Anda di halaman 1dari 1

Kegunaan air kepada manusia

Setiap kehidupan memerlukan air. Tanpa air semua


kehidupan termasuklah manusia tidak boleh hidup. Oleh itu, anugerah
Allah ini banyak kegunaannya kepada manusia.
Antaranya, air merupakan sumber minuman kepada manusia. Kita harus
minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Kesannya, badan kita yang
letih akan menjadi cergas semula.
Selain itu, air digunakan sebagai kegunaan seharian kepada kita.
Contohnya, kita menggunakan air untuk mandi dua kali sehari.
Implikasinya, badan kita akan sentiasa bersih dan segar.
Seterusnya, kegunaan air kepada manusia adalah untuk kita
membersihkan makanan. Umpamanya, kita menggunakan air untuk
membersihkan sayur-sayuran dan buah-buhan yang dibeli di pasar.
Apabila makanan kita bersih, kita akan terhindar daripada makan makanan yang
berkuman.
Akhirnya, air boleh kita gunakan untuk menyiram tanaman di halaman
rumah. Misalnya, kita menggunakan air untuk menjirus pokok bunga pada
waktu petang. Pokok-pokok bunga yang hidup subur akan mengindahkan
halaman rumah kita.
Begitulah kegunaan air kepada manusia. Namun begitu, janganlah kita
suka membazir semasa menggunakan air.

Anda mungkin juga menyukai