Anda di halaman 1dari 23

ISU PELAJAR PONTENG SEKOLAH

1.0

PENGENALAN

Profesion

perguruan

merupakan

profesion

mulia

dan

mempunyai

kehebatannya yang tersendiri bagi melahirkan masyarakat yang agung.


Sejarah

telah

membuktikan

betapa

golongan pendidik

memainkan

peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu


bangsa dan negara. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar subjek mata
pelajaran sahaja di dalam kelas, namun pada hakikatnya tugas guru
merangkumi semua aspek perkembangan murid iaitu jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah.
Profesion perguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan
kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu
hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu semata-mata berbanding
dengan sistem pendidikan pada masa kini, guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara dan seharusnya lebih bersedia dan peka dalam
melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih
inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa
memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka
dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi
maklumat abad ke-21 ini.
Pendapat

Liberman

(1956),

profesion

merujuk

kepada

suatu

pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai


fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman
pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang
individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai
ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang
mencukupi,

khidmat

yang

diperlukan

oleh

masyarakat,

menikmati

autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,


mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s:
2-3 ).
Sementara itu, menurut Kamus Dewan pula, profesion adalah
suatu

bidang

pekerjaan

khas

yang

memerlukan

pendidikan

dan

kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya
: perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
Tuntasnya,

profesion

perguruan

memerlukan

guru-guru

yang

berkaliber dan berkeupayaan untuk menjunjung aspirasi dan hasrat


kerajaan bagi merealisasikan Falfasah Pendidikan Negara. Pengorbanan
yang dilakukan oleh para guru ini akan membantu negara melahirkan
pemimpin-pemimpin yang bersifat global dan berdaya saing.
Dewasa ini, dunia seolah-olah tidak memberikan penghormatan
sepenuhnya kepada guru seperti mana masa dahulu. Kini, integriti
seseorang guru diragui. Masyarakat seolah-olah tidak lagi mempercayai
guru

seratus

peratus.

Malah

terdapat

segelintir

ahli

masyarakat

menunding jari ke arah pihak guru dan menyalahkan guru sepenuhnya


atas kerosakan masyarakat yang berlaku pada hari ini. Mengapakah hal ini
terjadi?. Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh guru sehingga
masyarat sudah tidak lagi menyanjungi profesion mulia ini?
Apabila kita mengkaji masalah ini, kita haruslah meneliti dengan
jelas kes-kes yang berlaku sehingga menyebabkan penghormatan yang
diberikan kepada guru tergugat. Untuk tugasan ini, fokus yang diberikan
adalah berkaitan dengan isu murid ponteng sekolah.
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di
sekolah-sekolah di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah

ataupun sekolah menengah semakin meruncing dan perlu diatasi dalam


kadar yang segera. Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah di kawasan
bandar ataupun luar Bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah
berasrama penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak
terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya
mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain.
Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena
pendidikan. Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan
penyelesaian yang efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah
dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang mahupun bukan undangundang. Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat daripada
pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan
dengan masalah disiplin lain termasuklah, isu merokok, melepak di cafe
siber dan pusat membeli belah, kurang ajar dan sebagainya. Menurut
Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan
Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal
dan dianggap sebaga langkah pertama remaja memasuki dunia yang
penuh dengan masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya di
peringkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti
yang

terbabit

dengan

gejala

ponteng

(Berita

Harian,

April

2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih terkawal, namun


gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu virus yang
menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih
besar seperti vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat
rempit, ragut serta pelbagai aktiviti idak bermoral yang jelasnya akan
meruntuhkan akhlak pelajar .

2.0

DEFINISI PONTENG SEKOLAH

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan


sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari
persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang
digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di
sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga
merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri
kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas
dalam satu-satu hari.
Menurut Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng
sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa
sebarang alasan yang munasabah. Gejala ponteng sekolah selalunya
dikaitkan

dengan

masalah

disiplin.

Kamus

Dewan

(2000),

disiplin

membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli


masyarakat atau individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik.

2.1

Kategori Ponteng Sekolah

Fenomena gejala sosial adalah satu tabiat atau tingkahlaku yang tidak
dapat diterima oleh masyarakat terutama oleh pihak sekolah dan ibu
bapa. Sehubungan dengan itu, ponteng sekolah dapat dibahagikan
kepada 2 kategori iaitu:
2.1.1. Ponteng Sekolah dengan Kebenaran
Pengertian ponteng sekolah dengan kebenaran ini lazimnya dikaitkan
apabila didapati seorang pelajar yang tidak menghadirkan diri ke sekolah
disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan di luar bidang
kawalan sama ada secara sengaja atau tidak. Dengan syarat pelajar
tersebut mestilah membuat kenyataan sama ada dalam bentuk bertulis
iaitu melalui surat atau pemberitahuan secara lisan dibuat melalui
panggilan telefon atau disampaikan terus oleh saudara terdekat seperti
ibu bapa atau penjaga.
2.1.2

Ponteng Sekolah Tanpa Kebenaran

Pengertian ponteng sekolah tanpa kebenaran pula bertentangan dengan


ponteng sekolah dengan kebenaran. Ponteng sekolah tanpa kebenaran
ialah situasi pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa menyertakan
sebarang apa jua bentuk penyataan sama ada secara bertulis atau
pemberitahuan lisan.

3.0

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA PONTENG SEKOLAH.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ponteng sekolah


dalam kalangan pelajar. Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng
sekolah akan dibincangkan dari lima aspek iaitu faktor ibu bapa, pengaruh
rakan sebaya, persekitaran, pelajar, dan sekolah.
3.1

Ibu Bapa

Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah


disebabkan faktor keruntuhan institusi kekeluargaan. Majoriti pelajar yang
terlibat dengan masalah ponteng sekolah ini datang dari keluarga yang
bermasalah atau tidak bahagia. Pertelingkahan yang timbul antara ibu
bapa menyebabkan kebajikan anak-anak diabaikan. Kesannya kepada
anak-anak ialah segala perilaku anak-anak di luar rumah dan di sekolah
diabaikan.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang dan
berasa

tidak

diberi

perhatian

oleh

ibu-bapa

mereka

sehingga

menyebabkan mereka memberontak dengan melakukan sesuatu perkara


yang boleh menarik semula perhatian ibu bapa mereka. kegagalan pelajar
mengawal emosi menyebabkan konflik diri berlaku sehingga pelajar
sanggup melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, buli,
merokok,

vandalisme

serta

melakukan

aktiviti-aktiviti yang

tidak

bermoral seperti berjudi, mat rempit, seks bebas demi menarik perhatian
ibu

bapa

mereka. Ini

mempunyai

pengaruh

menunjukkan
yang

besar

keruntuhan

kepada

institusi

masalah

keluarga

disiplin

dalam

kalangan pelajar.
Selain itu, faktor kesibukan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak
kira siang dan malam sehingga menyebabkan mereka mengabaikan
tanggungjawab utama mereka terhadap anak-anak. Malah, mereka
langsung tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan anak mereka
apatah

lagi

berkongsi

masalah,

berbual,

dan

mengambil

tahu

perkembangan anak-anak di sekolah. Kekangan masa bersama anak-anak

ini menyebabkan anak-anak berasa terabai dan tidak disayangi sehingga


memberikan kesan emosi seperti sedih, marah, benci, geram. Apabila
masalah ini membebani mereka, konsentrasi mereka terhadap pelajaran
semakin merosot dan tidak berminat lagi untuk belajar. Malah, mereka
akan berjinak-jinak mencari keseronokkan di luar bagi mengubati
kesunyian yang mereka alami. Anak-anak ini akan berkawan dengan
orang luar semasa mereka ponteng sekolah dan kesannya kawan baharu
ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga
anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajaran. Oleh itu, pelajar
beranggapan dengan ponteng sekolah dan melepak dapat melupakan
masalah yang mereka hadapi.
Selain

daripada

itu,

masalah

kewangan

juga

antara

faktor

menyebabkan gejala ponteng sekolah semakin berleluasa. Sebagai


contohnya, kegagalan dan ketidakmampuan ibu bapa untuk memenuhi
perbelanjaan sekolah seperti tidak dapat melunaskan pembayaran yuran
sekolah dan tidak mampu membeli peralatan dan buku-buku pelajaran
yang digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977)
menyatakan salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa
tidak mampu membeli peralatan sekolah seperti buku, alat tulis dan
pakaian sekolah. Pada masa yang sama ,pelajar menerima tekanan
daripada guru apabila sering bertanya tentang pembayaran yuran. Hal ini
menyebabkan mereka berasa malu dan tertekan untuk berhadapan
dengan guru dan kawan-kawan lain. Justeru, untuk melarikan diri dari
tekanan masalah ini pelajar mengambil jalan mudah dengan ponteng
sekolah.
Faktor didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang,
turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu.
Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka
dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa
mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan
peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan

tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu


bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak
berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang
mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh
mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang
sempurna secara tidak langsung mempengaruhi timbulnya gejala ponteng
sekolah tersebut.
Tidak dinafikan untuk membina keluarga harmoni dan kukuh
bukanlah

sesuatu

yang

mudah.

Ibu

bapa

perlulah

mempunyai

pengetahuan keibubapaan.Tetapi, apa yang menyedihkan ibu bapa masa


kini

mempunyai

pengetahuan

keibubapaan

yang

cetek

dan

ia

mengakibatakan keruntuhan rumahtangga. Malah, terdapat juga ibu bapa


yang lepas tangan meletakkan tanggungjawab mengasuh anak-anak
kepada pengasuh semata-mata. Keruntuhan rumah tangga ini akan
mengurangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa menyebabkan mereka
mudah terjerumus terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah.
3.2

Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong pelajar


ponteng sekolah. Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng
adalah mereka yang mempunyai pendirian yang lemah. Lemahnya
pendirian

seseorang

akan

menyebabkan

seseorang

itu

mudah

dipengaruhi oleh orang lain. Pelajar ialah remaja yang dalam proses ingin
mencari identiti diri maka mereka suka mencuba sesuatu yang baharu
tanpa berfikir panjang. Dalam hal ini, pelajar mudah menerima ajakan
rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah dan mempengaruhi minda
mereka dan tidak berfikir secara rasional. Biasanya, mereka akan menurut
segala

pelawaan

dan

ajakan

rakan-rakan

tanpa

berfikir

panjang.

Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng


sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah
bagi mereka. Sebagai contohnya, pelajaran di sekolah dikatakan agak
membosankan dan aktiviti ponteng sekolah dianggap boleh menangani

masalah itu serta merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Ini jelas


menunjukkan pengaruh rakan sebaya berupaya mempengaruhi seseorang
pelajar untuk ponteng sekolah. Dalam hal ini, pelajar perlu bijak memilih
kawan yang baik dan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak
mereka berkawan untuk mengelakkan anak mereka berkawan dengan
pelajar yang bermasalah.
3.3

Persekitaran

Faktor persekitaran juga turut mempengaruhi pelajar melakukan perkara


yang negatif terutamanya ponteng sekolah. Kemudahan-kemudahan
untuk berhibur yang terlalu banyak seperti pusat permainan video, pusat
permainan snooker, kafe-kafe siber dan pusat membeli-belah yang dibina
berhampiran dengan kawasan sekolah khususnya. Pembangunan pusatpusat hiburan ini sebenarnya menyebabkan pelajar lebih mudah lari dari
sekolah dan merayau-rayau di pusat membeli-belah.
Di samping itu, program-program yang berbentuk hiburan dan
konsert tempatan mahupun diimport dari barat amat melekakan pelajar.
Terdapat banyak rancangan-rancangan realiti televisyen pada masa kini
yang berkonsepkan hiburan dan menyimpang jauh dari sudut ilmiah dan
agama.

Secara

mengamalkan

tidak

cara

langsung,

hidup

pelajar

berhibur

mudah

semata-mata

terdorong
dan

untuk

seterusnya

melunturkan semangat untuk menuntut ilmu di sekolah. Secara tidak


langsung

mereka

kemewahan

dan

turut

dipengaruhi

populariti

dengan

dapat

dicapai

tanggapan

bahawa

denagn

mudah

seandainya mengikuti arus industri hiburan. Ini menyebabkan mereka


tidak berminat untuk belajar dan berpendapat mereka boleh maju tanpa
perlu hadir ke sekolah untuk menimba ilmu.
Realitinya, hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada
salah

laku

yang

lebih

serius

seperti

amalan

seks

bebas

dan

penyalahgunaan dadah. Penerbitanpenerbitan buku bertemakan cinta


remaja, majalah hiburan seperti Mangga , URTV hanya menarik minat

golongan muda kepada keseronokan hidup berpasangan. Penyiaran


secara berleluasa bahan bacaan picisian ini sebenarnya mengkhayalkan
dan mempengaruhi pemikiran pelajar. Secara tidak langsung langsung
fenomena ini akan meruntuhkan akhlak pelajar serta usaha melahirkan
remaja yang berakhlak berasaskan kehendak agama dan ketinggian nilai
moral. Sepatutnya personaliti-personaliti dunia hiburan yang ditonjolkan
sebagai idola harus mempunyai akhlak yang baik untuk dicontohi.
3.4

Pelajar

Dalam lingkungan usia pelajar sekolah menengah khususnya masih


mengalami proses perkembangan dan pertumbuhan yang pesat iaitu
zaman peralihan alam kanak-kanak menuju ke alam remaja. Pada ketika
ini, ibu bapa seharusnya tidak mengambil sikap lepas tangan dengan
membiarkan anak-anak mereka merentasi zaman remaja begitu sahaja
tanpa mengetahui pergolakan yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting untuk
menentukan konsep diri mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak
melangkah ke alam dewasa, mereka sudah pandai berfikir, menilai
perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baharu
dan berkhayal. Selain itu, perubahan emosi dan sosial mendorong pelajar
membesarkan rakan sosialnya. Mereka meluaskan rakan sosial dengan
cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baharu
berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau
taraf sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar berhadapan dengan
situasi genting dalam memilih rakan rakan. Seandainya tersalah pilih,
maka mereka akan cenderung ke arah salah laku negatif termasuklah
ponteng

sekolah.

Ketiadaan

bimbingan

menyebabkan

mereka

beranggapan mereka berada di jalan yang benar dan tiada siapa boleh
menghalang perbuatan mereka kerana pada pendapat mereka, apa-apa
sahaja yang dilakukan adalah betul.
3.5

Sekolah

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan


yang

kerap

diberikan

oleh

pelajar

yang

ponteng

sekolah.

Proses

pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan membosankan


menyebabkan mereka lebih suka ponteng sekolah daripada hadir ke
sekolah. Keadaan ini berlaku apabila sesetengah guru kurang proaktif
dalam menarik minat pelajar. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik
pemgajaran yang kurang menarik, di samping tiada variasi aktiviti atau
gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah pengajaran
tradisional iaitu chalk and talk juga membosankan pelajar. Pelajar masa
kini,

memerlukan

kaedah

pengajaran

secara

induktif

dan

gaya

pembelajaran konstruktivisme dan mempergiatkan aktiviti berkumpulan


yang

berpusatkan

mengajar secara

murid

Selain

interaktif

perlu

itu,

penggunaan

diaplikasinya

untuk

Bahan

bantu

mewujudkan

suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, guru perlulah bersikap


adil terhadap pelajarnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagai
role model kepada pelajar.
Sekolah merupakan tempat berlakunya aktiviti pengajaran dan
pendidikan kedua selepas ibu bapa. Ini bermakna guru juga amat penting
dan bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar. Mengikut
Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana
sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi
melahirkan pencapaian yang baik dalam kalangan pelajar. Kewujudan
suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran
guru,

kedudukan

sekolah

dari

aspek

pengangkutan

pelajar

dan

perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan


dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
Setiap sekolah di Malaysia telah diperuntukan dengan jumlah
kewangan yang besar bagi memastikan suasana sekolah berada dalam
keadaan

selamat,

ceria

dan

kondusif.

Tetapi

malangnya

terdapat

sebilangan sekolah gagal menggunakan peruntukan ini bagi memastikan


sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria dan kondusif. Sebagai

contoh,. pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak dibaiki
segera. Ini menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan
keluar masuk sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan
menyukarkan tugas guru untuk mengawal pelajar.
Faktor kawalan disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang
kepada pelajar untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara-perkara
negatif yang lain. Badan disiplin sekolah termasuklah guru disiplin dan
pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi membanteras kegiatan yang
melanggar disiplin. Justeru, tugas guru bukan sahaja mengajar dan
mendidik, malah mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan
pelajar. Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar
berasa tidak dihargai dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar
membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru
mereka.

4.0

KESAN PONTENG SEKOLAH

Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan


keseronokan kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri
pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan negatif yang timbul adalah seperti
berikut:

4.1

Pembaziran Masa Dan Tenaga

Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah


masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan
tidak

akan

dipulangkan

ataupun dikembalikan. Jika

mereka

dapat

menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan
mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang
akan datang dan kejayaannya dapat memberi kehidupan yang lebih baik
dan selesa kepada generasi seterusnya.

4.2

Masyarakat Memandang Serong Kepada Pelajar

Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah


ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung akan
memalukan

maruah

keluarga.

Sebagai

contoh,

apabila

seseorang

ternampak sekumpulan pelajar yang ponteng sekolah, satu-satunya


pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah
sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan
kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu
bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anak dengan baik
dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa atau penjaga.

4.3

Masa Depan Tidak Terjamin

Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa
depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai
oleh masyarakat dan kesannya negara akan kekurangan bakal peneraju
yang berwawasan.

4.4

Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar

Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya


turut menjejaskan rekod kedatangan fail peribadi pelajar. Kesannya lebih
meruncing sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai
syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%. Justeru,
berkemungkinan rekod peribadi pelajar akan dicatatkan tidak cemerlang
dari segi sahsiah.

4.5

Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru

Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri,
perlu juga dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah
kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru. Antara ada guru-guru yang
merasa tertekan dengan perlakuan para pelajar yang terlibat dengan
gejala ponteng sekolah.
Mereka berasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf
dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan
mengakibatkan

kemerosotan

terhadap

corak

pengajaran

dan

pembelajaran di sekolah.
Selain dari itu, gejala ponteng sekolah juga mengganggu proses
pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru
kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang
tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar yang ponteng. Pelajar yang
ponteng sering mengganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan
pencapaian

mata

pelajaran

iaitu

melibatkan

keseluruhan

tahap

pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.


5.0

LANGKAH-LANGKAH

UNTUK

MENGATASI

GEJALA

PONTENG

SEKOLAH
Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total
adalah agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ia melibatkan komitmen
daripada

pelbagai

pihak

dan

tindakan

secara

menyeluruh dan

bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala ponteng


sekolah.
5.1

Guru Dan Pihak Sekolah

Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan


memainkan

peranan

penting

dalam menangani

masalah

ponteng

sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu alasan yang diberikan oleh
pelajar

yang

ponteng

sekolah

ialah

kelas

yang

membosankan

menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran


di pusat membeli-belah dan pusat kafe siber. Guru seharusnya melihat
alasan ini sebagai cabaran untuk mereka berusaha melakukan sesuatu
agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan
menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan
pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman
mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan
suasana persekolahan dan pembejaran yang kondusif, dinamik dan
memberangsangkan. Pendekatan dan strategi p&p serta aktiviti perlu
dipelbagaikan dan diperbaharui untuk menjana perkembangan kognitif
pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang
kreatif dan menarik serta banyakkan aktiviti berpusatkan murid sesuai
dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan
murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta
sesuatu yang baharu dan bijak dalam menyelesaikan pemasalahan yang
dihadapi. Hubungan interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan.
Malah, guru perlu mempunyai personaliti yang baik dan bersikap
profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru perlu
menjadi role model yang baik kepada pelajar. Pada masa yang sama,
pelbagai

aktiviti

menarik

melalui

aktiviti

kokurikulum

seperti

perkehemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat


Negara adalah wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang
dengan berfaedah di samping memperolehi banyak ilmu pengetahuan.
Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan sama ada melalui media

massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran


kepada pelajar akan kesan negatif gejala ponteng sekolah.
Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkah laku dan pergerakan
pelajar dengan meluangkan sedikit masa, walaupun dalam keadaan yang
sibuk, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan
perwatakan dan tingkah laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap
ambil berat guru ini, mungkin dapat mengesan dengan lebih awal pelajar
yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil
agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan
bersendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu
diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka
memberontak.
Semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa
atau guru disiplin bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar.
Justeru, janganlah menunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru
kaunseling baharulah hendak mengambil berat tentang latar belakang
dan

masalah

pelajar.

Semua

warga

sekolah perlu

sama-sama

mewujudkan suasana yang positif untuk perkembangan jati diri para


pelajar yang meningkat remaja dan dewasa. Kesedaran dan komitmen
semua pihak akan dapat membanteras gejala ponteng sekolah secara
berkesan.

Malah

tanamkan

suasana

Sekolah

Syurgaku

untuk

mewujudkan rasa kepunyaan dan keselamatan di sekolah.


Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di
sekolah, adalah wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring
dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Relevannya kerana
pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik dalam bidang
akademik atau bidang bukan akademik, bergantung kepada tahap disipilin
pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam kehidupan sering dikaitkan
dengan mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat
sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan

disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi
membendung

masalah

yang

akan

timbul,

seperti

kata

pepatah

membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.


5.2

Peranan Ibubapa

Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu
memastikan anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya,
sekali-sekala ibu bapa menghubungi pihak sekolah bagi memastikan
samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun sebaliknya.
Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi
kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu
bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing akan ketakutan apabila
mereka ditangkap atas sesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka akan
merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula
sering tidak percaya dan menafikan anak mereka melanggar peraturan
sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua
perwatakan berbeza; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu
bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin
demi masa depan anak mereka sendiri.
Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi
sumbangan

yang

amat

besar

dalam

membina

sesebuah

negara.

Kepincangan sebuah keluarga akan membawa kepincangan sesebuah


negara.

Keluarga

haruslah

memberi

keadaan

persekitaran

yang

mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika dan seterusnya akan
berkembang

baik

dalam

generasi.

Keluarga

bertanggungjawab

membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi seseorang insan dan ini
merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang
cemerlang.
Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam
mencorak kehidupan anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih
yang bersih. Guru yang pertama dalam hidup seseorang insan adalah

ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam


membanteras

gejala

ponteng

sekolah

ini.

Ibu

bapa

seharusnya

mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih


sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak
tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang
mulia, budi pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu
disemai dari rumah lagi oleh ibu bapa.
Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai
iktibar. Dunia mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains
dan teknologi, kekukuhan ekonomi dan kecanggihan teknologi dan
ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka sangat rapuh dan
terdedah dengan pelbagai penyakit sosial. Kita tidak mahu dalam
keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan
institusi kekeluargaan dilupakan.
5.3

Pelajar

Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga adalah


melalui aspek sikap pelajar di mana pelajar itu sendiri perlu sedar betapa
pentingnya pelajaran terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran,
kebiasaannya seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang baik dan masa
depan yang kurang terjamin. Tambahan pula, kelulusan akademik yang
cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat pekerjaan yang baik.
Malah, persaingan sengit untuk mendapat pekerjaan kerana semakin
ramai pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu, sekiranya mereka
ketinggalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan keadaan
semasa, di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan
ia

hanya

dapat

dicapai

dengan

pengetahuan,

usaha,

ilmu

dan

pengalaman. Untuk itu, bagaimanakah seseorang pelajar yang sering


ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal mereka
sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.

Pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi
supaya mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang
ada. Mereka perlu pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai
positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu menolak ajakan rakan-rakan
untuk melakukan perkara yang negatif kerana ianya hanya akan
membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar
bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik
mungkin.
Sewajarnya,

ketika

usia

muda

remaja

inilah

seseorang

itu

mengambil berat tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan


kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar
wajar mengikut contoh tauladan yang baik, menyertai ceramah atau
motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama
keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah
dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia remaja tidak
akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini
sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.
5.4

Pihak Kementerian Dan Kerajaan

Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang
tertinggi

dalam

sistem

Pendidikan

Negara

iaitu

Kementerian

Pendidikan dalam menangani masalah ponteng sekolah ini (sepertimana


dalam lampiran surat dari kementerian kepada jabatan pendidikan setiap
negeri). Kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap
pelajar yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama
dengan pihak polis dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini
kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan
kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya
bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.
Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan
menyalurkan lebih banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan

inovatif dalam menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi


keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat
membantu guru dengan mengurangkan bebanan kerja sampingan supaya
guru dapat fokus kepada proses p&p dan perkembangan pelajar. Pada
masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima
tugas lain iaitu pertama;mengurus data, fail, buku rekod dan laporan;
kedua, urusan

pentadbiran, ketiga; kegiatan

kurikulum, keempat; kokurikulum dan


murid. Dengan

kurangnya

bebanan

kelima; urusan
tugas

ini,

guru

hal

ehwal

akan

dapat

membimbing pelajar dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar
hanyut dengan permasalahan mereka.
Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh
berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia
ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan
akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat
masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama
penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang
terpilih.

6.0

KESIMPULAN

Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah


ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal
insan yang lebih berguna pada masa hadapan, maka satu langkah drastik
daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak
sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding

bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah. Meskipun terdapat


pelbagai cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng
sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau
seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program yang dirangka untuk
remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi

manfaat kepada

segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guruguru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam
memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah
wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat
melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan
dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan
hukuman.
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal
mencorakkan

masa

depan

negara.

Mereka

adalah

aset

kekayaan

semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi


dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di
kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber
tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa
panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja
harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman
besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang
selaras

dengan

falsafah

pendidikan

negara

yang

akan yang

akan

mempastikan kelangsungan kemajuan dan keharmonian negara.

REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, akhirnya saya berhasil menyiapkan tugasan Kerja Kursus
Projek (KKP) bagi subjek (EDU 3083) Asas Kepimpinan Dan Perkembangan
Profesional Guru ini. Telah terbayar rasanya, segala usaha, penat lelah dan
pengorbanan yang telah dicurahkan apabila tugasan ini berjaya dihasilkan

dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sesungguhnya tugasan ini


merupakan sebuah wahana rintis ilmu yang saya kira amat baik untuk
direnungi dan dihayati.
Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini. Pelbagai isu
yang berkaitan dengan guru dan keguruan sering dibincangkan melalui
media massa. Berdasarkan tugasan projek yang telah diberikan, pelbagai
manfaat telah saya perolehi. Dengan menyiapkan tugasan projek ini, saya
dapat meningkatkan kefahaman tentang ruang lingkup kerjaya sebagai
seorang guru. Isu-isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan
merupakan topik yang sering mendapat liputan menyeluruh oleh semua
pihak. Hal ini memberi pendedahan kepada saya untuk lebih matang
dalam menempuhi isu-isu yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Tugasan projek ini mengkehendaki saya menganalisis, mengulas
dan mengutarakan pendapat berkaitan isu yang berkait dengan guru dan
keguruan. Hal ini sekaligus akan dapat mempengaruhi tindakan saya pada
masa hadapan sekiranya menghadapi masalah yang berkaitan dengan
bertindak secara matang. Tindakan yang diambil hendaklah berlandaskan
kepada profesionalisme sebagai seorang guru tanpa mengikut hawa nafsu
semata-mata.
Malah, dengan adanya tugasan projek ini, saya dapat berfikir secara
kreatif dan kritis dalam menangani setiap masalah yang berlaku. Hal ini
disebabkan, bertindak tanpa berfikir akan mendatangkan kesan yang
negatif kepada individu itu sendiri. Jadi, setiap masalah yang berlaku akan
dapat diselesaikan sekiranya saya dapat berfikir secara kreatif dan kritis
dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapat menganalisis dan
mengkaji secara lebih jauh bahan-bahan ilmiah yang saya baca untuk
mendapatkan maklumat tambahan tentang isu ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar yang menjadi tajuk kajian saya. Dengan analisis yang

lebih mendalam, saya dapat memahami isi pokok yang cuba disampaikan
oleh pengarang.
Selain daripada itu, melalui pengkajian yang teliti tentang aspek isu
etika keguruan, saya dapat menanam rasa cinta akan bidang keguruan
ini. Betapa banyaknya kesan gejala ponteng sekolah yang dilakukan oleh
pelajar baik kepada diri pelajar itu sendiri, ibubapa, guru, sekolah dan
masyarakat amnya. Saya melihat isu ini sebagai suatu masalah yang
serius dan amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak agar
berganding bahu membantu pihak sekolah menangani masalah ini.
Sepanjang usaha membuat tugasan ini, saya juga dapat belajar
dengan lebih mendalam tentang cara membuat blog yang sangat mudah.
Walaupun perkara ini telah dipelajari dalam semester yang lepas, saya
seolah-olah meneroka ke alam yang baharu. Maklumlah, hanya beberapa
kali sahaja saya memuatkan bahan dalam blog saya. Itupun kerana
keperluan kerja kursus. Dewasa ini blog menjadi suatu medan luahan
idea dan pendapat oleh masyarakat.
Terdapat beberapa kesukaran yang telah saya tempuhi semasa
menjalankan kajian ini. Antara kesukarannya adalah memilih tajuk kajian.
Lambakan artikel-artikel mengenai isu keguruan menyukarkan saya untuk
memilih isu yang terbaik. Namun begitu masalah ini dapat diatasi selepas
melakukan perbincangan dengan ahli kumpulan yang nyata sangat
membantu.
Saya amat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing Encik
Ridzuan b. Ahmad yang telah banyak memberikan maklumat melalui
penceritaan beliau tentang subjek (EDU 3083) Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Profesional Guru di dalam kelas. Terima kasih yang tidak
terhingga juga kepada rakan sekelas yang banyak berkongsi maklumat
dan idea.

Anda mungkin juga menyukai