Anda di halaman 1dari 14

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN


KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL)
Siti Masliza Binti Mohd Nawi
sitimaslizamn@gmail.com
Norzila Binti Abdul Razak
norzilaabdulrazak@gmail.com
Kolej Komuniti Hulu Langat

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pensyarah terhadap pengurusan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat
(JPSH) di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL). Kolej Komuniti merupakan salah satu hub pembelajaran sepanjang hayat
yang menawarkan pelbagai kursus kepada komuniti. Pensyarah di kolej komuniti merupakan kakitangan akademik dan
bertanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sepenuh masa dan pada masa yang
sama melaksanakan kursus pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti. Pada setiap tahun, JPSH KKHL akan
menetapkan sasaran peserta kursus PSH yang perlu dicapai oleh pensyarah yang juga merupakan KPI Kolej Komuniti
Hulu Langat. Kajian ini adalah kajian tinjauan melibatkan 43 pensyarah KKHL, menggunakan instrumen soal selidik
skala Likert 5 mata untuk mendapatkan maklumbalas pensyarah mengenai corak kepimpinan, tahap kepuasan bekerja dan
mengenai persekitaran kerja dalam melaksanakan kursus PSH di KKHL. Data kajian yang diperolehi menerusi borang
soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 21. Hasil analisis
dipersembahkan dengan menggunakan frekuensi, peratus, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan skor min
keseluruhan persepsi pensyarah KKHL berkaitan gaya kepimpinan adalah 3.97 dan persekitaran kerja 3.69 adalah pada
tahap tinggi manakala kepuasan kerja 3.45 pada tahap sederhana, (Landell, 1997). Secara keseluruhannya, pensyarah
berpuashati dengan gaya kepimpinan dan persekitaran kerja serta cenderung berpuashati terhadap kepuasan bekerja
melainkan item yang melibatkan pemberian sagu hati setelah melaksanakan kursus PSH.

Kata kunci: PSH, kepimpinan, persekitaran dan kepuasan kerja.

Pengenalan
Pembelajaran sepanjang hayat di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) menawarkan pelbagai pilihan kursus
telah menjadi tumpuan komuniti untuk mendapatkan ilmu. Di KKHL, pembelajaran sepanjang hayat (PSH)
dibahagikan kepada 10 kluster iaitu Teknologi Maklumat, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Perniagaan dan
Keusahawanan, Bahasa, Katering dan Sajian, Jahitan, Pembangunan Insaniah, Hiasan dan Kecantikan, Sains
dan Kesihatan dan Kesenian dan Kebudayaan. Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) telah merancang
kursus PSH dan dilaksanakan sepanjang minggu mengikut takwim yang telah disediakan pada awal tahun.
Tenaga pengajar terdiri daripada kakitangan dalaman dan luaran. Kakitangan luar diambil sekiranya kursus yang
dijalankan memerlukan kepakaran yang tidak dimiliki oleh penyarah dalaman di kolej komuniti. JPSH juga
telah mnetapkan sasaran pencapaian peserta kursus PSH kepada pensyarah pada setiap tahun. Sasaran yang
perlu dicapai oleh setiap pensyarah pada tahun 2014 ialah seramai 160 peserta dan 60 jam mengajar kursus
pembelajaran sepanjang hayat.
Pencapaian peserta yang mendaftar kursus PSH pada tahun 2012 ialah seramai 7,000 peserta dan KKHL telah
mendapat tempat pertama mendahului semua kolej komuniti. Pada tahun 2013 pula, KKHL mendapat tempat
kedua dengan pencapaian peserta yang mendaftar seramai 9,000 peserta. Pada tahun ini, sehingga kajian dibuat
iaitu pada Ogos 2014, KKHL menduduki tangga ke enam dengan pencapaian seramai 4,400 orang peserta.

72

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Penyataan Masalah
Kolej Komuniti Hulu Langat adalah antara kolej komuniti yang mempunyai pencapaian peserta kursus pendek
tertinggi sejak tahun 2010. Oleh yang demikian JPSH KKHL menghadapi cabaran yang hebat dalam
mengekalkan prestasi yang tinggi dari segi pengurusan, persekitaran kerja untuk pensyarah dan peserta kursus
PSH dan pada masa yang sama memastikan pensyarah terus komited menjalankan kursus-kursus PSH.
Menurut pandangan pengkaji, tumpuan perlu diberikan terhadap hubungan manusia untuk mencapai matlamat
prestasi organisasi. Beberapa masalah yang sering timbul dalam mencapai matlamat ini, antaranya ialah
kegagalan menerangkan objektif organisasi dengan berkesan, pengurus yang kurang mengamalkan ciri-ciri
kepimpinan, komunikasi yang terhalang atau terputus, persekitaran kerja yang tidak kondusif, pengurus yang
tidak konsisten dalam membuat keputusan dan pengurus yang tidak mendapat sokongan dari ahli organisasi.
Diharapkan, dengan kajian ini dapat memberikan input-input baru bagi merangka strategi penambahbaikan
dalam aspek kepuasan hati pensyarah sebagai pelaksana dan dapat memantapkan pengurusa kursus PSH di
KKHL.

Objektif Kajian
(i)

Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap kepimpinan pengurusan kursus PSH.

(ii)

Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap persekitaran kerja berkaitan pengurusan kursus PSH.

(iii)

Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap kepuasan bekerja dalam melaksanakan kursus PSH.

Skop Kajian
Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan mengkaji persepsi pensyarah KKHL terhadap gaya kepimpinan
pengurusan kursus PSH, persekitaran kerja dan kepuasan kerja pensyarah. Sampel yang dipilih adalah Ketua
Program, Ketua Unit dan para pensyarah yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan kursus
pembelajaran sepanjang hayat di KKHL.

Kajian Literatur
Persepsi
Menurut Walgito (2002) persepsi adalah suatu proses yang aktif, karena seluruh aspek dalam diri individu
seperti pengalaman dan kemampuan berfikir dapat mempengaruhi proses persepsi tersebut.

Kepimpinan
Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Seorang
pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dan perwatakan pekerja dan aktiviti
sesebuah organisasi. Dari sini, pemimpin akan dapat melihat adakah pekerja dapat melaksanakan tugas yang
diberikan. Menurut Al Ramaiyah (1999) pemimpin boleh ditafsirkan sebagai seorang yang diiktiraf oleh satu
atau lebih dari satu orang, di mana pemimpin tersebut mempunyai pengaruh, berwibawa dan mempunyai kuasa.
Selain daripada motivasi pekerja, kepimpinan seseorang pengurus juga mempengaruhi prestasi sesuatu
organisasi (Ibrahim Mamat, 1999). Secara umumnya, pemimpin mempunyai dua tugas utama iaitu
melaksanakan dasar yang telah ditetapkan dan bertindak sebagai ejen perubahan. Pemimpin harus berupaya
mempengaruhi pekerja untuk berubah. Untuk menjadi pemimpin seseorang itu memerlukan kemahiran untuk
berkomunikasi, berunding ke arah menyelesaikan masalah, menjalinkan perhubungan yang mesra di samping
bersifat peka dan sensitif terhadap arus perkembangan semasa.

73

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Menurut Robiah Sidin (1998) kebanyakan pemimpin berorientasikan kepada kemahiran memahami,
menganalisis amalan tugas harian dan peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh mereka. Sedikit sahaja yang
berorientasikan masa dengan futuristik di mana dihuraikan perspektif atau pendekatan-pendekatan baru dengan
tujuan membolehkan pemimpin merubah amalan dan budaya kerja yang lama. Menurut beliau lagi pemimpin
yang berkesan adalah pemimpin yang memahami misi dan visi organisasi yang dipimpin, tuntutan-tuntutan
globalisasi dan pasaran semasa. Marvin Bower (1966) menekankan bahawa peningkatan prestasi sesebuah
organisasi dipengaruhi oleh gaya kepemimpinan seorang pengurus.
Menurut Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid (2006), cabaran utama untuk melahirkan kepemimpinan yang intelektual
adalah pemimpin yang berkebolehan menyelesaikan masalah dan berpegang kepada prinsip kepemimpinan yang
kental. Menurut beliau lagi dalam konteks inilah, tindakan kepemimpinan diambil mengenai cabaran-cabaran
masa hadapan dan peranan pemimpin ilmiah untuk menangani cabaran berkenaan. Ianya memerlukan
kefahaman masa lampau, masa kini dan kemungkinan-kemungkinan di masa hadapan.

Persekitaran Kerja
Menurut Graham (1998), kepuasan kerja berkait rapat dengan hubungan antara persekitaran kerja yang baik dan
keperluan kerja individu. Lim & Leong (2003) juga sependapat dengan mengatakan persekitaran dan iklim kerja
juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesebuah prestasi organisasi.
Selain itu, menurut Zeisel (1981) persekitaran kerja membawa kesan kepada bagaimana sesuatu bahagian di
dalam organisasi berinteraksi dan berkomunikasi melalui komponen fizikal seperti berikut:
(i)

Struktur fizikal meliputi ruang pejabat, organisasi secara keseluruhan, susunatur dan kelengkapan pejabat.
Ianya menggambarkan nilai-nilai dan harapan sesebuah organisasi.

(ii)

Hubungan fizikal meliputi suasana dan hiasan pejabat termasuk warna, pencahayaan, pengudaraan, bau,
karya seni dan lain-lain perhiasan pejabat yang dapat dilihat oleh pekerja.

Kepuasan Kerja
Lawler dan Porter (1967) menyatakan bahawa kepuasan kerja penting dan mempunyai hubungkait dengan
prestasi kerja seseorang. Prestasi kerja yang tinggi akan mempengaruhi tahap kepuasan kerja yang tinggi dan
secara tidak langsung mengurangkan kes perletakkan jawatan dan ponteng kerja. Ostroff (1992) pula
menyokong pendapat Lawler dan Porter bahawa bagi mengekalkan prestasi kerja perlulah diberi perhatian
dalam meningkatkan kepuasan kerja. Chellandurai (1999) menyatakan kepuasan kerja adalah sikap orang
terhadap kerja. Seterusnya, kepuasan kerja didefinasikan sebagi perasaan pekerja berkaitan kerja mereka sendiri
atau pengalaman kerja yang berkait dengan pengalaman kerja yang lepas, jangkaan sekarang, atau alternatif
yang sediaada (Balzer, Kihm, Smith" Irwin, Bachiochi' Robie. Sinar. & Parra.1997; Smucker & Kent, 2004).

Metodologi
Pengenalan
Kajian ini adalah kajian kuantitatif dan soalselidik telah diedarkan kepada pensyarah. Soalselidik telah dibina
oleh pengkaji berdasarkan keperluan kajian. Kajian rintis juga telah dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan
item sebelum ditadbirkan.

Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan menggunakan soal selidik
Skala Likert 5 mata. Sampel terdiri daripada 43 orang pensysrah di KKHL. Burns (1990) menyatakan kaedah
tinjauan bersifat saintifik, logik dan khusus.

74

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Kerangka Kajian
Dalam kajian ini, berdasarkan Rajah 1 Kerangka Kajian, pembolehubah bersandar adalah persepsi pensyarah
yang melaksanakan kursus PSH dan pembolehubah tidak bersandar adalah kepimpinan, persekitaran kerja dan
kepuasan bekerja. Ini bermakna persepsi pensyarah bertindak sebagai konsep manakala kepimpinan,
persekitaran kerja dan kepuasan bekerja bersifat sebagai elemen.

Populasi dan Sampel Kajian


Menurut Majid Konting (2000), sebahagian individu yang diambil melalui persampelan adalah mewakili
sesuatu populasi yang dikaji. Populasi kajian adalah seramai 62 orang pensyarah. Daripada populasi ini, terdapat
lima pensyarah yang sedang menyambung pengajian, empat pensyarah cuti bersalin, seorang pensyarah
dipinjamkan ke Kolej Komuniti Shah Alam dan seorang pensyarah sedang cuti tanpa gaji. Ini menyebabkan
jumlah populasi yang ada adalah seramai 51 orang pensyarah. Daripada jumlah populasi, 43 pensyarah yang ada
sewaktu kajian dijalankan telah diambil sebagai sampel.

Instrumen Kajian
Responden adalah terdiri daripada pensyarah dalaman yang melaksanakan kursus PSH. Kajian ini adalah kajian
kuantitatif dan soal selidik telah diedarkan kepada pensyarah.
Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan fakta-fakta, perasaan dan kehendak (Mohd Majid Konting, 2000). Borang Soal Selidik telah dibina
untuk diedarkan kepada pensyarah merangkumi perkara seperti berikut:
(i)

Bahagian A: Demografi Responden.

(ii)

Bahagian B: Persepsi Pensyarah Terhadap Pengurusan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Kaedah Analisis
Keseluruhan data-data akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 21 (SPSS).
Skala 5 likert digunakan di dalam kajian ini kerana ianya mempunyai tahap kebolehpercayaan dan ketepatan
yang baik iaitu 85% (Mohamad Najib, 1999). Penggunaan skala Likert adalah sesuai kerana ia merupakan satu
inventori yang melibatkan perasaan individu terhadap sesuatu idea, prosedur dan institusi sosial. Penggunaan
skala likert dalam kajian adalah seperti dalam Jadual 1.

Analisis Kajian Rintis


Kajian rintis telah dijalankan ke atas 15 orang staf pentadbiran KKHL yang tidak terlibat dalam kajian ini tetapi
mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang perlaksanaan kursus PSH. Pengiraan pekali Alpha Cronbach
bagi kajian ini menggunakan Statistical Package for Social Science 21 (SPSS). adalah 0.962. Ini menunjukkan
bahawa soal selidik untuk kajian ini adalah pada tahap kepercayaan yang tinggi.

Dapatan Kajian dan Analisis Data


Dapatan hasil kajian dari soal selidik yang menggunakan skala Likert 5-mata dianalisis untuk menentukan
peratusan min dan tahap skor min. Menurut Landell (1997) tahap kecenderungan keputusan responden samada
Rendah, Sederhana dan Tinggi adalah berdasarkan Jadual 2: Tahap Kecenderungan Skor Min. Oleh itu,
interpretasi skor min yang didapati hasil daripada analisis kajian ini adalah berpandukan pada jadual tersebut.

75

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Demografi Responden
Sampel adalah terdiri daripada 43 responden yang merupakan pensyarah dari pelbagai kategori yang diwajibkan
untuk melaksanakan kursus pendek di KKHL bagi tahun 2014. Berdasarkan Jadual 3: Jantina telah
menunjukkan 34 responden adalah perempuan manakala responden lelaki hanya 9 orang sahaja.
Jadual 4: Umur menunjukkan terdapat 8 orang pensyarah (18.6%) berumur dalam lingkungan 21-30 tahun, 29
orang pensyarah (67.4%) berumur diantara 31-40 tahun, 4 orang ((9.3%) berumur 41-50 tahun dan 2 orang
(4.7%) berumur lebih dari 50 tahun.
Jadual 5: Kelulusan Akademik pula menunjukkan majoriti responden adalah mempunyai ijazah sarjana muda
iaitu seramai 22 orang (51.2%), diikuti oleh responden yang mempunyai ijazah sarjana seramai 14 orang
(32.6%), manakala reponden yang mempunyai diploma hanya 7 orang (16.3%).
Berdasarkan Jadual 6: Kumpulan Perkhidmatan menunjukkan kumpulan perkhidmatan yang terbesar ialah
kumpulan Pengurusan & Profesional DH 41-44 (76.7%), diikuti oleh kumpulan Sokongan 1 DH29-36 (16.3%)
dan kumpulan yang paling kecil adalah kumpulan Pengurusan & Profesional DH48-52 iaitu seramai 3 orang
(7%).
Jadual 7: Tempoh Perkhidmatan menunjukkan kumpulan yang paling ramai ialah kumpulan tempoh
perkhidmatan dari 1-5 tahun iaitu terdiri dari 15 orang (34.9%) diikuti oleh kumpulan tempoh perkhidmatan
6-10 tahun seramai 13 orang (30.2%) dan kumpulan perkhidmatan 11.15 tahun seramai 12 orang (27.9%).
Kumpulan tempoh perkhidmatan yang paling lama 16-20 tahun adalah kumpulan yang terkecil iaitu seramai 3
orang (7%) sahaja.
Merujuk Jadual 8: Unit / Bahagian menunjukkan kumpulan terbesar adalah dari Unit Penyejukan dan
Penyamanan Udara 12 orang (27.9%), diikuti oleh Unit Teknologi Maklumat 11 orang (25.6%), Unit Pengajian
Am 8 orang (18.6%) dan Unit Akauntansi 5 orang (11.6%). Seterusnya responden adalah dari unit-unit kecil
yang lain iaitu Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan Unit Latihan Industri, masing-masing terdiri dari
2 orang responden (4.7%) dan diikuti oleh Unit Pengambilan, Unit Peperiksaan dan Unit Hal Ehwal Pelajar di
mana masing-masing mempunyai seorang responden sahaja (2.3%).

Persoalan Kajian 1: Apakah Persepsi Pensyarah Terhadap Kepimpinan Pengurusan Kursus PSH?
Berdasarkan Jadual 9: Gaya Kepimpinan dan Rajah 2: Graf Skor Min Bagi Aspek Gaya Kepimpinan, didapati
purata keseluruhan nilai skor min bagi aspek gaya kepimpinan adalah tinggi iaitu 3.97 dengan sisihan piawai
0.743. Purata yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah KKHL mempunyai persepsi yang
positif terhadap kepimpinan pengurusan kursus PSH di KKHL.
Berdasarkan item-item yang terdapat dalam aspek gaya kepimpinan, item Pengurusan PSH telah menjalankan
perancangan kursus PSH pada setiap awal tahun menunjukkan skor min tertinggi iaitu sebanyak 4.21 dengan
sisihan piawai 0.600. Manakala item Ketua saya sering memantau kursus pendek yang saya jalankan
merupakan skor min yang terendah iaitu 3.60 dengan sisihan piawai 0.728.

Persoalan Kajian 2: Apakah Persepsi Pensyarah Terhadap Persekitaran Kerja Berkaitan Kursus
PSH?
Berdasarkan Jadual 10: Persekitaran Kerja dan Rajah 3: Persekitaran Kerja, didapati purata keseluruhan nilai
skor min bagi aspek persekitaran kerja adalah tinggi iaitu 3.69 dengan sisihan piawai 0.855. Purata yang
diperolehi menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat mempunyai persepsi
yang positif terhadap persekitaran kerja berkaitan kursus PSH di KKHL.

76

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Berdasarkan item-item yang terdapat dalam aspek persekitaran kerja, item Mengajar dan menguruskan kursus
PSH adalah sebahagian daripada tugas saya menunjukkan skor min tertinggi iaitu sebanyak 4.23 dengan
sisihan piawai 0.571. Manakala item Saya diarahkan mengajar kursus yang bukan bidang saya merupakan skor
min yang terendah iaitu 3.00 dengan sisihan piawai 0.926.

Persoalan Kajian 3: Apakah Persepsi Pensyarah Terhadap Kepuasan Bekerja dalam Melaksanakan
Kursus PSH?
Berdasarkan Jadual 11: Kepuasan Kerja dan Rajah 4: Kepuasan Kerja, didapati purata keseluruhan nilai skor
min bagi aspek kepuasan kerja adalah sederhana iaitu 3.45 dengan sisihan piawai 0.964. Purata yang diperolehi
menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat mempunyai persepsi yang masih
positif terhadap kepuasan kerja dalam melaksanakan kursus PSH di KKHL.
Berdasarkan item-item yang terdapat dalam aspek persekitaran kerja, item Saya dibenarkan mengambil cuti
gantian jika melaksanakan kursus PSH pada hujung minggu selama 9 jam menunjukkan skor min tertinggi iaitu
sebanyak 4.21 dengan sisihan piawai 0.804. Manakala item Saya diberikan saguhati setelah melaksanakan
kursus PSH merupakan skor min yang terendah iaitu 2.74 dengan sisihan piawai 0.954.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat mempunyai persepsi yang tinggi terhadap
gaya kepimpinan dan persekitaran kerja manakala sederhana terhadap kepuasan kerja di Jabatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Hulu Langat.
Persepsi individu terhadap organisasi boleh dipengaruhi oleh harapan dan kemahuan individu terhadap
organisasi. Gibson (1998) menyatakan bahwa organisasi yang dapat memenuhi harapan dan kemahuan individu
akan mempunyai persepsi yang positif dari individu tersebut sehingga dapat memunculkan sikap dan perilaku
kerja tertentu terhadap organisasi. Oleh itu , boleh dikatakan disini bahawa pengurusan PSH di Kolej Komuniti
Hulu Langat yang terancang, dinamik, sedia membantu dan menerangkan objektif dengan jelas sangat
membantu pensyarah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam urusan Jabatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat terutamanya dalam perlaksanaan kursus pendek. Di samping itu, bantuan yang diberikan serta
pengiktirafan dan penghargaan juga memberikan impak kepada pensyarah dalam suasana persaingan yang
positif. Antara perkara yang pihak pengurusan JPSH boleh menambahbaik ialah dari aspek pemantauan kursus
pendek oleh pengurusan JPSH. Walaupun diberi autonomi sepenuhnya untuk melaksanakan kursus pendek,
namun pemantauan ke atas perlaksanaannya juga perlu dipertingkatkan. Ini adalah untuk menjamin kualiti
kursus yang dilaksanakan sekaligus menaikkan nama Kolej Komuniti sebagai hub pembelajaran sepanjang
hayat. Satu lagi aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh JPSH ialah memberikan tempoh masa yang
cukup untuk pensyarah membuat persediaan program PSH. Tidak dinafikan ada kalanya terdapat programprogram khas yang melibatkan pertubuhan atau agensi luar yang meminta JPSH mengadakan kursus pendek
dengan kadar segera atau ad hoc, dan ini memberikan tekanan kepada mereka untuk memberikan yang terbaik
dalam masa yang sangat terhad.
Pensyarah mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran kerja dalam menguruskan kursus PSH.
Pensyarah sedar tentang tanggungjawab mereka dalam menguruskan kursus PSH dan pada masa yang sama
merasakan ia adalah beban kerja yang lebih. Pensyarah juga bersetuju bahawa pengurusan PSH Kolej Komuniti
Hulu Langat menyediakan prasarana yang mencukupi serta mudah mendapatkan khidmat pembantu dari rakan
sekerja. Meskipun berada ditahap sederhana, secara keseluruhannya mereka mempunyai persepsi yang masih
positif terhadap kepuasan kerja dalam melaksanakan kursus PSH. Pensyarah akur dengan ketetapan seperti
melaksanakan kursus PSH pada hari bercuti dan cuti am dan mereka pasrah dengan ketentuan tersebut.
Sungguhpun begitu pensyarah mengalu-alukan bayaran saguhati terhadap khidmat mereka melaksanakan kursus
pendek di luar waktu pejabat. Perkara ini dinyatakan oleh pensyarah dalam ruangan cadangan untuk
meningkatkan kualiti pengurusan JPSH Kolej Komuniti Hulu Langat.

77

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Cadangan
Pengkaji menggariskan beberapa cadangan untuk penambahbaikan pengurusan kursus PSH Kolej Komuniti
Hulu Langat:
1.

2.

Pensyarah
(a)

Meneruskan budaya dan suasana kerja yang positif dan kondusif di KKHL disamping berani
mengemukakan pendapat, idea dan kritikan positif demi kemajuan dan perkembangan JPSH di
KKHL.

(b)

Berusaha meningkatkan kemampuan intelektual, spiritual dan strategi mengajar kursus PSH demi
menjamin mutu pendidikan yang diberikan dan kelestarian sistem yang sedia ada.

Pengurusan PSH
(a)

Memberikan peluang belajar seluas-luasnya kepada pensyarah dengan menjadi penyelaras bagi
pensyarah mengikuti latihan, kuliah, seminar dan lain-lain.

(b)

Meningkatkan komunikasi antara pengurusan PSH dengan pensyarah seperti mengadakan


pertemuan dan penilaian secara berjadual (periodic).

(c)

Mengekalkan suasana kerja yang kondusif supaya pensyarah selaku pelaksana kursus-kursus PSH
tidak merasa terbeban kerana persekitaran kerja yang tidak mesra pengguna.

Rujukan
Abd. Aziz Yusof. (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Kuala Lumpur: Prentice Hall, Pearson
Sdn. Bhd.
Ahmad Atory Bin Husain. (2002). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
BOSTI. (2004). Buffalo Organization For Social and Technological Innovation. BOSTI Association:
Economic Benefits.
Bower, M. (1966). The Wil to Manage. New York: McGraw Hill Book Co.
Campbell, J. P., Dunnette, M. D., Lawler, E. E, & Weick, K. E. (1970). Managerial Behavior, Performance,
and effectiveness. New York: McGraw-Hill.
Datuk Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid. (2006). 18 Cabaran Pengajian Tinggi. Buletin Universiti Sains
Malaysia: Tidak diterbitkan.
Fisher, A. (2004). A Happy Staff Equals Happy Customers.: Fortune.
Jaafar Muhamad. (2003). Asas Pengurusan Edisi Ketiga. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lim Khong Chiu & Leong Weng Tuck. (2003). Iklim Kerja dan Burnout di Kalangan Guru PJK.: Kertas kerja
diterbitkan.
Mahmood Nazar Mohamed & Sabitha Marican. (1996). Hubungan Manusia Dalam Organisasi. Kuala
Lumpur: Utusan Publication.
Pines. (1982). Changing Organizations: Is Work Environment Without Burnout An Impossible Goal? In W.
Paine (ed), Job Stress and Burnout. Beverlu Hills, CA:.Sage.

78

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Robiah Sidin. (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rucci A. J., Kirn S. P., & Quinn, R. T. (1993). The Employee Customer Profit chain At Sears.: Harvard
Business Review.
Weber, Max, dalam Hoy dan Miskel C. G. (1991). Educational Administration, Theory Research and Practice,
(Edisi 4). New York: McGraw Hill.
Yukl, G. A, & Wexley, K. N. C. (1984). Organization Behavior and Personnel Psychology. Illinois: IRWIN.
Zeisel, J. (1981). Inquiry by Design. Montorey: Cole.Pub.Co.

79

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Lampiran

Rajah 1: Kerangka kajian

Rajah 2: Graf skor min bagi aspek gaya kepimpinan

80

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Rajah 3: Persekitaran kerja

Rajah 4: Kepuasan kerja


Jadual 1: Skala Likert
SKALA LIKERT

PERNYATAAN

Sangat Tidak Setuju

STS

Tidak Setuju

TS

Kurang Setuju

TP

Setuju

Sangat Setuju

SS

Sumber: Mohd Majid Konting, 2000

81

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014


Jadual 2: Tahap Kecenderungan Skor Min
JULAT SKOR MIN

TAHAP

1.00 2.33

Rendah

2.34 3.67

Sederhana

3.68 5.00

Tinggi
Jadual 3: Jantina

JANTINA

FREKUENSI (f)

PERATUS (%)

Lelaki

21

Perempuan

34

79

Jumlah

43

100

Jadual 4: Umur
UMUR

FREKUENSI (f)

PERATUS (%)

21-30 tahun

18.6

31-40 tahun

29

67.4

41-50 tahun

9.3

>50 tahun

4.7

Jumlah

43

100

Jadual 5: Kelulusan Akademik


KELULUSAN
AKADEMIK

FREKUENSI (f)

PERATUS (%)

Diploma

16.3

Sarjana Muda

22

51.2

Sarjana/PhD

14

32.6

Jumlah

43

100

Jadual 6: Kumpulan Perkhidmatan


KUMPULAN
PERKHIDMATAN

82

FREKUENSI (f)

PERATUS (%)

Pengurusan & Profesional


(DH48-54)

Pengurusan & Profesional


(DH41-44)

33

76.7

Sokongan 1 (DH29-36)

16.3

Jumlah

43

100

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014


Jadual 7: Tempoh Perkhidmatan
TEMPOH
PERKHIDMATAN

BILANGAN (f)

PERATUS (%)

1-5 tahun

15

34.9

6-10 tahun

13

30.2

11-15 tahun

12

27.9

16-20 tahun

Jumlah

43

100

Jadual 8: Unit / Bahagian


UNIT/BAHAGIAN

BILANGAN (f)

PERATUS (%)

Penyejukan & Penyamanan


Udara

12

27.9

Teknologi Maklumat

11

25.6

Akauntansi

11.6

Pengajian Am

18.6

Pengambilan

2.3

Peperiksaan

2.3

Hal Ehwal Pelajar

2.3

Latihan Industri

4.7

PSH

4.7

Jumlah

43

100

Jadual 9: Gaya Kepimpinan


Bil

Item

Min

Sisihan
Piawai

Tafsiran Min

Pengurusan PSH telah menjalankan perancangan kursus PSH


pada setiap awal tahun

4.21

.600

Tinggi

Ketua saya telah menerangkan objektif PSH kepada saya dengan


jelas

4.02

.707

Tinggi

Ketua saya memiliki pengetahuan yang luas untuk menguruskan


program PSH

4.19

.699

Tinggi

Pengurusan PSH memaklumkan tentang tanggungjawab saya


untuk mengurus dan mengajar kursus pendek dengan jelas

4.12

.499

Tinggi

Pengurusan PSH memberikan tempoh masa yang cukup untuk


saya membuat persediaan program PSH

3.72

.701

Tinggi

Ketua saya sering memantau kursus pendek yang saya jalankan

3.60

.728

Sederhana

Pengurusan PSH sentiasa membantu dalam menyelesaikan


masalah PSH yang saya kendalikan

3.93

.778

Tinggi

Pengurusan PSH sedia untuk menerima sebarang teguran


berkaitan keberkesanan pengurusan kursus PSH

4.00

.787

Tinggi

83

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

Pengurusan PSH memberikan kuasa


menguruskan pelaksanaan program PSH

10

sepenuhnya

untuk

4.07

.704

Tinggi

Ketua saya sering memberi pujian setelah berjaya melaksanakan


kursus PSH

3.63

1.024

Sederhana

11

Ketua saya menegur kesilapan saya dengan cara yang berhemah

3.93

.828

Tinggi

12

Ketua saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan


program PSH

4.05

.688

Tinggi

13

Pengurusan PSH memberikan pengiktirafan dan penghargaan


kepada saya sekiranya mencapai sasaran yang ditetapkan

4.14

.915

Tinggi

Min Keseluruhan

3.97

.743

Tinggi

Jadual 10: Persekitaran Kerja

84

Bil

Item

Min

Sisihan
Piawai

Tafsiran Min

Mengajar dan menguruskan kursus PSH adalah sebahagian


daripada tugas saya

4.23

.571

Tinggi

Saya merasakan beban kerja yang lebih apabila diminta


mengajar kursus PSH

3.70

1.013

Tinggi

Saya diberi flexi time apabila mengajar kursus PSH di luar


waktu pejabat

3.30

1.245

Sederhana

Bayaran perlu diberikan kepada saya apabila mengajar kursus


PSH di luar waktu pejabat

4.14

.804

Tinggi

Saya bersedia menjalankan kursus PSH jika mendapat bayaran

3.95

.844

Tinggi

Kemudahan untuk menjalankan kursus PSH di kolej adalah


mencukupi

3.33

.944

Sederhana

Bilik operasi pengurusan kursus PSH disediakan

3.93

.936

Tinggi

Tarikh pelaksanaan kursus PSH tidak menentu

3.91

.648

Tinggi

Saya diarahkan mengajar kursus yang bukan bidang saya

3.00

.926

Sederhana

10

Rakan sekerja memberikan kerjasama dalam menjalankan kursus


PSH

4.12

.662

Tinggi

11

Saya menjalankan kursus PSH dibantu oleh rakan sekerja

4.05

.653

Tinggi

12

Saya melaksanakan pelbagai kursus PSH walaupun di luar


bidang kebolehan saya

3.56

1.098

Sederhana

13

Kursus yang saya ajar kurang diminati peserta

3.14

.833

Sederhana

14

Kursus yang saya ajar sangat popular

3.26

.790

Sederhana

Min Keseluruhan

3.69

.855

Tinggi

Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014


Jadual 11: Kepuasan Kerja
Bil

Item

Min

Sisihan
Piawai

Tafsiran Min

Pendapatan saya setimpal dengan perkhidmatan yang saya


berikan

3.60

.728

Sederhana

Markah prestasi perkhidmatan oleh ketua saya meliputi


penglibatan saya dalam menjalankan kursus PSH

3.79

.773

Tinggi

Bila melaksanakan kursus PSH di luar kolej saya dibenarkan


flexitime

3.28

1.120

Sederhana

Saya diminta melaksanakan kursus PSH meskipun dalam


tempoh bercuti

3.00

1.000

Sederhana

Kursus PSH tetap dilaksanakan meskipun pada hari cuti am.

3.56

.908

Sederhana

Saya mempunyai insuran perlindungan diri

3.58

1.239

Sederhana

Saya diberikan saguhati setelah melaksanakan kursus PSH

2.74

.954

Sederhana

Saya dibenarkan mengambil cuti gantian jika melaksanakan


kursus PSH pada hujung minggu selama 9 jam

4.21

.804

Tinggi

Penghargaann yang diberikan oleh ketua saya meningkatkan


semangat berkerja

3.72

.959

Tinggi

10

Saya mendapat latihan khusus untuk melaksanakan kursus PSH

3.05

1.154

Sederhana

Min Keseluruhan

3.45

.964

Sederhana

Jadual 12: Min Keseluruhan


Perkara

Min

Tafsiran Min

Gaya Kepimpinan

3.97

Tinggi

Persekitaran Kerja

3.69

Tinggi

Kepuasan Kerja

3.45

Sederhana

85

Anda mungkin juga menyukai