Anda di halaman 1dari 16

Topik X Jaringan

Usahawan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan tiga kelebihan mempunyai jaringan yang baik;

2.

Menerangkan dua jenis jaringan;

3.

Membincangkan enam sebab jaringan adalah penting;

4.

Menjelaskan tujuh teknik membina dan membangunkan keyakinan


dalam pembentukan jaringan; dan

5.

Mengenal pasti lima halangan dalam membina jaringan.

PENGENALAN

Jaringan adalah peralatan perniagaan yang penting untuk kejayaan usahawan.


Sekiranya seseorang usahawan mempunyai jaringan yang baik dengan
pengguna luaran dan dalaman, akan menjadi lebih mudah untuk usahawan
tersebut menggunakan peluang perniagaan yang ada dan menyelesaikan
masalah yang berkenaan dengan perniagaannya. Hubungan jaringan yang baik
membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran
jaringan tersebut. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran jaringan,
kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif
perniagaan.

7.1

APA ITU JARINGAN?

Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan
sumber untuk strategi akan datang. Hak dan tanggungjawab hubungan adalah
hasil daripada sumber yang dibawa oleh usahawan pada permulaan
perniagaannya kepada jaringan yang dibina, pengalaman yang diperolehi dan

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN W

95

pelaburan yang dibuat dalam semua hubungannya. Ini bermaksud, sesebuah


syarikat itu bukan sahaja perlu menganalisis portfolio hubungannya dan
kefahamannya tentang jaringan, malah menyenaraikan semua sumber tambahan
yang telah dibina melalui pergaulan. Kesemua ini boleh dianalisis dengan
menggunakan cara konvensional untuk mendapat tahu asas kekuatan yang
mungkin dimiliki oleh syarikat tersebut.

7.2

KELEBIHAN MEMPUNYAI JARINGAN


YANG BAIK

Kelebihan yang diperolehi oleh seorang usahawan apabila mempunyai jaringan


yang baik adalah seperti berikut:
(a)

Kebolehcapaian
Jaringan adalah amat penting untuk usahawan memperoleh sumber ketara
atau tidak ketara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara
sumber ketara adalah sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan
kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk yang sesuai
pada harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala
sumber tidak ketara adalah seperti sokongan moral, bimbingan dan
kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan dalam
menjalankan operasi perniagaan.

(b)

Reputasi
Reputasi merujuk kepada kebolehan usahawan untuk memimpin atau
mempengaruhi ahli jaringan lain dalam membuat keputusan, berdasarkan
pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik
ahli jaringan untuk memberikan keutamaan kepada produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan tersebut.

(c)

Harapan
Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai
contoh, ahli jaringan mungkin mengharapkan sebuah syarikat untuk
menentukan harga untuk beberapa syarikat lain dengan cara yang
berkesan. Akan tetapi, sebuah syarikat juga diharapkan tidak mengambil
kesempatan dengan menaikkan harga sesebuah produk apabila ia
berkurangan dalam pasaran. Ia juga mungkin diharapkan akan menurut
cara persaingan yang konvensional atau beroperasi dengan lebih beretika
daripada syarikat lain.

96

7.3

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN

APA ITU JARINGAN STRATEGIK?

Seorang usahawan yang berstrategi boleh membayangkan masa hadapan dan


mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikannya. Untuk membina
sebuah jaringan strategik, seorang usahawan perlu jelas tentang matlamat dan
objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan perniagaannya dengan berinteraksi
dengan orang lain dan menentukan tindakan terbaik yang harus diambil. Walaupun
usahawan mungkin tertarik untuk bertindak dengan pantas, mereka perlu
memahami di mana mereka berada dan ke mana mereka hendak tuju. Jaringan yang
berjaya adalah hasil daripada perancangan yang betul serta pembinaan dan
pelaksanaan yang cermat. Usahawan perlu mencari jalan dan kaedah untuk
membina jaringan yang baik dan mendapatkan faedah yang maksima daripadanya.
Jaringan mesti menjadi salah satu taktik pemasaran utama bagi kebanyakan ahli
profesional bebas dan pemilik perniagaan kecil-kecilan. Usahawan boleh
menggunakan jaringan berpusatkan pengguna untuk mengurangkan kos dan masa
dalam memperolehi dan mengedarkan maklumat. Strategi membina perniagaan ini
akan memanfaatkan usahawan dengan memberikannya pelanggan baharu secara
berterusan di samping mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

LATIHAN 7.1
Sebutkan kelebihan yang boleh diperolehi oleh seorang usahawan
dengan memiliki sebuah jaringan yang baik.

