Anda di halaman 1dari 4

Azab Melengahkan Solat~

LIMA AZAB ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT

 Ada sebuah hadis yang panjang menerangkan mengenai solat dan


anugerah yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang menjaga
solatnya, dan azab yang diterima oleh mereka yang melalaikan solat.
Hadis ini banyak disebutkan oleh para penceramah ketika mengadakan
kuliah-kuliah agama di masjid-masjid atau madrasah di sekitar Kuala
Lumpur dan di mana sahaja Hadis tersebut menyebut bahawa Allah
S.W.T akan menganugerahkan 'LIMA KURNIA" atas seseorang yang
menjaga solatnya lima anugerah itu ialah :- 

1. Rezekinya dipermudahkan
2. Dia diselamatkan dari azab kubur
3. Dia akan menerima buku catatanya dari tangan kanannya pada hari
hisab
4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti
kilat dan
5. Dia masuk syurga tanpa hisab Itulah lima anugerah yang akan
dikurniakan oleh Allah S.W.T  kepada mereka yang menjaga solatnya
iaitu sentia "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat. 

Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada


orang-orang  yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima
"LIMA AZAB" di dunia  ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga
lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :- 

1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya


2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh. 

Sementar itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati
kelak adalah :- 

1. Dia mati dengan keadaan aib


2. Dia mati dalam kelaparan dan;
3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini
disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu. 
Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang
melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :- 

1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur


2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas
baranya siang dan malam.
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang
panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum
dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :- 

 "TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU


KERANA  KAMU  MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH
SEHINGGA TERBIT MATAHARI". Melengah-lengahkan solat ZUHUR
sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga
solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular
itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk
membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA. 

Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-


lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :- 

1. Hisabnya terlalu berat


2. Allah murka terhadapnya dan;
3. Dia dicampakan ke dalam api neraka. 

Menurut satu lagi hadis dia akan didapati tiga baris ayat yang tertulis
didahinya ialah: 

 'HAI KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN TERHADAP


ALLAH S.W.T  "HAI KAMU YANG PATUT MENERIMA KEMURKAAN
ALLAH S.W.T DAN; KINI SESALLAH KERANA KAMU MELENGAH-
LENGAHKAN KEWAJIPAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T. 

Sementara itu para ulama terkenal seperti Ibnu Hajar, Abu Alait
Samaqandi dan lain-lain lagi telah meriwayatkan hadis-hadis ini dalam
kitab-kitab mereka. 

 SUNGGUH PUN AKU TIDAK DAPAT MENGESAN MATANYA DALAM


KITAB-KITAB ASAL MENGENAI HADIS INI, NAMUN HADIS-HADIS
LAIN YANG SETENGAHNYA SUDAH PUN DI SEBUTKAN BAGI
MENGUATKAN MAKSUDNYA" KATA MEREKA. 
Melengah-lengahkan solat sebagaimana yang disebutkan dan seperti
yang dinyatakan membawa seseorang KEKUFURAN dan oleh itu tidak
ada azab yang lebih pedih darinya kerana kesalahan ini. Akan tetapi
hendaklah diingat bahawa selepas seseorang itu diumumkan bersalah
pun, Allah adalah bebas memaafkan kalau kehendakinya. Allah
berfirman dalam kitab suci yang maksudnya 

 "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA


ORANG YANG MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU APA
JUA DARIPADA KESALAHAN (SYIRIK) ITU BAGI SESIAPA YANG
DIKEHENDAKINYA" 

Kalau Allah mengampunkan sesiapa yang dikehendakinya seperti


orang-orang yang melengah-lengahkan solat, maka sesungguhnya
bertuahlah orang itu, tetapi sesiapa yang dapat memastikan tuahnya
iatu?. Ada disebut dalam sebuah hadis bahawa Allah S.W.T akan
mengadakan " 

TIGA MAHKAMAH" pada hari hisab kelak di antaranya :- 

MAHKAMAH PERTAMA ADALAH UNTUK MENGADILI ORANG KAFIR


DAN ORANG-ORANG ISLAM DI MANA TIDAK ADA KEAMPUNAN".
MAHKAMAH KEDUA ADALAH UNTUK MENGADILI KEWAJIPAN DAN
TINGKAH LAKU SESEORANG TERHADAP YANG LAINYA. MEREKA
YANG TERANIAYA AKAN DIBALAS DI SANA. BALASANNYA
ADALAH SAMA ADA DIPEROLEHI DARIPADA ORANG-ORANG
YANG MENZALIMI ATAU DIBAYAR OLEH ALLAH S.W.T SENDIRI
KALAU DIA MAHU MENGAMPUN SESIAPA PUN".
MAHKAMAH KETIGA AKAN MENGADILI KEWAJIPAN TERHADAP
ALLAH. DI SINI PINTU RAHMAT ALLAH AKAN DIBUKA LUAS DAN
AKAN MENGAMPUNI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA".  

Dengan keterangan ini jelas bahawa kita patut menerima azab yang
telah ditentukan untuk dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tetapi sifat
Allah yang Maha Pengasih itu tidak ada batasnya dan dapat dia
mengampunkan segala-segalanya. Sementara itu Anas R.A
menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :- 

 "KALAU SESEORANG MENINGGAL DUNIA DENGAN BERIMAN


MEMATUHI PERINTAH-PERINTAH ALLAH MENUNAIKAN SOLAT,
MENGELUARKAN ZAKAT. MAKA DIA MATI DENGAN KEREDHAAN
ALLAH". 
Anas juga menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T
bersabda :- 

"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA


YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH
APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE
MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN
DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH
MALAM".
 

Abu Darda mengirim surat kepada Salman R.A katanya : 

"HABISKANLAH KEBANYAKAN MASAMU DALAM MASJID AKU


DENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : MASJID ADALAH
RUMAH ORANG-ORANG SOLEH. ALLAH SENDIRI BERJANJI
BAHAWA DIA AKAN MEMBERKATI ORANG-ORANG YANG
KEBANYAKANNYA MASANYA BERADA DI DALAM MASJID." ALLAH
AKAN MENGHIBURKANNYA DAN AKAN MEMUDAHKAN
MENYEBERANGI TITIAN SIRATHAL MUSTAQIM DAN
SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG YANG DEMIKIAN:. 

 Semoga kita sentiasa dalam keampuan Allah S.W.T hendaknya. Amin.


 

Anda mungkin juga menyukai