Anda di halaman 1dari 2

Talqin - Hijjaz - mp3 attached

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.


Dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di hari
kiamat.
Lalu siapa saja yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam
syurga.
Itulah dia orang yang beruntung.
Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu.

Wahai hamba Allah.


Ingatlah janji yang kamu keluar atasNya dari dunia hingga akhirat.
Iaitu persaksian Tiada Tuhan Yang Lain Kecuali Allah dan
Muhammad s.a.w. RasulNya.

Dan bahawasanya mati adalah benar.


Alam kubur adalah benar.
Kenikmatan dan siksa di dalamnya adalah benar.
Pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir adalah benar.
Kebangkitan darinya adalah benar.
Perhitungan yakni hisab adalah benar.
Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar.
Syurga dan neraka adalah benar.
Pertemuan dengan Allah bagi ahliNya adalah benar.

Bahawasanya Allah membangkitkan orang2 ahli kubur.


Sekarang kamu berada di alam barzah.
Alam antara dunia dan akhirat.

Maka ketika dua malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan


oleh Allah mengunjungi kamu janganlah kamu menjadi terkejut
atau pun gentar kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti
kamu dari sekian banyak makhluk2 Allah.

Ketika mereka berdua bertanya kepada mu


Siapakah Tuhan mu?
Siapakah Nabi mu?
Apakah agama mu?
Apa kiblat mu?
Dan apa pula pemimpin mu?
Dan siapakah saudara mu?

Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan.


Allah adalah Tuhan ku.
Muhammad adalah Nabi ku.
Islam adalah agama ku.
Kaabah adalah kiblat ku.
Kitab Al-Quran adalah pemimpin ku.
Dan kaum muslimin muslimat mukminin dan
mukminat adalah saudara2 ku.

Serta dihidupkan kembali.


Insya Allah kamu termasuk orang2 yang aman, selamat.
Dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap
Asyhadu 'alla 'ila ha'illallah
Wa asyhadu 'anna Muhammadar rasulullah.

Allah mengukuhkan orang2 yang beriman dengan ucapan yang kukuh


Asyhadu 'alla 'ila ha'illallah
Wa asyhadu 'anna Muhammadar rasulullah
di dunia dan di akhirat.

Wahai jiwa yang tenang,


Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai.
Masuklah dalam jemaah hamba2 Ku.
Dan masuklah pula dalam syurga Ku.

Anda mungkin juga menyukai