Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN SAINS SOSIAL


Sains sosial adalah satu cabang ilmu yang muncul kesan usaha sesetengah ahli fikir Barat
khususnya di Eropah, untuk menjelaskan fenomena dan isu-isu yang berbangkit dari semasa
ke semasa di rantau itu berasaskan prinsip-prinsip logik dan rasional seperti yang telah
diamakan dalam sains tulen. Pertumbuhan cabang ilmu ini berkait rapat dengan penerimaan
secara meluas satu epistemologi (teori tentang pengetahuan) baru di kalangan anggota
masyarakat Barat yang mengandaikan bahawa setiap satu benda di alam nyata boleh
diselidiki secara sistematik dan objektif. Ini termasuk tingkah laku manusia, hubungan sosial
yang terjalin di kalangan anggota masyarakat dan jenis, organisasi serta fungsi kelompok
sosial yang terbentuk dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, perkembangan sains sosial ada
kaitan rapat dengan tiga perkara berikut iaitu :

Pemantapan falsafah rasional


Pengaplikasian kaedah saintifik untuk menyelidiki fenomena sosial
Pendidikan masyarakat tentang bagaimana isu-isu sosial harus ditangani dan diselesaikan
demi kepentingan bersama.

Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat.
Secara khusus, sains sosial merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara
manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk
membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut. Dalam kata lainnya,sains sosial ialah
himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian tentang manusia,budaya dan
masyarakat,iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial
dan jalinan sosial sesama mereka.

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI BARAT


ZAMAN PERTENGAHAN
Sains sosial

ialah ilmu yang mengkaji manusia dan masyarakat secara saintifik

mahupun sistematik berasal di Eropah. Kewujudannya berkait rapat dengan usaha gigih para
pemikir di rantau itu untuk menyakinkan orang ramai bahawa pengetahuan yang diperolehi
melalui penakulan( reasoning) lebih baik daripada pengetahuan yang didasarkan kepada
tradisi atau autoriti orang yang dianggap berwibawa seperti golongan bangsawan dan
agamawan.

Usaha ini bermula sejak abad ke- 17 lagi dan mencerminkan rasa tidak puas hati
sesetengah ahli pemikir Eropah terhadap sifat dan fungsi tradisi ilmu yang telah dibangunkan
oleh golongan bangsawan dan agamawan pada zaman pertengahan ( 500-1450). Sistem ini
bukan sahaja mengiktiraf kedudukan tinggi golongan bangsawan dan kuasa mereka untuk
memimpin rakyat jelata yang kebanyakannya terdiri daripada kaum petani, tetapi juga
memberi kuasa penuh kepada gereja katolik untuk membagun tradisi ilmu. Yakin dengan
falsafah kristian, golongan agamawan telah mengembangkan satu tradisi ilmu yang bersifat
teleologikal dan diasaskan kepada kepercayaan kepada tuhan adalah sumber- sumber
pengetahuan.

Tradisi ilmu pada zaman pertengahan hanya menggalakkan penelitian tentang isu- isu
keagamaan yang abstrak seperti penciptaan, sifat tuhan, sifat malaikat dan sebagainya. Kajian
tentang alam nyata, baik alam fizikal mahupun social dianggap tidak mungkin dilakukan.
Sekiranya terdapat orang yang melakukannya juga, tindakan itu dianggap menyalahi agama
dan undang- undang seta boleh dikenakan hukuman oleh pihak yang berkuasa. Tradisi ilmu
yang dibangunkan oleh gologan agamawan pada zaman pertengahan menggalakkan
masyarakat bersikap fatalistik, tidak kritis dan menerima secara pasif sebarang penjelasan
tentang realiti hidup yang dikemukakan oleh cendiakiawan, yang kebanyakkannya terdiri
daripada orang bangsawan dan agamawan.

