Anda di halaman 1dari 25

Beginilah Seharusnya

Merapikan Saf-saf
Solat Berjamaah

www.ilmusunnah.com

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Sebaik-baik Saf Solat Dan Keutamaannya
Jabir B. Samirah berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:






Kenapa kamu semua tidak berbaris sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb
mereka. Maka kami bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimanakah para malaikat berbaris di
hadapan Rabbnya? Beliau menjawab, Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan
saling merapat di dalam saf. (Shahih Muslim, no. 430)
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:




Kalaulah orang-orang tahu apa yang terdapat pada seruan (azan) dan barisan (saf) pertama
kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk meraihnya melainkan dengan cara
melakukan undian, nescaya mereka akan mengadakannya. Dan kalaulah mereka tahu apa yang
terdapat dalam segera menuju solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan kalaulah
mereka mengetahui apa yang terdapat pada solat Isya dan Subuh, nescaya mereka akan
mendatangi keduanya walaupun terpaksa dengan merangkak. (Shahih al-Bukhari, Bab: Saf
yang awal, no. 721. Shahih Muslim, no. 437)
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:







Jangan sampai saf kamu berselisih sehingga hati-hati kamu pun nanti akan berselisih.
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas saf yang awal. (Shahih Ibnu
Khuzaimah, no. 1552)
Dalam hadis Ubay B. Kaab radhiyallahu anhu:






Dan sesungguhnya saf yang awal (pertama) itu seperti saf para malaikat. (Sunah Abu Daud,
no. 554. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
1

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah





Sesiapa yang memenuhkan saf, Allah mengangkat darjatnya dengannya dan membina
untuknya rumah di Syurga. (Majma az-Zawaid, no. 2502)
Keutamaan Orang di Saf Sebelah Kanan
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:



Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang berada di saf
sebelah kanan. (Sunan Abu Daud, no. 676. Dinilai hasan oleh Ibnu Hajar dan al-Albani)
Menyempurnakan Saf Yang Hadapan Dahulu
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:








Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah
penuh), maka ambillah saf yang belakang. (Musnad Ahmad, no. 12352. Al-Mujtaba an-Nasaai,
Bab: Saf Yang Akhir, no. 818)
Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan, Barisan itu dimulai dari tengah di dekat
posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib
dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama
sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih
banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan
dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan
pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua
sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya. (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)
Posisi Makmum di Dalam Solat
[1] Kedudukan Saf Secara Umum Bagi Lelaki Dan Wanita.
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang
paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya
adalah yang paling hadapan. (Shahih Muslim, no. 440)
2

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah

1 Imam (Seorang di depan), 2 Makmum Lelaki (Belakang Imam), 3 Makmum Wanita (Di saf belakang)

[2] Apabila solat berjamaah mengandungi dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang
makmum.
Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) membuat satu bab dalam kitab Shahihnya
dengan judul:


Bab: Makmum berdiri rapat lagi sejajar di sisi kanan imam jika mereka hanya solat berdua.
Kemudian beliau meletakkan hadis ini dalam bab tersebut. Abdullah B. Abbas radhiyallahu
anhuma berkata:

:

Aku pernah menginap di rumah makcikku, Maimunah (isteri Rasulullah). Lalu Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam pergi menunaikan solat isya kemudian kembali ke rumah dan
solat sunnah empat rakaat, kemudian beliau tidur.
Ketika tengah malam beliau bangun dan solat malam. Aku pun datang untuk turut serta solat
bersama-sama beliau dan berdiri di sisi kiri beliau. Kemudian beliau menarikku ke sebelah
kanannya. Lalu beliau solat lima rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian tidur sehingga aku
mendengar suara dengkuran (atau nafas) beliau. Kemudian beliau bangun keluar untuk solat
(subuh). (Shahih al-Bukhari, no. 697)
Dalam riwayat yang lain - Ibnu Abbas Radhiyallahu anhuma berkata:

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah



Aku pernah tidur di rumah makcikku, lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bangun
mengerjakan solat malam. Lalu aku pun turut serta solat bersamanya dan berdiri di sebelah
kirinya. Kemudian beliau menarik kepalaku dan memindahkan aku ke sebelah kanannya.
(Shahih al-Bukhari, no. 699)
Dalam hadis yang lain, dari hadis Anas B. Malik Radhiyallahu anhu:

Sesungguhnya Rasululah Sallallahu alaihi wa Sallam solat dengannya (Anas) dan ibunya. Anas
berkata, Baginda meletakkan aku di sebelah kanannya dan wanita (ibunya) di belakang kami.
(Sahih Muslim, no. 660)
Kemudian dalam Kitab Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani
rahimahullah (Wafat: 852H) menguatkan apa yang ditegaskan oleh Imam al-Bukhari tersebut
dengan beberapa atsar sahabat dan tabiin. Di antaranya adalah sebagaimana berikut:
1, Abdullah B. Masoud radhiyallahu anhu berkata:


.




