Anda di halaman 1dari 8

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA:

BAGAIMANA MENGHADAPI DAN MENGATASINYA


Pernah mengalami tindakan gangguan seksual (Sexual Harassment), contohnya
tiba-tiba rakan sepejabat kita meletakkan tangannya dibahu kita yang
mengakibatkan perasaan tidak selesa. Atau rakan kita menceritakan jenaka lucah,
dengan bermaksud untuk sekadar bergurau tetapi kita merasa terganggu atas
jenakanya. Contoh itu tadi boleh disebut sebagai gangguan seksual.
Banyak dari kita mengalami kejadian seperti contoh di atas tetapi mungkin situasi
tersebut dianggap sebagai suatu yang normal terjadi atau bahkan kita tidak
mengetahui bahawa kita telah menjadi mangsa gangguan seksual.
Sehingga hari ini, negara kita tidak mempunyai kod undang-undang yang berkuat
kuasa membabitkan gangguan seksual secara khusus. Apa yang ada hanyalah Kod
Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang
dilancarkan pada 1999 atau disebut sebagai Kod Amalan. Kod Amalan ini bertujuan
memberi garis panduan kepada majikan mengenai penubuhan mekanisme dalaman
pada peringkat organisasi bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual di
tempat kerja.
Apa Itu Gangguan Seksual?
Menurut Abd Rahim Abd Rashid dalam bukunya Gangguan Seksual, Gangguan
Seksual adalah perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan
seksual adalah suatu keadaan yang tidak boleh diterima, baik secara lisan,
fizikal atau isyarat seksual, pernyataan yang bersifat menghina secara tegas,
atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang
mengganggu pekerja lain, menyebabkan pekerja tersebut merasa terancam, dihina,
dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah atau melemahkan situasi suasana
kerjanya atau memberi ancaman atau intimidasi di persekitaran tempat dia bekerja.
Kategori Gangguan Seksual
1. Ugutan (sexual coercion)
Memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang.
Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa
menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi
layanan seksual kepadanya. J ika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada
kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan
pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan
menolaknya, faedah itu akan dinafikan.
2. Ancaman kepada ketenteraman peribadi (sexual annoyance)
Tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan
atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan
faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan
suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk
terus bekerja. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di
bawah kategori ini. Begitujuga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap
pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.
Adalah penting ditekankan bahawa gangguan seksual bermakna tingkahlaku
seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa. Ianya juga satu
kelakuan seksual yang dilakukan ke atas penerima tanpa diminta atau dibalas balik
oleh penerima.
Bentuk-Bentuk Gangguan Seksual
Antara bentuk gangguan seksual menurut Kod Amalan dibahagikan kepada lima
jenis, iaitu:
1. Gangguan Secara Lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan
yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau
keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara
menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan
perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.
3. Gangguan Visual:
contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis
surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak
sepatutnya didedah.
4. Gangguan Psikologi:
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk
rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.
5. Gangguan Fizikal:
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap,
menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.
Mengapa Mangsa Gangguan Seksual Adalah Wanita?
Gangguan seksual boleh berlaku kepada siapa sahaja tanpa mengira jantina.
Namun, gangguan seksual terhadap wanita adalah lumrah dan telah tercatat sejak
pertama kali wanita memasuki pasaran tenaga kerja (Sumber dari Sexual
Shakedown: the Sexual Harassment of Women on the job, Lin Farley (1978)) . Ini
bermakna bahawa gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja bukanlah
suatu persoalan yang baru, tetapi sudah setua umur sejarah wanita memasuki dunia
kerja iaitu sejak kapitalisme berkembang. Farley mengatakan bahawa gangguan
seksual merupakan kaedah baru yang dikembangkan oleh kapitalisme dalam
mengawal tenaga kerja wanita.
Data mengatakan bahawa sebahagian besar mangsa gangguan seksual adalah
wanita, seperti yang sering diungkapkan iaitu, men have power over women in
society. Oleh kerana kuasa sosial yang dipraktikkan telah menempatkan status
lelaki lebih tinggi (berkuasa) dari wanita, maka lelaki (termasuk rakan sekerja lelaki
kita) menyalah gunakan kekuasaannya untuk mendapatkan manfaat keuntungan
seksual terhadap wanita.
Ada 3 teori dalam menganalisa Gangguan seksual seperti yang dikatakan oleh
Sandra S. Tangri, Martha R. Burt and Leanor B. J ohnson:
Teori Biologi. Perilaku gangguan seksual merupakan suatu ekspresi dari
tindakan hormon-hormon seksual lelaki dan wanita, di mana lelaki dipandang
memiliki dorongan seksual yang lebih kuat sehingga seringkali lelaki
mengeksploitasi wanita secara seksual, walaupun di tempat kerja.
Teori Sosiobudaya. Mengandaikan bahawa lelaki dan wanita secara
sosiobudaya dibangunkan oleh suatu sistem yang menempatkan mereka
sebagai dua pihak yang tidak setara.
Teori Organisasi. Teori ini diambil dari andaian bahawa dengan adanya
perbezaan struktur dalam dunia kerja (ada atasan dan bawahan), maka ada
peluang bagi mereka yang punya kedudukan atau hierarki lebih tinggi untuk
memperlakukan mereka yang menjadi bawahannya secara sewenang-
wenang.
Sering rakan sekerja dan pekerja atasan (lelaki) memberikan pernyataan bahawa
ketertarikan seksual adalah perkara yang alamiah dan dialami oleh manusia, TAPI
ingat tindakan seksual yang tidak boleh diterima dan dikehendaki adalah yang
disebut dengan Gangguan seksual.

