LIBERALISME
Wilayah Bengal
Tokoh: Ram Mohan Roy, Mahatma Ghandi
Konsep liberalisme banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat India. Terdapat 3 bahagian:
Untuk menyedari kebenaran ini kita seharusnya membebaskan diri kita daripada sebarang
ikatan.
Gandhi juga menyarankan ajaran Ahisa ajaran yang dimiliki oleh semua agama, iaitu
manusia mempunyai kewajipan untuk menghindari segala kejahatan yang dilakukan di
dunia.
Ajaran ini disandarkan kepaa beberapa bahagian ahimsa:
Pertama penyucian individu merupakan permulaan bagi kemerdekaan dan kesejahteraan.
Kedua perjuangan individu secara bersama dapat meningkatkan lagi kemajuan dan
perkembangan sesebuah masyarakat.
Gandhi lebih bersikap liberal dalam kelas sosial yang adil dan bukannya bersikap seperti
mana yang dituntut dalam kelas kasta.
Menurut beliau, semangat kecintaan dapat mengurangkan lagi jurang perbezaan identiti
dalam kehidupan yang realiti.
Beliau juga menyeru kepada rakyatnya supaya menjadi rajin untuk menghulurkan bantuan
serta kembali berbaik dengan hubungan murni antara manusia dan alam. Beliau yakin
bahawa penceraian dengan alam akan menimbulkan beberapa kesan buruk kepada mereka.
Pemikiran Gandhi adalah swadesi berusaha sendiri untuk memenuhi keperluan diri.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam menyucikan diri kerana rakyat boleh
berdikari.
Pemikiran beliau juga termasuklah pemikiran Hindu lebih kepada gerakan sosial,
bukannya eksklusif kasta untuk mencapai pembebasan diri daripada keinginan,
kemarahan, ketamakan dan keangkuhan.
Berdasarkan ajaran yang dibuat oleh Gandhi ajaran Gita berjaya mempengaruhi rakyat
jelata dengan sifat-sifat keseimbangan dalam diri. Ajaran Gita juga merupakan jalan
perhubungan yang sangat baik antara manusia dengan alam sekeliling.
Gandhi juga menunjukkan sifat liberalismenya dengan menentang hal pemilikan harta
yang cuba diambil alih oleh kerajaan dan perniagaan dijalankan dengan penuh amanah
oleh kerajaan tempatan.
Atas usaha beliau juga, peranan golongan kerajaan tidak lagi tertumpu hanya kepada
agama Hindu sahaja tetapi turut kepada agama lain.