Anda di halaman 1dari 51

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

No.
1.

Isi Kandungan
HALAMAN JUDUL, PENGAKUAN & PENGHARGAAN

Muka Surat
3-5

TUGASAN I
2.

3.

RINGKASAN EKSKLUSIF

1.0

6-7

LATAR BELAKANG DAN PENGENALAN


1.1

PENDAHULUAN

78
8-9

4.

5.

6.

2.0

3.0

4.0

DEFINISI KONSEP
2.1
PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN
2.2
PERANAN KEMPIMPINAN
2.3
SEKOLAH CEMERLANG

PERANAN KEPIMPINAN DALAM KECEMERLANGAN


SEKOLAH
3.1
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ORGANISASI
3.2
KECEMERLANGAN KURIKULUM
3.3
KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
3.4
KECEMERLANGAN PENGURUSAN HAL EHWAL
MURID
3.5
PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR
RUMUSAN

1 | Page

10
10 13
13 14
14 - 15

15 16
16 17
17 19
19 20
20 21
21 - 22
22 - 23

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

7.

5.0

PENUTUP

23

TUGASAN II

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

24

1.0

PENDAHULUAN

25 - 26

2.0

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

26 - 27

3.0

KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

28 - 31

4.0

IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA


KEPADA AKAUNTABILITI GURU

32 - 36

5.0

CIRI CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL

37 - 40

6.0

PENUTUP

41

REFLEKSI

42 - 44

BIBLIOGRAFI

45 - 46

LAMPIRAN

47

HALAMAN JUDUL

2 | Page

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

TUGASAN PROJEK
SOALAN 1 ( BERKUMPULAN )
MENULIS SATU ESEI ILMIAH TENTANG PERANAN YANG PERLU DIMAINKAN OLEH
KEPEMIMPINAN SEKOLAH KEARAH MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH YANG
CEMERLANG DAN BERPRESTASI TINGGI

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

SELARAS DENGAN AGENDA

YANG DIHASRATKAN OLEH

PENDIDIKAN .
( EDU 3083 )

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


IPGM KAMPUS IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

3 | Page

KEMENTERIAN

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

HALAMAN PENGAKUAN.

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan serta
ringkasan setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

TANDATANGAN

: ..

NAMA

: ANNISA BT SAHARUDIN

TARIKH

: 30 OGOS 2014

4 | Page

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Syukur Alhamdulillah, akhirnya dengan limpah kurnia serta inayah dariNya dapat jua saya menyiapkan tugasan projek ini sebagaimana yang
dikehendaki tepat pada tarikh dan masa dengan jayanya.
Disini saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah pembimbing iaitu Puan Anis Salwa Binti Ahmad @ Adnan kerana
telah banyak membantu saya dengan memberi penerangan yang teliti mengenai
tugasan projek ini serta merangkap penasihat bagi tugasan ini dan di atas
kesudian dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang membina bagi saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Di samping itu, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada suami
tersayang dan juga keluarga tercinta iaitu emak dan ayah saya atas sokongan
dan semangat yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan
proposal kajian tindakan pendidikan muzik ini. Ribuan terima kasih ditujukan
kepada teman-teman

seperjuangan dari unit Pendidikan Muzik yang turut

berkongsi idea, rasa serta pendapat-pendapat yang bernas sepanjang proses


menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Ribuan terima kasih saya hulurkan
kerana tanpa kalian, tidak mungkin tugasan ini dapat berjalan dengan lancar.

Ringkasan Eksekutif

5 | Page

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

Standard Kopetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia telah menggariskan 9


peranan dan tanggungjawab memimpin sesebuah sekolah kepada pengetua
untuk dilaksanakan bagi memacu kecemerlangan sekolah. Di samping itu,
terdapat beberapa ciri kepimpinan yang memerlukan penghayatan oleh setiap
pengetua dalam usaha untuk menggembleng setiap warga sekolah dan sumber
yang ada untuk memacu mereka ke arah kecemerlangan sekolah. Melalui
adunan peranan dan kepimpinan inilah pengetua dapat merealisasikan segala
visi dan misi ke arah kecemerlangan dalam setiap bidang, di dalam persekitaran
kerja yang harmoni, dan merangsang setiap warga meningkatkan kualiti dan
kuantiti kerja dan hasil. Dalam penulisan ini, kami membincangkan lima daripada
9 peranan dan tanggungjawab atau kemahiran yang harus dilaksanakan oleh
pengetua atau

untuk memastikan kecemerlangan sekolah. Melalui analisis

secara kritikal dan analitikal, kami berpendapat bahawa semua tugas dan
peranan tersebut haruslah dilaksanakan dengan serentak dan secara cemerlang
oleh semua pengetua tidak kira di tahap mana sekali sekolah mereka kerana ia
akan memberikan kesan yang hebat dalam kejayaan sesebuah sekolah. Kami
merumuskan perbincangan dengan menegaskan bahawa peranan pengetua
amat penting dan menjadi penentu utama terhadap terhadap kecemerlangan
sekolah. Beliau juga mengungkapkan bagaimana pengetua menggunakan
kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan peranan dan kepimpinan ini
untuk melaksanakan beberapa tindakan dalam mengubah persepsi dan
pemikiran setiap warga sekolah ke arah kecemerlangan.

6 | Page

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

1.0 LATAR BELAKANG DAN PENGENALAN


Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr. Mahathir Mohamed pada 28 Febuari
1991 adalah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju
mengikut acuannya sendiri. Antara hasrat yang terkandung di dalamnya ialah,
Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu ,
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai
agama,moral, etika dan menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan
bertolak ansur. Lanjutan itu, di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan MISI NASIONAL yang
mengaitkan dengan Islam Hadhari yang menekankan penguasaan ilmu
pengetahuan dan pembangunan potensi individu bagi menyediakan sumber
tenaga manusia yang seimbang iaitu modal Insan. Misi Nasional ini memberikan
penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan minda kelas pertama.
Dasar 1 Malaysia hasil ilham Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak
mengukuhkan lagi betapa perlunya keupayaan modal insan ini digembleng demi
kecemerlangan negara.
Dalam usaha merealisasikan impian tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah diberikan peranan yang utama untuk melahirkan tenaga kerja
yang berkualiti yang berketerampilan, yang mampu menangani cabaran dan
bersaing dalam era globalisasi pada masa kini dan pada masa akan datang.
Melalui misi utama kementerian iaitu membentuk modal insan kelas pertama

7 | Page

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


melalui pembangunan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Segala
usaha ini sudah pastilah bermula di peringkat sekolah. Dalam hal ini sudah
tentulah peranan pengetua yang akan menggerakkan segala tenaga setiap guru,
staf, dalam mendidik anak-anak ini dengan menggunakan segala sumber,
tenaga dan kepakaran yang ada.

1.1

PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PIPP ( Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan 2006-2010) yang menggariskan 6 teras utama ke arah pencapaian
pendidikan bertaraf dunia tersebut. Melaluinya

diharapkan Kementerian

Pelajaran Malaysia akan mengorak langkah membuat anjakan paradigma


kepada budaya berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolah-sekolah. Sehubungan
itu, sistem pendidikan diharapkan akan dapat mengeluarkan lepasan sekolah
yang kreatif dan berdaya fikir, mampu menjana idea dan rekaan baru untuk
membangunkan industri berasaskan produk serta perkhidmatan bernilai tambah.
Kejayaan hasrat yang digariskan di dalam PIPP ini adalah menjadi
tanggungjawab setiap warga pendidik terutamanya yang berada di sekolahsekolah.

Para

guru,

kakitangan,

murid-murid

memikul

tanggungjawab

melaksanakan tugas masing-masing ke arah ini. Dalam hal ini, pengetua amat
bertanggungjawab menggerakkan

sekolah

untuk mencapai hasrat yang

dirancang. Cabaran terbesar pengetua di sekolah adalah untuk memastikan


organisasi sekolah dapat berjalan dengan efisien, efektif dan cemerlang.

8 | Page

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Lanjutan daripada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama
Institut Aminuddin Baki (IAB), telah menggariskan 9 tugas dan peranan yang
perlu dikuasai oleh setiap pengetua untuk melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran menangani dunia pendidikan bagi melahirkan
pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan/ sekolah cemerlang (IAB, 2006). 9
Standard Kompetensi tersebut adalah:,Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi,
Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Ko-Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal
Murid,Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan
Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia dan Pengurusan Perhubungan Luar. Ternyata peri pentingnya
kepimpinan pengetua dalam menjana kecemerlangan sesebuah sekolah.
Pengetua sebagai peneraju utama sekolah menjadi penentu kepada kejayaan
setiap perancangan dan menggerakkan setiap warga sekolah ke arah
pencapaian visi yang seterusnya mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang.

2.0

DEFINISI KONSEP

9 | Page

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Bagi membincangkan permasalahan yang dinyatakan, beberapa definisi
dan konsep berkaitan perlulah diperjelaskan seperti berikut:

2.1

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN.

Abas Awang dan Abdullah Ngah, (2007) mentakrifkan kepimpinan sebagai


setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke
benar-benar bermanfaat.

arah matlamat yang

Pemimpin pula adalah orang yang diamanahkan

melaksanakan tugas kepimpinan di atas. Dalam konteks ini , penulis


membincangkan 2 jenis kepimpinan sahaja.

2.1.1 Kepimpinan Instruksional


Sweeny (1982) , menyebutkan enam ciri kepimpinan pengetua /
guru besar yang berkaitan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah
cemerlang;
penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam pelajaran, menyusun dan
menetapkan

strategi

pengajaran;

menyediakan

dan

mengekalkan

suasana kondusif di sekolah (iklim sekolah); kerap menilai pencapaian


akademik pelajar; menyelaras program pengajaran; membantu dan
memberi

semangat

kepada

guru-guru.

Menurut

Hussien

Mahmood( 1993), mengatakan bahawa kepimpinan pengetua/ guru besar


bertanggungjawab mengadakan falsafah, matlamat dan objektif sekolah,
membimbing

10 | P a g e

para

guru

meningkatkan

kecekapan

mereka

dalam

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum. Pengetua juga melaksanakan
program perkembangan staf, menyelaras aktiviti pendidikan serta lain-lain
usaha. Jelaslah, kepimpinan pengetua dalam melaksanakan dan
menumpukan seluruh tenaga dalam memastikan tugas hakiki dan utama
dalam kecemerlangan kurikulum, amatlah penting.

2.1.2 Kepimpinan Tranformasional


Zaidatol Akmaliah (2003) mendefinasikan kepimpinan ini sebagai
pemimpin

yang

mampu

mempengaruhi

perubahan

besar

dalam

organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai visi, misi,


matlamat dan strategi organisasi. Beliau seterusnya melanjutkan bahawa
pengetua bukan lagi diperlukan untuk mengawal organisasi tetapi
berperanan memimpin staf untuk menyumbang di peringkat yang lebih
tinggi. Hal ini disokong oleh Rahimah Ahmad (2002) yang menyarankan
agar pengetua mengamalkan pengupayaan kepimpinan dalam kalangan
guru-gurunya. Oleh itu, benarlah seperti apa yang dimaksudkan oleh Bass
(1978) yang menyatakan bahawa kepimpinan transformasi ini merupakan
ciri kepimpinan yang mengandungi sifat-sifat keupayaan membangkitkan
inspirasi, kebolehan merangsang intelektual dan bersifat bertimbang rasa
secara individu. Hal ini penting kerana pengetua pada hari ini bukan
sahaja bertanggungjawab menjalankan tugas fungsionalnya sahaja
malahan ia perlu menangani segala permasalahan yang berkaitan

11 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


dengaan kepimpinannya di sekolah secara profesional (Hussien Ahmad,
2002).
Oleh itu, jelaslah bahawa pengetua sebagai pemimpin organisasi
yang

mengamalkan

kepimpinan

tranformasional

perlulah

mampu

menjelaskan kepada staf bawahannya mengenai halatuju sekolah,


berkongsi idea serta menerima pandangan orang bawahannya, mampu
membawa perubahan dan inovasi, menunjukkan semangat dan inspirasi
tinggi, sanggup berkorban demi kemajuan organaisasi dan perihatin
terhadap keperluan orang bawahannya.

2.1.3 Rumusan
Ternyata untuk seorang pengetua berjaya berperanan dalam
menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang cemerlang, kedua-dua jenis
kepimpinan ini mestilah mampu di adun dengan seimbang. Menurut Md.
Fiah (2005), ini penting bagi memastikan kecemerlangan sekolah dapat
diraih, dikekal dan seterusnya dipertingkatkan. Oleh itu, sebagai seorang
pengetua,

haruslah bukan sahaja berusaha memastikan kejayaan

cemerlang dalam pencapaian akademik, serta ko-kurikulumnya, malahan


harus dapat diterima oleh semua staf dalam usaha memacu pentadbiran
sekolah keseluruhannya ke arah kecemerlangan tanpa mengorbankan
aspek penting pengurusan.
Hal ini selari dengan seruan agama Islam yang menyeru kita
mencontohi kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w yang berjaya mendidik

12 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


manusia dalam memastikan bukan hanya kita cemerlangan dalam
hubungan dengan Allah, yang menjadi keutamaan, tetapi juga kita harus
berjaya dalam menguruskan hubungan dang manusia dan alam demi
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Kepimpinan Nabi Muhammad
s.a.w telah terbukti sebagai pemimpin terbaik yang diakui oleh dunia Islam
dan Barat. Jika sifat kepimpinan begini dapat diterapkan di sekolah sudah
pastilah setiap ahli dalam organisasi berkenaan bukan sahaja berjaya
memacu kecemerlangan akademiknya, malahan akan teruja dan komited
untuk memajukan sekolah sesuailah dengan hasrat Kementerian
menjadikan sekolahku rumahku.

2.2

PERANAN KEPIMPINAN

Dalam kajian mengenai kepimpinan (Stogdill, 1974, Edmond, 1979, Nor Azian,
1994), pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan
sesebuah organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke
arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah,
pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam
menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Pengetua sekolah adalah
merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah kerana peranannya
sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah.
Menurut Hussein (1993) berdasarkan kajian sekolah berkesan peranan
pengetua sering dibicarakan sebagai faktor yang menyebabkan kejayaan

13 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


sesebuah sekolah. Oleh itu, pengetua perlu memainkan peranannya dengan
berkesan supaya sekolah akan terus cemerlang. Pengetua sekolah di Malaysia
bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sekolah termasuklah
(Hussien, 1993, p 21): berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat
sekolah; mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan
pelajar, guru dan staf sokongan sekolah; menyediakan khidmat bantu yang
secukupnya bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan
dan memajukan iklim dan budaya sekolah. Justeru, pengetua perlu berperanan
memastikan

segala

tenaga

dan

usaha

guru-guru

digembleng

dengan

menggunakan sumber yang ada ke arah pencapaian program pendidikan yang


berkesan.

2.3

SEKOLAH CEMERLANG

Peter Mortimore (1995), dalam Seminar Sekolah Berkesan di Malaysia


menyatakan terdapat sebelas ciri utama iaitu, kepimpinan professional,
perkongsian visi dan misi, persekitaran pembelajaran yang unggul, tumpuan
kepada P & P, pengajaran berhala tuju jelas, harapan tinggi pelajar, pengukuhan
yang positif, pemantauan, hak dan tanggungkjawab pelajar, permuafakaatan
sekolah dan organisasi pembelajaran.
Hal ini dijelaskan lagi oleh Hussein Mahmood (1993) yang menyatakan,
sekolah cemerlang bukanlah sekolah yang established atau sekolah primer
tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi,

14 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan di kalangan
masyarakat dan guru-guru merasa puas hati bekerja. Abdul Shukor Abdullah
(1991) pula melanjutkan dengan menyatakan bahawa sekolah cemerlang adalah
sekolah yang mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua
bidang berkaitan dengan akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan,
infrastruktur dan kepemimpinan.
Secara keseluruhannya, sekolah cemerlang bermaksud sekolah yang
dapat mencatat kejayaan yang menonjol dalam segenap bidang tanpa
menafikan kejayaan dalam nieche area atau watak sesebuah sekolah. Namun
hakikat yang kita perlu terima ialah sekolah-sekolah begini juga sebenarnya
mempunyai pencapaian yang baik dalam banyak bidang lain. Ini kerana ia
seringkali saling melengkapi seperti kejayaan akademik kerap kali juga ditunjangi
oleh tahap disiplin dan sahsiah yang cemerlang.

3.0

PERANAN KEPEMIMPINAN DALAM KECEMERLANGAN SEKOLAH

Peranan pengetua dalam menjamin kecemerlangan sesebuah sekolah,


sebenarnya telah dititipkan oleh Kementerian melalui Standard Kompetensi
Pengetuan Sekolah Malaysia yang menggariskan sembilan kemahiran yang
menjadi KPI kepada kejayaan seseorang pengetua mampu memimpin sekolah
menjadi sekolah cemerlang. Walau bagaimana pun, bagi tujuan perbincangan
ini, penulis akan hanya membincangkan lima peranan seperti berikut;

15 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


3.1

Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi


Kecemerlangan dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi bermaksud

kejayaan pengetua menggerakkan sumber bagi mencapai objektif organisasi dan


membentuk halatuju organisasi, mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang
hayat dan membawa perubahan serta kualiti peribadi dan professional.
Pengetua haruslah mampu menterjemahkan dasar kerajaan, menerapkan
pengurusan organisasi berkesan, menjana visi dan misi sekolah, menggunakan
maklumat dan pendekatan terkini, memupuk budaya pembelajaran sepanjang
hayat,

melaksanakan

perubahan

dan

menjalankan

penilaian

dan

penambahbaikan.
Di sekolah, pengetua atau guru besar seringkali menegaskan setiap staf
untuk mengamalkan nilai-nilai murni di dalam perkhidmatan seperti berazam
meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab,
berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh
muhibbah dan kemesraan dan berpegang teguh kepada ajaran agama.
Pengetua atau guru besar perlu membawa pendekatan keislaman di dalam
pentadbiran. Pengetua atau guru besar perlu seringkali mengingatkan semua
warga sekolah agar melaksanakan tugas sebagai satu tanggungjawab dan
ibadah serta amanah yang akan dituntut oleh Allah. Mereka juga diingatkan
supaya bersyukur dengan nikmat yang diberi dan mestilah menunjukkan
kesyukuran itu dengan bekerja bersungguh-sunguh, penuh ikhlas dan sentiasa
mengharapkan keredhaan Allah. Mereka juga diingatkan akan tujuan kita bekerja
adalah untuk mencari rezeki yang halal untuk kita berikan kepada anak isteri.

16 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Pentadbiran secara telus dan tegas sentiasa diterapkan di dalam pentadbiran
sekolah. Guru-guru dan staf diberikan empowerment untuk melaksanakan
tugas agar mereka berupaya membuat keputusan dan berani terutamanya di
dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum serta
sahsiah pelajar. Melalui dasar mesra dan terbuka, setiap orang digalakkan
memberikan pandangan dan idea untuk memajukan sekolah.

3.2

Kecemerlangan Kurikulum
Kecemerlangan kurikulum ini membawa maksud kepada peranan

pengetua dalam menggerakkan segala sumber untuk menyokong perlaksanan


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan
muridnya. Kesan kejayaan seringkali dikaitkan dengan peningkatan pencapaian
di dalam peperiksaan awam dan juga kemampuan pelajar menguasai semua
kemahiran yang sepatutnya dikuasai pelajar di dalam tempoh pembelajaran
mereka.
Oleh yang demikian, peranan pengetua dalam menjadikan sekolahnya
sebagai sekolah yang cemerlang hendaklah memberi penekanan terhadap
pencapaian pelajar dalam bidang akademik, menyusun dan menetapkan strategi
pengajaran, menyedia dan mengekalkan suasana kondusif di sekolah (iklim
sekolah), kerap menilai pencapaian akademik pelajar, menyelaras program
pengajaran; dan membantu dan memberi semangat kepada para guru. Sebagai
contohnya di sekolah kami menghadapi masalah berkaitan tahap keinginan
belajar yang rendah di kalangan pelajar. Ramai pelajar yang kurang berminat

17 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


untuk belajar dan tiada semangat berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan.
Akibatnya tahap pencapaian akademik berada pada tahap sederhana. Kejadian
ponteng menjadi suatu yang lumrah sehingga kadangkala menjadikan
sebahagian guru kecewa. Penulis telah mengemukakan suatu program iaitu,
Program

Menjana

Kecemerlangan

Akademik

telah

dilaksanakan

untuk

mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam UPSR. Sasaran untuk mengatasi


pencapaian tahun sebelumnya di sandarkan kepada beberapa kumpulan pelajar
yang akan dipantau pencapaiannya oleh mentor yang terdiri daripada para guru.
Mereka akan menyemak latihan pelajar kumpulan elit melalui program bekalan
buku latihan pada setiap minggu. Setiap minggu guru besar bersama dengan
guru-guru akan bersama-sama membaca yasin, bersolat hajat dan solat dhuha
pada setiap pagi jumaat. Setiap kali itu juga barisan pentadbir akan memberi
motivasi mingguan untuk merangsang para pelajar supaya sentiasa berjuang
untuk mencapai kecemerlangan. Untuk merangsang kecemerlangan pelajar ini,
program Skor A-Jasamu DiKenang juga telah dilaksanakan. Melalui program
ini, setiap pelajar yang mencapai gred A dalam setiap ujian bulanan dan
mengekalkan pencapaian mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun dan
akhir tahun serta percubaan, akan diberikan ganjaran baucer bernilai RM5.00
dan RM10.00. Pelajar juga ditawarkan ganjaran RM15 bagi setiap A dalam
UPSR. Ganjaran juga diberikan kepada setiap panitia yang pelajarnya berjaya
memperolehi banyak A.
Hasilnya, para pelajar dan para guru telah berlumba-lumba untuk
mencapai kecemerlangan. Pada peperiksaan akhir tahun 2013 sahaja seramai

18 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


20 orang pelajar berjaya mengekalkan pencapaian gred A .. Kesannya,
pencapaian

akademik

telah

meningkat

pada

setiap

kali

peperiksaan

dilaksanakan. Kami berpendapat, tindakan yang dirancang oleh guru besar untuk
meningkatkan pencapaian kurikulum di sekolah ini benar-benar telah berhasil
sehingga menjadikan sekolah ini cemerlang.

3.3

Kecemerlangan Kokurikulum
Kecemerlangan ko-kurikulum adalah bermaksud, pengetua mampu

meningkatkan penglibatan para pelajar di dalam setiap bidang ko-kurikulum di


samping dapat mencipta kejayaan dalam permainan, kelab dan bidang
beruniform yang disertai. Dari segi penglibatan, sasarannya adalah setiap pelajar
terlibat di dalam setiap aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Di samping itu, sekolah
juga haruslah mampu membentuk watak sekolah melalui program ko-kurikulum
ini.

Bidang ko-kurikulum ini mempunyai peranan yang penting di dalam

pembentuk modal insan yang berguna. Melaluinya pelajar didedahkan kepada


kepimpinan, akhlak dan kepatuhan kepada disiplin, semangat kekitaan,
kesediaan

bertolak

ansur

dan

saling

tolong-menolong

dan

berdikari.

Kecemerlangan insan yang dilahirkan melalui aktiviti ini, sudah pastilah akan
melahirkan modal insan yang tahan menempuh cabaran dan seterusnya sihat
mindanya.

3.4

Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Murid

19 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Kecemerlangan pengurusan hal ehwal murid bermaksud pengetua
berperanan memastikan pengurusan berasaskan prinsip dan peraturan,
melaksanakan strategi peningkatan prestasi hal ehwal murid,

aktiviti 3K,

menangani konflik hubungan gurumurid, menangani masalah disiplin dan


meningkatkan sahsiah murid. Para guru diminta untuk memastikan kebajikan
pelajar di jaga, hak-hak setiap pelajar dipelihara dan sahsiah mereka
dibangunkan untuk menjadi insan yang sempurna. Pengetua dan guru juga
harus menjadi model serta ikutan pelajar dengan menunjukkan keperibadian
yang mulia. Pelajar perlu didedahkan dengan akhlak mulia dan hidup
berpandukan kepada agama. Konsep Sekolahku Rumahku harus menjadi
panduan guru-guru. Kasih sayang dan layanan sebagai anak yang memerlukan
kasih sayang dan bimbingan harus sentiasa ada di jiwa setiap guru bagi
menjamin keselesaan pelajar di sekolah. Pelajar yang dididik akhlak dengan
akhlak mulia sudah pasti akan menjadi insan berguna di dalam masyarakat.
Kesan yang dapat diperhatikan daripada perubahan ini ialah, masalah
disiplin telah jauh berubah berbanding sebelumnya. Kini sudah ramai pelajar
sudah pandai bersolat dengan sendiri dan suasana pembelajaran di dalam kelas
juga sudah menjadi lebih baik. Pelajar telah mula fokus kepada pelajaran. Guruguru juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk bersama-sama pihak
sekolah dalam membentuk sahsiah pelajar. Guruguru telah menyatakan
kesudian untuk membantu mengajar pelajar mengaji atau bersolat. Hubungan
antara guru dan pelajar juga

semakin akrab dan tiada lagi masalah pelajar

biadap kepada guru. Barisan pentadbiran kerapkali menerangkan kepada guru-

20 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


guru dan pelajar akan peri pentingnya disiplin di dalam mencapai kejayaan
dalam setiap bidang. Guru-guru disedarkan akan tanggungjawab membentuk
pelajar bukan hanya di bidang akademik, namun displin dan sahsiah juga
menjadi tanggujawab semua. Saranan ini diterima baik oleh setiap guru tanpa
halangan. Ibu bapa juga memberi sokongan dan berasa puas hati dengan
perubahan kepada diri anak-anak mereka yang kini semakin menuju ke arah
kebaikan.

3.5

Pengurusan Perhubungan Luar


Kecemerlangan

dalam

perhubungan

luar

bermaksud

kemampuan

pengetua menggunakan pengaruhnya menarik penyertaan agensi luar seperti


PIBG, agensi luar, masyarakat untuk turut sama memberi sumbangan ke arah
kecemerlangan sekolah. Ini kerana kejayaan sesebuah sekolah tidak akan
menjadi kenyataan tanpa penyertaan komuniti. Tambahan lagi komuniti dan
agensi luar ini mempunyai sumber dan kepakaran yang banyak yang boleh
dimanfaatkan oleh sekolah.
Di sekolah , pengetua perlu memperkenalkan dasar terbuka iaitu
memasyarakatkan sekolah dan menyekolahkan masyarakat . Dasar ini
bermaksud memberikan ruang bagi masyarakat membantu sekolah dengan
tujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai aktiviti dan
tanggungjawab warga sekolah dalam mendidik anak-anak mereka. Lanjutan itu,
banyak program-program melibatkan agensi luar dan masyarakat perlu
diadakan. Program seperti Motivasi Telekom Malaysia, PTPL, Bengkel

21 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Kecemerlangan MARA, Universiti Terengganu Darul Iman, Karangkraf Malaysia,
Ceramah Bersama NGO Aman Palestin, Program Jati Diri dan Kesedaran Sosial
Berama Muslim Aid Asia, Yayasan Muslimin, RMC, Perimbu. Bersama komuniti
setempat,

barisan

kepimpinan

sekolah

perlu

mengaktifkan

PIBG

dan

Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah dengan melibatkan semua pihak dan


agensi setempat untuk membantu sekolah.

4.0

RUMUSAN
Kecemerlangan di dalam setiap aspek yang dibincangkan di atas

walaupun nampak terpisah, hakikatnya adalah ia saling berkaitan. Kejayaan


sesaorang pengetua untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang,
bergantung kepada kejayaannya melaksanakan semua peranan tersebut dengan
cemerlang. Oleh itu, berdasarkan prinsip sekolah cemerlang, kejayaan di dalam
menghasilkan pelajar yang cemerlang di dalam akademiknya juga tidak dapat
diterima , jika pelajar yang terhasil itu tidak sempurna akhlak dan keimanannya,
tidak mampu menjadi modal insan sempurna untuk kecemerlangan negara
seperti mana hasrat kementerian melalui falsafah pendidikan yang menyatakan
pendidikan di Malaysia bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Semua ini menuntut peranan
pengetua sebagai pemimpin untuk mengembleng seluruh tenaga dengan
sokongan semua pihak untuk mencapai hasrat di atas. Jika gagal, maka seluruh
sekolah akan gagal, masyarakat dan negara akan kecewa dan hasrat Wawasan
2020 akan gagal.

22 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

5.0

PENUTUP
Akhirnya, segala hasrat negara untuk menjadi Negara maju tidak akan

tercapai jika para pengetua yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan


hasrat Negara gagal untuk melaksanakannya. Pengetua adalah nakhoda yang
memandu bahtera ke destinasi yang dituju. Gagal nakhoda sudah pasti kapal
tidak akan sampai ke destinasi dicita, malah lebih parah jika silap perhitungan
akan

karam

di

lautan

dengan

segala

muatan

dan

penumpangnya.

Kecemerlangan pengetua sebagai pemimpin amat dituntut agar boleh menjadi


suri teladan sepertimana hadis Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud; Siapa yang
memberi contoh teladan, maka dia akan mendapat pahala dan pahala orangorang yang meniru perbuatannya hingga ke hari kiamat.

HALAMAN JUDUL

23 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

TUGASAN PROJEK
SOALAN 2 ( INDIVIDU )
ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION , ETIKA, AKAUNTIBILITI DAN
PROFESIONALISME ATAU ISU BERKAITAN YANG TERDAPAT DI DALAM FILEM
PENDEK YANG BERTAJUK THE INVILIGATOR DAN VIDEO KLIP CIKGU
SHAARI YANG DIMUATKAN DI DALAM PORTAL PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
(PPG ON LINE ) SERTA MENGEMUKAKAN CADANGAN DAN PANDANGAN
UNTUK MEMPERBAIKI AMALAN TERSEBUT.

( EDU 3083 )

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


IPGM KAMPUS IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

1.0

PENDAHULUAN

Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion
24 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan
guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih
tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang
digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang
undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula
membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.
Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion
perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh
masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Di sini maksud Etika membawa maksud :
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran
dan ketakwaan kepada Allah.

Dengan memahami konsep keguruan, seseorang guru dapat mempraktikkan


konsep perguruan dalam menjalani tugas guru dalam era yang semakin mencabar ini.
Berdasarkan tugasan projek yang diberikan, saya akan membuat ulasan kritis secara
menyeluruh mengenai konsep profesion , etika, akauntibiliti dan profesionalisme atau
isu berkaitan yang terdapat di dalam filem pendek yang bertajuk The Inviligator dan
video klip Cikgu Shaari yang dimuatkan di dalam portal pembelajaran atas talian (PPG
25 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


On Line ), dan seterusnya saya akan mengemukakan cadangan dan pandangan untuk
memperbaiki amalan tersebut.

2.0

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep Profesion
Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam mencapai misi Nasional.
Guru telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi ini dan
berusaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Berdasarkan ciri-ciri
profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . Untuk
menjadi

seorang

yang

profesional

haruslah

bersikap

jujur,

dedikasi,

bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai outonomi bertugas


dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Tidak seperti
Cikgu Amira dan Cikgu Khairil di dalam filem The Inviligator dan Cikgu Shaari,
mereka tidak mempunyai ciri ciri guru yang professional dalam menjalankan
amanah

dan

tanggungjawab

dalam

bidang

pendidikan

seperti

yang

diamanahkan kepada mereka. Mereka culas dan mudah berputus asas dalam
menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Kalau pun mereka
melakukannya, mereka hanya membuat seperti melepas batuk di tangga.
Selain itu , konsep guru dianggap sebagai satu profesion. Maksud
profesion adalah sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, berdedikasi, bertanggungjawab, dan bermoral tinggi serta mematuhi kod
etika yang ditetapkan oleh organisasinya. Contohnya keguruan, peguaman,
akauntan,

perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan. Profesion

merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Profesion juga banyak


menggunakan keupayaan dan mendapatkan latihan khusus supaya pihak yang
26 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


dilatih Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Dalam bidang
profesion juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja .
Malah, profesion juga merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai
antaranya

dan

bertanggungjawab

terhadap

semua

keputusan

yang

dibuatnya.Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku pada Cikgu Amira. Semasa


dalam latihan praktikal perguruan pun, beliau tidak dapat mengawal emosi dan
tidak dapat mengurus kawalan kelas dengan begitu baik. Beliau juga tidak dapat
mengawal emosi kemarahan beliau terhadap pelajar beliau. Sepatutnya Cikgu
Amira menggunakan kaedah psikologi atau kelembutan dalam menangani
kedegilan pelajar beliau. Sekiranya Cikgu Amira tidak dapat mengawal kelas dan
pelajar dengan baik hatta dalam latihan perguruan, bagaimana pula nanti Cikgu
Amira akan mengawal keadaan kelas dan pelajar di dalam keadaan kelas yang
sebenar.
Menurut kamus dewan(1989), di bawah konteks pendidikan guru, adalah
diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid,
dan sebagainya. Keguruan pula telah diertikan sebagai perkara yang berkaitan
dengan guru iaitu yang merangkumi peranan, tugas, dan kelayakan sebagai
guru. Sebagai contoh masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan
serta tugas guru yang luhur. Konsep guru sebagai satu profesion boleh
ditakrifkan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang
tinggi dan latihan khas misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan.
Manakala, profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang berkaitan
dengan peranan, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Tetapi berlainan pula
dengan Cikgu Shaari dan Cikgu Khairil. Mereka tidak memiliki tanggungjawab
dan sifat kualiti guru yang sepatutnya seperti yang termaktub dalam etika
keguruan. Cikgu Shaari contohnya, beliau tidak menjalankan amanah dan
tanggungjawab beliau iaitu mengajar dengan bersungguh sungguh. Cikgu
Shaari hanya menulis di papan hitam kemudian menyuruh muridnya seorang
demi seorang membaca kuat sedangkan beliau lena di tempat duduk guru. Cikgu
Shaari tidak memiliki kualiti guru yang sepatutnya iaitu mendidik dengan penuh

27 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


iltizam dan kesungguhan menggunakan teknik pengajaran yang sepatutnya.
Perkara ini dapat dielakkan sekiranya Cikgu Shaari pandai menggunakan waktu
beliau dengan sebaik mungkin dan menggunakan kaedah bahan bantu mengajar
yang menarik di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran beliau.
Konsep profesion perguruan dan keguruan dapat dibezakan. Profesion
perguruan merupakan pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang
tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan pula merupakan satu pekerjaan yang
membawa

bersama

tanggungjawab,

integriti

dan

akauntabiliti

terhadap

masyarakat. Tetapi , adakah keguruan sebagai satu profesion? Persoalan ini


sepatutnya diutarakan kepada Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari di
dalam filem The Inviligator Dan sedutan filem Cikgu shaari kerana mereka
tidak memperlihatkan sifat sifat dan etika profesion keguruan di dalam sedutan
filem filem tersebut. Ciri ciri profesion keguruan tidak dapat dilihat secara
keseluruhan di dalam diri mereka. Mereka tidak menajalankan tanggungajawab
profesion keguruan secara menyeluruh. Akauntabiliti mereka tidak dilaksanakan
dengan

sebaik

mungkin.

Cikgu

Khairil

sebagai

contohnya,

sepatutnya

memberikan tunjuk ajar dan contoh yang baik kepada Cikgu Amira. Bimbingan
sebagai guru yang berpengalaman luas sepatutnya diberikan kepada Cikgu
Amira sebagai guru baharu. Bimbing dan didik Cikgu Amira mengikut lunas
lunas profesion keguruan yang sepatutnya. Contoh yang baik juga perlu
diberikan kepada pelajar pelajarCikgu Khairil. Sepatutnya seorang guru tidak
memberi rasuah kepada pelajar pelajarnya. Ini memberikan impak negatif
kepada pelajar pelajarnya pada masa akan datang. Tindakan ini juga
meruntuhkan intergriti profesion perguruan dan juga intergriti masyarakat. Pelajar
pelajar dididik untuk memberikan rasuah sedari peringkat remaja oleh seorang
yang sepatutnya memberikan bimbingan dan contoh yang baik kepada
pelajarnya. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dari peringkat akar umbi. Impak
yang negatif akan berlaku kepada keruntuhan moral individu dan masyarakat.
Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan perlu dielakkan sedari akar umbi.

28 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Terdapat penerangan yang berbeza iaitu keguruan sebagai satu profesion
dan keguruan bukan satu profesion. Keguruan sebagai satu profesion dianggap
sebagai pekerjaan yang penting dan bersifat autonomi. Untuk memenuhi
profesion , guru-guru memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas. Guru
juga digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan dan lebih mengutamakan
perkhidmatan. Malah , keguruan bukan satu profesion mempunyai kelayakan
akademik dan latihan yang berbeza. Antara ciri-ciri yang terdapat dalamnya
termasuk terdapat kuasa kesatuan,keseragaman ahli kesatuan serta kuasa
Autonomi. Keguruan bukan satu profesion juga berkaitan dalam bidang ikhtisas
yang lain. Sepatutnya perkara ini lebih di dalami oleh Cikgu Amira , Cikgu Khairil
dan Cikgu Shaari kerana mereka telah mendapat latihan ikhtisas dalam bidang
perguruan sebelum menjadi guru. Terutama Cikgu Amira yang masih dalam
latihan perguruan tetapi telah dapat dlihat sikapnya sebagai seorang guru yang
cepat berputus asa terhadap kerjaya perguruan dan memandang rendah
profesion perguruan itu sendiri. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya Cikgu
Amira mempunyai daya kecekalan dan sikap profesional dalam bidang
perguruan kerana beliau yang memilih kerjaya perguruan itu sendiri.

3.0

KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Bagi memartabatkan profesion keguruan, guru adalah subjek utama yang akan
menyumbang ke arah pencapaian matlamat ini. Perkara utama yang perlu
dilaksanakan ialah guru itu harus memahami konsep sebenar kod etika
keguruan.Setiap organisasi kerajaan ataupun swasta mempunyai kod etika yang
tersendiri untuk membentuk ahlinya ke arah yang dikehendaki. Bagi seorang
29 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


guru yang telah memilih pekerjaan ini sebagai profesion dalam hidupnya juga
tidak terlepas dengan kod etika keguruan. Kod etika keguruan adalah bertujuan
untuk menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Menurut kod
etika keguruan, perkara pertama yang ditekankan ialah tanggungjawab terhadap
pelajar.
Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 bahawa etika merupakan satu
sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manakala dalam
Kamus Oxford, 1994 pula didapati etika diertikan sebagai prinsip moral atau set
prinsip moral. Etika juga merupakan tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat.Dari persepktif Islam, etika
merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada
Allah.
Maksud etika profesional adalah semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan
dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Antara skop etika professional termasuk

mencakupi sebahagian besar

kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti


mencuci kereta, menanam bunga dan sebagainya. Dalam Islam, etika ialah
akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan
hidupnya.
Kod etika perguruan merupakan satu prinsip yang mengawal kemoralan
dan perlakuan guru. Kod etika perguruan juga adalah satu panduan perlakuan
atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional
harus mematuhi kod etika dan mengamalkan peribadi mulia dalam menjalankan
tugas harian. Antara kod etika perguruan termasuk tanggungjawab terhadap
pelajar , tanggungjawab terhadap ibu bapa , tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara , serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion perguruan .
30 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Melaui kod etika perguruan seperti yang telah dinyatakan di atas, Cikgu
Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari haruslah mempunyai dan berpegang
teguh kepada kod etika perguruan seperti yang telah termaktub mengikut
pernyataan di atas kerana melalui kod etika perguruan, ianya merupakan satu
panduan bagi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion perguruan itu
sendiri. Waima melalui kod etika perguruan yang telah dinyatakan di atas, malang sekali
Cikgu Amira , Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari tidak berpegang malah telah melanggar
kod etika perguruan itu sendiri melalui tingkah laku dan juga contoh yang tidak baik
kepada pelajar pelajar mereka sendiri. Perkara ini sepatutnya tidak terjadi kerana
profesion perguruan itu sendiri merupakan satu profesion yang sangat mulia baik di sisi
masyrakat mahupun pada sisi agama Islam itu sendiri kerana melalui pembentukan
akhlak, guru tersebut menyumbang ke arah tamadun manusia yang berilmu tinggi,
berakhlak mulia dan mempunyai pegangan agama yang baik.

Yang pertama sekali adalah tanggungjawab terhadap pelajar. Pihak guru


seperti Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari harus mengutamakan
kebajikan dan keselamatan pelajar mereka daripada hal-hal lain. Mereka juga
perlu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Untuk
melindungi kepentingan murid,merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit
mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Peranan
guru seperti Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari adalah membimbing
atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran dan tanpa
melibatkan rasuah. Sebagai teladan , Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu
Shaari perlu menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Sebagai seorang guru juga
mereka harus memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggitingginya. Contohnya seperti Cikgu Amira yang sepatutnya memperbaiki
kelemahan diri sebagai seorang guru tanpa berputus asa manakala Cikgu Khairil
dan Cikgu Shaari pula seharusnya memperbaiki kecepakan ikhtisas mereka
31 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


seperti mempertingkatkat mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan
juga menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar pelajar mereka.
Kod etika perguruan yang kedua adalah tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara. Sebagai seorang guru yang profesional , guru seperti
Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari harus mengelakkan diri daripada
menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara seperti
bertindak kasar terhadap pelajar, kurang toleransi terhadap pelajar, tidur di dalam
kelas, memberikan rasuah kepada pelajar serta tidak menegur salah laku atau
perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh pelajar. Contohnya seperti
Cikgu Khairil, beliau sepatutnya menunjuk teladan yang baik kepada pelajar
pelajar beliau seperti tidak memberikan rasuah kepada pelajar. Ini merupakan
kesalahan yang paling besar bagi seorang guru mahupun seorang individu
kerana pembentukan akhlak bermula dari awal. Sepatutnya sebagai seorang
guru, Cikgu Khairil membimbing pelajar pelajar beliau dengan pembentukan
akhlak dan moral yang baik, bukannya menghancurkan lagi akhlak, nilai dan
moral pelajar pelajar beliau. Manakala Cikgu Shaari pula, sepatutnya
memberikan teladan yang baik kepada murid murid beliau. Malah murid
murid beliau telah mengetahui tabiat buruk beliau sebagai guru seperti sering
tidur di dalam kelas. Ini memberikan impak yang negatif ke atas diri beliau
sebagai seorang pendidik mahupun atas nama profesion perguruan itu sendiri.
Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang , guru perlulah memupuk dalam diri
setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Yang akhir sekali adalah tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion perguruan. Sebagai seorang guru yang profesion, mereka perlu
mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
32 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Guru-guru tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan sebagai seorang guru dan mereka harus berusaha dengan
sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh
serta mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru-guru
haruslah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru dalam profesion perguruan dan mengawasi diri supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion perguruan. Melalui sedutan filem Cikgu Shaari, pihak
pentadbir iaitu Guru Besar kepada Cikgu Shaari mempunyai etika yang baik
terhadap Cikgu Shaari iaitu tidak memarahi atau menegur Cikgu Shaari di
hadapan murid murid beliau di dalam kelas. Sebaliknya,meminta Cikgu Shaari
berjumpa dengannya di bilik Guru Besar di pejabat sekolah. Tindakan ini
melindungi nama baik seorang guru di hadapan pelajarnya waima guru tersebut
telah membuat kesalahan. Guru besar tersebut juga telah melindungi maruah
Cikgu Shaari di hadapan pelajar- pelajar beliau. Ini melindungi reputasi profesion
perguruan di mata murid murid Cikgu Shaari. Begitu juga tindakan Cikgu
Khairil yang tidak menegur secara lansung kesalahan sebagai guru pelatih yang
telah dilakukan oleh cikgu Amira di dalam kawalan kelas beliau. Beliau telah
berbincang dan menunjukkan tindakan yang sepatutnya dibuat oleh Cikgu Amira
sebagai seorang guru. Tindakan Cikgu Khairil telah membuatkan Cikgu Amira
kembali bersemangat untuk meneruskan latihan perguruannya. Ini juga telah
melindungi maruah Cikgu Amira di hadapan pelajar pelajar beliau.

Seterusnya adalah kepentingan etika guru. Guru perlu memiliki kod


etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap
penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah
laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh
guru.

Kod

Etika

Perguruan

juga

menyatakan

dengan

jelas

tentang

tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ini


menyebabkan guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
33 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Dengan
ini,guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain. Tetapi berlainan dengan Cikgu Shaari dan Cikgu Khairil,
mereka tidak mengikuti kod etika perguruan kerana tidak bertingkah laku seperti
di dalam kod etika perguruan. Cikgu Shaari misalnya, tidak memegang amanah
mendidik murid murid mengikut garis garis panduan seorang guru malah
tidur di dalam kelas manakala Cikgu Khairil pula sedang meruntuhkan nilai nilai
norma dan nilai nilai murni pelajar pelajar beliau dengan menunjukkan contoh
yang tidak baik dengan memberikan pelajar pelajar beliau rasuah untuk
bertindak mengikut apa yang Cikgu Khairil inginkan. Perkara ini tidak sepatutnya
terjadi kerana guru memegang amanah profesion perguruan itu sendiri dan guru
juga merupakan role model kepada pelajar pelajar. Sepatutnya guru
memegang teguh kod etika perguruan serta menunjukkan nilai nilai positif dan
murni kepada pelajar pelajar selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan.Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh
mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod
etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih
dan

rasmi.

Ini

telah

membuka

mata

masyarakat

untuk

menghayati

tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting
dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan

yang

diberi

dalam

menjalankan

tugas,

serta

memupuk

tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam


organisasi (INTAN, 1991).

4.0

IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA KEPADA


AKAUNTABILITI GURU

34 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

Definisi Akauntabiliti
Sebagai seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciri akauntabiliti
yang tinggi supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa.
Dengan ini barulah bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan
negara. Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat, akauntabiliti bermaksud
sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan,
keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi
yang diperlukan. Sebagai contoh, seorang guru mengutip yuran daripada
pelajarnya perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas
kepada pelajar.
Akauantabiliti bermaksud keuntungan pelajar secara berseorangan.
Sekolah sepatutnya mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar
mencapai kejayaan dan pelajar berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolah
gagal. Akauntabiliti bermaksud maklum balas. Tujuannya ialah mengekal dan
memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkan
usaha. Selain itu, akauntabiliti sebagai pencapaian objektif. Akauntabiliti
pendidikan

bermakna

sistem

pendidikan

yang

dibentuk

adalah

bertanggungjawab untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Akauntabiliti juga


ialah proses mendatangkan keputusan maksimum. Secara lebig luas lagi,
akauntabiliti merupakan satu laporan umum oleh satu kumpulan pemeriksa
bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi sesuatu perbelanjaan
wang atau penggunaan sumber.
Di Malaysia, akauntabiliti guru perlu dilaporkan kepada menteri pendidikan
untuk memudahkan beliau menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan
pendidikan semasa bersidang di parlimen.
Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru
a

Akauntabiliti terhadap diri sendiri


35 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Sebagai seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada
pelajarnya. Oleh itu, melalui kod etika, guru seperti Cikgu Amira , Cikgu Khairil
dan Cikgu Shaari sepatutnya berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Cikgu
Amira dan Cikgu Shaari harus menguasai subjek yang diajar degan mendalam
dan mahir. Cikgu Amira perlu belajar lebih daripada tajuk-tajuk yang terdapat
dalam sukatan pelajaran dan peperiksaan. Misalnya, Cikgu Amira yang mengajar
subjek matematik harus menguasai semua ilmu tentang matematik, tidak patut
ada sebarang ilmu yang tidak jelas tentang matematik. Pengajaran tidak dapat
diasingkan daripada pembelajaran. Cikgu Amira harus belajar tentang bidang
pengajarannya dengan lebih mendalam pada setiap masa.
Melalui kod etika tersebut Cikgu Amira dan Cikgu Shaari akan mempunyai
pengetahuan tentang kanak-kanak. Cikgu Shaari sebagai contohnya sepatutnya
mempunyai pengetahuan psikologi tentang kanak-kanak, iaitu tingkah laku,
minat, bakat, minat-minat dan keperluan kanak-kanak. Hal ini disebabkan Cikgu
Shaari dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya Cikgu
Shaari dapat menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar
mengikuti tahap yang berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu
aktiviti dengan menarik dan dapat menikmati kejayaannya.
Selain itu, melalui kod etika tersebut Cikgu Amira akan belajar tentang
pengetahuan tentang kaedah mengajar. Cikgu Amira perlu mempunyai
pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang
sesuai supaya pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan.
Setiap mata pelajaran mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah
mengajar yang berkesan akan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
di samping pelajar yang lemah juga mendapat manfaatnya dan Cikgu Amira juga
perlu mengambil kira keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka
tidak berasa bosan.
Selain daripada itu, Cikgu Amira perlu mempunyai pelbagai kemahiran
yang tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran yang
berkesan, kemahiran mengemukakan solan, menggunakan contoh-contoh,
36 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


kemahiran menyediakan soalan-solan yang baik, kemahiran melibatkan semua
pelajar dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal
disiplin pelajar dan sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh Cikgu
Amira supaya pelajar-pelajarnya dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna,
menganalisis, membuat sintesis serta penilaian, aktiviti pengajaran dapat
dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap ilmu pengetahuan
dengan berkesan dan dengan cara yang menarik.
Sebagai seorang guru yang professional, Cikgu Khairil perlu memiliki
kefahaman yang mendalam tentang tugasnya. Cikgu Khairil perlu mempunyai
kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata pelajaran yang
diajar serta kefahaman terhadap diri sendiri. Cikgu Khairil perlu mempunyai
kefahaman yang mendalam tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat
dijalan dengan lancar, berupaya meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif
yang lebh luas dan mengawal emosi sendiri dengan baik tanpa memberikan
rasuah kepada pelajar pelajarnya untuk berlakon seperti yang dikehendaki oleh
Cikgu Khairil.
Di samping itu, Cikgu Khairil dan Cikgu Amira juga perlu mempunyai sikap
yang positif terhadap profesionnya. Mereka harus mementingkan kebajikan
pelajar daripada perkara lain. Cikgu Amira sebagai contohnya perlu memberi
tumpuan kepada pelajar yang lemah, menyediakan tugasan yang

lebih

mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran


dan pembelajaran. Cikgu Amira perlu bersikap adil dengan membantu pelajarpelajarnya tanpa mengira kaum, bangsa, status sosioekonomi. Cikgu Khairil juga
harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi hukuman atau ganjaran
dengan sesuai.
Yang penting, guru seperti Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari
harus mempunyai tingkah laku yang sesuai. Antara tingkah laku yang sesuai
ialah bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih dan
menepati masa dan sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan
baik yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.
37 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

b Akauntabiliti Terhadap Pelajar


Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar
ialah lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Cikgu Amira
dan Cikgu Shaari seharusnya bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya
dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat lulus dalam
peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Pembentukan akhlak pelajar yang baik
merupakan tanggungjawab seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan
pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya bukannya tidur
semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau pun bertindak di luar
kawalan ke atas pelajar dan mudah berputus asa dengan kelakuan pelajar.
Cikgu Amira juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik
supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Perkara
ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan
menyertai persatuan, unit-unit beruniform dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di
dalam kelas juga dapat membantu pelajar meningkatkan sosialisasi pelajarnya.
Cikgu Amira juga perlu lebih bertanggungjawab mewujudkan suasana emosi bilik
darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi.

c Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa


Sebagai ibu bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka
mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Oleh itu, mereka akan
menginginkan guru-guru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademik
anaknya. Bagi pelajar yang lebih lemah, Cikgu Amira harus lebih memberi
tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep yang

38 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian.
Mereka perlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan
terhadap akademik. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopansantun. Ibu bapa mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa
mereka belajar di dalam kelas sepanjang masa. Apabila anak-anak mereka
besar nanti akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinisiatif, proaktif
serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa juga
mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan
memilih maklumat, patriotic, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta
kemahiran dari aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan
dengan bijak serta intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya
dengan baik. Di samping itu, ibu bapa mengharapkan guru dapat menjadi
kaunselor anak-anaknya. Cikgu Amira perlu mengendalikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu bapanya. Misalnya masalah
berbentuk akademik, sosioemosi dan sebagainya.
d Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan
Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi dorongan kepada
pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu, guru
seperti Cikgu Amira dan Cikgu Shaari perlu memastikan aktiviti program
pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai matlamatmatlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi pekerti,
berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin serta bersedia menjunjung
aspirasi negara dapat dibentuk.
e Akauntabiliti Guru Terhadap Negara
Guru adalah dibayar gaji oleh negara. Oleh itu, mereka bertanggungjawab
untuk menjawab atau memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau
kelemahan kepada negaranya. Seperti Cikgu Shaari, beliau perlu memberi

39 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


penjelasan kepada kerajaan jika kegagalan menyempurnakan sesuatu perkara
seperti tidak mengajar mengikut garis garis ketetapan perguruan. Sistem
pendidikan sesebuah negara hendaklah menghasilkan tenaga pekerja mengikut
keperluan-keperluan negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu
supaya perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem
persekolahan.

5.0

CIRI CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL

Guru merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan


menjadi modal insan dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran
generasi baru yang berkaliber ini adalah untuk memajukan negara kita dalam
setiap bidang dan menuju Wawasan 2020. Guru juga memainkan peranan yang
penting dalam bidang pendidikan. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu
pengetahuan, guru juga merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh
itu, seorang guru yang profesional seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti
peribadi, profesional dan sosial yang baik. Seorang guru yang bersifat baik akan
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengajar.
Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan
sebagainya.
Sekiranya Cikgu Amira merupakan seorang guru yang suka berjenaka
dengan pelajar, ianya akan membawa suasana bilik darjah yang riang dan
gembira. Pelajar menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah, masa
yang begitu panjang di dalam bilik darjah akan membawa kebosanan kepada
40 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


para pelajar. Jadi Cikgu Amira harus bijak berjenaka pada masa yang sesuai
untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar menghilangkan
kebosanan murid-murid di bilik darjah. Selain itu, suasana yang riang ini juga
membawa kesan yang baik kepada pengajaran dan pembelajaran. Ia akan
menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik.
Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Sekiranya Cikgu Amira, Cikgu Khairil
dan Cikgu Shaari merupakan seorang guru yang berdedikasi, mereka akan
melaksanakan tugasnya dengan sempurna, malah akan menjalankan pelbagai
tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajar
menghadapi masalah.Sekiranya Cikgu Amira merupakan seorang guru yang
berdedikasi dan prihatin terhadap pelajar pelajarnya, beliau sanggup
mengorbankan

masanya

untuk

mendengar

kesusahan

murid

itu

dan

membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih


lemah dalam pelajaran. Cikgu Amira juga perlu meluangkan masanya untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi
fizikal, rohani dan emosi. Di samping itu, sikap baik hati dan timbang rasa
seseorang guru terutama guru baharu seperti Cikgu Amira, pasti amat dihargai
oleh para pelajar. Cikgu Amira perlu lebih bertimbang rasa dengan memberi
murid-murid belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik
darjah. Di dalam kelas, Cikgu Amira mestilah menjamin peraturan-peraturan
dapat dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik, sikap
Cikgu Amira yang tegas tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran
dan pembelajaran guru dalam kelas. Semasa menjalankan tugas, Cikgu Amira
akan menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin, pelajar yang lemah dalam
akademik dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi amat diperlukan.
Sekiranya Cikgu Amira kurang bertoleransi, beliau akan bertindak terburu-buru
dalam menyelesaikan masalah itu. Misalnya, semasa menghadapi masalah
disiplin, Cikgu Amira mungkin akan menghukum pelajar berkenaan tanpa
membuat penyiasatan dalam kes terseut. Tindakan ini akan menimbulkan
41 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru seperti yang telah berlaku di
dalam filem The Aviligator dimana Cikgu Amira telah membuat satu tindakan
yang kurang disenangi oleh pelajarnya. Cikgu Amira perlu menjadi seorang guru
yang bertoleransi dimana beliau akan menghadapi setiap masalah dengan
penuh sabar. Cikgu Amira perlu lebih berusaha memahami setiap masalah yang
ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan.
Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi
seorang pendidik. Seorang guru yang profesional yang mana perlu lebih didalami
oleh Cikgu Amira akan membentuk pelajar yang pintar serta pengajaran dan
pembelajarannya adalah berkesan. Cikgu Amira perlu menjadi sebagai seorang
guru yang profesional dimana beliau peka terhadap kebolehan, keperluankeperluan dan minat seseorang pelajar. Contohnya, apabila timbul situasi yang
bosan, Cikgu Amira harus peka terhadap situasi ini dan berusaha menghilangkan
kebosanan dalam bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di kelas, terdapat
pelajar yang bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Cikgu Amira yang peka
patut berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh
berkomunikasi antara satu sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga
salah satu sifat yang penting. Sekiranya Cikgu Shaari seorang yang berdedikasi
tentu

akan

menjalankan

tugasnya

dengan

sempurna

dan

memainkan

peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru yang berdedikasi


akan mementingkan tugasnya daripada perkara-perkara peribadinya tetapi
sebaliknya yang berlaku pada Cikgu Shaari. Beliau lebih mementingkan perkara
perkara peribadinya dari tugas hakiki dan profesion perguruan. Ini sepatutnya
tidak berlaku kerana Cikgu Shaari merupakan seorang guru yang telah
mendapat kelayakan ikhtisas perguruan dan lebih memahami profesion
perguruan.
Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan
kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taat
setia

kepada

raja,

semangat

patriotik,

mematuhi

undang-undang

dan

sebagainya. Guru yang kerap mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah
42 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


memenuhinya. Sebagai contoh, bagi memenuhi keperluan perpaduan negara,
guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau kokurikulum adalah disertai
oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, sekiranya Cikgu Amira guru
yang ingin menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan
mencintai negara akan menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang
profesional seperti Cikgu Amira dan Cikgu Shaari hendaklah sentiasa
memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha
mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru
dan inovasi. Cikgu Amira juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu
pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat atau seminar yang
berkaitan dengan pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru yang
inovatif

memperkenalkan

penggunaan

komputer

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran seharian.
Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional, sifat dan
kualiti sosial juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan,
berbudi pekerti, merendah diri dan lain-lain lagi. Cikgu Amira , Cikgu Khairil dan
Cikgu Shaari hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai
murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi
contoh

pelajar.

mempraktikkan

Cikgu
nilai-nilai

Amira,
murni

Cikgu

Khairil

dalam

dan

Cikgu

aktiviti-aktiviti

Shaari

seharian

dapat
dengan

mengadakan kerja kumpulan dan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolongmenolong, bertoleransi dan sebagainya. Dengan ini, semua nilai-nilai murni
dapat ditekankan dengan lebih berkesan berbanding dengan penerangan nilainilai tersebut. Dari segi sosial, sifat kepimpinan harus ditonjolkan oleh Cikgu
Amira di dalam kelas. Cikgu Amira merupakan pemimpin dalam kelas kerana
beliau bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotongroyong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, Cikgu
Amira harus membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan
dengan lancar dan berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai
tujuannya,

jadi

pelaksanaannya.
43 | P a g e

Cikgu

Amira

mestilah

menjelaskan

tujuan

dan

cara

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Sebagai seorang guru yang berjaya, Cikgu Amira dan Cikgu Khairil
diharapkan dapat menonjolkan sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru
yang bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau
pelajarnya. Sifat ini sangat penting bagi seorang guru kerana sifat ini akan
sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai begitu juga dengan muridmuridnya. Selain itu, sifat merendahkan diri akan disenangi oleh orang ramai.
Tiada orang suka bergaul dengan orang yang sombong, terutamanya guru.
Cikgu Amira tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru merupakan
teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perlu ada pada seseorang guru.
Secara umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,
profesional dan sosial akan disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan
pelajarnya. Guru adalah pendidik untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
peliti untuk murid-murid. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakan
tugas serta kewajipannya dengan sempurna.

6.0

PENUTUP

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahanperubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi
44 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap
perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu
bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang
berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,
kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan
dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai
satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada
lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru
semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya
yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan
arkitek?
Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan
profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr.
Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan,
Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan
dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak
Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya
dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

REFLEKSI

45 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada kedua ibu bapa dan suami saya atas segala pertolongan dari
segi materialistik dan sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingan iaitu Puan Anis
Salwa Bt Ahmad @ Adnan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan
juga kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung
dalam penghasilan tugasan ini.
Selepas menyiapkan kerja kursus tersebut saya telah banyak mendapat
dan menambah ilmu pengetahuan tentang ciri-ciri sebagai seorang guru yang
lebih baik. Tajuk tugasan projek yang perlu

kumpulan saya lakukan ialah

menulis satu esei ilmiah tentang peranan yang perlu dimainkan oleh
kepemimpinan sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan
berprestasi tinggi

selaras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara

yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan serta memberikan ulasan kritis


tentang konsep profesion , etika, akauntibiliti dan profesionalisme

atau isu

berkaitan yang terdapat di dalam filem pendek yang bertajuk The Inviligator
dan video klip Cikgu Shaari yang dimuatkan di dalam portal pembelajaran atas
talian (PPG On Line ) dan mengemukakan cadangan dan pandangan untuk
memperbaiki amalan tersebut.
Sejauh yang saya tahu konsep profesion ialah orang yang menjalankan
kerjanya mempunyai latihan yang sempurna dan mendapat kelulusan yang
tinggi. Menurut ciri-ciri yang terangkum dalam konsep profesion, sebagai
seorang guru perlu bersikap dedikasi, tanggungjawab, bermoral tinggi, jujur dan
nilai-nilai moral lain yang positif. Sebagai seorang guru yang professional perlu
mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan.
Melalui tugasan projek tersebut barulah saya tahu tentang Kod Etika
Perguruan Malaysia. Kod etika perguruan dijadikan suatu panduan garis untuk
semua guru. Menurut Kod Etika Perguruan Malaysia, semua guru perlu
menerima latihan sebelum menjadi seoarang guru yang bersijil. Guru perlu
46 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


belajar tentang subjek yang akan diajar dengan mendalam. Selain itu, guru juga
perlu mempelajari ilmu-ilmu tentang penyampaian pengajaran kepada murid
dengan baik supaya pelajarnya boleh mudah memahaminya. Guru juga perlu
mempunyai sahsiah yang baik supaya dapat menjadi teladan yang baik kepada
pelajarnya. Sebagai seorang guru yang baik perlu pandai mengurus diri dari segi
JERI.
Yang penting, saya telah mengetahui ciri-ciri sebagai seorang guru yang
professional. Sebagai seorang guru perlu bertanggungjawab terhadap negara,
ibu bapa, pelajarnya dan juga profesionnya. Sebagai seorang guru perlu memiliki
ilmu dari pelbagai subjek dan bidang, ilmu tentang penyampaian pengajaran
dan pengurusan di dalam kelas, sahsiah yang baik dan sebagainya. Bagi diri
saya yang telah menjadi guru, ciri-ciri sebagai seorang guru yang professional
perlulah dipelajari dengan lebih mendalam

supaya bidang perguruan dapat

membina modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang tenaga kepada
negara.
Selain itu, melalu tugasan projek tersebut saya dan ahli kumpulan saya
telah mengaplikasikan kerjasama yang sepenuh supaya kerja kursus tersebut
dapat disempurnakan. Selepas pensyarah kami iaitu Puan Anis Salwa menorah
tajuk kerja kursus kepada kami, saya dan ahli kumpulan saya pun mula
merancang perkara-perkara yang perlu dibuat. Kami telah bekerjasama mencari
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kumpulan kita melalui sumber dari pusat
sumber dan laman web. Selepas itu, kami pun membahagikan kerja kita dengan
seimbang untuk dibuat. Di samping itu, di bawah bimbingan pensyarah kami
barulah kerja kursus kami dapat disempurnakan dengan lancar dan mendapat
menimba ilmu dari penerangan yang lebih lanjut di dalam kelas serta
pembentangan daripada tajuk kerja kursus yang kami buat itu.

Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat


sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat
47 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini
dapat mencapai standard yang diinginkan oleh pensyarah. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI
BUKU
48 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Mok Soon Sang (Ogos 2004), Pengantar Pendidikan Teras, Percetakan Sentosa (K.L)
Sdn. Bhd
Ee Ah Meng (), PENDIDIKAN DI MALAYSIA II (SEMESTER V), PENERBIT FAJAR
BAKTI SDN. BHD. SHAH ALAM
Hussein Mahmood (1997) Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Standard Kompentasi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (2006) Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Edmonds, R.R. (1997). Search for effective schools: The identification and analysis of
city schools that are instructionally effective for poor children. Boston, MA: Harvard
University Press
Edmonds, R. (1979a). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership,
37(1), 15-27
Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum
Books.
Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar
Bakti.
Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan
arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kertas Seminar

49 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)


Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools. Institut Aminuddin Baki,
Genting Highlands.
Artikel

Shahil@Charii Bin Hj. Marzuki, Pembentukan Kerangka Teori Sekolah


Cemerlang,Universiti Malaya
Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya,Hj. Mohammad Anuar Abd Rahman, Mohammad
Yusope Hassan, Gaya Pemudah Cara Di Sekolah: Sejauhmanakah Pengetuapengetua Mengamalkannya, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

LAMAN WEB
Guru sebagai satu profesion. Retrieved September 4, 2010, from
http://www.slideshare.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion
Nathia. Guru sebagai satu profession. Retrieved Ogos 17, 2010, from
http://www.scribd.com/Guru-Sebagai-Satu-Profesion/d/18796407
Etika Perguruan. (2005, November, 24). Retrieved Ogos 17, 2010, from
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/
Azizi Jaafar. Profesion perguruan. Retrieved Ogos 17, 2010, from
http://www.scribd.com/doc/34748894/Profesion-perguruan
Memartabatkan Profesion Perguruan. (2009, Oktober, 1). Retrieved Ogos 17, 2010, from
http://udienbudakpjipgm.blogspot.com/2009/10/semester-3-pra-pismp-ilmupendidikan.html

50 | P a g e

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

51 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai