Anda di halaman 1dari 5

Sembahyang Tarawih: Apakah Bid’ah Di Sisi Syi’ah

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Di antara perkara yang sering didengar ialah golongan Syi’ah mengatakan


sembahyang tarawih adalah merupakan bid’ah yang diada-adakan oleh Sayyidina
Umar al-Khattab r.a. Mungkin kerana itulah kita tidak akan mendapati sembahyang
tersebut ditunaikan di tempat yang majoritinya penganut Syi’ah seperti di Iran dan
lain-lain. Namun begitu kalau diperhatikan riwayat-riwayat yang terdapat di dalam
kitab-kitab utama Syi’ah termasuk empat kitab sahih di sisi mereka iaitu al-Kafi
karangan Thiqah al-Islam Abu Ja’far al-Kulaini, Man La Yuhdhuru al-Faqih karangan
Syeikh as-Soduq Ibnu Babuwaih al-Qummi, Tahzib al-Ahkam karangan Syeikh at-
Thoifah Abu Ja’far at-Thusi dan al-Istibsar juga karangan at-Thusi maka akan
didapati sebaliknya. Di antara riwayat-riwayat tersebut adalah:

Pertama:

‫محمد بن يعق وب عن علي بن اب راهيم عن محمد بن عيسى بن عبيد عن ي ونس عن ابى العب اس‬
‫ كان رسول هللا ص لى هللا عليه وآله يزيد‬:‫البقباق وعبيد بن زرارة عن ابي عبدهللا عليه السالم قال‬
‫ ثم‬،‫في صالته في شهر رمضان إذا ص لى العتمة ص لى بع دها يق وم الن اس خلفه في دخل وي دعهم‬
‫ ال تصل بعد العتمة في غ ير‬:‫ قال وقال‬،‫يخرج أيضا فيجيئون ويقومون خلفه فيدخل ويدعهم مرارا‬
.‫شهر رمضان‬
Daripada Abi al-Abbas al-Buqbaq dan ‘Ubaid bin Zurarah daripada Abi Abdillah a.s.
katanya: “Rasulullah s.a.w. menambahkan sembahyangnya di bulan Ramadhan bila
dia selesai sembahyang ‘atamah (Isya’). Baginda sembahyang selepasnya lalu orang
ramai berdiri di belakangnya maka Baginda pun masuk dan meninggalkan mereka,
kemudian Baginda keluar juga (pada malam yang lain) lalu orang ramai datang dan
berdiri di belakangnya maka Baginda masuk dan meninggalkan mereka beberapa
kali”. Perawi berkata, “Abu Abdillah a.s. berkata: “Janganlah sembahyang selepas
‘atamah selain di bulan Ramadhan”.1

Komentar: Tiada sembahyang yang lain di bulan Ramadhan selepas ‘Isya’ selain
tarawih. Riwayat di atas menunjukkan Abu Abdillah iaitu Jaa’far as-Sadiq
mengatakan ada sunnah sembahyang tarawih di bulan Ramadhan.

Kedua:
‫عن محمد بن خالد عن سيف بن عميرة عن أسحاق بن عمار‬
‫ إن أصحابنا هؤالء أبوا أن يزيدوا في‬:‫ إن ابا عبدهللا عليه السالم قال له‬:‫عن جابر بن عبدهللا قال‬
.‫صالتهم في رمضان وقد زاد رسول هللا صلى هللا عليه وآله في صالته في شهر رمضان‬

Daripada Jabir bin Abdullah katanya: “Sesungguhnya Aba Abdillah a.s. berkata
kepadanya, “Sesungguhnya pengikut-pengikut kita enggan menambahkan
sembahyang mereka di bulan Ramadhan sedangkan Rasulullah s.a.w. menambahkan
sembahyangnya di bulan Ramadhan”.2

Komentar: Imam maksum di sisi Syi’ah sendiri mengatakan pengikut-pengikutnya


iaitu golongan Syi’ah enggan mengikut amalan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan
beliau sendiri mengakui bahawa ianya bukan satu bid’ah yang direka-reka Umar r.a.
tetapi sunnah Nabi s.a.w. sendiri. Sekarang tanyalah golongan Syi’ah ajaran
siapakah yang diikuti mereka?

Ketiga:

‫ ك ان ابي يزيد في العشر االواخر من ش هر‬:‫عن محمد بن س نان ق ال ق ال الرضا عليه الس الم‬
.‫رمضان في كل ليلة عشرين ركعة‬
Daripada Muhammad bin Sinan katanya, “Imam al-Ridha a.s. berkata: “Ayahku
menambahkan pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan pada setiap malam
sebanyak dua puluh rakaat”.3

Keempat:

‫ كتبت إلى ابي محمد عليه الس الم إن رجال روى عن آبائك عليهم‬:‫احمد بن محمد بن مطهر ق ال‬
‫ أن رسول هللا صلى هللا عليه وآله ما كان يزيد من الصالة في ش هر رمض ان على ما ك ان‬:‫السالم‬
.‫الم‬ ‫ال عليه الس‬ ‫ام فق‬ ‫ائر االي‬ ‫ليه في س‬ ‫يص‬
‫ وصل‬،‫كذب فض هللا فاه صل في كل ليلة من شهر رمضان عشرين ركعة إلى عشرين من الشهر‬
‫ وصل في كل ليلة من‬،‫ وصل ليلة ثالث وعش رين مائة ركع ة‬،‫ليلة إح دى وعش رين مائة ركع ة‬
.‫العشر االواخر ثالثين ركعة‬

Ahmad bin Muhammad bin Muthahhir berkata, “Aku menulis kepada Abi Muhammad
a.s. bahawa ada seorang meriwayatkan daripada datuk-nenekmu bahawa Rasulullah
s.a.w. tidak menambah sembahyang di dalam bulan Ramadhan lebih daripada yang
biasa dia lakukan pada hari-hari yang lain”. Lalu beliau (Abu Muhammad) .a.s.
berkata: “Dia dusta (semoga Allah memotong mulutnya), sembahyanglah pada
setiap malam bulan Ramadhan sebanyak dua puluh rakaat sehingga malam ke dua
puluh, sembahyanglah pada malam ke dua puluh satu sebanyak seratus rakaat,
sembahyanglah pada malam ke dua puluh tiga seratus rakaat dan sembahyanglah
pada setiap malam daripada sepuluh akhir sebanyak tiga puluh rakaat”.4

Kelima:

‫ ثالث عش رة ركعة‬:‫وسأل عبدهللا بن سنان أبا عبدهللا عليه السالم " عن الصالة في شهر رمضان فقال‬
‫ وركعتان قبل صالة الفجر‬،‫منها الوتر‬
Abdullah bin Sinan bertanya Aba ‘Abdillah a.s. tentang sembahyang di bulan
Ramadhan lalu beliau menjawab: “Tiga belas rakaat, di antaranya witir dan dua
rakaat sebelum sembahyang fajar”.5

Dan banyak lagi riwayat-riwayat yang lain berkenaan sunnahnya sembahyang


tarawih di sisi imam-imam Syi’ah di dalam kitab-kitab utama mereka seperti al-Furu’
Min al-Kafi jil. 4, Wasaail as-Syi’ah dan lain-lain. Bahkan ulama kemudian mereka
juga menyebutkan perkara yang sama di dalam kitab masing-masing. Antaranya
Najm ad-Din at-Thobasi sebelum menukilkan pendapat ulama Syi’ah berkenaan
amalan ini di dalam kitabnya “Solat At-Tarawih Baina As-Sunnah Wal-Bid’ah”
mengatakan:

‫ وثالث ون في‬،‫ في كل ليلة عشرون ركعة الى عش رين ليل ة‬،‫ فالمشهور هو ألف ركعة‬،‫أ ّما عند اإلمامية‬
‫ ونكتفي في المق ام‬،‫ مع تفاصيل أخرى تع رف من خالل مراجعة الموس وعات الفقهي ة‬،‫العشر األواخر‬
‫بنقل كالم السيد المرتضى والطوسي والحلبي والحلّي والنراقي والعاملي والطباطبائي‬

Bermaksud: Adapun di sisi Imamiyyah maka pendapat yang masyhur ialah seribu
rakaat, setiap malam dua puluh rakaat selama dua puluh malam dan tiga puluh
(rakaat) pada sepuluh malam akhir di samping terdapat perincian yang lain yang
diketahui di celah-celah rujukan ensiklopedia feqah. Dan kita berpada di sini dengan
menukilkan kata-kata Sayyid al-Murtadha, at-Thusi, al-Halabi, al-Hulli, an-Naraqi,
al-‘Amili dan at-Thoba’thobaie.6

Selepas mengemukakan kata-kata ulama-ulama Syi’ah tersebut beliau


mengemukakan kata-kata at-Thoba’thobaie yang mengatakan pendapat Syeikh
Saduq di dalam kitabnya Man La Yahdhuruhu Al-Faqih bahawa tiada sembahyang
sunat di bulan Ramadhan lebih daripada bulan yang lain adalah pendapat yang
ganjil.7

Walaupun begitu beliau mengatakan bahawa mengadakan sembahyang tersebut


secara berjemaah adalah merupakan amalan bid’ah yang diada-adakan oleh Umar
r.a.8 walaupun riwayat pertama daripada kitab Tahzib al-Ahkam yang dikemukakan
di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. melakukannya secara berjemaah
sebagaimana yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari dan lain-lain di sisi Ahlus
Sunnah.

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas jelaslah bahawa sembahyang tarawih di


bulan Ramadhan bukanlah suatu amalan bid’ah di sisi imam-imam Ahlul Bait
berdasarkan kitab-kitab Syi’ah sendiri. Semoga Allah memelihara kita semua
daripada terpedaya dengan golongan yang cuba untuk menghapuskan keaslian
agama yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. kepada umatnya.

Disediakan oleh:

Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

Untuk www.darulkautsar.net

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1314
1
Tahzib al-Ahkam jil 3 hal. 62
2
Ibid.
3
Tahzib al-Ahkam jil 3 hal. 68
4
Ibid.
5
Man La Yahdhuruhu Al-Faqih Jil.1 Hal. 567

6
Solat At-Tarawih Baina As-Sunnah Wal-Bid’ah, Najm ad-Din at-Thobasi hal. 34 cetakan Qum Iran.

7
Ibid hal. 37

8
Ibid hal. 47

Anda mungkin juga menyukai