Anda di halaman 1dari 21

NOVEL DI SEBALIK WAJAH

SINOPSIS
Novel Di Sebalik Wajah mengisahkan kesukaran hidup yanag terpaksa
ditempuh oleh seorang budak lelaki yanag sejak azalinya dilahirkan balar, berkulit
putih kemerahan, berambut kuning keemasan yang dinamakan sebagai Doktor Fikri.
Selepas bapanya , Cikgu Saiful berpindah ke pekan Menggatal, Doktor Fikri
bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal di tingkatan Dua Mawar. Di
sana, dia berkawan rapat dengan beberapa oranag rakan seperti Azizi, Suriani ,
Josy, Dayang Mahani dan Sanin.Walaupun sering diejek akan penampilannya yang
berbeza namun Doktor Fikri tidak pernah mengambil hati. Malah, dia mempelawa
rakan-rakannya itu ke rumahnya untuk melihat hobinya menanam sayur dan
memelihara ayam. Selain itu, Doktor Fikri juga gemar membaca. Oleh sebab itu,
terdapat perpustakaan mini di dalam rumahnya dan Doktor Fikri mempelawa rakanrakannya meminjam buku miliknya. Dia juga mengajak rakan-rakannya ke Tamu
Menggatal untuk bersama-sama menjual sayur-sayuran yang ditanam. Namun nasib
kurang menyebelahi mereka apabila hujan turun dengan lebatnya pada hari itu.
Akibatnya, hasil yang diperoleh kurang memberangsangkan.
Narius, Jais dan Jamadi ialah murid-murid nakal di sekolah Doktor Fikri.
Mereka merupakan murid-murid tingkatan empat. Mereka memeras ugut Doktor
Fikri untuk meberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun akhirnya mereka
tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di hadapan perhimpunan
sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada Doktor Fikri yang disangka telah
melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin.

Satu pemeriksaan mengejut dilakukan

di sekolah Doktor Fikri. Semasa

pemeriksaan dijalankan di tingkatan Dua Mawar, buku-buku perpustakaan, pen dan


dompet yang dilaporkan hilang oleh murid-murid di sekolah itu ditemui dalam beg
sekolah Doktor Fikri. Doktor Fokri dituduh mencuri oleh rakan-rakannya dan
hubungan mereka menjadi renggang. Hanya Josy yang mempercayai kata-kata
Doktor Fikri.
Walau bagaimanapun, rahsia akhirnya terbongkar jua setelah Narius dan rakanrakannya berjaya diberkas oleh pihak polis atas pelbagai kesalahan termasuk
mencuri basikal baharu

Doktor Fikri. Namun, niat baik Doktor Fikri memujuk

ayahnya supaya menjamin Narius menyebabkan Narius berasa kesal dan malu akan
sikap buruknya terhadap Doktor Fikri selama ini.
Selepas kejadian itu, hubungan antara Narius dan Doktor Fikri semakin rapat
.Hal ini menimbulkan keraguan rakan-rakannya yang bimbang Doktor Fikri
terpengaruh denga kelakuan buruk Narius. Narius dan rakan-rakanya masuk ke kelas
Tingkatan Dua Mawar dan
memperjelaskan kedudukan sebenar dan memohon maaf kepada rakan-rakan Doktor
Fikri. Narius dan rakan-rakannya juga menyampaikan sepucuk surat daripada Doktor
Fikri kepada rakan-rakan baik Doktor Fikri. Pemergian Doktor Fikri dan
keluaraganya ke Jepun amat memeranjatkan mereka.
Setelah setahun berlalu, Doktor Fikri dan keluarganya pulang ke Malaysia.
Kepulangan mereka disambut mesra oleh rakan-rakan Doktor Fikri di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Rakan-rakan Doktor Fikri menawarkan untuk
mengemaskan rumahnya yang telah lama ditinggalkan. Dalam pada itu, Doktor Fikri
turut memberikan cenderamata kepada rakan-rakan baiknya itu di samping
mencerikatakan pengalamannya berada di Jepun.

Doktor Fikri menyampaikan hasratnya untuk menawan puncak Gunung Kinabalu


kepada kedua-dua orang tuanya. Ibu dan bapanya bersetuju untuk menunaikannya.
Mereka berehat di Panalaban sebelum meneruskan pendakian. Semasa berada di
rumah rehat itu. Doktor Fikri telah bermimpi dikejar oleh seekor naga yang menjadi
dongeng masyarakat Dusun sehinggakan dia terjatuh dari katil dan menyebabkan
penghuni rumah rehat Panalaban berasa terkejut akan jeritan Doktor Fikri.
Tema
Dalam novel Di Sebalik Wajah, tema yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah
kehidupan suka dan duka seorang budak balar. Novel ini mefokuskan kehidupan
yang dialami oleh seorang budak balar yanag berambut kuning keemasan dan
berkulit putih yanag mempunyai nama yang unik iaitu Doktor Fikri. Dia menjadi
bahan ejekan dan sering dicemuh oleh murid-murid lain disekolahnya namun doktor
Fikri tetap bersabar. Kehadiran lima orang sahabat dalam hidupnya menceriakan
hari-harinya . Dia berkongsi minat membaca dan menjual sayur-sayuran di Tamu
Menggatal dengan rakan-rakannya. Akibat dendam . Doktor Fikri difitnah mencuri
buku dari perpustakaan oleh Narius dan rakan-rakannya. Namun, rahsia akhirnya
terbongkar apabila Narius ditangkap pihak polis kerana

mencuri basikal baharu

Doktor Fikri dan akhirnya dijamin keluar oleh bapa Doktor Fikri. Hubungan Narius
dan Doktor Fikri bertambah baik dan kemudian Doktor Fikri meninggalkan tanah air
bersama dengan keluarganya ke Jepun. Setahun kemudian Doktor Fikri pulang dan
rakan-rakan baiknya tyang dirindui.

Persoalan
Terdapat banyak persoalan yang boleh kita pelajari dalan novel Di Sebalik
Wajah. Antara persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis ialah kasih sayang
sesebuah keluarga. Kasih sayang ini ditunjukkan oleh Cikgu saiful terhadap
anaknya.Cikgu saiful menyayangi anaknya yang baru dilahirkan walaupun anaknya itu
cacat. Dia berharap agar anaknya itu kelak akan menjadi seorang yang berguna dan
mulia.
Selain itu, persoalan yang dapat dilihat ialah balasan ke atas perbuatan jahat.
Narius dan rakan-rakannya dikenakan hukuman setimpal kerana perbuatan jahat
mereka. Tanpa disangka-snagka perbuatan Narius dan rakan-rakannya memeras ugut
Doktor Fikri telah membawa akibat buruk kepada mereka.Mereka ditangkap dan
dihukum oleh pengetua di hadapan murid-murid lain sewaktu perhimpunan sekolah.
Persoalan seterusnya ialah jenayah dan gejala sosial. Persoalan ini dapat
dilihat melalui peristiwa Narius dan rakan-rakannya memeras ugut dan meminta
cukai keselamatan daripada Doktor Fikri. Mereka juga tergamak menghabiskan
bekalan makanan yang dibawa oleh Doktor Fikri ke sekolah. Di samping itu, mereka
juga turut terlibat dengan kegiatan mencuri basikal dan bergerak di bawah arahan
seorang ketua.
Persoalan lain yang ingin disampaikan ialah takdir yang tidak dapat dielakkan.
Cikgu saiful dan Puan Halipah reda akan nasib mereka dikurniakan seoanag anak yang
balar walaupun pada awalnya mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi
yang baru dilahirkan itu berbeza daripada bayi-bayi lain.Namun, pada akhirnya
mereka pasrah serta reda akan ketentuan Tuhan kerana pada pendapat mereka,
zuriat adalah anugerah buat setiap ibu dan bapa.

Akhir sekali, persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis ialah cinta akan
tanah air. Perasaan cinta akan tanah air dipamerkan oleh Doktor Fikri yang sering
teringat akan tanah air ketika berada di negara Jepun. Dia selalu berasa rindu akan
tanah air dan rakan-rakannya . Dia juga mengimpikan untuk menawan puncak Gunung
Kinabalu di Sabah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Watak utama dalam novel Di sebalik wajah ialah Doktor Fikri. Doktor Fikri berusia
14 tahun dan merupakan anak tunggal kepada Cikgu saiful dan Puan Halipah.
Bertubuh kecil dan sentiasa berpakaian kemas. Keadanya balar manakala rambutnya
pula kuning keemasan.
Perwatakan Doktor Fikri pula ialah seorang yang rajin dan berdikari. Sifat ini
terserlah apabila dia gigih memelihara ayam dan mengusahakan sayur-sayuran di
kebunya sehingga membuahkan hasil yang kemudiannya dijual di Tamu Menggatal.
Hasil jualannya disimpan pula sebagai persiapan di kemudian hari, Dia tidak mahu
bergantung kepada kedua-dua ibu dan bapanya.
Seterusnya, perwatakan doktor Fikri yang dapat dilihat ialah sabar . Sifat
sabar Doktor Fikri sering diuji apabila ia sering diperli dan diejek.Doktor Fikri juga
tetap bersabar walaupun dituduh mencuri buku-buku di perpustakaan , pen dan
dompet yang hilang.
Perwatakan taat kepada perintah agama dipaparkan ketika peristiwa Doktor
Fikri menunaikan kewajipannya sebagai muslim dengan menunaikan solat semasa

berada di Chalet Taman Negara Kinabalu sebelum menunaikan pengembaraannya ke


Gunung Kinabalu.
Selain itu, gemar membaca merupakan perwatakan yang dimiliki oleh Doktor
Fikri. Doktor Fikri berpendpat amalan membaca akan memperkaya ilmu pengetahuan.
Sikap positif ini membolehkannya membuat satu perpustakaan mini di rumahnya.
Akhir sekali, perwatakan Doktor Fikri yang jelas kelihatan ialah sikap berjimat
cermat. Doktor Fikri lebih gemar membawa bekalan daripada makan di kantin
sekolah. Dia juga gemar menabung sehinggakan wang simpanannya di dalam bank
mencecah RM1000.00.
Watak sampingan
Antara watak sampingan yang terdapat dalan novel ini ialah Cikgu Saiful.Cikgu
Saiful merupakan suami Puan Halipah dan ayah kepada Doktor Fikri. Dia merupakan
seorang guru di sebuah sekolah menengah di Tuaran, Sabah. Bagaimanapun dia telah
meletakkan jawatan sebagai guru dan berkhidmat di sektor swasta.
Perwatakan Cikgu Saiful merupakan seorang suami yang taat setia dan
penyayang. Ketika isterinya Halipah mengandung, dia telah mencari daging rusa di
persekitaran Kota Kinabalu demi memenuhi permintaan isterinya. Dia juga kelihatan
cemas dan risau ketika isterinya berada di wad bersalin.
Selain itu,Cikgu Saiful juga merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab
dan penyayang. Dia amat sayang akan anak tunggal mereka, iaitu Doktor Fikri. Dia
sentiasa mengambil berat pelajaran dan kehendak anaknya. Contohnya dia
membenarkan

anaknya

mempraktikkan

Pendidikan

Kemahiran

Hidup

dengan

berkebun sayur-sayuran, menternak ayam dan menjual sayur-sayuran, malah dia

turut membantu Doktor Fikri mengutip najis lembu di jalan raya sebagai baja sayursayuran.
Cikgu Saiful juga seorang yang alim. Dia sentiasa menunaikan solat
sembahyang. Ketika anaknya dilahirkan dia segera meminta kebenaran daripada
jururawat untuk membaca azan anaknya. Cikgu Saiful juga mudah insaf akan
kesilapannya. Contohnya pada mulanya, dia tidak percaya bahawa bayi yang balar itu
adalah cahaya matanya. Setelah ditegur oleh doktor, dia segera insaf akan
kesilapannya lalu menerima hakikat tersebut. Dia meminta maaf kepada bayi itu atas
kezaliman dan bersyukur atas anugerah Tuhan itu.
Akhir sekali, Cikgu Saiful seorang yang baik hati.Sikap baik hati ini
ditunjukkan semasa dia berada di balai polis untuk mengambil basikal anaknya
semula. Setelah dipujuk oleh Doktor Fikri, Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk
menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan
menganiaya anaknya.
Watak sampingan yang seterusnya ialah Puan Halipah. Puan Halipah ialah
isteri kepada Cikgu Saiful dan ibu kepada Doktor Fikri. Dia ialah seorang suri rumah
tangga dan dan berpewatakan penyayang. Dia amat sayang akan suami dan anaknya,
Doktor Fikri. Dia sentiasa membekalkan makanan kepada anaknya ke sekolah. Puan
Halipah juga seorang ibu yang bertanggung jawab dan mengambil berat pelajaran
anaknya. Contohnya setiap petang dia pasti memeriksa buku latihan Doktor Fikri
dan menemani anaknya membuat latihan. Dia berjaya memupuk tabiat membaca
kepada anaknya.
Halipah juga seorang yang mesra. Ketika kawan sekelas Doktor Fikri datang ke
rumah mereka, Halipah melayani mereka dengan mesra. Makanan dan minum segera
dihidangkan.

