Anda di halaman 1dari 25

Topik

10

Pendekatan
Pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Mendefinisikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran;

2.

Menerangkan model pembelajaran dan pengajaran MURE;

3.

Menerangkan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK  Pedagogical


Content Knowledge) sebagai model pengajaran pakar;

4.

Memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang paling


berkesan bagi sesuatu topik dan kumpulan pelajar tertentu; dan

5.

Mereka bentuk satu rancangan pengajaran.

X PENGENALAN
Para guru sering menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran hampir
setiap kali mereka mengajar. Ini termasuk pemilihan kaedah mengajar yang
sesuai bagi topik-topik tertentu. Begitu juga, dengan pemilihan kaedah mengajar
untuk pelajar cerdas, yang mungkin berbeza daripada kaedah mengajar pelajar
lambat. Begitu juga cara seseorang pelajar belajar mungkin berbeza daripada
yang lain, yang mengarah kita menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang berbeza untuk mereka. Rancangan pengajaran yang baik
mungkin dapat membantu kita mengatasi sebahagian daripada masalah ini.
Pada masa yang sama, akan membantu pelajar kita mencapai objektif
pembelajaran. Topik ini akan mendedahkan anda kepada beberapa pendekatan
pengajaran yang diharapkan dapat membantu anda untuk merancang
pengajaran mengikut topik/kandungan yang hendak diajar dan perbezaan
individu di kalangan pelajar anda. Ia juga diharapkan dapat membantu anda

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 205

memilih pendekatan/kaedah/teknik pengajaran untuk cadangan kajian dan


pengajaran sebenar (oleh anda sendiri) semasa menjalankan kajian di sekolah.

10.1

PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


PENGAJARAN

Semasa mereka bentuk rancangan mengajar, kita perlu memilih pendekatan,


kaedah dan teknik pengajaran yang paling sesuai/berkesan supaya pelajar
mencapai objektif pembelajaran. Pemilihan ini dibuat berasaskan kepada topik,
konsep, fakta, proses, kemahiran, sikap atau kepercayaan yang hendak
sampaikan serta, yang amat penting, pelajar itu sendiri. Istilah seperti strategi
pengajaran, pendekatan pengajaran, kaedah pengajaran dan teknik pengajaran
telah digunakan secara bertukar ganti dalam pelbagai model pengajaran. Dalam
topik ini, definisi berikut akan digunakan:
(a)

Pendekatan Pengajaran
Terdapat beberapa asas yang boleh digunakan untuk kita kategorikan
pendekatan pengajaran. Salah satu daripadanya ialah berasaskan kepada
tahap penglibatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana
guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap
penglibatan guru dan pelajar. Dengan menggunakan definisi ini, kita boleh
kategorikan pendekatan pengajaran kepada tiga kategori seperti yang
berikut:
(i)

Pengajaran terus (direct teaching) ialah pengajaran secara bersemuka


(face-to-face) iaitu guru sendiri yang menyampaikan kandungan
pelajaran kepada pelajar sehingga mereka menguasai kemahiran dan
prinsip tertentu;

(ii)

Pengajaran penemuan berpandu (guided discovery teaching) ialah


pengajaran iaitu guru memberi panduan kepada pelajar untuk
melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai
kemahiran dan prinsip tertentu; dan

(iii) Pengajaran penemuan tulen (pure discovery teaching) ialah


pengajaran yang guru membenarkan pelajar melakukan aktiviti
pembelajaran secara bebas sehingga mereka menguasai kemahiran
dan prinsip tertentu.

206 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

(b)

Kaedah Pengajaran
Bagi setiap pendekatan pengajaran ini terdapat beberapa kaedah
pengajaran yang menepati kriteria bagi pendekatan pengajaran tertentu.
Sebagai contoh, kaedah eksperimen menepati kriteria bagi pendekatan
pengajaran penemuan berpandu. Dalam pendekatan ini, pelajar perlu
melakukan eksperimen di bawah bimbingan guru untuk mereka
menemui sendiri prinsip tertentu. Dalam konteks ini, kaedah pengajaran
merujuk kepada bagaimana guru mengatur sesuatu pengajaran dari segi
aktiviti yang menepati kriteria sesuatu pendekatan pengajaran.

(c)

Teknik Pengajaran
Bagi setiap kaedah pengajaran terdapat beberapa teknik pengajaran yang
menepati kriteria bagi kaedah pengajaran tertentu. Sebagai contoh, bagi
kaedah mengajar eksperimen, kita perlu menentukan teknik yang perlu
digunakan semasa menjalankan eksperimen. Sekiranya kita menggunakan
teknik main peranan, kita perlu menentukan bagaimana sesuatu peranan
dilakonkan. Oleh itu, teknik pengajaran merujuk kepada bagaimana guru
mengatur pengajaran dari segi teknik yang digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedah
pengajaran.

LATIHAN 10.1
Pilih satu pendekatan pengajaran dan huraikan kaedah dan teknik
pengajaran untuk pendekatan ini.
Prinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam model MURE
yang melibatkan empat unsur/peringkat pembelajaran dan pengajaran,
iaitu motivasi (motivation  M), pemahaman (understanding  U),
pengukuhan (reinforcement  R) dan peperiksaan (examination  E).
Prinsip pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalam
model Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK  Pedagogical Content
Knowledge ) yang mengambil kira sukatan dan kandungan pelajaran serta
latar belakang pelajar dan pedagogi. Seseorang guru boleh menggunakan
kedua-dua model ini untuk memilih pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran bagi topik dan kumpulan pelajar tertentu. Bahagian akhir topik
ini akan menjelaskan bagaimana anda menyediakan rancangan pengajaran
yang berkesan bagi topik dan kumpulan pelajar tertentu.

TOPIK 10

10.2

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 207

MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


MURE

Berdasarkan dua kajian yang dijalankan tentang faktor yang mempengaruhi


pencapaian, Abdul Razak Habib (dalam Khalid Abdullah et al., 1999) telah
mencadangkan model pembelajaran dan pengajaran MURE. Kajian pertama
telah dijalankan ke atas pelajar matrikulasi yang berpencapaian tinggi, sementara
kajian kedua dijalankan ke atas pelajar universiti yang berpencapaian tinggi.
Dapatan kedua-dua kajian ini menunjukkan empat faktor yang sama
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar iaitu motivasi, pemahaman,
pengukuhan dan peperiksaan (MURE) sebagaimana yang ditunjukkan dalam
Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Model pembelajaran dan pengajaran MURE

Mari kita lihat satu persatu faktor ini.