Kesan Gangguan Seksual

Kerjaya. Mangsa cenderung untuk mengasingkan diri, mengelakkan diri
untuk hadir ke pejabat, mengalami penurunan tahap kepuasan atau prestasi
kerja, kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat dan mengubah
matlamat kerjaya.

Fisiologi. Dari aspek implikasi fisiologi, mangsa mungkin mempamerkan
gejala-gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera
makan atau mempunyai berat badan yang sering berubah.

Malu. Kesan sosial yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa ingin
mengasingkan diri dari pergaulan. Perasaan ini timbul akibat rasa rendah diri
kerana menjadi mangsa gangguan seksual, sehingga merasa tidak berharga
dan tidak layak untuk bergaul bersama rakan-rakan sepejabatnya.

Ketakutan dan Kecurigaan. Perasaan ketakutan merupakan kesan emosi
yang sering dialami mangsa. Ketakutan ini muncul dalam bentuk takut kepada
orang tertentu, bentuk tubuh tertentu, dan tempat tertentu. Selain itu, mangsa
gangguan seksual sering menjadi paranoid kepada orang tertentu, orang
asing yang tidak dikenalnya, serta tempat asing yang belum pernah
dikunjunginya.


Trauma. Kesan mental pula adalah mangsa gangguan seksual mengalami
trauma kerana pernah mengalami peristiwa yang sangat menyakitkan,
menyedihkan, dan berat. J usteru itu, mangsa sukar melupakan peristiwa
tersebut dan dapat mengganggu ketenangan, penumpuan, dan kestabilan
mentalnya sehingga dapat mengganggu aktiviti sehariannya.

Penolakan Masyarakat. Kesan lain yang sangat serius adalah diasingkan
atau dikucilkan masyarakat. Bagi tidak menimbulkan kesan yang berat bagi
mangsa, keluarga mangsa atau mungkin organisasi di mana mangsa bekerja,
maka tindakan yang diperlukan adalah merahsiakan hal yang dialami oleh
mangsa dari pengetahuan umum.


Mangsa Biasanya Enggan Melapor Masalah Gangguan Seksual kerana:
(seperti yang disebutkan di atas) perasaan malu, ketakutan, kecurigaan,
trauma dan penolakan masyarakat
takut terdedah kepada publisiti
implikasi kewangan
tiada prosedur aduan
tidak yakin kepada prosedur sedia ada
takut akan tindak-balas.

Beberapa Petua Untuk Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat
Kerja

1. Bekerja secara professional, kita perlu dapat membezakan mana hal-hal yang
bersifat pribadi dan umum serta apa yang boleh dilakukan atau tidak boleh
dilakukan di tempat kerja. Dalam kata lain, kita perlu mengetahui apa yang
dimaksud dengan Gangguan Seksual serta menyebarkan maklumat tentang
Gangguan Seksual.

2. Mengelak Stay-Back, bekerja sendirian selepas waktu kerja sehingga malam
hari. Sekiranya terpaksa, pastikan kehadiran kita diketahui oleh orang lain.
Pastikan ada rakan sekerja yang dipercayai apabila ada keperluan bekerja
selepas waktu pejabat.

3. Berpakaian yang sopan sesuai dengan suasana tempat kita bekerja. Kita
perlu dapat membezakan antara pakaian menjolok mata dengan yang
menyejukkan mata. Berpakaianlah secara konservatif sekiranya kita memang
serius dalam bekerja.

4. Berperilaku dan berbicara sopan ketika berkomunikasi dengan rakan sekerja,
bukan bererti kita tidak boleh bergurau dengan rakan sekerja atau perlu
terlalu serius.

5. Bersikap ramah dan bersahabat. Kadangkala terlalu ramah boleh
disalahertikan oleh pihak lain. Di samping itu, keramahan bukan bermakna
kita bertutur dengan cara menggoda dan kita perlu menghindari gaya bicara
manja dan genit.

6. J ika kita mengetahui ada rakan sekerja yang cenderung ke arah melakukan
gangguan seksual baik dari gaya percakapannya mahupun secara
tingkahlakunya; maka adalah lebih baik berkomunikasi dengannya hanya
untuk tujuan pekerjaan sahaja.

7. Menghindari berdua-duaan dengan rakan lelaki di tempat yang sepi. Bukan
sahaja kita dapat menghindari gosip yang sering kali berlaku di tempat kerja,
malah dapat menghindari terjadinya gangguan seksual di tempat kerja.

8. J ika kita merasa ada gurau-senda atau jenaka yang sudah menjurus ke arah
negative/lucah, adalah perlu kita menyatakan ketidaksukaan kita terhadap
jenaka tersebut.

9. J ika kita merasa ada rakan sekerja yang melakukan gangguan seksual di
tempat kerja, kita perlu melaporkan kelakuannya kepada pihak atasan kita
ataupun ke Pengurus Sumber Manusia. Sekiranya gangguan ini terkena
kepada rakan sekerja kita yang lain, kita perlu bersedia bertindak sebagai
saksi dan membantu mangsa.

10. Mengundurkan diri dari organisasi tempat kita bekerja, adalah pilihan terakhir,
jika dalam keadaan sangat terpaksa dan mendesak.

Peringatan! J ika anda menjadi mangsa Gangguan Seksual, Anda jangan berdiam
diri. Fikirkanlah langkah-langkah yang boleh anda ambil. Selalu tanamkan dalam diri
anda bahawa gangguan yang terjadi sama sekali bukan kesalahan anda.

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan adalah:

1. Membuat catatan tentang kejadian gangguan seksual yang anda alami. Catat
dengan teliti identiti pelaku, tempat kejadian, waktu, saksi, bahan bukti seperti
sms yang ditujukan kepada anda oleh pelaku serta perincian ucapan-ucapan
pelaku.
2. Beritahu pada orang lain tentang gangguan seksual yang anda alami.
Ceritakan kepada rakan, atasan, atau siapa saja yang anda percayai dan
mahu mengerti perasaan anda.
3. Memberi pelajaran kepada pelaku. Apabila anda sanggup melakukannya
katakan kepada pelaku bahawa tindakannya tidak dapat anda terima. Anda
dapat melakukannya dengan ucapan verbal dengan kata-kata, melalui telefon
atau surat. Ajak seorang rakan untuk menjadi saksi.
4. Melaporkan gangguan seksual tersebut, kerana gangguan seksual
melanggari undang-undang. Laporkan kepada seminima bilangan orang
yang mungkin agar dapat menjaga kepentingan mangsa dan sipelaku.



