Anda di halaman 1dari 5

NILAI-NILAI MURNI

1 BAIK HATI
1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan
orang lain
1.2. Bertimbang rasa mengambil kira keperluan
dan perasaan orang lain.
1.3. Murah hati memberi bantuan secara ikhlas
kepada yang memerlukan.
1.4. Saling memahami sanggup memberi dan
menerima pandangan serta memahami perasaan
dan keperluan orang lain.
1.5. Saling bermaafan sanggup meminta maaf dan
memaafkan.
2. BERDIKARI
2.1. Berupaya bertindak sendiri sanggup dan
boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang
lain.
2.2. Yakin kepada diri sendiri percaya kepada
kebolehan diri dan sanggup mencuba.
3. BERHEMAH TINGGI
3.1. Kesopanan berbudi bahasa dan beradab dalam
pergaulan.
3.2. Mengakui kesilapan sendiri sedia mengaku
kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima
nasihat.
3.3. Ramah mesra sedia bergaul mesra dengan
semua orang
4. HORMAT
4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga
memulia dan patuh kepada mereka.
4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih
tua, guru, rakan jiran dan pemimpin
menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan
yang baik kepada mereka.
4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara menerima
dan hormat kepada kerajaan serta lambang
kebesaran negeri dan negara.
4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam
pelbagai kaum menghormati kepercayaan dan
adat resam semua kaum.
4.5. Patuh kepada undang-undang mematuhi
undang-undang setiap masa.

5. KASIH SAYANG
5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain
menyayangi diri sendiri dan orang lain.
5.2. Sayangkan alam sekitar Memelihara dan
memulihara kehidupan flora dan fauna
untuk kesejahteraan hidup.
6. KEADILAN
6.1. Adil Membuat pertimbangan dan
keputusan secara positif, menyeluruh dan
bersesuaian.
6.2. Saksama tidak menyebelahi sesuatu
pihak dalam membuat keputusan.
7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar
batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat
dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat Negara
dan agama.
8. KEBERANIAN
8.1. Berani mencuba Berani melakukan
sesuatu perkara yang baru dan mencuba
untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain
dengan mengambil kira risiko yang akan
dihadapi.
8.2. Berani kerana benar Berani
mempertahankan sesuatu yang diakui
kebenarannya dengan menunjukkan bukti
yang nyata
9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
9.1. Kebersihan diri Merupakan kebersihan anggota
yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk
kehidupan yang sihat.

9.2. Kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam


sekeliling supaya rapi dan bebas daripada
kekotoran dan pencemaran.
9.3. Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang
terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan orang lain.
10. KEJUJURAN
10.1. Amanah Bertanggungjawab dalam melakukan
sesuatu tugas yang diberikan dan dapat
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain.
10.2. Bercakap benar Menyatakan perkara yang
benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
10.3. Ikhlas Melakukan sesuatu suci hati tanpa
mengharapkan balasan.
11. KERAJINAN
11.1. Daya usaha Berusaha bersungguh-sungguh
dengan inisiatif, kreatif dan enovatif untuk
menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
11.2. Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan
masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.
12. KERJASAMA
12.1. Gotong-royong Melakukan sesuatu tugas
secara beramai-ramai dan sukarela.
12.2. Toleransi Bertolak ansur serta dapat mengawal
mengelakkan berlakunya perselisihan.
12.3. Perpaduan Bersefahaman dan bekerjasama di
peringkat keluarga, masyarakat, negara dan
antarabangsa

13. KESEDERHANAAN
13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana
Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui
batas serta menyinggung perasaan atau
menimbulkan kemarahan orang lain.
13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan
kepentingan diri dan orang lain Membuat
pertimbangan yang sewajarnya supaya
memuaskan diri sendiri dan orang lain.
14. KESYUKURAN
14.1. Berterima kasih Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.
15. RASIONAL
15.1. Membuat pertimbangan Berupaya mengambil
kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum
membuat keputusan.
16. SEMANGAT BERMASYARAKAT
16.1. Bermaufakat Mengutamakan persetujuan dan
kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi
kepentingan bersama.
16.2. Kerajinan Berbaik-baik, bertolak ansur, tolongmenolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga
dan masyarakat.
16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
Memahami masalah masyarakat dan sedia
berusaha menyelesaikannya.
17. PATRIOTIK
17.1. Cintakan negara Berbangga dan taat setia serta
berusaha untuk memajukan negara.
17.2. Berkorban untuk negara Sanggup melakukan
apa sahaja demi mempertahankan negara daripada
diceroboh.

Anda mungkin juga menyukai