Anda di halaman 1dari 2

Sejak kebelakangan ini masalah pencemaran sungai semakin meningkat dan menjadi

perbincangan umum. Perkara yang membimbangkan ini melibatkan kebanyakkan


sungai di negara kita. Pencemaran tersebut disebabkan sikap manusia yang tidak
prihatin terhadap kebersihan sungai.
Pencemaran air bergantung pada amalan ambil mudah anggota masyarakat
yang membuang sampah ke dalam sungai. Mereka tidak memikirkan kesan perbuatan
itu terhadap alam sekitar. Oleh sebab itu, bahan buangan seperti perabot lama, tayar
buruk, plastik dan sebagainya dihumban ke dalam sungai dan terapung-apung di atas
permukaan air. Tindakan ini berpunca kepada sikap mementingkan diri sendiri dan
enggan mengubah sikap mereka ke arah lebih baik.
Selain itu, pembuangan sisa toksik yang tidak dirawat oleh kilang-kilang
menyebabkan masalah ini bertambah parah. Pemilik-pemilik kilang mengalirkan bahan
buangan itu ke dalam sungai menerusi saluran yang dibina khusus oleh mereka untuk
menyembunyi perbuatan mereka daripada pihak berkuasa. Tindakan begini
menyebabkan hidupan akuatik mengalami pelbagai penyakit malah, menyebabkan
kematian disebabkan kandungan air yang telah dicemarkan oleh pelbagai bahan-bahan
toksik.
Aktiviti pembalakan juga turut menyumbang kepada masalah pencemaran air
yang berlaku di negara kita terutama pembalakan haram. Buktinya, bahagian yang tidak
diperlukan daripada batang balak seperti dahan dan ranting, dibuang ke dalam sungai.
Selain itu, penebangan pokok menggondolkan kawasan hutan menyebabkan tanah
menjadi polos. Apabila hujan turun tanah tiada pencengkam yang terdiri daripada akar
pokok yang akan mengalirkan air ke sungai menyebabkan sungai semakin tohor dan
berkeladak.
Kesimpulannya, air penting dalam kehidupan manusia serta makhluk ciptaan
Allah yang lain untuk terus hidup. Tetapi, sikap manusia yang rakus mengejar
kemewahan menyebabkan mereka lupa untuk memelihara alam sekitar. Jika perkara ini
tidak ditangani dengan segera kita akan menerima padahnya seperti sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna kerana kita lambat bertindak untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar kita.

Anda mungkin juga menyukai