan melalui gerakan
sebelum menukarkan bentuk perasaan / fizikal kepada hasil muzikal (suara atau
permainan alat muzik) atau tahap pengetahuan muzik (Solfa, Solfa berirama dan
improvisasi).





Dalcroze telah memperkenalkan kaedah eurythmics mempelajari dan
mengekspresikan muzik melalui pergerakan
Sebab: pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi
pemahaman muzik
Kaedah ini menggabungkan pergerakan, rentak dan improvisasi
Pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabungkan
tiga-tiga aspek ini.
Mengikut Delcroze, sesuatu pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan;

a. Improvisasi atau Pengubahsuaian
Improvisasi dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian keperluan murid dan
objketif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Ianya boleh dilakukan ke atas
perkara-perkara berikut:

i. Bahan-bahan Muzik Muzik mempunyai berbagai-bagai gaya mengikut
tempat, zaman dan jenis, maka pendidik perlu menggunakan kebolehannya
membuat improvisasi yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajarannya.
ii. Alat-alat Muzik Pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan
pada glokenspil agar mengurangkan kadar kesalahan urid bermain muzik.
iii. Bentuk-bentuk notasi muzik juga boleh diubahsuai supaya memudahkan
murid mengenali not-not tersebut.
iv. Suasana bilik darjah juga diubahsuai mengikut kesesuaian pengajaran dan
pembelajaran semasa.
v. Seorang pendidik perlu bijak menukar emosi murid kepada keadaan yang
lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran.
vi. Pengalaman sedia murid ada murid perlu digunakan secara maksimum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.Improvisasi yang dijalankan adalah
untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep muzik yang hendak
diajar.

Kaedah Delcroze
b. Pembelajaran harus dimulai dari sesuatu yang konkrit ke sesuatu yang abstrak.
Pendidik boleh menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan
sebagai alat bantu mengajar yang sesuai untuk menerangkan perkara yang akan di
ajar.
c. Penggunaan Suara atau Anggota Badan.
Dalcroze juga memperkenalkan konsep pendengaran dalaman ( Internal Hearing)
di mana murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau
membaca notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik.

Kaedah Dalcroze menegaskan bahawa;
Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterpretasikan
bunyi,
Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik



Tujuan kandungan kurikulum;
Memperkembangkan kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta,
berimaginasi, berhubung, mengingat, membaca, mempersembahkan dan
menginterpretasikan muzik
Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot
dikembangkan secara serentak.

EURYTHMICS
(gerakan harmoni tarian & muzik)

Menggunakan pergerakan kinetik untuk membina kemahiran dalam muzik
Kaedah ini merupakan kaedah yang efektif bagi mewujudkan suasana & pengalaman
pembelajaran yang bermakna.

SOLFEGE (solfa)
Kemahiran mendengar, berfikir & beritma
Solfa Dalcroze sangat unik apabila digabungkan dengan eurythmics, ia
menggabungjalinkan pendengaran, kemahiran berfikir & pembinaan kemahiran ritma
melalui eurythmics; menggunakan suara untuk belajar hubungan pic.






Kepentingan pengalaman peribadi dalam pembelajaran
Pergerakan tubuh badan sebagai asas kepekaan terhadap rentak
Kepentingan hubungan antara masa, ruang dan tenaga dan antara muzik dan
pergerakan
Minda dan tubuh hendaklah sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmoni

CIRI KEMAHIRAN ASAS PERGERAKAN & NYANYIAN
Pendengaran dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai melalui
pergerakan dan bunyi
Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan
yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan
menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan.