(a)

Motivasi
Pelajar berpencapaian tinggi menyatakan apa yang menyebabkan mereka
belajar dan terus belajar dengan gigih ialah motivasi mereka. Motivasi ini
meliputi mengekalkan pencapaian mereka yang lepas, bertanding dengan
pelajar lain, mengejar kerjaya masa hadapan, melanjutkan pelajaran pada
masa hadapan atau memenuhi aspirasi ibu bapa mereka. Selanjutnya, dari
segi pengajaran, mereka lebih meminati guru/pensyarah yang sentiasa
memberi motivasi dan mengingatkan mereka supaya bekerja keras dan
juga memberi ganjaran atas pencapaian mereka.

(b)

Pemahaman
Dengan motivasi yang ada, pelajar berpencapaian tinggi akan berusaha
gigih untuk memahami apa yang diajar secara mendalam (anda juga
mungkin salah seorang daripada mereka!). Untuk mencapai pemahaman

208 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

mendalam, mereka akan membaca dan membuat latihan sebelum


guru/pensyarah mengajar, memberi perhatian dalam kelas, membuat nota
sendiri dengan maklumat tambahan daripada sumber lain dan sentiasa
mengulang kaji pelajaran. Dari segi pengajaran pula, mereka lebih
meminati guru/pensyarah yang dapat menjelaskan kandungan pelajaran
dengan baik dengan menggunakan contoh dan alat/bahan bantu mengajar
untuk menjelaskan konsep-konsep yang susah (tutor anda juga ramai yang
berbuat demikian).
(c)

Pengukuhan
Selain memahami kandungan pelajaran secara mendalam, pelajar
berpencapaian tinggi juga membuat banyak latihan yang dapat
mengukuhkan pemahaman mereka dan memudahkan mereka mengingat
apa yang mereka pelajari termasuk menguasai kemahiran berkaitan.
Pengukuhan ini berlaku dengan membuat tugasan, latihan daripada buku
teks dan sumber lain; seperti buku ulang kaji, contoh kertas
peperiksaan/kertas peperiksaan lepas. Dari segi pengajaran pula, mereka
lebih meminati guru/pensyarah yang memberikan mereka banyak latihan,
menyemak jawapan dan memberi maklum balas yang membina. Selain itu,
mereka memerlukan guru/pensyarah melatih mereka tentang kemahiran
menulis tugasan.

(d)

Peperiksaan
Akhirnya, selepas mereka dapat mengingat kandungan pelajaran dan
menguasai kemahiran berkaitan dengan baik, pelajar berpencapaian tinggi
ini berusaha untuk menguasai kemahiran peperiksaan. Mereka suka
didedahkan kepada soalan peperiksaan yang lebih awal; jika boleh, selepas
tamat setiap topik yang diajar. Selain soalan yang diberikan
guru/pensyarah, mereka suka mencuba soalan peperiksaan lepas atau
contoh soalan peperiksaan dalam buku-buku ulang kaji dari sekolah
mereka mahupun dari sekolah lain. Dari segi pengajaran pula, mereka lebih
meminati guru/pensyarah yang memberikan mereka contoh atau soalan
peperiksaan lepas bersama dengan jawapan dan pada masa yang sama,
melatih mereka menguasai kemahiran peperiksaan.

LATIHAN 10.2
Mengikut model MURE, pembelajaran dan pengajaran mempunyai
empat unsur sepunya (common elements) iaitu motivasi, pemahaman,
pengukuhan dan peperiksaan. Daripada pengalaman mengajar/belajar
anda sendiri, senaraikan apa yang anda telah lakukan untuk membantu
pelajar anda/anda sendiri memenuhi empat unsur/keperluan ini.

TOPIK 10

10.3

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 209

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN

Pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) telah diperkenalkan oleh Shulman


(1986). Ia boleh ditakrifkan sebagai bagaimana guru menyampaikan kandungan
pelajaran supaya pelajar mudah memahami konsep yang hendak disampaikan
dengan mengambil kira pengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi serta
pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Ia melibatkan penggunaan
analogi, contohnya, penjelasan dan demonstrasi yang berkesan dengan
mengambil kira latar belakang pelajar. Keupayaan memilih pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran yang sesuai amat bergantung kepada pengetahuan guru
tentang tiga perkara ini. Menurut Turner-Bisset (2001), pengetahuan tentang
fakta, konsep, kemahiran, proses, kepercayaan dan sikap; begitu juga tentang
pelajar, matlamat pendidikan, kurikulum dan pedagogi am adalah penting
dalam profesion pengajaran. Pengetahuan mata pelajaran, pedagogi serta pelajar
dan sukatan pelajaran dijelaskan seperti yang berikut:
(a)

Pengetahuan Mata Pelajaran


Pengetahuan mata pelajaran (subject matter knowledge) merujuk kepada
keupayaan guru menyatakan dengan tepat tentang fakta, konsep dan
prinsip serta berupaya untuk menyelesaikan masalah berkaitan sesuatu
topik. Pemahaman mata pelajaran secara mendalam akan membantu guru
mengenal pasti salah konsep (misconception) pelajar bagi sesuatu topik.
Selain itu, pemahaman ini akan juga membantu guru menentukan
pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan pengajaran,
memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan memindahkan ilmu dengan
tepat kepada pelajar.

(b)

Pengetahuan Pedagogi
Pengetahuan pedagogi (PP) boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) PP
am bidang, misalnya, matematik; (ii) PP bidang kecil, misalnya,
kalkulus; dan (iii) PP topik, misalnya, had. PP topik adalah lebih
penting sebab ia membantu guru menjelaskan topik tersebut dengan baik
kepada pelajar dan seterusnya akan membantu pelajar memahami topik ini
dengan baik. Justeru, sebagai guru, kita harus terus mencari PP bagi topik
tertentu (tentunya melalui Kajian Berasaskan Sekolah!) yang akan
membantu kita mengajar secara lebih berkesan. Oleh sebab PP ini terbina
secara kumulatif, kita jangka PP akan bertambah mengikut masa dan
pengalaman mengajar kita.