Aku pergi masuk mengunjungi Umar B. al-Khaththab pada waktu siang. Aku dapati beliau
sedang solat sunnah. Maka aku pun berdiri di belakangnya (sebagai makmum). Lalu beliau
menarik aku ke arahnya dan menempatkanku sejajar di sisi kanannya. (Muwaththa Imam
Malik, no. 32. Fathul Bari, 2/191)
2, Ibnu Juraij berkata:



Aku bertanya kepada Atha, jika seorang lelaki solat bersama seorang lelaki, maka di mana ia
perlu berdiri? Jawab Atha:
Di sisi kanannya. Aku bertanya lagi, Adakah ia berdiri sejajar dengan imam sehingga posisi
mereka seperti satu saf, tidak ada yang lebih hadapan atau terkebelakang? Atha jawab:
4

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Benar. Aku bertanya lagi, Adakah engkau suka kalau ia berdiri rapat sehingga tidak ada lagi
celah di antara keduanya? Atha menjawab, Ya. (Mushannaf Abdurrozzaq, no. 3870. Ibnu
Hajar, Fathul Bari, 2/191)

1 Imam (Kiri), 2 Makmum (Kanan)

[3] Solat dengan dua orang makmum (atau lebih) bersama imam.
Jabir B. Abdillah radhiyallahu anhu berkata:

(Ketika Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam berdiri untuk menunaikan solat), aku pun
datang dan berdiri di sebelah kiri beliau. Rasulullah meraih tanganku lalu memindahkanku ke
sebelah kanan beliau. Kemudian datang pula Jabbar B. Shakhr, beliau berwudhu lalu masuk ke
dalam saf mengikuti solat kami, beliau berdiri di sebelah sisi kiri Rasulullah. Lalu Rasulullah pun
meraih tangan kami berdua lalu memindahkan kami ke belakang beliau (Shahih Muslim, no.
3010)
Jika tiga orang makmum atau lebih solat bersama imam, maka mereka berdiri di belakang
imam menurut kesepakatan para ulama. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang masalah ini
terlalu banyak untuk disebutkan satu persatu. Makmum tidak boleh berada di depan imam,
kerana tidak sah bermakmum bersama seorang imam kecuali jika imam tersebut berada di
depan mereka. Jumhur ulama berpendapat, sesiapa berada di depan imam maka batal
solatnya. Imam Malik, Ishaq, Abu Tsaur dan Daud membolehkannya, jika tempat terlalu
sempit. (Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqhus Sunnah, 1/529 Matktabah atTaufiqiyyah)
Hadis yang disebutkan ini dan hadis-hadis yang seumpamanya yang disebutkan pada bahagian
sebelumnya, ia turut menunjukkan dibolehkan perbuatan menarik orang-orang yang berada di
sebelah kanan atau kiri saf yang sama jika bertujuan untuk membetulkan atau merapatkan saf
yang renggang di ketika dalam keadaan sedang solat.
[4] Solat seorang wanita bersama imam lelaki.
Anas radhiyallahu anhu berkata:
5

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Aku solat di rumahku bersama seorang anak yatim di belakang Nabi Shallallahu alaihi wa
Sallam, dan ibuku (Ummu Sulaim) di belakang kami. (Shahih al-Bukhari, Bab: Wanita Menjadi
Makmum Seorang Diri Di Dalam Saf, no. 727)
Jika seorang lelaki dan seorang wanita solat bersama imam maka lelaki berdiri sejajar di
sebelah kanan imam, sementara wanita ber-saf sendirian di belakang keduanya. Anas berkata,
Bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam mengimaminya, dan seorang wanita bersama
mereka, maka beliau menempatkannya di sebelah kanannya, dan wanita tersebut di belakang
mereka. (Hadis Riwayat Muslim, no. 269). (Abu Malik Kamal, Shahih Fiqhus Sunnah, 2/529530 Maktabah at-Taufiqiyah)
Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata, Para ulama bersepakat bahawa seorang wanita
itu solat di belakang seorang lelaki dalam satu barisan. Yang disunnahkan adalah mengambil
posisi tepat di belakang kaum lelaki, bukan di sebelah kanannya. (al-Mughni, Ibnu Qudamah,
3/53-54)
Seorang lelaki boleh menjadi imam solat bagi isterinya atau salah seorang mahramnya. Dan
tidak boleh seorang lelaki mengimami seorang wanita asing (bukan mahramnya) seorang diri,
berdasarkan keumuman hadis berikut:


Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya
adalah syaitan. (Sunan at-Tirmidzi, no. 1171)
Seorang lelaki boleh mengimami sejumlah wanita. Akan tetapi ini dibolehkan apabila aman dari
fitnah.

1 Imam (Depan), 2 Makmum Wanita (Belakang)

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah

1 Depan Imam (Kiri), Makmum Lelaki (Kanan), 2 Belakang & Tengah (Saf Wanita)

[5] Solatnya seorang wanita bersama kaum wanita yang lain.


Hujairah Binti Hushain rahimahullah berkata:

Ummu Salamah mengimami kami ketika solat Ashar dan beliau berdiri di sejajar tengahtengah kami. (Mushannaf Abdurrozzaq, no. 5082)
Raythah al-Hanafiyyah rahimahullah berkata:




Sesungguhnya Aisyah pernah mengimami para wanita dan beliau berdiri sejajar di tengahtengah barisan mereka untuk solat maktubah (fardhu). (Mushannaf Abdurrozzaq, no. 5086)
Dengan itu, jika seorang wanita solat mengimami jamaah kaum wanita, maka ia berdiri di
tengah-tengah mereka dalam keadaan satu barisan (saf) bersama yang lainnya. Hendaklah ia
tidak maju (mengambil posisi ke hadapan).
[6] Posisi kanak-kanak dalam saf solat berjemaah.
Anas radhiyallahu anhu berkata:


Aku solat di rumahku bersama seorang anak yatim di belakang Nabi Shallallahu alaihi wa
Sallam, dan ibuku (Ummu Sulaim) di belakang kami. (Shahih al-Bukhari, no. 727)
Kata Imam ash-Shanani rahimahullah:

.

