Anda di halaman 1dari 16

PENGAMATAN PENDENGARAN

Kepentingannya : *Kemahiran mendengar membolehkan kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi yang betul. *Mengelakkan kanak-kanak salah membuat tanggapan atau bunyi yang mengelirukan.

Faktor yang mempengaruhi pendengaran


Fizikal -dikurniakan deria yang semula jadi sejak lahir dan berbeza antara setiap individu (tajam dan sebaliknya, bukannya tergolong dalam cacat pendengaran) Jantina berbeza antara jantina. Misalnya kanak-kanak lelaki 7-9 tahun lebih lemah berbanding dengan kanakkanak perempuan yang sebaya. Status ekonomi latar belakang keluarga, interaksi keluarga dan kemudahan di rumah. Gangguan bunyi gangguan pelbagai yang diterima semasa proses mendengar berlaku. Mental Tahap pendengar kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar dan proses tindak balas pendengar berlaku.

Keperluan kemahiran mendengar dalam KBSR


Diberi penekanan dalam Program bahasa Melayu KBSR. Pelaksanaannya berlaku secara gabung jalin. Asas kepada kemahiran mem baca dan menulis Guru wajar dikukuhkan oleh guru ke arah penguasaan yang baik kepada kemahiran yang lain.

KOMPONEN PENDENGARAN
Ada 6, iaitu : Diskriminasi pendengaran Penerimaan pendengaran Perkaitan pendengaran Ingatan pendengaran Melengkapkan pendengaran Percantuman pendengaran

DISKRIMINASI PENDENGARAN
*Keupayaan mengenali dan mengamati persamaan dan perbedaan bunyi yang didengar. *Memudahkan kanak-kanak belajar, misalnya dalam keadah oral. Contoh ; Kenali suara,bunyi tinggi dan rendah,pilih gambar yang sama dan beza bunyi,ulangi bunyi huruf,perkataan,ayat dsb.serta permainan mengetuk,gambar dalam bentuk bunyi.

PENERIMAAN PENDENGARAN
*Keupayaan memperoleh atau mendapat makna daripada apa-apa yang didengar atau dicakapkan. *Ada kaitan dengan kemahiran kognitif dan kebolehan berbahasa. *Kebolehan menginterpretasi bunyi, perkataan atau ayat didengar. Contoh: menama/memilih benda/gambar yang didengar/diperdengar

PERKAITAN PENDENGARAN
*Keupayaan mengaitkan konsep-konsep bunyi yang disampaikan. *Keupayaan menyatukan idea. Contoh : Meneka bunyi

INGATAN PENDENGARAN
*Keupayaan mengingati apa yang didengar dan mengulangi apa yang didengar. *Kemampuan menggunakannya apabila berbahasa. Contoh : Permainan mengetuk,gambar dalam bentuk bunyi

MELENGKAPKAN PENDENGARAN
*Keupayaan untuk mengenali bunyi yang didengar. *Keupayaan mencantumkan unit-unit didengar menjadi makna dan maksud yang dikehendaki. *Kebolehan menggunakan unit-unit dalam pengalaman2 pendengaran secara lisan. Contoh : Permainan bahasa- penyampaian secara lisan

PERCANTUMAN PENDENGARAN
*Kebolehan mencantum bunyi-bunyi yang terasing menjadi sukukata, perkataan dan ayat yang bermakna. Contoh : Bunyi huruf- suku kata perkataan A + y + a + m + = ayam

Kemahiran mendengar
Pendahuluan Kemahiran asas sebelum menguasai kemahiran lain Melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan. Proses fizikal melibatkan telinga sebagai alat pendengaran. Melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan,kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan, iaitu fahami dan bertindakbalas. Kemahiran yang perlu ditekankan sebelum kemahiran bertutur, membaca dan menulis dikuasai.

Takrifan Kemahiran Mendengar


Melibatkan dua proses peringkat kemahiran, iaitu ; * peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyibunyi bahasa yang hampir sama,misalnya b-p (batang badang) d-t (datang tatang) l-r (lali lari) k-g (Kalah galah) *peringkat kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa, dan ayat (untuk memahami bunyi bahasa, seorang pelajar itu perlumempunyai unsur-unsur kefahaman yang berikut: (a) pengetahuan sedia ada (b) pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar. pengetahuan sistem bahasa.

Masalah dalam kemahiran mendengar


Kekeliruan membezakan bunyi-kanak kanak mesti berkeupayan menentukan persamaan dan perbezaan bunyi dalam usaha memberi makna apa yang didengar. Kelemahan dalam memahami apa yang didengar-penggunaan perkataan dan ayat yang sesuai ditekankan agar apa yang disampaikan difahami. Pendengar yang baik mampu mengaitkan apa yang didengar semsa dan selepas pertuturan dengan kebolehan mentafsirkan berdasarkan penanda wacana.

SmbgKesimpulannya, kejayaan proses mendengar melibat dua proses utama, iaitu : 1. Keupayaan membuat jangkaan Contohnya : apabila ada kebakaran sesorang itu perlu berkemampuan membuat jangkaan tentang kemungkinan penyebab kebakaran agar dapat mendengar dengan lebih berkesan. 2. Keupayaan menentukan tujuan iaitu pendengar yang baik perlu mempunyai tujuan mendengar.

Faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar


Fizikal-kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak dilahirkan dan berbeza antara mereka. Ada yang tajam serta sebaliknya. Jantina-perbezaan keupayaan mendengar antara kanakkanak lelaki dan perempuan. Status ekonomi-latar belakang keluarga dan kemudahan, interaksi dalam keluarga. Gangguan bunyi-pelbagai gangguan bunyi yang didengar saling mempengaruhi. Mental-berkaitan dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang dideapat tindak ngar akan memalui proses mental untuk mendapat tindak balas.

Smbg cekap dalam memproses maklumat-pendengar yang aktif bukan sahaja mendengar tetapi memberi reaksi terhadap. Contohnya, kemampuan murid menyampaikan maklumat yang disampaikan oleh guru dengan berkesan akan membolehkan mereka membuat tafsiran yang betul terhadap apa yang didengar. Kelajuan dalam pertuturan- perbezaan kelajuan pertuturan akan menimbulkan masalah membezakan dan memahami apa yang didengar. Gaya pertuturan-Bahasa yang dituturkan mengikut intonasi, sebutan, tekanan, gaya bahasa dialek boleh menimbulkan masalah kepada muriad. Penggunaan gaya pertuturan yang dipilih saling mempengaruhi. Umumnya sebutan baku wajar diutamakan.

Anda mungkin juga menyukai