Anda di halaman 1dari 6

SAHSIAH GURU

PENGENALAN
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang
penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin
kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat
merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia
dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk pelajar menjadi insan
yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral.
Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar.
Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan
bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar
sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara Islam.
Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi
mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang
diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu
melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham
bahawa tugas mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang sangat mulia.
Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni
menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan
kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah.
ISU SEMASA MENGENAI SAHSIAH GURU
Profesion perguruan amat mulia dipandang. Mereka bertanggungjawab memimpin dan mendidik
masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari ini, guru telah menyumbang khidmat bakti dalam
pembanggunan bangsa dan Negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar.
Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik
untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan,
"Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka
seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir
masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini."
Namun, dewasa ini kita kerapkali dikejutkan dengan isu-isu negatif mengenai sahsiah guru.
Antaranya ialah isu guru ponteng sekolah, guru rogol pelajar, guru dera pelajar malah baru-baru
ini Malaysia digemparkan dengan berita kematian murid tahun satu meninggal dunia akibat
didera oleh warden asrama yang juga seorang guru atas kesalahan mencuri wang. Ia merupakan
satu tindakan keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan prosedur dan garis
panduan salah laku pelajar di sekolah. Biarpun guru mempunyai objektif dan niat murni untuk
mendidik pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras konsep

Jeri iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang ingin diterapkan
kepada pelajar.
Zaman guru bengis dan tidak mesra pelajar sudah berlalu. Guru wajar dihormati bukan ditakuti.
Pelajar akan berasa dihargai jika guru sering berdamping dan menasihati pelajar nakal.
Umpamanya, menyedarkan pelajar bahawa mereka menjadi harapan ibu bapa untuk mengubah
nasib sendiri dan keluarga. Mereka belajar pelbagai ilmu dan kemahiran serta nilai di sekolah
agar menjadi ahli masyarakat mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Memang tidak dinafikan salah laku dan disiplin pelajar merunsingkan semua pihak. Apatah lagi
kini pelajar terdedah kepada persekitaran dan media yang memerlukan guru cakna dan waras
dalam tindakan. Guru harus banyak bersabar dan tabah menghadapi kerenah pelajar dewasa ini.
Rasionalnya mereka budak yang nakal, berbuat salah dan silap tetapi manusia yang bernama
guru menerima tanggungjawab mendidik, mengajar, mengasuh dan membentuk manusia yang
bakal menjadi warganegara berprinsipkan Rukun Negara.
Guru harus menerima risiko diancam pelajar, kenderaan dicalar atau dibocorkan tayar atau
paling menyusahkan guru apabila kes mahkamah membabitkan guru. Malah, tindakan tatatertib
juga adalah prosedur dan etika dalam perkhidmatan awam menanti guru yang melepas geram
ketika bertugas.
Biar apapun bebanan tugas dan disiplin pelajar yang dihadapi, guru mesti berpegang pada nilai
murni. Usaha mendidik dan membangunkan nilai manusia tidak semudah membina bangunan.
Sekali gus guru disanjung kerana maruah dan disiplin keilmuan. Jangan nila setitik rosak susu
sebelanga.
Selain daripada berhadapan dengan isu-isu merogol dan mendera pelajar, dewasa ini, bidang
keguruan juga banyak berhadapan dengan symptom-simptom guru yang malas seperti guru kerap
ponteng sekolah, guru tidak membuat buku rekod mengajar dan guru lewat masuk ke kelas.
Walaupun isu-isu tersebut nampak remeh tetapi jika dibiarkan tanpa pengawasan daripada pihakpihak bertanggungjawab, lama-kelama profesyen perguruan tidak lagi dipandang mulia oleh
masyarakat.
PERKAITAN ISU SAHSIAH GURU DENGAN PENDIDIKAN
Dalam konteks pendidikan, sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kita
untuk melahirkan pelajar yang berwawasan serta mempunyai etika dan kemoralan yang tinggi.
Setiap guru harus sedar bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sekadar hanya mengajar, tapi
perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Sistem
hubungan dua hala antara guru dan pelajar bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi
juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak
sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis.
Malah sebagai guru juga harus mempunyai jati diri dan pembentukan sahsiah yang bermoral
sebelum mendidikan anak pelajar menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah. Sahsiah adalah
perkataan Bahasa Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi. (Kamus Dewan, 2011).

Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat seseorang yang sebati dengan
diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personalitI unik
individu yang membezakan dirinya dengan individu lain (Cloniger,2008). Menurut Siti Fatimah
(1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ia bererti setiap individu ada cara
bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari.
Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani sahaja,
tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Menurut Shahabudin dan
Rohizan (2007), sahsiah bermaksud akhlak. Akhlak pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu
akhlak terpuji dan akhlak tercela. Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah
berdasarkan empat unsure dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak
(etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan
sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia.
Menurut Imam Al-Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri
individu iaitu melibatkan pngetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan
berkeluarga, mencari rezeki , perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan
pembanguan jiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai tarkrifan yang berbeza
terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang
bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa berfikir panjang.
Pembangunan sahsiah dari perspektif Islam bererti membina akhlak, peribadi dan tingkah laku
dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempuyai nilai murni dan
berdaya maju. Pembangunan sahsiah dari perspektif Barat, berdasarkan para pemikir seperti
Mark (1818-1883), Weber (1864-1920) dan Maslow (1908-1970) ialah keperluan fizikal dan
keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas
sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan
perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi.2002).
Is
u berkaitan sahsiah guru memberi kesan kepada dua aspek iaitu aspek diri dan aspek sekolah.
Dalam aspek diri guru itu sendiri, yang menyebabkan bertindak secara rasional ataupun
sebaliknya. Antara yang ciri-ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya,
tingkah laku yang biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan pemikirannya.
Apabila guru tersebut tidak menyiapkan Buku Rekod Mengajar, kesan pada dirinya ialah guru
tersebut akan memberi pelbagai alasan supaya terlepas daripada menyiapkan tugasan tersebut.
Selain daripada itu, dia juga akan terbiasa tidak menghantar Buku Rekod Mengajar untuk
ditandatangani oleh Pengetua , Guru Besar atau wakilnya.
Tindakan Guru Besar pada guru tersebut adalah dengan memberi amaran secara lisan.Tindakan
Pengetua atau Guru Besar seterusnya, jika didapati guru tersebut tetap tidak membuat Buku
Rekod Mengajar ialah dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada guru berkaitan. Tidak
membuat atau menyiapkan Buku Rekod Mengajar adalah satu kesalahan mengikut P.U.(A) 531
Seksyen 8(1) yang dikenakan penalti RM 500.00. Oleh yang demikian, hukuman ini adalah amat
merugikan diri guru tersebut.
Aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah

seperti kehadirannya di sekolah , mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan
serta mematuhi segala peraturan dan etika yang digariskan. Guru yang tidak membuat Buku
Rekod Mengajar bukan sahaja telah melanggar etika Profesion Perguruan, tetapi juga tidak dapat
mengajar dan mendidik muridnya mengikut masa dan jadual yang ditentukan. Ini akan memberi
kesan yang buruk kepada murid-murid yang memerlukan khidmat bakti guru terbabit. Proses
pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat berjalan dengan baik, murid-murid pula akan
mendapat akibat daripada perbuatan guru tersebut.
Selain daripada kesan yang akan diterima oleh anak-anak didik mereka, prestasi sekolah juga
akan turut terjejas. Peratus kelulusan mengikut subjek yang diajar oleh guru berkaitan akan
menunjukkan kemerosotan berikutan masalah yang dihadapi dan prestasi sekolah akan menurun.
Ini akan merugikan murid-murid, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan guru itu sendiri.
Murid-murid dan rakan-rakan sejawat dalam Profesion Perguruan juga akan mula menjauhkan
diri , jika masalah tersebut semakin teruk guru berkaitan akan semakin tertekan dan tidak
dinafikan dia akan melakukan perkara-perkara yang lebih buruk lagi. Hal ini akan menyebabkan
keadaan tidak akan terkawal, kecuali dengan memberi perkhidmatan kaunseling kepada guru
terbabit.
Sudah jelas dinyatakan di atas, dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai integriti amat penting di
tanam dalam jiwa guru-guru. Integriti juga adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten
bagi mendorong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan
yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia
adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten.
Contoh aspek guru yang berkesan hendaklah mempunyai nilai integriti dalam diri mereka. Ini
adalah kerana di dalam nilai integriti terkandung empat petunjuk di dalam nilai integriti iaitu
adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Guru perlu bersikap adil dalam pengajarannya di sekolah,
seperti masuk ke kelas tepat pada waktunya, keluar kelas mengikut masa yang ditetapkan, tidak
sepatutnya guru mengamalkan sikap curi tulang dan memberi ilmu pengetahuan kepada murid
tidak berdasarkan kepada rupa paras , tahap kepandaian, latar belakang keluarga murid dan
sebagainya. Guru juga perlu adil dalam memberi hukuman atau tugasan kepada murid.
Petunjuk yang kedua ialah amanah, guru sudah semestinya perlu mempunyai sifat amanah dalam
dalam mendidik murid-murid untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Guru
hendaklah menyampaikan maklumat yang benar, fakta yang jelas dan mengajar murid bercakap
benar. Ini adalah kerana guru menjadi role model kepada anak didiknya, segala ilmu yang
disampaikan haruslah benar dan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditentukan.
Guru perlu mendidik murid-muridnya supaya menjawab soalan dengan amanah dan berhati-hati
ketika menduduki kertas peperiksaan, tanpa boleh meniru jawapan orang lain atau mengambil
sumber maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang tidak dibenarkan. Ini akan dapat
membiasakan mereka melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. Petunjuk yang ketiga ialah
Akauntabiliti, Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri

Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat
jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan
untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil.
(KamusDwibahasa) Akauntabiliti bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan
dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap
pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Ia
juga bermaksud perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengetua atau guru besar
mengikut masa yang telah ditetapkan. Contohnya program yang perlu dijalankan adalah selama
sebulan, guru perlu menyediakan kertas cadangan, merancang aktiviti bersama Jawatankuasa
yang dilantik, menjalankan mesyuarat bersama guru besar atau pengetua membuat perbincangan
dan seterusnya memastikan program yang telah dirancang dapat dijalankan mengikut jadual yang
telah disusun.
Jika sesuatu program tidak dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya mengikut perancangan, guru
tidak boleh menyalahkan pihak lain atas perkara yang berlaku, kerana setiap permasalahan yang
melanda pasti ada sebab musababnya. Oleh yang demikian, seharusnya sebagai seorang guru
perlu ada sikap akauntabiliti. Kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya.
Guru perlu muhasabah diri sendiri dan cuba memperbetulkan kesilapan diri sendiri. Seorang
guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi
masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan
teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan
murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap
adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental,
politik, sosial dan perkara-perkara lain.
Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang
bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah
kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.
Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan
santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini
adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang
demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci,di pandang
serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya.
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai
seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan
maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap

proses pengajaran di sekolah.


Guru digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap
peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput
yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
fizikal.
Petunjuk yang terakhir ialah telus iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan telus,
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut apa yang telah diamanahkan.
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah
,guru mempunyai sifat telus terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain
tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru
displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatanjawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
PENUTUP
Harus diingat bahawa, pelakuan seharian kita sebagai seorang guru sentiasa diperhatikan dan
seringkali ditiru oleh pelajar. Seorang guru harus menunjukkan contoh yang terbaik supaya kita
menjadi role model kepada setiap pelajar kita. Jadi, sebagai seorang guru, kita seharusnya
memperbetulkan dan merperindahkan dulu budi pekerti dan kemoralan diri kita sebelum
menasihat atau menegur pelajar supaya pelajar menyanjung dan memartabatkan kita sebagai role
model terbaik untuk dirinya. Zaman telah berubah, peningkatan intelek, akademik, persekitaran
dan arus kemodenan telah banyak mengubah masyarakat moden kini yang lebih berpendidikan
tinggi dan berpengetahuan luas. Oleh yang demikian guru-guru perlu bersedia dari segi mental
dan fizikal untuk bersama-sama berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Yang Amat Berhormat Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita dalam membuat
transformasi sepertimana tema Hari Guru pada tahun 2011.
Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada
tahun ini walaupun Hari Guru akan disambut lebih dalm tempoh 2 bulan lagi, temanya dahpun
diketahui iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Jika dilihat pada tema ini secara
halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana
transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan
pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan
yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu
sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai