Anda di halaman 1dari 37

PANDUAN SOLAT SUNAT

CARA NABI S.A.W.



Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain

SOLAT SUNAT RAWATI B

SOLAT SUNAT RAWATIB : SOLAT RAWATIB SUBUH : SOLAT RAWATIB ZUHUR : SOLAT RAWATIB MAGHRIB
SOLAT RAWATIB ISYAK : SOLAT RAWATIB UNTUK SOLAT JUMAAT : SOLAT RAWATIB GHAIRU MUAKKAD


Solat sunat Rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum mahupun
sesudah solat fardu lima waktu. Bagi solat Rawatib sebelum solat fardu ianya dikenali sebagai
solat sunat Qabliyah dan bagi solat Rawatib yang dikerjakan sesudah solat fardu ianya dikenali
sebagai solat Badiyah.

Fungsi Solat Qabliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui
aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu
tidak mampu untuk khusyuk ketika mendirikan solat fardu. Oleh itu solat Qabliyah berfungsi
untuk mententeramkan jiwa serta memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia
bagi menyempurnakan solat fardu.

Solat Badiyah pula bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang
mungkin wujud ketika melaksanakan solat fardu seperti kesilapan dalam bacaan, tidak
khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain-lain.

Solat sunat Rawatib ini pula terbahagi kepada muakkad (diperkuatkan) dan ghairu
muakkad (tidak diperkuatkan). Para ulamak berbeza pendapat tentang jumlah rakaat solat
Rawatib yang muakkad sama ada jumlah keseluruhannya dua belas atau sepuluh rakaat.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah radhiallahu anha menjelaskan
terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam:

Maksudnya:
Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah dalam satu hari
dua belas rakaat sebagai tathawwu dan bukan fardu, melainkan Allah akan
membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 728

Di dalam riwayat yang lain diperjelaskan pula apakah itu solat-solat yang berjumlah
dua belas rakaat seperti yang dimaksudkan hadis di atas. Daripada Ummu Habibah
radhiallahu anha, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:





Maksudnya:
Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan
dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur,
dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat I syak dan dua rakaat
sebelum solat Subuh. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 380.

Melalui riwayat Ibnu Umar radhiallahu anh pula menunjukkan jumlah rakaat solat Rawatib adalah sepuluh.
Dia berkata:


Maksudnya:
Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi shallallahu alaihi wasallam tentang sepuluh rakaat (iaitu solat
sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di
rumahnya, dua rakaat setelah solat I syak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh. Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1180.

Dari sini dapat kita fahami bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah mengerjakan kedua-dua
jumlah rakaat iaitu dua belas mahupun sepuluh rakaat solat sunat Rawatib. Perbezaan tersebut adalah disebabkan
perbezaan jumlah rakaat ketika melaksanakan solat Qabliyah Zuhur. Oleh itu bolehlah bagi kita semua untuk memilih
untuk mengerjakan solat Qabliyah Zuhur tersebut sebanyak empat mahupun dua rakaat.

Keutamaan mengerjakan solat Rawatib adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadis riwayat Ummu
Habibah radhiallahu anha iaitu disediakan sebuah rumah di syurga bagi mereka yang mendirikannya. Selanjutnya
penulis akan membentangkan setiap jenis solat Rawatib dan tatacara perlaksanaannya.






1) SOLAT RAWATIB SUBUH

Dalil Disyariatkan

Solat Qabliyah Subuh ini merupakan salah satu dari solat sunat yang amat dititik beratkan oleh Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam malah diriwayatkan bahawa baginda tidak pernah meninggalkannya. Daripada Aisyah
radhiallahu anha dia berkata:

Maksudnya:
Nabi shallallahu alaihi wasallam solat Isyak kemudian solat lapan rakaat dan dua rakaat dengan duduk
serta dua rakaat di antara dua seruan (yakni azan dan iqamah untuk solat subuh). Baginda shallallahu alaihi
wasallam tidak pernah meninggalkan ke dua rakaat tersebut (yakni solat qabliyah subuh). - Hadis riwayat Imam al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1159.

Malah diriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tetap melaksanakannya walaupun ketika
bermusafir. Daripada Abu Maryam, dia berkata:


Maksudnya:
Kami pernah bersama Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam sebuah perjalanan. Lalu kami
melakukan perjalanan pada malam hari. Ketika di ambang waktu Subuh, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
berhenti lalu tidur dan orang-orang lain pun ikut serta tidur. Dan kami tidak bangun kecuali ketika matahari telah
terbit menyinari kami. Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menyuruh muadzdzin
mengumandangkan azan, maka dia pun mengumandangkannya. Selanjutnya, baginda mengerjakan solat dua
rakaat sebelum solat Subuh. Setelah itu baginda menyuruh muadzdzin melaungkan iqamah, maka dia pun
melakukan iqamah. Setelah itu baru baginda mengerjakan solat secara berjemaah. Kemudian baginda
memberitahu kami mengenai apa yang akan terjadi sampai hari kiamat kelak. Hadis riwayat Imam al-Nasai dalam
Sunannya, Kitab al-Mawaaqiit, no: 617.

Menurut Ibnul Qayyim rahimahullah:

Di antara petunjuk yang dicontohkan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
dalam sesebuah perjalanannya, iaitu baginda mencukupkan diri dengan melaksanakan
solat yang fardu, dan baginda tidak diketahui melakukan solat sunat Rawatib sebelum
dan sesudah solat fardu kecuali solat Witir dan solat sunat Rawatib Subuh kerana
baginda tidak pernah meninggalkan kedua solat tersebut baik ketika mukim mahupun
saat bermusafir. Rujuk Zaad al-Maad, jilid 1, ms. 456.

Hanya sahaja tidak ada sebarang riwayat yang menunjukkan solat ini hukumnya wajib. Oleh kerana itu ianya
termasuk dalam kategori amalan sunat muakkadah.


Keutamaannya
Perlaksanaan solat Rawatib subuh ini lebih baik dari segala perkara yang terdapat di dunia ini. Nabi shallallahu
alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya. Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725.


Tatacara Perlaksanaannya Serta Hukum-Hukum Berkaitan

Jumlah Rakaat Dan Waktu Mengerjakannya
Solat Qabliyah Subuh sebanyak dua rakaat ini didirikan setelah masuknya waktu solat Subuh iaitu di antara azan dan
iqamah. Daripada Aisyah radhiallahu anha, dia berkata:


Maksudnya:
Nabi shallallahu alaihi wasallam mengerjakan dua rakaat solat dengan ringan di antara azan dan iqamah
solat Subuh. Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no: 619.

Dikerjakan Secara Ringkas
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam meringankan perlaksanaannya iaitu dengan membaca surah-surah yang pendek
secara ringkas dan pantas. Daripada Aisyah radhiallahu anha, dia berkata:


Maksudnya:
Nabi shallallahu alaihi wasallam meringankan dua rakaat sebelum solat Subuh sehingga aku tertanya
apakah baginda hanya membaca Ummul Kitab. Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-
Jumuah, no: 1165.

Surah Yang Dibacakan
Di antara ayat-ayat yang dibacakan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ketika solat sunat Qabliyah subuh
adalah seperti berikut :-

a) Surah al-Kaafiruun dan al-Ikhlas


Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah radhiallahu anh bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa
membaca di dalam (solat) dua rakaat sebelum Subuh: Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul huwallahu ahad
Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 726.

b) Al-Baqarah (2) : 136 dan Aali Imraan (3) : 52


Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anh bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa
membaca di dalam solat dua rakaat sebelum Subuh, iaitu rakaat pertama membaca: Quuluu aaamannaa billaahi
wamaa unzila ilaina kemudian ayat yang terdapat di dalam surah al-Baqarah (ayat 136), dan pada rakaat kedua
membaca: Aaamannaa billaahi wasyad bi annaa muslimuun. (Aali Imraan : 52) Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 727.

c) Al-Baqarah (2) : 136 dan Aali Imraan (3) : 64


Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anh bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa
membaca di dalam solat dua rakaat sebelum Subuh: Quuluu aamannaa billaahi wamaa unzila ilaina surah al-
Baqarah (ayat 136), dan yang terdapat di dalam surah Aali Imraan: Taaalau ilaa kalimatin sawaa bainanaa wa
bainakum (Aali Imraan : 64) Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa
Qashruhaa, no: 727.

Memandangkan kesemua hadis di atas adalah hadis yang sahih maka bolehlah kita mengamalkannya secara bergilir-
gilir.

PERHATIAN
Di sepanjang perbahasan tentang solat-solat sunat dalam buku ini, penulis akan memperjelaskan surah-surah atau ayat-
ayat yang pernah dibaca oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam solat-solat yang tertentu. Tentu sahaja
sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ini adalah sebaik-baik ikutan bagi seluruh umat Islam. Namun
sekiranya ada di kalangan kita yang tidak menghafal surah-surah tersebut maka hendaklah dia membaca apa sahaja
surah lain yang mudah baginya.

Firman Allah Subhanahu wa Taala:



Maksudnya:
oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam solat). - al-
Muzzammil (73) : 20

Dan Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

Maksudnya:
Bacalah sesuatu yang mudah bagimu dari al-Quran. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya,
Kitab al-Azaan, no: 757.

Baring Setelah Selesai Mengerjakannya
Setelah mengerjakan solat sunat Qabliyah Subuh tersebut, adalah disunatkan untuk berbaring di atas lambung kanan
sebelum mengerjakan solat Subuh. Daripada Abu Hurairah radhiallahu anh, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
bersabda:

Maksudnya:
J ika salah seorang di antara kalian telah mengerjakan solat dua rakaat sebelum Subuh, hendaklah dia
berbaring di atas lambung kanannya. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 385.

Namun begitu sekiranya terdapat urusan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat untuk berbaring sesudah
mengerjakan solat Qabliyah Subuh maka tidak mengapa baginya untuk menyelesaikan urusan tersebut kerana amalan
tersebut hanyalah sunat.


Maksudnya:
Daripada Aisyah radhiallahu anha bahawasanya jika Nabi shallallahu alaihi wasallam telah
mengerjakan solat sunat Subuh, sedang aku dalam keadaan terbangun, baginda akan berbicara denganku. J ika
tidak demikian baginda akan berbaring sehingga azan (dikumandangkan iqamah) untuk mendirikan solat. Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1161.

Cara Mengqadha Solat Qabliyah Subuh
Bagi mereka yang tidak sempat mengerjakan solat Qabliyah Subuh maka dia boleh mengqadhanya dengan
mengerjakannya setelah matahari terbit. Daripada Abu Hurairah radhiallahu anh. dia berkata, Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
Barangsiapa tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia
mengerjakannya setelah matahari terbit. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no:
388.

Dibenarkan juga untuk mengqadhakan solat Qabliyah Subuh itu sebaik sahaja selesai solat fardu Subuh.

Daripada Qais, dia berkata:

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah melihat seseorang sedang mengerjakan solat sunat setelah
mengerjakan solat Subuh. Baginda lalu bersabda: Solat subuh itu hanya dua rakaat.
Lelaki tersebut lalu berkata: Sesungguhnya tadi aku belum mengerjakan solat sunat dua rakaat sebelum
(Qabliyah) solat Subuh, oleh itu aku mengerjakannya sekarang.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pun mendiamkannya (menandakan baginda bersetuju) - Hadis
riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1076.

