Anda di halaman 1dari 20

Etika 1

PENGENALAN
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua
bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin,
bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan
membentuk etika seseorang individu tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah
berasal daripada perkata greek ethos yang bermaksud perwatakan atau
keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa
Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak.
Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.
Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai
disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta
menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.
Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika
sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara
hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk
kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang
bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari
segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh
pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak
membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan
sebagainya.
Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu
profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan
keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab
berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula
ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral,
profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.
Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu
dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang
tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu
menjadi seorang yang beretika tinggi.
Isu yang dikemukakan

Recent news coverage of corruption scandal at some of the nations corporate


giants has placed the spotlight on the importance of ethical teaching and
training in order to counter this form of unhealthy practices. One of the social
scientist had even proposed that the initial stage teaching and learning of ethics
should start from primary schools until tertiary levels. The other stage should
start from the time when he/she joined the workforce

Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau
elektronik berkenaan dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan
mula memandang serius dengan tentang permasalah rasuah kerana sedikit
sebanyak akan menjejaskan ekonomi negara. Menurut badan yang
bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah Badan Pencegah Rasuah
(BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan antaranya menerima
wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang berharga
atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah
kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan
sebagainya.
Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang
memberi makna rasuah seperti tumbuk rusuk dan makan suap. Sejajar
dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah
digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti wang kopi,
undercounter payment dan duit pelincir. Tidak dinafikan rasuah banyak
mempengaruhi budaya dan mencemar adat masyakat pada masa kini.
Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang
rasuah dan pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa
individu berada di alam persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah
memasuki alam perkerjaan.
Etika Perguruan.
Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat
pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut :
Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara


ialah perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi
jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab
seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi
setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak
untuk pembangunan bangsa dan negara.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar
bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru
bukan saya perlu mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga
perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan
masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua
aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran
dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan
tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu sendiri.
Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di
sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru
perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara,
oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha
memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang
profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika
Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan
menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian
sebagai guru.
Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan
usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini
dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas
membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman
pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit
sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Kod Etika Profesion Perguruan
1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah
menjalankannya dengan jujur.

4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya.


Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain
seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap
muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak
kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk
membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang
diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan
status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan muridmuridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka
dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10.Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat
sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi
lain yang tidak berkenaan.
11.Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12.Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
murid-murid, masyarakat awam dan negara.
13.Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia
dan berguna.
14.Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15.Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang
baik terhadap murid-murid.
16.Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17.Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.

18.Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik


persendirian terhadap murid-muridnya.
19.Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa
murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas
profesionnya.
20.Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21.Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22.Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan.

Prinsip-prinsip Etika Perguruan


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Kepentingan Etika Perguruan
Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam
sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali
mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika
Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi
pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.
Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion
perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk
dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga
membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini


menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan melihat keunikan etika
yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata
masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat
dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama
dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. (INTAN,
1991).
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip
etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role model kepada pelajar.
Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal
insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar
terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika.
Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika
Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah satu
pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung
kepada melakukan perkara-perkara yang positif.
Memupuk Etika Kerja
Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada
alam pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan
mungkin menjadi pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami
etika kerja profesion yang diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang
pekerjaan perlulah memupuk nilai murni, disiplin dan etika kerja yang baik.
Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja profesional. Antara teras
dan ciri-ciri yang perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan antaranya :
1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa.
Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau
sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan
dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di
tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan
semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan
mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau
mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti

ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik
dalam semua keadaan.
Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru
permulaan ini menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses
pengujian dan penilaian terhadap hasil kerja pelajar. Ini adalah disebabkan oleh
pengetahuan guru-guru permulaan berkaitan dengan ilmu pengujian dan
penilaian adalah terlalu cetek. Kajian menunjukkan guru-guru permulaan
mempunyai keinginan yang tinggi dalam penilaian pelajar tetapi mereka kurang
yakin untuk memberi markah dan gred yang setimpal dengan hasil kerja pelajar.
Mereka terkeliru untuk meletakkan jumlah markah terutama soalan berbentuk
subjektif. Guru-guru permulaan juga merasa tidak selesa kerana terpaksa
menyemak latihan murid yang banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai
dalam sesebuah kelas. Pelajar-pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan
markah yang diberikan oleh guru-guru permulaan. Pelajar merasa kurang yakin
kerana mereka guru baru. Selalunya guru-guru permulaan lebih suka memberi
markah dan gred yang cemerlang kepada pelajarnya kerana mengharapkan
mereka akan disenangi dan popular di kalangan pelajar.
Selain dari menyemak, menilai, menguji dan mewujudkan hubungan mesra
kepada para pelajar, guru-guru permulaan ini telah dipertanggungjawabkan
untuk mengurus persekitaran fizikal bilik darjah masing-masing. Kajian-kajian kes
yang dijalankan telah memberi banyak maklumat tentang cabaran yang dihadapi
dalam mengurus bilik darjah. Ada sesetengah dari guru permulaan bertungkuslumus menghiaskan dan menguruskan bilik darjah tetapi ada juga yang langsung
tidak diberikan bilik darjah. Tetapi mereka ini diminta bergerak dari satu kelas ke
kelas yang lain. Cabaran-cabaran pengurusan kelas seperti pengawalan kelas,
menetapkan peraturan kelas, masalah pemantauan kesalahan disiplin pelajar,
kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta menjaga kebajikan pelajar. Semua ini
memerlukan pelan tindakan yang sistematik dan strategic , apatah lagi bagi
sekolah-sekolah yang masuk bertanding dalam pertandingan 3K (Keselamatan,
kebersihan dan keceriaan), sekolah harapan negara, sekolah cluster dan lain-lain
pertandingan. Guru-guru permulaan perlu kuasai ilmu dan kemahiran di dalam
tatahias dalaman kelasnya supaya dirinya memberi sumbangan yang bermakna
kepada organisasi. Dapatan kajian Lourdusamy dan Tan (1992) merujuk kepada
suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak dapat mengawal masalah
yang dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran mengawal pelajar,
masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar, pasif
dan gagal memahami pelajaran yang diajar menyebabkan guru mengambil
pendirian ''tidak peduli.'' Chiam (2004) berpendapat bahawa terdapat perkaitan
antara ketidak berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng dalam kalangan
pelajar.

2. Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha
atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu

kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya
kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan
tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri
dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang
mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat
berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.Contohnya
dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan
perniagaan syarikat dalam bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang
baru.
Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran
yang bermakna kepada pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina
rappo yang baik bersama pelajar dalam bilik darjah membantu guru-guru
menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam karier mereka. Hubungan
yang baik bersama pelajar di bilik darjah menjadi titik permulaan kepada
hubungan guru dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. Pelajar-pelajar akan
menjadi duta kecil dalam menyebarluaskan cerita-cerita kehebatan guru-guru
permulaan kepada masyarakat dan komuniti setempat. Berita yang baik
berkaitan kualiti pengajaran dan personality guru menjadi satu tarikan kepada
masyarakat setempat untuk ke arah pengwujudan jaringan yang mantap melalui
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Guru-guru permulaan tidak boleh mencipta
kejayaan dalam profesion jika keadaan sebaliknya berlaku.

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru


memerlukan bimbingan yang berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani,
2002). Bagi membina keyakinan diri dan peningkatkan profesionalisma diri dan
kerjaya, tugas membimbing ini perlulah dimulakan di dalam organisasi di mana
guru-guru ini bertugas. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hanya 30%
sahaja daripada kalangan pentadbir yang mengambil berat terhadap
perkembangan profesionalisma guru-guru (Mohammed Sani, 2002) dan 95%
guru-guru siswazah yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di bawah
program KPLI tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka masing-masing. (Mohammad Sani,
2005). Pendek kata, dalam memartabatkan profesion keguruan, semua pihak
perlu digemblengkan tenaga dan sama-sama menunjukkan minat yang tinggi
dalam membantu guru-guru permulaan meningkatkan kualiti diri dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru perlu mengubah sikap
dan sentiasa berusaha dan menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang
berwibawa dan berketrampilan memerlukan usaha-usaha yang berlipat ganda
yang datang dari diri guru itu sendiri, di samping dibantu oleh faktor-faktor
persekitaran

3. Berniat

Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja
dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang
dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti
kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan
hanya untuk menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi
pelbagai niat dan tujuan supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan
tidak seperti menunjuk-nunjuk. Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam
perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat


Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan
akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan
bidang apa sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana
profesonalima adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir. Contohnya dalam
kerjaya seorang doktor , sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam
menjalankan tugas, masyarakat akan beranggapan kerjaya seorang doktor itu
adalah antara kerjaya yang tidak bermoral. Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga.
Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi
masyarakat atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai seseorang pekerja
atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan
sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan
kaum di Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka
telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan
dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan
pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan keberkesanan seorang guru dalam
merealisasikan aspirasi dan wawasan negara tadi terletak pada tanggungjawab,
kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi mereka. Guru merupakan tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid di sekolah.
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib,
alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran
pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan
hubungannya dengan Allah S.W.T. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru
menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat-menghormati antara satu
sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu
manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan
peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa

dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar
rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak
penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk
yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam
perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang
guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf
oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan
atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa
yang disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu pengetahuan yang
berjaya diperoleh mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk
mereka menjadi seorang insan yang berguna serta dapat memberi sumbangan
kepada agama, bangsa dan negara.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan
sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.
Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan
yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan
berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan
sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Tanggungjawab
guru pada abad ke-21 ini lebih mencabar berbanding guru pada dekad
sebelumnya. Cabaran daripada kesanglobalisasi, liberalisasi dan
perkembangan ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih
berusaha bagi menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak
mulia dan mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global.
Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini
menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi
teladan dan integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum,
peranan guru bukan sahaja mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar,
tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar,
malah masa hadapan bangsa dan Negara adalah ditentukan oleh corak didikan
yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru sebagai jurutera sosial
dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan
negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini. Selain
menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan
lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi
pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan
sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan
penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah
yang baik kepada masyarakat.

Di dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun, guru juga diharapkan


menjadi agen pembangunan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha
menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kea rah yang
ingin dibentuk oleh masyarakat. Biasanya guru diberi autoriti dalam aspek-aspek
berikut :

1. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran


sekolah.
2. Kawalan sosial di sekolah.
3. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda mengikut
garis panduan sekolah.
4. Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid.
5. Pengelolaan gerakerja kokurikulum.
6. Pembimbing kepada murid, khasnya pemilihan kerjaya dan bidang
pengajian pengkhususan.

Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan
nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian
atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam
kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan
melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja
biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang
mengamalkan sifat tidak amanah ini.
Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang
diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan
bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat
menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih
kecemerlangan dalam kerja. Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa
yang dibuat mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia
yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang
ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang
berpendidikan dan pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan

yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan
rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja.
Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang
mulia dan berkedudukan.
8. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang
sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau
pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar
dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun
dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam setiap individu yang memasuki alam
pekerjaan.
9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang
diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang
diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh
Allahdalam firman-Nya yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika
kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi
sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah
menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila
memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang
dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh
menarik balik nikmat yang telah dikurniakankepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan
rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak
bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah
dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan
kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah
tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada
masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama
sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya
bertambah kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas
melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.
10. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa
kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa

yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan


beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh
majikan. Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan
masa untuk makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik
berbualbual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga
terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan
sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan
selesa.
11. Menilai Diri (Muhasabah)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang
telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang
telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu
menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan
sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun
untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita,
keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan
negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan
sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya
setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira
sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada
masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum
lagi mencapai maksud sebenar.
7.Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah
Pendidikan adalah salah satu medium perantaaran yang dapat
mendedahkan tentang kepentingan dalam menangani gejala rasuah dalam
masyarakat. Intititusi pendidikan menjadi wadah penyampaian kepada pelajarpelajar berkenaan dengan gejala rasuah ini. Pelajar-pelajar mungkin mempunyai
gambaran dan pengetahuan tentang isu rasuah, ianya boleh didalami lagi
dengan adanya pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau
melalui pencari mereka untuk menyiapkan sesuatu kerja kursus yang diberikan
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang
kepentingan pendidikan rasuah ini. Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat
Pekeliling Iktisas Bil 17/1998 Memasukkan Elemen Pencegahann Rasuah Dalam
Pendidikan Sekolah Dan Intitusi Pengajian Tinggi bertarikh 14 Ogos 2008. Tujuan
Surat Pekeliling ini dikeluarkan agar setiap sekolah dan intitusi pengajian tinggi
perlu memasukan elemen rasuah dalam kurikulum seperti mana yang telah
dipersetujui dalam MesyuaratJawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan
Pengurusan Kerajaan Bil.2/98.
Dalam perkara dua yang dinyatakan dalam pekeliling iktisas ini ialah
untuk meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di

kalangan pelajar bagi mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolahsekolah hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui
pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;
ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral;
iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh
dibincangkan adalah seperti berikut:
a. Definisi dan tafsiran rasuah;
b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;
c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;
d. Cara-cara menangani gejala rasuah;
e. Kesalahan dan hukuman rasuah.
Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang


salah laku melalui kegiatan kokurikulum;

Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan
segi amalan dan tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.
Kini elemen rasuah telah diserapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan
Tingkatan 4. Dalam matapelajaran ini pelajar-pelajar lebih ditekankan dengan
lebih terpeinci lagi berkenaan dengan etika dan elemen rasuah. Topik yang
membincangankan hal-hal ini ialah topik Cabaran Masa Depan. Ianya
merangkumi sub-sub topik yang menekankan tentang membina budaya kerja
yang cemerlang ke arah kemakmuran negara dari segi etika kerja dan rasuah
sifar. Guru-guru akan mengadakan aktiviti yang sesuai berkenaan dengan sub
topik yang diberikan dan aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar
mengetahui lebih lanjut tentang gejala rasuah dan etika kerja.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Badan
Pencegahan Rasuah saling berkerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar di
sekolah memahami tentang bahaya jenayah rasuah. Menurut Ahmad Khusairi
Bin Yahya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu
Pejabat BPR dalam artikalnya bertajuk Melahirkan Generasi Muda Benci Rasuah
menyatakan Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah

memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah


dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu
memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral,
Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Ini bermakna KPM bersungguh-sungguh
dan serius dalam melaksanakan penerapan elemen pencegahan rasuah ini di
dalam bidang pendidikan.
Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar dan
bengkel yang dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi
penerapan elemen rasuah ini. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling
sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan
Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di Peringkat Sekolah. Bukan
sahaja guru kaunselor didedahkan dengan elemen pencegahan rasuah ini ,
malahan pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua dan guru besar turut
mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua telah dipilih mengikuti
seminar yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti program
yang sama. Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini
diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam
Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR dan
Pusat Perkembangan Kukurikulum, Kementerian Pelajaran. Seramai 382 guru
yang terdiri daripada jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan,
pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan Moral, telah
mengikutinya. Pelajar sekolah juga mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh KPM dan BPR antara aktiviti yang dianjurkan antaranya mengarang esei
bagi pelajar sekolah menengah dan pertandingan pidato dan perbahasan
berkenaan dengan pencegahan gejala rasuah.
7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah
Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan
dapatan yang dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai
elemen pencegahan rasuah diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara faedahfaedah yang dinyatakan antaranya:1.
Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung
kesalahan rasuah dari segi teori dan praktikal.
2.
Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar
pandangan berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam kurikulum
pendidikan.
3.
Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan
berhubung kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada pegawai
BPR.
4.
Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan
pegawai BPR serta saling bertukar maklumat.
5.
Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat
berhubung kesalahan rasuah kepada pelajar.

