Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN LISAN

1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar merupakan salah satu daripada kemahiran berbahasa. Mendengar penting kerana ia
merupakan sebahagian daripada kemahiran komunikasi. Kebanyakan kita berpendapat bahawa
keupayaan mendengar berlaku secara semula jadi seperti kita mendengar arahan untuk melakukan
sesuatu atau mendengar tunjuk arah.

Sebenarnya,mendengar merupakan satu kemahiran yang memerlukan latihan dan perlu dipupuk agar
kanak-kanak menjadi seorang pendengar yang baik. Sebagai contoh,jika seorang pelajar mempunyai
kemahiran mendengar yang tinggi ,dia boleh mengambil nota dengan baik di dalam kelas,mengambil
bahagian dalam perbincangan secara aktif dan seterusnya menjadi pelajar yang Berjaya.

Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis.
Namun demikian,pelajar menggunakan alat pendengar secara aktif kerana mereka sentiasa berhubung
dengan rakan-rakan di sekolah. Untuk menjadi pendengar yang baik, perlakuan dan sikap yang baik juga
penting. Kita perlu mengetahui kekurangan keupayaan kita mendengar agar kita dapat mengetahui
kekurangan dan dapat memperbaiki kekurangan tersebut.

Mendengar sekurang-kurangnya melibatkan tiga perkara iaitu.

 Mendengar .
 Memahami.
 Menilai.

Mendengar

Mendengar bermakna memberikan perhatian kepada perkara yang disampaikan oleh penutur. Sebagai
contoh,kita kita mendengar laporan tentang kuda belang dan pelajar memaklumkan bahawa setiap kuda
belang adalah tidak sama. Jika kita dapat menyatakan fakta itu semula bermaksud kita telah pun
mendengar apa yang disampaikan.

Memahami

Bahagian berikutnya yang berlaku selepas mendengar ialah kita mengambil perkara yang telah kita
dengari dan memahami dengan cara kita sendiri. Sebagai contoh, setiap kuda belang adalah tidak sama.
Kita mungkin berfikir bahawa ia adalah merujuk kepada corak belang yang terdapat pada setiap kuda
tersebut.

Menilai

Setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur,kita mula memikirkan sama ada kita
hanya menerimanya tanpa berfikir. Dengan maksud lain. Kita membuat penilaian terhadap perkara yang
kita dengar.

1.1 KONSEP MENDENGAR

Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran
manusia,iaitu telinga. Kemasukan input bahasa adalah penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya
dilakukan oleh otak untuk diproses. Mendengar membantu pendengar untuk memahami fakta dan idea
yang diujarkan oleh penutur. Dalam hal ini,mendengar memerlukan perhatian dan mengkhendaki
tumpuan berfokus kepada peranan minda.

Ada yang berpendapat bahawa mendengar juga merupakan satu aktiviti seni,iaitu yang merujuk kepada
seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur. Mereka berpendapat
sedemikian kerana seorang pendengar bukan sahaja mendengar secara aktif, sebaliknya pendengar
tersebut berupaya menginterpretasikan dan memahami ujaran penutur dengan pemikiran yang kritis
dan kreatif.

Semasa mendengar,organisma manusia hanya boleh menyerap maklumat tertentu dalam satu masa.
Hal ini bergantung kepada keupayaan otak untuk memproses dan memberikan respons terhadap input
yang masuk melalui telinga. Kesemua maklumat ini akan melaluim proses interpretasi dan dihantar ke
ingatan janka pendek. Untuk membolehkan maklumat tersebut dikekalkan, ia akan melalui proses
kognitif dan dihantar ke ingatan jangka pendek.
1.2 PROSES MENDENGAR

Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:

a)Mendengar deretan bunyi bahasa adalah Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang
sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana
arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja
yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total.
Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang
normal.

b)Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi
didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan
tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan
menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang
dilafazkan. Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami
persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara
satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang
menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan
intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar
yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh
memaham malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi bermaksud peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui
ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan
sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
1.3 JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR

 MENDENGAR DENGAN AKTIF


 MENDENGAR SECARA PASIF
 MENDENGAR SECARA KRITIS
 MENDENGAR SECARA KREATIF

1.MENDENGAR DENGAN AKTIF

Kemahiran mendengar dengan aktif merujuk kepada mendengar bagi mendapatkan makna,iaitu perkara
yang didengar itu benar-benar difahami seperti yang di maksudkan oleh penutur. Kemahiran mendengar
aktif digunakan secara meluas dalam pelbagai situasi seperti mendengar kuliah,perbualan harian dan
sesi kaunseling.kemahiran mendengar aktif ini digunakan bagi mendapatkan keputusan dan persetujuan
bersama.

Disamping mendengar secara aktif,kita juga perlu memerhati tingkah laku dan bahasa tubuh penutur
kerana ia dapat membantu pendengar memhami apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Mendengar
secara aktif merupakan satu kemahiran yang dapat kita gunakan untuk mempertingkatkan keupayaan
kita untuk memahami dan menelah maklumat verbal.

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan aktif dan antaranya
adalah seperti yang berikut:
i) Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.
ii) Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalaman lagi.
iii) Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap
kepada anda.
iv) Dapat menberi tindak balas yang baik kepada orng yang sedang bercakap.
v) Anda akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Anda akan mengikut
arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kesilapan-
kesilapan kecuaian.
vi) Tidak menyentuh perasaan anda misalnya dalam masa perbincangan jika rakan anda berbincang
tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal dan masih bertanyakan masalah yang sama akan memalukan
diri sendiri.
2.MENDENGAR SECARA PASIF

Kemahiran mendengar pasif ialah merupakan keupayaan mendengar pada peringkat yang paling
rendah. Kemahiran mendengar pasif merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa tindak balas, yang
bermaksud pendengar hanya mendengar tanpa memberikan sebarang respon terhadap penutur yang
menunjukkan sama ada dia memahami apa yang disampaikan oleh penutur. Pendengar juga tidak
berupaya untuk memahami keseluruhan ujaran yang didengari. Dalam situasi ini,pendengar akan kerap
kehilangan fakta penting dan memberikan satu tanggapan yang bercanggah dengan maksud penutur.
Mendengar secara pasif juga menyebabkan pendengar jarang-jarang dapat mengingati dan menyatakan
sesuatu perkara yang didengar itu.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemahiran mendengar secara pasif ini berlaku.Antaranya
ialah.

1. Bahan yang diperdengarkan tidak menarik atau bahan tersebut merupakan sesuatu perkara
yang biasa dan tidak diolah oleh penutur dengan sebaik mungkin.
2. Bahan yang disampaikan tidak bersesuaian dengan tahap umur pendengar hingga terlalu sukar
untuk difahami oleh mereka.
3. Penggunaan bahasa oleh penutur terlalu bombastic dan ilmiah tidak bersesuaian dengar
pendengar yang bukan dalam kumpulan sedemikian.
4. Gangguan persekitaran yang tidak selesa atau kebisingan juga menyebabkan pendengar tidak
memberikan perhatian terhadap ujaran yang didengar.
5. Gaya penyampaian penutur yang sterotaip dan tidak pelbagai boleh menyebabkan pendengar
berasa bosan dan tidak bersedia untuk mendengar dan memberikan respon.

3.MENDENGAR SECARA KRITIS

Kemahiran mendengar secara kritis berlaku apabila seseorang itu dapat menguasai bahasa tersebut
dengan baik. Kemahiran mendengar secara kritis ini merupakan kemahiran peringkat tinggi yang perlu
dikuasai oleh semua orang. Pada peringkat ini, pendengar bukan sahaja dapat memahami mesej yang
disampaikan dengan baik , malah dia berkemampuan untuk menilai,memilih dan menentukan fakta
yang releven atau tidak serat dapat menyedari kesilapan yang dilakukan oleh penutur.
Untuk mencapai kemahiran mendengar kritis ,pendengar perlu juga berfikiran kritis. Dengan kata
lain,pada masa kita mendengar ,kita perlu menumpukan perhatian sepenuhnya dan bersungguh-
sungguh terhadap ujaran penutur serta mendengar secara berhati-hati untuk membolehkannya
menentukan butiran yang dituturkan dapat difahami. Untuk memperoleh kemahiran mendengar
kritis,berikut adalah saranan yang boleh dimanfaatkan.

1. Latih minda kita memberikan perhatian sepenuhnya terhadap orang yang sedang bercakap.
2. Pastikan fikiran berfokus kepada ujaran penutur dan tidak terawang-awang ke tempat lain. Hal
ini akan menjadi lebih mudah jika kita memberikan tumpuan kepada kata-kata penutur.
3. Pastikan minda kita mendengar ujaran penutur selengkapnya dan tidak hanya memilih bahagian
tertentu sahaja. Biarkan penutur selesai mengujarkan sesuatu ayat sebelum kita menentukan
sesuatu sama ada fakta tersebut benar atau salah, boleh diterima atau diabaikan.
4. Tumpukan fikiran pada idea utama penutur. Idea utama merupakan perkara penting yang cuba
diterangkan oleh penutur. Kebiasaanya terdapat pada awal percakapan dan kadangkal diulang
berkali-kali.
5. Memberikan tindak balas terhadap ujaran penutur. Dengan kata lain, mereka yang berfikiran
kritis dapat memberikan repons secara cepat. Hal ini kerana mereka bukan sahaja mendengar
melalui telinga malah minda mereka juga turut beroperasi semasa proses mendengar berlaku.

4.MENDENGAR SECARA KREATIF

Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia manjadi matlamat
pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan
menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik
sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya
dengan baik. Ia juga boleh membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang
bernas dan jitu.

Kemahiran mendengar kreatif juga ialah kemahiran mendengar peringkat tinggi. Namun demikian,
tidak semua pendengar dapat mencapai peringkat kemahiran secara kreatif dengan mudah.
Peringkat mendengar secara kreatif ini memerlukan latihan demi latihan seperti yang dilakukan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kepada pelajar mereka. Kemahiran
mendengar secara kreatif merujuk kepada kreativiti pendengar sendiri dalam memanipulasi ujaran
penutur, iaitu pendengar berupaya untuk menggunakan daya kreativiti untuk menghasilkan sesuatu
yang lain setelah dia mendengar sesuatu pertuturan. Hal ini bermakna dia mestilah dapat
memahami ujaran tersebut dengan baik. Selain membuat interpretasi ujaran seperti yang
dimaksudkan oleh penutur,pendengar juga dapat memberikan cadangan dan ulasan secara bernas
dengan disertai fakta yang tepat dan jitu. Pendengar yang memberikan pengamatan yang tinggi
terhadap penutur mampu mendengar secara kreatif. Mereka bukan sahaja dapat menyelami
maksud dengan baik tetapi mampu memberikan pendapat dan respon dengan baik.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai peringkat pendengaran secara
kreatif, diantaranya ialah.

1. Mengingati perkara yang telah diperkatakan sebelumnya untuk membolehkan pendengar


benar-benar memahami perkara yang akan diperkatakan selepasnya.
2. Mengenal pasti idea utama penutur dan menentukan idea yang mana perlu diterima. Hal ini
bermakna, pendengar memadankan maklumat tersebut dengan gambaran mental yang
sedia ada dalam mindanya dan dapat menghasilkan idea yang lebih baik dan bernas.
3. Bersedia untuk mendengar dan mendengar secara positif iaitu menerima apa yang
disampaikan oleh penutur dengan terbuka dan jangan membuat penilaiana awal sebelum
penutur selesai menyampaikan mesej.
4. Semasa mendengar abaikan perkara lain yang dapat menganggu penerimaan mesej yang
disampaikan oleh penutur.pendengar perlu mendengar secara total dan berindak balas
dengan cara menyerap input tersebut ke dalam mindanya.

1.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENDENGARAN

Mendengar merupakan aktiviti rutin bagi semua manusia. Sama ada kita suka atau tidak, kita akan terus
mendengar kerana alat peneriamaan manusia berfungsi tanpa had. Jester itu keupayaan mendengar
bagi pelajar sekolah perlu dieksploitasikan sebaik mungkin agar mereka akan menguasai kemahiran
mendengar.

Kemahiran mendengar hendaklah dilaksanakan bersama-sama kemahiran yang lain. Murid tidak diminta
untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahan yang
dipergengarkan. Kemahiran ini perlu dijalankan dan dihubungkan dengan kemahiran
pengajaran,penumpuan dan peruntukan masa yang lebih banyak perlu diberikan pada aspek lisan.
Namun begitu terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran mendengar.
Antaranya adalah.

 Perubahan respon
 Menyampuk
 Terleka
 Fikiran tertutup
 Kebosanan

Anda mungkin juga menyukai