7

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Posisi makmum yang terdiri dari dua orang adalah di belakang imam, dan anak kecil juga turut
diambil kira keberadaan posisinya dan ia dapat melengkapkan barisan (saf). Dalam hadis
disebutkan dengan lafaz yatim yang mana ini menunjukkan maksud anak kecil (yang belum
baligh), kerana tidak disebut sebagai yatim bagi anak yang telah baligh. (ash-Shanani, Subulus
Salam, 2/57 al-Maktabah at-Taufiqiyah)
Kata Syaikh al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H):



Maka saya melihat adalah tidak mengapa anak-anak berdiri di saf kaum lelaki dewasa, jika saf
tersebut masih ada ruang. Dan solat kanak-kanak lelaki yatim bersama Anas di belakang
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam adalah hujjah dalam masalah ini (saf kanak-kanak
adalah bersama saf lelaki dewasa). (al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 284)
Adapun hadis berikut daripada Abu Malik al-Asyari:








Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam menyamakan (tempoh) antara empat rakaat dalam
bacaan dan berdiri. Beliau melamakan rakaat yang pertama, itulah yang terlama antara rakaat
lainnya supaya orang-orang dapat berkumpul bersama. Beliau menempatkan kaum lelaki di
barisan (saf) depan manakala anak-anak di belakang mereka, dan kaum wanita pula
ditempatkan di belakang anak-anak. Beliau bertakbir di setiap kali bersujud, mengangkat
kepala, dan di setiap kali bangun di antara dua rakaat apabila beliau duduk. (Musnad Ahman,
no. 22911)
Hadis ini adalah hadis yang dhaif (lemah) dan tidak dapat dijadikan hujah sandaran dalam
menetapkan posisi saf solat anak-anak dan kaum wanita. Malah bertentangan dengan apa
yang dapat dilihat dari hadis-hadis lain yang sahih yang banyak. Hadis ini didhaifkan antaranya
oleh Syaikh al-Albani dalam Tamamul Minnah dan Syuaib al-Arnauth dalam Tahqiq Musnad
Ahmad.
[7] Solat sisi imam kerana saf telah penuh.
Sesiapa yang memasuki masjid dan ia mendapati masjid telah penuh dan saf-saf pula telah
sempurna, maka dia boleh masuk membelah saf menuju ke bahagian hadapan dan mengambil
posisi untuk berdiri di sisi imam.
8

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Ini adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam ketika
beliau sedang sakit. Ketika Abu Bakr radhiyallahu anhu sedang meng-imami solat orang ramai
di masjid, Rasulullah pun datang dan membelah saf hingga ke saf yang paling depan dan duduk
di sisi imam (Abu Bakar). (Lihat: Shahih Fiqhus Sunnah, 2/529)
Ini berdasarkan beberapa hadis. Antaranya sebagaimana daripada Aisyah radhiyallahu anha di
mana beliau berkata:



: :


:



(Pada suatu ketika Rasulullah sedang sakit) Orang ramai telah berkumpul di masjid menunggu
Rasulullah untuk solat Isya. Beliau pun mengutuskan seseorang untuk menemui Abu Bakr
supaya dia dapat menjadi imam solat (menggantikan Rasulullah). Maka utusan Rasulullah pun
menemui Abu Bakr dan mengatakan:
Rasulullah memerintahkan engkau supaya meng-imami orang ramai solat. Abu Bakr berkata
(kepada Umar):
Wahai Umar, solatlah bersama orang ramai (sebagai imam). Maka Umar pun membalas,
Engkau lebih berhak untuk itu.
Maka Abu Bakr pun solat meng-imami orang ramai untuk beberapa hari. Ketika Rasulullah
merasa sedikit kebah dari sakitnya, beliau pun keluar dengan dipapah oleh dua orang yang
salah seorangnya adalah al-Abbas, untuk solat Zuhur.
Pada ketika itu Abu Bakr sedang solat sebagai imam kepada orang ramai. Ketika Abu Bakr
perasan kehadiran Rasulullah, maka beliau pun mundur ke belakang tetapi Nabi segera
memberi isyarat kepadanya agar tidak mundur dan tetap di posisi asalnya (posisi sebagai
imam). Lalu Rasulullah pun mengarahkan kepada orang yang memapahnya, Dudukkanlah aku
di sisi Abu Bakr (sejajar di sebelah imam). Maka mereka pun mendudukkan Rasulullah di sisi
Abu Bakr.
9

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Abu Bakr ketika itu tetap solat dengan berdiri dengan bermakmumkan Rasulullah. Dan orang di
belakang pula mengikuti solatnya Abu Bakr, manakala Nabi ketika itu solat dalam keadaan
duduk. (Shahih Muslim, no. 418)
Perintah Dan Tuntutan Merapikan Saf
Persoalan menjaga saf dan merapatkan saf di dalam solat adalah merupakan suatu
permasalahan yang kian terabai. Ramai dari kalangan masyarakat hari ini, mengambil mudah
dalam hal ini sebagaimana yang banyak berlaku di masjid-masjid sekeliling kita. Saf-saf solat
mereka kelihatan renggang, tidak sekata, dan lebih mengecewakan adalah apabila para imam
sendiri tidak ambil endah berkenaan dengannya. Sedangkan jika dilihat kepada hadis-hadis
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam dan atsar para sahabat dalam persoalan merapatkan
saf ini, sungguh betapa dititik beratkan kesempurnaannya, dan malah jika gagal
menyempurnakannya, ada pula hadis-hadis yang berbentuk ancaman.
Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal
yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana banyak dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu
alaihi wa Sallam (antaranya):






Luruskanlah saf-saf kamu, kerana sesungguhnya merapikan saf itu sebahagian dari
kesempurnaan solat. (Shahih Muslim, no. 433)
Dalam Riwayat yang lain:




Luruskanlah saf-saf kamu, kerana sesungguhnya merapikan saf-saf itu sebahagian dari
mendirikan solat. (Shahih al-Bukhari, no. 723)
Dalam hadis yang lain lagi:









Rapikanlah saf di dalam solat. Sesungguhnya merapikan saf itu adalah sebahagian dari
kebaikan (kesempurnaan) solat. (Shahih Muslim, no. 435)
Abu Masoud radhiyallahu anhu berkata:



10

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Dahulu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam biasa memegang bahu-bahu kami sebelum
solat. Beliau bersabda, Luruskanlah saf, jangan berselisih. Jika tidak, maka hati-hati kamu juga
akan saling berselisih. Hendaklah orang-orang dewasa dan yang berilmu di belakangku,
kemudian diikuti yang lainnya, kemudiannya yang berikutnya. (Shahih Muslim, no. 432)
Numan B. Basyir radhiyallahu anhu berkata:

:







Ketika Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam meluruskan saf-saf solat kami, seolah-olah
beliau sedang meluruskan anak panah, sehingga beliau benar-benar telah melihat apa yang
beliau inginkan dari kami. Suatu ketika beliau hendak solat dan hampir memulakan takbir, tibatiba beliau melihat seorang lelaki yang dadanya menonjol keluar dari saf. Beliau pun bersabda:
Wahai hamba-hamba Allah, rapikanlah saf-saf kamu, atau Allah akan menjadikan perselisihan
di antara wajah-wajah kamu. (Shahih Muslim, Bab: Meluruskan saf-saf dan merapikannya, no.
436)
Hadis-hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm ia merupakan
dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana
menyempurnakan solat itu wajib, manakala kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari
kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajiban. Juga lafaz amr (perintah)
dalam hadis-hadis di atas menunjukkan maksud wajib. Demikian juga Imam al-Bukhari
rahimahullah, beliau turut berpendapat bahawa merapikan saf solat ini adalah wajib, tetapi
sesiapa yang tidak merapikan dan meluruskannya tetap sah solatnya, cuma ia berdosa.
Selain itu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam sendiri di setiap kali akan memulakan solat
(berjamaah), beliau selalu menghadap kepada jamaah (makmum) lalu memerintahkan untuk
meluruskan saf. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas B. Malik radhiyallahu anhu.
Anas radhiyallahu anhu berkata:
Setelah iqamat solat dikumandangkan, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam menghadap
kami lalu bersabda:





Rapikan dan rapatkanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari
balik punggungku. (Shahih al-Bukhari, Bab: Imam menghadap makmum ketika merapikan safsaf, no. 719)
11

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Dahulu, Umar B. Al-Khaththab radhiyallahu anhu pernah memukul kaki Abu Utsman anNahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Demikian juga dengan Bilal, beliau pernah
melakukan hal yang sama ketika merapikan bahu-bahu dan saf-saf solat, sebagaimana yang
dikatakan oleh Suwaid B. Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan
mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan.
(Lihat: Fathul Bari, 2/210)
Anas radhiyallahu anhu pernah di tanya, Adakah sesuatu yang engkau ingkari (dari hal-hal
yang tidak baik) dari apa-apa yang lakukan semenjak hari ketika engkau berada di zaman
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam?
Maka Anas pun menjawab:





Aku tidak mendapati sesuatu yang patut aku ingkari kecuali perbuatan kamu yang tidak
merapikan saf (ketika solat). (Shahih al-Bukhari, no. 724)
Demikian jugalah dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam
sebelum memulakan solat, beliau berjalan memeriksa, merapikan saf dan memegang dada
serta bahu-bahu para sahabat lalu memerintahkan agar saf-saf dirapikan, diluruskan, dan
diratakan.
Berkenaan lafaz menjadikan perselisihan di antara wajah-wajah kamu, Imam an-Nawawi
menyebutkan dengan katanya:


Maksudnya, Allah akan menimpakan permusuhan dan kebencian di antara kamu serta
menjadikan hati-hati kamu saling berselisih. (Fathul Bari, 2/207)
Beliau juga mengatakan, Perselisihan ketika ber-saf merupakan perbezaan zahir dan
perbezaan zahir adalah kesan (atau hasil) dari perbezaan batin iaitu hati (batin). (Fathul Bari,
2/207)
Imam al-Qurthubi juga berkata:



Maknanya adalah kamu saling berpecah-belah. Setiap orang mengambil arah yang berbeza
dengan arah yang diambil sahabatnya. Posisi seseorang yang agak maju dalam saf merupakan

12

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


isyarat kesombongan yang merosakkan hati dan mendorong terputusnya hubungan. (Rujuk:
Fathul Bari 2/207. Umdatul Qari, 8/453)
Kata Imam ash-Shanani rahimahullah, Hadis-hadis ini dan ancaman (jika tidak meluruskan
saf) yang terdapat di dalamnya menunjukkan hukum meluruskan saf itu adalah wajib. Tetapi
pada hari ini, manusia telah meremehkannya. (Subulus Salam 2/53 al-Maktabah atTafiqiyah)
Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat
Kata al-Baraa B. Aazib radhiyallahu anhu:





:
:
Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, beliau masuk memeriksa ke dalam safsaf dari satu bahagian ke bahagian yang lainnya. Beliau biasa memegang dada dan bahu kami
(untuk meluruskan kami) sambil bersabda:
Janganlah kamu berselisih yang mengakibatkan hati-hati kamu juga saling berselisih. Beliau
juga bersabda:
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat untuk orang-orang yang solat di saf
pertama. (Sunan Abu Daud, no. 664. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Imam at-Timidzi rahimahullah (Wafat: 279H) berkata:



.

:





:

:



Diriwayatkan daripada Umar bahawa beliau mewakilkan beberapa orang lelaki untuk
merapikan saf-saf solat, dan beliau tidak akan memulakan takbir sehinggalah telah benarbenar diberitahu bahawa saf-saf solat telah lurus rapi. Diriwayatkan juga daripada Ali dan
Utsman, bahawa mereka berdua sentiasa menekankan perkara tersebut. Mereka berdua
mengatakan:
Istawuu (rapikanlah saf). Ali pula sering berkata:
Ke depan sedikit ya Fulan, mundur sedikit ya Fulan. (dalam rangka memerintahkan supaya saf
dirapikan) (Sunan at-Tirmidzi, no. 227)

13

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Apa yang perlu kita ketahui di sini bahawa berdiri di dalam saf bukan hanya sekadar berbaris
lurus, tetapi merangkumi perbuatan merapatkan kaki dan juga bahu antara satu dengan yang
lainnya, sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat. Inilah antara bentuk-bentuk perincian
dari makna merapatkan, merapikan, dan merapatkan saf. Berikut kita lihat bentuk-bentuk
perincian tersebut berpandukan dalil-dalilnya.
[1] Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki.
Numan B. Basyir radhiyallahu anhu berkata:




:







Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam biasa menghadap kepada para jamaah dengan
wajahnya, lalu beliau pun bersabda, Rapikanlah saf-saf kamu semua! (beliau ucapkan
sebanyak tiga kali). Demi Allah, hendaklah kamu semua benar-benar merapikan saf-saf kamu,
atau Allah benar-benar akan menjadikan hati-hati kamu saling berselisih.
Kata Numan lagi, Maka aku pun melihat orang-orang menempelkan (merapatkan) bahunya
dengan bahu sahabat yang di sebelahnya, demikian juga lututnya dengan lutut di sebelahnya,
dan mata kakinya dengan mata kaki sahabat yang di sebelahnya. (Sunan Abu Daud, no. 662.
Dinilai sahih oleh al-Albani)
Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):


Dianggap sebagai bersambungnya suatu saf itu adalah dengan bersambungnya (bersentuhan)
bahu dengan bahu. (al-Majmu Syarah al-Muhadzdzab, 4/306)
[2] Merapatkan bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki dalam saf.
Hadis daripada Anas, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:






Rapikanlah (atau ratakanlah, atau luruskanlah) saf-saf kamu, sesungguhnya aku dapat melihat
kamu dari balik punggungku.
Anas berkata, Maka setiap seorang dari kami saling merapatkan bahu-bahu mereka dengan
bahu sahabat-sahabat mereka yang ada di sebelahnya dan kaki-kaki mereka dengan kaki-kaki
sahabat mereka yang di sebelah. (Shahih al-Bukhari, no. 725)
14

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):



Dan hadis ini memberi gambaran (penjelasan) bahawa perbuatan (merapatkan bahu dengan
bahu dan kaki dengan kaki) yang disebutkan tersebut memang diterapkan (atau dilaksanakan)
di zaman Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, dan dengan ini; menjadi lengkaplah gambaran
keterangan ke atas penjelasan maksud Merapikan dan meluruskan saf-saf. (Fathul Bari,
2/211)
Demikian juga dengan apa yang diungkapkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420):



Bahawa perbuatan taswiyah (merapikan saf) yang disebutkan di dalam hadis tersebut adalah
dengan cara merapatkan (menempelkan) bahu dengan bahu dan merapatkan kaki dengan kaki,
kerana begitulah para sahabat radhiyallahu anhum melaksanakannya ketika mereka
diperintahkan merapikan saf-saf. (Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah, 1/72 Maktabah alMaaarif)
Mungkin ada suatu perkara yang menjadi pertanyaan, bagaimana mungkin kaki dapat
dirapatkan antara satu sama lain. Maka Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H)
menyebutkan satu bab dalam kitab Shahihnya:
Keutamaan menghadap kiblat, hujung kedua kaki perlu dihadapkan ke arah kiblat.
Demikianlah yang diriwayatkan oleh Abu Humaid daripada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam.
(Shahih al-Bukhari, 1/87. 1/162)
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H):

Yang dimaksudkan dengan menghadapkan hujung kedua kaki adalah mengarahkan hujunghujung jari (ke arah kiblat). Dengan mencantumkan lafaz tersebut di sini, al-Bukhari bertujuan
menjelaskan tentang disyariatkannya menghadap ke arah kiblat dengan seluruh anggota
badan yang dapat dihadapkan (ke arah kiblat). (Fathul Bari, 1/496)

15

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah

Betul Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah Kaki tidak lurus ke hadapan

[3] Menutup ruang atau celah-celah di antara saf.


Hadis Ibnu Umar. Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:









Rapikanlah saf-saf kamu dan rapatkanlah bahu-bahu kamu dengan bahu-bahu saudara kamu
serta tutuplah celah (di antara saf-saf kamu), berlemah-lembutlah terhadap tangan saudarasaudara kamu, dan jangan biarkan ada celah yang boleh dimasuki Syaitan. Sesiapa yang
menyambung saf nescaya Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan sesiapa yang
memutuskan saf nescaya Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Sunan Abu Daud,
no. 666. Dinilai sahih oleh al-Albani)
[4] Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik, sejajar, dan betul.
Numan B. Basyir radhiyallahu anhu berkata:

:







Ketika Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam meluruskan saf-saf solat kami, seolah-olah
beliau sedang meluruskan anak panah, sehingga beliau benar-benar telah melihat apa yang
beliau inginkan dari kami. Suatu ketika beliau hendak solat dan hampir memulakan takbir, tibatiba beliau melihat seorang lelaki yang dadanya menonjol keluar dari saf. Beliau pun bersabda:

16

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Wahai hamba-hamba Allah, rapikanlah saf-saf kamu, atau Allah akan menjadikan perselisihan
di antara wajah-wajah kamu. (Shahih Muslim, Bab: Meluruskan saf-saf dan merapikannya, no.
436)
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Rapat-rapatkanlah saf-saf kamu (saling berhimpit), saling mendekatlah, dan seiringkanlah


antara bahu dengan bahu. Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, aku melihat
Syaitan masuk dari celah saf-saf seperti anak kambing hitam. (Sunan Abu Daud, no. 667.
Dinilai sahih oleh al-Albani)

Kedudukan atau susunan Saf Yang Betul Dan Rapi

17

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah

Kedudukan atau Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini

Imam dibolehkan tidak memulakan solat selagi mana saf belum rapi
Kata Imam ar-Rafii rahimahullah (Wafat: 623H) dan an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):



Dan disunnahkan bagi seorang imam untuk tidak memulakan takbir (solat) kecuali setelah safsaf dirapikan sambil imam tersebut mengarahkan dengannya orang-orang yang di kanan dan di
kiri. Apabila muadzin selesai dari iqamah, maka para jamaah hendaklah bangun lalu
merapikan saf-saf. (Fathul Aziz bi Syarah al-Wajiz, 4/380. Raudhatuth Thalibin, 1/369)
Syaikh Zakariya al-Anshari rahimahullah (Wafat: 926H):


( )
(



}
{

{ }

}


) (
)
(
{ ) ( )



) (
}
(


{


18

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Dan disunnahkan bagi seorang imam sebelum memulakan takbir dengan takbiratul ihram agar
dia memerintahkan (para makmum) dengan perintah merapikan saf-saf solat iaitu dengan
mengatakan (seperti):
Istawuu rahimakumullah (rapikanlah saf agar kamu dirahmati Allah). Atau Sawwu
shufufakum (Rapikanlah saf-saf solat kamu). Ini sebagaimana yang dikhabarkan dalam dua
kitab Shahih:
Rapikanlah saf-saf kamu dan merapatlah, sesungguhnya aku melihat kamu dari balik
punggungku. Anas berkata, Bahawasanya aku melihat setiap orang saling merapatkan
bahunya dengan bahu sahabatnya yang di sebelah, dan kakinya dengan kaki saudaranya yang
di sebelah. Dan diriwayatkan oleh Muslim, Beliau (Shallallahu alaihi wa Sallam) biasa
merapikan saf-saf kami seolah-olah beliau sedang meluruskan anak panah.
Dan sambil itu dia menoleh ke kanan dan ke kiri, kerana itu lebih menyampaikan pada
kesempurnaan. Dan imam juga disunnahkan untuk menyibukkan diri saf-saf para makmum
sebaik iqamah selesai dikumandangkan sebagaimana dikhabarkan dalam Shahih Muslim:
Kamu hendaklah benar-benar merapikan saf-saf kamu atau Allah menjadikan perselisihan di
antara wajah-wajah kamu. (Syarah Raudhatuth Thalib, 3/324)
Kata Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah (Wafat: 974H):





Padanya juga disunnahkan bagi setiap orang sebaik dikumandangkan iqamah dan juga imam
agar memerintahkan dengan merapikan saf-saf dengan mengatakan istawuu rahimakumullah
(rapikanlah saf supaya Allah merahmati kamu. Dan imam juga dianjurkan memeriksa bahagian
kanannya kemudian kiri. Jika masjid tersebut besar (atau luas), maka imam boleh mewakilkan
petugasnya untuk memerintahkan para makmum dengan perintah merapikan saf. Dan sesiapa
sahaja dari kalangan makmum yang melihat ada kekosongan di saf, maka disunnahkan baginya
untuk memerintahkan para makmum yang lainnya untuk sama-sama merapikan dan
merapatkan saf. (Tuhfatul Muhtaj bi Syarah al-Minhaj, 5/119)
Larangan Membuat Saf Sendirian
Seorang makmum dilarang membuat saf sendirian, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh
Wabishah B. Mibad radhiyallahu anhu. Beliau berkata:

19

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam pernah melihat seseorang solat di
belakang saf sendirian, maka beliau memerintahkan untuk mengulang solatnya. (Sunan Abu
Daud, no. 682. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Menurut Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah, apabila seseorang mendapati
saf yang telah penuh, sementara ia terpaksa bersendirian di saf belakang dan tidak ada yang
ditunggu, maka boleh baginya solat sendiri di belakang saf tersebut. (asy-Syarhul Mumti,
4/376-385)
Untuk menjaga keutuhan, seseorang dibolehkan berjalan maju atau bergerak ke hadapan
ketika mana mendapati ada saf di hadapannya yang terputus (untuk memenuhi celah-celah
yang kosong). Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:




Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang
menyambung saf. Sesiapa yang menutupi saf terputus (atau saf yang renggang), nescaya Allah
akan meninggikan kedudukannya dengan sebab amalnya tersebut. (Musnad Ahmad, no.
24587. Dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth)
Tiada langkah paling baik melebihi apa yang dilakukan oleh seseorang untuk menutupi celah
dan kekosongan di dalam saf. Dan semakin banyak teman dan saf dalam solat berjamaah,
maka akan semakin afdhal-lah solatnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa
Sallam:












Solat seorang bersama seseorang lebih baik daripada solat sendirian, dan solat bersama dua
orang lebih baik dari solat bersama seseorang. Dan bila lebih banyak, maka itu lebih disukai
oleh Allah Taala. (Sunan Abu Daud, no. 554. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Dibencinya Membuat Saf di Tempat Ber-tiang
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):



20

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Perkataan sebahagian pihak yang membolehkan membuat saf di antara tiang-tiang perlu
diteliti baik-baik kembali, ini kerana di sana ada larangan yang bersifat khusus daripada Nabi
Shallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana diriwayatkan oleh al-Hakim daripada hadis Anas
dengan sanad yang sahih, juga oleh 3 kitab Sunan (Abu Daud, at-Tirmidzi dan an-Nasaai). Dan
at-Tirmidzi menghasankannya. (Fathul Bari, 1/578)
Al-Muhib ath-Thabari berkata:



Sebahagian ulama membenci perbuatan solat di antara tiang-tiang kerana adanya dalil yang
melarangnya. Hikmah dari larangan ini adalah kerana ia menyebabkan terputusnya saf
sedangkan tempat tersebut tidaklah sempit... (Fathul Bari, 1/578)
Abdul Hamid B. Mahmud rahimahullah berkata:




Kami pernah solat di belakang salah seorang pemimpin, maka kami terpaksa untuk solat di
antara dua tiang kerana kesempitan. Setelah solat kami selesai, Anas B. Malik pun berkata:
Dahulu di zaman Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, kami (para sahabat) biasa mengelak
dari membuat saf di tempat-tempat bertiang. (Sunan at-Tirmidzi, no. 229. Dinilai hasan oleh
at-Tirmidzi, manakala Ibnu Hajar dan al-Albani menilainya sahih)
Kata at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) setelah membawakan hadis ini:
Sebahagian ahli ilmu membenci membuat saf di antara tiang-tiang. Ini adalah pendapat Imam
Ahmad dan Ishaq, tetapi sebahagian ahli ilmu ada yang memberikan keringanan. (Sunan atTirmidzi, no. 229)
Qurrah B. Iyas radhiyallahu anhu berkata:







Dahulu ketika di zaman Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, kami dilarang membuat safsaf solat di antara tiang-tiang, dan kami dijauhkan dari tiang-tiang itu. (Sunan Ibnu Majah, no.
992. Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1567. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Berdasarkan hadis-hadis yang sahih ini, maka pendapat yang menegah atau melarang dari
membuat saf di antara tiang-tiang adalah lebih kuat. Maka elakkanlah dari membuat saf di
21

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


kawasan yang bertiang kerana tiang-tiang tersebut akan mengakibatkan terputusnya saf,
melainkan jika sudah tidak ada tempat lagi yang boleh menampung.
Saf di Balik Dinding
Jika makmum solat di belakang imam di luar atau di dalam masjid, sedangkan keduanya
dipisahkan oleh dinding, jika safnya masih bersambung, maka perkara tersebut dibolehkan
berdasarkan kesepakatan ulama. (Majmu al-Fatawa, 23/407. Lihat: Shahih Fiqhus Sunnah,
1/532)
Ini dibenarkan selagi mana makmum dapat melihat sekaligus mengikuti pergerakan imamnya
atau para makmum yang berada di hadapannya.
Memasuki Saf Dalam Keadaan Tenang
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:


Hendaklah orang-orang dewasa dan yang berilmu di antara kamu berada di belakangku,
kemudian yang berikutnya, kemudian yang berikutnya, kemudian yang berikutnya. Dan
hindarilah riuh-rendah seperti di pasar. (Shahih Muslim, Bab: Meluruskan dan merapikan safsaf, no. 432)
Hadis ini turut menjelaskan susunan di belakang imam mengikut prioriti keutamaan ilmu dan
kematangan. Orang-orang dewasa yang berilmu lebih diutamakan agar berada di hadapan (saf
pertama), di belakang imam, kemudian orang-orang yang setelah mereka. Ini bertujuan apabila
imam melakukan kesilapan atau ragu, maka orang di belakang yang memiliki ilmu dapat
menegur sekaligus membetulkannya. Jika tiada orang dewasa yang memiliki kematangan dan
tahap keilmuan tersebut, maka orang yang lebih muda tetapi berilmu dan baik hafalan alQurannya, hendaklah lebih diutamakan.
Ini adalah selama mana anak-anak atau orang-orang yang lebih muda tidak terlebih dahulu
datang dan menduduki saf depan tersebut. Kerana dalam hadis yang lain terdapat larangan
memindahkan orang dari saf yang dipilihnya terlebih dahulu.
Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:




Janganlah seseorang memindahkan orang lain dari tempat duduknya kemudian dia pula yang
duduk di tempat tersebut. (Shahih al-Bukhari, no. 6269)
Di hadis seterusnya - Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

22

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah








Apabila iqamat solat dikumandangkan, maka janganlah mendatanginya dengan berlari. Tetapi
datangilah dengan tenang berjalan (seperti biasa). Maka, apa yang kamu dapat (bersama
imam) maka solatlah, dan yang tertinggal (untuk bersama imam) sempurnakanlah. (Shahih alBukhari, no. 908. Shahih Muslim, no. 602)
Masuk ke Dalam Saf Sambil Ruku
Atha pernah mendengar Abdullah B. Az-Zubair radhiyallahu anhu di atas mimbar mengatakan
kepada orang ramai:



:
Apabila salah seorang di antara kamu memasuki masjid dan orang-orang (yang bersolat) telah
pun ruku, maka rukulah, kemudian merangkaklah dalam keadaan ruku sehingga sampai
masuk ke dalam saf kerana perbuatan tersebut termasuk sunnah.
Kata Atha: Dan aku pernah melihat beliau (Ibnu az-Zubair) melakukannya. (Shahih Ibnu
Khuzaimah, no. 1571. Al-Mustadrak al-Hakim, no. 777. Disepakati kesahihannya oleh adzDzahabi)
Zayd B. Wahb rahimahullah berkata:


:

Aku dan Ibnu Masoud memasuki masjid dan imam ketika itu sedang ruku, maka kami pun
terus ruku, kemudian berjalan dalam keadaan ruku memasuki saf. Maka apabila selesai, aku
pun bangun (untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal), tetapi Ibnu Masoud
menegaskan, Engkau telah mendapatkannya.. (Mushannaf Abdurrozzaq, no. 3381)
Datang Awal, Ambil Saf Pertama
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:




23

www.ilmusunnah.com: Beginilah Seharusnya Merapikan Saf-saf Solat Berjamaah


Kalaulah orang-orang tahu apa yang terdapat pada seruan (azan) dan barisan (saf) pertama
kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk meraihnya melainkan dengan cara
melakukan undian, nescaya mereka akan mengadakannya. Dan kalaulah mereka tahu apa yang
terdapat dalam segera menuju solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan kalaulah
mereka mengetahui apa yang terdapat pada solat Isya dan Subuh, nescaya mereka akan
mendatangi keduanya walaupun terpaksa dengan merangkak. (Shahih al-Bukhari, Bab: Saf
yang awal, no. 721. Shahih Muslim, no. 437)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:






Dan sesungguhnya saf yang awal (pertama) itu seperti saf para malaikat. Seandainya kamu
semua mengetahui fadhilatnya (keutamaannya), nescaya kamu semua akan cepat-cepat
(berlumba-lumba) menujunya. (Sunah Abu Daud, no. 554. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
Sesiapa yang datang ke masjid lebih awal berbanding yang lainnya tetapi dia tidak memilih saf
yang pertama, bererti dia telah menyalahi syariat. Jika keadaan itu ditambah lagi dengan
buruknya solat, berlebihan dalam berbicara (berbual-bual), atau mengucapkan perkataanperkataan yang dibenci atau diharamkan, juga hal-hal lain yang perlu dihindarkan dari masjid,
maka dia dianggap sebagai orang yang tidak menghormati syariat dan telah keluar dari batasbatas ketaatan kepada Allah yang telah disyariatkan. (Ibnu Taimiyah, Majmu al-Fatawa,
22/262)
Nasihat dan Penutup
Setelah kita mengetahui bahawa sunnah, suruhan, dan keutamaan merapatkan, meluruskan,
dan meratakan saf-saf solat ini didukung oleh hadis-hadis yang sahih, maka menjadi kewajiban
bagi kita semua sama ada masyarakat Islam secara umum ataupun para imam dan kakitangan
masjid-masjid untuk melaksanakannya di setiap kali solat berjamaah dilaksanakan.
Di dalam hadis-hadis sahih tersebut turut dikemukakan ancaman yang sangat keras dan kesan
yang buruk terhadap mereka yang enggan dan ingkar merapatkan serta merapikan saf. Di
antaranya, Allah mengancam akan memutuskan (hubungan) dengannya, Allah akan
menjadikan hati-hati dan wajah-wajah sesama mereka saling berselisih, dan kesempurnaan
solat-solat mereka tergugat. Serta yang akan mengisi ruang-ruang kosong di antara saf-saf
mereka pula adalah Syaitan yang menganggu sebagaimana dikhabarkan oleh Nabi Shallallahu
alaihi wa Sallam.
Wallahu alam.

24

Anda mungkin juga menyukai