Anda di halaman 1dari 46

Ketaksamaan Peluang

Pendidikan
Pengenalan
Kementerian Pelajaran berusaha menangani
jurang perbezaan dalam Sistem Pendidikan di
negara ini. Terdapatnya jurang yang perlu diatasi
dalam perancangan pelaksanaan pendidikan.

Kelas Sosial
Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan
kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.
Kelas Sosial wujud apabila segolongan
individu tidak mempunyai kedudukan yang
sama dari segi kuasa, politik, kekayaan,
pendapatan,
martabat,
pekerjaan
atau
hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat
dalam Masyarakat Kapitalis terbahagi
kepada 2 Golongan iaitu:-

(a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki


punca-punca pengeluaran, pengagihan dan
pertukaran.
(b) Proletariat: Masyarakat yang tidak
memiliki modal, sebaliknya hanya tenaga kerja
sahaja.
Institusi Sosial merujuk konsep utama dalam
memahami masyarakat dan Kebudayaan.
Antara contoh Institusi Sosial yang utama ialah
Institusi Keluarga, Institusi Agama, Institusi
Pelajaran, dll.

Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu


proses perubahan individu atau Kelompok
Sosial dari satu Lapisan Sosial yang lain
dalam satu Sistem Stratifikasi Sosial.
Dalam Sistem yang lebih terbuka,
peluang untuk Mobiliti Sosial adalah lebih
terbuka.
Sebaliknya, dalam Sistem Tertutup seperti
dalam Sistem Kasta yang bercorak tradisi,
Mobiliti Sosial jarang sekali berlaku.

Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan


pula
ditakrifkan
sebagai
pandangan,
pemikiran dan kepercayaan Negatif oleh
seseorang
atau
Sekelompok
Etnik
terhadap Kelompok Etnik yang lain.
Ini merupakan manifestasi Prasangka
yang wujud dalam kalangan Kumpulan
Etnik dan mudah berlaku apabila wujud
Prejudis dan Stereotaip dalam sesebuah
masyarakat.

Diskriminasi berlaku dalam banyak


bentuk sama ada berbentuk individu atau
kumpulan Etnik dan mencapai tahap
tertinggi apabila melibatkan pembuangan
kerja, serangan fizikal secara terbuka atau
percubaan
penghapusan
sesebuah
kumpulan Etnik.
Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga
merupakan satu bentuk diskriminasi yang
perlu dielakkan.

Diskriminasi dan Ketaksamaan peluang


pendidikan masyarakat telah wujud sejak
munculnya Kelas Sosial masyarakat dari
Sistem Feudal lagi.
Rakyat bawahan, golongan pembesar dan
golongan istana menerima Sistem Pendidikan
yang berbeza.
Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama
yang mana anak-anak dari golongan pentadbir
dan pembesar diberikan peluang untuk belajar
di sekolah yang dikhaskan untuk mereka.

Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality)


merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial
yang
merujuk
Ketidaksamaan
peluangpeluang atau ganjaran untuk manusia dalam
kedudukan sosial berbeza akibat daripada
Sistem Stratifikasi Sosial.
Rohand Meighan (1986),Ketidaksamaan
Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup
atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama.

Max Weber mengatakan ada 5


Kelas Sosial iatu:i. Golongan Bangsawan
(Aristokrat)
ii. Golongan Pertengahan Atasan
(Profesional)
iii. Golongan Pertengahan
Bawahan
iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru)
v. Golongan Bawahan (Kelulusan

Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam


kajiannya
mendapati
bahawa
terdapat
hubungan yang signifikan antara pencapaian
akademik dengan pendapatan ibu bapa dan
tahap pendidikan ibu bapa.
Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat
hubungan positif antara pencapaian akademik
dengan pendapatan keluarga.
Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat
memenuhi segala perbelanjaan persekolahan
anak-anak mereka.

Faktor Kelas Sosial ataupun Status SosioEkonomi


(SES)
jelas
mempengaruhi
pencapaian akademik murid.
Tahap
Kesihatan
seperti
kemudahan
mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat
dan kawalan penyakit juga menjadi faktor
kepada penerimaan peluang belajar dalam
kalangan murid.
Suasana tempat tinggal yang lengkap dan
keadaan persekitaran (Environment) turut
memberikan impak kepada jurang pendidikan.

Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah


ahli keluarga yang kecil atau besar, kes
penceraian, tahap pendidikan ibu bapa,
pengaruh
luar
yang
terdiri
daripada
masyarakat
dan
rakan
sebaya
juga
memainkan peranan terhadap pembentukan
Kelas Sosial dalam masyarakat.
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke3), kerajaan telah menekankan supaya semua
rakyat
di
Malaysia
menerima
peluang
pendidikan yang sama.

Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28


buah sekolah menengah yang masih belum
mempunyai bekalan elektrik 24 jam.
Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa
rendah dan tidak mencukupi untuk
menampung
penggunaan
Teknologi
Maklumat (ICT).
Cabaran KPM adalah untuk membekalkan
janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 3035KVa.

Terdapat
juga
sekolah
yang
mengalami
masalah
kekurangan
murid.
Sehingga than 2005, terdapat 2,261
(29.7%)
sekolah
rendah
yang
dikategorikan
sebagai
Sekolah
Kekurangan Murid.
Sekolah yang mempunyai kurang
daripada
250
orang
murid
dikategorikan
sebagai
Sekolah

Hampir 90% Sekolah Kekurangan Murid ini


berada dalam keadaan daif dan menghadapi
masalah kekurangan peruntukan, kemudahan
dan guru terlatih.
Penempatan guru di kawasan pedalaman sukar
dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh
di pedalaman.
Jumlah murid yang kecil pula menyebabkan
Sekolah Kekurangan Murid mengamalkan
pengajaran
Kelas
Bercantum
atau
Multigrade Teaching.

Cabaran KPM adalah untuk memastikan


agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan
latihan yang mencukupi diberi kepada
sekolah-sekolah di kawasan luar bandar
yang
kurang
terdedah
dengan
ICT
berbanding kawasan bandar.
Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan
dengan Akses Jalur Lebar SchoolNet dan
bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan
pedalaman serta pusat akses akan dibina.

Kementerian
Pelajaran
Malaysia
memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga
miskin dan golongan kurang upaya melalui
program pembangunan pendidikan dalam
usaha mengatasi Ketaksamaan pendidikan
dalam masyarakat di negara ini.
Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kita
menanam nilai dan kepercayaan dalam
mempromosikan
pembelajaran
dalam
kalangan rakyat Malaysia tanpa membataskan
mengikut Kelas Sosial Masyarakat.

Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:


i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
ii. Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
iii. Bantuan Makanan Asrama
iv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan
Murid.
v. Jaket Keselamatan
vi. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
vii. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
viii. Skim Baucer Tuisyen (SBT)
ix. Biasiswa Kecil Peruntukan (BKP) dan Biasiswa Kelas
Persediaan
x. Asrama Harian.

Kita perlu mengurangkan pendekatan yang


hanya memberi penekanan kepada aspek
membaca, menulis dan mengira.
Rakyat di negara ini perlu digalak
Memburu maklumat daripada sekadar
menerimanya secara pasif sahaja.
Segala bentuk pendekatan yang diambil
perlu diterima bagi menggalakkan rakyat
bersikap terbuka pada idea baru dan
berlainan.

Selain Budaya pembelajaran, masyarakat


Malaysia
juga
harus
meningkatkan
pembangunan dalam Budaya Analitikal.
Murid perlu dilatih merenung dan faham
apa, bagaimana, kenapa sesuatu
perkara itu kita lakukan.
Tanpa Budaya analitikal, setiap keputusan
dibuat
akan
menimbulkan
pelbagai
pandangan dan prejudis berbanding logik
dan bersebab.

Pembangunan intelektual pula sudah tidak lagi


menjadi perhatian utama dalam kebanyakan
masyarakat termasuklah negara-negara kaya
yang kelihatan enggan menyokong Budaya
tersebut.
Jika kita ingin membangunkan Modal Insan, kita
harus memiliki komuniti yang mengamalkan
Budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar
dan berfikir dan setiap Kelas Sosial perlu
diberikan hak yang sama dalam mendapatkan
ilmu pengetahuan tersebut.

Jantina
Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan
pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.
Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang
untuk menerima pendidikan pada ketika itu.
Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian
murid perempuan di Pengajian Tinggi telah
meningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun
1970 kepada 4.9% pada tahun (1991).
Peningkatan pencapaian dalam pendidikan
formal telah mempengaruhi kadar penglibatan
guna tenaga.

Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat


secara Makro penyertaan tenaga wanita dalam
proses pembangunan.
Faktor Pertama ialah kemudahan dan peluang
pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki.
Faktor Kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang
pesat dan perubahan dalam proses perindustrian.
Faktor Ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru(1971-1990) yang telah mempercepatkan
peralihan penglibatan wanita Melayu luar bandar
ke kawasan bandar.

