Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan

Definisi dan konsep pengurusan tingkah laku


Adakah bidang pengurusan tingkah laku sesuatu yang baru bagi anda? Jika ya, sila teliti maklumat yang
diberikan agar anda mengetahui apa itu tingkah lkaku dan pengurusan tingkah laku, khususnya bagi
murid-murid pemulihan.
Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa;
Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh
dipelajari pada bila-bila masa.
Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah
laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan
sistematik.
Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara
analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu
(Bear, Wolf and Risley, 1968)
Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.
(Kamus Dewan, 1979)
Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik
bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan
tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat
pengubahsuaian tingkah laku diingini.
Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut;
perancangan yang rapi
tentukan individu atau kumpulan
teknik intervensi yang berkesan
penilaian secara objektif
Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid pemulihan sebelum program
pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu;
setiap murid adalah unik
tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid
proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek
kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).
Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana:
i. memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;
ii. kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;
iii. tentukan objektif tingkah laku baru; dan
iv. bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent
dan consequences yang telah dikenal pasti.
Zirpoli &Melloy (1993)
2.1.2 Perspektif sejarah
Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan
oleh kuasa dalaman sepeerti genetik, kandungan kimia dalam badan, dan pengalaman singkat tentang
sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikkian.
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau
persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu
mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Umumnya hasil kajian tingkah laku menunjukan
bahawa:
Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru oleh dipelajari sepanjang
masa.
Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif atau tingkah laku suka merosakkan harta benda boleh di
diubah kepada tingkah laku baru jika individu itu diberi pengajaran.
Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker & Shea (1995) tingkah laku seseorang itu, sama ada
terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
i. Keperluan dan kehendak untuk bertahan (survival) dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra.
ii. Kepercayaan kepada khurafat / tahyul, atau keperluan untuk bertindak balas terhadap sesuatu yang
tidak diketahui.
iii. Kepercayaan kepada sains, atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis, dan menjelaskan sesuatu
yang tidak diketahui.
iv. Perkhidmatan, atau keperluan membantu, membimbing, mengawal, dan mensejahterakan
kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

2.1.3 Model pengurusan tingkah laku
i. Psikodinamik
Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu
sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif
psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat
perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).
ii. Biofizikal
Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hubungan
antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.
iii. Persekitaran
Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab
persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh
menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu berlaku.
iv. Behavioral
Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku
manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingya.
2 Langkah-langkah mengenal pasti
Sebelum anda mengambil langkah-langkah untuk menjalankan program tingkah laku, anda perlu
mengetahui terlebih dahulu jenisijenis tingkah laku dan punca tingkah laku ditunjukkkan.
2.2.1 Jenis-jenis tingkah laku bermasalah
Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah dan
tingkah laku bermasalah negatif.
Tingkah laku bermasalah positif
Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa
kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya
bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
Tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada
dirinya dan juga orang lain.
Beberap contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:
i. disruptif
Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini
juga berlaku di lauar kelas dan juga di rumah.
ii. Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya
membuat keputusan sendiri.
iii. Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun
dan sebagainya.
iv. Distuktif
Perlakiuan ynag suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster
atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.
v. Kebimbangan
Perasaan kuranhg senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidakmenggembirakan yang dialami oleh seseorang
.vi. Pengasingan diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yangh kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan
sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.
vii. Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan
membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.
viii. Enggan ke sekolah
Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang
untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.
ix. Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan
menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

2.2.2 Punca salah laku
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu
memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan
dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak
bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.
i. persekitaran
ii. tekanan psikologikal
iii. ketakutan dan fobia
iv. peneguhan yang kurang sesuai
v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. kesukaran tugasan
vii. aktiviti dan tahap rangsangan
viii. kesihatan dan perubatan
ix. jangkaan tingkah laku
Faktor persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan
lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami
kecacatan teruk, autisme, dll.
Tekanan psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya
akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan
tingkah laku itu diganggu atau dihalang.
Ketakutan dan fobia
Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasukjuga takut tehadap sesuatu
yang berbahaya seperti ular atau ketinggian tetapi melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut.
Ketakutan ini akan menyebabkan bahaya seperti berlari melintasi jalan raya kerana takutkan anjing.
Peneguhan yang kurang sesuai
Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita
secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk.
Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan
beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat
kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.
Kemahiran komunikasi dan sosial yangt terhad
Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan
kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi denan baik.
Kesukaran tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan.
Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.
Aktiviti dan tahap rangsangan
Kekurangan aktiiviti yang membina akan menyebabkan berlakuknya masalah tingkah laku. Sebagai
contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar
murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.
Kesihatan dan perubatan
Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh
menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kuranbg sesuai.
Jangkaan tingkah laku
Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkahb laku kanak-kanak-kanak dan
mmebiarkannya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang
sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak
tersebut dan tidakmboleh diubah lagi (the way he/she is).
2.2.3 Kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran
Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas, antaranya adalah:
i. murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru
ii. mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran
iii. sukar memahami pengajaran guru
iv. gagal menyiapkan tugasan yang diberi
v. enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan

Prinsip-prinsip asas mengurus tingkah laku
Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam
bidang tersebut. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis
pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.
2.3.1 prinsip peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Dalam
membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.
Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yg dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau
kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakiuan pada masa akan datang. Peneguh
yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.
Jenis-jenis peneguh :
i. tangible - makanan /minuman (edible)
- barangan seperti mainan dan permainan (non- edible)
ii. sensory - sentuhan (tactile), penggetar (vibratory) , wangian (olfactory), visual, auditory
iii. sosial - pujian, senyum, beri perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan
iv. aktiviti - lawatan, ambil bahagian, mewarna, menonton televisyen, dll
Jadual peneguhan
Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut adual berikut:
i. Contigent diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan untuk
mengekalkan tingkah laku tersebut
ii. Continuous diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan.
Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk/melatih perlakuan baru
iii. Intermitten diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku.
iv. Penjadualan nisbah (ratio schedules)
a. Fixed ratio - penjadualan tetap nisbah perlakuan (bilangan)
b. Variable ratio bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa)
c. Fixed interval penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 min)
d. Variable interval penentuan jangka masa yang tidak tetap (9,4,9,15,13 min)
2.3.2 Jenis-jenis pemerhatian
2.3.3 Prinsip pengurusan tingkah laku
Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah
laku berikut:
semua tingkah laku dipelajari
semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus
tingkah laku boleh diajar dan diubah
matlamat perlu jelas dan khusus
program perlu secara individu
program perlu fokus masa kini (semasa)
program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak
Langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku
Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.
2.4. 1 Memilih tingkah laku sasaran
Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses
perubahan.
Panduan memilih tingkah laku sasaran:
i. Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa.
Masalah yang membahayakan diri dan orang lain
Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lain
Masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain
Masalah yang tidak sesuai dengan umurnya
Masalah yang terlalu kerap berlaku
Masalah yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu
Masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya
(Zirpoli & Mellow, 2001)
ii. Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan:
Jenis tingkah laku
Kekerapan berlaku
Jangka masa berlaku
Tahap keterukan
Jumlah keseluruhan tingkah laku
iii. Pertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada meningkat atau mengurang.
iv. Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian.
v. Pastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.
vi. Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.
2.4.2 Mengumpul dan merekod data
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang
tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai baseline data.
Tujuan mengumpul data:
i. Mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam sehari.
ii. Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.
iii. Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak / bentuk tertentu.
iv. Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.
Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-
teknik berikut:
Rekod naratif
Rekod anekdot
Rekod naratif Berterusan
Rekod kejadian (Event recording)
Rekod kekerapan
Rekod jangka masa (Duration)
Rekod had masa (Interval)
Rekod sampel masa
2.4.3 Melaksana intervensi
Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru
dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu
tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberil perhatian dahulu, iaitu:
i. Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
ii. Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?
iii. Bila tingkah laku itu berlaku?
iv. Kekerapan tingkah laku itu berlaku.
v. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?
vi. Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?
Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah laku
itu itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Progam
intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah
laku yang dibincangkan dalam tajuk berikutnya.
Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa, iaitu:
i. Fasa pra intervensi
ii. Fasa intervensi
iii. Fasa selepas intervensi
Fasa pra intervensi
Dikenali sebagai baseline period, iaitu guru akanmengumpul semua maklumat tentang tingkah laku
murid melalui pemerhatian tanpa sebarang inbtervensi . Rekod baseline data ini akan djadikan
perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.
Fasa intervensi
Setelah guru berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh
memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah
laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam
geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekiurangh-kurangnya selama
dua minggu.
Fasa selepas intervensi
Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam
tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan ke dalam
bahagian geraf fasa selepas intervensi.
2.4.4 Menilai keberkesanan intervensi
Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline
data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan
baseline data yang kedua. Gambaran rekod penilaian intervensi adalah seperti berikut.


(Fasa pra intervensi) (Fasa intervensi ) (Fasa selepas Intervensi)

Baseline data 2 merupakan pemerhatian susulan selepas program intervensi dilaksanakan. Sekiranya
tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan
intervensi susulan setetrusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang
lain.
Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku
2.5.1 Meningkatkan
Tingkah Laku
Peneguhan positif
Peneguhan negatif
Pembentukan (shaping)
Kontrak
Ekonomi token
Modeling
Rantaian (chaining)
Pengaburan/pelunturan (fading)
2.5.2 Mengurangkan
Tingkah Laku
Penghapusan (extinction)
time-out
Kejemuan (satiation)
Hukuman/dendaan
disensitisasi
overcorrection
Response cost

2.5.3 Strategi pengurusan
tingkah laku mengikut
model
biofizikal
psikodinamik
behavioral
persekitara2.6.0 Pengenalan


Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku kita mestilah sentiasa ingat bahawa tindakan
yang diambil tidak melanggar etika dan hak asasi kanak-kanak.

2.6.1 Hak asasi kanak-kanak
Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai panduan:
i. Normalisasi
ii. Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran
mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan perhatian:
Persekitaran sebenar kanak-kanak.
Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat.
Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan, dan ketidak
upayaan.
ii. Keadilan
Prinsip keadilan berlandaskan due process yang mengkehendaki setiap tindakan memfokuskan kepada
kebajikan kanak-kanak. Contoh tindakan yang tidak adil:
Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik.
Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha membantu.
Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.
iii. Penghormatan
Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia dan bukan
seperti haiwan atau hanya statistik. Contoh tindakan yang salah:
Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi)
Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi gelaran)
Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang untuk berjaya)
Pemisahan (salah penempatan di kelas khas)
Pengasingan (penggunaan timeout secara tidak konsisten dan lama
Pengubatan (salah guna ubat kawalan)
Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik)
2.6.2 Penglibatan ibu bapa
i. reaksi ibu bapa
redha dan bersyukur
keliru akibatnya timbul berbagai reaksi
- salah diri
- tidak gembira / murung
- rasa bersalah
- penafian
- menyalahkan orang lain
- menarik diri
- mengelak diri
- pemarah dan memencilkan diri
- bermusuhan
- terlalu mengharap
- kecewa
tidak dapat terima sama sekali.
ii. keperluan latihan
Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka, oleh itu mereka perlu
diberi pendedahan berikut:
cara menguruskan anak yang bermasalah / kurang upaya.
penerangan pakar perub atan / psikologi / kaunseling dsb.
perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya.
peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan, pendidikan / latihan dsb.
iii. hubungan rumah dengan sekolah
Para pelaksana perlulah berusaha menarik Ibu bapa untuk melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang
dijalankan agar mereka faham dan dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti
yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu konsep.
Normalisasi
Terma falsafah yang bermaksud memberi hak dan peluang kepada mereka yang berkeperluan khas
untuk menikmati peluang pendidikan dan kehidupan sesempurna mungkin.
Due process
Terma perundangan yang bermaksud hak untuk didengari sama ada daripada mereka yang
berkeperluan khas sendiri, kaum keluarga mereka dan juga orang yang diperturunkan kuasa.

Kredit to : Modul Pengurusan Tingkah Laku KPLI SR Pendidikan Pemulihan (BPG 2007)