Anda di halaman 1dari 2

SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman
yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya warga
dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...
Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.
Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa, 1Malaysia bolehlah
ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Teras
kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk kemenangan ataupun
hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang
mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.
Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,
Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah lahir
daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan agama dan akar
budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.
Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People (Dengan Izin).
Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan etnik masingmasing.
Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan satu
bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan persaudaraan.
Buktinya RIMUP dan e-intergrasi telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan SJK(T)
bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.
Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti menggerakkan kejayaan
negara.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Sidang intelektual sekalian,
Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati,
kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Pelancong
dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi.

Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano.
Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan nilai digital
0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital dalam kalangan negara ASEAN.
Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan Malaysia
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat
nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan
iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan
Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat nasionalisme.
Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.
Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati
dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan yang
diteruskan dalam 1Malaysia.
Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syria
dan Libya. Perpaduan sudah tiada. Kemusnahan berlaku di mana-mana. Rakyat menderita dan
sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan campur tangan negara luar.
Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami, anak-anak
pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru tuan-tuan, puan-puan
dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia agar negara ini terus cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Anda mungkin juga menyukai