ZAMAN PENCERAHAN (1450-1650)

Pada zaman ini beberapa ahli pemikir Eropah telah menjumpai semula falsafah
rasional yang dipopularkan oleh ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle, Archemedes dan
Socrates pada abad ke tiga dan keempat sembelum masihi. Ahli-ahli falsafah tersebut
menggunakan logik untuk menjelaskan beberapa aspek realiti sosial seperti sifat
masyarakat,sifat undang-undang, fungsi pasar dan peranan pemerintah. Falsafah rasional atau
rasionalisme yang cuba dihidupkan semula oleh pemikir zaman Renaissance menjadi asas
pemikiran yang dominant pada abad ke 17. Penerimaan dan pemantapannya dalam
masyarakat Eropah berkait rapat dengan bidang ekonomi, pendidikan dan keagamaan pada
abad ke 17 dan abad ke 18. Perubahan ini hasil perluasan ekonomi perdagangan,
perkembangan sains fizikal, seperti fizik, matematik, astronomi dan geologi serta penyebaran
secara meluas falsafah Protestantisme. Ketiga-tiga peristiwa ini telah melemahkan sistem
feudal dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sains dan telah membebaskan
mindah masyarakat Eropah daripada dikuasai oleh pihak gereja dan golongan agamawan.

Pemikir zaman pencerahan sebenarnya juga terdapat di beberapa negara Eropah


seperti England, Perancis, dan Jerman. Terdapat ahli pemikir yang terlibat dalam politik dan
ada yang tidak serta ada juga di kalangan pemikir zaman pencerahan yang mempunyai idea
yang radikal tentang cara yang terbaik untuk menjamin kemajuan manusia dan ada yang
tidak. Satu golongan pemikir zaman pencerahn yang dianggap paling radikal sekali ialah
golongan Philosophe. Ahli philosophe ini aktif di Peracis dan terdiri daripada tokoh-tokoh
seperti Montesquieu, Rousseau, dan sebagainya. Mereka dikatakan radikal kerana menentang
habis-habisan Mazhab Katolik dan sistem feudal atas alasan bahawa unsur-unsur ini
membantut perkembangan mindah manusia dan kebebasan berfikir. Kedua, mereka
mengambil tindakan politik dengan berkempen supaya rakyat diberi kebebasan untuk
bersuara, mengemukakan pendapat dan merealisasikan bakat mereka. Seterusnya mereka
mendesak ahli falsafah supaya mengemukakan soalan- soalan yang kritikal mengenai sistem
sosial yang sedia ada dan bersedia membuat saranan tentang bagaimana sistem sosial yang
sedia ada boleh diubah sekiranya ia tidak sesuai dengan sifat semulajadi manusia.

2.0 DISIPLIN-DISIPLIN SAINS SOSIAL


Kini istilah sains sosial digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Memandangkan
pengetahuan tentang manusia dan masyarakat kini bertambah dengan begitu cepat sekali,
dirasakan bahawa kajian saintifik terhadap fenomena sosial merupakan tanggungjawab bukan
satu tetapi beberapa sains sosial. Berikut adalah keterangan ringkas tentang beberapa disiplin
sains sosial.
2.1 Sejarah
Kajian tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku biasanya sehubungan dengan
perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat, kawasan, negara atau
rantau tertentu. Seorang mengkonstruksi semula sejarah sesebuah komuniti, bangsa, negara
dan tamadun manusia berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen
lama seperti surat, diari, catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi.

2.2 Sains Politik


Kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa dalam system politik yang berbeza-beza. Ahli
sains politik biasanya meneliti sumber kuasa, bagaimana seseorang menggunakan kuasa,
siapa yang menggunakannya, perebutan kuasa dan proses mengawal dan menghadkan
penggunaan kuasa. Isu-isu yang lazimnya diminati ahli sains politik termasuklah konflik dan
kestabilan dalam sesuatu sistem politik, barisan politik dan organisasi, badan-badan dalam
sistem pentadbiran seperti politik, kelompok, kepentingan dan pertubuhan bukan-kerajaan.

2.3 Ekonomi
Kajian tentang pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam
system ekonomi yang berbeza-beza. Ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada bagaimana
sebuah masyarakat menentukan apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapakah sumber
produktifnya yang terhad digunakan. Di antara perkara yang diminati ahli ekonomi termasuk
pola-pola gunatenaga manusia berhubungan dengan perubahan demografi, pertukaran
barangan, penentuan harga barangan serta sistem perbankan.

2.4 Psikologi
Kajian tentang tingkahlaku dan proses menta manusia. Ahli psikologi lazimnya meneliti
individu, interaksi semuka (face-to-face interaction) dan kelompok kecik untuk memahami
antara lain mekanisme yang terlibat dalam proses pengamatan dan pembelajaran,
pembentukan sahsiah, identity kendiri dan struktur-sttruktur kognitif.

2.5 Undang-undang
Kajian yang memfokuskan kepada peraturan yang mengawal tindakan manusia dan statut
atau rang undang-undang yang digubal dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Ilmuwan
social yang meminati fenomena undang-undang biasanya menganalisis jenis undang-undang,
sistem undang-undang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik, hubungkait institusi
undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah masyarakat.

2.6 Linguistik
Kajian saintifik tentang bahasa dan pertuturan. Ahli linguistik meneliti bermacam-macam
aspek tentang bahasa. Misalnya , bagaimana bahasa-bahasa manusia berbeza-beza atau
berkaitan antara satu sama lain, bagaimana manusia menyusun perkataan, simbol dan bunyi
untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sejauhmanakah bahasa mempengaruhi
pengamatan dan pemikiran manusia. Hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya.

2.7 Antropologi
Kajian tentang manusia yang merangkumi beberapa sub-disiplin yang meninjau
perkembangan biologi manusia, hubungan biologi antara kelompok-kelompok manusia dan
prinsip-prinsip yang mendasari

tingkahlaku dan hubungan dalam sesebuah masyarakat

biasanya masyarakat bukan Barat. Sub-disiplin antropologi

terdiri daripada fizikal,

arkeologi, genetik dan antropologi sosial. Manakala ahli antropologi sosial turut
menumpukan perhatian kepada budaya, tingkahlaku manusia, nilai, peraturan dan adat resam
yang dihasilkan oleh manusia dalam masyarakat tertentu.

2.8 Sosiologi
Kajian tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya dan gaya hidup dalam sebuah
masyarakat. Ahli sosiologi lazimnya mengkaji masyarakat maju, industri dan moden serta
meninjau aspek-aspek tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat tersebut.

3.0 PEMIKIR-PEMIKIR

3.1 THOMAS HOBBES


Pada zaman pencerahan, minat untuk memahami alam semula jadi atau persekitaran fizikal
dan manusia secara labih mendalam dan saintifik telah meningkat dengan positif. Seiring
dengan itu, gedung ilmu pengetahuan atau store of knowledge juga turut berkembang
dalam usaha untuk menambah ilmu pengetahuan saintifik tentang alam fizikal dan dunia
sosial. Perkembangan ini sebenarnya didorong oleh kepercayaan yang wujud bahawa
tamadun manusia telah maju, maka pemikiran manusia juga harus maju. Perkembangan yang
baik ini turut dipelopori oleh pemikir-pemikir zaman pencerahan dan salah seorang
daripadanya ialah Thomas Hobbes. Thomas Hobbes hidup diantara tahun 1588 hingga 1679
dan hasil karya beliau yang paling berpengaruh ialah Leviathan.

Tulisan Thomas Hobbes yang dimuatkan dalam Leviathan telah banyak mengupas
dan memperkatakan tentang bentuk pemerintahan atau kerajaan yang terbaik. Menurut
pandangan beliau, manusia pada asasnya jahat dan hidup dalam keadaan penuh anarki.
Oleh sebab itu, beliau menyatakan manusia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk
melindungi mereka daripada diri mereka sendiri. Apa yang dimaksudkan oleh Thomas
Hobbes ialah dengan memiliki kerajaan yang kuat, manusia dapat dikawal dan melaluinya
akan terhasil kedamaian kerana manusia secara tidak langsung rela mengongkong kebebasan
peribadi mereka. Hal ini secara jelas telah memperlihatkan sumbangan Hobbes dalam sains
sosial dan menjurus kepada bidang politik dan berkerajaan. Jika diteliti dengan lebih kritikal,

tersirat dalan saranan Hobbes ialah sokongannya terhadap kuasa mutlat raja untuk
memerintah dan baginya itulah yang terbaik untuk mengawal masyarakat.

Melihat kepada konteks ilmu sains sosial, Thomas Hobbes telah banyak
menyumbangkan idea yang menjadi sumber pengetahuan kepada masyarakat hari ini. Beliau
mempunyai pandangan

tersendiri dan mampu meninggalkan impak yang besar kepada

masyarakat. Oleh sebab itu, wajarlah beliau dianggap sebagai pengasas ilmu sains politik
sehingga digelar bapa sains politik.

3.2 JOHN LOCKE (1632-1704)

Locke menjadi sangat terkenal melalui teori pengetahuan empiristis yang beliau tulis di
dalam karyanya An essay concerning human understanding (1686) dan berkat pendapatpendapatnya mengenai pemerintahan negara yang dihuraikan dalam bukunya

iaitu Two

treatises of government (1960). Locke melihat manusia dilengkapi dengan keinginan untuk
berkuasa dan perlu berusaha untuk memperolehi keinginannnya. Beliau dianggap sebagai
salah seorang dari pemikir- pemikir liberal yang terpenting pada zamannya.

Locke sangat menghormati milik peribadi manusia. Locke merupakan seorang


pemikir yang menyokong demokrasi dan

mementingkan hak- hak semulajadi manusia

seperti kebebasan terutama dalam bidang ekonomi. Munurut Locke, manusia perlu berusaha
untuk memperoleh keinginannya dan perlu bijak menggunakan sumber pengeluaran yang
terhad bagi memenuhi kepuasan manusia. Sekiranya manusia bijak menggembleng sumber
pengeluaran yang terhad maka faedah yang lebih besar akan diperolehi dalam jangka masa
panjang.

Menurut Locke, anarki adalah sesuatu yang tidak bagus kerana ia hanya
mendatangkan kerugian yang lebih besar daripada memperolehi keuntungan. Hal ini kerana

sekiranya keadaan huru- hara berlaku akan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan harta
benda dan alam sekitar. Apabila anarki ini berlaku maka kerugian yang perlu ditanggung
adalah besar dan pembangunan sukar untuk dijalankan. Kesannya, negara akan menjadi
mundur dan masyarakat hidup menderita.

Locke sangat optimis terhadap demokrasi. Menurut Locke sistem sosial yang tidak
seimbang berkait rapat dengan ekonomi. Menurut Locke, individu yang bekerja keras akan
menjadi lebih kaya. Namun, Locke kurang memberi perhatian kepata masalah social dari segi
kemiskinan.

3.3 MONTESQUIEU 1689-1755

Montesquieu merupakan ahli pemikir barat yang tersohor dalam menyumbangkan


kepada perkembangan tradisi ilmu sehingga kini. Beliau merupakan seorang bangsawan yang
kaya dan aktif dalam politik dan dianggap sebagai pengasas teori dan kaedah sosiologi.
Antara tulisan yang dihasilkan oleh beliau ialah Considerations on the Greatness and
Decadence of the Romans, The Spirit of Law, The Persian Letters 1721 dan sebagainya. Di
dalam bukunya yang bertajuk The Persian Letters 1721 Montesquieu telah mengkritik gaya
hidup dan kebebasan golongan kaya Peracis kerana lebih mementingkan kekayaan dan jurang
perbezaan kekayaan begitu tinggi menyebabkan golongan yang kaya terus kaya dan golongan
miskin bertambah miskin. Selain itu beliau juga mengkritik pihak gereja kerana
mementingkan ilmu teologi berbanding ilmu pengetahuan yang lain. Beliau menekankan
bahawa ilmu pengetahuan penting dalam perkembangan masyarakat dan hidup secara
berorganisasi.

Didalam bukunya yang seterusnya iaitu Considerations on the Greatness and


Decadence of the Romans telah menyatakan bahawa perlu adanya hubungan masyarakat di
dalam sesuatu organisasi supaya manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain bagi
menambahkan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar fikiran. Beliau juga menyatakan bahawa
hubungan antara kekuasaan dan kebebasan manusia dengan prinsip yang mendasari

organisasi politik seperti republik, sistem beraja, dan depotisme. beliau telah

memilih tiga

bentuk pemerintahan iaitu monarki, republik, dan depotisme. kriteria pembahagian bentuk
pemerintahan tersebut adalah berdasarkan pembahagian kuasa dan cara pelaksaan kekuasan
tersebut, di samping perlu ada prinsip-prinsip tertentu iaitu, perasaan yang harus ada
fungsinya dalam bentuk pemerintahan tersebut (Aron 1968, 26). Monstesquieu sangat
menyokong pemerintahan inggeris yang berbentuk monarki kerana diberikan kekuasan
eksekutif namun pemerintahan jenis ini dikendalikan oleh kuasa legislatif dimana ia dipegang
oleh parlimen iaitu dipegang oleh golongan aristokrat ataupun golongan menengah. Dalam
bentuk monarki mempunyai integrasi didalam kelompok yang berjuang untuk kekuasaan.
Bentuk pemerintahan republik pula adalah mementingkan pemerintah dimana semua kuasa
adalah terletak ditangan pemerintah.