6.
Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat
tambahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Faedah-faedah yang dinyatakan tadi, sedikit sebanyak ianya memberi gambaran
yang menyeluruh kepada guru-guru berkenaan dengan gejala rasuah. Guru-guru
jugu dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan betul dengan adanya
pengetahuan tentang permasalahan gejala rasuah ini. Guru-guru juga
menegtahui betapa peripentingnya menyampaikan pendidikan tentang rasuah
kepada pelajar-pelajar kerana ianya merosakkan identiti masyarakat itu sendiri.
Jenayah etika merupakan suatu isu hangat yang sering diperkatakan.Antarannya
iaitu perbuatan rasuah.Rasuah ditakrifkan sebagai suatu pemberian yang
dberikan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu yang salah dan menyalahi
etika serta undang-undang.
Pelbagai persoalan yang timbul disebalik masalah sosiol yang semakin
berleluasa sehinggan kini bermula di peringkat rendah sehinggalah kealam
pekerjaan.Nilai-nilai etika yang semakin hilang yang mana suatu ketika dahulu
dipelihara dengan baik hilang di bawa arus kemodenan.
Pendidikan etika bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang
berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dari segi intelek,rohani,jasamani dan
emosi.Bertepatan dengan kehendak tugasan ni,hubungan pendidikan etika
dengan amalan rasuah,maka etika yang diterapkan dari alam persekolahan akan
dibawa kepada kehidupan yang kian mencabar bagi mengelakkan gejala-gejala
yang tidak sihat melanda diri individu nanti.Sekiranya individu tersebut
berakhlak mulia dan beretika mereka boleh menghindarkan diri dari etika
salahlaku pada masa akan datang.
Keinginan atau kemahuan seseorang yang tidak terbatas itu adalah suatu
naluri yang sentiasa ada pada kita sebagai insan biasa.Contohya,inginkan kereta
besar,rumah besar,pakaian mahal dan sebagainya.Namun begitu jika dalam diri
mereka telah tertanam etika yang mulia semenjak perigkat sekolah sedikit
sebanyak dapat mengelakkan mereka dari terlibat dengan amalan rasuah yang
sememangnya merupakan jalan penyelesaian yang mudah untuk mendapatkan
sesutu yang diinginkan.Pendidkan beretiaka semenjak di alam persekolahan
merupakan penghalang bagi mereka terjerumus kepada kancah sosial yang
tidak bermoral.
Namun begiti amalan rasuah masih berlaku di peringkat rendah lagi
umpamanya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan contohnya UPSR
telah ditawarkan sejumlah wang atau hadiah yang lumayan oleh pihak-pihak
tertentu samada guru,ibubapa ataupun daripada badan-badan tertentu dalam
masyrarakat.Amalan ni terbawa-bawa sehingga alam pekerjaan.Bagi murid
tersebut pemberian tersebut merupakan satu ganjaran yang besar
nilainya.Sedangkan disebalik pemberian tersebut mengandungi nilai-nilai yang
kurang baik dan tidak beretika yang patut diamalkan.

Jelas sekali,apabila menjejaki kaki ke alam pekerjaan,bayak lagi


berlakunya jenayah etika yang kian melanda masyarakat hari ni.Arus kemodenan
pada hari ni menuntut mereka melakukan aktivti tidah sihat
contohnya,penyalahgunaan teknologi yang kita kecapi masa kini.Ada pihak yang
menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk amalan jenayah seperti money
launering serata dunia melalui kad kredit via komputer dan sebagainya.
Pendidikan beretika yang telah diterapkan semenjak diperingkat sekaolah
rendah hingga keperingkat universiti menanamkan sikap
jujur,amanah,bertanggungjawab dan sebagainya,merupakan halangan bagi
mereka untuk melakukan jenayah etika yang seringkali kita dengar melalui
media massa dan media elektronik. Keperluan pendidikan beretika merupakan
penawar untuk menghindarkan gejala rasuah yang boleh menberi kesan kepada
negara,masyarakat,keluarga serta individu.
Pendidikan beretika bertujuan untuk mengawal tingkahlaku para professional
supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan
kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini
tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang
amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu
melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan
yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilainilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja
dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan
yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya
mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.
Melalui pendidikan yang beretika dan mempraktikkanya ke arah nilai yang baik,
maka ianya tentu sekali dapat mengawal tingkah laku seseorang. Amalan rasuah
yang berlaku perlu dibenteras daripada semakin berleluasa kerana ianya adalah
satu amalan yang patut dijauhi dan perlu dihindari.Sungguhpun rasuah
merupakanperbuatan yang bertentangan dengan nilai etika,namun ia massih
dilakukan oleh segelintir manusia yang inginkan kemewahan secara cepat dan
mudah.Dalam jenayah rasuah ini,jalan penyelesaian yang paling berkesan ialah
menpunyai pegangan agama yang kukuh.
Akhir kata, gerak gempur pendidikan pendidikan iaitu menanam semangat
kerohanian dan daya ketahanan yang kuat dan tanggungjawab sosiol mestilah
diteruskan.Agar kita menbangun dalam keadaan yang seimbang.

