Anda di halaman 1dari 13

MUKADIMAH

Ilmu hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam.
Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati sejarah perkembangan ilmu hadith merupakan satu
gambaran praktikal bagaimana Allah menjaga kalam suci Nabi Muhammad salallahualaihi
wasalam. Penjagaan ini jelas diperhatikan melalui usaha para muhaddithin meriwayatkan
hadith dengan mementingkan kepada persoalan sanad dan matan. Alangkah prihatinnya para
ulama terdahulu meneliti masalah ini sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap perkataan
yang benar-benar muncul daripada Nabi salallahualaihi wasalam sehinggakan Abdullah bin
Mubarak rahimahullah pernah berkata;

...
Sanad itu di sisiku sebahagian daripada agama, jika tidak kerana adanya sanad nescaya
mudahlah orang bercakap apa sahaja yang disukai 1

APAKAH HADITH DHOIF


Hadith Dhoif adalah hadith yang lemah hukum sanad periwayatnya atau pada hukum
matannya, mengenai beramal dengan hadith dhaif merupakan hal yang diperbolehkan oleh
para Ulama Muhadditsin, Hadith dhoif tak dapat dijadikan Hujjah atau dalil dalam suatu
hukum, namun tidak boleh kita menafikan hadith dhoif, kerana hadith dhoif banyak
pembahagiannya, Dan telah sepakat jumhur para ulama untuk menerapkan beberapa hukum
dengan berlandaskan dengan hadith dhoif, sebagaimana Imam Ahmad bin Hanbal
menjadikan hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dewasa tidak membatalkan
1

Dr. Abdullah b. Abdul Hamid: 64:

1|

:Juz' 1:Maktabah Iman,t.t

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

wudhu, dengan berdalil pada hadith Aisyah ra bersama Rasul yang menyentuhnya dan lalu
meneruskan solat tanpa berwudhu, hadith ini dhoif, namun Imam Ahmad memakainya
sebagai ketentuan hukum thaharah. Hadits dhoif ini banyak pembagiannya, sebahagian ulama
telah menjelaskan kebolehan beramal dengan hadith dhoif bila untuk amal shalih, menaikkan
semangat, atau manaqib, inilah pendapat yang mutamad, namun tentunya bukanlah hadits
dhoif yang telah digolongkan kepada hadith palsu.
Sebahagian besar hadith dhoif adalah hadith yang lemah sanad perawinya atau pada
matannya, tetapi bukan bererti secara keseluruhan adalah palsu, kerana hadith palsu dinamai
hadith munkar, atau mardud, Batil, maka tidak sepantasnya kita menggolongkan semua
hadith dhaif adalah hadits palsu, dan menafikan (menghilangkan) hadith dhaif kerana
sebagian hadith dhaif masih diakui sebagai ucapan Rasulullah, dan tiada satu pun muhaddits
yang berani menafikan keseluruhannya, kerana menuduh seluruh hadith dhoif sebagai hadits
yang palsu bererti mendustakan ucapan Rasululllah dan hukumnya kufur.
Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang sengaja berdusta dengan ucapanku maka
hendaknya ia bersiap siap mengambil tempatnya di neraka (Shahih Bukhari hadits no.110),
Sabda beliau SAW pula : sungguh dusta atasku tidak sama dengan dusta atas nama
seseorang, barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka ia bersiap siap mengambil
tempatnya di neraka (Shahih Bukhari hadits no.1229), Cobalah anda bayangkan, mereka
yang melarang beramal dengan seluruh hadits dhoif berarti mereka melarang sebahagian
ucapan / sunnah Rasul saw, dan mendustakan ucapan Rasul saw.2
Hadith dhaif adalah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih sebagaimana
diterangkan melalui kajian para ulama hadith. Ini menjadikan hadith dhaif adalah hadith yang
tidak dapat dipastikan adakah ia benar-benar bersumber daripada Rasulullah SAW. Para
2