PERHATIAN
Menerusi buku ini para pembaca akan melihat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah menqadhakan beberapa
jenis solat sunat yang baginda tidak sempat melaksanakannya. Apa yang harus para pembaca fahami adalah solat-solat
tersebut hanya boleh diqadhakan sekiranya wujud keuzuran yang tidak boleh dielakkan seperti terlupa, tertidur,
pengsan, hilang akal dan sibuk dengan hal yang lebih penting. Sekiranya seseorang itu secara sengaja meninggalkan
solat sama ada fardu mahupun sunat tanpa alasan yang kukuh maka tidak dibenarkan baginya untuk mengqadha. Syeikh
Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah berkata:

"Pendapat paling kuat menurutku adalah sebagaimana yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rahimahullah
bahawa sesiapa yang sengaja meninggalkan solat sehingga habis waktunya, mengqadanya tidaklah bermanfaat. Ini
kerana, sesuatu ibadah tertakluk dengan waktu tertentu harus dikerjakan tepat pada waktu yang ditentukan. Maka
sebagaimana ibadah itu tidak sah dikerjakan sebelum waktunya, ia juga tidak sah dikerjakan setelah habis waktunya.
Kerana batasan waktu yang telah ditentukan oleh Allah hendaklah diperhatikan. Rujuk buku Muhammad bin Shalih
al-Utsaimin, Majmu Fatawa Arkanil Islam, (edisi terjemahan dengan tajuk Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat
Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, Pustaka Arafah, Solo, 2002), ms. 322.

Ringkasan tatacara mengerjakan Solat Rawatib Subuh

Rakaat Pertama
1. Berniat di dalam hati untuk mengerjakan Solat Qabliyah Subuh
2. Takbiratul Ihram
3. Doa Iftitah
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Quran
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Sujud
9. Duduk antara dua sujud
10. Sujud kali kedua
11. Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2. Duduk untuk tahiyyat akhir
3. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4. Baring sebentar di atas lambung kanan







2) SOLAT RAWATIB ZUHUR

Dalil Disyariatkan

Solat Rawatib Zuhur adalah termasuk dalam kategori solat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam kecuali jika baginda sedang bermusafir. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa
Solat Qabliyah dan Badiyah Zuhur ini termasuk dalam sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam Di antaranya
adalah sebuah riwayat daripada Abdullah bin Syaqiq, dia berkata: Saya pernah bertanya kepada Aisyah tentang solat
tathawwu Rasulullah, lalu Aisyah menjawab:

Maksudnya:
Rasulullah solat empat rakaat sebelum Zuhur di rumahnya lalu baginda solat (Zuhur) bersama orang
ramai dan setelah itu baginda solat dua rakaat. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 730.


Keutamaannya

Menghindari Siksa Api Neraka
Mengerjakan solat sunat Rawatib Zuhur dapat memelihara seseorang itu dari api neraka. Dalilnya adalah sebagaimana
sebuah riwayat daripada Ummu Habibah radhiallahu anha, dia berkata aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam bersabda:

.

Maksudnya:
Barangsiapa yang memelihara solat empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah
akan mengharamkannya dari Neraka. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 428.

Waktu Yang Afdhal Untuk Beribadah
Pada waktu ini pintu langit terbuka dan ianya memudahkan amalan-amalan soleh untuk naik ke atas.

Daripada Abu Ayyub al-Anshori bahawa dia bersolat empat rakaat sebelum Zuhur. Kemudian sewaktu dia ditanya:
Mengapa anda selalu mengerjakan solat sunat ini? Dia menjawab: Saya melihat Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam selalu mengerjakannnya, lalu saya pun bertanya seperti itu dan baginda menjawab:

.

Maksudnya:
Sesungguhnya ada suatu saat di mana semua pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa pada saat
itu ada suatu amal kebaikanku yang naik ke sana. Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 22449


Tatacara Perlaksanaannya Serta Hukum-Hukum Berkaitan

Waktu Mengerjakannya
Solat Qabliyah Zuhur dilaksanakan setelah azan Zuhur dikumandangkan dan sebelum melaksanakan solat Zuhur.
Manakala solat Badiyah Zuhur didirikan sesudah mengerjakan solat Zuhur.

Jumlah Rakaatnya
Berkaitan dengan jumlah rakaatnya terdapat tiga pendapat dari segi perlaksanaannya.

Pertama : Mengerjakan dua rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat setelahnya. Daripada Ibnu Umar radhiallahu anh,
dia berkata:


Maksudnya:
Aku telah menghafal (menjaga) daripada Nabi shallallahu alaihi wasallam tentang sepuluh rakaat (iaitu
solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di
rumahnya, dua rakaat setelah solat I syak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh. Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1180.

Kedua: Mengerjakan empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat setelahnya. Daripada Ummu Habibah radhiallahu
anha, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya:
Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan
dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur,
dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat I syak dan dua rakaat
sebelum solat Subuh. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 380.

Ketiga: Mengerjakan empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat setelahnya. Daripada Ummu Habibah radhiallahu
anha, dia berkata aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

.


Maksudnya:
Barangsiapa yang memelihara solat empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah
akan mengharamkannya dari Neraka. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 428

Kesemua tatacara di atas adalah bersandarkan kepada dalil-dalil yang sabit daripada baginda shallallahu alaihi
wasallam maka dibenarkan bagi kita untuk melaksanakannya menurut salah satu dari tatacara di atas ataupun boleh juga
bagi kita untuk menggilirkan tatacara perlaksanaan solat Rawatib Zuhur ini menurut ketiga-tiga tatacara tersebut.

Sekiranya solat Rawatib Zuhur ini dikerjakan sebanyak empat rakaat, diperbolehkan bagi kita untuk mengerjakannya
dua rakaat lalu memberi salam dan sesudah itu dikerjakan lagi dua rakaat ataupun mengerjakannya sebanyak empat
rakaat sekaligus dengan dua tasyahhud sebagaimana solat empat rakaat yang biasa.

Cara Mengqadha Solat Qabliyah Zuhur
Bagi mereka yang terlepas mengerjakan Solat Qabliyah Zuhur maka diperbolehkan untuk mengqadhanya setelah
mengerjakan solat Zuhur. Daripada Aisyah radhiallahu anha, dia berkata:

.



Maksudnya:
Sesungguhnya jika Nabi shallallahu alaihi wasallam tidak sempat mengerjakan solat empat rakaat sebelum
(Qabliyah) Zuhur, baginda akan mengerjakan keempat rakaat itu setelahnya. Hadis riwayat Imam Tirmidzi dalam
Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 426

Cara Mengqadha Solat Badiyah Zuhur
Bagi mereka yang terlepas mengerjakan Solat Badiyah Zuhur maka diperbolehkan untuk mengqadhanya setelah
mengerjakan solat Asar. Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiallahu anha yang
melihat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengerjakan solat dua rakaat sesudah solat Asar sedangkan waktu itu
termasuk waktu yang dilarang untuk mendirikan solat lalu beliau bertanya kepada baginda lalu baginda menjawab:


Maksudnya:
Wahai anak Abu Umayah, kamu bertanya tentang dua rakaat yang saya kerjakan setelah Asar, hal itu
kerana saya telah didatangi oleh beberapa orang dari Abdul Qais untuk mengislamkan beberapa orang daripada
kaumnya sehingga aku tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sesudah Zuhur, dan inilah dua rakaat
itu. Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Maghaazi, no 4370.

Justeru itu menerusi hadis ini dapatlah kita simpulkan bahawa dibenarkan untuk mengqadha solat Badiyah Zuhur pada
waktu dilarang mengerjakan solat iaitu setelah mengerjakan solat Asar secara mutlak. Sebahagian ulamak pula
berpendapat bahawa larangan mengerjakan solat setelah waktu Asar hanyalah ketika matahari tenggelam. Sekiranya
setelah mengerjakan solat asar dan matahari masih berwarna putih bersih maka ia tidak termasuk dalam waktu yang
terlarang. Dalilnya adalah sebagaimana riwayat dibawah:


Maksudnya:
Daripada Ali bin Abi Thalib bahawasanya Nabi shallallahu alaihi wasallam melarang dari mengerjakan
solat setelah Asar, kecuali jika matahari masih tinggi. Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-
Sholaah, no: 1082.

Ringkasan tatacara mengerjakan Solat Rawatib Zuhur

A) Tatacara Solat Rawatib Zuhur Dua Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Qabliyah / Badiyah Zuhur
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

B) Tatacara Solat Rawatib Zuhur Empat Rakaat
Boleh dilaksanakan seperti solat Rawatib Zuhur dua rakaat di atas sebanyak dua kali ataupun dengan sekaligus
mengerjakan empat rakaat dengan dua tahiyyat seperti di bawah.

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Qabliyah / Badiyah Zuhur
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat awal
3) Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri







3) SOLAT RAWATIB MAGHRIB

Dalil Disyariatkan

Solat Badiyah Maghrib adalah termasuk dalam kategori solat sunat Rawatib yang muakkad. Dalilnya adalah
seperti riwayat di bawah:


Maksudnya:
Lalu dia (Aisyah radhiallahu anha) berkata adalah Nabi shallallahu alaihi wasallam bersolat di rumahku
sebelum Zuhur empat rakaat, kemudian baginda keluar lalu bersolat (Zuhur) bersama orang ramai, kemudian
baginda masuk ke rumahku dan bersolat dua rakaat. Baginda bersolat Maghrib dengan orang ramai, kemudian
baginda masuk ke dalam rumahku lalu bersolat dua rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 730.


Keutamaannya

Bagi mereka yang mengerjakan solat Badiyah Maghrib ini, maka Allah Subhanahu wa Taala akan
menyediakan baginya sebuah rumah di syurga. Sila rujuk hadis daripada Ummu Habibah radhiallahu anha yang telah
penulis paparkan pada awal perbahasan tentang solat rawatib.


Tatacara Perlaksanaannya Serta Hukum-Hukum Berkaitan

Jumlah Rakaatnya
Ianya dilaksanakan sebanyak dua rakaat setelah mengerjakan solat Maghrib dan Rasulullah s.a.w mendirikannya di
rumah baginda. Daripada Aisyah radhiallahu anha:

Maksudnya:
Adalah Nabi shallallahu alaihi wasallam mengerjakan solat Maghrib kemudian baginda kembali ke
rumahku lalu baginda mengerjakan solat dua rakaat. Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-
Sholaah, no: 1060.

Justeru itu adalah lebih afdal sekiranya solat Badiyah Maghrib ini didirikan di rumah masing-masing melainkan
terdapat keperluan untuk mengerjakannya di masjid.

Surah Yang Dibacakan
Lazimnya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam membaca surah al-Kaafiruun dan al-Ikhlash semasa solat Badiyah
Maghrib ini. Daripada Ibnu Masud radhiallahu anh, dia berkata:


Maksudnya:
Saya tidak dapat menghitung betapa seringnya saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
membaca dalam solat dua rakaat selepas Maghrib dan dua rakaat sebelum Subuh Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan
Qul huwallahu ahad. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 396.

Ringkasan tatacara mengerjakan Solat Rawatib Badiyah Maghrib

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Badiyah Maghrib
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri







4) SOLAT RAWATIB ISYAK

Dalil Disyariatkan

Solat Badiyah Isyak ini merupakan sebahagian dari solat Rawatib yang muakkad. Daripada Ibnu Umar, dia
berkata:


Maksudnya:
Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi shallallahu alaihi wasallam tentang sepuluh rakaat (iaitu solat
sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di
rumahnya, dua rakaat setelah solat I syak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh. Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1180.


Keutamaannya

Bagi mereka yang mengerjakan solat Badiyah Isyak ini, maka Allah Subhanahu wa Taala akan menyediakan
baginya sebuah rumah di syurga. Sila rujuk hadis daripada Ummu Habibah radhiallahu anha yang telah penulis
paparkan pada awal perbahasan tentang solat rawatib.


Tatacara Perlaksanaannya Serta Hukum-Hukum Berkaitan

Jumlah Rakaat dan Waktu Perlaksanaannya
Ianya didirikan setelah mengerjakan Solat Isyak sebanyak dua rakaat dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
mengerjakan solat ini di rumah.


...


Maksudnya:
Lalu dia (Aisyah radhiallahu anh) berkata adalah Nabi shallallahu alaihi wasallam bersolat di rumahku
sebelum Zuhur empat rakaat, kemudian baginda keluar lalu bersolat (Zuhur) bersama orang ramai, kemudian
baginda masuk ke rumahku dan bersolat dua rakaat. Baginda bersolat Maghrib dengan orang ramai, kemudian
baginda masuk ke dalam rumahku lalu bersolat dua rakaat. Baginda bersolat Isyak dengan orang ramai, kemudian
baginda masuk ke dalam rumahku lalu bersolat dua rakaat.- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 730.