Penyelidik
Aminah
Ahmad
(2000),
menyatakan
penglibatan
wanita
dalam
pendidikan sangat menggalakkan tetapi
masih wujud segregasi mengikut gender
dalam pendidikan di peringkat menengah,
sekolah vokasional dan teknik serta di Institut
Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.
Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang
dan peluang lebih dimonopoli oleh golongan
perempuan.

Kumpulan Minoriti
Kumpulan Minoriti merupakan sesuatu
kumpulan Etnik dalam sesebuah masyarakat
yang mempunyai jumlah ahli yang kecil.
Faktor Geografi mempengaruhi Budaya
sesebuah
kumpulan
itu.
Contohnya,
masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan,
Murud dan sebagainya.
Mereka hanya menerima pendidikan tidak
formal sahaja melalui keturunan atau
warisan daripada ibu bapa mereka.

Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai


alternatif antara kumpulan minoriti ini supaya
mereka tidak terus mengalami keciciran dalam
proses pembelajaran di sekolah.
Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi
perhatian supaya mereka tidak terus tercicir
dalam arus pendidikan.
Dasar kerajaan yang telah mewajibkan
pendidikan wajib kepada semua warganegara
merupakan salah satu cara untuk mengelakkan
keciciran berlaku.

Murid Berkeperluan Khas


Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr.
Chua Tee Tee (1982) merupakan satu
program pendidikan yang dirancangkan khas
untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa
dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.
Murid Berkeperluan Khas mempunyai
kecerdasan yang
amat rendah serta
menghadapi masalah penyesuaian diri
dalam masyarakat dan dalam program
sekolah biasa.

Kanak-kanak pintar-cerdas adalah golongan yang


mana kebolehan Mental jauh lebih tingggi daripada
rakan sebaya mereka.
Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi
mereka
berbeza
disebabkan
perkembangan
kebolehan mental mereka jauh lebih maju.
Antara konsep kendiri yang bakal mereka hadapi
ialah seperi phobia, perkembangan nilai dan moral,
keupayaan yang tidak seimbang, masalah
kemahiran
bersosial
dan
masalah
mengembangkan potensi.

Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang


memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu;
i. Kerencatan Mental
ii. Bermasalah Pembelajaran
iii. Kecelaruan Tingkah Laku
iv. Cacat Pendengaran dan Masalah
Komunikasi.
v. Cacat Penglihatan
vi. Cacat Fizikal
vii. Pintar-Cerdas dan Berbakat Istimewa

Kanak-kanak yang berkeperluan khas juga


menghadapi kecelaruan tingkah laku.
Mereka mempunyai tingkah-laku yang suka
menentang autoriti, tidak mematuhi undangundang, kurang bertimbang rasa dan suka
menyerang orang lain.
Kanak-kanak golongan ini adalah Hiperaktif
atau Hiperkinetik.
Kanak-kanak ini juga bersifat pendiam, sensitif,
pasif, tidak suka berkawan dan mudah
tersinggung.

Kanak-kanak Berkeperluan khas juga


menghadapi tingkah laku ketidakmatangan
yang agak ketara.
Mereka tidak
berminat belajar, sering
berkhayal dan tidak mengendahkan nilai diri
kendiri. Kanak-kanak ini juga mempunyai
tingkah laku anti-sosial.
Kanak-kanak ini sering bertindak liar dan
kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah
seperti memeras ugut, mencuri, ponteng, dll.

Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid Berkeperluan


Khas berbeza dari Murid Biasa dari segi Mental
(kognitif), Fizikal (keupayaan otot-otot dan
sendi),
Sosial
(interaksi
dan
komunikasi
interpersonal) dan Emosi (keupayaan menangani
perasaan).
Murid Berkeperluan Khas yang lain adalah seperti
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
Murid
ini
kurang
memberi
perhatian,
kurang
mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap
aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan tugasan
yang diberikan.

Murid akan ditempatkan berdekatan dengan


guru. Guru juga menghadkan ruang terbuka
untuk
mengurangkan
kesempatannya
bertingkah laku negatif.
Guru juga boleh mengurangkan rangsangan
dan hanya membenarkan murid bergerak di
suatu kawasan yang tertentu sahaja.
Guru perlu mengurangkan kerja tugasan,
pecahkan tugasan kepada beberapa unit kecil
serta elakkan memberi kerja atau latihan
ulangan.