http://nabimuhammad.wordpress.com/hadits-dhoif/

2|

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

ulama hadith menegaskan bahawa hadith dhaif tidak digunakan dalam soal hukum-hakam
dan aqidah. Manakala hadith palsu pula ialah hadith yang sememangnya rekaan dan disalah
anggap sebagai hadith Rasulullah SAW.
Apabila ulama hadith mengemukakan pendapat tentang sesuatu hadith sebagai dhaif, mereka
akan mengemukakan bersama hujah atau bukti bahawa hadith itu adalah dhaif. Begitu juga
apabila mereka menyatakan tentang kepalsuan sesuatu hadith, mereka akan memberikan
bukti kukuh kenapa hadith itu diberikan gelaran palsu. Sikap ini perlu kita contohi. Ini
membuktikan mereka adalah pengkaji, bukannya menggunakan hati, ilham, mimpi atau apa
sahaja cara yang tidak dinilai sebagai kajian.
Kehadiran hadis mauduk atau palsu bermula sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w dan
berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus
politik, asabiah, fanatik mazhab dan sebagainya. Ianya dilakukan oleh orang Islam sendiri
yang lemah imannya dan juga oleh orang-orang munafik dan kafir zindik dengan pelbagai
dorongan dan tujuan.
Mauduk menurut bahasa atau etimologinya ia adalah nama subjek (( berasal
daripada perkataan ( ) atau) )yang mempunyai beberapa pengertian, antaranya
menggaris, mereka, menganggur dan melekat2; atau menjatuhkannya kerana tergugur
kedudukannya3.

TAKRIF HADIS MAUDUK( )


Menurut istilah atau terminologi pula, ia bermaksud berita yang dibuat-buat terhadap
Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda3; atau hadis yang direka atau diadaadakan terhadap Rasulullah s.a.w.
Sebenarnya ia bukanlah hadis tetapi dinamakan demikian sebagai suatu sindiran terhadap
perekanya yang mengatakan ia hadis. Hadis mauduk adalah seburuk-buruk hadis daif, malah
sebahagian ulama tidak menggolongkannya ke dalam kategori hadis daif dan tidak
menggunakan lafaz hadis padanya.
Para ulama bersepakat mengenai haram hukumnya meriwayatkan hadis sedemikian yang
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai
pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan beliau tahu

3|

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata dia telah terlibat dengan
pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran keras
terhadap golongan ini berdasar hadis,

Maksudnya, Sesiapa yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah tempat tinggalnya
di dalam neraka. (Riwayat Muslim).

Maksudnya, Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku hadis yang pada sangkaannya adalah
dusta, maka dia termasuk dalam kalangan pendusta.(Riwayat Muslim)
Mengikut pandangan Ibn Solah, hadis mauduk adalah seburuk-buruk hadis daif, dan tidak
halal diriwayatkan oleh seseorang yang mengetahui keadaannya dalam apa bentuk sekalipun
kecuali dengan disertakan penjelasan dan keterangan mengenai kepalsuannya
Sekadar rujukan yang didapati, sememangnya ada hadith dhaif dan palsu yang tidak
bercanggah dengan Al Quran dan hadith sahih. Dalam hal ini, kita boleh menyebut lafaz dan
maksud hadith tersebut dengan syarat kita tidak menyatakannya sebagai sabda Nabi atau
hadith Nabi. Contohnya seperti:
1. tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad,
2. sabar itu separuh daripada iman,
3. hikmah/ilmu itu adalah hak milik orang beriman yang hilang, maka di mana saja dia
menemuinya,dialah yang berhak menggunakannya,
4. dunia itu ladang akhirat,
5. dunia itu sesaat (satu tempoh masa yang singkat) maka isilah ia dengan taat, dan lainlain lagi.
Namun begitu, terdapat hadith dhaif dan palsu yang membawa maksud bercanggah dengan
apa yang telah ada di dalam Al Quran serta hadith sahih. Ada juga hadith dhaif dan palsu
yang menyusahkan dan membebankan. Ada juga yang membawa maksud yang pelik dan