Guru perlu beranggapan bahawa kanak-kanak mungkin mempunyai sedikit
pengetahuan formal. Minda yang lebih sensitif(mudah menerima sesuatu
pembelajaran yang baru)
Kanak-kanak perlu dibimbing untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Daripada
bimbingan ini, kanak-kanak akan mudah untuk mengingati sesuatu (kenangan)
Penekanan Dalam Kedah Delcroze
Aplikasi Pendekatan Delcroze Dalam
P&P Muzik Di Dalam Bilik Darjah
Murid tidak harus disalahkan sekiranya berlaku kekeliruan semasa proses
pengajaran.Ianya disebabkan oleh guru itu sendiri yang tidak menggunakan cara yang
betul ketika menerangkan sesuatu perkara.
Sekiranya murid dapat mempelajari sesuatu pergerakan, mereka akan merasa
gembira. Mereka tidak akan berasa jemu untuk belajar.
Delcroze berpendapat lebih banyak masa patut digunakan oleh murid untuk
melakukan aktiviti. Guru seharusnya mengelakkan diri daripada banyak bercakap atau
memberi arahan.

RANCANGAN PENGAJARAN DELCROZE

Dalam membuat sesuatu rancangan pengajaran dan pembelajaran, seorang pendidik
muzik harus memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
i. Murid dangat sensitive dan artistic. Mereka dapat belajar tentang apa sahaja yang
mereka mahukan.
ii. Apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi menolong murid-murid
mengingati sesuatu pembelajaran?
iii. Gunakan pendekatan-pendekatan yang berbeza, bersesuaian dan berkesan untuk
menerangkan sesuatu kepada murid jika mereka keliru.
iv. Jika murid dapat mencapai sesuatu tahap pembelajaran, ia akan cuba mencapai
satu lagi peringkat pembelajaran.

PERANAN GURU DALA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Langkah-langkah pengajaran perlulah mengikut urutan yang betul.
Menggalakkan semua murid bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh seorang murid lain (jika ada).
Mengulangi pergerakan yang telah dipelajari sebelum ini
Peka terhadap tanda tekanan dan keletihan yang ditunjukkan oleh murid
Guru hendaklah memastikan pergerakan yang diajar sesuai dengan bahagian tubuh
berdasarkan tempo, irama dan jenis gerakan
Murid perlu berlatih dengan menggunakan pelbagai kemahiran dalam sesuatu
persembahan
Menggunakan tempo / irama yang sesuai dengan pergerakan .

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAPAT MEMBANTU MURID;

Menggunakan semua deria semasa belajar
- kelima-lima deria dapat digunakan semasa melakukan pergerakan (mata=melihat,
telinga=mendengar alunan muzik)
Meneroka gerakan tubuh badan mereka
- mengawal pergerakan tangan untuk menepuk dan kaki untuk menghentak
Menggunakan imaginasi dalam kreativiti
- membuat pergerakan ombak
Menjadi peka kepada ruang sekeliling mereka
- menggunakan ruang semaksima yang mungkin.
Lebih fleksibel dalam membina koordinasi keupayaan motor
- pergerakan yang seiring (gerakan tangan dan kaki yang serentak mengikut irama)
Meluahkan perasaan melalui gerakan tubuh dan bunyi
- muzik perlahan untuk perasaan yang sedih dan sebaliknya
Menggunakan minda bagi mengawal tubuh
- ikut arahan guru bagi mengelakkan kecederaan
Membina kemahiran seperti yang diarahkan
- imitation (tiru apa yang dibuat)
Membina kemahiran berfikir
- murid-murid boleh menyumbangkan idea
















Mata Pelajaran : Dunia Muzik
Kelas : 1 Bestari
Masa : 9.00 9.30 pagi ( 30 minit )
Tajuk/Tema : Pergerakan Mengikut Lirik ( Lagu Aksi )
Standard Kandungan : Pengalaman Muzikal
Standard Pembelajaran :
1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vocal a,e,i,o,u yang betul.
1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyanyi dengan sebutan yang betul.
2. Menyanyi sambil bergerak mengikut lirik lagu.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid menyebut lirik Mari Bergerak dengan jelas mengikut irama lagu.
2. Membuat pergerakan berdasarkan lirik lagu.
Contoh : Tepuk tangan, petik jari, goyang pinggul, pusing kanan, pusing kiri.
3. Menyanyi sambil membuat aksi mengikut lirik.

Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) : Kreativiti
Bahan Bantu Belajar :
CD 1 Track 01 dan 02 ( Mari Bergerak )
Radio
Lirik Lagu ( Papan gulung )

Penilaian pengajaran dan pembejalaran :
Menyanyi dan membuat pergerakan mengikut lirik dan mud lagu.



Rancangan Pengajaran Harian Muzik
( Aktiviti Muzikal )

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Set Induksi
( 5 minit )

Gerakan
senaman
ringkas


1. Sebelum memulakan
pengajaran&pembelajaran
guru meminta murid
melakukan senaman ringkas
seperti yang di tunjukkan
oleh guru.
2. Guru menerangkan kita perlu
bersenam dan bergerak untuk
menyihatkan badan. Kita
juga boleh bersenam melalui
nyanyian dan pergerakan.
Guru mengaitkan dengan
tajuk pelajaran hari ini
Mari Bergerak



Langkah 1
( 6 minit )

Lirik & Lagu
Mari Bergerak
Lirik lagu Mari
Bergerak
Tepuk tangan, petik jari
Goyang pinggul dan
pusing kiri
Cari kawan, hulur tangan
Beri salam dan pusing
kanan
Ke depan ke belakang
Pimpin tangan dan
pusing kawan
Ke depan ke belakang
Pimpin tangan dan
pusing kawan



1. Murid mendengar lagu
Mari Bergerak sambil
meneliti lirik lagu yang
berada di hadapan kelas.
2. Murid menyebut lirik lagu
dengan sebutan yang betul
dengan bimbingan guru
3. Murid menyanyi baris demi
baris lagu Mari Bergerak
tanpa iringan muzik.


Bahan Bantu :
Lirik
Lagu
(papan
gulung)
CD 1
track 01
& 02
Radio

Langkah 2
( 4 minit )

Menyanyi dengan
iringan Muzik dengan
lirik dan sebutan yang
betul

1. Murid menyanyi dengan iringan
muzik lagu Mari Bergerak
beramai-ramai sambil bertepuk
tangan.


Bahan Bantu :
Lirik
CD
Radio

Langkah 3
( 10 Minit )

Menyanyi sambil
membuat pergerakan
mengikut lirik lagu
Mari Bergerak

1. Guru meminta murid
membuat pergerakan seperti
yang terdapat pada lirik lagu
Mari Bergerak.
2. Guru menunjukkan beberapa
kad gambar yang
menunjukkan pergerakan
seperti( tepuk tangan, petik
jari, pinggul, bersalaman )
kemudian murid melakukan
pergerakan mengikut kad
gambar yang ditunjukkan
oleh guru. Guru
menayangkan kad gambar
bermula dari keadaan lambat
ke laju.
3. Guru meminta murid
mencari pasangan masing-
masing.Murid menyanyi
sambil melakukan
pergerakan dengan iringan
muzik bersama pasangan
masing-masing.( Murid cuba
menghafal lagu melalui
pergerakan yang dibuat)


Bahan Bantu:
Lirik
Kad
Gambar
Radio
CD

Penutup
( 5 Minit )

Menyanyi sambil
melakukan gerakan




1. Guru membahagikan murid
kepada 2 barisan.
2. Guru meminta kedua-dua
barisan menghadap antara
satu sama lain dan pastikan
mereka berpasangan.
3. Murid menyanyi sambil
melakukan pergerakan.
Bahan Bantu:
Radio
CD

























Sebelum Pengajaran & Pembelajaran :
Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Muzik Th. 2.
Merancang Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan kajian yang dibuat;
Latar belakang murid ( sikap, kesediaan belajar, tahap pencapaian )
- Kebanyakkan murid di kelas ini adalah murid yang aktif dan gemar menyanyi dan
menari. Tahap pencapaian sederhana.
Ruang belajar ( kelas atau bilik serbaguna ) Oleh kerana kemahiran yang akan diajar
melibatkan pergerakan dan memerlukan ruang yang sesuai saya telah memilih bilik
serbaguna yang luas, selamat dan sesuai.
Peralatan Peralatan yang diperlukan adalah radio, CD dan papan gulung. Semua
peralatan tersebut terdapat disekolah dan boleh digunakan di bilik serbaguna.

Semasa Pengajaran & Pembelajaran :
Set Induksi Murid memberi respon yang baik.
Langkah 1 Semua murid mendengar lagu dan menyebut lirik lagu Mari Bergerak
Langkah 2 &3 Murid menunjukkan tindak balas yang baik dan memberansangkan.
Mereka amat menyukai aktiviti menyanyi sambil melakukan pergerakan.
Penutup Murid dapat menguasai kemahiran dan melakukannya dengan gembira bersama
rakan-rakan.



Refleksi

Selepas Pengajaran & Pembelajaran :

Kekuatan :
Aktiviti yang dirancang sesuai dengan tahap pencapaian murid.
Murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti yang dirancang mengikut masa yang ditetapkan.


Kelemahan :
Terdapat murid yang malu untuk melakukan pergerakan.
Bahan bantu kurang menarik.


Tindakan susulan/penambahbaikan :
Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh melibatkan
semua murid dan sesuai dengan murid pemalu. Aktiviti tersebut adalah satu aktiviti
yang boleh menimbulkan keyakinan pada urid yang pemalu agar dapat melakukan
sesuatu dengan yakin dan berjaya.
Aktiviti pertandingan membuat persembahan juga dapat memberikan motivasi
kepada murid agar mengikuti pembelajaran dengan bersungguh-sungguh.
Di masa akan datang, guru boleh menggunakan bahan bantu pembelajaran yang lebih
menarik seperti tayangan video/ LCD/ Komputer Riba/internet. Guru juga boleh
menggunakan bahan berbantukan komputer yang mempunyai perisian yang sesuai
dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan.




































Justifikasi Langkah Aktiviti
Set Induksi
Gerakan Senaman Ringkas Saya memilih aktiviti ini kerana ia berkaitan dengan pelajaran
iaitu Mari Bergerak. Menurut Delcroze dalam program pergerakannya, guru hendaklah
memastikan murid-murid mempunyai Body awareness ataupun kesedaran tubuh badan dan
juga Motion iaitu lokomotor/bukan lokomotor. Dengan gerakan senaman ringkas ini dapat
memberi kesediaan dan kesedaran tubuh badan murid serta lokomotor mereka untuk
melakukan aktiviti seterusnya.
Langkah 1
1. Murid mendengar lagu Mari Bergerak sambil meneliti lirik lagu
Sememangnya kita harus mendengar terlebih dahulu lagu yang ingin kita pelajari. Murid akan
mendengar irama dan melodi lagu yang diperdengarkan. Dalam pendidikan muzik, antara
penyampaian konsep muzik dalam aktiviti muzikal adalah melalui kegiatan meneroka dan
mengenal muzik nyanyian. Murid diberi peluang untuk mendengar dan menilai lagu dan
nyanyian dari aspek lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan.

2. Murid menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru
Murid yang saya adalah murid tahun 2 yang masih memerlukan bimbingan membaca dan
menyebut lirik dengan betul. Cara ini digunakan untuk memudahkan murid menyanyikan
lagu yang mereka pelajari.































3. Murid menyanyi baris demi baris lagu Mari Bergerak tanpa iringan muzik
Menyanyi tanpa iringan muzik terlebih dahulu akan membantu murid menyebut lirik lagu
dengan betul sambil menyanyi. Dalam kaedah Kodaly alat muzik tidak perlu digunakan,
sebaiknya jika sesebuah lagu diperkenalkan mereka harus nyanyikan dahulu lagu tersebut
tanpa iringan muzik/kibod.Menurutnya lagi suara adalah alat muzik semula jadi yang
paling berkesan.



Langkah 2
Murid menyanyikan lagu Mari Bergerak dengan iringan muzik sambil bertepuk tangan
Seperti yang telah diterangkan kaedah Kodaly,kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat
untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih,seronok dan sebagainya. Cara yang baik
bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal adalah melalui
kegiatan nyanyian.Nyanyian merupakan kegiatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran
muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.
Manakala menurut Delcroze, tubuh badan dijadikan sebagai alat yang mampu
mempamerkan interpretasi murid yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan
yang bertindak berpandukan bahan ransangan atau stimuli dalam bentuki bunyi, nyanyian dan
juga muzik bunyi-bunyian. Kerana itulah saya memilih aktiviti menyanyi sambil bertepuk
tangan untuk menimbulkan keseronokan dan respon daripada murid-murid.
Carl Orff pula berpendapat menepuk/bertepuk tangan adalah pergerakan yang paling
mudah dilakukan oleh kanak-kanak dengan cara spontan sebaik sahaja mereka dapat merasai
perkataan yang berirama tersebut.






























Langkah 3
1. Murid membuat pergerakan seperti yang terdapat pada lirik lagu Mari Bergerak

Lirik lagu Mari Bergerak
Tepuk tangan, petik jari
Goyang pinggul dan pusing kiri
Cari kawan, hulur tangan
Beri salam dan pusing kanan
Ke depan ke belakang
Pimpin tangan dan pusing kawan
Ke depan ke belakang
Pimpin tangan dan pusing kawan

Murid lebih mudah memahami atau menghayati lagu sekiranya mereka dapat membuat
pergerakan daripada lirik lagu Mari Bergerak . Aktiviti ini pasti menyeronokkan bagi
murid-murid dan dapat memberi motivasi kepada mereka untuk berada dalam
pembelajaran mereka.
Dalam falsafah Delcroze, kanak-kanak mempunyai emosi. Pembelajaran muzik yang
pertama adalah berkaitan bagaimana hendak menukarkan emosi muzik kepada bentuk-
bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik. Seterusnya bahagian-
bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan emosi kanak-kanak.
Pada usia kanak-kanak sebegini, nyanyian dan pergerakan akan menimbulkan rasa
seronok dan gembira. Dengan itu mereka lebih mudah menerima dan menguasai
kemahiran yang diberi oleh guru.































2. Murid membuat pergerakkan berpandukan kad gambar yang ditunjukkan oleh guru
Kepelbagaian dalam aktiviti p&p adalah sangat baik dalam membantu perkembangan murid
serta membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Murid bergerak
mengikut ransangan yang diberi iaitu kad gambar.
Dalam kaedah Delcroze terdapat tiga komponen kegiatan, salah satunya ialah Eurhythmics
iaitu pergerakan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan
muzik atau tanpa muzik. Aktiviti pergerakan Eurhythmics ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Bukan Lokomotor : Contohnya ;- menepuk, berpusing, mengayun, bersalam dan
sebagainya.
Lokomotor : Contohnya;- berjalan, meloncat, berputar/berpusing dan sebagainya.
Berdasarkan aktiviti yang saya rancang pergerakan dalam lagu Mari Bergerak ini
mengandungi aktiviti lokomotor dan juga bukan lokomotor.

3. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan dengan iringan muzik bersama pasangan
masing-masing. Murid cuba menghafal lirik tersebut melalui pergerakan yang dibuat
Murid akan melakukan aktiviti berpasangan sambil menyanyi dan bergerak. Aktiviti ini boleh
memupuk nilai murni seperti bertolak-ansur, kasih sayang, hormat-menghormati, bekerjasama
dan sebagainya.
Selain itu, murid lebih mudah menghafal lagu tersebut hanya dengan melakukan pergerakan
berdasarkan lirik.


Penutup
Guru membahagikan murid kepada 2 barisan, kemudian murid berhadapan antara satu
dengan lain secara berpasangan. Murid menyanyi lagu Mari Bergerak sabil
melakukan pergerakan
Aktiviti penutup mestilah rumusan ataupun aktiviti kemahiran yang telah dicapai oleh
murid hari ini. Murid-murid akan lebih gembira dan mengingati aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka. Guru juga dapat melihat dan menilai hasil pembelajaran yang
dirancang melalui langkah penutup.

Anda mungkin juga menyukai