Guru disarankan sering memberikan Peneguhan


Positif daripada Negatif.
Guru perlu menyediakan program latihan sosial
bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus
belajar dan bersaing dengan murid normal yang
lain.
Akta Pendidikan Khas 1961, telah memberi
kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk
menyediakan
kemudahan
Pendidikan
khas,
menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang
sesuai dengan jenis murid serta lain-lain tindakan
bagi mengembangkan Pendidikan Khas.

Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan


pada tahun 2004.
Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas
Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran
diwujudkan di sekolah harian biasa.
Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan
KPM seawal umur 4 tahun.
Kanak-Kanak
Kurang
Upaya
berusia
kurang
daripada 4 tahun mendapat pendidikan awal di Pusat
Kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan
Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti


(PDK) juga menyediakan pendidikan
kepada pelajar kurang upaya
dengan lebih daripada satu jenis
kecacatan kerana pada ketika
ini,
KPM
hanya
menyediakan
pendidikan
bagi
pelajar
yang
mempunyai satu jenis kecacatan
sahaja serta boleh mengurus diri
seperti
yang
tertakluk
dalam

Orang Asli
Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid
orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani
secara bersama dan bersemuka sejajar dengan
Dasar Pendemokrasian Pendidikan.
Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya
dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan
tentang pengurusan alam semulajadi.
Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan
alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di
mana tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai
serta cara pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).

Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun


bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu
Asli.
Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah
sebanyak 141, 230 orang.
Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian
dan bersifat sara diri.
Orang Asli masih terpinggir dalam arus
pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana
yang kurang legkap di tempat tinggal.

Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan


dengan latar belakang akademik yang
rendah (Mustaffa Omar, 2004).
Menurut JHEOA (1998), minat belajar
dalam kalangan masyarakat Orang Asli
masih berada dalam tahap yang rendah di
mana kecicicran yang dicatatkan pada
1998 adalah 45.8% dan kadar buta
huruf adalah 49.2% (Kadar Nasional
6.4%).

Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli


juga adalah rendah.
Ini turut didorong oleh faktor persekitaran
seperti ibu bapa yang kurang mengambil
berat mengenai pelajaran anak-anak mereka.
Cara hidup mereka masih tertumpu kepada
hutan telah mendorong ramai anak Orang
Asli berhenti sekolah lebih awal untuk
mengikut bapa mereka mencari rotan,
membantu ladang ubi dan padi bukit.

Indigenous
Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di
pedalaman Sabah dan Sarawak.
Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat
tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya.
Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum
Etnik manakala di Sarawak terdapat kirakira 24 suku kaum Etnik.
Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil
mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah
dan Sarawak.

Masyarakat Indigenous masih belum bersedia


menerima perubahan dalam dunia pendidikan
kerana masih berpegang kepada Budaya hidup
tradisional mereka (Indigenous Learning).
Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif,
antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai
Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu.
Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi
masyarakat indigenous tradisional merupakan
potensi sangat berharga.

Masyarakat Pedalaman
Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang
pendidikan bagi masyarakat pedalaman
kerana kurangnya guru pakar pengalaman
dalam satu-satu bidang.
Suasana persekitaran Fizikal dan SosioBudaya bagi kawasan pedalaman juga
kurang meransang. Tidak ada akses untuk ICT.
Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud
antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf
sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid.

Usaha untuk menangani jurang ni terus


mendapat
perhatian
kerajaan
sejak
Rancangan Malaysia Ke-3.
merapatkan
jurang
perbezaan
dalam peluang-peluang pendidikan
antara yang kaya dengan yang miskin
serta antara wilayah dan antara kaum
melalui pembahagian sumber-sumber
dan kemudahan negara dengan lebih
saksama (RMKe-3, 1976-1980).

Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak


mementingkan pelajaran.
Segala kesulitan yang dihadapi oleh muridmurid, secara tidak langsung menjadi satu
halangan kepada mereka untuk memajukan
diri.
Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan
ataupun tidak berpelajaran.
Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan
oleh guru-guru juga tidak menarik.

Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard


minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam
Sistem Pendidikan.
Sudah
menjadi
tanggungjawab
semua
untuk
merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru,
kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat
kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat
dalam Kementerian Pelajaran.
Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada
penyediaan
infrastruktur,
penempatan
guru
terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM),
Sekolah Orang Asli dan Sekolah di Pedalaman.

Anda mungkin juga menyukai