Ringkasan tatacara mengerjakan Solat Rawatib Badiyah Isyak

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Badiyah Isyak
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri







5) SOLAT RAWATIB UNTUK SOLAT JUMAAT
Berkaitan dengan solat rawatib ketika solat Jumaat penulis akan membahagikan perbincangan kepada empat
topik besar iaitu:
i. Mendirikan Solat Sunat Mutlak.
ii. Azan untuk solat Jumaat hanya sekali.
iii. Adakah disyariatkan Solat Qabliyah Jumaat?
iv. Solat Badiyah Jumaat.

Mendirikan Solat Sunat Mutlak

Mendirikan solat sunat Mutlak pada hari Jumaat iaitu sebelum imam naik ke mimbar dan azan dilaungkan
merupakan satu amalan yang agak asing bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia. Lazimnya mereka lebih terbiasa
untuk mengerjakan solat sunat Qabliyah Jumaat berbanding solat sunat Mutlak ini sehinggakan sesetengah pihak akan
terpinga-pinga apabila disebut solat sunat Mutlak pada hari Jumaat ini. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana Imam al-
Syafii rahimahullah telah memperjelaskan tentang kewujudan solat sunat Mutlak ini di dalam kitabnya al-Umm.
Beliau telah menyatakan:

Dikhabarkan kepada kami oleh Ibrahim bin Muhammad, yang mengatakan
dikhabarkan kepada saya oleh Ishak bin Abdullah, daripada Said al-Maqburi, daripada
Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam melarang solat pada
tengahari, sehinggalah gelincir matahari, selain Jumaat. Rujuk kitab al-Umm (Kitab
Induk) karya Imam al-Syafii, jilid 2, ms. 21.

Dikhabarkan kepada kami oleh Malik daripada Ibnu Syihab, daripada Tsalabah
bin Abi Malik, bahawa dia mengkhabarkan kepadanya, bahawa mereka itu berada pada
zaman Umar bin al-Khatthab radhiallahu anh pada hari Jumaat mengerjakan solat
(sunat Mutlak - pen) sehingga datanglah Umar bin al-Khatthab. Tatkala Umar telah
datang dan duduk atas mimbar dan juruazan melakukan azan, mereka duduk
berbincang-bincang. Sehingga apabila juruazan sudah diam, nescaya mereka itu diam.
Dan tiada seorangpun yang berbicara. Disampaikan hadis kepada saya oleh Ibnu Abi
Fudaik, daripada Ibnu Abi Dzib, daripada Ibnu Syihab, yang mengatakan, disampaikan
hadis kepada saya oleh Tsalabah bin Abi Malik, bahawa duduk imam itu memutuskan
bertasbih. Dan perkataan imam itu memutuskan perkataan orang-orang yang hadir.
Mereka itu berbincang-bincang pada hari Jumaat dan Umar duduk atas mimbar.
Apabila juruazan sudah diam, nescaya Umar berdiri, lalu tiada seorangpun yang
berkata-kata sehingga diselesaikan oleh Umar akan khutbah itu seluruhnya. Apabila
dibacakan iqamah untuk solat dan Umar turun, lalu mereka itu berkata-kata.

Apabila manusia pergi menghadiri solat Jumaat, nescaya mereka itu bersolat,
sehingga jadilah imam di atas mimbar. Apabila imam telah berada di atas mimbar,
nescaya dicegah dari mereka itu orang yang telah mengerjakan solat dua rakaat
(Tahiyyatul Masjid - pen) atau lebih dari berkata-kata. Sehingga imam itu sudah mulai
berkhutbah. Apabila dia telah mula berkhutbah, nescaya diam dengan memperhatikan.
Rujuk kitab al-Umm (Kitab Induk) karya Imam al-Syafii, jilid 2, ms. 22.

Sekian kata-kata Imam al-Syafii rahimahullah. Dari ini dapat kita rumuskan bahawa :

Adalah disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat mutlak sebelum azan dikumandangkan. Berkenaan dengan solat
sunat mutlak ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

Dianjurkan bagi orang yang masuk masjid pada hari Jumaat (bila sahaja) untuk
mengerjakan solat sunat Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dengan bilangan (rakaat
pen), juga tidak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk ketika masuk
masjid setelah solat Tahiyyatul Masjid atau sebelumnya. Rujuk Syaikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani, Al-Awjiba an-Naafiah an Asilati Lajnah Masjid al-Jaamiah,
(edisi terjemahan dengan tajuk Solat Jumat Bersama Rasulullah : Hukum Dan Bidah
Solat Jumaat, Najla Press, Jakarta, 2002) ms. 60.

Tentang larangan untuk bersolat pada waktu tengahari sehingga gelincir matahari, maka khusus untuk hari Jumaat ianya
diperbolehkan. Maka solat sunat Mutlak ini dilakukan sebelum diserukan azan solat Jumaat sebanyak dua rakaat-dua
rakaat tanpa batasan jumlah yang tertentu. Maka perhatikanlah akan hal ini wahai pembaca yang budiman, berapa
ramaikah umat Islam di Malaysia yang melakukan solat sunat Mutlak yang sememangnya disyariatkan ini bahkan
dianjurkan perlaksanaannya oleh Imam al-Syafii rahimahullah sendiri? Dalil tentang solat sunat Mutlak ini adalah
sebagaimana sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:


Maksudnya:
Barangsiapa mandi pada hari J umaat kemudian mendatangi solat J umaat dan bersolat sekadar
kemampuannya, serta dia diam mendengarkan khutbah imam sehingga selesai, lalu dia bersolat bersamanya, maka
diampunilah dosa-dosanya yang terdapat di antara J umaat itu dengan J umaat berikutnya dan ditambah tiga hari. -
Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 857.

Berbicara ketika azan dikumandangkan adalah tidak mengapa dan yang diharamkan adalah berbicara ketika imam sudah
memulakan khutbahnya. Sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

"!

"


Maksudnya:
Apabila kamu berkata kepada temanmu di hari Jumaat Diamlah!, padahal imam sedang berkhutbah,
maka engkau telah melakukan perbuatan sia-sia. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-
Jumuah, no: 934.

Setelah Imam berkhutbah tidak dibenarkan lagi bagi para makmun mengerjakan apa jua jenis solat sunat kecuali bagi
mereka yang belum mengerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyyatul Masjid.


Azan Untuk Solat Jumaat Hanya Sekali

Sebelum kita meneruskan perbahasan tentang solat Qabliyah Jumaat, sewajarnya kita mengulas terlebih dahulu
persoalan tentang azan untuk solat Jumaat. Berkaitan dengan laungan azan untuk solat Jumaat, Imam al-Syafii
rahimahullah dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

Saya (Imam al-Syafii) menyukai bahawa azan pada hari Jumaat itu, ketika imam masuk
masjid. Dan dia duduk pada tempatnya yang dia berkhutbah...Apabila imam telah
berbuat demikian, lalu juruazan melaksanakan azan. Apabila telah selesai (azan
tersebut pen), lalu imam itu berdiri, lalu membaca khutbah. Tiada lebih dari demikian.
Rujuk Imam al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jilid 2, ms. 15.

Dikhabarkan kepada kami oleh al-Rabi, yang mengatakan: Dikhabarkan kepada kami
oleh al-Syafii, yang mengatakan: Dikhabarkan kepada saya oleh orang yang dapat
dipercayai, daripada al-Zuhri, daripada al-Saib bin Yazid: bahawa adalah permulaan
bagi azan itu bagi Jumaat, ketika imam duduk atas mimbar pada masa Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam, Abu Bakar dan Umar. Tatkala masa Khalifah Uthman dan
orang semakin ramai lalu Uthman menyuruh dengan azan kedua. Lalu dilaksanakan azan
itu. Maka tetaplah urusannya atas yang demikian.
Atha menentang bahawa Uthman yang mengadakan azan kedua itu. Dan mengatakan:
azan kedua itu diadakan oleh Muawiyah dan Allah Subhanahu wa Taala lebih
mengetahui.
Manapun (antara pen) orang yang dua (iaitu Uthman atau Muawiyah pen) yang
mengadakan (azan kedua tersebut pen), maka keadaan yang pada masa Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam adalah saya (Imam al-Syafii) lebih menyukai. Rujuk Imam
al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jilid 2, ms. 15-16.

Sekian kata-kata Imam al-Syafii rahimahullah. Dari kenyataannya itu dapat kita rumuskan bahawa :

Pada zaman Rasulullah shallallahu alaihi wasallam Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar al-Khatthab
radhiallahu anhum, azan untuk solat Jumaat hanya dikumandangkan satu kali iaitu setelah imam memasuki masjid dan
duduk atas mimbar. Tetapi pada zaman Khalifah Uthman al-Affan radhiallahu anh, jumlah umat Islam di kota
Madinah al-Munawwarah semakin ramai, rumah-rumah mereka semakin jauh dari Masjid Nabawi dan kedaan kota
semakin sibuk dan pesat membangun. Disebabkan oleh perkembangan tersebut, Khalifah Uthman al-Affan radhiallahu
anh telah berijtihad bahawa laungan azan untuk solat Jumaat yang dikumandang hanya sekali di Masjid Nabawi sudah
tidak memadai untuk memanggil orang ramai solat berjemaah di masjid. Maka beliau memerintahkan satu lagi azan
dilaungkan sebelum masuk waktu solat Jumaat di sebuah ruangan pasar miliknya bernama al-Zaura bertujuan untuk
orang ramai yang sibuk dengan urusan harian bersiap sedia untuk mengerjakan solat Jumaat. Tempat yang bernama al-
Zaura ini terletak di tengah-tengah kota Madinah. Oleh itu azan pertama itu tidak dilakukan di Masjid Nabawi yang
kekal dengan hanya satu azan sahaja oleh seorang tukang azan. Daripada al-Saib bin Yazid radhiallahu anh, dia
berkata:


Maksudnya:
Seruan (azan) pada hari J umaat pada mulanya (dilakukan) apabila Imam duduk di atas mimbar,
(begitulah) pada zaman Nabi shallallahu alaihi wasallam, Abu Bakar dan Umar radhiallahu anhuma. Namun
tatkala manusia bertambah ramai pada (zaman Uthman radhiallahu anh), beliau menambahkan seruan ke tiga di
atas al-Zaura. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 912.

Iqamah juga dikenali sebagai azan maka maksud tiga azan dalam hadis ini adalah dua kali azan yakni di al-Zaura dan
Masjid Nabawi dan sekali Iqamah sejurus sebelum melaksanakan solat Jumaat. Berkaitan dengan faktor yang
menyebabkan Saidina Uthman radhiallahu anh mengarahkan diserukan azan pertama di al-Zaura, menurut Syaikh
Abu Ubaidah Masyhur:

Sebab yang mendorong Uthman untuk melakukan azan dua kali sudah tidak ada lagi
pada zaman sekarang ini. Sebab dulu Uthman berada di sebuah kota yang sangat besar
seperti al-Madinah al-Munawwarah dengan hanya satu masjid di dalamnya. Padahal
jumlah penduduk terlalu ramai dan tempat tinggal sangat berjauhan. Oleh kerana itu
mereka menghadapi kesulitan untuk mendengar suara azan yang dikumandangkan dari
pintu masjid. Adapun kota yang sudah banyak masjidnya, maka orang tidak perlu lagi
untuk berjalan jauh-jauh ketika hendak menghadiri solat Jumaat. Selain itu bukankah
azan pada zaman sekarang telah dimasukkan di dalam pembesar suara. Maka azan dua
kali yang diupayakan oleh Uthman tidak perlu lagi dikerjakan...Kesimpulannya, bahawa
menurut kami, sekarang ini sudah cukup mengumandangkan azan sekali sahaja, seperti
yang dikerjakan pada zaman Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Azan itu hendaklah
dilakukan ketika imam keluar dan mula naik ke atas mimbar. Rujuk Abu Ubaidah
Mashur bin Hassan, Al-Qawl al-Mubiin fii Akhthaa al-Musholliin (Edisi terjemahan
dengan tajuk Koreksi Total Ritual Solat, Pustaka Azzam, Jakarta 2001), ms. 344.

Menurut Syaikh Wahid Abdussalam Bali senario yang memungkinkan untuk melaungkan azan dua kali untuk solat
Jumaat pada zaman sekarang adalah seperti berikut:

Jika sekarang ada sebuah kampung yang tidak memiliki pembesar suara untuk
menguatkan suara azan, penduduknya tidak memiliki jam untuk memberitahukan kepada
mereka bahawa waktu (untuk solat) Jumaat sudah dekat, dan tidak pula di rumah-
rumah mereka terdapat radio dan sejenisnya dari sarana-sarana komunikasi moden
yang dengannya mereka boleh mengetahui masuknya waktu solat Jumaat, maka
disyariatkan agar muadzin mengumandangkan azan kepada mereka di tempat tinggi
beberapa waktu sebelum waktu Jumaat yang cukup agar mereka dapat bersiap-siap
untuk menunaikan solat Jumaat
Adapun jika manusia memiliki jam yang dapat memberitahukan waktu kepada
mereka, atau di masjid terdapat pembesar suara yang boleh memperdengarkan kepada
manusia di rumah-rumah dan tempat kerja mereka, maka azan awal di dalam keadaan ini
tidak diperlukan lagi. Sebaiknya, ketika itu hanya mencukupkan dengan satu azan pada
saat khatib naik mimbar. Rujuk Syaikh Wahid Abdussalam Bali, Al-Kalimat al-Nafiah
fil Akhtha asy-Syaiah (edisi terjemahan dengan tajuk 474 Kesalahan Dalam Akidah &
Ibadah Beserta Koreksinya, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 385.

Menurut Imam al-Syafii r.h mencontohi Rasulullah s.a.w. adalah lebih beliau sukai iaitu mengekalkan dengan hanya
satu laungan azan sahaja sepertimana ketika Nabi s.a.w. telah duduk di atas mimbar. Ini sebagaimana dikatakan oleh al-
Saib bin Yazid radhiallahu anh, dia berkata:


Maksudnya:
Bilal menyerukan azan bila Nabi shallallahu alaihi wasallam telah duduk di atas mimbar, dan dia iqamah
bila baginda telah turun. - Hadis riwayat Imam al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Jumuah, hadis. no 1377.

Wahai pembaca yang budiman, ketahuilah bahawa inilah mazhab sebenar Imam al-Syafii rahimahullah tentang jumlah
azan untuk solat Jumaat. Sebaik sahaja tukang azan selesai melaungkan azan, maka imam akan bangun dan memulakan
khutbahnya. Maka ketika ini semua makmum wajib diam dan menumpukan perhatian kepada khutbah imam.


Adakah Disyariatkan Solat Qabliyah Jumaat?

Setelah kita fahami bahawa yang lebih bertepatan dengan sunnah baginda shallallahu alaihi wasallam dan
mazhab sebenar Imam al-Syafii rahimahullah berkaitan dengan azan pada hari Jumaat adalah dengan dikumandangkan
sekali sahaja, maka kita juga boleh simpulkan bahawa pendapat yang lebih tepat adalah tidak disyariatkan untuk
mengerjakan solat sunat Qabliyah sesudah azan kerana tidak ada ruang waktu untuk mendirikannya. Ini adalah kerana
sebaik sahaja selesai azan, imam akan membacakan khutbahnya. Telah berkata al-Hafidz al-Iraqi rahimahullah
berkaitan dengan hal ini:

Tidak diriwayatkan daripada Nabi shallallahu alaihi wasallam bahawa baginda
pernah solat sunat sebelum solat Jumaat, kerana baginda keluar untuk solat Jumaat
lalu Bilal azan di hadapannya kemudian berkhutbah. - Dinukil dari kitab Syaikh
Muhammad Nashiruddin al-Albani, Al-Awjiba an-Naafiah an Asilati Lajnah Masjid al-
Jaamiah, ms. 43-44.

Ibnu Qayyim rahimahullah pula telah berkata:

Apa yang perlu dicatat, tidak terdapat solat sunat Qabliyah Jumaat. Ini
disebabkan, apabila Bilal selesai melaungkan azan, maka Nabi s.a.w. terus menyampaikan
khutbah tanpa ada selang waktu. Inilah yang terjadi. Maka bagaimana mungkin ada
anggapan bahawa setelah Bilal azan mereka bangkit untuk mendirikan solat sunat dua
rakaat. Rujuk Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtashar Zaadul Maad, ms. 47.

Dan sekiranya ada yang menyatakan bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam solat sunat di rumahnya, maka
tentu telah datang riwayat daripada isteri-isteri baginda akan hal tersebut. Tetapi tidak ada seorang pun daripada para
isteri baginda yang meriwayatkan sebegitu.

Tambahan pula hadis-hadis tentang solat Qabliyah Jumaat tidak ada yang sah daripada Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam Hadis yang sering dipergunakan untuk menjustifikasikan solat Qabliyah Jumaat adalah hadis yang
telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dan al-Thabraniy rahimahullah iaitu:

.


Maksudnya:
Nabi shallallahu alaihi wasallam selalu solat sebelum (Qabliyah) Jumaat empat rakaat dan sesudah
(Badiyah) sebanyak empat rakaat, baginda tidak memisahkan di antara empat rakaat itu (dengan salam). - Hadis
riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqamah al-Shalah wa al-Sunnah Fiha, no: 1119 dan Imam al-
Thabraniy dalam kitab al-Mujam Kabir, no: 12674.

Namun begitu perawi-perawi dalam sanad hadis ini telah dikritik hebat oleh ulamak hadis seperti Imam
Ahmad, Imam al-Bushiriy, Imam al-Zaylaiy, Imam Ibnu Qayyim, Imam al-Nawawi, al-Hafidz Ibnu Hajar dan Imam
al-Albani rahimahullah sehingga taraf hadis ini adalah berstatus dhaif jiddan (sangat lemah). Ulamak hadis telah
bersepakat bahawa hadis dhaif Jiddan tidak boleh dijadikan sandaran untuk menetapkan hukum.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah iaitu seorang tokoh ulamak hadis bermazhab Syafii juga telah berkata:

Ada juga hadis yang menyebutkan disunnahkan melaksanakan solat sunat
sebelum (Qabliyah) Jumaat, tetapi sanad hadis ini dhaif (lemah). Di antaranya adalah
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah oleh al-Bazzar:

.

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam melaksanakan solat sunat dua rakaat
sebelum (Qabliyah) solat Jumaat, dan empat rakaat setelah solat Jumaat.

Hadis serupa daripada Ali yang diriwayatkan oleh Atsram dan Thabraniy dalam
kitab al-Ausath:

.


Maksudnya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam melaksanakan solat sunat sebelum
(Qabliyah) solat Jumaat empat rakaat dan setelahnya empat rakaat.

Akan tetapi dalam silsilah sanad riwayat ini terdapat Muhammad bin
Abdurrahman al-Sahmi, dan dia adalah orang yang dhaif (lemah) menurut Imam al-
Bukhari dan lainnya. Atsram mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang lemah.
Daripada Ibnu Abbas juga disebutkan hadis yang serupa, akan tetapi dengan tambahan

Baginda tidak memisahkan empat rakaat itu (dengan salam). Ibnu Majah
meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang lemah. Imam al-Nawawi mengatakan dalam
kitab al-Khulashah, bahawa hadis ini adalah hadis yang batil. Hadis ini juga disebutkan
daripada Ibnu Masud dan silsilah sanadnya lemah dan terputus. Rujuk Al-Hafidz Ibnu
Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, Jilid 5, ms. 210-211 ketika mengsyarah no: 937.

Setelah mengetahui kelemahan hadis solat Qabliyah Jumaat ini, maka penulis ingin menganjurkan kepada para
pembaca yang budiman untuk meninggalkannya dan menggantikannya pula dengan melaksanakan solat sunat Mutlak
seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini memandangkan solat sunat Mutlak tersebut memang sahih ada contohnya
daripada baginda shallallahu alaihi wasallam dan juga merupakan mazhab sebenar Imam al-Syafii rahimahullah.


Solat Badiyah Jumaat.

Berkaitan dengan solat sunat Badiyah (sesudah) Jumaat maka telah sepakat di kalangan ulamak bahawa ianya
disyariatkan. Ianya boleh dilaksanakan dengan dua rakaat atau empat rakaat setelah kita menyelesaikan solat Jumaat
dan yang afdal ianya dikerjakan di rumah. Daripada Abu Hurairah radhiallahu anh, bahawa Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam bersabda:

.


Maksudnya:
Barangsiapa di antara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah (solat)
J umaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 881.

Daripada Ibnu Umar (radhiallahu anh), dia berkata:

.


Maksudnya:
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di
rumahnya. - Hadis riwayat Imam al-Nasai, dalam Sunannya, Kitab al-Jumuah, no: 1411.


Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Badiyah Jumaat

A) Tatacara Solat Rawatib Zuhur Dua Rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Badiyah Jumaat
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri

B) Tatacara Solat Badiyah Jumaat Empat Rakaat
Boleh dilaksanakan seperti solat Badiyah Jumaat dua rakaat di atas sebanyak dua kali ataupun dengan sekaligus
mengerjakan empat rakaat dengan dua tahiyyat seperti di bawah.

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Qabliyah / Badiyah Zuhur
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat awal
3) Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1) Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri







6) SOLAT RAWATIB GHAIRU MUAKKAD
Berkaitan solat Rawatib Qabliyah Asar, Maghrib dan Isyak maka ianya termasuk dalam solat sunat yang tidak
muakkad. Maka mengerjakannya termasuklah amalan-amalan sunat yang terpuji. Dalil disyariatkan solat-solat tersebut
adalah keumuman sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

.

Maksudnya:
Di antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) ada solat (sunat) baginda mengulanginya hingga tiga
kali- bagi yang menghendakinya. Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no 624.

Di samping itu terdapat juga hadis khusus yang meriwayatkan anjuran untuk mengerjakan solat Qabliyah Asar
sebanyak empat rakaat malah bagi mereka yang mengerjakannya akan dikasihi oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Daripada Ibnu Umar radhiallahu anh, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
Allah akan mengasihi orang yang mengerjakan solat empat rakaat sebelum Asar. Hadis riwayat Imam al-
Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 430.

Berkaitan solat Qabliyah Maghrib telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiallahu anh, dia berkata:


Biasanya apabila muadzdzin (juru azan) mengumandangkan azan, maka para sahabat Nabi shallallahu
alaihi wasallam berdiri dan segera menghampiri tiang-tiang (untuk dijadikan sutrah) sampai Nabi shallallahu
alaihi wasallam keluar sedang mereka dalam keadaan demikian. Mereka solat dua rakaat sebelum (Qabliyah)
Maghrib. Tiada (yakni jarak waktu yang singkat) sesuatu di antara azan dan iqamah. Utsman bin Jabalah dan
Daud meriwayatkan daripada Syubah: Tiada (jarak) antara keduanya kecuali sebentar. Hadis riwayat Imam al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no: 625

Berkenaan dengan solat Qabliyah Maghrib ini al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

Saya (iaitu Ibnu Hajar) katakan bahawa seluruh dalil menunjukkan bahawa
solat dua rakaat sebelum (Qabliyah) Maghrib dilaksanakan secara ringkas (ringan)
seperti solat sunat Fajar. Hikmah dianjurkan solat sunat dua rakaat tersebut adalah
sebagai harapan agar doanya dimakbulkan, sebab doa di antara azan dan iqamah tidak
ditolak (mustajab). Apabila suatu waktu itu lebih mulia, maka pahala ibadah yang
dikerjakan pada waktu tersebut akan lebih banyak al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani,
Fathul Baari, jilid 4, ms. 89

Anda mungkin juga menyukai