Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA

MAJLIS SEMARAK KASIH


SEMPENA MERAIKAN PERSARAAN
EN. NG KAW
PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN JASAMANI
DAN KESIHATAN
Guru Penjana Modal Insan Gemilang

CUE
Ketibaan Pengarah

ANN
Mengumumkan ketibaan Tn.Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis bersama Yang
Diraikan En. Ng Kaw dan para pensyarah.

Kata alu-aluan pengacara

Sirih berlipat sirih pinang,

majlis

Sirih dari pulau mutiara,


Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara;
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis,

Yang Berusaha,
Dr. Hj. Hamzah bin Hj. Ihsan,
Timbalan Pengarah IPGM, Kampus Perlis,
Yang Diraikan,
En. Ng Kaw,
Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Yang Dihormati,
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, staf-staf
sokongan seterusnya guru-guru pelatih sekalian.

Syukur alhamdulillah,
bersama kita panjatkan ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya
dapat kita berkumpul di dewan ini untuk Majlis Semarak Kasih
sempena meraikan persaraan En. Ng Kaw
pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Bacaan doa

Tetak buluh panjang sepuluh,

Mari jolok sarang penyengat,


Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat;
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Al-fadhil Ustaz ____________________________________
untuk memimpin bacaan doa memohon restu daripada Illahi agar majlis
kita terus diberkati.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.

Nyanyian lagu

Seterusnya,
majlis mempersilakan warga dewan sekalian
untuk menyanyikan lagu:
-

negeri perils dan lagu pendidikan teras kemajuan

Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Ucapan wakil pelajar

Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara


_______________________________ mewakili para pelajar untuk
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

Ucapan Ketua Jabatan

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan

Majlis diteruskan dengan mempersilakan


En. Abu Bakar bin Mohamad Rashid,
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Tayangan slide show

Hadirin sekalian,
Sekarang kita akan menyaksikan tayangan slide show perjalanan En.
Ng Kaw sepanjang beliau bertugas di institut ini. Kita saksikan..

Ucapan Pengarah

Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Tn. Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid,
Pengarah IPGM, Kampus Perlis
untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan En. Ng Kaw

Hadirin warga dewan sekalian,


Seterusnya,
majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Diraikan,
En. Ng Kaw untuk memberikan ucapan sempena majlis persaraan
beliau hari ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan sekalung pengahargaan terima kasih kepada En.
Ng Kaw atas ucapan sebentar tadi.

Penyampaian cenderamata

Sebagai tanda orang berbudi


Sebagai tanda kasih diabadi
Sebagai tanda ilmu diberkati
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Tn. Hj. Md Rusli bin Abd. Rashid, Pengarah IPGM, Kampus Perlis

untuk menyampaikan penghargaan daripada Kementerian Pelajaran


Malaysia seterusnya menyaksikan penyampaian cenderamata kepada
En. Ng Kaw.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Untuk itu, majlis mempersilakan En. Ng Kaw ke pentas untuk menerima
penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dipersilakan
Seterusnya, penyampaian cenderamata.
Dengan ini dipersilakan wakil kelas..(ikut turutan)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Md Rusli bin Abd.
Rashid kerana sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi dan
tahniah kepada En. Ng Kaw.

Hadirin yang diberkati sekalian,


Dengan panyampaian cenderamata itu tadi, maka majlis berakhir di

sini.
Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.
Kepada En. Ng Kaw, selamat bersara.
Tutur kata harus dijaga,
Agar tiada tersinggung rasa,
Andai pincang tuturnya hamba,
Ampun dan maaf yang hamba pinta;

Hari ini menanam jagung,


Hari esok menenam serai,
Serai ditanam di tepi sungai,
Tika ini kita berkampung,
Sebentar lagi kita bersurai,
Panjang umur berjumpa lagi.
Sebelum bersurai hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu

Negaraku.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah
Mengumumkan Pengarah IPGM, Kampus Perlis meninggalkan dewan.

Disediakan oleh,
Roslan bin Ismail
(PPISMP PSV/PJ)

Anda mungkin juga menyukai