Tindakan Pihak Majikan dalam Menangani Gangguan Seksual
Sekiranya gangguan seksual di tempat kerja tidak dibendung, maka akan:
memberi kesan buruk kepada perhubungan perindustrian
kesan buruk kepada moral pekerja
mengurangkan produktiviti
meningkatkan cuti sakit dan ponteng kerja
berhenti kerja/meningkatkan kos untuk mengambil dan melatih pekerja baru
mengurangkan wanita bekerja
risiko perbelanjaan tinggi akibat tindakan undang-undang
mewujudkan suasana kerja yang tidak tenteram, mengancam dan tidak
selesa
Organisasi perlu mengambil langkah proaktif untuk mencegah terjadinya gangguan
seksual di tempat kerja dengan memasukkan masalah gangguan seksual ini ke
dalam peraturan organisasi sehingga menjadi peraturan rasmi yang berlaku dan
diketahui oleh semua pekerja.
Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh organisasi adalah:
Membuat Peraturan Tertulis. Organisasi perlu mewartakan Kod Amalan
untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja.
Organisasi hendaknya membuat suatu peraturan tertulis yang berisi
komitmen organisasi untuk tetap menjaga agar tidak terjadi gangguan seksual
di tempat kerja, pengertian tentang apa yang dimaksudkan dengan gangguan
seksual, prosedur pengaduan, dan hukuman yang akan dijatuhkan kepada
para pelaku, bantuan yang boleh diperoleh simangsa dan jaminan bahawa
pengaduan yang dilakukan bersifat rahsia.
Memastikan Semua Pegawai Mengetahui. Peraturan tertulis yang telah
disusun secara lengkap tidak akan efektif jika tidak disampaikan kepada
semua pekerja. Oleh kerana itu, peraturan tersebut perlu dimasukkan ke
dalam peraturan organisasi sehingga setiap individu yang baru bekerja
mengetahui dengan jelas peraturan yang diwartakan. Pastikan bahawa pihak
pengurusan atasan menyampaikan perkara ini kepada para pengarah,
pengurus, penyelia, pekerja di pelbagai peringkat, pelanggan, pembekal atau
siapa saja yang memiliki hubungan dengan organisasi.
Penguatkuasaan Peraturan. Sebaik apapun peraturan yang dibuat jika tidak
dilakukan penguatkuasaan akan jadi sia-sia. Oleh kerana itu, organisasi
(pihak pengurusan / HRD) perlu benar-benar bertindak serius untuk
memastikan bahawa peraturan yang dibuat adalah untuk ditaati (bukan untuk
dilanggar). Keluhan yang disampaikan ataupun aduan adanya gangguan
seksual perlu disiasat dengan segera oleh pegawai yang dilantik atau
kaunselor organisasi.
Ringkasnya, satu mekanisme dalaman bagi pencegahan dan pengendalian
gangguan seksual perlu dipraktikkan. Mekanisme tersebut mestilah:
Cepat dan mudah
Murah
Dapat memelihara kerahsiaan
Memberi keyakinan kepada pekerja
Menggalakkan mangsa membuat laporan
Memudahkan majikan mengambil tindakan.

Cara Mengatasi / Aduan
Cara 1
Dapatkan kepastian jika dipejabat mengguna pakai Tata Amalan Pencegahan dan
Pembanterasan Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan oleh
Kementerian Sumber Manusia pada bulan Ogos 1999.
Tata Amalan ini secara amnya mendefinisikan gangguan seksual dan
mencadangkan mekanisme dalaman ditubuhkan untuk menangani masalah
gangguan seksual ini.
Tata Amalan ini mengkehendaki syarikat-syarikat untuk merumuskan polisi yang
melarang gangguan seksual, menubuhkan mekanisme aduan menangani gangguan
seksual, lengkap dengan peraturan dan hukuman, menyediakan perlindungan dan
langkah-langkah pemulihan kepada mangsa dan mengadakan program pendidikan
dan menjadikan pekerja-pekerja terdidik tentang isu gangguan seksual di tempat
kerja.
Cara 2
Aduan boleh juga dibuat di J abatan Buruh. J abatan ini kemudiannya akan meminta
majikan menyiasat aduan tersebut.
Tetapi, kuasanya hanya setakat meminta suatu siasatan dalaman dijalankan atau
perjumpaan dengan majikan itu. J abatan ini tidak berkuasa untuk memaksa majikan
mengambil apa-apa tindakan.
Namun, adalah menjadi kebiasaan bahawa mangsa-mangsa gangguan seksual
takut untuk membuat aduan kerana bimbang hilang pekerjaan.
J ika diberhentikan kerana membuat aduan, maka kita boleh mengambil tindakan
dengan membuat aduan ke J abatan Perhubungan Perindustrian atas dasar
pemecatan yang tidak adil di bawah Akta Perhubungan Perindustrian 1967, seksyen
20.
Pegawai tersebut boleh disaman di bawah undang-undang sivil atas kesalahan tort
untuk menuntut gantirugi dan injunksi. Injunksi ialah perintah Mahkamah
menghalang pegawai tersebut mendekati sahabat saudari dan jika dia didapati
melanggar perintah Mahkamah itu, dia akan dikenakan tindakan menghina
Mahkamah.
Cara 3
J ika masih ragu-ragu atau mencari-cari kekuatan untuk bertindak, bolehlah
menghubungi persatuan-persatuan wanita seperti AWAM atau WDC yang begitu
aktif dan berpengalaman menangani masalah ini. AWAM boleh dihubungi di 03-
78774221 dan WDC di 03-77846979 / 77844977.

Peranan Dan Penglibatan Kesatuan Sekerja

Gangguan seksual dapat dicegah, ditangani dan dibasmi dengan berkesan
sekiranya terdapat tindakan bersama oleh majikan dan kesatuan sekerja.
Dalam membentuk dan menubuhkan mekanisma dalaman bagi mencegah dan
membasmi gangguan seksual, majikan seharusnya memilih pendekatan secara
rundingan dengan melibatkan kesatuan sekerja. Penyertaan kesatuan sekerja boleh
membawa kepada komitmen yang lebih padu dari golongan pekerja untuk
menerimapakai dan mematuhi mekanisma dalam tersebut.
Kesatuan sekerja mempunyai peranan yang jelas dalam membantu mewujudkan
suasana kerja yang bebas dari gangguan seksual. Kesatuan sekerja juga boleh
memberi sumbangan dalam mencegah gangguan seksual melalui peningkatan
kesedaran dan kepekaan ahli-ahli terhadap isu ini dan dalam memastikan bahawa
tingkah laku ahli-ahlinya tidak menimbulkan masalah gangguan seksual.
Kesatuan sekerja juga patut bekerjasama dengan majikan dalam melaksanakan
program-program promosi dan pendidikan bagi mewujudkan budaya kerja yang
menjamin suasana kerja yang selamat dan sihat, di mana setiap pekerja tanpa
mengira jawatan atau status dihormati maruahnya dan bebas dari sebarang bentuk
gangguan, penghinaan dan ancaman yang berbentuk seksual.

PROTECT YOURSELF FROM SEXUAL HARRASMENT, DON'T WAIT UNTIL IT
HAPPENS BUT DO IT NOW.

Anda mungkin juga menyukai