Anda di halaman 1dari 21

CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD

KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI MASALAH


KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ
SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA.

1.1

Pernyataan Masalah

Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini, maka penyelidik
merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani masalah pelajar yang mengalami
kemurungan. Dengan ini kajian yang akan dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai
persoalan berkaitan kaunseling Islam dan masalah kemurungan pelajar. Penyelidik juga berusaha
meninjau sejauh mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia (PSA) bagi membantu pelajar menangani
masalah kemurungan yang dihadapi.
1.2
i.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani masalah kemurungan


pelajar?

ii.

Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami kemurunagan?

iii.

Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?

iv.

Apakah salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan?

v.

Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani masalah kemurungan


pelajar?

1.3

Objektif Kajian
Berdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSA mendapati
mereka lebih selesa menggunakan pendekatan Roger dan Rational, Emotional, Behavior
Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi, pendekatan ini disesuaikan dengan
latar belakang klien dan masalah yang dihadapi. Adalah didapati bahawa sekitar 40% kes
yang dikendalikan berkaitan masalah ponteng kelas, masalah pembelajaran, pergaulan
rakan sebaya, dan masalah keluarga yang mengakibatkan pelajar tidak ada motivasi untuk
meneruskan pembelajaran atau pengajian dan sebagainya. Bilangan gender pelajar lelaki
dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hanya 30% pelajar dirujuk atas
kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat tugasan dan sebagainya. Walau
bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang sukar untuk berkomunikasi, kaunselor akan
menggunakan terapi seni dan mengisi borang soal selidik agar klien lebih bersedia untuk
berkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya.

Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr atau pegawai


psikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa sesi kaunseling
dijalankan. Oleh itu penyelidik bertanggungjawab untuk membantu pelajar menangani

masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar masalah yang dihadapi
sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam erti kata penyakit kejiwaan
hanya

boleh

dirawat

dengan

pengisin

rohani.

Objektif kajian ini ialah:


i.

Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di PSA.

ii.

Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah kemurungan.

iii.

Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.

iv.

Menganalisis tingkah laku yang dilakukan pelajar kemurungan.

v.

Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.

1.4

Metodologi Kajian
1.4.1

Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan.


1.4.2

Lokasi Kajian

Lokasi penyelidikan ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
1.4.3

Sampel Kajian

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada pendapat Chua
Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur
persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai
responden kajian. Oleh yang demikin, penyelidikan ini menggunakan persampelan
bertujuan yang mana hanya pelajar kemurungan yang dikenal pasti melalui soal selidik
inventori Beck akan dipilih sebagai sampel kajian.
1.4.4

Pengumpulan Data

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual
tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis
temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak
berstruktur.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif iaitu temu
bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat. Temu bual
secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual. Soalan temu bual
dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil pelajar kemurungan,
faktor-faktor penyebab kemurungan dan salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami
kemurungan.
Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas berkaitan
pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah kemurungan meliputi
faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar mengalami kemungan.

Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akan digunakan bagi
mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan, menganalisis faktorfaktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar yang
mengalami kemurungan. Soal selidik Inventori Beck yang diubahsuai .
1.3.5

Penganalisisan Data

Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for
Sosial Science (SPSS).
1.5

Limitasi Kajian

Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah yang mengalami masalah kemurungan.
1.6

Tinjauan Literatur

1.6.1 Pendekatan Kaunseling


Kaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di antara seorang klien
yangmempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu
klien bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Justeru antara masalah yang dihadapi
ialah penerokaan diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang lain, penentuan masa
hadapan sebagainya.
Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan oleh
keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi
kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau
kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh
kepuasan kendiri yang lebih tinggi .

Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang mendapat


latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor
Islam dirujuk kepada sifat-sifat kenabian. Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah seseorang
kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempurna.
Kecekapan seorang kaunselor harus merujuk kepada Association For Spititual ,
Ethical and Relidions Value in Counseling (1995). Antara lain menjelaskan kaunselor yang
menggunakan dimensi agama dan sipiritual perlu mempunyai beberapa kebolehan seperti:
i.

Dapat memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan spiritual.

ii.

Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan amalan dalam konteks
budaya.

iii.

Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan agama dan spiritual yang
dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman dan penerimaan dalam sistem kepercayaan
tertentu.

iv.

Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian agama dan ekspresi spiritual
dalam komunikasi klien.

v.

Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman pegangan agama dan ekspresi
spiritual klien.

vi.

Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses kaunseling yang memberikan
kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat oleh klien.
1.6.2

Pendekatan Kaunseling Islam

Kaunseling dalam Islam mempunyai pengertian dan kedudukan tersendiri. Ini bersesuaian
dengan syariat Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pelaksanaan
kaunseling menurut Islam mestilah berdasarkan syariat dan bukannya sekadar proses
menolong dan membantu individu tersebut menyesuaikan diri dengan pelbagai masalah
yang dihadapinya mengikut pendekatan Barat sematamata (Salasiah, Zainab , Adawiyah , Nadhirah, 2011) .
Bagi Dr. Hasan Langgulung(1997), kaunseling Islam ialah, satu proses pengajaran
dan pembelajaran psiko-sosial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) anatara
kaunselor dan klien. Dalam proses ini diaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah yang
profesional yang bertujuan menolong klien menyelesaikan masalah, mengenali diri,
memahami kebolehan-kebolehan kendiri, menggalakkan klien untuk menerima qada dan
qadar Allah S.W.T serta membuat keputusan berpandukan syariah Allah sehingga ia (klien)
sendiri menghendaki yang halal dan meninggalkan yang haram bersama keredaan Allah
S.W.T
Kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan perhubungan diantara
seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk
membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi tetapi mencakupi hal-hal berkaitan
dengan keimanan seseorang seperti ketuhana, alam akhirat, dosa, pahala , syurga, neraka,
hari kiamat, untung baik, untung jahat dan sebagainya (Kamal,1995)
Kaunseling Islam boleh ditarifkan sebagai usaha membantu klien menangani
permasalahan

kehidupan termasuk kejiwaan dengan menghubungkaitkan hubungan

dengan Allah S.W.T . Terapi solat, wirid , doa dapat membantu memberikan ketenangan
kepada klien untuk menghadapai masalah semasa dan menyelesaikan sendiri masalah di
masa hadapan.
Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dalam Mardzelah (2003), proses
kaunseling disebut sebagai Hisbat iaitu arahan mengerjakan kebaikan dan menegah
kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T . Ini menjelaskan bahawa
pendekatan Hisbat dalam Kaunseling Islam sebenarnya merangkumi matlamat kaunseling
yang berteraskan kepada konsep tolong menolong ke arah kebaikan dan menjauhi

kemngkaran atau dikenali sebagai al-amr bi al-maruf

Definisi- definisi

wa al-nahy an al-munkar.

yang diutarakan di atas merangkumi aspek perhubungan,

pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta dimensi-dimensi lain yang menjadi
pengenalan asas kepada prinsip kaunseling. Sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang
kaunselor Islam ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah . Rasulullah S.A.W merupakan
seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh semua kaunselor (Mohamed Sharif,
1998). Berikut dibincangkan sifat-sifat dan konsep utama yang harus menjadi landasan
kepada tugas-tugas seorang kaunselor Islam :
i.

Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

ii.

Jujur dan Ikhlas

iii.

Benar (Sidiq)

iv.

Berani

v.

Adil

vi.

Pemurah dan ramah-tamah

vii.

Sabar dan tenang

viii.

Adab dan akhlak

ix.

Percakapan yang baik

x.

Tidak munafik

xi.

Menepati janji

Bagi Asmah Bee (2004) berpendapat, seorang kaunselor Islam perlu melengkapkan
dirinya dengan pengetahuan asas berhubung dengan pengetahuan Islam. Yang jelas ialah
apa yang paling asas adalah menyedari kekuatan manusia tidak boleh menandingi kekuatan
Allah S.W.T. Proses kaunseling perlulah melalui beberapa prinsip yang telah ditetapkan
oleh Islam iaitu sorang kaunselor harus sentiasa peka dengan Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui , kerana
sesungguhnya

pendengaran

dan

penglihatan

serta

hati,

semuanya

itu

akan

dipertanggungjawabkan. Al-Isra: 36.


Antara matlamat kaunseling Islam , Imam al-Ghazali (Kamal Abdul Manaf, 2000) :
i.

Mengembangkan personaliti individu ke arah yang positif untk menyelesaikan segala


kerumitan dengan berkesan dalam kehidupannya.

ii.

Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan menuruti masyarakat


melalui perkembangan konsep kendiri.

iii.

Membekalkan pengalaman-pengamalan baru yang dapat mewujudkan peluang-peluang


kepada klien supaya mereka memahami perbezaan diri mereka dengan kehidupan.

iv.

Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran
serta orang lain.

v.

Dalam Islam, matlamat akhir seseorang insan adalah untuk berjaya menjadi khalifah Allah
S.W.T di bumi ini dan beribadat kepada-Nya. Seseorang kaunselor mesti memahami
matlamat khususnya yang terakhir ini.
Manakala Imam al-Ghazali berpandangan bahawa

proses kaunseling tidak

memerlukan seseorang kaunselor menyediakan sesuatu jawapan yang khusus untuk


sesuatu permasalahan, atau

untuk mengubah sesuatu tingkah laku yang tertentu.

Sebaliknya kaunselor membantu klien berasa lebih terbuka terhadap pelbagai pengalaman
mereka dan dapat menerima orang lain. Perubahan klien ini boleh dilihat sebagai seorang
yang lebih sosial dan matang. Justeru Imam al-Ghazali menganjurkan supaya kaunselor
membantu klien melalui beberapa kaedah:
i.

Menjadikannya normal supaya mereka mengenali diri dan persekitaran mereka.


ii.

Membantu

klien

menemui

cara-cara

atau

pendekatan

yang

lebih

baik

untuk mereka menyelesaikan kerumitan yang dihadapi.


Berdasarkan anjuran ini , maka kaunselor tidak perlu menyediakan jawapan yang
khusus untuk sesuatu tingkah laku tertentu yang perlu dilakukan klien
sebagai matlamat kaunseling.

Menurut Yatimah dan Mohd. Tajudin (2008), proses kaunseling model al-Ghazali
merangkumi

aspek-aspek musyararah (

menetapkan

semakan), muaqabah (

syarat),

muraqabah (audit

atau

dendaan), mujahadah(bersungguh-sungguh)

dan muatabah (celaan) .


Langkah-langkah kaunselign model al-Ghazali bagi proses membantu klien atau
orang bermasalah menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:
i.

Langkah 1: Pengenalan dan bina hubungan

ii.

Langkah 2: Meneroka diri dan masalah

iii.

Langkah 3: Mengenal pasti punca dan jenis masalah.

iv.

Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan penyakit

v.

Langkah 5: Penilaian

Manakala menurut Salaiah et.al (2011) kemahiran kaunseling yang boleh


digunakan ialah :
i.

vi.

Kemahiran menyoal
ii.

Kemahiran membuat dorongan minimum

iii.

Kemahiran membuat konfrantasi

iv.

Kemahiran refleksi emosi

v.

Kemahiran refleksi pengalaman

vi.

kemahiran membuat prafrasa

Kemahiran membuat rumusan besar

Berdasarkan kepada kedua-dua model di atas menunjukkan adanya sedikit


perbezaan.Bagi

al-Ghazali, ia lebih menumpukan kepada proses membantu klien

menggunakan pendekatan Islam dan menumpukan kepada klien beragama Islam. Ini
kerana menurut al-Ghazali, masalah yang dihadapi oleh manusia berpunca daripada tidak
memahami tujuan sebenar kehidupan iaitu mengabdikan diri kepada Allah.
Surah al-Anbiya ayat 7
Bermaksud: maka bertanyalah kamu kepada ahl al-Dhikr, jika kamu tidak mengetahui.

Menurut al-imam Nawawi


Maksudnya: Digalakkan
mengenainya

kepada

sesiapa

yang

menghadapi

masalah

berbincang

dengan sesiapa yang ia percaya sama ada dari aspek agamnaya,

pengalamannya, kecerdikannya, kebijaksanaannya, kewarakannya serta ketelusannya


(empati).
Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis kaunseling dapat disimpulkan di sini
bahawa

kaunseling

Islam

mengemukakan

satu

pendekatan

yang

berorientasikan

pembersihan rohani sebagai suatu kaedah bagi menyelesaikan masalah kecelaruan jiwa .
Pendedahan terhadap amalan-amalan tertentu sebagaimana dikemukakan oleh Rasulllah
S.A.W untuk para sahabat yang menghadapi tekanan perasaan, menjelaskan bahawa
dalam konteks kaunseling Islam penyelesaian masalah bukan sahaja bergantung kepada
tindakan klien semata-mata tetapi juga berhubung rapat dengan dimensi ketuhanan dan
kerohanian.

Pendekatan kaunseling Islam dan juga amalan-amalan seperti solat, doa, zikir
tersebut amat sesuai disarankan kepada klien dalam usaha mengatasi setiap masalah atau
menangani masalah kemurungan dan menghindari klien daripada terus
mengalami kesedihan.

Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Kuperkenanakan


bagimu.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Aku
(berdoa) alan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dan dina.
Hadis yang menganjurkan setiap individu berdoa apabila menghadapi masalah atau
apa jua konflik yang menimpa:
Maksudnya: tidak ditimpakan kebimbangan dan kesedihan seseorang kamu, lalu ia
berkataWahai Tuhanku, aku hamba-Mu, anak- anak dari hamba-Mu, anak daripada hamba

perempuan-Mu, ubun-ubunya dalam gengaman-Mu berlaku padaku hukum-Mu, adil segala


ketentuan-Mu, aku bermohon pada-Mu dengan segala nama yang engkau namakan dari
diriMu, yang engkau turunkan dalam kitab-Mu, yang telah engkau ajarkannya kepada
seseorang dari makhluk-Mu, Engkau sendiri yang mengetahuinya dalam ilmu ghaib-Mu,
agar Engkau jadikan al-Quran sebagai cahaya penerang dan penyejuk hatiku, penghilang
dukalara, resah gelisah dan pengikis kebimbanganku.. (H.R. Bukhari)
Menurut Mohamed Sharif (1998) doa adalah jalan yang disediakan oleh Allah S.W.T
bagi umahnya meminta sesuatu daripada-Nya, tidak kira sama ada yang berkaitan dengan
fizikal ataupun spiritual. Dengan menyebut nama Allah melalui zikir dan meminta limpah
kurnia-Nya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi seseorang individu mencari
ketenangan hidup.
Doa
Dalam surah Ghafir ayat 60 : Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah-Ku (berdoa) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam
kebenaran (Al-Baqarah:186)
Menurut Zakiah Drajat (dalam M. Darojat , 2006) doa dapat memberikan rasa
optimis, semangat hidup dan menghilangkan perasaan putusasa ketika seseorang
menghadapi masalah. Doa mempunyai makna penyembuhan bagi stres dan gangguan
kejiwaan. Doa juga mengundang manfaat untuk pencegahan terhadap terjadinya
kegoncangan jiwa dan gangguan kejiwaan.

Zikir
Zikir (a-dhikr) mengingati Allah juga merupakan suatu bentuk rawatan ronahi yang
amat berguna untun mengembalikan ketenagan dan ketenteraman jiwa.

Apabila

dilaksanakan secara berterusan (iltizam) dan dengan hati yang ikhlas, ia mendatangkan
kesan yang tidak terhingga kepada peribadi dan tingkah laku manusia. Ia juga sebagai
perisai yang dapat menghalang manusia daripada gangguan iblis dan syaitan .
(al-Quran :Ar- Rad: 28)
Istigafar:

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan ke atas pelajar yang menjalani proses


rawatan pendekatan kaunseling Islam iaitu wirid, doa dan muhasabah diri mendapati
rawatan ini dapat mengembalikan keyakinan sampel penyelidikan yang akhirnya dapat
mengurangkan masalah kemuruangan yang mana setanding dengan terapi Barat (Iran
Herman, Asmah Bee: 2003)
Penyelidik berkeyakinan bahawa rawatan melalui pendekatan Islam seperti doa,
wirid dan solat dapat memberikan semangat baru yang lebih positif dalam menghadapi
kehidupan dan cabaran masa hadapan.

1.6.3

Kemurungan

Olthman dan Emely (1998) mendefinisikan kemurungan sebagai :Depression can


refer to either to a mood or clinical syndrome a combination of emotional, cognitive and
behavioral syamptoms. Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak,
malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan gender. Menurut Kauffman (2001)
kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang kontroversial sejak
beberapa dekad yang lalu.
Kemurungan juga dianggap sebagai penyakit zaman ini.

Ianya tidak hanya

berbahaya secara kejiwaan tetapi boleh juga merosakkan aspek fizikal. Gangguan
kemurungan adalah berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan dadah, gangguan tidur,
gangguan pada kulit , perut dan tekanan darah dan akhirnya boleh bertindak agresif seperti
membunuh orang atau membunuh diri.
Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang tidak
seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan dengan kekecewaan
atau tekanan dalam kehidupan harian mereka. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey, (2005) mendapati bahawa apabila
seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima remaja akan mengalami
kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001) kemurungan dalam kalangan remaja
memerlukan perhatian dan intervensi yang baik.
Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan kombinasi
emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku

( Oltmanns&Emery,

1995) . Ia juga merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan dan termasuk penyakit
minda yang memberi kesan psikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku suka
menyalahkan diri sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup.
Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan dalam kalangan remaja
memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Turkington & Kaplan (dalam See Ching Mey, 2005) mendapati bahawa apabila seseorang
yang mencapai umur 15 tahun satu daripada limaorang remaja akan mengalami
kemurungan.

Menurut Iran Heman (2003) kajian-kajian yang dilakukan terhadap fenomena


kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke
peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinik
kurang diberi perhatian.
Manakala Iran Herman (2005) kajian-kajian lepas yang dilakukan terhadap
fenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari peringkat kanak-kanak
sehinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu
masalah klinikal kurang diberikan perhatian. Mengikut kajian Lee (1987) dalam Mohammad
Alfian ( 2006 )

mendapati 140 pelajar tahun empat universiti menunjukkan pelajar

ini mengalami kemurungan yang disebabkan kesunyian emosi dan kesunyian sosial.
Dalam bidang psikiatri pula masalah ini tidak mendapat perhatian yang serius dari manamana pihak sehingga lewat tahun 1970-an (Iran Herman, 2003). Kesukaran mendefinisikan
secara operasional simptom kemurungan juga dan dalam menentukan kemurungan pada
kanak-kanak dikatakan halangan yang besar kepada penyelidikan dalam bidang ini.
Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan ia telah menjadi
satu usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalah kanak-kanak mula diberikan
perhatian khusunya di Amerika Syarikat (Schulterbandt dan Raskin, 1977) .
Menurut Jamaludin et al. (2010 ) terdapat beberapa simptom kemurungan bagi
mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom kemurungan atau tidak.
Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu afektif, kognitif, tingkah
laku dan fisiologi. Setiap aspek ini berkait antara satu sama lain. Menurut Mohd. Farhan
dan Uzair (2008) faktor utama yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor
kepenatan diikuti oleh faktor motivasi akademik, kognitif dan emosi.
Menurut Al-Kindi ( dalam Rizal:2009) kemurungan berpunca daripada kegagalan
seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya. Oleh yang
demikian boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi kesediahan dan kemurungan
kerana kehendak manusia itu tiada batasannya sedangkan ia tidak mampu untuk mencapai
atau memenuhi semua kehendak tersebut.
Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan faktor kerosakan,
kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat disayangi oleh seseorang.
Sementelahan pula semua faktor ini tidak boleh dipertahankan buat selamanya seperti
harta,

orang

yang

disayangi

dan

dikasihi,

wang

ringgit

dan sebagainya.
Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang akrab dalam
kehidupan klien telah menyebabkannya menghadapi masalah pembelajaran.Di samping itu
faktor persekitaran kejadian masa lalu seperti jenayah rogol membawa kepada penyumbang

kemurungan. Kajian oleh Briere (dalam Shazli Ezzat :2006) membuktikan kaitan rapat yang
wujud antara mangsa dengan kemurungan. Simptom kemurungan yang dihadapi seperti
berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal untuk memberi tumpuan dan lantaran
tidur yang berlebihan.
Beck (1976) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkan individu mengalami
kemurungan. Faktor-faktornya ialah:
i.

Penyalahan diri
ii.

Kasihan diri

iii.

Rasa kasihan kepada pihak lain.

Menurut Beck (1976) lagi penyalahan diri bermaksud mempercepatkan seseorang


bersalah kerana kelakuan yang salah. Apabila perasaan menyalahkan diri ini wujud dalam
diri sendiri, maka ia cenderung untuk terus menkritik diri dan membenci diri sendiri.
Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang jahat dan tidak
berguna lagi. Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akan menyebabkan individu
akan berasa terganggu dan mungkin berasa ingin menangis, berdiam diri atau bersedih
secara tidak langsung yang mana akan membawa kepada kemurungan.
Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikan kepada tiga
faktor utama seperti:
i.

Kepenatan

disebabkan

pembelajaran
ii.

keletihan,

dan

kesukaran

kurang

tumpuan

menyiapkan

terhadap
tugasan.

Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada dibelenggu dengan kekusutan
pemikiran dan emosi dalam kehidupan mereka.

iii.

Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor berkaitan akademik, masalah
kelas dan masalah motivasi.
Kendatipun Ibu Sina berpendapat penyakit kemurungan yang tidak ditangani dengan
baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologi seseorang dan
mendorong kepada perlakuan membunuh diri (Rizal, 2009)

1.6.4 Pandangan Barat tentang Kemurungan Dan Menangani Menurut Keagamaan

Menurut E. Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice Garrett, dan L


Buka

Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman kanak-kanak mempunyai

kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak Hasil kajian yang dijalankan oleh
Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati masalah kebimbangan dan punca utama
ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan keluarga .
Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan bahawa amalan
agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapat digunakan dengan pelbagai
cara sama ada untuk individu menjadi asertif atau defensif, aktif atau pasif. Agama berkait
rapat dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan. Menurutnya lagi , agama memberikan
panduan amalan kehidupan dan tindakan individu pada setiap ketika sama ada secara
perseorangan atau kolektif.
Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai eksperimen
yang menarik dalam The Medical Tribune berhubung dengan pesakit hospital yang sama
usia dan keadaan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dibacakan doa
oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan kedua tidak. Hasil
kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3 daripada 16 orang
memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari edema, berbanding orang dengan 18
orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan perubatan;berbanding 12 orang dalam
kumpulan kedua.
Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh keyakinan
dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan dalam dirinya.
Herbert Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-31 berkata: Kuasa doa lebih
kuat daripada kombinasi yang dikawal oleh manusia; kerana doa ialah terbaik manusia
dapat mengumpulkan sumber-sumber ketuhanan. (Septhen, 2009)
1.7

Kerangka Kerja Teoritikal

Keperluan Pendekatan Kaunseling Islam

1.8

Signifikan Kajian

Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam
menangani masalah kemurungan pelajar. Pelaksanaan kaunseling Islam diharapkan dapat
membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut.
Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti emosi yang boleh membawa
kepada kemurungan dan bertindak untuk mengatasinya agar mereka meneruskan
kehidupan yang lebih selesa. Sebagai contoh apabila seorang pelajar mengenal pasti
kemurungan yang sedang dihadapinya khsusnya

1.9

Definisi Operasional

kaunseling Islam
Ishammuddin Ismail (1996) mentakrifkan kaunseling Islam sebagai suatu proses menolong
dan membantu dengan cara membentuk perhubungan secara bersemuka antara kaunselor
dengan klien . Dengan kata lain, hubungan tersebut akan melibatkan penerokaan potensi
jati diri klien bagi mengembangkan semula segala sumber dalaman klien untuk menerima
kebenaran (al-Haq) serta bertanggungjawab pada diri sendiri untuk mencari keredaan Allah
S.W.T
Muhd. Mansur Abdullah (1996) pula menyebut kaunseling Islam ialah suatu proses
aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan melalui perhubungan yang
intim antara kaunselor dengan klien.Yang nyata ianya bertujuan menolong menyelesaikan
masalah serta mengubah tingkah laku klien ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan
keredaan Allah S.W.T.

Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran untuk menolong
individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagi membuat
keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaan dunia dan akhirat
berpandukan

syariat Islam (Mohd. Sharief:1998)).Dalam kajian ini penyelidik akan

menggunakan pendekatan kaunseling Islam berdasarkan Teori Kaunseling Islam Al-Ghazali.

Kemurungan
Kemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatu
penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck (1976) dalam Iran
Herman (2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri dan rasa kasihan
kepada pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan. Oleh yang demikian
kemurungan dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi yang akhirnya
menzahirkan tingkah laku atau perlakuan seperti ponteng kelas, menyendiri, tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dan sebagainya.
Dalam kajian ini kemurungan dilihat
Kesan Kemurungan
Kesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar seperti ponteng kuliah, tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal, sering datang lewat ke
kuliah, kerap bersendirian dan lain-lain.
Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas dan ada
juga pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pelajaran atau
pengajiannya.

Faktor Penyebab Kemurungan


Antara

penyebab

kemurungan

ialah

dikeranakan

masalah

emosi,

masalah

pembelajaran,faktor persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, , masalah malu,


kebimbangan , tidak berminat dengan kursus yang diikuti ,percintaan dan sebagainya.
1.8

Rujukan

BIBLIOGRAFI
Asmah Bee, Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum
remaja. Widya, 23 Julai.
Asmah Bee, Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori, Majalah Psikologi, Bil. 10
hal. 87-103
Azalan Afandi. 1998. Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap
pelajar yang berprestasi rendah ke arah peningkatan pencapaian akademik. Latihan
Ilmiah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. Tesis PhD. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.

Beck , 1996. Depression Inventor II . Available at: http://Marketplacepsychorp.com/Psyco


psychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom
Beck,

A.T,

1976. Depression

:Cause

and

treatment. Philadelphia: University of

Pennsylevinia Press
Corey, G & Corey M.S. 2002. Groups: Process and pratice. Sixth Ed. Brooks Cole
Thomson Leraning. USA.
Corey, G. 2001. Theory and practice of counseling and psychostherapy (6th ed.) and
manual. Pascific Grove, C.A: Brooke / Cole.
Davis , S.F and Palladino, J.J ,1997. Pschology 2. Upper Saddle River Ner Jersy:Prentice
Hall
Drojat Ariyanto, 2006, Psikoterpi dan doa, SUHUF,Vol.XVIII,No 01 Mei 2006

Erickson, M. T. (1992). Behavior Disorders of Children And Adolescents: Assesement,


Etiology and Intervention. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Inc.

Gorenstein, C.G., Andrade, L., Zanoli, E. Dan Artes, R. 2005 . Expressive Syamptoms In A
Nonclinical Brazilian Adolescent Sample. The Canadian Journal OnAdolescent I.
63-91
Hassan, Langgulung, 1995. Prof. Dr, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigmam
Selangor, HIZBI.
Hassan, Langgulung.1997.Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. D.B.P cet. Ke-2
Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan Mental:Perbandingan Psikologi Moden
dan Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam . Selangor, Pustaka
Huda,
Ishammudin Ismail 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. KL , Pusat Ilmu Jelatek,
1996.
Muhd. Mansor, Abdullah,1996. Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah . Selangor, Fajar
Bakti , cet-2.
Jamaluddin Ramli, Azizi Yahya, Nordin Yahaya, Siti Zainab Md Lazim, 2010 Kemurungan
Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim DI Daerah Kota Baharu, Kelantan.
Jurnal
Kamal Abdul Manad (Al_Hakam), Kaunseling isla Perbandaingan Antara Amalan dan
Teori Kaunseling Barat. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.

M. Darojat Ariyanti , Psikoterapi dengan doa, Jurnal Fakultas Agama Islam,Surakarta.

Mizan Adiliah. 1998. Kaunseling sekolah dan gejala sosial. Jurnal PERKAMA 7.
Muhamed Sharif , 1998

Kaunseling Islam, Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Jilid 4. Bil. 1 April 1998 hal 19-30


Muhamed Alfian Harris b. Omar, Muhamed Sharif Mustffa, 2006, Tahap Kestabilan Emosi
Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam : Satu
Tinjaua, Jurnal Fakulti Pendidikan UTM , Skudai.
Mohd. Farhan Uzair bin Paisan, 2008 . Tinjauan Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan
Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn, Tesis Sarjana Universiti Tun Hussein Onn.
Muhammad Alfian Hariss , Muhamed sharif Mustaffa ,2006. Tahap kestabilan emosi
pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu tinjauan. In:
National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006,
Kuala Lumpur, Malaysia
.
Oltmans

T.F.,

and

Emery,

R.E

(1998), Abnormal

Psychology upper

Saddle

River,NJ,:Prentic Hall. Cet. 2.


Rizal, Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam Apa, Mengapa dan Bagaimana.
2009. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Schulterbandt.J.G & Raskin A. (1977) Depression In Childhood:Diagnosis. Treatmen And
Conceptual Models. New York: Revan Press
Shazli Ezzat Ghazali, Pommusamy S, Normah Che Din dan Nik Faridah Yousef Mohd
Khan,2006. Kesejahteraan Psikologi, kemurungan dan Sokongan Sosial di
Kalangan Mangsa Rogol , Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1.) 2006:99-106,
Uuniversiti Kebangsaan Malaysia.
Salasiah Hanim Hamjah, Zainab Ismail, Asawiyah Ismail, Nadhirah Muhammag Arib,
2011. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling: Satu Tinjauan Awal. Jurnal,
Perkama International Convention.
Syed Hasan Ahmad, Asmah Bee,2003. Menangani Kemurungan Melalui Kaunseling
Berperspektif Islam , Prosiding Seminar Kaunseling Berperspektif Islam.
Wan Abd. Kader& Ismail Abdul Ghani, Dakwah dan Kaunseling Islam, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2006
Yatimah Sarmani & Mohd. Tajudin Haji Ninggal, 2003, Kaunseling Islam Dalam Membina