7.4

JENIS-JENIS JARINGAN

Terdapat dua jenis jaringan seperti berikut:


(a)

Jaringan Formal
Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Mereka
yang mempunyai hubungan jaringan lebih bersedia untuk mencipta
peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
jaringan tersebut. Setiap ahli jaringan bersedia untuk berkongsi
pengalaman dan kekuatan untuk kelebihan bersama.

(b)

Jaringan Tidak Formal


Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman
kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi
yang serupa. Ia membolehkan seseorang usahawan itu membincangkan
perniagaannya secara tidak formal tanpa membuat temu janji.

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN W

97

Jaringan tidak formal memberikan usahawan peluang untuk mendapatkan atau


bertukar maklumat. Perkhidmatan yang diberikan oleh ahli jaringan tidak
formal biasanya adalah percuma atau dengan bayaran yang minima. Biasanya
jaringan tidak formal membolehkan usahawan memperoleh pendapat dan
nasihat serta sokongan moral dan kewangan. Sokongan sebegini membantunya
menjadi lebih yakin dan menambahkan kebolehannya untuk membuat
keputusan yang berkesan dan mengurangkan risiko perniagaan. Ahli jaringan
tidak formal termasuk kawan, mentor dan ahli profesional. Rajah 7.1
menunjukkan ahli-ahli dalam sebuah jaringan tidak formal.

Rajah 7.1: Jaringan tidak formal

7.5

KEPENTINGAN JARINGAN

Mari kita lihat kepentingan jaringan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Kepentingan jaringan

(a)

Membina Kepercayaan
Dalam perniagaan, usahawan mungkin menghadapi ketidakpastian,
contohnya kehilangan pelaburan, persaingan dan produk yang tidak dapat
menembusi pasaran. Jaringan yang baik boleh mengurangkan
ketidakpastian seperti ini. Seorang usahawan boleh memperolehi

98

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN

maklumat yang boleh dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran


dan produk yang disukai pengguna. Jaringan juga membantu usahawan
menghadapi perubahan dalam persekitaran perniagaan, contohnya:
(i)
Perubahan dalam strategi para pesaing;
(ii) Perubahan demografik; dan
(iii) Perubahan dalam kepuasan pelanggan.
(b)

Mengurangkan Birokrasi
Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan.
Jaringan boleh mengurangkan birokrasi dalam membuat keputusan dengan:
(i) Mempercepatkan proses permohonan;
(ii) Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain;
(iii) Menghalang usahawan daripada melakukan kesilapan yang
sama berulang kali; dan
(iv) Mengelakkan tindakan menolak tanggungjawab (pass the buck).

(c)

Meningkatkan Maklumat
Jaringan akan meningkatkan reputasi usahawan kerana semua ahli jaringan
akan tahu apa yang ia sedang lakukan. Pada masa yang sama, usahawan
tersebut boleh mendapatkan maklumat tentang siapa yang berada dalam
jaringan tersebut dan ini akan membolehkannya mendapatkan maklumat
yang diperlukan untuk menjayakan perniagaannya.

(d)

Membina Keyakinan
Keyakinan adalah salah satu faktor terpenting dalam membina jaringan.
Dengan keyakinan, ahli jaringan akan bersedia memberi keutamaan
kepada produk atau perkhidmatan seseorang usahawan itu. Apabila orang
yakin dengan produk yang dijual atau perkhidmatan yang diberi oleh
usahawan, ia akan menjadi buah mulut orang ramai.

(e)

Membina Situasi Saling Bergantung


Seseorang itu mungkin mengecapi kejayaan dengan pertolongan orang
lain. Anda juga mungkin ada merasai kejayaan dengan bantuan individu
lain. Hakikatnya, manusia bergantung sesama sendiri. Oleh itu, apa-apa
yang kita buat harus memanfaatkan orang lain. Semua orang mesti
bertindak dengan semangat simbiotik. Konsep bertolak ansur penting
dalam membangunkan hubungan jaringan yang baik.

(f)

Sumber Kreativiti
Jaringan adalah sumber kreativiti untuk seorang usahawan dalam
menjalankan sebuah perniagaan. Kumpulan berlainan dalam jaringan akan
membantu membina idea baharu untuk mencipta produk atau

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN W

99

perkhidmatan baharu serta cara pengeluaran dan pemasaran yang baharu.


