Anda di halaman 1dari 6

Topik 1 Sejarah Perkembangan Pendidikan Moral

1.1.1
Definisi Pendidikan Moral
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid
supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia
dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral.
Prinsip-prinsipmelahirkan insan JERI adalah:
Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
Berpegang teguh pada ajaran agama;
Prihatin kepada alam sekitar;
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
Bersemangat patriotik;
Menghormati hak asasi manusia; dan
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
1.1.2

keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan


bersikap toleransi.
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah dirancangkan
untuk mendorong perkembangan rohani pelajar-pelajar.
- Di Tahap Satu - pembentukan nilai-nilaimurni dan tingkah
laku yang baik
- Tahap Dua - pemikiran rasional dan perbincangan tentang
isu-isu moral.
1.2.1 Latar Belakang Pendidikan Moral
1. Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib bagi
pelajar-pelajar bukan Islam.
2. Pendidikan Moral diajar secara berasingan.
3. Peperiksaan dan penilaian diadakan untuk Pendidikan
Moral.
1.2.2 Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Pendidikan
Moral
konsep-konsep moral yang dikenalpasti telah pun
dimasukkan dalam pelajaran Sivik 1974.
Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba
memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan
objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di
sekolah-sekolah di Malaysia. Draf 1978 ini juga
mengenalpasti 16 nilai teras kebersihan, baik hati,
kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan,
kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat
bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal, iaitu nilai
kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua
sekolah rendah.
20 Julai 1981 - Dua belas nilai yang dimasukkan ke dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru
Sekolah Rendah adalah seperti berikut:
(a) Sikap bersih dari segi fizikal dan mental
(b) Sikap belas kasihan (c) Sikap sederhana
(d) Sikap rajin (e) Sikap berterima kasih
(f) Sikap jujur (g) Sikap adil
(h) Sikap kasih saying (i) Sikap hormat-menghormati
(j) Sikap bermasyarakat (k) Sikap tidak angkuh
(l) Kebebasan
1.2

KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

(a) Kandungan Kurikulum - Peranan kurikulum dalam


pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid
yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta
menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang
diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan.
(b) Fokus kurikulum
kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
kemahiran berkomunikasi secara berkesan
kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi
maklumat
kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Penekanan Kurikulum

(a) Pembelajaran Koperatif


Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek
yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi
berbagai tahap kebolehan.
(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang
rasional serta justifikasi.
(c) Pengembangan Kreativiti
berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan
(d) Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik boleh guna dapat menyediakan
tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat
kerja dan alam
pekerjaan.
(e) Multilinggualisme
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan
pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua
bahasa atau lebih
(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti
kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi
nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan
membentuk bangsa Malaysia
yang berwibawa dan bermoral tinggi.
(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia
dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden.
(h) Pelbagai Kecerdasan
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang
berbagai. (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logikomatematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan
intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang
holistik dan seimbang.
(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat,
merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak
ramai dan sebagainya
1.3.1 Matlamat Pendidikan Moral
Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung jawab dan
boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara
serta masyarakat global.
1.3.2 Objektif
(i) Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
(ii) Meningkatkan amalan budi perkerti mulia.
(iii) Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral
dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam
perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam
sekitar.
(iv) Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral,
perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu
pilihan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia.
Insan Moral mempunyai tiga komponen berikut:
(a) Kandungan:
Peraturan Masyarakat- sentiasa berfikir bagaimana mereka
sendiri mesti berkelakuan
Keperibadian Mulia - mempunyai keperibadian yang baik dan
mengamalkan kesederhanaan (mengikuti jalan tengah) dan boleh
dipuji.
(b) Bentuk:
Etika Prinsip keadilan dan kepedulian
Etika Situasi - Tindakan seseorang itu dalam satu-satu situasi
mesti ditentukan sendiri berdasarkan pertimbangan bebas dan
kebebasan memilih tanpa paksaan dari luar.
(c) Dimensi:
Penaakulan - proses seseorang individu memperkembang
kebolehan membuat pertimbangan atau keputusan moral yang
matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan
pandangan orang lain
Emosi - perasaan yang betul yang melibatkan percaturan secara
rasional dalam sesuatu situasi.
Tingkah laku - segala perkara yang dilakukan oleh

Hasil : cg zulmz IPKT 2008

seseorang individu yang berkaitan dengan peraturan moral


16 nilai-nilai murni beserta subnilainya
1 Baik hati - belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati,
saling faham-memahami, dan saling bermaafan.
2 Berdikari- berupaya bertindak sendiri, dan yakin pada diri
sendiri.
3 Hemah tinggi- kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan
ramah mesra.
4 Hormat- hormat dan taat kepada ibubapa atau penjaga,
hormat kepada ahli keluarga, orang lebih tua, guru, rakan,
jiran tetangga, dan pemimpin.
5 Kasih sayang- sayangkan diri dan orang lain, sayangkan
alam sekeliling dan cintakan negara.
6 Keadilan- Adil dan saksama.
7 Kebebasan- Kebebasan di sisi undang-undang.
8 Keberanian- Berani mencuba, dan berani kerana benar.
9 Kebersihan fizikal dan mental- Kebersihan diri,
persekitaran dan mental.
10 Kejujuran -Amanah, bercakap benar, dan ikhlas.
11 Kerajinan- Berdaya usaha dan berdedikasi.
12 Kerjasama- Gotong-royong, toleransi dan perpaduan.
13 Kesederhanaan- Pertuturan dan perlakuan yang
sederhana, dan sederhana dalam menimbangkan
kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
14 Kesyukuran- Berterima kasih, dan menghargai
kebijaksanaan, pengalaman dan jasa.
15 Rasional- Membuat pertimbangan.
16 Semangat bermasyarakat- Permuafakatan, kejiranan,
dan peka terhadap isuisu sosial dalam masyarakat.
Topik 2 Guru Pendidikan Moral
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL
2.1.1 Penyampai Ilmu Pendidikan Moral - Peranan utama
guru-guru Pendidikan Moral dalam memastikan
perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu
mereka membentuk satu pandangan moral yang
menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi, iaitu
rumah dan juga sekolah.
- Dalam kemahiran belajar, terdapat beberapa kemahiran
kecil seperti mengesan balik maklumat, menginterpretasi
bahan, membuat catatan, membuat rujukan, menguruskan
masa dengan baik dan menggunakan pusat sumber.
- Seseorang guru terpaksa memainkan pelbagai peranan di
sekolah. Dia adalah pengajar, ahli metodologi, kerani,
penyebar nilai masyarakat, penasihat kelab, pengadil,
penilai, pendisiplin dan kaunselor. Ketika memainkan
peranan sebagai pendisiplin, guru hendaklah bersifat tegas
manakala ketika berfungsi sebagai kaunselor, dia hendaklah
bersifat mudah dihampiri.
2.1.2 Teladan Insan Moral
(a) Ramah-memudahkan guru memahami masalah pelajarpelajarnya.
(b) Adil- membolehkan guru menjalankan pemeriksaan
latihan dan penilaian tugasan pelajar-pelajar secara objektif.
(c) Fleksibel- mengubah bahan pengajaran mengikut
keupayaan dan keperluan pelajar-plajar.
(d) Tegas- dapat menjamin aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan teratur.
(e) Gemar berjenaka- dapat mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang riang,tenang serta
menyeronokkan.
(f) Utuh-Keutuhan merujuk kepada ketekalan tingkah laku
seseorang gurumembolehkan setiap kegiatan akademik dan
kokurikulum dijalankan dengan teratur serta memenuhi
objektif-objektif yang ditentukan.
(g) Berdedikasi- kerap kali bekerja mlebihi apa yang
diharapkan daripadanya.
(h) Peka-Guru yang berkesan hendaklah peka terhadap
minat, kebolehan serta keperluan-keperluan pelajarnya.
(i) Inovatif-sentiasa memperkenalkan sesuatu strategi atau
bahan pengajaran yang baru.