(c)

Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan Pelajaran


Mengetahui
latar
belakang
pelajar
terutama
dari
segi
pengetahuan/kemahiran asas, salah konsep, masalah dan gaya
pembelajaran serta minat dan motivasi pembelajaran mereka; adalah amat

210 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

penting untuk kita menyediakan rancangan mengajar yang berkesan bagi


sesuatu topik pengajaran. Selain pengetahuan mendalam tentang pelajar,
guru perlu juga tahu secara mendalam keseluruhan sukatan pelajaran, dan
berupaya memilih bahagian sukatan ini yang sesuai dan boleh dipelajari
(learnable) oleh pelajarnya. Maka guru yang mempunyai keempat-empat
pengetahuan ini akan berupaya menggabungkan kandungan pelajaran
dengan pedagogi (pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran) berasaskan
pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Perlu diingatkan
bahawa pengetahuan ini berkembang melalui pendidikan formal, kursus
dalam perkhidmatan, pengalaman mengajar dan pencerapan kelas.

LATIHAN 10.3
Mengikut model PPK, pelajar akan belajar dengan lebih baik sekiranya
guru menyediakan rancangan mengajar berpandukan kandungan
pelajaran dan latar belakang pelajar. Mengikut pengalaman anda
sebagai pelajar/guru, apakah yang anda/guru anda buat, yang boleh
dikaitkan dengan PPK?

10.4

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pengajaran terus dan pengajaran tidak terus adalah penting kepada pendidik
untuk mengelaskan kaedah mengajar. Walau bagaimanapun, didapati tidak
semua pengajaran boleh dikelaskan kepada dua kategori ini. Setiap kaedah
mengajar yang digunakan guru mempunyai kelebihan dan kelemahan masingmasing. Biasanya, sesuatu kaedah mengajar yang digunakan pada awal
pengajaran boleh diubah kepada kaedah lain yang lebih berkesan mengikut
susunan kandungan pelajaran. Guru berpengalaman mempunyai kemahiran
untuk merancang aktiviti pembelajaran supaya diminati pelajar mengikut
kandungan pelajaran.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 211

Kaedah yang mana lebih baik bagi sesuatu pelajaran bergantung pada banyak
perkara. Antaranya ialah umur/perkembangan mental pelajar, pengetahuan
asas, penyampaian kandungan, suasana kelas dan alat/bahan bantu mengajar
yang digunakan. Guru itu boleh menggunakan hanya satu kaedah atau pelbagai
kaedah yang didapati sesuai dengan kandungan pelajaran, objektif pembelajaran
dan pengetahuan asas pelajar. Guru yang berpengalaman mungkin tidak
menghadapi masalah untuk memilih kaedah yang sesuai ini. Malah,
pengetahuan tentang kaedah pengajaran yang pelbagai ini menjadikan
pengajaran satu aktiviti yang menyeronokkan kepada guru.

10.4.1

Pendekatan Pengajaran Terus

Pendekatan pengajaran terus, seperti yang kita sedia maklum ialah pendekatan
pengajaran secara bersemuka di mana guru sendiri yang menyampaikan
kandungan pelajaran kepada pelajar sehingga mereka menguasai kemahiran dan
prinsip yang ingin disampaikan. Guru yang menggunakan pendekatan ini perlu
menyediakan rancangan mengajar harian lebih awal dengan mengambil kira
pengetahuan/kemahiran asas dan gaya pembelajaran pelajarnya. Pendekatan
pengajaran terus mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah:
(a)

Kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat;

(b)

Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah;

(c)

Pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiran


asas; dan

(d)

Pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah;

Namun, pendekatan pengajaran terus mempunyai beberapa kelemahan,


antaranya ialah:
(a)

Pendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru;

(b)

Teknik pengajaran perlu distrukturkan dengan baik;

(c)

Kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal;

(d)

Guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik; dan

(e)

Ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikir


peringkat tinggi.

Beberapa kaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan pengajaran terus


dijelaskan dalam bahagian berikut.

212 X

(a)

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

Kaedah Kuliah
Tujuan utama kaedah kuliah ialah membentangkan maklumat berstruktur
yang telah disediakan lebih awal oleh guru/pensyarah. Maklumat yang
disediakan itu perlu jelas, tepat, termasuk juga contoh, cerita pendek dan
rumusan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kelas peringkat tinggi atau di
universiti. Guru/pensyarah perlu menggunakan pelbagai teknik supaya
kuliah lebih menyeronokkan dan berkesan seperti menggunakan slaid,
projektor, papan putih dan komputer.
Kelebihan kaedah kuliah ialah:
(i)

Dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus dan


logik;

(ii)

Cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat pelajar;

(iii) Dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka;


(iv) Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan
(v)

Memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas.

Kelemahan kaedah kuliah ialah:


(i)

Pakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik;

(ii)

Peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud interaksi;

(iii) Pembelajaran sukar dikesan; dan


(iv) Komunikasi biasanya satu hala sahaja.
(b)

Kaedah Penyoalan
Kaedah penyoalan ialah kaedah mengajar yang guru menyoal pelajar
supaya mereka memberi tumpuan kepada guru untuk memahami
kandungan pelajaran dengan baik. Tujuan lain penyoalan ialah untuk
membuka minda pelajar dan menggalakkan mereka berfikir dan
berinteraksi dengan kandungan pelajaran yang disampaikan guru. Selain
itu, mereka juga perlu diberi tahu tentang strategi penyoalan seperti apa,
bila dan bagaimana menyoal, bagaimana menjawab soalan yang berbeza
aras kesukaran dan bagaimana menyusun pemikiran dan fakta. Pelajar
yang menjawab sesuatu soalan perlu mengikut peraturan tertentu seperti:
(i)

Mengingat fakta, prinsip dan perkara tertentu;

(ii)

Menunjukkan pemahaman dengan menggunakan perkataan sendiri;

(iii) Menggunakan maklumat yang diperoleh dalam situasi baru;

TOPIK 10

(iv) Menganalisis
berkenaan;
(v)

maklumat

Mensintesiskan maklumat
pelbagai bentuk; dan

PENDEKATAN PENGAJARAN

dan

mengaitkannya

dengan

dengan

menggabungkannya

W 213

prinsip
dalam

(vi) Menilai maklumat berdasarkan kriteria tertentu.


Untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, pelajar perlu diberi masa
untuk menjawab soalan. Biasanya, soalan yang memerlukan ingatan atau
pemahaman boleh dijawab dengan cepat, sementara soalan yang
memerlukan analisis dan sintesis mengambil masa yang lebih panjang
untuk dijawab.
(c)

Kaedah Bacaan/Resitasi Buku


Kaedah ini melibatkan pembacaan buku teks atau buku lain yang dipilih
oleh guru. Kaedah ini hanya berkesan sekiranya semua pelajar boleh
membaca dan memahami apa yang dibaca. Sekiranya terdapat pelajar yang
tidak boleh membaca, maka seorang pelajar lain perlu membaca untuknya.
Bagi memastikan kaedah ini berkesan, guru perlu mengambil langkahlangkah berikut:
(i)

Memilih buku teks yang sesuai dengan keupayaan pelajar dan objektif
pembelajaran; dan

(ii)

Mengaitkan aktiviti pembacaan dengan aktiviti lain seperti


pembentangan, laporan, perbincangan, eksperimen, buku kerja atau
kajian kecil.

Bagi meningkatkan pemahaman buku yang dibaca, guru boleh


menggunakan sesuatu teknik pengajaran, misalnya membaca sendiri secara
senyap, bersama teknik pengajaran lain, seperti meminta pelajar yang lebih
pandai menjelaskan apa yang dibaca. Guru juga boleh menggunakan buku
yang berbeza supaya lebih sesuai dengan pelajar yang mempunyai minat,
pencapaian atau keupayaan membaca yang berbeza.
Selain itu, untuk memudahkan pengajaran, guru boleh membahagikan
pelajar kepada beberapa kumpulan kecil (kaedah koperatif) dan memilih
buku yang sesuai bagi setiap kumpulan. Seterusnya, guru perlu sedar
bahawa semua pelajarnya berpotensi untuk menjadi pembaca yang baik,
dan mereka juga mempunyai strategi pembacaan dan gaya pembelajaran
yang berbeza. Kaedah bacaan juga boleh digunakan bersama kaedah lain,
misalnya kaedah kuliah atau kaedah koperatif.

214 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah membaca ini tidak berjaya


memahamkan apa yang dibaca pelajar, guru boleh menggunakan kaedah
resitasi (recitation method). Dalam kaedah ini, pelajar akan mengulang
sebutan, sama ada secara individu atau berkumpulan, selepas guru
menyebut perkataan, frasa, ayat atau pun perenggan sepenuhnya.
Diharapkan dengan cara ini, pelajar dapat mengingat kandungan pelajaran
yang disampaikan guru.
(d)

Kaedah Ulang Kaji dan Latih Tubi


Sekiranya kaedah kuliah, bacaan atau resitasi tidak berjaya membantu
pelajar untuk memahami dan mengingati kandungan pelajaran, guru boleh
mencuba pula kaedah ulang kaji dan latih tubi. Dalam kaedah ini, guru
perlu mengulang kaji pelajaran lepas dan membuat latihan yang banyak
untuk membantu pelajar memahami dan mengingati apa yang diajar.
Walaupun ia nampak mudah tetapi guru perlu berfikir dan mendapatkan
maklumat tertentu sebelum melaksanakan kaedah ini. Misalnya, guru perlu
tahu kelemahan pelajar serta apa dan bagaimana ulang kaji dan latih tubi
dibuat.
Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa, mengapakah sebutan sesetengah
perkataan perlu diberi latih tubi dan bila latih tubi ini perlu dibuat? Hasil
latih tubi menyebut perkataan ini, pelajar akan dapat menyebut perkataan,
frasa dan ayat; dan mengingati sebutan ini apabila diminta guru. Dalam hal
ini, sebagai ingatan, ia adalah lebih bermakna kepada pelajar jika perkataan
yang dilatih sebut adalah perkataan yang kerap mereka gunakan dalam
kehidupan harian berbanding perkataan yang diambil daripada buku.
Kaedah ulang kaji dan latih tubi mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya
adalah seperti yang berikut:
(i)

Latihan adalah untuk mengingatkan maklumat;

(ii)

Mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang diperoleh
pelajar;

(iii) Mengulang-ulang apa yang telah diajar;


(iv) Memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan; dan
(v)

Menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran.

Kaedah ini boleh digunakan bersama kaedah mengajar lain seperti kaedah
permainan atau main peranan.

TOPIK 10

(e)

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 215

Kaedah Simulasi dan Main Peranan


Simulasi dalam pembelajaran ialah mengadakan aktiviti dalam situasi yang
hampir sama dengan situasi sebenar. Simulasi termasuk juga main peranan
yang melibatkan senario yang hampir sama dengan senario sebenar. Tidak
seperti permainan yang berakhir dengan sama ada seseorang/pasukan itu
menang atau kalah; tetapi simulasi hanyalah melibatkan main peranan.
Simulasi digunakan dalam pelbagai jenis latihan seperti melatih
juruterbang, pemandu kereta lumba, jurubedah dan sebagainya. Dalam
kelas pula, guru boleh meminta pelajar memainkan peranan tertentu dalam
sesuatu situasi yang telah dirancang. Misalnya, kebakaran di kelas,
perbicaraan kes pelajar, mesyuarat kesatuan pekerja, aktiviti keluarga, dan
sebagainya.
Dalam simulasi, peranan guru amatlah penting. Sebagai guru yang
bertanggungjawab, anda sepatutnya:
(i)

Memilih isu atau masalah yang mempunyai kepentingan kepada


pelajar atau yang pelajar dapat mengambil bahagian;

(ii)

Memastikan isu atau masalah yang dipilih ditunjukkan dalam


simulasi;

(iii) Memahami secara mendalam konsep yang hendak disampaikan


melalui isu atau masalah yang dipilih;
(iv) Mengetahui langkah-langkah yang perlu diikuti dalam simulasi
seperti peranan yang akan dimainkan pelajar dan peraturan berkaitan
dengannya; dan
(v)

Memberi arahan yang terperinci kepada semua pemain peranan dan


menyediakan susunan yang sesuai untuk simulasi.

Kaedah simulasi dan main peranan mempunyai kelebihan tersendiri seperti


yang berikut:
(i)

Memperkenalkan situasi masalah secara dramatik supaya pelajar


dapat menghayatinya;

(ii)

Memberi peluang kepada pelajar untuk memainkan peranan orang


lain (misalnya, guru besar) supaya mereka dapat menghargai
pandangan orang lain;

(iii) Memberi peluang kepada pelajar untuk mencari penyelesaian yang


berbeza dalam situasi yang berbeza; dan
(iv) Memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan kemahiran
tertentu seperti kemahiran berkomunikasi secara lisan.

216 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

Kaedah simulasi dan main peranan, bagaimanapun, mempunyai beberapa


batasan tertentu, seperti yang diberikan berikut:
(i)

Pelajar mungkin akan merasa malu semasa memainkan peranan;

(ii)

Tidak sesuai untuk kumpulan pelajar yang ramai, sebab akan ada
pelajar yang tidak dapat mengambil bahagian dalam memainkan
peranan; dan

(iii) Sesetengah pelajar akan merasa takut dan tidak selesa untuk
memainkan peranan.
Sebagai rumusan, kaedah simulasi dan memainkan peranan membenarkan
pelajar melihat/mendengar objek dan berada sendiri dalam situasi yang
hampir sebenar. Ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan yang hasilnya
dapat dirasai dan dihayati oleh pelajar.

10.4.2

Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu

Pendekatan ini, seperti yang kita ketahui, ialah pendekatan pengajaran yang
guru itu memberi panduan kepada pelajarnya untuk mereka melakukan aktiviti
pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin
disampaikan. Maka seperti juga dalam pendekatan pengajaran terus, peranan
guru dalam pendekatan ini amatlah penting. Secara amnya, guru perlu memberi
panduan kepada pelajar, membantu mereka dalam apa jua peranan yang mereka
akan lakukan dan pada masa yang sama, membantu untuk memudahkan
pembelajaran mereka.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemilihan pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran sepatutnya tidak berasaskan kepada minat guru terhadap
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu tetapi yang lebih penting
ialah berasaskan minat dan keupayaan pelajar, kandungan pelajaran, objektif
pembelajaran, sumber yang ada dan seting fizikal. Beberapa kaedah mengajar
yang sesuai dengan pendekatan pengajaran penemuan berpandu dijelaskan
dalam bahagian berikut.
(a)

Kaedah Perbincangan dan Perbahasan


Dalam kaedah perbincangan dan perbahasan, pelajar akan diberi satu atau
beberapa topik untuk dibincangkan atau dibahaskan. Persamaan dan
perbezaan dari segi fahaman/pendapat/idea mungkin tidak dapat
dielakkan dalam kaedah ini. Persamaan dan perbezaan ini akan membantu
pelajar untuk menerima, mengubah atau menolak fahaman/pendapat/idea
dan seterusnya menemui/membina ilmu masing-masing.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 217

Bagi menjayakan kaedah ini, guru perlu menyediakan persediaan mengajar


dengan baik. Guru perlu memastikan perbincangan/perbahasan berjalan
dengan lancar, tanpa sebarang gangguan. Kaedah ini juga berbeza dari segi
kawalan iaitu daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar.
Memainkan peranan, menemu bual, sumbang saran, perbahasan dan
persidangan ialah contoh kaedah perbincangan dan perbahasan.
Tujuan utama perbincangan/perbahasan ialah untuk mendapatkan
maklumat daripada peserta. Ia memerlukan penglibatan pelajar secara aktif
dan kreatif. Selain itu, mereka juga perlu mendengar apa yang
diperkatakan dengan jelas. Justeru, kaedah ini lebih sesuai dilaksanakan
dalam kumpulan kecil dengan diberi masa yang panjang. Berikut ialah
beberapa kelebihan kaedah ini:
(i)

Idea dan pengalaman dapat dikumpulkan daripada peserta;

(ii)

Perbincangan/perbahasan selepas pembentangan, tontonan filem


atau pengalaman dapat dianalisis;

(iii) Memberi peluang kepada semua pelajar mengambil bahagian secara


aktif;
(iv) Dapat menggalakkan pemikiran mencapah (divergent thinking); dan
(v)

Minat pelajar akan bertambah dan berterusan.

Namun, kaedah
tersendiri iaitu:

perbincangan/perbahasan

mempunyai

kelemahan

(i)

Tidak praktikal/sesuai sekiranya bilangan pelajar melebihi 20 orang;

(ii)

Beberapa
pelajar
perbincangan/perbahasan;

akan

menguasai

(dominate)

(iii) Mengambil masa yang panjang; dan


(iv) Boleh tersasar daripada objektif pembelajaran yang dirancang.
(b)

Kaedah Sumbang Saran


Kaedah ini melibatkan pelajar memberi idea atau pendapat berkaitan
sesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam kumpulan tertentu.
Maka kaedah ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk berfikir
secara kreatif dalam menghasilkan idea baru. Di sini, semua pelajar
digalakkan untuk mengambil bahagian sebab semua idea yang terhasil
akan direkodkan dan dihargai.

218 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

Kaedah ini membantu ahli mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman


daripada ahli lain dalam sesuatu kumpulan. Selain itu, kaedah ini juga
dapat membina semangat bekerjasama antara peserta. Seterusnya, idea
yang dilahirkan oleh seorang ahli itu akan mencetus idea-idea lain
daripada ahli-ahli lain. Seperti mana kaedah perbincangan dan perbahasan,
sebelum sumbang saran bermula, guru perlu memberi atau memilih
sesuatu isu atau masalah yang hendak dibincangkan dan peraturan yang
perlu diikut. Bagaimanapun, guru perlu bersedia mencelah sekiranya sesi
sumbang saran tersasar daripada objektif asal. Sesi ini akan berjalan lancar
sekiranya peraturan berikut diikuti:
(i)

Semua idea direkodkan dan dihargai; dan

(ii)

Pelajar tidak dibenarkan mengkritik sebarang idea yang dicetuskan.

