Anda di halaman 1dari 2

Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,


Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.
Soalan Latihan.
1. Huraikan nasib malang Pak Kaduk dalam seloka di atas. (10 markah)
2. Huraikan pengajaran seloka. (8 markah)
3. Jelaskan persoalan dalam puisi (8 markah)
4. Huraikan unsur-unsur sindiran dalam seloka. (4 markah)
Jawapan
1. Pak Kaduk bernasib malang apabila ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai
kerana ditipu. Malang juga, apabila ia kebuluran apabila pulang ke rumah kerana
nasinya telah dibuang. Bertambah malang pula, dia mengalami kesusahan mengayuh
perahu. Sewaktu menaiki sampan ke hulu/mudik di sungai, dia terpaksa menongkah air
surut. Semasa ke hilir pula, dia terpaksa menongkah air pasang. Pak Kaduk juga
bernasib malang kerana sewaktu belayar, angin tidak bertiup langsung tetapi apabila
tiba di pangkalan, barulah terdapat angin bertiup. Juga malang. apabila rumahnya
runtuh lalu terpaksa menumpang di rumah orang.
(Nota : Jawapan malang kerana a) isteri dibunuh dan b) bertandang duduk di rumah
orang tidak diterima).
2. Kita hendaklah menjauhi amalan judi/ Kita janganlah berjudi/ Kita haruslah
mengelakkan berjudi kerana membawa kerugian. Cth : Ayamnya menang kampung
tergadai, Kita haruslah bertindak secara bijaksana supaya tidak menyusahkan diri
sendiri/menyesal kemudian. Cth : Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran/Ada
isteri dibunuh, Kita haruslah reda/sabar dengan nasib/ketentuan/takdir. Cth : Masa
belayar kematian angin. Kita haruslah merancang sebelum melaksanakan sesuatu
perkara. Cth : Hilir menongkah pasang. Seorang suami hendaklah menyayangi/menjaga
isterinya. Cth : Ada isteri dibunuh.
3. Salah satu persoalan seloka ini ialah keburukan amalan berjudi/sabung ayam. Cth :
Ayam menang kampung tergadai. Terdapat juga persoalan sikap manusia yang
bertindak secara melulu/emosional. Cth : Ada nasi dicurahkan/Ada isteri dibunuh.
Persoalan nasib malang dalam kehidupan juga dipaparkan. Cth : Aduhai malang Pak
Kaduk. Terdapat juga persoalan penipuan sesama manusia. Cth: Ayamnya menang
kampung tergadai. Juga, persoalan sikap manusia yang terlalu yakin/optimis
mendapatkan sesuatu yang belum pasti. Cth : Ada nasi dicurahkan, Awak pulang
kebuluran. Juga persoalan kepentingan sikap reda/sabar dalam menghadapi
dugaan/nasib. Cth: Masa belayar kematian angin.
4. Terdapat unsur sindiran terhadap manusia yang suka berjudi sehingga mengorbankan
harta/tanah/kampung. Cth : Ayam menang kampung tergadai. Juga unsur sindiran
terhadap manusia yang terlalu yakin akan mendapat sesuatu yang belum pasti. Cth :

Ada nasi dicurahkan. Terdapat juga unsur sindiran terhadap manusia yang bertindak
secara melulu/emosional. Cth: Ada isteri dibunuh

Anda mungkin juga menyukai