Anda di halaman 1dari 29

• PENGENALAN

• SEJARAH
• PERALATAN
• PRINSIP ASAS LONTARAN
• FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU
• TEKNIK MELONTAR PELURU
• LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR
SELANGKAH
• CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
Acara ini memerlukan kekuatan dan kemahiran untuk melontar
peluru dari bulatan kecil.

Lontaran ini hanya boleh dilakukan dengan sebelah tangan


sahaja.

Balingan dari belakang bahu merupakan teknik yang salah.

Oleh itu sebagai satu acara pertandingan, lontar peluru lebih


sesuai bagi pelajar sekolah menengah.

Walau bagaimanapun, asas melontar peluru, seperti acara-acara


yang lain boleh juga diperkenalkan kepada pelajar sekolah rendah.
Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan
pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan
Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta
acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu
yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar
peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua
buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah


mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga.
Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan
sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan
sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga
yang dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada
ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun.
Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran
telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi
empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara
lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti
Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan
Olimpik moden tahun 1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan


Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk
kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter
7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran
diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.
Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik
melontar peluru.
Kumpulan Berat peluru
umur
Lelaki Perempuan

Bawah 18 5.45 kg 4.0 kg


tahun

Bawah 15 4.55 kg 4.00 kg


tahun

Bawah 12 2.72 kg 2.72 kg


tahun
Gaya melontar Parry O’Brien adalah kurang sesuai bagi pelajar
sekolah rendah sekiranya mereka tidak mempunyai kaki yang
kuat.
Di samping itu acara ini terlalu teknikal dan memerlukan
koordinasi yang tinggi.
Justeru itu adalah memadai sekiranya para pelajar hanya diajar
cara berdiri dan melontar dan cara melungsur ke belakang
sebagai suatu usaha untuk memenuhi kehendak-kehendak
pelajaran Pendidikan Jasmani.
Para pelajar seharusnya membina kesedaran bahawa melontar
memerlukan pergerakan yang licin dan koordinasi seluruh
anggota badan dan bukan setakat menolak dengan tangan
sahaja.
Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru
biasanya terdiri daripada yang berikut:

Pegangan peluru
Lakuan sedia
Lungsuran
Kilasan badan
Lontaran
Pulihan
PEGANGAN PELURU

Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik
asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua:
Teknik memegang peluru dengan tiga jari
-Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah (yang
direnggangkan sedikit) dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan
di sisi peluru.
Teknik memegang peluru dengan lima jari
-Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking
mengimbangi kedudukan peluru.Teknik ini disyorkan kepada
pelajar sekolah rendah.

i)Memegang dengan ii) Memegang dengan


lima jari
tiga jari
Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa
diamalkan ialah:

Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

Gaya melungsur selangkah

Gaya Parry O’Brien


GAYA BERDIRI DAN MELONTAR (TANPA LUNGSURAN)

Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu
kirinya menghala ke arah lontaran.
Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih
kurang di bawah telinga), peserta hendaklah merendahkan
badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak
hampir dengan garis pusat bulatan.
Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.

Kilasan badan
Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan bahu tangan
bebas digerakkan ke hadapan.
Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan
dan ke atas.
Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula
menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan)
diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan
menjadi terangkat.
Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan
ke atas.
Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan
lurus.
Mata pelontar pula mengikuti pergerakan sehigga peluru itu
mendarat.

Pulihan
Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan dan pergerakan
badan pula tidak begitu kuat.
Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.
Cara melontar peluru secara berdiri

Lakuan sedia – mengilas badan - melontar


GAYA MELUNGSUR SELANGKAH
Lakuan sedia
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan
kawasan lontaran.
Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan
badan dengan membengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri diibaratkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah
bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki).
Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan
dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya
dibengkokkan sedikit.

Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan
pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.
Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin.
Berat badan pelontar mestilah masih berada di kaki kanan manakala
bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok.
Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu
tamat, pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan
kilasan badan.
Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke
belakang.

Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran),
kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan
kuat sehingga badan menjadi terangkat dan melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru
yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula
dengan tangan yang memegang peluru.
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kiri mestilah
digunakan untuk menahan dengan kuat.
Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru
dilontarkan.
Pulihan
Sebaik langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan
imbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan
peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu.
Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut
lajak.
Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke
hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa
yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung
untuk membantu imbangan badan.
GAYA PARRY O’BRIEN

Gaya Parry O’Brien adalah satu gaya yang telah diperkenalkan


oleh Parry O’Brien sendiri.
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada
tahun 50-an.
Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan
kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar
pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi
18 meter jaraknya.
Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping
sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien juga
telah membuktikan kepada ahli sukan tentang betapa
pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.
Contoh gaya Parry O’Brien
Lakuan sedia
Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri
membelakangi arah lontaran.
Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan
dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan tanah.

Lungsuran
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan
dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan.
Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut
dibiarkan bengkok) ke belakang.
Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian
hadapan bulatan.
Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki
kiri) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pula
mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas badan adalah
hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya
melungsur selangkah).
Butiran yang penting ditegaskan oleh guru kepada para pelajar
ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai
satu pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan
pengumpulan daya untuk membuat lontaran.

Lontaran, ikut lajak dan pulihan


Teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.
Latihan 1
Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru
dengan tolakan yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri)
Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru
dengan baik.
Latihan 2
Berdiri dengan bahu kiri menghadap kawasan lontaran. Kaki
direnggangkan.
Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.
Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di
belakang.
Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
Latihan 3
Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian bulatan.
Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan
diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan.
Condongkan badan sedikit. Ketingting ke hadapan bulatan
dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak
di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan.
Kilaskan badan dan buat lontaran.
Latihan 4
Pelontar berdiri dan membelakangkan kawasan lontaran. Badan
dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki
kanan.
Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang. Latihan ini
dibuat secara berulang-ulang.
Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa
membuat lungsuran.

Latihan 5

Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya


melungsur selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa
lontaran.
Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan
Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan
sebelah tangan sahaja.
Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan atau
papan penahan.
Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah
dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri
tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan
seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan.
Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sektor.
Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan
melalui bahagian belakang bulatan.
Lakuan-lakuan yang membatalkan lontaran

X X

X X
Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat
sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan.
Pangkal pita ukur di tempatkan pada bahagian kesan peluru
yang lebih dekat dengan bulatan melontar
Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai di tandaan di
tengah-tengah bulatan melontar
Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan
penanda akan menunjukkan jarak lontaran itu.
Zon lontaran
tidak sah

Bulatan melontar peluru dan cara mengukur jarak lontaran

Anda mungkin juga menyukai