(j) Berwibawa-Seseorang guru yang berwibawa dapat memastikan


segala aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah dapat dirancang dan
dilaksanakan mengikut objektif-objektif yang ditentukan.
(k) Bermoral-Seseorang guru hendaklah mempunyai tahap
kemoralan yang tinggi agar boleh dicontohi oleh pelajar-pelajarnya.
(l) Toleran- Keupayaan memahami masalahmasalah
pelajar adalah penting agar dia dapat berusaha untuk
mengatasinya.
Prinsip-Prinsip Asas Kemoralan
(a) Altruisme- Apa sahaja yang guru lakukan dalam bidang moral
akan melibatkan orang lain - akan menjauhkan guru daripada
kejahatan mementingkan diri.
(b) Keadilan- Prinsip keadilan melibatkan konsep kesaksamaan dan
menghormati orang lain (yang memastikan seseorang itu bercakap
benar, menepati janji, dan sebagainya).
(c) Autonomi-Prinsip autonomi meliputi pertimbangan bebas dan
kebebasan memilih.
KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN
MORAL
2.2.1 Penguasaan Isi Kandungan Mata Pelajaran
(a) Kaedah Pengajaran
(b) Pemupukan Nilai nilai Murni
(c) Pendidikan Kesusasteraan
(d) Sistem Pendidikan Mentor-Mentee
(e) Penubuhan Kumpulan Peningkatan Kualiti
(f) Melayan Pelajar Sebagai Pelanggan
(g) Rakan Sekerja Adalah Pelanggan
(h) Kerja Berpasukan (Team Work)
(i) Kemajuan Berterusan (Continuous Improvement)
2.2.2 Penguasaan Kemahiran Penyampaian Pendidikan Moral
Ciri-ciri Guru Berkualiti
- Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu
bidang pengkhususannya.
- Komitmen yang menyeluruh.
- Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
- Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
- Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan
memberi pandangan yang bernas.
CIRICIRI PERIBADI GURU PENDIDIKAN MORAL
Insan Bermoral
1. Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.
2. Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam
pergaulan dengan orang lain.
3. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia
mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri.
4. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat menghormati
Ciri-Ciri Insan Bermoral
(i) Menghormati autoriti (seperti ibu bapa dan guru, pemimpin
Negara atau agama) yang menunjukkan contoh dan teladan serta
amalan yang diterima sebagai bermoral.
(ii) Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan.
(iii) Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan
orang lain di dalam satu-satu situasi.
(iv) Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu
yang benar selepas keputusan moral diambil.
(v) Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut
dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan
peraturan moral yang asas.
Topik 3 Pengurusan MataPelajaran Pendidikan Moral
MASALAH PERLAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
Faktor Ibu Bapa/Keluarga
Faktor Guru dan Sekolah/Institusi
Faktor Murid/Rakan Sebaya
Faktor Komuniti/Masyarakat
Faktor Media Massa

MASALAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


Kekurangan Sumber Pengajaran Pembelajaran
Kekurangan Latihan Khusus dalam Bidang Pengajaran
Pendidikan Moral

Hasil : cg zulmz IPKT 2008

Isu-Isu Moral Semasa dalam Masyarakat/Komuniti


Rogol/Sumbang Mahram
Keganasan Rumah Tangga
Gangguan Seksual
Pornografi
Cybercafe
Isu-Isu Moral di Sekolah
Vandalisme
Peras Ugut/Kongsi Gelap/Buli
Ciri-ciri Remaja Devian
Mengikut kajian Halcomb (1991), personaliti remaja
mempunyai masalah tingkah laku seperti berikut:
Mempunyai hubungan sentimental tetapi kasar dengan
orang lain dan selalu terlebih yakin dengan keupayaan
mereka.
Kehidupan harian tidak teratur dan tidak peka pada
peraturan.
Lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka
ataupun berunsur suspens.
Mempunyai potensi mempengaruhi orang lain.
Bercakap kasar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar
dengan kelemahan ataupun kekurangan orang lain.
Berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan, kurang
kasih sayang dan mempunyai tahap konflik yang tinggi.
Mempunyai kepercayaan diri yang rendah dalam
keupayaan mencapai kepuasan akademik yang baik.
Mengalami ketidakselarasan antara dirinya yang ideal dan
dirinya yang sebenar di mana mereka kadang-kadang
bermasalah mencapai identity yang diinginkan.
Kurang kepercayaan bagi mengawal kehendak-kehendak
impulsif.
Teori tentang Punca Salah Laku Remaja
(i) Teori fungsionalisme Teori ini menganggap devian
sebagai tidak mempunyai peranan kepada struktur sosial.
(ii) Teori konflik Teori konflik mengatakan, devian adalah
tindakan golongan tertindas ke atas pihak minoriti yang
menindas.
(iii) Teori subbudaya
Teori Subbudaya dan deprivasi
status pula berpendapat, devian berpunca daripada budaya
kumpulan yang berbeza daripada budaya masyarakat.
Deprivasi selalu berpunca daripada kemerosotan ekonomi
dan kelemahan sosio-emosi. Remaja terutama daripada
kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam
akademik mengalami kekecewaan dan tekanan serta
bertindak melakukan devian.
(iv) Teori interaksionisme Teori interaksionisme melihat
devian sebagai perkara subjektif dan proses sosial. Remaja
sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan dan
sesuai dengan cara interpretasi mereka. Kajian Tattum
(1986) mendapati, remaja sengaja melakukan devian
sebagai teknik naturalisasi dalam interaksi mereka.
(v) Kategori Perlakuan Devian
Inovasi: Memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
Ritual: Tindakan mengulang perbuatan.
Undur: Orang yang tidak lagi berminat dengan
matlamatnya lalu
melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
Menentang: Menolak matlamat persekolahan dan
menggantikannya dengan matlamat lain.
Topik 4 Kejayaan Pengajaran dan Amalan Nilai Murni
diSekolah
- Tugas dan Tanggungjawab Panitia Pendidikan
Moral
1. Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata
pelajaran Pendidikan Moral.
2. menjadi guru contoh kepada guru-guru lain,
3. merancang, melaksana, menyelia dan menilai
pembelajaran
4. mengurus dan menggerakkan panitia
5. mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh
kementerian supaya tidak bercanggah dengan
objektif mata pelajaran Pendidikan Moral.
6. melaksanakan hasrat surat pekeliling

7. sebagai agen perubahan dan inovasi terhadap


pelajaran Pendidikan Moral, dimana seorang
8. merancang, menyedia dan memastikan
penggunaan bahan di dalam kelas.
9. menguruskan jadual waktu mata pelajaran
Pendidikan Moral.
10. menguruskan bilik-bilik khas untuk pembelajaran
Pendidikan Moral, contohnya seperti penggunaan
bilik audiovisual.
11. melaksanakan pemantauan keatas pelajaran
Pendidikan Moral.
12. merancang dan melaksanakan penilaian-penilaian
yang akan dilakukan di dalam kelas.
13. menganalisis peperiksaan, dari segi peningkatan
atau penurunan gred pelajar-pelajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral.
14. melakukan tindakan susulan, seperti membuat
kelas-kelas pemulihan dan pengayaan kepada
pelajar.
15. membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam
mengajar moral.
16. merancang dan melaksanakan program latihan
dalaman.
17. menilai program Pendidikan Moral di sekolah.
18. memastikan penyertaan guru dalam seminar,
bengkel dan kursus.
19. menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan
bantu belajar kepada guru-guru untuk digunakan
di dalam kelas.
20. menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah
TANGGUNGJAWAB SEKOLAH DAN GURU
BIASA
Penilaian Formal yang Dilakukan oleh Guru Pendidikan Moral
(i) Pentaksiran Iltizam
Pentaksiran iltizam adalah untuk mentaksir pengalaman,
penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh serta
penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut:
Tugasan Harian
Kerja Amal
(ii) Folio
Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut:
Penulisan (Tugasan Harian)
Laporan Aktiviti yang telah disertai
Maklumat dan dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang
telah disertai seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan
dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan bahan bukti.
Pendidikan Moral Secara Tidak Formal di Sekolah
- Projek moral sekolah adalah penting dan mempunyai falsafah dan
orientasi tersendiri. Ia akan memberikan sesuatu sekolah itu
identitinya.
- laporan sahsiah dijalankan secara tidak formal untuk melaporkan
tentang sahsiah pelajar terhadap pemupukan dan penghayatan
amalan nilai murni yang berterusan dan keharmonian hidup
mengikut norma masyarakat Malaysia.
- Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang
sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah.
SOKONGAN KOMUNITI TEMPATAN
- Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) merupakan entiti penting
dalam sesebuah sekolah, penubuhannya yang termaktub dalam
Akta pelajaran 1961, membuktikan PIBG ialah rakan kongsi sekolah
dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu menjadi wadah
forum dan khidmat bakti untuk kemajuan pelajar di sekolah
berkenaan, disamping membantu melengkapkan keperluan
kebendaan serta membolehkan para ibu-bapa dan guru-guru
berkongsi dan bertukar pendapat dan maklumat mengenai
pendidikan dan
cara-cara meningkatkan lagi prestasi akademik dan ko kurikulum
pelajar.
- SALAM menganjurkan programprogram perkhidmatan sukarela
dalam berbagai bidang dengan tumpuan khususnya terhadap
pendidikan, kesihatan dan kerja pembangunan komuniti.

Hasil : cg zulmz IPKT 2008

- Majlis AIDS Malaysia adalah satu pertubuhan yang


berkomited untuk membuat satu persekitaran yang bebas
daripada impak negatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua
rakyatnya.
- PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah
berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi
tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya
penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama
orang ramai dalam usaha membasmi dadah.
- MERCY memberikan bantuan kemanusiaan dan sehingga
kini, ia telah memulakan projek dan program dalam bentuk
latihan vokasional, penggalian perigi, bantuan makanan dan
sebagainya.

menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Topik 5 Peranan Guru dalam Pemupukan Kecerdasan


Moral Muridmurid.

(j) Konstruktivisme
Konstruktivisme bermaksud suatu proses pembelajaran yang mana
pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru
atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka
sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut.
Penglibatan , penjelajahan , penerangan , penghuraian, penilaian.

Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral


1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu
dan bagaimana mengendalikannya.
2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan
(berkomunikasi) dengan orang lain.
3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara
tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan
kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan
berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas.
Pengertian Kecerdasan Moral
- suatu usaha untuk membentuk insan yang menyeluruh dari
segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Empati 2. Kesedaran 3. Kawalan kendiri
4. Menghormati 5. Baik Hati 6. Tolerasi 7. Keadilan
Aktivitiaktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan
Moral
(a) Pembelajaran Kolaboratif
Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri.
Dalam pembangunan moral, pelajar akan melibatkan diri
dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran
inkuiri boleh dibina.
(b) Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan
pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan
pelajar.
(c) Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian
Masa Depan
Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem
daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa
yang hendak dicapai.
(d) Kajian Masa Depan
membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif,
dinamik serta boleh menerima dan menangani segala
perubahan.
(e) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran
reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual
yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis,
sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau
dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi,
pentaakulan, atau komunikasi.
(f) Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau
gagasan.
(g) Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal
Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan
dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan

(h) Kemahiran Berfikir secara Analitis


Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk melihat
sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah proses kita
memecahbelahkan masalah besar kepada bahagian-bahagiannya
yang lebih kecil supaya dapat kita tangani. Analisis ialah proses kita
mencari puncapunca.
Analsis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang kompleks
dengan cuba melihat situasi itu melalui unsur-unsurnya.
(i) Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran
yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian,
individu, masyarakat dan alam pekerjaan.

Topik 6 Tinjauan Sukatan Pelajaran Tahun 2


6.1.1 Matlamat dan Objektif
(a) Matlamat - Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan
negara serta masyarakat global.
(b) Objektif
Objektif Pendidikan Moral sekolah rendah tahun dua adalah seperti
berikut:
(i) Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
(ii) Meningkatkan amalan budi perkerti mulia.
(iii) Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral
dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam
perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam
sekitar.
(iv) Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral,
perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu
pilihan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia.
Tiga komponen
1. Kandungan:
(i) Peraturan Masyarakat (ii) KeperibadianMulia
2. Bentuk:
(i) Etika Prinsip (ii) Etika Situasi
Dimensi:
(i) Penaakulan (ii) Emosi (iii) Tingkah laku
Bidang Pembelajaran 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan
Diri
Bidang Pembelajaran 2 Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga
Bidang Pembelajaran 3 Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan
Masyarakat
Bidang Pembelajaran 4 Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam
Sekitar
Bidang Pembelajaran 5 Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara
Peranan Guru dalam Menjayakan Pelaksanaan Kurikulum Tahun 2
Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral
Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik
dan kemahiran social
Topik7 Pendekatan Tindakan Sosial
AsalUsul Pendekatan - Albert Bandura dan Emile Durkheim. Ia
dikenali sebagai pembelajaran sosial kerana ia menekankan cara
kanak-kanak dan orang lain bertingkahlaku yang betul dalam
konteks sosial dan juga dalam keadaan yang berkehendakkan
tindakan serta-merta- melalui pemerhatian dan bukan daripada
pengajaran secara langsung.

Hasil : cg zulmz IPKT 2008

Peniruan boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut:


1. Meniru secara langsung.
2. Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan
3. Peniruan melalui elisitasi

Aktiviti yang sesuai - menunjukkan contoh-contoh hasil tangan,


Guru hendaklah menjadi model yang baik, Murid-murid juga belajar
dari gambar, video, tayangan filem dan
Gambar, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu bagi
mengajar nilai-nilai murni, melakonkan watak-watak dan
sebagainya.