Kelebihan kaedah sumbang saran adalah seperti yang berikut:


(i)

Satu teknik latihan mendengar yang turut menggalakkan pemikiran


kreatif dan penghasilan idea-idea baru;

(ii)

Menggalakkan semua pelajar mengambil bahagian sebab semua idea


adalah dialu-alukan;

(iii) Menimba pengetahuan dan pengalaman daripada ahli kumpulan; dan


(iv) Mewujudkan rasa bersama.
(c)

Kaedah Kolaboratif dan Koperatif


Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk meneroka/menjawab satu
soalan penting yang diberikan kepada mereka atau menghasilkan satu
projek kreatif. Seterusnya, kaedah koperatif pula merupakan satu kaedah
spesifik bagi kaedah kolaboratif. Dalam kaedah koperatif, guru perlu
menentukan pengetahuan dan/atau kemahiran yang perlu dipelajari oleh
pelajar. Guru juga perlu memberi tahu mereka tentang cara bekerjasama
dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain
itu, semua pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama
ada secara individu atau secara berkumpulan iaitu mereka perlu menolong
antara satu sama lain.
Bagi menjayakan kaedah koperatif, empat perkara diperlukan iaitu:
(i)

Pelajar perlu diberi


melaksanakannya;

tugas

mencabar

tetapi

yakin

dapat

(ii)

Kumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi


sumbangan;

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 219

(iii) Tugas yang diberi kepada kumpulan pelajar perlu diterangkan


dengan jelas; dan
(iv) Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama lain.
Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah lain
iaitu:
(i)

Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama;

(ii)

Pelajar belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa belas


kasihan; dan

(iii) Pelajar menjadi lebih toleransi antara satu sama lain.


Seperti juga kaedah lain, kaedah koperatif mempunyai beberapa kelemahan
iaitu:
(i)

Sesetengah pelajar tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini;

(ii)

Pelajar yang suka bersendirian (loners) sukar untuk melibatkan diri


dalam perbincangan;

(iii) Pelajar agresif cuba menguasai perbincangan; dan


(iv) Pelajar pandai cuba berlagak bijak.
(d)

Kaedah Eksperimen
Kaedah eksperimen ialah kaedah yang digunakan untuk menguji sesuatu
hipotesis dengan membuat uji kaji, mengutip dan menganalisis data serta
menyediakan laporan. Kaedah ini biasanya digunakan dalam mata
pelajaran sains yang memerlukan pemikiran sistematik, objektif, kreatif,
kritikal, analitikal dan rasional. Kejayaan eksperimen sains amat
bergantung kepada guru dalam merancang dan menguruskan aktivitiaktiviti makmal. Tujuan aktiviti eksperimen ini ialah untuk pelajar
mengukuhkan pemahaman tentang konsep yang diajar guru dalam kelas.
Dalam kaedah eksperimen, perkara berikut perlu diberi perhatian:
(i)

Masa yang diberi untuk melaksanakan eksperimen;

(ii)

Cara untuk melaksanakan eksperimen;

(iii) Kesukaran yang dihadapi semasa melaksanakan eksperimen;


(iv) Perkara penting yang perlu ditekankan semasa eksperimen;
(v)

Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai pelajar;

220 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

(vi) Kaedah pengutipan data dan perbincangan; dan


(vii) Keselamatan makmal.
Kejayaan kaedah eksperimen bergantung pada:

(e)

(i)

Kesukaran eksperimen; dan

(ii)

Kuantiti sesuatu eksperimen itu dilaksanakan.

Kaedah Permainan
Dalam kaedah ini, permainan yang sesuai digunakan untuk pelajar
memahami dan mengukuhkan konsep dan prinsip yang ingin
disampaikan. Di samping itu, permainan juga dapat memberikan
keseronokan dan meningkatkan minat pelajar untuk terus belajar.
Permainan juga mengandungi unsur pertandingan, cabaran dan ganjaran
yang dapat mengurangkan rasa bosan dengan keadaan dalam kelas.
Sesetengah permainan seperti catur dapat melatih kesabaran dan toleransi.
Peranan guru dalam kaedah permainan ialah seperti yang berikut:
(i)

Memutuskan bentuk permainan yang sesuai;

(ii)

Memaksimumkan penyertaan pelajar;

(iii) Menentukan pelajar memahami undang-undang dan peraturan


permainan;
(iv) Menentukan permainan dilaksanakan secara adil dan terkawal; dan
(v)

Menyatakan ganjaran (jika ada) kepada pasukan yang menang.

Beberapa jenis permainan yang terdapat di sekolah:


(i)

Scavenger Hunt;

(ii)

Name that Flag! And You Can Win It!;

(iii) Identification Games;


(iv) Alphabet Games; dan
(v)

Geography Games.

TOPIK 10

10.4.3

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 221

Pendekatan Pengajaran Penemuan Tulen

Dalam pendekatan ini, seperti yang kita sedia maklum, guru membenarkan
pelajar melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas sehingga mereka
menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. Pendekatan ini
menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman. Menurut pendekatan ini,
konsep dan prinsip utama perlu dikaji dan ditemui sendiri oleh pelajar. Beberapa
kaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan ini dijelaskan dalam bahagian
berikut.
(a)

(b)

Kaedah Inkuiri
Dalam kaedah ini, pelajar diminta menjalankan kajian untuk menemui
sendiri konsep-konsep atau prinsip tertentu. Tujuan utama kaedah ini ialah
untuk membantu pelajar untuk meyakini diri sendiri, mendapat
pengalaman dan menemui sendiri prinsip tertentu melalui kajian yang
dijalankan. Sebagai contoh, apabila kaedah inkuiri digunakan, pelajar
bukan sahaja memahami fenomena yang dikaji atau mendapat ilmu
daripada pengalaman yang dilalui, tetapi juga mengetahui proses saintifik
yang dilaksanakan. Semua ini diperoleh melalui pemikiran reflektif pelajar.
Yang berikut dinyatakan pendapat beberapa orang penyelidik dalam
bidang kaedah pengajaran:
(i)

Martin (1972) berpendapat bahawa kaedah inkuiri dalam sains akan


membawa kepada penemuan. Pelajar, apabila menggunakan kaedah
ini secara sendiri, akan menghasilkan bukti saintifik atau empirikal
untuk menyokong dapatan kajian mereka; dan

(ii)

Dyer (1979) mencadangkan empat langkah bagi kaedah inkuiri iaitu:


 Mengenal pasti bidang masalah;
 Membina hipotesis;
 Melaksanakan eksperimen empirikal; dan
 Mengutip dan menganalisis data.

Kaedah Penyelesaian Masalah


Kaedah ini dilaksanakan dengan memberi masalah kepada pelajar dan
meminta mereka menyelesaikannya dengan bantuan minimum daripada
guru. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti yang berikut:
(i)

Mengenal pasti masalah;

(ii)

Memahami masalah;

222 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

(iii) Merancang penyelesaian;


(iv) Melaksana rancangan penyelesaian; dan
(v)

Menilai penyelesaian.

Bagi langkah pertama, guru perlu mengenal pasti masalah yang sesuai
dengan objektif pembelajaran dan latar belakang pelajar. Masalah dalam
mata pelajaran matematik, misalnya, berbeza daripada masalah dalam
mata pelajaran Sains. Selain itu, pelajar juga berbeza dari segi gaya belajar,
pengalaman, minat, motivasi dan keupayaan menyelesaikan masalah.
Seterusnya, bagi langkah kedua, masalah yang telah dikenal pasti
hendaklah diberi kepada pelajar dan dijelaskan sehingga mereka benarbenar memahami masalah tersebut.
Bagi langkah ketiga, apabila pelajar merancang penyelesaian, mereka
mungkin perlu melukis gambar, rajah atau peta minda berkaitan dengan
masalah yang diberikan. Pelajar perlu mengenal pasti beberapa alternatif
penyelesaian dan memilih alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah
yang diberikan. Mereka seterusnya perlu menyediakan rancangan
penyelesaian kepada masalah ini secara terperinci.
Lihatlah penyu kerana ia tidak bergerak ke hadapan tanpa terjulur
keluar lehernya (behold the turtle, for he does not move forward
without sticking out his neck).
Bagi langkah keempat, pelajar perlu melaksanakan rancangan penyelesaian
yang telah dibuat, langkah demi langkah hingga tamat. Akhirnya, mereka
perlu menyemak dan menilai sama ada penyelesaian yang mereka peroleh
itu adalah penyelesaian kepada masalah yang diberikan kepada mereka.
Selepas pelajar melalui proses penyelesaian masalah ini, kita harap mereka
telah mempelajari sesuatu. Kita sebagai guru perlu faham bahawa kaedah
penyelesaian perlu distrukturkan, dirancang dan dapat dioperasi. Kaedah
ini juga boleh digunakan bersama kaedah lain seperti perbincangan,
sumbang saran dan koperatif.
(c)

Kaedah Kerja Lapangan


Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran yang agak berbeza daripada
kaedah-kaedah lain, di mana pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran di
lapangan (fieldwork). Mereka boleh diberi projek seperti membuat
eksperimen, menjalankan tinjauan (survey), mengambil bahagian dalam
kerja komuniti, memerhati orang bekerja atau menulis laporan tentang

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 223

pengembaraan mereka. Tujuan utama kaedah ini ialah memberi peluang


kepada pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pengalaman
yang tidak diperoleh di dalam kelas.
Hasil daripada kerja lapangan bergantung kepada banyak faktor seperti:
(i)

Perancangan yang baik dari segi tatacara dan pengurusan;

(ii)

Matlamat, tujuan dan objektif kerja lapangan;

(iii) Kesukaran projek yang diberikan; dan


(iv) Tanggungjawab pelajar.
(d)

Kaedah Eksplorasi
Kaedah ini menggalakkan pembelajaran pelajar secara penemuan melalui
aktiviti eksplorasi. Peranan guru hanyalah sebagai pemudah cara
(facilitator) pembelajaran. Guru boleh bermula dengan bertanya soalansoalan berikut: Bagaimanakah memulakan eksplorasi? Apakah yang
hendak dilihat dan apakah langkah yang perlu diikut? Pelajar pula diberi
kebebasan untuk memilih apa sahaja kaedah dan teknik untuk menjayakan
sesuatu eksplorasi. Melalui inisiatif sendiri, seseorang pelajar boleh
membina soalan sendiri dan cuba mencari jawapan kepada soalan tersebut.
Sebagai contoh, apakah yang akan berlaku sekiranya tumbuhan tidak
mendapat cahaya matahari?
Kaedah ini membantu pelajar supaya ingin mengetahui tentang perkara di
sekeliling mereka atau menguji sesuatu secara cuba jaya dan juga memberi
kebebasan untuk mereka membuat eksplorasi. Dengan melakukannya,
mereka akan dapat memahami sesuatu secara sendiri dan pembelajaran
berlaku secara serta merta.
Untuk mempercepatkan pembelajaran, guru perlu memainkan peranan
seperti yang berikut:
(i)

Menyediakan kerja-kerja asas;

(ii)

Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang;

(iii) Membantu pelajar dalam apa cara jua; dan


(iv) Meminimumkan masalah jika wujud.

224 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

LATIHAN 10.4
Pendekatan pengajaran boleh dikelaskan sebagai pengajaran terus,
pengajaran penemuan berpandu atau pengajaran penemuan tulen.
Mengikut pengalaman anda sebagai guru atau pelajar, pendekatan
manakah yang sesuai bagi pelajar lemah?

10.5

RANCANGAN MENGAJAR

Empat (unsur pembelajaran dan pengajaran telah diberikan dalam model MURE
iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan. Seterusnya, model
PPK akan membantu kita untuk memilih pendekatan, kaedah, teknik dan
kandungan pengajaran; berasaskan pengetahuan tentang mata pelajaran dan
pedagogi serta pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Langkah
seterusnya ialah mereka bentuk rancangan mengajar, yang terdiri daripada
langkah-langkah yang mengandungi semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang ditulis secara jelas dan terperinci (sehingga guru lain boleh
mengajar sekiranya anda dalam kecemasan). Rancangan mengajar yang baik
akan melicinkan proses pengajaran dan membantu pelajar untuk mencapai dan
menguasai hasil pembelajaran (learning outcomes).
Rancangan pengajaran biasanya terdiri daripada empat bahagian iaitu:
(a)

Maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran);

(b)

Maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni,


pendekatan dan kaedah pengajaran);

(c)

Langkah pengajaran (motivasi, pengetahuan/kemahiran asas, konsep


bersama kandungan/bahan bantu mengajar/contoh/aktiviti/latihan,
rumusan, dan kerja rumah); dan

(d)

Rujukan.

Contoh rancangan mengajar untuk mata pelajaran matematik diberikan dalam


Jadual 10.1.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 225

Jadual 10.1: Contoh Rancangan Mengajar Matematik


Rancangan Pelajaran
KelasHar
i Tarikh
Masa
Mata pelajaran

3COM
Isnin
15/5/06
7.30 hingga 8.10 pagi
Matematik

Topik

Kelajuan

Matlamat

Pelajar harus dapat menentukan dan mengira kelajuan dan


kelajuan yang seragam.

Hasil
pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, pelajar seharusnya dapat:


(a)

Menentukan kelajuan dan kelajuan yang seragam; dan

(b)

Menghitung kelajuan dan kelajuan yang seragam.

Nilai moral

Mematuhi had laju.

Pendekatan
pengajaran/

(a)

Perbincangan;

kaedah

(b)

Sesi soal jawab; dan

(c)

Sumbang saran.

Langkahlangkah
pengajaran

Penemuan berpandu

1.

2.

Motivasi
(a)

Kandungan: Memotivasikan pelajar untuk


memberikan perhatian kepada topik;

(b)

Alat bantu pengajaran: Gambar kemalangan jalan


raya yang membawa maut; dan

(c)

Aktiviti: Perbincangan singkat tentang kemalangan


jalan raya.

Pengetahuan dan Kemahiran Asas


(a)

(b)

Kandungan: Jarak dan unit di KM dan meter. Masa


dan unit dalam jam dan minit. Konsep dan
pengiraan purata;
Alat bantu pengajaran: Pembaris satu meter;

(c)

Aktiviti: Perbincangan singkat tentang jarak dan


masa, dan bagaimana untuk mengukurnya; dan

(d)

Latihan: Tunjukkan pembaris satu meter dan


membenarkan pelajar mengaitkannya dengan
sejauh mana 1 KM.

226 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

3.

Konsep Kelajuan dan Definisi


(a)

4.

5.

Kandungan: Kelajuan ialah jarak purata yang


diliputi oleh objek yang bergerak dalam satu unit
masa;

(b)

Alat bantu pengajaran: Gambar kereta lumba F1;

(c)

Aktiviti: Membincangkan menggunakan data


kereta lumba F1 data mengenai masa yang diambil
untuk menghabiskan satu pusingan litar;

(d)

Latihan: Pelajar perlu mencari jarak purata diliputi


dalam masa per minit. Mereka perlu mengira jarak
purata per jam; dan

(e)

Aktiviti: Berikan definisi kelajuan. Pelajar perlu


menemui formula untuk kelajuan.
Jarak (KM)

25

50

100

150

250

Masa (jam)

Contoh Kelajuan Seragam


(a)

Kandungan: Kelajuan seragam berserta contoh;

(b)

Alat bantu pengajaran: Jadual menunjukkan jarak


dan masa;

(c)

Aktiviti: Pelajar perlu mengira kelajuan setiap jarak


yang diliputi. Mereka perlu membuat rumusan
tentang kelajuan;

(d)

Latihan: Pelajar perlu mencari masa untuk meliputi


250KM; dan

(e)

Aktiviti: Pelajar perlu mendefinisikan kelajuan


seragam.

Nilai Moral
(a)

Kandungan: Mematuhi had kelajuan;

(b)

Alat bantu pengajaran: Gambar kemalangan jalan


raya yang membawa maut; dan

(c)

Aktiviti: Pelajar perlu sumbang saran berkenaan


kesemua kemungkinan yang menjadi punca
kemalangan jalan raya. Adakah kelajuan salah satu
sebabnya? Pelajar perlu memberi komen tentang
slogan Patuhi had kelajuan (respect for speed
limits). Adakah mereka bersetuju dengan slogan
tersebut?

TOPIK 10

6.

PENDEKATAN PENGAJARAN

W 227

Rumusan
Guru boleh meminta pelajar menyatakan maklumat
penting daripada pelajaran.

7.

Kerja Rumah
Guru memberikan kerja rumah berkenaan soalan
berkaitan dari kertas peperiksaan PMR yang lepas.

Rujukan

(a)

Lee Hong Eng. (1988). Matematik moden SRP. Petaling


Jaya, Malaysia: Preston.

(b)

Mohammad Khairuddin Yahya, Ibrahim Md Noh., & K. H.


Low. (1989). Matematik tingkatan satu KBSM. Kuala Lumpur,
Malaysia: Berita.

Anda telah pun didedahkan kepada beberapa kaedah pengajaran dalam mata
pelajaran pengkhususan anda masing-masing.

Tujuan utama topik ini adalah memberi rumusan tentang kaedah pengajaran
yang mungkin didedahkan kepada anda dalam kursus yang lepas dan
dimulakan dengan penjelasan tentang pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran.

Ini diikuti oleh model MURE yang menjelaskan beberapa unsur dalam
pembelajaran dan pengajaran iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan
peperiksaan.

Topik ini seterusnya mencadangkan bagaimana model PPK boleh digunakan


oleh guru untuk pelajar mencapai pemahaman dengan menggabungkan
pengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi serta pengetahuan
tentang pelajar dan sukatan pelajaran.

Topik ini seterusnya menjelaskan beberapa kaedah mengajar yang boleh


menjadi pengetahuan pedagogi kepada kita.

Akhirnya, satu rancangan mengajar ringkas diberi sebagai contoh rancangan


mengajar menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu.

228 X

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran

Pengajaran penemuan berpadu

Pengajaran penemuan tulen

Pengajaran terus

Pengajaran pedagogi kandungan

1.

Nyatakan apakah prinsip asas yang digunakan untuk mengelaskan


pendekatan pengajaran? Berikan satu contoh pengelasan bersama prinsip
asas ini.

2.

Unsur pertama dalam model MURE ialah motivasi. Apakah fungsi


motivasi ini? Berikan dua contoh motivasi tersebut.

3.

Pemahaman mata pelajaran secara mendalam adalah penting kepada guru.


Jelaskan bagaimana pemahaman ini membantu seseorang guru itu.

4.

Pendekatan pengajaran boleh dikelaskan kepada pendekatan pengajaran


terus, penemuan berpandu dan penemuan tulen.
(a)

Jelaskan apa yang anda faham tentang pendekatan pengajaran


penemuan berpandu.

(b)

Beri dan jelaskan satu kaedah pengajaran yang sesuai dengan


pendekatan penemuan berpandu.

(c)

Pilih satu mata pelajaran tertentu dan jelaskan teknik pengajaran yang
sesuai dengan kaedah pengajaran dalam (b).

Anda mungkin juga menyukai