Tambahan lagi, ahli jaringan boleh membawa peluang perniagaan baharu.
Idea boleh didapati daripada kawan, rakan sejawat, pelanggan dan
pengedar. Sokongan dan sumbangan pelbagai pihak dalam jaringan boleh
membantu usahawan untuk:
(i) Memperbaiki kualiti produk;
(ii) Memperbaiki pengedaran;
(iii) Memperbaiki teknik pengeluaran;
(iv) Memperbaiki teknik untuk perkhidmatan lepas jualan yang lebih
baik; dan
(v) Mencadangkan cara baharu untuk mempromosikan suatu produk.

7.6

BAGAIMANA MEMBINA JARINGAN


STRATEGIK

Terdapat tiga cara usahawan dapat menubuhkan jaringan strategik, seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Tiga cara untuk menubuhkan jaringan strategik

100 X

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN

LATIHAN 7.2
Huraian tiga cara usahawan boleh membina rangkaian strategik.

7.7

USAHAWAN DAN JARINGAN

Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai kekuatan


untuk bekerjasama dengan orang lain. Yang berikut adalah strategi menubuhkan
jaringan yang berkesan:


Sedia mendengar;

Sedia bertolak ansur;

Mahir dalam memberikan keyakinan; dan

Berfikiran tenang.

Bila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan mendapat idea yang
boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain dan
menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang ingin menggunakan
jaringan strategik yang baik mesti memiliki kualiti-kualiti ini. Kegagalan
membina jaringan yang baik akan:


Meningkatkan kos;

Membuang masa;

Membuang sumber syarikat;

Merosakkan reputasi usahawan;

Merosakkan reputasi syarikat; dan

Mewujudkan dilema.

7.8

GABUNGAN JARINGAN STRATEGIK

Terdapat beberapa strategi bagi membangunkan hubungan antara usahawan


dan orang lain untuk membina jaringan yang baik. Hubungan yang baik dengan
orang lain boleh membantu usahawan membuat perubahan yang positif.
Strategi-strategi ini juga dapat menolong usahawan untuk menangani
perubahan. Strategi-strategi ini adalah seperti berikut:
(a)

Strategi bagi Gabungan Jaringan


Ini adalah teknik membangunkan hubungan antara usahawan dan orang
lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan orang yang akan

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN W

101

terlibat dalam perniagaan usahawan tersebut pada masa akan datang.


Usahawan mesti berusaha mengingati orang lain walaupun mungkin tidak
berurusan dengan mereka pada masa sekarang. Terdapat pelbagai cara
untuk membangunkan gabungan jaringan strategik, contohnya:

(b)

Membuat lawatan;

Menyertai majlis rasmi;

Berhubung melalui pihak ketiga;

Memberi cenderamata;

Menghantar kad, contohnya kad tahniah, takziah dan jemputan;

Menulis dan membalas surat dan e-mel;

Memberikan kad perniagaan;

Menghantar faks; dan

Bercakap melalui telefon.

Strategi Membina Keyakinan Diri


Usahawan mesti menunjukkan kebolehan, personaliti dan kemahiran
mereka apabila diberikan tanggungjawab. Mereka perlu menunjukkan
bahawa mereka adalah bertanggungjawab agar orang yang memberikan
tanggungjawab tersebut kepada mereka akan berpuas hati dan bersedia
untuk memberikan tanggungjawab lain di masa hadapan. Bila kita
membuat perubahan, kita mesti bertanggungjawab dan melakukannya
dengan sebaik mungkin agar idea kita tidak gagal. Beberapa perkara yang
mesti diberikan perhatian adalah seperti berikut:


Kebolehan membuat sesuatu yang orang lain tidak boleh;

Kebolehan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh


orang lain;

Kebolehan menjana idea apabila diperlukan;

Kebolehan menunjukkan kita boleh bersaing dengan orang lain;

Kebolehan membuat tafsiran;

Kebolehan menunjukkan kita adalah tempat rujukan bagi orang lain;

Sentiasa betul dalam membuat keputusan;

Membuat orang selesa dan gembira berkomunikasi dengan kita;

Menyuarakan pendapat tanpa mendominasi orang lain;

Kebolehan menguasai nada suara apabila bercakap;

102 X

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN

Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain;

Selalu bersedia untuk berterus-terang;

Bersedia menerima pendapat orang lain;

Bersedia menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka;

Memberi dan menerima nasihat;

Boleh mengawal diri sendiri;

Fleksibel; dan

Bertolak ansur apabila ada konflik.

Strategi begini membantu usahawan menangani kekurangan diri sendiri dan


menjalankan perniagaan selancar yang boleh dengan orang lain yang berkenaan.

AKTIVITI 7.1
Anda bercadang mengadakan majlis kesyukuran di rumah anda. Anda
menjemput ahli keluarga dan kawan anda. Terangkan bagaimana anda
akan menjalin rangkaian yang baik dengan mereka di majlis tersebut.

7.9

TEKNIK MEMBINA KEYAKINAN DALAM


KALANGAN USAHAWAN

Seorang usahawan mesti memperolehi kepercayaan orang ramai. Orang akan


yakin dengan usahawan yang membuktikan ia boleh melakukan kerja yang
diberikan dengan berjaya. Berikut adalah strategi yang boleh membantu anda
menjadi lebih berkeyakinan.
(a)

Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan


Jika anda tidak dapat menyuarakan pendapat atau mesej dengan berkesan,
orang lain akan kurang yakin dengan anda. Untuk berkomunikasi dengan
baik, anda perlu bersedia dengan maklumat dan data yang tepat. Anda
juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar anda mungkin
mempunyai pendapat yang berbeza daripada anda. Hadapi perubahan
dengan yakin dan bersedia untuk berbincang tentang masalah dan idea
penyelesaian yang anda ada.

(b)

Buktikan kebolehan anda kepada orang lain


Anda mesti ingat bahawa orang akan mula yakin dengan anda bila mereka
tahu anda boleh melakukan kerja yang diberikan. Anda mesti

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN W

membuktikan bahawa anda mampu mengurus perubahan


membimbing orang lain dalam menghadapi perubahan tersebut.

103

dan

(c)

Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain


Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila
anda bersedia untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan,
mereka akan mengingati anda. Anda juga boleh memberi panduan kepada
orang yang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan perubahan
yang berlaku.

(d)

Sentiasa bertindak adil


Jika anda tidak bertindak adil, anda akan memusnahkan jaringan yang
telah anda bina. Oleh itu untuk mengelakkan masalah, anda mesti berlaku
adil bila menjadi mentor, serta bila memberi bantuan, manfaat dan
perhatian. Anda mesti menyesuaikan diri dengan perubahan dalam
kumpulan.

(e)

Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri


Semua orang akan membuat kesilapan. Bila anda membuat kesilapan, anda
mesti bersedia untuk mengakuinya. Ini akan menunjukkan kepada orang
lain bahawa anda adalah jujur. Anda mesti selalu bersedia untuk bertanya
tentang apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanyakan soalan yang
bertujuan menguji orang lain. Bila anda berkongsi idea dengan orang lain,
anda membantu diri sendiri menghadapi perubahan. Ini kerana anda akan
mempunyai banyak idea baharu dan dapat membuat keputusan yang baik.

(f)

Tunjukkan Semangat Pasukan


Kita mesti selalu melihat diri kita sebagai ahli sebuah pasukan dan
memastikan orang lain turut merasakan mereka juga ahli pasukan tersebut.
Elakkan daripada menyendiri atau menyisihkan diri dari orang lain. Kita
mesti ramah dengan semua ahli pasukan untuk mengetahui perasaan
mereka terhadap organisasi supaya kita dapat bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah dan membuat perubahan.

(g)

Berkeyakinan terhadap orang lain


Bila kita menunjukkan bahawa kita yakin dengan orang lain, mereka juga
akan yakin dengan kita. Salah satu cara untuk menunjukkan keyakinan
terhadap orang lain adalah dengan menunjukkan kesediaan kita untuk
berkongsi maklumat. Bila kita menunjukkan keyakinan, orang akan lebih
bersedia menerima idea kita dan memberikan kerjasama.

104 X

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN

AKTIVITI 7.2
Anda baru dilantik menjadi ketua pasukan dalam organisasi anda.
Bagaimanakah reaksi anda jika ahli pasukan anda tidak bersetuju
dengan pendapat anda?

SEMAK KENDIRI 7.1


Jelaskan strategi yang anda boleh gunakan untuk menaikkan
keyakinan diri sendiri.

7.10 HALANGAN DALAM MEMBINA


JARINGAN STRATEGIK
Terdapat lima halangan utama yang mesti dielakkan oleh usahawan yang ingin
membina jaringan strategik yang berkesan. Jika kita gagal membina jaringan
strategik yang berkesan, kita juga akan gagal menyesuaikan diri dengan
perubahan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mengenal pasti
kelemahan diri sendiri. Lima halangan tersebut ditunjukkan di dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Lima halangan dalam membina jaringan strategik

(a)

Emosi
Halangan mungkin timbul daripada kekurangan emosi yang tampak
dalam sikap, personaliti dan ego seorang usahawan. Halangan ini akan
mewujudkan jurang sosial yang menjauhkan usahawan daripada orang
lain. Jurang sosial boleh menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri
dengan perubahan. Halangan emosi disebabkan oleh ciri-ciri personaliti
seperti berikut:
(i)

Terlalu agresif;

(ii)

Takut;

TOPIK 7

(b)

JARINGAN USAHAWAN W

105

(iii)

Berbicara seolah-olah memegang jawatan ketua;

(iv)

Cuai dalam bertindak;

(v)

Berfikir dan berkelakuan seolah-olah diri sendiri lebih baik


daripada orang lain;

(vi)

Bongkak;

(vii)

Hipokrit;

(viii)

Terlalu mementingkan kesempurnaan;

(ix)

Mengambil pucuk pimpinan secara tidak sopan;

(x)

Tidak menepati masa;

(xi)

Tidak sanggup mengakui kesilapan sendiri; dan

(xii)

Tidak sanggup mengiktiraf kebolehan dan bakat orang lain.

Fizikal
Halangan fizikal mungkin timbul apabila usahawan kurang yakin dengan
diri sendiri atau tidak memberi perhatian kepada perkara lain yang penting
seperti perangai dan pakaian. Seorang usahawan yang tidak
mementingkan penampilan diri mudah gagal mendapatkan keyakinan
rakan sekerja. Biasanya, individu yang selekeh dari segi perangai,
penampilan dan pakaian akan dianggap tidak berkebolehan
mengendalikan sesebuah organisasi dengan baik. Akibatnya, orang akan
lebih bersedia menolak sebarang perubahan yang dicadangkan oleh
individu tersebut. Berikut adalah beberapa masalah penampilan fizikal
yang boleh menghalang usahawan daripada membina sebuah jaringan
strategik:
(i)

Pakaian yang kurang sesuai;

(ii)

Nampak sakit atau penat;

(iii)

Kurang atau langsung tidak mengurus diri sendiri;

(iv)

Gelisah;

(v)

Berbicara seperti tidak mempunyai keyakinan;

(vi)

Mengelakkan memandang mata apabila berbicara dengan orang


lain;

(vii)

Nampak tidak mesra;

(viii)

Terlalu
banyak
menggerakkan
anggota
berkomunikasi dengan orang lain; dan

(ix)

Bercakap dengan nada tinggi.

badan

apabila

106 X

(c)

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN

Psikologi
Faktor dan ciri-ciri yang memberi kesan kepada psikologi usahawan akan
mempengaruhi kebolehannya membina sebuah jaringan yang strategik.
Halangan psikologi boleh menjejaskan interaksi usahawan dengan orang
lain. Contohnya, jika seseorang usahawan itu selalu merasa kesunyian atau
rendah diri, dia akan mengalami kesusahan dalam membina jaringan yang
berkesan.
Seorang usahawan yang mempunyai kekuatan psikologi yang seimbang
mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperolehi sokongan dan
kepercayaan para pekerjanya. Dia akan berada dalam posisi yang kuat
apabila cuba membawa perubahan dalam organisasi. Sebaliknya, seorang
usahawan yang mempunyai psikologi yang kurang seimbang akan
memberikan persepsi yang buruk dan menghadapi masalah dalam
mendapatkan sokongan orang lain.
Halangan psikologi melibatkan ciri-ciri seperti berikut:
(i)
Kegelisahan;
(ii)
Tidak dapat membuat keputusan;
(iii)
Masalah emosi yang mengakibatkan perasaan seperti benci atau
marah terhadap orang lain;
(iv)
Kesunyian;
(v)
Kekecewaan;
(vi)
Kegagalan mencapai matlamat;
(vii) Keseganan;
(viii) Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan oleh orang lain;
(ix)
Keinginan untuk menonjolkan diri;
(x)
Keinginan yang mencapai tahap obsesi; dan
(xi)
Tidak berkebolehan membincangkan masalah.

(d)

Kelakuan
Cara kita berkelakuan akan menentukan sama ada kita rapat atau renggang
dengan orang lain. Kelakuan baik akan membantu kita menjana perubahan
yang baik. Ciri-ciri kelakuan buruk termasuk yang berikut:
(i)
Memfitnah orang lain;
(ii)
Cuai dalam membuat keputusan;
(iii)
Selalu ingin menjadi orang yang pertama;
(iv)
Selalu ingin menjadi pemimpin;
(v)
Mengusik orang lain;

TOPIK 7

(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
(e)

JARINGAN USAHAWAN W

107

Memperbodohkan orang lain;


Berpura-pura mengetahui semua perkara;
Berfikir dan berkelakuan seperti kita tidak bersalah dan hanya
orang lain melakukan kesilapan;
Tidak sudi menerima pendapat orang lain; dan
Tidak menghargai sumbangan orang lain.

Ucapan Negatif
Ucapan kita boleh membantu membina atau merosakkan sebuah jaringan
strategik. Cara kita menyuarakan pendapat adalah penting. Seandainya
kita cuai dalam berinteraksi, kita dengan mudahnya boleh menyinggung
perasaan orang lain. Akibatnya, kita akan sukar mendapatkan sokongan
daripada ahli jaringan yang lain. Ungkapan yang perlu dielakkan adalah
seperti berikut:
(i)

Ungkapan yang menunjukkan dominasi

(ii)

Ungkapan bagaikan ejekan atau sindiran

(iii)

Ungkapan yang menunjukkan perasaan rendah diri

108 X

TOPIK 7

(iv)

JARINGAN USAHAWAN

Ungkapan yang menunjukkan sikap ego

Kesimpulannya, seorang usahawan mesti berusaha sebaik mungkin untuk


mengelakkan lima halangan ini dalam membina jaringannya yang strategik. Dia
boleh menubuhkan sebuah jaringan yang berkesan untuk menjayakan
perniagaannya dengan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya dengan
penuh yakin. Jaringan ini akan memanfaatkan usahawan tersebut dan juga orang
lain dalam jaringan tersebut.
Seorang usahawan yang ingin mencapai potensi tahap maksima melalui jaringan
yang baik akan faham bahawa ia tidak boleh mendominasi orang lain.
Sebaliknya, adalah penting baginya untuk mendapatkan kerjasama daripada
pihak-pihak yang berkenaan. Dalam mana-mana situasi yang memerlukan
pelaksanaan perubahan, pendapat ahli jaringan lain mesti dipertimbangkan.
Melayan rakan sekerja dan rakan perniagaan dengan bertimbang rasa dan
hormat akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada cuba mengawal,
mengancam atau menyinggung perasaan mereka agar mereka menurut kata.

SEMAK KENDIRI 7.2


Apakah jenis ungkapan yang
mengekalkan jaringan yang baik?

harus

anda

elakkan

untuk

Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan
sumber untuk strategi akan datang.

Kelebihan jaringan adalah kebolehcapaian, reputasi dan harapan.

Terdapat dua jenis jaringan iaitu jaringan formal dan jaringan tidak formal.
Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Jaringan
tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman kanakkanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang
serupa.

TOPIK 7

JARINGAN USAHAWAN W

109

Jaringan adalah penting kerana ia membina keyakinan, mengurangkan


birokrasi, meningkatkan maklumat, membangunkan kepercayaan, membina
situasi saling bergantung dan menjana kreativiti.

Untuk mewujudkan dan membina keyakinan dalam jaringan, anda boleh


menggunakan tujuh teknik berikut:
(i)

Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan;

(ii)

Buktikan kebolehan anda kepada orang lain;

(iii) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain;


(iv) Sentiasa bertindak adil;
(v)

Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri;

(vi) Tunjukkan semangat pasukan; dan


(vii) Berkeyakinan terhadap orang lain.
x

Halangan kepada pembinaan jaringan termasuk halangan fizikal, emosi,


psikologi, kelakuan dan ucapan.

Jaringan formal

Jaringan strategik

Jaringan tidak formal

Halangan kepada pembinaan jaringan

Anda mungkin juga menyukai