Anda di halaman 1dari 3

KEDUDUKAN ULAMA DI DALAM ISLAM

Ulama itu ialah mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh allah azzawajalla
tentang islam yang lengkap dan syumul serta mereka hanya takut kepada allah semata
mata.Dalam hal ini allah telah menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud:
sesungguhnya yang takut kepada allah dari kalangan hamba hambanya ialah
para ulama (fhatir :28)
Untuk menentukan kemuliaan dan ketinggian kedudukan ulama didalam islam,allah taala
telah berfirman didalam alquran yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad)apakah sama kedudukan golongan yang
berilmu dengan golongan yang tidak berilmu,sesungguhnya yang mempunyai akal yang
waras sahajalah selalu ingatkan perintah Allah (azzumar:9)
Rasulullah s.a.w menjelaskan berkenaan kedudukan ulama dalam sabdanya:
MafhumNya: Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,allah
memudahkan baginya jalan ke syurga,dan sesungguhnya para malaikat meletakkan
sayapnya untuk penuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya dan
sesungguhanya orang orang alim itu meminta ampun baginya oleh sekelian yang ada
dilangit dan dibumi sehingga ikan ikan di air turut meminta ampun baginya.Dan
kelebihan orang alim berbandig dengan orang yang beribadat seperti kelebihan bulan
berbanding dengan sekalian bintang.Dan para ulama itu adalah pewaris para nabi dan
sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan emas dan perak malahan mereka
meninggalkan ilmu pengetahuan.Sesiapa yang menerima maka dia telah mendapat
bahagian yang cukup sempurna.
(Riwayat Abu Daud)
Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Mafhumnya: Sesungguhnya perumpamaan para ulama di muka bumi laksana
bintang di langit yang menjadi pedomam didalam kegelapan di darat dan dilaut,maka
apabila bintang itu telah gelap maka hampirlah juru petunjuk itu sesat.
(Riwayat Imam Ahmad)
Ternyata daripada perbentangan diatas bahawa ulama itu mempunyai kedudukan yang
tinggi disisi allah taala.Rasulullah s.a.w meletakkan mereka sebagai pewaris
nabi.Pewaris Nabi itu dalam ertinya ialah: Menggalang ganti kenabian didalam urusan
agama dan mentadbir dunia dengannya.
Islam menghendaki supaya ulama menjadi pengganti para nabi dalam urusan mentadbir
dunia dan menjaga agama.Itulah yang di fahami oleh para sahabat nabi dan para cerdik
pandai Islam.
Sayyidina Abu Bakar As Siddik<Umar al Khatab,Uthman ibnu Affan,Ali bin abi Talib
dan lain lain para khulafa memberi contoh yang jelas kepada kita bagaimana cara
mewarisi peninggalan para nabi dari sudut menjaga agama dan mentadbir dunia.

Justeru itu para cerdik pandai islam menulis buku di bidang siasah dan pentadbiran
negara menyatakan bahawa jawatan jawatan penting di dalam negara seperti
Khalifah,perdana menteri dan para hakim hendaklah di sandang oleh para ulama
mujtahidin dari kalangan umat islam.hal ini adalah jelas jika kita meneliti penulisan
penulisan al imam as Syafie,al Mawardi,Abu Yala ,Ibnu Khaldun ,Imam Haramain Al
Juwaini,Imam Al Ghazali dan lain lain.
Bertolak dari kajian kajian dan kenyataan yang dibuat oleh para Ulama yang muktabar
dizaman silam,maka para penulis dan penganalisa islam yang jujur dan ikhlas di zaman
sekarang membuat rumusan.Antara lainnya ialah:
1.

Bahawa pemerintahan islam itu adalah pemerintahan yang berasaskan agama,

Hal ini antara lainnya di asaskan kepada kata kata imam Al Ghazali:
Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal.Maka sesuatu yang tidak mempunyai
asas ia akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal ia akan hilang.
2.

Ianya kerajaan yang dipimpin oleh para Ulama

Hal ini di petik dari beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan islam yang
menyatakan bahawa salah satu daripada syarat syarat kelayakkan untuk menjadi
pemimpin negara,Perdana Menteri dan Hakim Negara islam ialah mesti mengetahui
syariat islam smapi kepada peringkat ijtihad.
3. Pemerintahan itu mestilah berdasarkan kepada apa yang di turunkan oleh allah
Hal ini terlalu jelas apabila kita meneliti kepada firman allah taala yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu menjalankan hukum (pemerintahan) dikalangan mereka
berdasarkan kepada apa yang di turunkan oleh allah
Siapakah yang lebih arif tentang tentang apa yang telah diturunkan oleh allah kalau tidak
ulama.Piagam al Madinah menyatakan bahawa rujukan kepada kerajaan islam itu ialah
kitab allah dan sunnah rasulullah s.a.w
Sabda rasulullah s.a.w mafhumNya:
Dan sesungguhnya apa jua yang berlaku dikalangan mereka yang mendatangi
piagam ini atau yang mengkhuatiri berlaku kerosakan atau keharuman maka kitab allah
dan sunnah RasulNya menjadi rujukan
Imbas kepada apa yang di bentang dan apa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan
di zaman khulafa Ar Rashidin mengajak kita merenung dan berfikir serta serta membuat
rumusan tentang kedudukan ulama di dalam sebuah politik sebuah negara.Mereka bukan
sekadar di wajibkan untuk melibatkan diri di dalam kancah politik malahan menjadi
tunggak kepada kepimpinan negara.Perkara ini jelas apabila al imam Al-Mawardi
menyatakan antara lainnya:

Apabila berlaku kekosongan jawatan ketua negara maka dua golongan masyarakat
haruslah tampil kehadapan untuk mengisi kekosongan itu.golongan yang pertama ialah
golongan yang mempunyai kelayakkan menjadi calon (ketua negara) manakala golongan
kedua pula ialah golongan yang layak menjadi penapis calon.Golongan yang layak
menjadi calon sudah tentu dari kalangan Ulama kerana salah satu daripada syarat syarat
kelayakan itu ialah memahami syariat sampai keperingkat ijtihad.
Golongan Ulama bukan sahaja sekadar menjadi penasihat kepada negara atau kerajaan
tetapi mereka adalah pemegang polisi kepada perlaksanaan negara.
Perbahasan mengenai kedudukan Ulama dan keterlibatan mereka dalam politik tanahair
berlaku apabila negara negara umat islam di sekularkan oleh penjajah.Mereka lah
penjajah yang memisahkan agama dan politik.Mereka mengasingkan cara hidup umat
islam iaitu satu cara ialah hidup secara perseorangan dan kekeluargaan dan satu lagi
hidup secara bernegara.Mereka mengekalkan cara hidup kekeluargaan mengikut hukum
islam manakala cara hidup bernegara mereka pisahkan dari islam.
Keadaan ini menjadikan sistem politik pentadbiran,perundangan,pendidikan,
kemasyarakatan,perekonomian dan lain lain negara umat islam hari ini di wujudkan dua
penasihat.Penasihat agama yang di namakan mufti dan satu lagi penasihat undang undang
yang lazimnya tidak ada kena mengena dengan islam.Dalam hal yang mustahak
sedemikian pun para mufti tidak diberi apa apa kuasa atau peranan yang mustahak
didalam sebuah negara.Mereka tidak dianggap orang penting.
Pandangan mereka tidaklah wajib ditaati jika dibandingkan dengan pandangan dan kuasa
penasihat undang undang atau peguam negara.Ekoran dari itu institusi ulama tidak di
beri pengiktirafan,penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya.Dalam keadaan
begini Ulama pula berpecah kepada beberapa golongan.Hal ini boleh kita dapati dalam
perbincangan yang selanjutnya.
ULAMA ISLAM DI ZAMAN SEKARANG

Anda mungkin juga menyukai