Prinsip dan pandangan Durkheim terhadap moral


1. Masyarakat sebagai Organisma-masyarakat mempunyai
tujuan dan boleh menjadi justifikasi kepada segala tindakan
moral dan moraliti.
2. Altruisme sebagai punca organisma - Setiap tindakan
moral dilakukan untuk kepentingan masyarakat.

Peranan guru dan murid - murid untuk melakukan perbuatan


moral, baik secara perseorangan mahupun secara bersama-sama,
Guru memberikan kesempatan kepada murid untuk melakukan
perbuatan-perbuatan moral.

Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak fungsi


pendidikan, iaitu:
1. Untuk meningkatkan soladiriti (soladirity) sosial
Sejarah: mempelajari tentang individu yang telah
melakukan perkara baik untuk ramai orang akan membuat
seseorang berasa tidak penting.
Sumpah ikatan: membuat seseorang individu merasakan
dirinya sebahagian daripada sesuatu kumpulan dan ini akan
membuatkan mereka tidak melanggar peraturan.
2. Untuk mengekalkan peranan sosial
Sekolah adalah masyarakat kecil. Ia mempunyai hierarki,
peraturan, dan anggapan terhadap dunia luar yang sama. Ia
melatih kanak-kanak dan remaja untuk memenuhi peranan.
3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja
Sekolah membahagikan pelajar kepada kumpulankumpulan mengikut kemahiran, dan ini menggalakkan
pelajar untuk berusaha mencapai bidang kerja yang
bersesuaian dengan keupayaan mereka.

-berdasarkan kepada teori perkembangan kognitif yang


telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti
Piaget (1932) dan Kohlberg (1975).
- pelajar biasanya membuat penaakulan moral pada peringkat yang
mampu dikuasainya, tetapi ia lebih cenderung untuk membuat
penaakulan moral pada satu peringkat yang lebih tinggi daripada
keupayaan tersebut.

Pendekatan ini menggalakkan pelajar membayangkan


perasaan mereka mengenai isu-isu moral yang melibatkan
diri mereka dan komuniti
Ciri-Ciri Utama Pendekatan
(a) Kompetensi fisik (physical competence)- yang dapat
memberikan nilai tertentu terhadap suatu objek.Misalnya:
melukis suatu sesuatu membangun sebuah rumah, dan
sebagainya.
(b) Kompetensi hubungan interpersonal (interpersonal
competence)-yang dapat memberi pengaruh kepada orangorang melalui hubungan antara sesama.Misalnya: saling
memperhatikan, persahabatan, dan hubungan ekonomi, dan
lain-lain.
(c) Kompetensi kewarganegaraan (civic competence)-yang
dapat memberi pengaruh kepada urusan-urusan masyarakat
umum. Misalnya: proses pemilihan umum dengan memberi
bantuan kepada seseorang calon atau peserta untuk
memperoleh kemenangan, atau melalui kelompok peminat
tertentu, mampu mempengaruhi perubahan kebijaksanaan
umum.

Topik 8 Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif

Ciri-ciri utama
(a) Jean Piaget- respon kanak-kanak terhadap masalah moral boleh
dibahagikan kepada dua peringkat, pertama- kanak-kanak melihat
peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh
pihak yang lebih berkuasa, kedua - mereka mula menitikberatkan
diri sendiri daripada membenarkan orang lain menekankan
perlakuan moral tertentu. Piaget membahagikan empat peringkat
perkembangan intelek yang dilalui oleh kanak-kanak iaitu:
1. Peringkat sensorimotor (daripada lahir hingga 11/2 tahun)
2. Peringkat pra-operasi (11/2 - 7 tahun)
3. Peringkat operasi konkrit (7 - 11 tahun)
4. Peringkat operasi formal (11 tahun keatas)
(b) Lawrence Kohlberg
Tahap Prakonvensional
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Peringkat 2: Orientasi instrumental relativis.
Tahap Konvensional
Peringkat 3: Orientasi persetujuan antara individu atau good boynice girl.
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.
Tahap Poskonvensional
Peringkat 5: Orientasi contract-legalistic.
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
Kelebihan
- boleh mendorong pelajar berfikir secara rasional dan logik dalam
membuat sesuatu keputusan berasaskan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia. Dalam mengendalikan pendekatan ini guru
harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan
membimbing mereka maningkatkan tahap penaakulan moral.
Kelemahan
- (Piaget ) tidak menitikberatkan tentang proses identifikasi dan
peniruan kanak-kanak dengan ibubapa mereka. kurang memberi
perhatian secukupnya kepada perbezaan individu atau perbezaan
seks, kelas sosial mahupun kebudayaan.
- ( Kohlberg ) menumpukan perhatian hanya kepada satu aspek
perkembangan moral, kumpulan yang gagal diselidikinya ialah
tentang aspek tingkah laku dalam perkembangan moral.

Ciri-ciri
a) Guru melibatkan diri sebagai pakar sumber, kaunselor
dan penggerak dalam projek tindakan sosial
b) pelajar terlibat secara aktif dalam projek yang
berorientasikan masyarakat
Kelebihan
menggalakkan pelajar membayangkan perasaan mereka
mengenai isu-isu moral yang melibatkan diri mereka dan
komuniti.-akan melibatkan diri dalam projek
Kelemahan
-sukar dijalankan- sebahagian dari program-program yang
dikembangkan oleh Newmann dapat digunakan, namun
secara keseluruhannya sukar dilaksanakan.

APLIKASI PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF


Situasi - 1. Memberi kepekaan kepada pelajar terhadap nilai-nilai
moral diri sendiri serta orang lain;
2. Menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebabsebab;
3. Menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain; dan
4. Mengaitkan penaakulan, emosi dan tingkahlaku.

APLIKASI PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL


Situasi yang sesuai peniruan terhadap tingkahlaku yang
mendapat pujian (akan diikuti) atau hukuman ( akan dijauhi)

Aktiviti - guru disaran menggunakan beberapa


episod dilema moral. Episod dilema moral merujuk kepada satu
keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan
seseorang menimbang beberapa pilihan sebelum membuat
keputusan.

Hasil : cg zulmz IPKT 2008

Dilema -Memahami masalah- meneliti memberipandangan


menguji pandangannya.

melibatkan diri sepenuhnya di dalam proses pembelajaran dan


mempunyai hak keatas haluan dan kemahuannya.

Topik 9 Pendekatan Penjelasan Nilai L. Raths, M. Harmin


dan S. B. Simon
- diaplikasikan daripada Teori Pembelajaran Humanistikpelajar dapat mengetahui kehendak utama mereka dan
meningkatkan potensi mereka sebagai individu berguna.

Topik10 Pendekatan Analisis Nilai


satu cara bagaimana isu-isu semasa dapat dikaji secara jelas dan
teratur serta dapat dibincangkan secara logik apabila klasifikasi nilai
dilakukan. Ia memerlukan pelajar mengumpul dan menimbangkan
fakta-fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu keputusan.

- Pendekatan Penjelasan Nilai memerlukan guru untuk


menjelaskan setiap nilai kepada murid.
- definisi individu yang sihat.
1. Keterbukaan kepada pengalaman - kemampuan untuk
menerima realiti, sekali lagi termasuk perasaan seseorang.
2. Kehidupan yang wujud - kita tidak hidup di masa lepas
atau masa depan. Masa sekarang adalah realiti yang kita
ada.
3. Kepercayaan organismik- mempercayai diri kita, membuat
apa yang dirasakan benar, dan apa yang terjadi dengan
semulajadi
4. Kebebasan - mengetahui tentang perasaan kebebasan,
dan bertanggungjawab atas segala pilihannya.
5. Kreativiti melakukan yang terbaik dalam sesuatu kerja.

Ciri-Ciri Utama Pendekatan


(a) Kebolehan Membuat Penaakulan - sikap yang berupaya
menggunakan minda secara logik dan berdasarkan bukti nyata serta
munasabah dalam usaha melaksanakan sesuatu perkara.
(b) Anggota Masyarakat yang Berupaya Melakukan penaakulan
(c) Kebolehan Berfikir Logik dan Terbuka
(d) Anggota Masyarakat yang Berupaya Berfikir Logik dan Terbuka
Kelebihan
- mudah digunakan dalam proses pendidikan di sekolah, kerana
pendekatan ini memberikan penekanan pada aspek perkembangan
kemampuan berfikir.
Aplikasi
Situasi - Pendekatan ini boleh dirancang dalam bentuk projek dan
dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun atau dalam
beberapa siri pembelajaran.

Ciri-Ciri Utama Pendekatan


1. memilih daripada alternatif;
2. memilih secara bebas;
3. membuat pilihan sendiri;
4. memahami pilihan sendiri;
5. bertindak ke atas pilihan sendiri; dan
6. bertindak secara berulang-ulang, mengikut masa.
Kelebihan - lebih menitikberatkan proses pembuatan
keputusan menggunakan kognitif dan afektif dalaman untuk
menentukan nilai yang baik atau buruk.
Kelemahan - ia lebih bersifat individualistik , terdapat
segelintir murid yang berkemungkinan mengganggap
bahawa pilihan yang mereka ambil sepatutnya betul dan
tidak salah, padahal ianya adalah salah.

Aktiviti - (a) Mengenal pasti jenis-jenis nilai, menjelaskannya dan


mencari perhubungan antara nilai tersebut.
(b) Membentuk pernyataan di mana pelajar akan mengaitkan
pegangan nilai kendiri dengan nilai-nilai yang lebih umum dan yang
diterima oleh masyarakat demokrasi.
(c) Menganalisis nilai di mana pelajar menimbangkan kesan dan
akibat yang mungkin berlaku ke atas keputusan moral yang diambil.
(d) Membuat justifikasi kepada keputusan moral yang diambil
dengan menyatakan kriteria dan keutamaan serta membandingkan
dengan pegangan niali orang lain.
(e) Mengembangkan komitmen emosi moral pelajar supaya dapat
hidup lebih harmonis dalam masyarakat demokrasi.
Teknik yg sesuai - (a) perbahasan (b) pidato (c) forum (d) projek
(e) perbincangan

APLIKASI PENDEKATAN PENJELASAN NILAI


Situasi memberi penekanan pada usaha membantu murid
dalam mengkaji perasaan dan perbuatannya sendiri, untuk
meningkatkan kesedaran mereka tentang nilainilai mereka
sendiri.
Aktiviti
Penumpuan - Penumpuan kepada aspek-aspek kehidupan
samada dalam dirinya sendiri atau hubungannya dengan
orang lain.
Penerimaan - Sesuatu pandangan, fikiran, sikap dan
keputusan orang lain seadanya.
Refleksi - Menggalakkan seseorang membuat refleksi dan
penaakulan kendiri supaya dia sedar akan adanya pilihanpilihan dalam membuat keputusan.
Menghargai keputusan - Menghargai keupayaan sendiri
dalam membuat keputusan dan bertindk mengikut
keputusan yang diambil.
Proses memilih:
- memilih secara bebas;
- dari pelbagai pilihan yang sedia ada; dan
- menimbangkan secara refleksi dan rasional setiap
pilihan yang ada.
Proses menghargai:
- menghargai setiap keputusan yang telah diambil; dan
- menyatakannya secara terbuka.
Proses bertindak:
- Bertindak ke atas keputusan yang telah diambil; dan
- sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara tekal.

Peranan guru - membantu setiap pelajar memberi pertimbangan


yang rasional dan dapat digunakan untuk mempertahankan sesuatu
nilai objek, Murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai isu
mengenai moral untuk mereka bijak dalam membuat pilihan dan
keputusan.
(a) Memilih isu moral yang ingin dianalisis.
(b) Menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat di dalam isu.
(c) Mengenalpasti dan membezakan antara nilai objek dan
pertimbangan nilai yang terdapat dalam isu moral.
(d) Memberi markat kepada nilai objek.
(e) Menggunakan pertimbangan nilai untuk menganalisis nilai objek
samada positif, negatif, neutral atau tergolong dalam kelompok
seperti estetika, pertimbangan moral dan akonomi.
(f) Menguji pertimbangan nilai dengan sokongan fakta-fakta yang
relevan dan hujah-hujah yang meyakinkan.
(g) Menguji pertimbangan nilai kendiri dengan:
-mengambilkira pertimbangan orang lain;
-situasi yang berbeza;
-mengumpul maklumat baru untuk meyakinkan atau mengubah
pendiriannya; atau
-meletakkan dirinya dalam situasi sebenar.
(h) membuat keputusan yang objektif setelah menimbangkan segala
langkah di atas.

Peranan Guru dan murid


- Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil
oleh pelajar tanpa memihak kepada sesiapa pun. Pelajar
Hasil : cg zulmz IPKT 2008

Anda mungkin juga menyukai