Anda di halaman 1dari 16

PERKHEMAHAN

PENGENALAN
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk
merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan
serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung,
berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti
perkhemahan.
Antara
perkhemahan

kemahiran
termasuklah

yang

perlu

kemahiran

dipelajari

sebelum

pengurusan

dan

menjalankan

aktiviti

merancang

aktiviti

perkhemahan.
Ia melibatkan bermalam samada satu malam atau lebih,samada dihutan,
kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai.
Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan
mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.
Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti
sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara
contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, absailing, orienteering dan
sebagainya.
Aktiviti perkhemahan ini pasti akan melibatkan penggunaan khemah. Khemah
pula terbahagi kepada pelbagai bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat
sesuatu khemah. Jika pada zaman dahulu khemah adalah diperbuat daripada bahan
daripada alam sekitar seperti daun kering, pokok kayu, rotan dan kulit binatang atau kulit
kayu tetapi pada zaman sekarang khemah pula diperbuat daripada kanvas, nylon,
plastic, dan sebagainya yang lebih ringan dan mudah untuk dibawa bergerak. Khemah
moden ini juga diperbuat berdasarkan kepada keadaan iklim dan cuaca sesuatu tempat
untuk disesuaikan.

OBJEKTIF PERKHEMAHAN
1. Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi
keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh
dari bandar.
2. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab.
3. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan
berkhemah kepada para pelajar.
4. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan
kecekapan yang ada pada mereka.
5. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi
perpaduan.
6. Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab.
7. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang
lebih mencabar dan menarik.
8. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan.
9. Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar.
10. Memupuk sikap berani di kalangan peserta.
11. Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta.
12. Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi
cabaran.
FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN
1. Berdikari dan ikhtiar hidup.
2. Mengamalkan kebersihan.
3. Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan.
4. Merandang segala aktiviti dan keperluan.
5. Cergas dan yakin pada diri sendiri.
6. Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan.
7. Menghilangkan tekanan.
8. Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah.
9. Mengelakkan daripada gejala social yang tidak sihat.
10. Bekerjasama.

PERATURAN TETAP UNTUK PESERTA PENDIDIKAN LUAR


Untuk menjaga imej yang baik dan bagi tujuan menjayakan program ini, maka perlulah
diadakan beberapa peraturan dan tatatertib untuk memberi panduan kepada para
peserta.
Masa
1. Para peserta haruslah mengikut jadual waktu yang telah disediakan dan berada
di tempat-tempat yang ditentukan sepuluh minit sebelum waktu aktiviti
dijalankan.
2. Para peserta harus bangun awal dengan kewajipan masing-masing dan bersedia
untuk senaman.
Kebersihan
1. Perserta diminta menjaga kebersihan setiap kawasan tempat perkhemahan dan
kawasan kegiatan.
2. Gunakan lubang kering untuk membuang sampah sarap, sisa-sisa makanan
dan lain-lain. Tin-tin kosong bekas makanan hendaklah dikemikkan terlebih
dahulu sebelum ditanam.
3. Alat-alat yang dipinjamkan hendaklah dijaga dengan baik dan bersih.
Pakaian
1. Semasa menyertai aktiviti luar, para peserta hendaklah memakai pakaian sukan
maktab dan berkasut dengan sopan.
2. Semasa menjalani ekspedisi, semua peserta hendaklah menjaga
keselamatan diri seperti memakai baju atau seluar panjang, stokin dan
kasut.
3. Tuala mandi dan pakaian kotor hendaklah disidai di tempat yang
dikhaskan.

MASA MENYERTAI KEGIATAN


1.

Setiap peserta mesti mengikut kegiatan dan acara yang ditetapkan kecuali ada
hal-hal yang penting dan mendapat kebenaran dari ketua jurulatih.

2.

Setiap peserta hendaklah menjaga keselamatan diri dengan baik

semasa

menjalani kegiatan luar mahupun semasa ekspedisi.


3.

Setiap peserta hendaklah menjaga dengan baik bagi setiap alat yang
digunakan semasa menjalani kegiatan luar dan dikembalikan ke tempat yang
tertentu apabila diarahkan.

LARANGAN
1. Pergaulan yang sihat secara beramai adalah dibenarkan tetapi berpasangan
antara lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.
2. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan melainkan
dengan urusan yang penting sahaja dan mestilah terlebih dahulu mendapat
kebenaran dari ketua jurulatih.
3. Apabila peserta berbual atau bercakap ditegah daripada mengeluarkan perkatan
yang kurang manis atau bahasa yang boleh membawa kepada tersinggung
perasaan seseorang atau kaum.
4. Sesiapa yang mendapati engkar daripada meyempurnakan peraturan-peraturan
yang ditetapkan atau didapati melakukan sesuatu yang membawa kepada
mencemarkan nama baik kursus ini, maka tindakan tatatertib akan diambil oleh
pihak penganjur.
5. Selain daripada menghormati dan menhamalkan peraturan di atas, setiap peserta
dikehendaki mematuhi peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh
pihak penganjur program ini.
6. Dilarang merokok semasa dan juga aktiviti dijalankan.
7. Para peserta dilarang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti
melakukan kecurian sama ada untuk mai-main atau sungguh-sungguh.
8. Setiap peserta seharusnya tidak mencuri tulang semasa aktiviti dijalankan dan harus
melakukan semua pekerjaan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

KOMPENAN-KOMPENAN PERKHEMAHAN
JENIS-JENIS KHEMAH
Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti
berkhemah:
-

Khemah bentuk Atanpa helaian terbang

Khemah A berhelaian

Khemah pengembaraan

Khemah satu tiang

Khemah bentuk dinding

Khemah Ridge dua tiang

Khemah wagon

Khemah dome

Khemah igloo

Khemah berangka

Khemah berbentuk Ridge

Khemah berbentuk

Dome

Khemah

berbentuk
hoop

Flysheet

Dinding
Khemah
Tiang

Pintu

Besi Pancang
Lantai

PEMILIHAN KHEMAH

Tali Khemah

Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau
membeli khemah:
a) Perlindungan
Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan perlindungan
kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya.
Disamping itu ianya juga hendaklah dapat memberi pelindungan dari seranggaserangga.
b) Keselesaan
Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam

aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk
menyimpan barang-barang.
c) Kalis air
Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah
yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan
bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-benar kalis air, supaya
tidak menjadi masalah apabila hujan.
d) Tahan lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil
kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan
lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan.Khemah perlu ringan
di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyah apabila ianya
digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk
satu jangka masa yang panjang dan munasabah.
e) Ukuran
Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita
mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau
dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukatkan kita
membawanya.
PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang


membuat

penilaian

boleh

mendatangkan

bencana

dan

kecelakaan

kepada

peserta.Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil
kira beberapa faktor penting seperti di bawah:
a) Tanah atau tapak yang rata
Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan
khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.Sebaik-baiknya walaupun
tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang
menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada
berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

b)

Corak tapak perkhemahan


Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang
mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan
permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan
daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang
sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku
hujan yang lebat dan sebagainya.

c) Berhampiran punca air


Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air
yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air
yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri
dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air samada sungai,
anak air, telaga, kolam atau sebagainya.

Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihanya


supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang
penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga
haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

d) Tapak yang lebih tinggi dari punca air


Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan
daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai
dan air pasang dan sebagainya.

e) Mudah untuk mendapat bantuan


Tapak perkhemahan yang di pilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat
yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak
perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu
juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan
terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang
bertanggungjawab yang lain.

f) Mudah untuk mendapat bahan bakar


Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan baker juga merupakan faktor
yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat
unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan
serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu
atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan
sebagainya.

g) Keselamatan kawasan perkhemahan


Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan
tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah,
babi dan sebagainya.
h) Jangkamasa perkhemahan
Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa
perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka
perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak,
minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.
i)

Bilangan peserta perkhemahan


Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti.
Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan
mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya
ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan itu
saja, malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain.

j)

Alam Persekitaran
Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti
perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah.
Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak
perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan
tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah
ke kawasan tersebut.

PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH


Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali setelah
mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan. Di samping itu
semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi
perhatian dan penekaan:
a) Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )
b) Terlindung dari angina
c) Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai
d) Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan
terhibur apabila melihatnya ).
e) Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan
sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
f) Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak
semula bagi tujuan kecemasan.
DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN
Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturan-peraturan
berikut dipatuhi dan dipertimbangkan:
a) Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.
b) Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam,
Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu
ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau
halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera.
c) Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah.
d)

Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.

e)

Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden).

f)

Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau
atau binatang merayap daripada memasuki khemah.

g) Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
h)

Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan.

i)

Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam.

j)

Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur


di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan
mana-mana yang boleh mengganggu peserta.

k) Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik,


ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat.
l)

Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa


ke semasa dan segala pantang larang.

m) Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan


tapak perkhemahan.
n) Berhati-hai melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta menghargai
kawasan sekitar.
o) Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi
sebarang gangguan keselamatan.
p) Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang.
q) Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti.
r)

Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau kepada


pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti
masalah kesihatan dan keselamatan.

s)

Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan
datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.

t)

Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan


berhampiran sungai, laut atau tasik.

u) Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan
menyalahi undang-undang.
v) Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang
terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.
w) Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat
supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg.
x) Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku
sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah.

PERATURAN UMUM PERKHEMAHAN


1. Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta arahanarahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
2. Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan
bersemangat tinggi.
3. Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti.
4. Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan.
5. Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti.
6. Mematuhi semua nasihat, teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh
pensyarah atau penunjuk cara. Undangan.
7. Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang dijalankan.
8. Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran dari pensyarah penasihat.

PENJAGAAN KHEMAH
1. Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
2. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
3. Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang
mengandungi bahan kimia.
4. Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada
ancaman haiwanperosak dan ditempat yang kering.
5. Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap
sebelum disimpan.

PANDUAN DAN PERINGATAN KEPADA KETUA KUMPULAN PERKHEMAHAN


1. Keselamatan dan kesempurnaan khemah adalah tanggungjawab setiap peserta
atau guru pelatih.
2. Menyelenggara semua peralatan dengan kemas dan teratur.

3. Mengutamakan kebersihan dan keselamatan dalam segala hal.


4. Ketua kumpulan perkhemahan adalah bertanggungjawab ke atas disiplin dan
ketenteraman kawasan khemah sepanjang masa.
5. Membersihkan khemah dan segala peralatan khemah dengan sempurna
sebelum dipulangkan.
6. Melaporkan kepada pengerusi peralatan jika terdapat segala kerosakan dan
kehilangan alatan perkhemahan untuk direkodkan.
7. Pemulihan dan pemuliharaan kawasan sekitar perkhemahan adalah perlu
dilakukan(konservasi).

SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN


1. Khemah tempat masak.
2. Khemah tempat solat.
3. Khemah peserta.
4. Kanvas alat duduk.
5. Generator.
6. Wire dua pin.
7. Mentol lampu/soket.
8. camp bed
9. Skop atau penyauk tanah.
10. Tong minyak petrol dan minyak tanah.
11. Tukul cangkul pencakar.
12. Tiang Khemah memasak.
13. Helar.
14. Parang.
15. Tali nylon/raffia.
16. Belerang/suffer.
17. Gerjaji.
18. Lampu picit.
19. Wisel.
20. Mancis api.

RUMUSAN
Perkhemahan Adalah merupakan aktiviti rekriasi yang digunakan untuk
memenuhi masa lapang bagi merehatkan fikiran. Disamping berkhemah, pelbagai
aktiviti yang terancang boleh dilakukan semasa perkhemahan.
Program-program perkhemahan yang terancang dapat memberi kesan yang
positif kepada mereka yang terlibat seperti yakin, berdikari, dan bertanggungjawab.
Perkhemahan kini bukan lagi merupakan satu aktiviti yang hanya dilakukan oleh
golongan kanak-kanak sekolah sahaja malah ianya juga dilakukan oleh pelbagai lapisan
masyarakat sebagai suatu riadah dan rekreasi dan juga sukan.
Aktiviti perkhemahan mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri yang
menggemari aktiviti tersebut. Namun walaubagaimanapun peraturan dan langkah
keselamatan bagi menyertai aktiviti perkhemahan ini adalah sama walaupun ia disertai
oleh berbagai lapisan dan bila-bila masa, dan ttempat sekalipun.
Aktiviti sebegini bukan sahaja dilakukan di negara kita, namun ianya telah
diminati secara serius oleh kebanyakan negara lain selain Malaysia. Perkhemahan juga
masih lagi dijadikan sebagai aktiviti rekreasi hujung minggu bagi individu yang berminat.
Pengendaliannya pula adalah bergantung kepada sejauh mana peserta tersebut
menerima

pengajaran

daripada

ketua

pembimbing

aktiviti

untuk mengadakan

perkhemahan.
Mungkin ada terdapat peraturan yang berbeza dari semasa ke semasa, namun
ianya tetap akan mengikuti sekurang-kurangnya peraturan asas perkhemahan seperti
yang ditulis di atas. Jika sekiranya ada kumpulan individu yang cuba tidak
mengendahkan semua peraturan tersebut maka sudah pasti akan menimbulkan
beberapa reaksi yang kurang menyenangkan atau memuaskan di antara jurulatih dan
juga peserta aktiviti.
Selain daripada itu perlulah juga setiap guru pelatih atau peserta menyiapkan diri
mereka dengan ketahanan fizikal dan mental yang kuat agar dapat menjalani segala
aktivit sepanjang perkhemahan dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai