Anda di halaman 1dari 18

Puteri Yang Baik Hati

Pada zaman dahulu, terdapat


seorang puteri yang baik hati.
Puteri ini selalu diejek kerana
mempunyai rupa paras yang
hodoh.

Puteri ini suka menolong


rakyatnya yang berada dalam
kesusahan.

Namun begitu, tidak


ada
seorang pun yang menghargai
pertolongan puteri itu kerana
rupa parasnya yang hodoh.

Puteri itu berasa sangat sedih


kerana tidak ada seorang pun
yang sudi berkawan dengannya.

Pada suatu hari, puteri itu ingin


ke hutan untuk bersiar-siar.
Tiba-tiba puteri itu mendengar
suara orang meminta tolong.
Tolong! Tolong! laung suara
itu lagi.

Puteri
itu
mencari
arah
datangnya suara itu. Tiba-tiba,
puteri itu ternampak seorang
perempuan tua terperangkap di
dalam sebuah lubang.

Puteri itu terus berlari untuk


membantu perempuan tua itu
keluar dari lubang tersebut.

Perempuan tua itu berterima


kasih kepada puteri kerana sudi
menolongnya keluar dari lubang
itu.

Sebelum
perempuan
itu
beredar,perempuan
tua
itu
memberikan sebotol air kepada
puteri itu.

Dalam perjalanan pulang ke


istana, puteri itu berehat
seketika untuk melepaskan
lelah.

Puteri itu minum minuman yang


diberikan oleh perempuan tua
itu kerana puteri itu terlalu
dahaga.

Tiba-tiba,puteri itu pengsan


setelah minum air tersebut.

Seorang
putera
yang
kebetulannya sedang berburu di
hutan itu terjumpa puteri itu
pengsan dibawah sepohon
pokok.

Putera itu jatuh hati dengan


kecantikan puteri itu. Wajah
puteri itu berubah menjadi jelita
setelah minum air yang
diberikan oleh perempuan tua
itu.
Tiba-tiba puteri itu tersedar lalu
terkejut kerana melihat seorang
jejaka yang tampan sedang

melihatnya.Puteri itu jatuh hati


dengan ketampanan jejaka itu.

Putera dan puteri itu pulang ke


istana lalu berkahwin dan hidup
bahagia.

Puteri Aurora Yang Sombong

Pada zaman dahulu, ada


seorang puteri yang bernama
Puteri Aurora. Puteri Aurora
mempunyai rupa paras yang
sangat jelita.

Namun begitu, semua rakyatnya


tidak suka akan Puteri Aurora
kerana beliau seorang yang
sangat sombong.

Puteri Aurora selalu menghina


orang lain yang mempunyai
rupa paras yang hodoh.

Bagi Puteri Aurora, hanya dia


yang paling cantik di negeri itu.

Pada suatu hari, seorang


perempuan
hodoh
datang
menemui Puteri Aurora untuk
meminta pertolongan.

Tetapi Puteri Aurora telah


mengusir perempuan yang
berwajah hodoh sambil mencaci
muka perempuan itu seperti
katak.
Perempuan itu berasa sangat
malu dan marah kerana Puteri
Aurora itu menghina rupa
parasnya yang hodoh.

Tiba-tiba perempuan hodoh itu


bertukar menjadi pari-pari

Puteri Aurora berasa sangat


terkejut melihat perkara itu.

Pari-pari itu menyumpah Puteri


Aurora menjadi seorang puteri
yang hodoh.

Puteri Aurora berasa sangat


sedih dan menyesal kerana
bersikap sombong dengan orang
lain.

Sejak dari itu, Puteri Aurora


berubah menjadi seorng yang
baik dan tidak lagi bersikap
sombong.

Tiba-tiba, pari-pari itu datang


lagi lalu menukarkan wajah
Puteri Aurora kembali ke wajah
yang asal.

Puteri Aurora berasa sangat


gembira dan berterima kasih
kepada pari-pari itu.

Pari-pari menasihati Puteri


Aurora agar tidak lagi bersikap
sombong
dan
sentiasa
menolong orang yang berada
dalam kesusahan.

Sejak kejadian itu, semua rakyat


menyayangi Puteri Aurora.
Beliau telah berubah menjadi
seorang puteri yang sangat baik
hati dan mereka pun hidup
aman damai.

Anda mungkin juga menyukai