Masyarakt Madani. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen PERKAMA kali ke


XI, Hotel Eden Garden , Johor Bahru (25-27 Jun 2003).
Yatimah Sarmani , 2005. Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif Model
Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali. Tesis Doktor
Falsafah tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor.
Zainab Ismail , 2001, Tesis PhD USM
Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok. 2003. Strategi kaunseling untuk
menangani tingkah laku bsermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah: Satu tinjaun
literatur. Konvensyen PERKAMA Kali Ke XI. Hotel Eden Garden, Johor Bharu. 25-27Jun

1.1

Organisasi Bab Tesis

PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
JADUAL TRANSLITERASI
SENARAI JUDUL
SENARAI ILUSTRASI
SENARAI SINGKATAN

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Limitasi Kajian
1.7 Kerangaka Konseptual
1.8 Definisi Operasi Kajian

BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI MASALAH


KEMURUNGAN
2.1 Pengenalan
2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan
2.2.1 Keluarga
2.2.2 Masalah pembelajaran
2.2.3 Masalah sosial
2.2.4 Masalah kewangan
2.3 Asas Amalan Kaunseling Islam
2.4 Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan
2.4.1 Definisi Kaunseling Islam
2.4.2 Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga
2.5 Nilai Dakwah/Rawatan Rohani dalam Proses Kaunseling Islam
2.5.1 Definisi Dakwah
2.5.2 Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam
2.6 Etika Kaunselor Muslim
2.7 Rumusan

BAB 3: ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DAN


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
3.1 Pengenalan
3.2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
3.3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik
3.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling
3.5 Latar Belakang Kaunselor
3.6 Rumusan

BAB 4: LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH KEMURUNGAN


PELAJAR
4.1 Pengenalan
4.2 Jumlah dan taburan responden
4.3 Latar belakang Responden
4.3.1 Umur dan Jantina
4.3.2

Latar belakang Pendidikan Keluarga

4.3.3

Pekerjaan Ibu Bapa

4.3.4

Pendapatan keluarga

4.4

Rumusan
BAB 5: PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGALAMI
KEMURUNGAN
5.1 Pengenalan

5.2 Persediaan Untuk Sesi Kaunseling


5.3 Langkah Dalam Proses Kaunseling
5.3.1 Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden
5.3.2 Mewujudkan Suasana Mesra
5.3.3 Mendengar dan Menentukan Masalah
5.3.4 Merumuskan Kesimpulan Sementera
5.3.5 Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat Keputusan
5.3.6 Memberi penerangan Kepada Responden
5.4 Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling

5.5 Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling


5.5.1 Meneruskan pengajian
5.5.2 Berjanji Akan Berubah
5.5.3 Boleh Menerima Permasalah Keluarga
5.54

Lebih Termotivasi

5.6 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani Dalam Proses Kaunseling


5.6.1 Hak dan Tanggungjawab Pelajar
5.6.2 Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif
5.6.3 Kelebihan Berzikir
5.6.4 kelebihan Doa
5.6.5 Kelebihan Berwirid
5.7 Rumusan
BAB 6: PENUTUP
6.1 Pengenalan
6.2 Ringkasan Hasil Kajian
6.2.1 Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya
6.2.2 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam Kaunseling
6.2.3 Latar belakang Pegawai Psikologi
6.2.4 Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan
6.2.5 Kemurungan
6.2.6 Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling
6.3 Implikasi Hasil Kajian
6.4 Cadangan
6.5 Cadangan Kajian Akan Datang
RUJUKAN
LAMPIRAN

1.9
NO

Milestone
PERANCANGAN

Semester 1: September- November Kertas Cadangan Proposal


Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal

Semester 2:
penyelidikan

Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan


Februari: Temu bual dengan kaunselor untuk

mendapatkan
maklumat pelajar yang mengalami
kemurungan.
Mac:
Membuat soal selidik
April:
Mengedarkan borang soal selidik
April Ogos : Mengadakan sesi kaunseling pendekatan
Islam
menurut teori al-Ghazali

Semester 3:
Islam yang

September : Mendapatkan hasil dapatan kaunseling


dijalankan ke atas responden.
Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.

1.2

Semester 4:
perlu

Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika

Semester 5:

Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVA

Semester 6:

VIVA

Jangkaan Penerbitan
Penerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan penambahbaikan jika
berkaitan.
(sumber:Mahnessa A. Kadir: Contoh Sebuah Proposal)

Anda mungkin juga menyukai