4|

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

bertentangan dengan fakta juga logik akal. Apalah yang hendak disusahkan, gunalah hadithhadith sahih maka selesailah segala kekusutan dan masalah, insya Allah.
Menurut salah seorang pengkaji hadith masa kini, Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah: Hadithhadith palsu itu telah memberi kemudharatan dalam pelbagai aspek seperti aqidah, ibadah,
akhlak, pemikiran, sosial dan ia telah mencemarkan kesucian Islam dan kebersihannya. Dan
usaha untuk membebaskan diri daripada hadith-hadith palsu ini sangat susah dan memerlukan
kepada pembacaan yang berterusan dan peringatan yang tidak putus.
(Muqaddimah tahqiq buku al Mashnu Fi Marifat al Hadith al Maudhu karya Ali al Qari,
muka surat 6, cetakan Maktab al Mathbuat al Islamiyyah).
Menurut seorang lagi pengkaji hadith masa kini, Syeikh Syuaib al Arnaouth, penggunaan
hadith-hadith dhaif boleh membawa kepada sikap al Ghuluw (melampau) dalam agama dan
membanyakkan ibadah yang menyusahkan dan ini telah menghilangkan gambaran sebenar
tentang mudahnya Islam.
(Al Adab al Syariyyah karya Ibn Muflih, jilid 1, muka surat 289, nota kaki no.1, cetakan
Muassasah al Risalah)

HUKUM MERIWAYATKAN HADITH DHOIF


Sebahagian dari kaum muslimin menyangka bahawa masalah mengamalkan hadith-hadith
dhai'if untuk fadhaa-ilul a'mal atau targhib dan tarhib tidak ada khilaf lagi -tentang bolehnyadiantara para ulama. Dan menurut mazhab Imam Malik, Syafi'i, Ahmad bin Hambal, Yahya
bin Ma'in, Abdurrahman bin Mahdi, Bukhari, Muslim, Ibnu Abdil Bar, Ibnu Hazm dan para
imam ahli hadith lainnya, mereka semuat tidak membolehkan beramal dengan hadith dhaif
secara mutlaq meskipun untuk fadhaa-ilul a'mal. Tidak syak lagi inilah mazhab yang haq.
Karena tidak ada hujjah kecuali dari hadith-hadith yang telah tsabit dari Rasulullah shalallahu
'alaihi wasallam. Cukuplah perkataan Imam Syafi'i rahimahullahu ta'ala
Apabila telah sah sesuatu hadith, maka itulah mazhabku

5|

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

Adapun yang dimaksud oleh sebahagian ulama bahawa boleh beramal dengan hadith-hadith
dhai'if untuk fadhaa-ilil amal atau tarhib dan targhib ialah apabila telah datang nash yang
sahih secara tafshil yang menetapkan (itsbat) tentang sesuatu amal, baik wajib, sunat, haram
atau makruh, kemudian datang hadith-hadith dhai'if (yang ringan dhaifnya) yang
menerangkan tentang keutamaannya (fadhaa-ilul a'mal) atau tarhib dan targhibnya dengan
syarat hadith-hadith tersebut tidak sangat dhaif atau maudhu' (palsu) maka inilah yang
dimaksud oleh sebahagian ulama: boleh beramal dengan hadith-hadith dhaif untuk fadhaa-ilul
a'mal atau targhib dan tarhib. Akan tetapi para ulama yang membolehkan tersebut telah
membuat beberapa persyaratan yang sangat berat dan ketat.
Syarat pertama: hadith tersebut khusus untuk fadhaa-ilul a'mal atau targhib dan tarhib, tidak
boleh untuk akidah atau ahkaam atau tafsir Qur-an. Jadi seseorang yang akan membawakan
hadith-hadith dhaif terlebih dahulu harus mengetahui mana hadith dhaif yang masuk
bahagian fadhaail dan mana hadith dhaif yang masuk bahagian akidah atau ahkaam.
Syarat kedua: hadith tersebut tidak sangat dhaif apalagi hadith-hadith maudhu', bathil,
mungkar dan hadith-hadith yang tidak ada asalnya. Untuk membawakannya seseorang harus
dapat membezakan derajat hadith-hadith tersebut. Dan ini tidak dapat dilakukan kecuali oleh
orang-orang yang ahli dalam hadith.
Syarat ketiga: hadith tersebut tidak boleh diyakini sebagai sabda Nabi shalallahu 'alaihi
wasallam.
Syarat keempat: hadith tersebut harus mempunyai dasar yang umum dari hadith sahih.

Syarat kelima: hadith tersebut tidak boleh dimasyhurkan (diangkat ke permukaan sehingga
dkenal umat). Imam Ibnu Hajar rahimahullahu ta'ala mengatakan bahawa apabila hadith-

6|

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

hadith dhai'if itu dimasyhurkan nescaya akan terkena ancaman berdusta atas nama Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam.
Syarat keenam: wajib memberikan bayan (penjelasan) bahawa hadith tersebut dhaif saat
menyampaikan atau membawakannya.
Syarat ketujuh: dalam membawakannya tidak boleh menggunakan lafaz-lafaz jazm (yang
menetapkan), seperti: 'Nabi shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda' atau 'mengerjakan
sesuatu' atau 'memerintahkan dan melarang' dan lain-lain yang menunjukkan ketetapan atau
kepastian bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam benar-benar bersabda demikian. Tetapi
wajib menggunakan lafaz tamridh (yaitu lafaz yang tidak menunjukkan sebagai suatu
ketetapan). Seperti: 'Telah diriwayatkan dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam' dan yang
serupa dengannya dari lafaz tamridh sebagaimana telah dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam
muqadimah kitabnya al majmu'syarah muhadzdzab (1/107) dan para ulama lainnya.

BAHAYA HADITH DHOIF


1. Mengekalkan perpecahan dalam Islam
Berlakunya perselisihan pendapat yang jelas jika masing-masing ingin menegakkan pendapat
dalam menghurai dan mentafsir hadith dengan keyakinan tersendiri sedang Rasulullah
shallallahualihi wasallam bersabda: perselisihan pendapat pada umatku adalah rahmat."
Alangkah kejinya ungkapan tersebut dan banyak lagi perkataan yang semisalnya yang
mengakibatkan kaum muslimin abadi di dalam aqidah dan manhaj yang berbeza. Padahal
ayat-ayat dalam Al-Quran melarang berselisih pendapat dalam urusan agama dan menyuruh
bersatu. Seperti Firman Allah dalam Surat Al-Anfal ayat 46

7|

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam



46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya
kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan
cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.

Surat Ar-Rum ayat 31-32:




31. hendaklah kamu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk
kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu
kepadanya; dan kerjakanlah sembahyang Dengan betul sempurna; dan janganlah kamu
menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik 32. Iaitu orang-orang Yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut
kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak
bergembira Dengan apa Yang ada padanya (dari fahaman dan amalan Yang terpesong
itu).

Surat Hud ayat: 118-119:

8|

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam




118. dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan
umat manusia semuanya menurut ugama Yang satu. (tetapi ia tidak berbuat demikian)
dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
119. tetapi orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (Mereka bersatu di
Dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan
manusia. dan Dengan Yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku
akan memenuhi neraka jahannam Dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

2. Kaum muslimin tidak lagi menjadikan Al-Quran dan AsSunnah sebagi sandaran kebenaran dan hakim
Syaikh Al-Albani berkata: "Diantara dampak buruk hadits ini adalah banyak kaum muslimin
yang mengakui terjadinya perselisihan sengit yang terjadi diantara 4 madzab dan tidak pernah
sama sekali berupaya untuk mengembalikannya kepada Al-Quan dan Al-Hadits." [AdhDhaifah: I/76]

3. Umat Islam tidak dilihat sebagai umat yang terbaik lagi


Ini kerana hadith palsu tersebut menjadi dinding bagi seorang Muslim untuk beramar maruf
nahi mungkar, seorang muslim tidak lagi menegur saudaranya yang berbuat salah dalam
syirik, kekufuran, dan bidah serta maksiat disebabkan meyakini hadits palsu tersebut. Kerana
mereka menganggap semua itu sebagai suatu perbezaan yang hakikatnya adalah rahmat,
sehingga tidak perlu untuk mencegah kemungkaran. Akibatnya, predikat ummat terbaik tidak
lagi disandang oleh umat Islam, karena telah meninggalkan syaratnya yakni Amar Maruf dan
Nahi Mungkar.

