Anda di halaman 1dari 9

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT SEBAGAI

PEGANGAN MASYARAKAT KINI


 

Selamat sejahtera semua, saya Nurul Ain dan dan akan saya bincangkan pada hari ini
topik amalan gaya hidup sihat sebagai pegangan masyarakat kini.

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan
pencegahan jangkitan penyakit. Ramai yang memikirkan amalan gaya hidup sihat hanya
merupakan penjagaan pemakanan dan melakukan senaman, tetapi penjagaan badan
kita juga merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan yang sihat.

Masyarakat kini mengambil prihatin tentang amalan gaya hidup sihat dengan
mengadakan beberapa kempen dan iklan mengenai kepentingan dan  cara-cara untuk
menjalankan kehidupan yang sihat. Pada hari ini, terdapat iklan yang diulang di
televisyen yang menggalakkan khalayak ramai, terutama sekali kanak-kanak, untuk
makan dua hidangan buah-buahan dan juga sayur-sayuran setiap hari.

Mengapa gaya hidup sihat itu sangat penting? Seperti apa yang telah saya katakan
pada pendahuluan saya, gaya hidup sihat dapat melahirkan masyarakat minda kelas
pertama. Dengan penjagaan pemakanan dan adanya tidur yang secukupnya, seseorang
itu akan mempunyai tenaga yang lebih banyak dan dapat menghabiskan kerja-kerja
yang lebih banyak. Minda yang cergas dapat membantu setiap individu mencari
penyelesaian yang baik dan juga idea-idea yang unik untuk pekerjaan mereka.

Kini, ramai remaja yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti mencuri, mengambil
dadah dan melakukan seks rambang. Ini diakibatkan amalan gaya hidup yang tidak
sihat. Bilangan remaja yang didapati mempunyai jangkitan penyakit kelamin dan juga
ditangkap polis semakin meningkat. Ini amat membimbangkan kerana remaja pada
masa kini tunggak masa hadapan.

Dengan itu, masyarakat kini harus mengambil tindakan untuk menggalakkan amalan
gaya yang sihat.

 
 

 Amalan Gaya hidup Sihat

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


. http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html

.
..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara
contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa
mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh
tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini
gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat
pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan
yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai
lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan
makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini
yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai
kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan
pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang
juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi
amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat
membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai
kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang
dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti
seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama
keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan
mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem
imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang
sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya,
semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu
kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu
dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit,
mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas
kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan
dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang
bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan
mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat
membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,
masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih
perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit.
Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan
kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan
pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu
bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan
cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai
penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain
didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa
bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan
atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu
bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan
sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh
seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang
positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda
kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran
terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat
kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh
mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka.
Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan
negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.
Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang
mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan
yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat
mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap
masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami
bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya
 Pertumbuhan dan perubahan fizikal
 
Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat
seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan
kematangan organ seksual akan menimbul dalam perubahan fizikal remaja. Ada
perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan
kekuatan tenaga dan stamina. Tetapi kebanyakan perubahan adalah spesifik antara seks.
     Akil baligh merujuk kepada pencapaian kematangan seksual pada lelaki dan
perempuan. Tanda permulaan akil baligh perempuan merujuk kepada waktu haid yang
pertama, manakala bagi lelaki pula merujuk kepada pancaran air mani.
     Perubahan akil baligh selalunya didahului oleh pertambahan lemak badan, ada remaja
awal menjadi gemuk dan pendek pada masa ini. Kedua-dua lelaki dan perempuan
mempunyai lemak dalam tempat dada. Lemak di dada perempuan akan kekal, manakala
lelaki pula tidak, ia hanya satu peringkat perkembangan sahaja. Perubahan akil baligh
bagi remaja awal ialah peningkatan besar dalam ketinggian. Saiz otot dan tulang mula
berkembang. Lemak yang berlebihan di badan lelaki akan hilang, manakala Lemak di
badan perempuan akan kekal pada bahagian tertentu.
     Pada zaman remaja awal, bahagian badan yang berbeza berkembang dengan kadar
yang tinggi. Perkembangan fizikal remaja ini akan selesai dalam 10 tahun bermula
daripada permulaan akil baligh. Untuk mencapai saiz badan dewasa, kaki dan tangan
mereka semakin panjang. Seterusnya kelebaran badan berkembang. Perkembangan cepat
tersebut akan mengakibatkan remaja berasa janggal.
     Selain itu, badan dan kulit remaja akan bermula mengeluarkan banyak minyak,
akibatnya badan mereka akan mengeluarkan bau.
 
1. Hormon
     Sebernya perubahan fizikal tersebut adalah dikawal oleh hormon, bahan biokimia
yang dirembeskan dengan bilangan yang sangat kurang oleh kelenjar endokrin. Hormon
mempengaruhi pertumbuhan remaja sejak zaman fetal hingga sekarang, bilangan
pengeluaran hormon semakin bertambah pada akil baligh. Hormon “lelaki” dan hormon
“perempuan”  muncul dalam kedua-dua seks, tetapi lelaki mempunya hormos bernama
androgens yang lebih banyak, dan hormon yang terpenting, testoterone berbanding
dengan perempuan, manakala perempuan pula mempunyai hormon dipanggil estrogen
dan progesterone yang lebih banyak berbanding dengan lelaki (Tanner, 1978).
     Setiap hormon mempengaruhi satu set sasaran atau receptor yang tertentu. Contohnya
rembesan testosterone menyebabkan zakar bertumbuh, bahu menjadi semakin lebar, bulu
bertumbuh di tempat kemaluan dan di muka. Sebaliknya, estrogen menyebabkan uterus
dan dada bertumbuh dan pinggung menjadi semakin lebar. Sel dalam tempat sasaran
mempunyai keupayaan untuk bertindakbalas dengan hormon tertentu yang mengedar
dalam darah tetapi tidak bertindakbalas terhadap yang lain. Contohnya, uterus
bertindakbalas secara terpilih terhadap estrogen dan progesterone. Sel sasaran adalah
sangat peka terhadap kuantiti hormon dan sangat kecil, walaupun hormon muncul dalam
bilangan yang begitu kurang seperti mengesan seketul gula yang larut dalam satu kolam
renang (Tanner, 1978).
     Kelenjar endokrin merembes hormos yang komples dan halus, kerja penyenggaraan
ini dijalankan oleh 2 tempat otak: hypothalamus dan pituitary. Hypothalamus adalah
bahagian otak yang memulakan proses pertumbuhan dan pembiakan sejak zaman remaja.
Pituitary terletak dibawah bahagian otak, ia mengeluarkan beberapa jenis hormon,
termasuk hormon pertumbuhan, iaitu hormon yang mengawal seluruh pertumbuhan
badan, dan beberapa hormon tropi kedua. Hormon tropi ini merangsang fungsi beberapa
kelenjar, termasuklah kelenjar seks, iaitu testis dalam badan lelaki dan ovari dalam badan
perempuan. Kelenjar seks mempunyai 2 fungsi: mengeluarkan sperma atau ovum dan
merembeskan androgens atau estrogens. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar
pituitary dan kelenjar seks mempunyai pengaruh emosi terhadap fizikal remaja.
 