Selain itu watak yang dipaparkan ialah watak Josy seorang pelajar perempuan
di Kelas Dua Mawar di SMK Menggatal. Berketurunan Dusun, berkulit cerah,
berambut panjang yang diikat kemas dan mempunyai tahi lalat di tengah-tengah
dahi.
Perwatakan Josy merupakan seorang yang mudah bergaul mesra dengan orang lain.
Dia sanggup pergi ke Kelas Dua Mawar untuk berinteraksi dengan pelajar baru, iaitu
Doktor Fikri. Josy juga bersikap setia kawan. Dia menaruh kepercayaan yang
sepenuh kepada Doktor Fikri ketika Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Dia
sentiasa menasihati Doktor Fikri atas kejadian tersebut. Selain itu, Josy juga
seorang yang baik hati. Dia memberikan kata-kata semangat kepada Doktor Fikri
ketika Doktor Fikri hendak menyertai acara larian 1500 meter pada hari sukan
sekolah.
Watak-watak lain yang terdapat dalam novel ini ialah Dayang Mahani, Suriani,
Sanin dan Azik .Mereka merupakan kawan baik kepada Doktor Fikri. Mereka tidak
memandang serong terhadap Doktor Fikri yang merupakan budak balar. Mereka
telah banyak memberikan bantuan kepada Doktor Fikri. Bagaimanapun, mereka turut
tidak mempercayai Doktor Fikri seperti murid lain apabila Doktor Fikri didakwa
sebagai pencuri. Mereka juga mencurigai kawan yang baru ini.
Narius merupakan watak antagonis dalam novel ini.Narius merupakan murid
Tingkatan Empat. Dia berasal daripada keluarga yang miskin dan ayahnya telah
manakala adik-beradiknya banyak. Narius berpewatakan nakal dan bertindak ganas.
Dia dan rakannya, Jais dan Jamadi merupakan gengster di sekolah mereka. Mereka
sentiasa membuli murid yang lemah. Mereka sentiasa memeras ugut pelajar yang
baru seperti Doktor Fikri. Setelah berguru dengan seorang banduan untuk belajar
ilmu silat, sikap bertambah teruk sehingga sanggup mencuri harta di sekolah dan di
luar sekolah sehingga dia ditahan oleh pihak polis,

Dia bersikap pendendam . Narius berdendam dengan Doktor Fikri yang disangka
melaporkan kegiatan peras ugut mereka sehingga dirotan oleh pengetua, mereka
sanggup menganiaya Doktor Fikri dengan memasukkan barang curian ke dalam beg
sekolah Doktor Fikri.
Bagaimanapun, akhirnya dia telah insaf akan kesalahan setalah dibantu oleh Doktor
Fikri dan Cikgu Saiful dengan membayar wang ikat jamin dari lokap, Sejak itu, dia
menjadi kawan baik Doktor Fikri. Dia sanggup memohon maaf kepada semua pelajar
Kelas Dua Mawar kerana telah mencemarkan nama baik kelas mereka dengan
memasukkan barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.
Watak terakhir ialah watak Cikgu Wahab merupakan seorang guru disiplin. Dia
merupakan seorang yang bertanggungjawab dan tegas. Dia bersikap serius ketika
berhadap dengan pelajar yang melanggar peraturan sekolah.Contohnya, beliau
bertindak tegas ketika menahan Doktor Fikri yang datang lewat ke sekolah.
Bagaimanapun, dia turut bersikap timbang rasa. Contohnya dia membuka pintu pagar
dan membenarkan Doktor Fikri yang lewat ke sekolah kerana tidak tahu waktu
persekolahan sekolah barunya.

LATAR
Latar Tempat
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel Di Sebalik Wajah ialah Hospital
Ratu Elizabelt, Kota Kinabalu .Peristiwa yang berlaku di latar tempat ini ialah
Cikgu Saiful berasa cemas ketika berada di luar bilik bersalin. Dia berdoa agar anak
dan isteri akan selamat setelah agak lama isteri dihantar ke dalam bilik bersalin. Di
situ, dia bertemu dengan seorang doktor Melayu yang bernama Doktor Fikri yang
berbudi bahasa dan alim sehingga dia berhasrat untuk menamai anak yang bakal
dilahirkan itu sebagai Doktor Fikri. Peristiwa yang terpenting ialah anak Cikgu
Saiful dan Puan Halipah telah dilahirkan berpenyakit balar di hospital itu.
Selain itu, Rumah Cikgu Saiful merupakan latar tempat yang juga terdapat
dalam novel ini.Rumah ini terletak di 69, Taman Richdar, Menggatal. Rakan sekolah
telah mengunjungi rumah ini dan disambut mesra oleh Puan Halipah di ruang tamu. Di
bilik bacaan, mereka ternampak banyak buku yang ada di dalam rak. Mereka juga
meminjam buku daripada Doktor Fikir. Di belakang rumah Doktor Fikri, dia menanam
pelbagai jenis sayur seperti sawi, kacang bendi, tomato, cili dan menternak ayam.
Dia telah membawa rakannya mengunjungi kebun sayurnya. Doktor Fikri sanggup
mengutip tahi lembu sebagai baja tanamannya. Dia menjual hasil tanamannya di tamu
dan menyimpan wang dalam bank .
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal juga merupakan salah satu latar
tempat yang turut terdapt dalam novel Di Sebalik Wajah.SMK Menggatal
merupakan latar tempat yang terpenting dalam perkembangan plot. Di situ, Doktor
Fikri menuntut pelajaran. Dia merupakan pelajar kelas Dua Mawar. Dia mendapat
banyak kawan baru, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz. Dia juga

menyertai lumba lari 1500 Lelaki B sehingga jatuh pengsan dalam beberapa langkah
sebelum garis penamat. Dia sering mengunjungi perpustakaan di sekolah dan suka
membaca buku di situ, Bagaimanapun dia turut dianiayai oleh pelajar samseng yang
membuat dakwaan bahawa dia telah mencuri pen, buku perpustakaan, dompet dan
sebagainya.
Tamu di Pekan Menggatal Tamu merupakan pasar minggu yang lazimnya
terdapat di pekan-pekan Sabah. Lazimnya penduduk peribumi, iaitu orang Dusun dan
Kadazan akan membawa hasil tanaman mereka di tamu untuk dijual di samping
bertemu dengan kawan. Doktor Fikri dan lima orang rakannya telah membawa sayursayuran ke tamu di pekan untuk dijual. Pada awal pagi, mereka telah tiba di situ.
Mereka meletakkan sayur-sayuran di atas tikar di tepi jalan untuk dijual. Ada
seorang wanita telah membeli seringgit sayur sawi. Tiba-tiba hujan turun dengan
lebat. Mereka terpaksa berteduh di kaki lima kedai. Sayur-sayuran itu tidak dapat
dijual. Walaupun hanya mendapat hasil jual sebanyak seringgit sahaja, Doktor Fikri
masih sabar dan menasihati rakannya bahawa dalam ilmu perdagangan, untung dan
rugi adalah lumrahnya.
Balai Polis Pekan Menggatal merupakan tempat dimana Doktor Fikri dan
ayahnya Cikgu Saiful telah ke Balai Polis Pekan Menggatal untuk mengambil balik
basikal yang telah dicuri. Di situ, Doktor Fikri telah menjumpai Narius telah ditahan
di dalam lokap. Narius menangis kerana ayahnya yang tua tidak mampu mengeluarkan
wang untuk mengikat jaminnya keluar dari balai polis. Doktor Fikri segera merayu
ayahnya untuk mengikat jamin terhadap Narius walaupun Narius pernah memeras
ugutnya, mencuri basikal baharunya dan menganiayainya, iaitu sengaja memasukkan
barang yang dicuri ke dalam begnya.
Di samping itu,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu diselitkan
dalam novel ini sewaktu Doktor Fikri dan ibu bapa balik dari Osaka, Jepun. Mereka

tiba di lapangan itu dan disambut oleh rakannya,Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan
Aziz. Setelah setahun berpisah, mereka gembira dapat bertemu semula.
Akhir sekali, latar tempat yang dipaparkan dalam Novel Di Sebalik Wajah
ialah Gunung Kinabalu .Doktor Fikri dan ibu bapanya telah menginap di sebuah
chalet di Taman Negara Kinabalu. Udara di situ sungguh nyaman malah dingin dan
terdapat pemandangan yang mempesonakan, iatu Gunung Kinabalu yang tinggi dan
tersergam serta kaya dengan flora yang unik. Ketika tiba di tengah lereng gunung
itu, iaitu Panalaban, mereka bermalam di situ dan akan meneruskan pendakian
gunung pada keesokan subuh pagi. Bagaimanapun pada malam itu, Doktor Fikri
bermimpi dan mengigau sehingga terjatuh dari katil .
Latar Masa
Latar masa dalam novel Di Sebalik Wajah ialah zaman moden atau zaman sekarang,
iaitu berlaku pada tahun 1990-an dan 2000-an. Jarak masa novel ini dalam tempoh
15 tahun.
Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah lima orang rakan
Doktor Fikri telah datang ke rumahnya pada awal pagi. Mereka membantu Doktor
Fikri membungkus sayur-sayuran lalu mengayuh basikal ke tamu untuk dijual. Selain
itu, pada waktu pagi hari kedua belajar di SMK Menggatal, Doktor Fikri menunggang
basikal baharunya ke sekolah. Dia terlewat dan pintu pagar telah terkunci. Akhirnya
Cikgu Wahad telah memberikan amaran kepadanya supaya tidak lewat ke sekolah
lalu membuka pintu untuknya. Seterusnya, pada suatu pagi, Doktor Fikri dan ibu
bapanya bangun dengan awal kerana hendak mendaki gunung. Oleh sebab terlalu
sejuk, mereka tidak mandi lalu mengemaskan semua bekalan untuk menaiki sebuah
lori ke kaki bukit.

Latar masa kedua ialah Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah lima orang
rakan Doktor Fikri telah melawat ke rumahnya yang dua tingkat. Mereka telah
dibawa ke bilik bacaan Doktor Fikri. Mereka juga mengunjungi kebun sayur-sayuran
Doktor Fikri di belakang rumah. Mereka bergurau senda di situ. Salah satu
peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah sebulan menjelang hari sukan
tahunan sekolah, setiap petang Doktor Fikri dan rakan-rakannya akan pergi ke
sekolah untuk menjalani latihan sukan. Pada suatu petang, dalam perjalanan ke
sekolah, Doktor Fikri ditahan oleh tiga orang pelajar Tingkatan Empat kerana
mereka mengugutnya supaya membayar wang keselamatan. Selain itu, pada suatu
petang, Doktor Fikri dan ayahnya telah pergi ke balai polis untuk mengambil balik
basikalnya yang telah dicuri. Di situ dia ternampak ayah Narius yang tua dan tidak
mampu mengikat jamin Narius kerana keluarga mereka yang miskin.
Latar masa yang terdapat dalam novel ini juga ialah pada waktu
malam.Peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah Doktor Fikri telah bermimpi
ngeri sehingga dia mengigau. Dia bermimpi bahawa dia tersesat jalan ketika mendaki
gunung lalu bertempur dengan seorang naga. Untuk mengelakkan serangan naga dia
terjatuh ke gaung. Akibatnya dia menjerit sehingga menjagakan ibu bapanya.

Latar Masyarakat
Penulis menggambarkan satu latar masyarakat dalam latar tempat ini, iaitu
masyarakat yang berbilang bangsa dan agama,

India, Melayu dan Cina.

Contohnya,Cikgu Saiful bapa kepada Doktor Fikri,Doktor Vasuthevan yang


bertanggungjawab membedah Puan Halipah dan Cikgu Girlie Tan berbangsa Cina
selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kebangsaan Menggatal.
Selain itu, latar masyarakat yang mengetengahkan ialah golongan murid sekolah
dan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai jenis pekerjaan. Contohnya
masyarakat yang bekerja sebagai guru, pemandu , pelancong, suri rumah dan
peniaga.
Masyarakat yang turut dipaparkan ialah masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai lapisan usia.Tiga golongan utama yang terdapat dalam novel ini ialah
golongan remaja , golongan dewasa dan golongan tua. Contoh golongan remaja yang
terdiri daripada murid-murid sekolah seperti Narius, Doktor Fikri, Sanin, Aziz,
Josy dan pelajar-pelajar lain. Manakala golongan dewasa pula teriri daripada Cikgu
Saiful, Puan Halipah, Cikgu Wahab, Cikgu Fatmahwati, Puan Hamdah dan jurupandu
di Gunung Kinabalu. Golongan tua pula ialah seorang lelaki tua yang berumur dalam
lingkungan 50-an yang sedang menunggu anaknya bersalin.
Akhir sekali, masyarakat yang mendiami kawasan pekan. Memfokuskan
masyarakat yang tinggal di kawasan pekan dan bandar . Contohnya, Cikgu Saiful dan
keluarga yanag tinggal di Taman Richda,Menggatal.

PLOT
Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa berdasrkan sebab dan akibat.
Terdiri daripada

i) binaan plot

ii)Teknik plot

Binaan Plot
Binaan Plot yang pertama ialah permulaan. Bahagian permulaan plot novelDi
Sebalik Wajah mengisahkan Cikgu Saiful yanag menunggu kelahiaran bayinya di
Hospital Ratu Elizabeth.
Kemudian, isterinya Puan Halipah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki,
namuan bayi itu balar. Anak itu dinamakan Doktor Fikri.
Perkembangan plot ialah sewaktu Doktor Fikri berumur 14 tahun dan betukar ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal kerana mengikut bapanya berpindah. Dia
mejadi bahan ejekan di sekolah kerana namanya yang unik dan penampilannya yang
berbeza. Namun dia tenang dna sabar menghadapinya. Di Sekolah, dia berkawan
baik dengan Sanin,Aziz, Dayang Mahani, Suriani dan Josy. Doktor Fikri berkongsi
hobinya iaitu berkebun dengan lima orang rakannya.
Doktor Fikri dibuli oleh Narius dan rakan-rakannya.Mereka memeras ugut Doktor
Fikri untuk memberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun akhirnya mereka
tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di hadapan perhimpunan
sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada Doktor Fikri yang disangka telah
melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin.
Mereka memfitnah Doktor Fikri mencuri buku-buku perpustakaan, pen dan dompet
yang dilaporkan hilang . Nama baik Doktor Fikri tercemar dan dipulaukan oleh
rakan-rakanya.
Klimaks plot ini diteruskan dengan peristiwa Narius dan rakan-rakanya ditahan
polis atas tuduhan mencuri . Mereka berkomplot di bawah kelolaan seorang bekas