9|

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

4. Ancaman dan kecaman yang keras dari Nabi, kerana


berkata dengan menggunakan nama Rasulullah secara
dusta.
Rasulullah bersabda : "Barang siapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah
ia siapkan tempat duduknya dari api neraka" [Riwayat Bukhari-Muslim]. Hendaklah takut
orang-orang yang mengada-adakan perkataan dusta atas nama Rasulullah, demikian pula
orang-orang yang menyebarkan dan mendongengkan kisah-kisah palsu dan lemah yang
hanya muncul dari prasangka belaka yang padahal prasangka itu adalah seburuk-buruk
perkataan.

5. Meninggalkan perintah Allah


Kesan lanjutan dari hadith palsu tesebut, karena ketika seseorang menyamakan perselisihan
aqidah, halal dan haram, serta segala sesuatu yang telah tegas digariskan oleh dua wahyu,
maka di saat yang sama ia telah meninggalkan perintah Allah untuk menuntaskan setiap
perselisihan kepada Al-Quran, dan As-Sunnah. Sebagaimana Allah berfiman :




59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan
kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

10 |

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

[An-Nisa:59]

6. Melemahkan kekuatan kaum Muslimin serta membuka


jalan bagi orang-orang kafir untuk menghancurkan
Islam dari dalam
Syaikh Ali Hasan dalam kitabnya "ushul bida" mengisyaratkan dampak buruk hadist tersebut
yang dapat melemahkan kaum muslimin dan menjatuhkan kewibawaannya, kerana hadith
palsu tersebut menebarkan benih-benih perpecahan di tubuh kaum Muslimin, sedangkan
Allah berfirman



46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantahbantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan
kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya
Allah beserta orang-orang Yang sabar.

[Al-Anfal: 46]

KESIMPULAN
Cuba kita bayangkan mereka yang bertemu dengan hadith-hadith seperti di atas dalam
keadaan tidak tahu dan mereka menyangka hadith-hadith tersebut sahih. Bagaimana agaknya
pemikiran dan amalan mereka serta pandangan mereka terhadap Rasulullah, hadith-hadithnya
dan ajaran yang dibawa oleh Baginda? Di sinilah terletaknya kepentingan mengetahui
kesahihan sesuatu hadith dan membezakan di antara hadith-hadith sahih daripada hadithhadith palsu dan dhaif.
Kajilah kesahihan hadith walau sekadar bertanya kepada rakan-rakan yang lebih tahu.
Sekiranya mampu, carilah pendapat ulama hadith terdahulu dan masa kini. Sekiranya lebih
mampu, kajilah sumber dan sanad sesuatu hadith. Menurut salah seorang ulama hadith
terkenal, Abdullah Ibn al Mubarak, di dalam hadith sahih sudah ada segala yang mencukupi
tanpa perlukan kepada yang dhaif.

11 |

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

BIBLIOGRAFI
Azami, M. M. (1989). Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ehsan, A. H. (2003). Ilmu Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalik, A. A.-R. (2005). Kesan Hadith-hadith Daif & Mauduk Terhadap Aqidah Islam .
Johor: Jahabersa.
Mohd Fikri Bin Che Hussain, R. M. (2006). Sejarah Perkembangan Hadis . Johor Bahru:
Jahabersa & Co .
Yahya, A. F. (1997). Mari Mengenal Ilmu Hadith . Johor: Jahabersa.
Zin, R. A. (1997). Pengantar Ulum Hadith. Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise.

http://www.darulkautsar.com/article.php?page=6&ArticleID=453
http://almadini.wordpress.com/2007/12/17/kesan-hadith-palsu-dan-dhaif-terhadapkehidupan-muslim

12 |

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

http://ustaz.blogspot.com/2006/03/penjelasan-hadith-muallaq-dhaif-di.html
www.al-ahkam.net

13 |

Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu Kepada Masyarakat Islam

Anda mungkin juga menyukai