Kesimpulan
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki
potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin

sering kali diikuti ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh
tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya
membantu setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan
memupuk akautebiliti dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini
dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk
membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru
memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam.
Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional
supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan
kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa
etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk
menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini perlu
mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu
yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya.
Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di
rumah, di sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan
pendekatan yang digunakan dapat mempengaruhi individu lebih beretika dan
bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Pendidikan perlulah menjadi
satu wadah pembentukan modal insan bagi melahirkan generasi yang bermoral
dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya antara tunjang utama
pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah yang tidak
bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan
betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral.
Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada
permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam
organisasi bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya
saing antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang
dan hindakan bagi menjaga nama baik organisasi dan masyarakat amnya.
Pelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan contohnya rasuah ini perlu
dihakis supaya ianya tidak merebak kepada generasi akan datang.
Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh
setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan
yang berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. Tepuk dada
tanyalah selera atau tepuk dada tanyalah iman ini semuanya tertakluk kepada
induvidu itu sendiri. Panduan dan prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan
dan dirangka, sekiranya individu berkenaan tidak berubah ini bermakna kod
etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan ianya tidak
diperakui oleh setiap individu.
Bertepatanlah dengan Firman Allah Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu,
sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri. Ini bermakna setiap individu
perlu mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang beretika,
bermoral, berilmu dan beramal.

9. Cadangan
Cadangan berkenaan dengan etika ini dapat dihuraikan kepada dua bentuk iaitu
alam pengajian dan alam pekerjaan.
Di dalam alam pengajian cadangan supaya diadakan penekanan yang lebih
kepada isu-isu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Contohnya di sekolah
disiplin yang dirangka di sekolah mampu mengelak pelajar-pelajar ini daripada
berlakuan yang tidak bermoral. Sekolah kini tak menyelaraskan disiplin dan
undang di sekolah. Ada kadang kalanya ianya hanya sebuah buku disiplin sahaja
dan perlaksaannya masih tidak mencukupi. Cadangan agar penetapan disiplin ini
perlu diperbincangankan dan diselaraskan dahulu di semua sekolah
Penyelarasan disiplin dianjurkan olen Jabatan Pengajaran Negeri dan digunapakai
oleh negeri berkenaan serta dikawal selia oleh KPM. Dengan cara ini
membentukan disiplin dan prinsip etika itu dapat dipupuk dengan baik dengan
pelarasan yang dibuat itu tadi.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga berjaya memasukkan elemenelemen
yang berkenaan dengan etika dan rasuah di dalam Pendidikan Sivik dan
Kenegaraan, namun ianya hanya melibatkan satu bab sahaja dan aktiviti yang
dicadangkan berkenaan dengan rasuah hanyalah gunting dan tampal gejalagejala rasuah. Cadangan agar PPK lebih merangka satu aktiviti yang lebih
mencabar contohnya membuat soal selidik ataupun kerja kursus yang
melibatkan etika dan gejala rasuah. Walaubagaimanapun, penghargaan perlu
diberikan kepada KPM dan PPK dalam mengenal pasti dan penerapan nilai-nilai
etika dalam kurikulum sekolah kini.
Dalam konteks alam perkerjaan pula, pendedahan tentang etika kerja
kepada pekerja baru harus ditekankan. Penekanan yang lebih berkenaan dengan
konsep intergriti dan akauntebiliti perlulah dititik beratkan oleh pihak majikan
dan organisasi . Pengenalan tentang perkara ini dapat membantu dalam
pembentukan satu pekerja yang beretika dan bertanggungjawab.

RUJUKAN
1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan
etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.
2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4
5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian
Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM

Anda mungkin juga menyukai