banduan. Cikgu saiful menamin Narius keluar dari lokap atas pujukan Doktor Fikri.
Setelah itu , hubungan Narius dan Doktor Fikri menjadi rapat. Kehilangan Doktor
Fikri selama dua hari menjadi tanda tanya. Rakan-rakannya berasa khuatir akan
kemungkinan bahawa Doktor Fikri terjerumus kearah kejahatan.
Novel ini diakhiri dengan peleraian plot. Narius memberikan sepucuk surat
daripada Doktor Fikri kepada Aziz dan rakan-rakannya. Doktor Fikri mengikut
ayahnya menyambung pelajaran di jepun selama lima tahun. Setelah setahun
merantau, Doktor Fikri kembali bercuti ke tanah air dan kepulangannya disambut
mesra oleh rakan-rakan baiknya. Akhir sekali,Doktor Fikri dan keluaganya mendaki
puncak Kinabalu.
Teknik Plot
1. Imbas kembali (flashback)
Watak megingatkan kembali peristiwa ataupun dicerita secara langsung oleh
pengarang.
Contoh: Ingatan Cikgu Saiful menerawang pada ketika isterinya mula-mula

mengandung dahulu. Puan Halipah mengalami munta-muntah sewaktu kandungannya


berusia dua bulan.Dia juga hilang selera makan.
2. Imbas muka
Sesuatu yang belum berlaku tetapi dibayangkan akan berlaku.
Contoh: Puan Halipah berasa risau apabila membayangkan jika anak yang

dilahirkannya kelak cacat sebaik-baik sahaja dia melihat bayi-bayi yang ada di
dalam klinik semasa dia ingin membuat pemeriksaan.
3. Saspens

Dikenali sebagai unsur ketegangan. Lebih dikenali sebagai unsur tertanya-tanya dan
pembaca ingin mengetahu kisah selanjutnya.
Contoh:Pembaca tertanya-tanya akan nasib dan masa depan Doktor Fikri yang

cacat.Apabila bersekolah, dia diejek oleh rakan-rkan dan beberapa orang guru. Di
sini , pembaca akan dapat melihat kemampuan Doktor Fikri menangani ayau menepis
semua ejekan itu sama ada meneruskan persekolahan atau tidak.
4. Konflik
Konflik bermaksud pertentangan

atau pertikaian antara dua pihak.Terdapat dua

jenis konflik iaitu konflik luaran dan konflik dalaman.Konflik luaran ialah
pertentangan manusia dgn manusia, manusia dengan alam, dan manusia dengan
haiwan. Bukan setakat pertentangan fizikal tetapi juga pertentangan pendapat, idea
dan sikap .
Contoh: Pertelingkahan yang berlaku antara Doktor Fikri dengan Narius dan rakan-

rakannya. Narius mengugut

Doktor Fikri supaya membayar cukai keselamatan

kepadanya tetapi Doktor Fikri tidak memberikannya kerana tidak mempuyai wang
pada ketika itu.
Konflik dalaman pula ialah pertentangan watak dengan dirinya sendiri.
Contoh:

Doktor Fikri berasa gelisah apabila memikirkan balasan yanag mungkon diterima nya
selepas Narius, Jais dan Jamadi dikenakan hukuman rotan.
5. Dialog
Bermaksud pertuturan ataupun perbualan
Contoh: Dialog yang diucapkan oleh Cikgu Saiful ketika memberitahu isterinya, Puan

Halipah nama yang bakal diberikan kepada bayi lelaki mereka.Daia meletakkan nama
Doktor Fikri bersempena nama seorang doktor yang budiman yang turut bersolat di
surau bersama-samanya dan mendoakan keselamatan Puan Halipah dan anak mereka.

6. Monolog Dalaman
Kata-kata yang terucap dalam hati seseorang watak.
Contoh:Doktor Fikri bercakap dalam hatinya tentang rakan-rakannya yanag sedang

berbisik dan ketawa. Doktor Fikri menganggap rakan-rakannya itu sedang


memperkatakan sesuatu tentang dirinya.
7. Monolog
Pertuturan atau rungutan yanag dilahirkan oleh seseorang watak.Monolog selalunya
tidak disambut oleh watak lain.
Contoh: Monolog yang dilahirkan oleh Cikgu Saiful yang merungut sendirian ketika

menunggu isterinya bersalin.


8. Pemerian/keperihalan
Pengarang menceritakan sesuatu secara langsung tidak kira sama ada aspek latar
ataupun perwatakan.
Contoh: Pengarang mengetengahkan latar masa iaitu pada waktu petang. Pada

petang itu. Narius, Jais dan Jamadi duduk di bawah sebatang pokok yang rendang
sambil menunggu Doktor Fikri pulang dari sekolah. Pokok itu terletak di pinggir
jalan.
Nilai-nilai murni
Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri
merupakan seorang budak yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan
menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga tekun membaca buku.
Selain itu, nilai kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful dan Puan
Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi

kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak
mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anak mereka.
Nilai tabah turut digambarkan dalam diri doktor Fikri sebagai seorang pelajar.
Dia tabah menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham akannya. Dia
sentiasa tabah menghadapi layanan yang buruk daripada murid yang lain.
Doktor Fikri juga mengamalkan nilai sedia memaafkan

dan tidak menaruh

dendam terhadap orang yang pernah menganiayainya, iaitu Narius yang meletakkan
barang dicurinya ke dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri bukan memaafkan Narius
malah meminta ayahnya mengikat jamin terhadap Narius kerana terlibat dalam kes
kecurian.
Di samping itu,nilai simpati terpapar sewaktu Doktor Fikri bersikap simpati
terhadap nasib Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya sudah tua dan tidak mampu
mengikat jaminnya keluar dari lokap. Doktor Fikri segera meminta ayahnya
menghulurkan bantuan.
Dalam

novel

di

sebalik

Wajah

juga

dipaparkan

nilai

bertanggungjawab .Kakitangan perubatan di Hospital Ratu Elizabelt menjalankan


tugas dengan bertanggungjawab. Mereka melayani keluarga pesakit dengan mesra.
Hal ini terpapar oleh jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful mengucapkan
nazar kepada anaknya yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga
menjalankan tugas dengan amanah. Selain itu pengetua SMK Menggatal sanggup
merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah. Cikgu Wahab
juga melaksanakan tugasnya sebagai guru disiplin dengan tegasnya.
Nilai berjimat cermat ditunjukkan oleh Doktor Fikri melalui sikapnya yang
sentiasa membawa bekalan emaknya ke sekolah daripada berbelanja di kantin untuk
menjimatkan wang.

Nilai Alim turut dipaparkan melalui watak Doktor Fikri yanag bekerja di
Hospital Ratu Elizabelt merupakan seorang yang alim dan bersopan santun. Ketika
melihat Cikgu Saiful dalam keadaan yang gelisah, dia turut mengajak Cikgu Saiful
menjalankan solat sembahyang di bilik surau di hospital tersebut. Sikapnya yang
mulia turut menyebabkan Cikgu Saiful hendak menamai anak lelakinya sebagai
Doktor Fikri.
Akhir sekali nilai Gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri. Nilai ini dapat dilihat
ketika menyertai acara lumba lari 1500 lelaki B, dia tidak berputus asa walaupun
lututnya sakit dan berasa sukar bernafas. Bagaimanapun dia jatuh pengsan ketika
mendekati garis penamat.
Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri dan ibu bapanya tidak
berpatah semangat untuk meneruskan pendakian walaupun berasa penat, sejuk,
susah bernafas serta kaki yang sakit.
Pengajaran
Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, pengajarannya ialah kita harus tabah
menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Contohnya sebagai anak
balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika
diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan kesalahan orang
lain. Contohnya Doktor Fikri sedia memaafkan Narius yang pernah memeras ugut
terhadap malah meminta ayahnya membantu Narius keluar dari lokap polis dengan
membayar wang ikat jamin.
Selain itu, kita perlu rajin untuk mengusahakan sesuatu kerja. Contohnya
Doktor Fikri mengerjakan kebun sayur-sayurannya di belakang rumah pada setiap

petang. Dia sanggup mengutip najis lembu sebagai baja. Selain itu dia juga
menjualkan hasil tanaman di tamu.
Bukan itu sahaja, terdapat pengajaran tentang kita perlu bertanggungjawab
terhadap kerjaya kita. Misalnya kakitangan Hospital Ratu Elizabelt dapat
menjalankan tugas dengan baik.
Di samping itu, kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan kita. Doktor Fikri
sentiasa berjimat cermat dan membawa bekalan ibu ke sekolah tanpa berbelanja di
kantin. Wang simpanan mencapai seribu ringgit di bank. Dia dapat membeli basikal
barunya dengan wang simpanan sendiri.
Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat kepada ibu
bapa. Contohnya, Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga
meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal
dengan wang simpanan sendiri.
Pengajaran lain ialah ibu bapa harus mengambil berat pelajaran anak mereka.
Contohnya ketika Doktor Fikri belajar , ibunya puan Halipah pasti akan memeriksa
buku latihan dan bertanya tentang pelajarannya di sekolah.
Akhir sekali,terdapat pengajaran tentang ibu bapa harus menerima kelahiran
anak yang tidak sempurna dari segi fizikal. Tamsilnya pada mula Cikgu Saiful
sukar menerima bayinya agak berbeza dengan bayi yang lain, anaknya ialah anak
balar. Bagaimanapun atas nasihat doktor, dia telah menyesal atas sikapnya dan sedia
menerima bayi yang cacat dari segi kulit.

Anda mungkin juga menyukai