2. Kematangan seksual pada lelaki
Selepas pertumbuhan secara menyembur, perubahan major biologikal kedua ialah
pembanguan sistem pembiakan. Pada lelaki, tanda pertama akil baligh ialah pertumbuhan
testis dan skrotum secara pecut. Lebih kurang 1 year selepas pertumbuhan ini bermula,
zakar mengalami pertumbuhan secara menyembur. Antara 2 perkara ini, bulu pubik mula
muncul, tetapi ia tidak mencapai pertumbuhan sepenuhnya sehingga selepas penyelesaian
perkembangan kemaluan. Sejak tempoh ini, perkembangan saiz jantung dan paru-paru
juga berlaku. Berpunca daripada kelakuan hormon seks lelaki, testosterone, lelaki juga
membangun lebih banyak sel darah merah berbanding dengan perempuan. Pengeluaran
sel darah merah yang luas ini adalah salah satu faktor menyatakan keupayaan olahraga
remaja lelaki mengatasi remaja perempuan.
     Pancutan air mani pertama akan berlaku pada awal umur 11 tahun atau lewat umur 16
tahun. Pancutan pertama selalunya wujud pada tempoh pertumbuhan lelaki yang cepat
dan mungkin datang sejak pelancapan atau “mimpi lembap”. Pancutan pertama ini
biasanya tidak mempunyai cukup air mani untuk subur. (Money, 1980)
     Selain itu, pertumbuhan yang lain ialah suara garau yang janggal. Suara betul-betul
berubah mengambil tempat berelavif lewat dalam rangkaian perubahan akil baligh, dan
dalam kebanyakan lelaki berlaku terlalu perlahan untuk menjadi kepentingan sebagai
batu tanda jarak pertumbuhan. (Tanner, 1978)
 
3. Kematangan seksual perempuan
Dalam perempuan, “dada bertunas” adalah biasanya tetapi bukan selalunya sebagai tanda
pertama akil baligh bermula. Perkembangan uterus dan vagina adalah serentak dengan
pembesaran labia dan kelentit.
     Waktu haid pertama, adalah berkemungkinan besar menandakan peringkat perubahan
perempuan, sebenarnya berlaku lewat dalam rangkaian, selepas puncak pertumbuhan
secara menyembur. Waktu haid pertama mungkin berlaku pada awal umur 9 ½ atau lewat
umur 16 ½; purata perempuan Amerika Syarikat ialah 12 ½. Dalam bahagian dunia lain,
waktu haid pertama berlaku lebih lewat berbanding dengan Amerika Syarikat.
Contohnya, purata perempuan Czechoslovakian menghadapi haid pertama pada umur 14
tahun, purata di antara Kikuyu of Kenya ialah umur 16 tahun, dan untuk Bindi of New
Guinea ialah umur 18 tahun (Power, Hauser, & Kilner, 1989). Waktu haid pertama
biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian dewasanya dan semasa dia
diuruskan untuk menyimpan jumlah minimum lemak badan. Bagi purata ketinggian
perempuan, tanda ini biasanya berlaku semasa beratnya mencapai lebih kurang 100
pound (Frisch, 1988).
 
Rajah 1: Perubahan tipikal pada zaman remaja
 
 
Perubahan dalam perempuan
Perkembangan dada
Pertumbuhan bulu kemaluan
Pertumbuhan bulu di bawah katiak
Pertumbuhan badan
Waktu haid pertama
Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan
oleh kelenjar.
 
Perubahan dalam lelaki
Pertumbuhan testis dan scrotal sac
Pertumbuhan bulu kemaluan
Pertumbuhan bulu di bawah katiak dan muka
Pertumbuhan badan
Pertumbuhan zakar
Perubahan suara
Pancutan air mani yang pertama
Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilak
oleh kelenjar.
 
 
Imej badan dan penyesuaian
 
Ahli sosiologi memanggil remaja sebagai kumpulan pinggiran (marginal group), iaitu
satu kumpulan antara budaya atau  budaya dominan yang pinggir bahawa biasanya
menunjukkan keperluan intensified disahkan. Remaja boleh menjadi tidak sabar terhadap
penyimpangan dengan ekstrim. Media massa menghasilkan kecenderungan remaja
terhadap ketidaksabaran oleh imej menarik stereotaip pasaran, riang  remaja tanpa
pimpes, janggal, pendakap, atau masalah berat. Sebab banyak remaja adalah sensitif
dengan ekstrim terhadap kemunculan fizikal dan menggunakan banyak masa untuk
memeriksa mereka sendiri di hadapan cermin, ketidaksamaan antara imej sendiri mereka
yang kurang sempurna dengan kilap unggul yang mereka nampak dalam media sering
menghasilkan kesangsian sendiri dan kebimbingan.
     Sejak imej badan berhubungan sangan dekat dengan masa kematangan, banyak kajian
telah menerangkan kesan kematangan awal atau lewat.
 
1. Prihatin remaja terhadap imej badan
     Sejak zaman kanak-kanak pertengahan, kanak-kanak menjadi sedar terhadap jenis
badan dan unggul yang beza, dan mereka dapat idea jelas saksama terhadap jenis badan,
kadar, dan teknik mereka. Tetapi dalam remaja, ada peperiksaan rapi terhadap
penerimaan jenis badan. Dalam masyarakat kita, ada orang muda menakluk mereka
sendiri kepada pengehadan makanan dengan bersungguh, sementara itu memulakan
dengan usaha ke atas keras regimen kesihatan fizikal dan latihan tenaga, contohnya
mengangkat berat, olahraga, atau menari. Biasanya, kebanyakan lelaki lebih
menumpukan prihatin mereka terhadap kekuatan fizikal bahawa mereka boleh
menggunakannya ke atas persekitaran (Lerner, Orlos, & Knapp, 1976). Jadi, ketinggian
dan otot adalah penting terhadap mereka. Sebaliknya, perempuan sangat bimbang mereka
menjadi terlalu gemuk atau terlalu tinggi. Mereka menumpukan prihatin terhadap berat,
di samping itu, sebab mereka prihatin terhadap penerimaan sosial. Keputusannya, banyak
remaja perempuan yang normal, walaupun kurus, mereka berasa mereka gemuk dan cuba
untuk menghilangkan berat badan mereka. Apabila mereka terlalu ekstrim, prihatin
terhadap berat ini boleh mendatangkan anorexia nervosa atau bulimia.
     Ketinggian, berat dan wajah adalah sumber prihatin kepada remaja. Lebih kurang 2/3
remaja harap mereka sendiri akan mempunyai satu atau banyak bahagian pertukaran
fizikal (Peterson & Taylor, 1980). Bilangan kesedaran sendiri terhadap badan seseorang
menyusut pada remaja akhir. Menurut satu kajian, kepuasan terhadap imej badan
perempuan pada umur 13 tahun dan lelaki pada umur 15 tahun adalah paling rendah.
Selepas umur tersebut, kepuasannya meninkat dengan ketara. Keseluruhannya, dalam
umur antara 11 tahun dan 18 tahun, kepuasan imej badan perempuan lebih rendah
daripada lelaki (Rauste-von Wright, 1989).
     Terdapai perbezaan yang menarik dalam perubahan remaja perempuan dan lelaki
yang  ingin buat terhadap badan mereka. Perempuan mahu perubahan spesifik: “saya
hendak buat telinga saya dalam keadaan tertentu” atau “ Saya hendak buat dahi saya lebih
rendah.”  Lelaki juga tidak puas tetapi kurang tepat. Seorang lelaki tipikal mungkin
berkata: “Saya ingin mendapat rupa yang handsome dan tidak gemuk. Saya ingin
mendapat rambut hitam berombak. Saya hendak tukar seluruh rupa fizikal jadi saya akan
menjadi handsome, dengan bentuk tubuh yang baik. Kedua-dua perempuan dan lelaki
bimbang terhadap kulit mereka. Setengah kalangan remaja berkata mereka prihatin
terhadap pimples dan blackheads.
 
2. Kematangan awal dan lewat
Walaupun banyak remaja mempunyai sikap positif dengan patutnya terhadap kadar
kematangan mereka sendiri (Pelletz, 1995), kematangan awal dan lewat mendatangkan
masalah, terutamanya bagi lelaki kematangan lewat. Lantaran daripada perempuan
matang, dengan puratanya, 2 tahun lebih awal daripada lelaki, jadi lelaki kematangan
lewat adalah orang yang paling lewat mencapai akil baligh dan paling lewat untuk
mengalami pertumbuhan secara pecut. Oleh itu, dia adalah paling kecil dan kurang otot
berbanding dengan rakan sama umur dia, dia mengalami kelemahan dalam sukan. Kanak-
kanak dan dewasa berkecenderungan menganggap kanak yang lebih kecil sebagai kanak
yang lebih muda, jadi, orang yang mengalami kematangan lewat mempunyai status sosial
yang lebih rendah di kalangan rakan dia dan dipandang sebagai kurang kecekapan oleh
dewasa (Brackbill & Nevill, 1981).
     Kadang-kalanya persepsi ini menjadi ramalan kepenuhan sendiri, dan lelaki
kematangan lewat akan memberikan reaksi dengan pergantungan kebudak-budakan dan
tingkah laku tidak matang. Dalam kes lain, dia mungkin bantah dan menjadi sangat
aggresif. Setidak-tidaknya, lelaki kematangan lewat mempunyai kesusahan penyesuaian
yang lebih banyak berbanding dengan lelaki kematangan awal. Lelaki kematangan awal
bercenderungan menambahkan semua jenis sosial dan faedah olahraga di kalangan
rakannya. Daripada zaman pertengahan kanak-kanak, lelaki kematangan awal lebih suka
menjadi pemimpin rakan kumpulan mereka (Weisfeld & Billings, 1988).
     Jika kematangan awal adalah asset kepada remaja lelaki, jadi ia juga menjadi rahmat
kepada perempuan. Dalam perempuan, faedah awalnya terlekat pada kematangan lewat.
Perempuan kematangan lewat mungkin mula matang pada masa yang sama dengan rakan
lelaki dia. Dia lebih popular dalam golongan rakan dia berbanding dengan perempuan
kematangan awal. Perempuan kematangan awal, lebih tinggi, dan lebih matang
berbanding dengan rakan lelaki dia. Akibatnya, dia kurang mempunyai peluang untuk
berbincang dengan rakan dia bahawa perubahan fizikal dan emosi yang dia alami. Tetapi,
sebaliknya perempuan kematangan awal kerap berasa lebih tertarik, mereka lebih popular
dengan lelaki yang lebih besar, dan mereka keluar untuk pertemuan sosial lebih kerap
berbanding dengan rakan yang mengalami kematangan lewat (Blyth, Bulcroft, &
Simmons, 1981

http://groups.google.com/group/ukm_psikologi/web/perkembangan-fizikal-remaja

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/HAID.pdf

berasal dari kata latin adolensence yang berarti tumbuh atau tumbuh menjadi dewasa.
Istilah adolensence mempunyai arti yang lebih luas lagi yang mencakup kematangan
mental, emosional sosial dan fisik (Hurlock, 1992). Remaja sebenarnya tidak mempunyai
tempat yang jelas karena tidak termasuk golongan anak tetapi tidak juga golongan
dewasa atau tua.

Seperti yang dikemukakan oleh Calon (dalam Monks, dkk 1994) bahwa masa remaja
menunjukkan dengan jelas sifat transisi atau peralihan karena remaja belum memperoleh
status dewasa dan tidak lagi memiliki status anak. Menurut Sri Rumini & Siti Sundari
(2004: 53) masa remaja adalah peralihan dari masa anak dengan masa dewasa yang
mengalami perkembangan semua aspek/ fungsi untuk memasuki masa dewasa.

Masa remaja berlangsung antara umur 12 tahun sampai dengan 21 tahun bagi
wanita dan 13 tahun sampai dengan 22 tahun bagi pria. Sedangkan menurut Zakiah
Darajat (1990: 23) remaja adalah:

masa peralihan diantara masa kanak-kanak dan dewasa. Dalam masa ini anak mengalami
masa pertumbuhan dan masa perkembangan fisiknya maupun perkembangan psikisnya.
Mereka bukanlah anak-anak baik bentuk badan ataupun cara berfikir atau bertindak,
tetapi bukan pula orang dewasa yang telah matang.

Hal senada diungkapkan oleh Santrock (2003: 26) bahwa remaja (adolescene) diartikan
sebagai masa perkembangan transisi antara masa anak dan masa dewasa yang mencakup
perubahan biologis, kognitif, dan sosial-emosional.

Batasan usia remaja yang umum digunakan oleh para ahli adalah antara 12 hingga 21
tahun. Rentang waktu usia remaja ini biasanya dibedakan atas tiga, yaitu 12 – 15 tahun
= masa remaja awal, 15 – 18 tahun = masa remaja pertengahan, dan 18 – 21 tahun =
masa remaja akhir.  Tetapi Monks, Knoers, dan Haditono membedakan masa remaja
menjadi empat bagian, yaitu masa pra-remaja 10 – 12 tahun, masa remaja awal 12 –
15 tahun, masa remaja pertengahan 15 – 18 tahun, dan masa remaja akhir 18 – 21
tahun (Deswita, 2006:  192)
Definisi yang dipaparkan oleh Sri Rumini & Siti Sundari, Zakiah Darajat, dan Santrock
tersebut menggambarkan bahwa masa remaja adalah masa peralihan dari masa anak-
anak dengan masa dewasa dengan rentang usia antara 12-22 tahun, dimana pada masa
tersebut terjadi proses pematangan baik itu pematangan fisik, maupun psikologis.

Artikel Menarik Lainnya:

 Batasan Usia Remaja

adalah suatu keadaan kesehatan yang sempurna baik secara fisik, mental, dan sosial dan
bukan semata-mata terbebas dari penyakit atau kecacatan dalam segala aspek yang
berhubungan dengan sistem reproduksi, fungsi serta prosesnya.

Pengertian kesehatan reproduksi ini mencakup tentang hal-hal sebagai berikut: 1) Hak
seseorang untuk dapat memperoleh kehidupan seksual yang aman dan memuaskan serta
mempunyai kapasitas untuk bereproduksi; 2) Kebebasan untuk memutuskan bilamana
atau seberapa banyak melakukannya; 3) Hak dari laki-laki dan perempuan untuk
memperoleh informasi serta memperoleh aksebilitas yang aman, efektif, terjangkau baik
secara ekonomi maupun kultural; 4) Hak untuk mendapatkan tingkat pelayanan kesehatan
yang memadai sehingga perempuan mempunyai kesempatan untuk menjalani proses
kehamilan secara aman.

Secara garis besar dapat dikelompokkan empat golongan faktor yang dapat
berdampak buruk bagi kesehatan reproduksi yaitu :

1. Faktor sosial-ekonomi dan demografi (terutama kemiskinan, tingkat pendidikan


yang rendah, dan ketidaktahuan tentang perkembangan seksual dan proses
reproduksi, serta lokasi tempat tinggal yang terpencil).
2. Faktor budaya dan lingkungan (misalnya, praktek tradisional yang berdampak
buruk pada kesehatan reproduksi, kepercayaan banyak anak banyak rejeki,
informasi tentang fungsi reproduksi yang membingungkan anak dan remaja
karena saling berlawanan satu dengan yang lain, dsb).
3. Faktor psikologis (dampak pada keretakan orang tua pada remaja, depresi karena
ketidakseimbangan hormonal, rasa tidak berharga wanita pada pria yang membeli
kebebasannya secara materi, dsb).
4. Faktor biologis (cacat sejak lahir, cacat pada saluran reproduksi pasca penyakit
menular seksual, dsb)

http://belajarpsikologi.com/kesehatan-reproduksi-remaja/

http://www.scribd.com/doc/2929177/PENYALAHGUNAAN-DADAH-
DIKALANGAN-REMAJA-DARI-SUDUT-PSIKOLOGI

Anda mungkin juga menyukai