Anda di halaman 1dari 1

Rancanglah kematian......

Kita selalu mendengar berita tentang kematian, saban hari, saban waktu, setiap
ketika.Kita juga mendengar setiap masa ada insan-insan yang menunggu saat
kematian begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian tetapi telah
diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan.

Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada


penciptanya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari,
namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya
kita tetap akan pergi juga.

Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan ada yang kemalangan, ada
yang sakit berpanjangan ada yang kena buatan orang ? dan ada yang secara
spontan..

Ada yang mati diatas tilam empuk


ada yang mati dibunuh dan dihumban dijalanan atau longkang
ada juga yang mati dimedan perang.

Ada yang mati ketika melakukan maksiat


ada yang mati ditempat maksiat
tidak kurang juga yang mati semasa melakukan ibadat

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan seseorang ketika


matinya seseorang insan.

Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang kematian yang perlu kita
tempuhi atau kehendaki. kerana kematian akan menjenguk kita kita akan mati
dengan salah satu asbab, cara kematian kematian yang macamana kah yang
kita pilih ?kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita kalau kita
tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akan bersama kita akhirnya.

Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita. sabda Rasulullah saw
bermaksud " Lazimilah oleh kamu dengan berbuat kebajikan, kerana ia dapat
menghindarkan kamu dari mati dalam keadaan yang tidak baik".

Itulah kematian yang kita cari. iaitu kematian yang boleh membawa kepada
kebahagian dialam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglah supaya
kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.penuh dengan
keimanan dan keredhaan Allah swt. Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian
yang paling mulia disisi Allah ialah mati syahid.

Anda mungkin juga menyukai