Anda di halaman 1dari 6

KAEDAH KETUJUH BELAS (17)

‫السؤال معاد في الجواب‬


Maksudnya : Pertanyaan harus dikembalikan ke dalam jawapan

1. HURAIAN KAEDAH

Kaedah ini bermaksud pertanyaan itu harus diulangi dengan jawapan. Ia bermaksud
hukum daripada sesuatu jawapan adalah tertakluk kepada soalannya.

i
Menurut Abd. Latif Muda dan Rosmawati (2000), kaedah ini juga dibawa dengan lafaz---

‫السؤال كإعادة للجواب‬

Maksudnya : Persoalan itu seolah-olah kembali kepada jawapan.

CONTOH:

Seorang hakim bertanya kepada orang yang didakwa, “ Adakah isteri kamu telah kamu
talak? Apabila dijwab oleh yang didakwa “ya” maka isterinya telah jatuh hukum sebagai
wanita yang telah ditalak.

2. HUKUM FURU’

Antara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

 Seorang hakim berkata kepada seorang lelaki atas dasar bertanya dan ingin
mengetahui berita. “ Apakah engkau telah menceraikan isterimu?” Lalu lelaki itu
menjawab “ya”. Lantaran jawapan tersebut merupakan suatu pengakuan atau ikrar
terhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya,maka jawapan tersebut dikira serta
diterima daripada sudut makna zahirnya walaupun ia berdusta.Iaitu isterinya itu
dikira tertalak atau diceraikan dari sudut zahirnya. Sebaliknya, jika ia berdusta
wanita tersebut dikira sebagai isterinya dari sudut batin.( Ini sebagaimana yang
dijelaskan oleh imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Rawdah)
Dalam konteks yang lain pula, sekiranya hakim tersebut bertanya kepada
lelaki itu bukan atas dasar bertanya atau bukan untuk mengetahui berita dan lelaki
itu menjawab : ya. Berkaitan jawapan itu ulama’ berselisih pendapat:

Pertama:

Pendapat lebih kukuh mengatakan, pengakuan dan jawapan tersebut dikira


pengakuan yang jelas atau soreh. Sebagaiman yang dijelaskan oleh imam al-
Nawawi dalam al-Rawdah yang merupakan pendapat ibn al-Sabbagh, al-Ruyani
juga pendapat pilihan al-Muzani. Ulama’ tersebut berpendapat demikian dengan
membawa alasan sebagaimana kaedah di atas: Petanyaan harus dikembalikan ke
dalam jawapan.

Kedua :

Pendapat lain mengatakan : Jawapan dan pengakuan tersebut diterima atau dikira
sebagai suatu kinayah atau bahasa kiasan. Yang mana isterinya tidak tertalak
melainkan dengan niat.

 Hukum furu’ daripada kaedah ini juga digunakan dalam ikrar.


Contohnya ; Seseorang telah mendakwa terhadap kawanya dengan berkata :” Saya
memiliki atau mempunyai sesuatu barang daripada engkau.” Kawannya atau
orang yang didakwa itu menjawab “ya”. Ikrar atau pengakuan tersebut diterima
dan merupakan pengakuan dan jawapan terhadap apa yang ditanya oleh
pendakwa.
KAEDAH KELAPAN BELAS (18)

‫ال ينسب إلى ساكت قول‬


Maksudnya : Orang yang diam tidak boleh dianggap ia berkata

1. MAKSUD KAEDAH
Tidak boleh dinisbahkan kepada orang diam itu berkata, iaitu tidak boleh
disamakan kepada orang yang diam itu ia berkata dengan sesuatu perkataan apa pun.
Sesetengah ulama’ berpendapat bahawa kaedah ii adalah kata-kata dan fatwa
imam al-Syafie berkenaan seseorang yang diam (atau tidak berkata-kata) itu tidak
sama keadaannya dengan sebagaimana orang yang berbicara (atau berkata
sesuatu).Namun begitu, sekiranya seseorang itu berdiam diri ketika diperlukan ia
berkata atau berbicara, maka itu membawa makna pengakuan atau ikrar oleh dirinya
dan dianggap pula sebagai satu keterangan.ii

Contoh 1

Janda yang mendiamkan diri iaitu tidak bercakap semasa walinya meminta
keizinan untuk dikahwinkannya, tetapi sikapya hanya mendiamkan diri itu tidak
menunjukkan bahawa ia merelakan untuk berkahwin.iii

Contoh 2

Dara yang mendiamkan diri tentang nikahnya dikira memberi izin kepada
bapanya untuk dia berkahwin. Sabda Nabi saw:

‫إذنها صماتها‬

Maksudnya :Seseorang gadis ketika ditanyakan kahwin adalah diamnya.iv


Contoh 3

Seseorang yang memiliki sesuatu benda dan tiba-tiba seseorang yang lain hendak
merosakkan benda tersebut, walhal tuan punya benda itu berdiam diri dan ia
sebenarnya berkuasa menghindarkan daripada kerosakan itu, maka jika benda itu
rosak hak mengganti benda itu tidak gugur, bermakna orang itu kena ganti.v

2. KAEDAH PECAHAN

Terbentuk pula kaedah-kaedah juziyyah lain yang mempunyai kaitan serta menjadi
kaedah pecahan daripada kaedah kulliyyah :

Kaedah 1

‫ال ينسب إلى ساكت قول لكن السكوت في معرض الحاجة إلى البيان بيان‬

Maksudnya: Tidak dapat disandarkan sesuatu perkataan kepada orang yang diam, namun
berdiam diri ketika memerlukan ketearngan adalah keterangan.

Kaedah 2

‫يقبل قول المترجم مطلقا‬

Maksudnya : Diterima perkataan penterjemah secara mutlak.

Kaedah 3

‫اإلشارة المعهودة لألخرس كالبيان بالسان‬

Maksud : Isyarat-isyarat yang difahami daripada orang bisu sama dengan keterangan
dengan ucapan.
Kaedah 4

‫القول للقابض في مقدار المقبوض‬

Maksud : Ucapan yang diterima adalah pernyataan orang yang menerima dalam batas
yang diterima.

Kaedah 5

‫الكتاب كالخطاب‬

Maksud : Tulisan sama dengan ucapan.

NOTA HUJUNG :
i
Ustaz Abd. Latif Muda& Ustazah Rosmawati Ali@Mat Zin (2000), Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Cetakan Pertama.
Penerbit Pustaka Slam Sdn. Bhd. Hal 386&387.
ii
Ibid.hal 388
iii
Haji Hassan bin Haji Saleh (1984). Prinsip-prinsip Fekah Islam. Pustaka Aman Press. Hal 173.
iv
Mohd Said Ishak (2000). Al-Qawaid al-Fihiyyah. Johor : Penerbit UTM. Hal 105.
v
Opcit. Hal 173

Anda mungkin juga menyukai