Anda di halaman 1dari 5

Alat Bantu Mengajar

Nama: Papan Interaktif


Pengenalan
Papan atau board interaktif ini merupakan satu alat bantu mengajar hasil kerja guru
menggunakan span board dan mounting board. Papan ini mampu membantu guru
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan ketika
aktiviti perkembangan.
Objektif
Tujuan papan ini direka adalah untuk membantu guru dalam aktiviti PdP dimana
murid-murid boleh merasai sendiri dengan menyentuh alat tersebut dan merasai
keseronokan

belajar.

Objektif

utama

alat

ini

adalah

untuk

menunjukkan

perbandingan antara dua konsep. Teknik pembelajaran menggunakan alatan bantu


mengajar ini adalah berpusatkan murid. Dimana murid yang akan melakukan aktiviti
tersebut manakala guru akan membantu murid ketika mereka menghadapi
kesukaran.
Perlaksanaan
Alat bantu mengajar ini digunakan dalam aktiviti perkembangan 1 dalam subjek
pendidikan kesihatan tahun 4. Tajuknya adalah Keluarga sihat. Dalam aktiviti ini,
guru akan menyuruh pelajar untuk hadir kehadapan kelas dan menanggalkan
gambar yang menunjukkan aktiviti-aktiviti negatif yang perlu dielakkan oleh seorang
murid. Guru kemudiannya akan menyoal rasional mengapa mereka menanggalkan
gambar tersebut dan menghubungkannya dengan gambar yang menunjukkan aktiviti
sihat yang dilakukan bersama keluarga.

Impak
Kelebihan
Kekurangan
1. Papan ini boleh digunakan dalam
1. Papan

ini

agak

besar

dan

apa-apa subjek atau topik selagi

memerluakan ruang penyimpanan

tujuan

jika tidak digunakan.

penggunaannya

untuk

adalah

menunjukkan

perbandingan.
2. Menarik kerana

guru

boleh

2.

menghiaskannya dan menambah


unsur-unsur

kreativiti

Guru perlu mengeluarkan sedikit


modal untuk membinanya.

dalam

papan ini.

Kesimpulan
Kesimpulan daripada pembinaan alat bantu mengajar ini adalah ianya mampu
menarik perhatian pelajar selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan
bertambah menarik. Selain itu guru boleh menggunakannya dalam mana-mana
subjek dan ini menunjukkan alat ini pelbagai guna dan tidak hanya khas kepada satu
aktiviti.

LAMPIRAN

( Lakaran Pertama)

(Kedudkan asal sebelum aktiviti)

( Selepas murid melakukan aktiviti)

Anda mungkin juga menyukai