Dalam bukunya yang seterusnya iaitu The Spirit of Law beliau telah menyatakan
kedudukan dan pekerjaan telah mempengaruhi pandangan hidup seseorang dan beliau juga
telah mengiktiraf bahawa amalan dalam bidang ekonomi iaitu politik, kebudayaan dan faktor
fizikal boleh mempengaruhi tindakan manusia beliau menyatakan bahawa sejumlah manusia
sifatnya adalah tidak boleh diubah iaitu usaha untuk mempertahankan diri, untuk wujudkan
perdamaian dan untuk hidup bersama-sama dengan manusia lain. Hal ini menjelaskan
bahawa manusia adalah hidup secara bersama-sama. Selain itu Monstequieu menganggap
faktor-faktor geografi dan iklim adalah sangat penting dan beliau telah mengeluarkan
pernyataan iaitu di negeri-negeri yang beriklim dingin, orang hanya sedikit memiliki selera
bagi kesenangan hidup dan di negeri-negeri yang beriklim sedang orang memilikinya lebih
banyak dan di negeri-negeri panas selera mereka hebat sekali .(Aron 1968,40).Secara
kesimpulannya ialah Monstequieu telah memberikan sumbangan-sumbangan yang penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan tentang masyarakat.

3.4 JEAN JACQUES ROUSSEAU ( 1712-1778 )

Rousseau merupakan orang Swiss yang berasal daripada Geneva serta dibesarkan dalam
kebudayaan Protestan dan bukannya Katolik. Rousseau juga bukan merupakan golongan
bangsawan dan bukan juga berasal dari golongan warga kota, akan tetapi beliau merupakan
anak kepada seorang tukang. Hal ini menyebabkan beliau mempunyai kesukaran dalam
meneruskan kehidupannya dan keadaan ini lah menjadi pencetus kepada beliau untuk
menyarankan pendapat tentang keadaan sains sosial pada zaman Pencerahan. (Hawthron
1976, 20). Dalam karya beliau yang bertajuk A Discourse on the moral effects of the arts and
sciences (1754). ( Suatu pembahasan tentang efek-efek moral seni dan nilai), Rousseau cuba
mengemukakan pandangan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan telah menyebabkan
kerutuhan moral. Malahan itu, keadaan ini telah melemparkan kritikan kepada pencetakan
dan mengatakan bahawa peradaban telah mempunyai pengaruh yang kuat dalam merosakkan
manusia.

Selain itu, karya Rousseau lain yang bertajuk The Social Contract (1762) (Kontrak
Sosial) menyatakan bahawa Manusia dilahirkan bebasdan di mana pun ia dibelenggu.
Rousseau menyatakan nasib ini kebanyakannya menimpa orang-orang miskin dan orangorang tidak berdaya yang kewujudannya saja sudah merupakan bantahan yang menentukan
terhadap gagasan kemajuan dan kesempurnaan. Dengan semangat yang tinggi, Rousseau
melihat ketidaksamaaan sosial dan politik, kekuasaan kaum kaya dan tidak berdayanya kaum
miskin. Rousseau juga tidak membatasi pandangan dan kritikannya dalam melihat
kemiskinan sebagai sesuatu yang misteri sahaja tetapi ia juga memperhatikan situasi mereka
yang kehilangan pegangan, kepastian dan keamanan. Hal ini menyebabkan Rousseau ingin
membuat sesuatu terhadap keadaan ini dan bukan sekadar menyibukkan diri dalam perkaraperkara yang tidak mendatangkan faedah malahan itu Rousseau cuba untuk menangani
masalah ini dengan cara yang lebih radikal.

Antara sumbangan Rousseau pada zaman Pencerahan ialah beliau prihatin


kepada persoalan pendidikan (termasuk wanita). Rousseu telah menyatakan bahawa
pendidikan merupakan institusi yang penting kepada masyarakat kerana melalui pendidikan
manusia dapat berfikir secara rasional Hal ini telah menunjukkan manusia telah mula berfikir
tentang ilmu sains dan dan ilmu agama. Masyarakat pada masa ini mula memikirkan
pnakulan ilmu secara rasional dan saintifik. Oleh tu, masyarakat telah merasakan bahawa
pendidikan adalah wajar untuk semua kelompok masyarakat terutamanya untuk golongan
lelaki an wanita. Rousseau juga berpendapat bahawa pendidikan bukan sahaja untuk
golongan lelaki tetapi perlu juga ditekankan kepada golongan wanita. Status golongan wanita
dianggap rendah tarafnya kerana wujudnya sistem feudal yang mengelaskan kelompok dan
golongan masyarakat kepada nilai dan status yang tersendiri. Penglibatan golongan wanita
dalam sistem pendidikan akan meningkatkan status sosial wanita. Pendidikan pada masa ini
melalui tiga tahap iaitu tahap teologi, metafizik dan tahap sains atau positif dan kajian
manusia adalah secara sistematik dan sainntifik serta penakulan manusia berlaku secara
human reasoning.

Rousseau juga menyarankan individu pada dasarnya adalah baik dan stabil. Hal ini
kerana individu merupakan kelompok manusia yang mempunyai nilai-nilai dan sifat-sifat lain
yang berkembang. Sesebuah masyarakat dapat wujud dengan sempurna jika ahlinya rasa
terjamin dari segi emosi dan masyarakat yang bersandar kepada realiti. Masyarakat manusia
juga dianggap seakan-akan sebuah mesin yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu.
Sekiranya satu bahagian mesin itu rosak, ia perlu dibuang dan digantikan dengan yang baru.
Oleh itu, mereka penting diberi pendidikan yang sewajarnya supaya dapat memenuhi peranan
sistem sosial yang lebih baik.

KESIMPULAN
Sains sosial bukan produk tempatan. Ia berkembang di Barat, khususnya di Eropah seiring
dengan usaha para cendiakawan yang dipengaruhi oleh falsafah rasional untuk
memartabatkan sains selain menggalakkan pemikiran yang kritis di kalangan masyarakat
serta menolak peranan ketuhanan dan agama bagi menjana pengetahuan dan menentukan
kebenaran. Usaha bagi untuk mengkaji kesan sains sosial dengan mendalam sekali. Hal ini
kerana, mereka juga mengemukakan pelbagai kerangka teoritis untuk dijadikan rujukan dan
panduan oleh ilmuan sosial semasa membuat penyiasatan dan analisis tentang realiti sosial
selain menyatakan bahawa alam manusia juga boleh diselidiki secara objektif, sistematik dan
saintifik seperti alam fizikal.

Namun, teori-teori sains sosial ini mempunyai implikasi yang berlainan kepada apa
yang perlu dilakukan oleh ilmuan sosial untuk pembangunan manusia dan masyarakat.
Falsafah negatif yang turut dikaitkan dengan pemikir Zaman Pencerahan misalnya inginkan
ilmuan sosial memusnahkan sistem sosial

yang sedia ada sebab ia tidak memberatkan

kebebasan individu untuk berfikir dan bersuara manakala falsafah positif yang diperkenalkan
oleh Auguste Comte, berharap kestabilan sistem sosial yang sedia ada dipulihkan sekiranya ia
telah tergugat akibat tindakan perubahan.

Sesuai dengan tradisi ilmu yang menggalakkan ilmuan sosial supaya lebih peka
terhadap apa yang berlaku dalam masyarakatnya, pemikir-pemikir Barat meneruskan usaha
ini dengan memperhalusi dan memodifikasi aspek-aspek tertentu falsafah rasional pada
Zaman Pencerahan. Sains sosial turut bertapak dan semakin berkembang di Malaysia, namun
pengajaran disiplin-disiplin sains sosial seperti ekonomi, linguistik, sosiologi dan lain-lain
adalah atas desakan sebarang gerakan intelektual untuk meraikan rasionalisme dan sains
seperti di Barat.

Sains sosial yang terdiri daripada pelbagai cabang ilmu dan cabang ilmu ini saling
berkaitan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat dalam sains sosial bagi
mengkonstruksi semula masyarakat secara rasional supaya keperluan asasi umat manusia
dipenuhi dan hak mereka terjamin melalui sikap aktivistik. Pengenalan dan pemantapan

sains sosial di Malaysia ini berkait rapat dengan program pembangunan selepas kemerdekaan
yang ingin menghasilkan tenaga kerja yang celik ilmu dan pengetahuan tentang manusia dan
masyarakat.

BIBLIOGRAFI

Durant, Will (1961) The Story Of Philosophy. New York: Simon & Schuster
Hunt, Elgin F. & Colander, David C. (1996). Social Sceince: An Introduction To The Study Of
Society. Boston: Allyn&Bacon.
Ross, Dorothy (1991). The Origins of American Social Sceince. New York: Cambridge
University Press.
Bruce and Howard. 1984. Social sceince research methods. New Jersey: Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai